REFRESH Malaysia i
Diterbitkan Untuk
Konvensyen AWAN Nasional 2022
Oleh
SEKRETARIAT KONVENSYEN AWAN NASIONAL 2022
Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
No.73-M, Jalan Seri Utara 1, Sri Utara,
Off Jalan Ipoh, 68100 Kuala Lumpur.
Tel & Faks : 03-6242 1511 EXT 106
E-mel : [email protected]
Cetakan 2022
Hak Cipta : Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
REFRESH MALAYSIA
PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
ii REFRESH Malaysia
ISI KANDUNGAN
SUB TOPIK MUKA SURAT
AQIDAH PERJUANGAN 2
KERAJAAN NON GRATA 7
DERITA RAKYAT 10
RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA 16
REFRESH MALAYSIA 21
AGENDA WANITA UNTUK MALAYSIA 26
26
1) Pendemokrasian Politik Dan Kepimpinan Wanita 27
2) Dasar Keterangkuman Gender 28
3) Dasar Keluarga Selamat 30
4) Reformasi Sistem Dan Kurikulum Pendidikan 31
5) Reformasi Sistem Kesihatan Malaysia 33
6) Dasar Keselamatan Makanan 33
7) Kesejahteraan Dan Keharmonian Sosial 35
8) Pemberdayaan, Penggubalan, Pindaan Dan
36
Penguatkuasaan Undang-Undang Bagi Menjamin 36
Keadilan Sosial Untuk Wanita, Kanak-Kanak Dan 37
Warga Emas 40
9) Komitmen Malaysia Untuk Dunia Yang Mapan 42
10) Reformasi Pilihan Raya Dan Institusi
WANITA JURUCAKAP ORANG SUSAH MUKA SURAT
INFIRU - HARAPAN RAKAN SETARA - SUKSES BERSAMA
MAJU TERUS 46
47
SENARAI LAMPIRAN 48
49
Visi Dan Misi 50
5 Teras Strategik 51
8 Nilai Utama
7 Fungsi Dan Tujuan 52 - 59
Biro-Biro AWAN Nasional
Jawatankuasa Khas, Akademi, Majlis Setiausaha Dan 61
Jabatan
KOMPILASI RUANG IKLAN
AUTOGRAF
PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia iii
PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 1
PIDATO KETUA WANITA
ANGKATAN WANITA AMANAH NEGARA (AWAN) NASIONAL
KONVENSYEN AWAN NASIONAL 2022
REFRESH MALAYSIA
َو َم ْن َُّّيي َ ْهاخ ُرِ ْجَجفْ َرِقمِِْ ي ْۢدْفن َ َوبََْيقسِِتَبعْٖيه َاِ ُلْم َجاُهٰراهّٗهلِِل َجعًَيَرَاِ ِلاج ََْادٰل هِِّلاِلٰف هّۗلاِ َْلْوََلكَاْوَررَ ُنسِ ْاضٰوِ هلُّ ٖلمُهل ٰرُث َََّغغمًُفمُْياوًْ َدكراِِثرَّْْْكرً ُِيهاح َّْاي ْلوًمََماس ْ َوع ًُةتۗ َو َم ْن
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan
menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat
berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang
keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan
RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya
telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. An-Nisa' 4: Ayat 100)
SELAMAT DATANG PERWAKILAN DAN PEMERHATI
1) Alhamdulillah, setinggi puja dan puji kesyukuran kita rafakkan ke
hadrat Allah SWT lantaran hidayah, taufik dan inayahNya maka kita
berkesempatan untuk sama-sama hadir di Konvensyen Angkatan
Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional 2022.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
2 REFRESH Malaysia
2) Semoga dengan pertambahan usia perjuangan parti kita ini, Allah
SWT akan terus memberi kita ruang dan peluang menambah ibadah
kebajikan untuk watan sekaligus memperkasakan perjuangan
membangun masyarakat yang berakhlaq mulia; mewujud urustadbir
kerajaan yang cekap, bersih, adil, demokratik dan beramanah; dan
membina negara rahmah untuk semua. Mempersembahkan Islam
melalui perbuatan (dakwah bil hal), semangat kasih sayang,
persaudaraan dan ihsan, sekaligus menegakkan sebuah negara yang
dapat menyediakan kehidupan yang sejahtera serta dirahmatiNya
kepada rakyat di seluruh pelusuk tanahair tercinta.
3) Saya mengalu-alukan kehadiran para Tetamu, sidang Perwakilan dan
seluruh Pemerhati yang hadir dengan ucapan ahlan wasahlan
wamarhaban bikum ke Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara
(AWAN) Nasional 2022. Semoga segala usaha semua khususnya
pasukan Sekretariat dan Urusetia Konvensyen peringkat nasional dan
negeri dalam menyediakan apa sahaja keperluan konvensyen ini
mendapat rahmat dan keberkatan daripada sisiNya jua.
AQIDAH PERJUANGAN
4) Bersandar kepada kalamulLah yang saya bacakan sebentar tadi,
serta menghayati makna dan falsafah di sebalik peristiwa Hijrah baginda
Nabi Muhammad ﷺbersama para Muhajirin dari Kota Makkah ke Kota
Madinah; itulah juga yang sebenarnya menjadi ruh kepada penubuhan
parti kita, Parti Amanah Negara (AMANAH).
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 3
5) Peristiwa hijrah telah mencetuskan fenomena dan momentum
terbesar di dalam sejarah perjuangan baginda Rasulullah ﷺ.
Momentum tersebut ialah pembentukan sebuah negara Islam yang
pertama dan transisi era dakwah daripada secara rahsia kepada era
dakwah secara bernegara. Pembentukan negara itulah yang menjadi
matlamat kepada penghijrahan baginda Rasulullah ﷺke Madinah. Jika
tidak disebabkan untuk membentuk negara, maka tidak perlu lah pada
masa itu berlakunya Hijrah Rasulullah ﷺ. Maka di sini jugalah hujjah
betapa kehidupan bernegara itu adalah sebahagian daripada tuntutan
besar kita beragama.
6) Dalam konteks kita pada hari ini, bagi mencapai kehidupan bernegara
yang berkesan memerlukan kita kepada penyertaan parti politik,
seterusnya bermu'amalah dengan sistem demokrasi pilihan raya bagi
memilih sebuah pentadbiran kerajaan yang nantinya akan menentukan
halatuju pembangunan dan pembinaan negara yang kita cinta iaitu
MALAYSIA.( ) ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجبJusteru, penyertaan kita dalam
perjuangan sesebuah parti politik itu adalah wasilah untuk menegakkan
sebuah pentadbiran negara yang maju, cekap, bersih, adil, demokratik,
beramanah, rahmah dan upaya berdaya saing di peringkat global
sepertimana yang kita semua impikan.
7) Membangun negara dan rakyat mestilah berpandu kepada nilai-nilai
agama yang meletakkan akhlaq, beramanah dan rahmah itu sebagai
nilai-nilai asas sosiopolitik dan sosioekonomi yang akan membawa kita
kepada apa yang disebut al Quran sebagai Baldatun Toyyibatun wa
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
4 REFRESH Malaysia
Rabbun Ghafur. Al Quran bahkan mempertegaskan betapa agama ini
(Islam) datang untuk membebaskan manusia daripada keterjajahan,
rasa lapar dan ketakutan.
8) Kehidupan kita dalam apa jua aspek samada politik, ekonomi dan
sosial adalah seputar persoalan Iman, Ihsan dan Itqan. IMAN itu adalah
nilai utama yang membentuk jati diri seseorang. Sedangkan IHSAN
adalah perihal hubungan kemanusiaannya dengan semua di
persekitarannya. Manakala ITQAN itu adalah sikap dan budaya
cemerlang dalam menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan
atas pundaknya.
9) Perjuangan politik bernegara ini adalah bahagian daripada siasatud
dakwah yang mencakupi persoalan aqidah, syariah, ibadah dan akhlaq.
Melatari kehidupan yang punya perhitungan pahala dan dosa, perkiraan
syurga dan neraka. Bahkan wajar mengimani bahawa kita yang
diciptakan ini sahaja pun bukan lah untuk bermain-main, ada tugas dan
tanggungjawab kita sebagai khalifah yang perlu kita tunaikan secara
tuntas.
10) Saya memanjangkan pesan baginda Rasulullah ﷺsepertimana
dalam khutbah wada' baginda yang mulia, mafhumnya…
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari
untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu
kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar
dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 5
Sidang Konvensyen yang dirahmati Allah,
11) Tarikan dan hembusan nafas kita itu malah boleh jadi ibadah, setiap
pakai dan punya kita akan dihisab dari mana perolehannya dan ke mana
ia digunakan. Tiada sesuatu pun yang bakal terlepas daripada perhatian
dan perhitungan Allah. Makanya, hijrah penubuhan AMANAH itu adalah
muhasabah dan keinsafan, hijrah yang melaksanakan satu proses
penambahbaikan berterusan dalam ikhtiar kita semua membina semula
negara. Hijrah kita menuju jalan-jalan kemenangan.
12) Peristiwa Hijratur Rasul ﷺitu sebenarnya adalah peristiwa fathonah
yakni peristiwa yang menyerlahkan lagi akan kebijaksanaan baginda ﷺ.
Sebagai insan qudwah (manusia contoh), maka setiap yang mewarisi
perjuangan baginda mestilah siap sedia membimbing manusia lain dan
senantiasa memastikan diri terbimbing. Fathonah mestilah disertai
dengan sifat amanah termasuk beramanah kepada aqidah dan ideologi
perjuangan, bukan sebaliknya hanya mengangkat syiar, slogan, label
dan propaganda. Fathonah tanpa amanah akan melahirkan generasi
yang punah ranah iaitu generasi yang barangkali 'cerdik' tetapi jauh
daripada keredhaan Allah SWT. Generasi korup yang menormalisasikan
rasuah, sehingga betapa hina pun rasuah itu akhirnya dimuliakan
dengan 'bungkusan agama' yang kemudiannya dijenamakan sebagai
sedekah dan amal jariah!
13) Skandal pengurusan kewangan negara, urustadbir yang sarat
dengan penyelewengan dan salahguna kuasa, amalan korupsi,
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
6 REFRESH Malaysia
hipokrasi, dzalim, pelaksanaan undang-undang drakonian rimba,
khianat sehinggalah ke peringkat paling parah iaitu mengkhianati
mandat rakyat, mendirikan kerajaan dengan para perompak, pencuri
dan penyamun harta negara. Bersekongkol menggunakan pelbagai
pendekatan pecah dan perintah. Bersifat asobiyah sehingga
memandang jenayah rasuah yang jika dilakukan oleh individu seagama
dan sebangsa dengan kita itu sebagai 'ringan' dan wajar dihadapi secara
sentimental dan lunak; berbanding menghadapi individu lain yang tidak
seagama dan sebangsa dengan kita, yang meskipun barangkali
memimpin jauh lebih bersih, cekap dan amanah, tetapi perlu dihadapi
secara prejudis! Inilah bencana asobiyah, gambaran fathonah nafsu
nafsi yang disandar pada fahaman songsang "halal menipu untuk
menjaga parti dan guna mempertahankan 'ulamak' yang menjadi
pewaris para nabi"!
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 7
Sidang Konvensyen yang dirahmati Allah,
KERAJAAN NON GRATA
14) Kerajaan yang berkuasa pada hari ini atas apapun nama dan
gelarnya, hakikatnya telah merosakkan demokrasi dan
mempersetankan segala sistem dan prosesnya. Kerajaan gagal ini bukan
sahaja satu penghinaan terhadap kebijaksanaan rakyat, malah lebih
buruk adalah mencabuli serta tidak menghormati mandat sebenar
diberikan oleh para pengundi dalam PRU14. Sehingga kebanyakan
pengundi kini mula mempersoalkan sistem Demokrasi Pilihan Raya
negara kita. Memanglah ironi apabila kita harus memperjuang ketelitian
dan ketelusan proses pilihan raya, namun pada akhirnya, elit-elit politik
penunggang rakus ini sesuka hati bermain permainan ‘majoriti mudah’
bagi mengganti kuasa?
15) Inilah legasi politik scheme of things Mahiaddin Yasin, yang telah
mendirikan kerajaan rapuh ibarat sebuah istana pasir. Dengan
terdedahnya satu lagi perjanjian sulit yang melibatkan jawatan
Timbalan Perdana Menteri kepada Bersatu membuktikan betapa politik
melayu Islam telah dilacurkan oleh Umno, Pas dan Bersatu sambil
mereka terus memperbodohkan pengundi-pengundi Melayu Islam.
Hakikatnya selepas lebih 60 tahun apa lagi yang tinggal pada bangsa
kita?
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
8 REFRESH Malaysia
16) Pedagogi politik PN legasi Mahiaddin dan sekutu-sekutunya adalah
seputar politik khianat terdesak tubuh kerajaan dengan menjadikan
scheme of things umpama mantera sesat yang mengizinkan niat
menghalalkan cara, derhaka dengan menipu Seri Paduka Baginda YDPA,
dan kemudiannya membentuk saiz kabinet terbesar di dunia tetapi
akhirnya tetap gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Sehingga
kibaran bendera putih menjadi lambang rakyat terpaksa menyerah pada
keadaan, dan tiada apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan, selain
rakyat jaga rakyat. Setiap lapisan rakyat kita daripada pelbagai
kelompok ekonomi B40, M40 dan T20 – semuanya terhambat pelbagai
kesan yang bukan sedikit.
17) Masakan kita lupa, akibat kegagalan kerajaan menguruskan
pandemik Covid-19, PKP di Malaysia telah berlanjutan selama hampir
dua tahun (Mac 2020 sehingga Mac 2022)! Bagaimana keadaan menjadi
begitu teruk? Mengapa begitu ramai rakyat Malaysia yang marah,
kecewa, letih dan putus harap terhadap politik dan politikus? Apabila
kita menyangka bahawa kita telah bangkit daripada mimpi ngeri Covid-
19 dengan lebam di sana sini sekalipun tidak dipukul, virus pembunuh
itu ternyata telah berjaya menjerat kita dalam sesungut berbisa dan
menarik kita ke dalam jurang yang tidak berdasar!
Sidang Konvensyen,
18) ‘Kerajaan Melayu-Islam’ BN/PN/KM hakikatnya bukan sahaja gagal
membuktikan mereka kuat sepertimana yang dimitoskan tetapi
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 9
sebaliknya menambah gambaran hodoh kepada bangsa dan agama itu
sendiri. Ia bukan sahaja meneruskan pembohongan dan pembodohan
bersiri elit-elit politik penunggang bangsa dan agama ke atas khalayak
massa, tetapi kini juga menyerlahkan musuh kepada bangsa melayu dan
agama Islam itu sendiri adalah mereka!
19) Kerajaan Melayu Islam yang dilaung-laungkan sebagai terkuat
pernah wujud di Asia Tenggara ini hakikatnya bila-bila masa
sahaja boleh tumbang sekiranya dua atau tiga orang ahli parlimen
bukan Melayu-Islam menarik balik sokongan mereka! Sedangkan
dengan penarikan sokongan oleh beberapa ahli parlimen melayu sahaja
pun boleh mengakibatkan seorang Perdana Menteri itu bertukar, maka
di manakah kebenaran bahawa jika mereka ini diberikan mandat dalam
PRU15 akan datang, mereka boleh menubuhkan kerajaan stabil? Jika
satu dua orang ahli parlimen bukan Islam menarik sokongan, kerajaan
metos ini akan runtuh tanpa meninggalkan sebarang puing, hatta batu
nisan. Apa sahaja yang PAS tidak menikus berdiam diri bagi memastikan
diri mereka terus kekal menjadi Menteri dan kerajaan, hatta
keangkuhan dan kebiadaban MCA setiap kali tidak bersetuju dengan
Hudud pun, PAS gagal menzahirkan peringatan dan ketegasan.
Sidang Perwakilan dan Pemerhati Konvensyen,
20) Encyclopedia Britannica telah menggariskan tujuh metrik untuk
menunjukkan sesebuah negara itu adalah negara gagal, dan daripada
tujuh metrik tersebut ternyata Malaysia hanya melepasi dua ukuran
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
10 REFRESH Malaysia
lulus, manakala lima selebihnya cenderung menepati apa yang telah
digariskan sebagai petunjuk kegagalan sesebuah kerajaan. Walaupun
Malaysia belum menjadi negara gagal sepenuhnya tetapi sangat jelas
jika tiada apa yang dapat kita lakukan, maka hakikatnya kita sedang
membiarkan negara yang satu-satunya kita punya ini bergerak
terhuyung hayang menuju kehancuran.
DERITA RAKYAT
Firmanullah dalam Al Quran, surah At Taubah (9): 128
َلـ َق ْد َج ٓا َء ُك ْم َر ُس ْول ِّم ْن َا ْن ُف ِس ُك ْم َع ِزْيز َع َل ْي ِه َما َع ِن ُّت ْم َح ِرْيص َع َل ْي ُك ْم ِبا ْل ُم ْؤ ِم ِن ْْ َِي َر ُء ْوف َّر ِح ْيم
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi
sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh
kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia
pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada
orang-orang yang beriman.”
21) Ketika kebanyakan rakyat merungut terkesan dengan kos sara hidup
yang semakin meningkat khususnya akibat daripada pandemik covid-19,
inflasi akibat resesi dan diikuti dengan kesan perang Russia-Ukraine,
masih ada anggota kabinet dan ahli-ahli Parlimen kerajaan yang
berhujah bahawa kos sara hidup Malaysia jauh lebih rendah jika
dibandingkan dengan negara-negara lain. Barangkali dengan kedudukan
gaji mereka yang berada pada paras pendapatan kelompok T20 itu,
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 11
menyebabkan mereka lupa betapa nilai gaji yang diterima majoriti
pekerja di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding negara-negara
lain. Data International Labour Organisation (ILO) menunjukkan
perbandingan nilai gaji antara 72 buah negara dunia di mana kedudukan
Malaysia dihimpit antara negara Belarus dan Botswana dan menduduki
tangga ke-45 dengan purata gaji bulanan sebanyak USD961 sebulan,
berbanding Singapura pada tangga 14 dengan purata gaji bulanan
sebanyak USD2,616 sebulan, dan South Africa pada tangga 23 dengan
purata gaji bulanan sebanyak USD1,838 sebulan.
22) Inflasi dari semasa ke semasa memberi impak kepada peningkatan
kos sara hidup, sedangkan pada masa yang sama tiada sebarang
kenaikan pada paras pendapatan boleh guna. Nilai ringgit menurun,
serentak mengakibatkan kuasa beli rakyat semakin jatuh. Semua ini
adalah beban bertimpa-timpa yang perlu diempati oleh kerajaan
sejujurnya. Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menyumbang
peningkatan terhadap kadar faedah pinjaman bank di dalam negara
sememangnya memberikan kesan lebih buruk khususnya terhadap
ekonomi kumpulan B40 dan M40 yang mempunyai pelbagai komitmen
pinjaman. Rata-rata mereka sebelum ini telahpun memperuntukkan
sejumlah besar daripada peratus pendapatan mereka untuk membayar
hutang, sepertimana pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan,
pinjaman pendidikan dan juga pinjaman peribadi. Pinjaman peribadi itu
termasuklah pinjaman yang terpaksa dibuat bagi memulih dan
memperbaiki kemusnahan harta benda rakyat akibat banjir besar yang
melanda negara pada Disember 2021.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
12 REFRESH Malaysia
23) Kesan kemusnahan bukan sahaja terhadap harta benda mereka
tetapi trauma jiwa, psikologi bahkan sebahagiannya sehingga meragut
nyawa ahli keluarga akibat kegagalan kerajaan membuat persiapan awal
dan kelewatan kerajaan menurunkan bantuan kecemasan segera pada
masa bencana banjir sudah memuncak. Lebih sadis apabila ada ahli
parlimen kerajaan dari Umno BN mengatakan betapa banjir yang
melanda Malaysia pada setiap tahun mempunyai potensi untuk menjadi
daya tarikan pelancong! Ke mana hilangnya sensitiviti mereka?!
24) Kehancuran ekonomi rakyat kebanyakan sedang pantas berlaku. Jika
situasi sebegini berterusan dan kerajaan kekal dengan segala
kelemahan yang ada, tidak mustahil lebih ramai warga kita akan menjadi
mangsa, bermula dengan terjerumus ke jurang bangkrapsi yang bakal
melemaskan mereka.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 13
Sidang Konvensyen,
25) Konvergensi pelbagai kesengsaraan sepanjang tempoh lebih dua
tahun lepas, dengan bermacam cerita, peristiwa dan tragedi DERITA
RAKYAT telahpun berlaku dan dilaporkan media. Daripada gangguan
mental suami yang mengurung diri, isteri dan anak-anak; tragedi bunuh
diri yang berlaku hampir setiap hari akibat tekanan hidup kehilangan
pekerjaan dan sumber pendapatan; syarikat-syarikat perniagaan yang
terpaksa gulung tikar dan sebahagian besar juga telah menekan “butang
kecemasan” untuk menarik perhatian lebih ramai pihak membantu
termasuklah syarikat-syarikat besar dan orang perseorangan yang
akhirnya bukan sahaja telah mendapat perhatian di dalam negara,
bahkan turut tular ke luar negara dengan terkibarnya bendera putih dan
bendera hitam. Satu suasana cukup rawan yang tidak pernah terjadi dan
tidak pernah terfikir oleh kita bahawa negara dan rakyat yang kita kasihi
ini - deritanya hingga sampai ke tahap itu.
26) Peningkatan kes gangguan emosi dan mental termasuk lebih 1.5 juta
kanak-kanak; warga emas yang gagal diberikan perlindungan dan
perhatian khususnya sepanjang tempoh PKP akibat pusat-pusat
perlindungan di bawah JKM yang terpaksa tutup operasi; peningkatan
dalam kes keganasan rumahtangga dan kesulitan bagi mendapatkan
bantuan termasuk Interim Protection Order (IPO); diikuti pelbagai
dampak pandemik terhadap sosioekonomi rakyat Malaysia hakikatnya
sudahpun sangat serius dan menakutkan.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
14 REFRESH Malaysia
27) Hasil kaji selidik Bloomberg, Malaysia telah masuk ke dalam senarai
ke-10 daripada 15 negara di Asia yang berisiko mengalami resesi.
Justeru, Malaysia perlu berhati-hati termasuk daripada soal ketahanan
KDNK, monetory policy, korupsi dan ketirisan, neraca hutang negara,
soal prioriti dan kos sara hidup rakyat. Stagflasi dunia akan terus
memberi dampak domino yang ketara kepada kemakmuran negara dan
rakyat keseluruhannya.
28) Laporan terkini Families on the Edge keluaran UNICEF yang
dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang tinggal di PPR sekitar Kuala
Lumpur, mendapati bahawa kadar pengangguran setahun selepas
mulanya pandemik berada pada paras 12%. Angka ini adalah 2.5 kali
ganda lebih tinggi sebelum bermulanya perintah berkurung. Kadar
pengangguran untuk isi rumah wanita adalah 16%, iaitu bersamaan tiga
kali ganda lebih tinggi daripada kadar nasional. Ketua isi rumah wanita
dan golongan kelainan upaya merupakan golongan yang paling terkesan
dari segi kemiskinan relatif, dengan 97% dan 90% masing-masing. Isu
kemiskinan relatif masih menjadi kebimbangan besar dan jikalau
keluarga-keluarga ini berdepan satu lagi kejutan ekonomi, mereka akan
terhumban ke dalam kemiskinan mutlak.
29) Ironinya, situasi itulah yang sedang perlahan-lahan berlaku kini, dan
lebih malang kita masih belum melihat sebarang usaha konstruktif
daripada pihak kerajaan bagi mempersiapkan rakyat dan negara ini
untuk berhadapan zaman kemelesetan ekonomi dunia yang dijangka
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 15
jauh lebih teruk menjelang tahun 2023, dengan 66 buah negara dunia
dijangka bakal runtuh ekonominya dan 500 juta masyarakat dunia
akan berdepan dengan masalah kebuluran.
Sidang Perwakilan dan Pemerhati,
30) Melangsir persediaan hari tua sahaja pun, warga kita sudah berada
pada tahap terlalu susah dengan ketidaktentuan jumlah simpanan hari
tua. Kelonggaran terhadap pengeluaran simpanan KWSP iaitu i-Lestari,
i-Sinar dan i-Citra hakikatnya menjadikan masa depan rakyat negara ini
berada dalam keadaan terancam selepas rata-rata ahli sudahpun
mengeluarkan caruman sejumlah RM21,000 sehingga RM71,000 sejak
tahun lalu. Secara keseluruhan, lebih 7 juta pencarum mengeluarkan
caruman mereka yang akumulatifnya bernilai lebih RM101 bilion.
Semua ini bukanlah satu petunjuk yang baik. Malaysia akan menjadi
negara tua menjelang 2030, makanya kerajaan perlu segera merangka
dasar, ikhtiar dan program-program strategik khusus untuk memastikan
kemakmuran rakyat kita pada masa depan iaitu saat ketikamana mereka
tiada lagi sisa simpanan hari tua yang cukup dan pada masa yang sama
tiada pendapatan.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
16 REFRESH Malaysia
Sidang Konvensyen yang dirahmati AlLah sekalian,
RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أَ ۡم َوَٰ ِل مِ ۡن َفرِي ٗقا ِِْلَأۡ ُكلُوا ٱۡ ۡ ُلَ اّك ِم َ ٓبِ َها َْوتُ ۡدلُوا بِٱ ۡل َبَٰ ِط ِل بَ ۡي َن ُكم أَ ۡم َوَٰلَ ُكم ْتَأۡ ُك ُل ٓوا َو ََل
إَِل
ٱل انا ِس بِٱ ۡۡ ِلثۡ ِم َوأَن ُت ۡم َت ۡعلَ ُمو َن
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang
lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim
kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya)." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 188)
31) Keberanian rakyat membebaskan Malaysia daripada rejim
kleptokrat pada 2018 seterusnya melakar sejarah apabila Najib Razak
menjadi bekas Perdana Menteri pertama dihantar ke penjara pada 23
Ogos 2022 atas tuduhan penyelewengan, pecah amanah dan salah guna
kuasa dana SRC International. Keputusan panel lima hakim Mahkamah
Persekutuan dibarisi tiga wanita - Ketua Hakim wanita pertama negara,
Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama Datuk Mary Lim dan Datuk P.
Nallini mempertahankan kebebasan institusi kehakiman tanpa gentar
atau pilih kasih telah memberikan keadilan kepada seluruh rakyat dalam
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 17
perjuangan berliku memerdekakan negara daripada perompakan
koruptor elit di tampuk kuasa. Sesungguhnya episod ini adalah
peringatan kepada kita semua terutamanya yang berada di posisi
kepimpinan dan diamanahkan dengan pelbagai jawatan agar mengikut
jalan yang lurus dan benar, mengekang nafsu, beramanah dan
bertanggungjawab.
32) Kebobrokan rasuah politik peringkat tertinggi dan kleptokrasi yang
bermaharajalela ini menyaksikan Malaysia buat pertama kalinya sejak
2012 dikelompokkan antara dua pertiga negara dengan skor di bawah
50 daripada 100, iaitu hanya skor 48 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
dunia bagi tahun 2021. Skor yang begitu rendah ini menjadikan
kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 jatuh ke kedudukan 62 berbanding
tangga ke-57 pada 2020, jauh ketinggalan berbanding negara jiran
Singapura yang menduduki tangga ke-4.
33) Korupsi yang mengakar malah telah diinstitusikan rentetan politik
jual beli yang memperdagangkan habuan jawatan demi
mempertahankan kerajaan rapuh Keluarga Malaysia. Wajah hodoh
rasuah diburukkan lagi oleh politikus-politikus yang menyarung jubah
agama; bukan sahaja mereka langsung tidak berasa jijik dengan rasuah
bahkan tidak segan silu bersama-sama mendirikan kerajaan yang
mendarahdagingkan politik korup scheme of things.
34) Amalan rasuah kini telah melangkaui penyalahgunaan kuasa oleh
politikus dan penjawat awam sehingga meresap jauh ke dalam susuk
moral dan sosial masyarakat keseluruhannya sekaligus memperlihatkan
keruntuhan sistem sosial bernegara.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
18 REFRESH Malaysia
35) Persepsi negatif rasuah Malaysia semakin parah apabila Parlimen
digantung selama lebih daripada 6 bulan, dengan total gagal bersidang
hampir dua tahun atas alasan pandemik menyebabkan pakej-pakej
rangsangan ekonomi berjumlah puluhan dan ratusan billion telah
diluluskan serta dibelanjakan sewenang-wenangnya tanpa proses
perbahasan, penelitian dan semak imbang Parlimen.
36) Individu-individu khususnya ahli politik UMNO/BN yang didakwa
dalam kes berprofil tinggi pula dilepaskan tanpa dibebaskan akhirnya
memberi persepsi pendakwaan terpilih dan campurtangan politik dalam
proses undang-undang negara. Laporan Ketua Audit Negara saban
tahun juga terus-menerus mendedahkan salah laku dan tadbir urus
lemah yang kelihatan berulang-ulang namun tidak diambil tindakan
tatatertib.
37) Kerakusan kuasa rejim korup UMNO/BN yang terdedah melalui
skandal-skandal mega seperti 1MDB, SRC International, FELDA, MARA,
Jabatan Air Sabah dan Tabung Haji secara sistematik menghakis
keyakinan umum terhadap ketelusan dan kredibiliti institusi di Malaysia.
Pada saat rakyat masih menanggung beban RM32.08 bilion hutang
1MDB akibat penjarahan kleptokrat Najib Razak, terbaharu
penyelewengan lebih RM6 bilion wang rakyat dalam perolehan kapal
tempur littoral (LCS) menzahirkan kepincangan sistemik rejim
UMNO/BN menguruskan berbilion dana awam dalam perolehan aset
pertahanan negara.
38) Kegagalan kerajaan Keluarga Malaysia memperkasa dan
melaksanakan secara komprehensif Pelan Anti-Rasuah Nasional
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 19
(NACP) yang mula dilancarkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada
2019 telah meletakkan Malaysia sebaris dengan rejim-rejim korup dunia
ketiga.
39) Implikasi rasuah yang bukan sedikit kepada sosioekonomi rakyat
semakin memburuk lalu mengakibatkan peningkatan kesenjangan
pendapatan, ketidaksamaan peluang, kadar upah dan gaji minimum
yang mendatar, kenaikan kos sara hidup, kejatuhan kuasa beli,
ketidakseimbangan kuasa dan peningkatan jenayah. Keadaan tambah
membimbangkan dengan peningkatan hutang negara dan ketirisan
disebabkan oleh penyalahgunaan dana awam.
40) Hanya dengan kejituan tekad politik untuk meneruskan Agenda
Reformasi Sistem & Institusi yang telah dirintis oleh kerajaan Pakatan
Harapan mampu membebaskan Malaysia daripada belenggu jelik
korupsi. Tidak ada pilihan lain selain melaksanakan reformasi institusi
yang menyeluruh, bermula dengan mengembalikan kredibiliti
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar benar-benar
bebas daripada campur tangan politik dan bertanggungjawab terus
kepada Parlimen bukannya Perdana Menteri. Fungsi dan kuasa SPRM
harus diperkasakan khususnya dengan memperuntukkan kuasa
pendakwaan bagi kes-kes rasuah terus kepada SPRM. Dalam konteks
sistem pengasingan kuasa dalam amalan demokrasi, pengasingan
bidang tugas Peguam Negara dan pendakwa raya adalah amat kritikal
bagi mengelakkan percanggahan kepentingan terutamanya dalam
pendakwaan kes-kes berprofil tinggi.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
20 REFRESH Malaysia
41) Martabat, integriti dan profesionalisme institusi-institusi
penguatkuasaan undang-undang yang sinonim dikaitkan dengan
amalan rasuah khususnya Polis Diraja Malaysia hanya dapat
dikembalikan menerusi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah
Laku Polis (IPCMC) yang telah 18 tahun tertangguh bagi menangani isu
integriti dan mengekang salah laku sekaligus memastikan organisasi
tidak dinodai dengan skandal penyelewengan, korupsi atau salah guna
kuasa.
42) Mekanisme-mekanisme kawalan dalam mengekang kecenderungan
rasuah dan salahguna kuasa termasuk sistem pengisytiharan harta oleh
anggota kabinet, Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan perlu
diinsitusikan malah diperluaskan kepada semua agensi dan sektor
berkepentingan.
43) Kajian semula hukuman bagi kesalahan rasuah dengan hukuman
minimum yang lebih tegas juga merupakan suatu mekanisme
pencegahan (‘deterrence’) yang harus diberikan perhatian. Ini termasuk
Pindaan dalam undang-undang anti rasuah khususnya hukuman penjara
minimum kepada pesalah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) bagi menangani kelompangan dalam
kerangka perundangan pencegahan rasuah dan penguatkuasaan
undang-undang.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 21
Sidang Perwakilan dan Pemerhati yang dirahmati AlLah sekalian,
REFRESH MALAYSIA
44) POLITIK BERNEGARA ini bukan untuk kita memilih samada mahu
menjadi lebih Melayu, lebih Cina, lebih India atau lebih Bumiputera;
atau menjadi lebih Islam, lebih Kristian, lebih Buddha, lebih Hindu atau
seumpamanya. Tetapi sebaliknya untuk memilih parti dan sosok
kepimpinan mana yang dapat menyediakan dasar, program dan sistem
sosio-ekonomi yang membolehkan rakyat hidup lebih sejahtera,
bermaruah dan mampu berdaya saing samada di peringkat domestik
mahupun global.
8 Tuntutan REFRESH Malaysia - Way forward to reimagining Malaysia!
45) Untuk itu, lapan tuntutan #REFRESHMalaysia kita angkat sebagai
sebahagian utama komitmen Wanita Amanah untuk Malaysia bagi
memberi kesegaran, tekad dan iltizam politik membina semula negara
yang bebas rasuah, bebas propaganda kaum dan agama, bebas
diskriminasi dan peralihan era baharu politik Malaysia. Way forward to
reimagining Malaysia; semua ini kita rangkumkan di dalam 8R –
Reclaim, Reset, Review, Renew, Reform, Revive, Regenerate dan
Reaffirm Malaysia:
1. RECLAIM Malaysia dengan menggubal dan membentang Akta
Ombudsman dan mewujudkan Jabatan Ombudsman yang
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
22 REFRESH Malaysia
diberi kuasa untuk memastikan pengurusan aduan awam yang
lebih berkesan. Hukuman tegas dan keras mesti dikenakan ke
atas pemimpin-pemimpin politik dalam anggota pentadbiran
dan pegawai-pegawai tinggi awam yang terlibat rasuah dan cuai
menjalankan tugas mengurustadbir kewangan negara dengan
cara melucutkan hak mereka daripada bertanding dalam mana-
mana pilihan raya dan tidak dibenarkan memegang sebarang
jawatan dalam mana-mana parti politik dan pentadbiran awam.
2. RESET Malaysia dengan menumpukan kepada gerakan
perubahan minda rakyat ke arah membudayakan politik
fathonah, inklusif dan progresif.
3. REVIEW Malaysia dengan merangka Dasar Afirmatif Ekonomi
Berasaskan Keperluan dan menetapkan garis masa merapatkan
jurang ekonomi rakyat Malaysia antara kaum sebagai usaha dan
ikhtiar kita memperkuatkan setiap entiti negara sebagai aset
penting dan saksama untuk membangun negara.
4. RENEW Malaysia dengan memperkenalkan Pendidikan Politik
Bernegara Dan Kenegaraan Malaysia sekaligus diperluaskan
menjadi agenda penting membina negara, dan diurus secara
nonpartisan.
5. REFORM Malaysia dengan memberi fokus kepada segala usaha
mereformasi sistem, dasar dan institusi bagi menggantikan
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 23
sistem, budaya dan amalan urustadbir lama yang tidak berkesan
bahkan merugikan.
6. REVIVE Malaysia dengan memposisi dan membudayakan
Politik Nilai & Idea, Politik Mendidik dan Politik Khidmat di
dalam masyarakat sebagai halacara baharu mencerdikkan rakyat
agar dapat maju bermaruah, bukan sebaliknya berterusan
dilemahkan dengan propaganda dan pembodohan yang
menjadikan rakyat bergantung kepada elit-elit politikus parasit,
rakus dan korup.
7. REGENERATE Malaysia dengan memastikan minima 1/3
daripada calon-calon PRU15 adalah menampilkan wajah-wajah
baharu, segar, bersih sekaligus memenuhi aspirasi
keterangkuman, al-qawiyy (kuat) dan al-amin.
8. REAFFIRM Malaysia dengan menubuhkan Suruhanjaya
Keharmonian Dan Perdamaian Nasional bagi memastikan
kelancaran usaha memajukan negara secara bermaruah, inklusif
dan progresif, sekaligus meletakkan tindakan propaganda kaum
dan agama dikategori sebagai jenayah sabotaj negara.
46) Meskipun selepas 65 tahun merdeka dan usaha keras kita membina
negara, kita bukan sahaja telah gagal membangunkan sebuah negara
hebat bertaraf dunia, sebaliknya terus ketinggalan di belakang Taiwan,
Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, Vietnam, dan kini
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
24 REFRESH Malaysia
berkemungkinan besar ditinggalkan di belakang Indonesia dan China
dalam dekad-dekad yang akan datang. Regim Umno Barisan Nasional,
PN dan Keluarga Malaysia telah membawa negara ini terpesong arah
dan jatuh ke lubang hitam kleptokrasi, scheme of things dan
kakistokrasi.
47) Rakyat Malaysia perlu kembali kepada perkara asas, dan tidak ada
cara yang lebih baik selain kembali kepada dokumen asas seperti
Perlembagaan Merdeka 1957, Perjanjian Malaysia 1963, dan Rukun
Negara 1970 untuk memenuhi Cita Cinta Malaysia menjadi contoh
kepada dunia bagaimana sebuah negara dengan kepelbagaian kaum,
agama, bahasa, dan budaya boleh bersatu padu, hidup dalam harmoni
secara demokratik, progresif, dan makmur, dengan kerajaan yang
berintegriti yang dipandu oleh prinsip tadbirurus dan tatakelola yang
baik dan bertanggungjawab.
48) Cabaran kini untuk rakyat Malaysia adalah samada kita semua dapat
bersatu-padu mewujudkan satu lagi peluang untuk menetapkan hala
tuju dan dasar negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15, samada
diadakan pada tahun ini atau pada tahun hadapan.
49) Tumpuan mesti diberikan kepada penyediaan peraturan permainan
(rule of the game) yang lebih kemas dan tuntas bagi membolehkan
persaingan sihat berasaskan nilai dan idea, bukannya terhadap
sentimen, propaganda dan emosi yang dimainkan daripada prejudis
perkauman dan keagamaan. Prejudis kaum dan agama adalah satu
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 25
bentuk politik narsisme yang tidak memberi sebarang keuntungan
kepada negara dan rakyat khususnya dalam abad ke-21 dan seterusnya,
bahkan memungkinkan untuk Malaysia diheret jauh kembali ke
belakang.
50) Sesungguhnya, tiada cara lain untuk kita memperbaiki wajah politik
Malaysia yang hodoh dan bobrok ini selain membina semula masyarakat
dan negara ini dengan teguh menggerakkan usaha menanamkan Politik
Khidmat, Politik Nilai & Idea dan Politik Mendidik dalam kehidupan
masyarakat. Untuk itu, wanita perlu terus cekap berperanan menjadi
agen pencetus perubahan dan pengimbang mandiri sosial serta jati diri
manusia bagi memastikan pembinaan generasi manusia yang leluhur
dapat dijayakan tidak kiralah kita berdiri di posisi mana.
51) Semangat dan kefahaman Rukun Negara wajib disegarkan bagi
memastikan seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dapat bergerak
seiring dan sejalan membina Impian dan Harapan Baharu Malaysia.
Sidang Konvensyen yang dirahmati Allah sekalian,
52) Dengan menjadikan “Falsafah Hormat Wanita” merentas dan
mendasari pelan pembangunan masyarakat yang diperjuangkan Wanita
Amanah bersama rakan-rakan Wanita Pakatan Harapan, saya yakin dan
percaya bahawa ia adalah ikhtiar berterusan kita untuk mengubah
keadaan sedia ada yang masih kurang berjaya mengangkat martabat
dan hormat wanita samada sebagai ibu, isteri, saudara perempuan,
anak perempuan dan anggota penting dalam masyarakat.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
26 REFRESH Malaysia
AGENDA WANITA UNTUK MALAYSIA
Sepuluh Tuju Tumpu Wanita Amanah Untuk Malaysia
53) Seiring itu bergerak ke hadapan, kita gariskan Sepuluh Tuju Tumpu
Agenda Wanita Amanah Untuk Malaysia yang akan kita gunakan sebagai
aspirasi dan tumpuan utama Wanita Amanah Negara guna mengangkat
martabat wanita sebagai sebahagian daripada komponen utama
masyarakat sekaligus melaksanakannya bersama rakan-rakan Wanita
Harapan jika kita berjaya kembali ke Putrajaya dalam pilihan raya umum
akan datang.
54) Tuju Tumpu Pertama:
PENDEMOKRASIAN POLITIK & KEPIMPINAN WANITA
Dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan…
1) Program Sidang Wanita Malaysia di setiap peringkat legislatif
merangkumi Dewan Undangan Negeri-Negeri, Dewan Rakyat
Dan Dewan Negara sebagai satu medium konstruktif pendidikan
politik dan pembangunan kapasiti kepimpinan wanita
bernegara.
2) Membangun dan menguatkuasakan Pelan Tindakan Strategik
Dasar Afirmatif 30 Peratus untuk melaksanakan dan
menginstitusikan kuota minimum 30% penglibatan dan
penyertaan wanita dalam setiap peringkat pembuat keputusan,
jawatan dan lantikan-lantikan di peringkat negeri dan
persekutuan samada dalam organisasi awam, badan-badan
berkanun, GLC, swasta dan parti-parti politik.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 27
3) Memperkenalkan Insentif Khas kepada parti-parti politik yang
berjaya melaksanakan Pelan Tindakan Strategi Dasar Afirmatif
30% itu di peringkat parti masing-masing.
4) Menggerakkan Inisiatif Pendanaan Politik Wanita sebagai
sebahagian daripada ikhtiar negara menggalak lebih ramai
wanita berani menceburkan diri dalam kerjaya politik.
5) Menggerakkan inisiatif ke arah perubahan sistem Pilihan Raya
daripada sistem First Past The Post kepada sistem Proportional
Representative (Perwakilan Berkadar) yang menyediakan ruang
dan peluang lebih adil serta demokratik kepada penglibatan
wanita, selain menggalakkan parti-parti politik untuk
melebihkan khidmat mereka kepada rakyat sekaligus
menjadikan mereka lebih bersatu-padu; dan
6) Mewujudkan Sistem Audit dan Indeks Penglibatan Wanita di
semua bidang dan peringkat dalam negara bagi memudahkan
kita mengukur kemajuan hasil daripada pelbagai inisiatif yang
diambil.
55) Tuju Tumpu Kedua
DASAR KETERANGKUMAN GENDER
Dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan…
1) Belanjawan Peduli Gender bagi memastikan pengagihan
sumber yang saksama dengan menyediakan ruang dan peluang
yang sama kepada semua di segenap sektor kerajaan
untuk keadilan sosial, keadilan fiskal dan meletakkan
tanggungjawab seimbang membangun negara secara bersama-
sama.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
28 REFRESH Malaysia
2) Menyemak undang-undang, peraturan, dasar dan apa sahaja
amalan yang menghalang atau menyekat kesaksamaan dan
keadilan gender.
3) Meminda Perlembagaan Persekutuan, Perkara 14(1)(b) dan
Seksyen 1(b) Bahagian II bagi menyelesaikan polemik isu
kerakyatan automatik anak bagi ibu warganegara kita yang
dilahirkan di luar negara.
4) Menggerakkan Kempen Kesedaran dan Advokasi
Keterangkuman Gender di setiap peringkat dalam masyarakat.
5) Membentang dan melaksanakan Rang Undang-Undang
Kesaksamaan Gender.
6) Mengenalpasti polisi-polisi berkaitan segregasi dan disegregasi
yang melibatkan ruang dan institusi-institusi awam bagi
memastikan objektif, kewajaran serta keberkesanannya; dan
7) Mewujudkan 'Women Entrepreneurs Finance Initiative' @ We-
Fi (Inisiatif Kewangan Usahawan Wanita) secara tersusun
berperanan menyokong usahawan wanita dengan
meningkatkan akses mereka kepada produk dan perkhidmatan
kewangan, membina kapasiti, mengembangkan rangkaian,
menawarkan mentor, dan menyediakan peluang untuk
menghubungkan usahawan wanita dengan pasaran domestik
dan global.
56) Tuju Tumpu Ketiga Menangani Keganasan
DASAR KELUARGA SELAMAT
Dengan memberi tumpuan kepada…
1) Penubuhan Jawatankuasa Khas
Rumahtangga.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 29
2) Memperluaskan kapasiti Biro Bantuan Guaman untuk mewakili
pemandiri.
3) Memperkasa dan mengembangkan perkhidmatan model Pusat
Krisis Sehenti (OSCC) di hospital ke klinik-klinik kesihatan
tempatan dan memperuntukkan bajet khusus kepada OSCC.
4) Menambah bilangan Rumah Perlindungan untuk menempatkan
para pemandiri khususnya pada fasa paling kritikal.
5) Memastikan wanita dan kanak-kanak OKU mempunyai akses
yang saksama kepada perlindungan daripada semua bentuk
keganasan setanding dengan wanita dan kanak-kanak
perempuan bukan kelainan upaya.
6) Memperhebatkan Kempen Kesedaran Hentikan Keganasan
Rumah Tangga di semua bahagian Parlimen (Malaysia Goes
Orange).
7) Peruntukan geran tahunan untuk CSO yang menyediakan
perkhidmatan kritikal di lapangan untuk wanita dan kanak-
kanak.
8) Memperuntukkan Bajet Khas Program Mitigasi sebagai
program pencegahan dan kesedaran keganasan berasaskan
gender, sekaligus perkhidmatan dan tinjauan awam yang kerap.
9) Menyediakan latihan-latihan kemahiran kepada agensi-agensi
kerajaan untuk menjadi lebih peka dan profesional apabila
berinteraksi dengan pemandiri; dan
10) Mencadangkan program pemerkasaan kapasiti Pegawai-
Pegawai Unit D11 PDRM di setiap Balai Polis.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
30 REFRESH Malaysia
57) Tuju Tumpu Keempat
REFORMASI SISTEM DAN KURIKULUM PENDIDIKAN
Dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan…
1) Reformasi KURIKULUM pendidikan ke arah melahirkan sumber
manusia yang berdaya saing dan lebih futuristik.
2) Program pendidikan sepanjang hayat merangkumi kemahiran-
kemahiran baharu dan IoT.
3) Reformasi ke atas SISTEM pendidikan negara merangkumi
pendidikan dasar, pengajian tinggi dan pendidikan teknikal dan
latihan vokasional (TVET).
4) Reformasi sektor pengajian tinggi, termasuk penubuhan semula
Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) yang termaktub dalam
Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546).
5) Reformasi SISTEM PENTADBIRAN pendidikan negara daripada
sistem pengurusan dan pentadbiran berpusat kepada satu
sistem yang disentralisasi yang lebih memberi kuasa dan
memberi peluang pihak guru, pihak guru besar, pihak Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) membuat keputusan pengurusan
pendidikan yang penting dan tidak hanya tertumpu kepada
keputusan dibuat di peringkat Pusat ataupun di Putrajaya.
6) Memberikan autonomi termasuk pengambilan guru baharu,
penyediaan modul-modul pembelajaran, penjadualan
penutupan atau pembukaan sekolah jika berlaku sebarang
masalah ataupun bencana, serta bagaimana guru-guru dapat
merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
mengikut kesesuaian dan kebolehan pelajar.
7) Pelaksanaan Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara
2019 terutamanya berkaitan Model Pendidikan Baharu dan
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 31
dilaksanakan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025).
8) Menubuhkan Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan (MTPK)
yang akan dianggotai pemegang taruh terutama wakil dari
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Tabung
Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF),
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian Kesihatan
(KKM), pakar pendidikan, institusi pengajian tinggi (IPT), badan
pengkaji, badan bukan kerajaan (NGO) pendidikan, Ahli Parlimen
kerajaan dan pembangkang terutama yang berpengalaman
dalam sektor pendidikan.
9) Keanggotaan Lembaga Pengurusan (LPU) Universiti Awam
dipastikan bebas daripada lantikan politik dan dihadkan hanya
kepada dua penggal bagi setiap lantikan; dan
10) Pelaksanaan RMT (Rancangan Makanan Tambahan) dan PSP
(Program Sarapan Percuma) yang diperluaskan bukan hanya
kepada golongan B40, malah turut melibatkan M40.
58) Tuju Tumpu Kelima
REFORMASI SISTEM KESIHATAN
Dengan memberi tumpuan kepada.
1) Perkenalkan Insuran Kesihatan Sosial bagi memastikan kualiti
perkhidmatan kesihatan dapat dipertingkatkan dan mampu
mengelakkan penghijrahan doktor-doktor pakar hospital
kerajaan ke hospital swasta.
2) Pengecualian daripada Dasar Pengoptimuman Sumber
Manusia – membolehkan kakitangan Doktor kontrak diserap
terus ke jawatan tetap dan membolehkan lebih ramai
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
32 REFRESH Malaysia
pengambilan kakitangan penjagaan kesihatan untuk mengatasi
masalah kekurangan pekerja penjagaan kesihatan dan
menghentikan kemerosotan kualiti dalam penyampaian
perkhidmatan kesihatan awam.
3) Melaksanakan Sistem Doktor Keluarga ke arah advokasi
pesakit, promosi kesihatan, pencegahan penyakit dan penjagaan
hingga ke akhir hayat.
4) Mendukung Kesihatan Rakyat dengan mewujudkan Tabung
Kesihatan Rakyat bagi membantu keluarga miskin menjaga
keluarga mereka yang dirawat di hospital, memperkenalkan Kad
Peduli Sihat kepada golongan miskin dan warga emas,
menyediakan Insentif kepada NGO yang menjalankan aktiviti
promosi kesihatan, khidmat kesihatan bergerak kepada
komuniti dan program-program kesedaran serta gaya hidup
sihat.
5) Membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Negara dan
Sokongan Psikososial Wanita – wujudkan dana khas,
menambah professional kesihatan mental, menambah jumlah
perjawatan bagi mengoptimumkan peranan kaunselor
berdaftar, memperluaskan penubuhan pusat penjagaan
psikologi (PCC), meningkatkan kesedaran awam tentang
penjagaan kesihatan mental, pemeriksaan status kesihatan
mental yang menyeluruh di kalangan rakyat dan mewujudkan
talian psikososial yang efektif yang diberi nama Talian Rahmah;
dan
6) Memperkenalkan Active & Healthy Ageing Policy dan Program
Penjagaan Kesihatan Warga Emas.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 33
59) Tuju Tumpu Keenam
DASAR KESELAMATAN MAKANAN
Dengan memberi tumpuan kepada...
1) Meningkatkan aspek keselamatan dan daya saing Industri
Makanan tempatan dengan memperluaskan elemen moden
sains dan teknologi serta dinamik dalam industri agro makanan
bagi memastikan ia kekal mapan, berdaya saing dan maju.
2) Membangunkan Pelan Tindakan Strategik Industri Agro
Makanan bagi menggalakkan lebih ramai generasi muda negara
menceburkan diri dalam sektor pertanian dan perladangan.
3) Mewujudkan semula Universiti Pertanian Malaysia sebagai
pusat ilmu dan daya tarik generasi muda menceburkan diri
dengan lebih serius membangun kapasiti dan kemahiran
pertanian.
4) Menggerak cergas program Pertanian Komuniti/ Rumah.
5) Memperkenal Geran Khas Petani/ Pekebun Kecil untuk
naiktaraf penggunaan Teknologi IoT; dan
6) Kerajaan Malaysia perlu segera membangunkan Pelan Tindakan
Strategi Mengurangkan Pergantungan Terhadap Import Bahan
Makanan dari negara luar dengan memperkemaskan seluruh
tatakelola pentadbiran dan kepimpinan ke arah memajukan
industri makanan buatan tempatan.
60) Tuju Tumpu Ketujuh
KESEJAHTERAAN & KEHARMONIAN SOSIAL
Dengan memberi tumpuan kepada...
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
34 REFRESH Malaysia
1) Mengiktiraf peranan fitrah wanita seperti mengandung,
menyusu, melahirkan dan menjaga anak dengan memastikan
penyediaan suasana kerja yang sesuai, selamat dan kondusif.
2) Menggubal dan melaksanakan Polisi Infrastruktur Hormat
Wanita & Keluarga bagi memastikan persekitaran selamat dan
selesa.
3) Menubuhkan Majlis Perlindungan Sosial dan membangunkan
Pangkalan Data Perlindungan Sosial yang akan menyimpan dan
mengurus semua data berkaitan perlindungan sosial yang
kemprehensif, yang dapat digunakan sebagai rujukan tunggal
perlindungan sosial negara, sekaligus dapat menjana analisis
statistik perlindungan sosial yang lebih tepat.
4) Mewujudkan Sistem Perlindungan Sosial yang koheren dengan
mengambil kira impak pandemik dan resesi terhadap kos sara
hidup dan simpanan hari tua rakyat.
5) Mewujudkan Sistem Pengurusan Data Berpusat yang standard
dan efektif.
6) Mewujudkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Jihad
Membasmi Kemiskinan.
7) Memastikan program dan sasaran pembasmian kemiskinan
dimasukkan sebagai sebahagian penting daripada Rancangan
Malaysia pada setiap 5 tahun.
8) Mewujudkan Dana Peduli Fakir.
9) Memperluas dan memperkasa Industri Caregiver tempatan
dengan menyediakan insentif galakan khusus.
10) Membangunkan Pelan Tindakan Strategik Menangani Masalah
Kemiskinan Haid.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 35
11) Memperluas dan memperkasakan pelaksanaan i-Suri (Kasih Suri)
dengan menggalakkan lebih ramai golongan suri rumah yang
mendaftar di bawah e-Kasih; dan
12) Memperluaskan pelaksanaan Waktu Kerja Anjal bagi sektor-
sektor kerja yang sesuai.
61) Tuju Tumpu Kelapan
PEMBERDAYAAN, PENGGUBALAN, PINDAAN DAN PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG BAGI MENJAMIN KEADILAN SOSIAL UNTUK
WANITA, KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS
Dengan memberi tumpuan kepada...
1) Menggubal Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak bagi membolehkan
semua isu, permaslahan dan keadilan sosisal berkaitan kanak-
kanak dapat ditangani secara komprehensif, kolektif, konstruktif
dan efektif.
2) Menyegerakan pembentangan RUU Kesalahan Mengintai
Dan Mengendap.
3) Meminda Akta Pekerjaan bertujuan memasukkan peruntukan
perlindungan bersalin/paterniti dalam Akta Pekerjaan tanpa
menetapkan had siling pendapatan.
4) Menyegerakan pembentangan RUU Warga Emas 2022.
5) Menyegerakan pembentangan RUU Profesion Kerja Sosial.
6) Mansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan; dan
7) Menubuhkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu-Isu Wanita Dan
Keluarga Islam ke arah pemantapan dan penguatkuasaan
Undang-Undang Syariah Keluarga Islam yang lebih adil dan
dilihat adil.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
36 REFRESH Malaysia
62) Tuju Tumpu Kesembilan
KOMITMEN MALAYSIA UNTUK DUNIA YANG MAMPAN
Dengan memberi tumpuan kepada...
1) Memulihkan Kredibiliti SUHAKAM.
2) Memastikan penyediaan Laporan Status Pencapaian Malaysia
Dalam 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG's), 2030 PBB.
3) Menghantar Laporan Kemajuan Malaysia Sebagai Negara Pihak
Dalam Konvensyen-Konvensyen Yang Telah Dimeterai Bersama
PBB (khususnya CEDAW, CRC & CRPD).
4) Mengenalpasti konvensyen-konvensyen antarabangsa (PBB)
yang kritikal dan manusiawi yang perlu diratifikasi segera
sebagai ikhtiar, komitmen dan konsistensi kita termasuk kepada
perjuangan kemanusiaan di Palestin seperti Right to Return dan
Palestin Merdeka.
5) Memupuk semangat dan membina kesedaran rakyat Malaysia
tentang peranan kita sebagai sebahagian daripada penghuni
bagi ‘kampung dunia’ untuk mencapai Matlamat Pembangunan
Mapan, SDG’s 2030; dan
6) Menggerakkan Kempen Kesedaran Dan Advokasi
Menyelamatkan Bumi dengan memberi tumpuan kepada
Langkah Mitigasi Dan Adaptasi Cabaran Perubahan Iklim.
63) Tuju Tumpu Kesepuluh
REFORMASI PILIHAN RAYA DAN INSTITUSI
Dengan memberikan tumpuan kepada...
1) Mewajibkan penyediaan Laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
Tahunan bagi setiap wakil rakyat.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 37
2) Segera Laksana Syor Reformasi Sistem Pilihan Raya oleh
Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC).
3) Gubal dan laksana Akta Pendanaan Politik.
4) Peruntukan dana kepada parti-parti politik mengikut
peratusan undi yang dimenangi dalam pilihan raya.
5) Peruntukan dana untuk setiap Wakil Rakyat membayar gaji
kakitangan pusat khidmat mereka.
6) Memastikan persempadanan bahagian pilihan raya yang lebih
adil dan seimbang.
7) Memastikan Ketua-ketua utama institusi awam mestilah
dilantik oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
8) Meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan
peranan Perdana Menteri dalam proses pelantikan hakim
dengan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman; dan
9) Meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk
memisahkan fungsi Pendakwa Raya daripada Jabatan Peguam
Negara.
WANITA SEBAGAI JURUCAKAP ORANG SUSAH
64) Allah SWT memerintahkan agar melindungi kaum yang lemah
seperti firman-Nya dalam Surah An-Nisa’, ayat 75 yang bermaksud:
َوَ َوماا ْلَلـِوُْكل َْ َمدوااََ ِلْنجُت َاََّعلق ِاْذلِْتي َُّللـَ َْننوا ََي ِنُمقِ ِْْيوْنُفل َّْلوَُ َدس ِْننب َْيَ ّرَِبكَلن َۤااوَِٰال هًّّيْلِاخل ِرَ ْوۚاج َْنَلاو ُامِمْْ ْجس َنَتع ْْٰهلض ِ ََّذلـعِ َِهنفاْْا ِْلـَِمَيقِْْنرَمي َّلَِةُند ْاانلل ََِّّرظكَاجَنِال ِِ ِمصلَْْا ًَ ْيواها ُل َل ِّهنا َس ٓاِۚء
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
38 REFRESH Malaysia
"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu
berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam) dan
(untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki,
perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri
(Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan
jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang
mengawal (keselamatan ugama kami), dan jadikanlah bagi kami dari
pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman
musuh)". (QS. An-Nisa' 4: Ayat 75)
65) Kelompok mustad'afin (lemah dan tidak berdaya) boleh sahaja
terdiri daripada rakyat kita daripada kalangan orang-orang miskin,
orang-orang kelainan upaya (OKU), orang-orang sakit, warga emas,
anak-anak yatim dan armalah (ibu tunggal). Mereka ini amat
memerlukan perlindungan dan pembelaan agar mereka tidak
mengalami penderitaan lebih parah. Sifat peduli terhadap keperluan
dan kesukaran dialami kelompok susah seperti ini harus disemai guna
membangun jati diri dan budi Wanita Amanah melalui semangat
kepedulian dan empati. Empati bermaksud menghayati kesusahan
orang lain yang kemudiannya membangkitkan semangat kita untuk
segera menghulurkan bantuan.
66) Dunia dan Malaysia memerlukan sentuhan para wanita dalam
menentukan Orde Baru Politik yang terangkum dalam misi besar AWAN
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 39
menjayakan Politik Khidmat, Politik Nilai & Idea dan Politik Mendidik.
Makanya, saya menyeru kepada AWAN di seluruh negara untuk segera
dan setuntasnya memposisi diri dalam masyarakat dengan menjayakan
peranan masing-masing sebagai Duta Rahmah, sekaligus menjadi
Jurucakap Rakyat yang derita di bawah sana. Be visible dalam
masyarakat! Kejayaan sebenar kita dalam membangun Amanah adalah
apabila kita dapat turun ke bawah bersama merasai denyut nadi derita
rakyat, dan kemudian sama-sama mengangkat suara mereka menjadi
sebahagian utama perjuangan kita.
Yang Rakyat Perlukan Itu Apa?
67) Rakyat Malaysia sebenarnya hanya perlukan pemimpin-pemimpin
negara yang berjiwa manusiawi, empati dan dapat serta tidak malu
untuk hidup sederhana. Kemewahan yang diperolehi daripada politik
sewajarnya ditanggapi sebagai sesuatu yang memalukan khususnya
pada saat masih ada rakyat yang hidup susah malah berada di bawah
garis kemiskinan negara. Keutamaan aqal kebijaksanaan, masa dan
tenaga pemimpin diperlukan ke arah memajukan negara dan
memastikan rakyat dapat hidup sejahtera bermaruah, bukan sebaliknya
digunakan untuk mengayakan diri, keluarga dan kroni, lebih malang jika
ia "bermodalkan harta awam dan posisi masing-masing dalam
pentadbiran negara".
68) Justeru, langkah pengisytiharan harta yang menjadi dasar penting
kerajaan Pakatan Harapan semasa menjadi kerajaan dilihat sebagai satu
langkah awal menghentikan normalisasi sikap bahawa kerjaya politik
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
40 REFRESH Malaysia
(wakil rakyat) sebagai kerjaya yang boleh mengayakan politikus. Nilai
tinggi seseorang politikus itu sepatutnya pada kedudukan dan
keupayaannya sebagai pemegang amanah negara mewakili rakyat,
bukannya sebaliknya berlagak sebagai tuan dan ahli koperat yang
memfokus kepada untung-untung peribadi, proksi dan kapitalis
konglomerat yang menjadi penaja mereka!
69) Kekayaan dan keuntungan negara harus dikembalikan kepada rakyat
sekurang-kurangnya dalam lima bentuk:
1. penyediaan peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah.
2. menstabilkan kos hidup berpatutan.
3. memastikan pendidikan dan kesihatan berkualiti untuk semua.
4. menyediakan kemudahan infrastruktur dan sistem
pengangkutan maju dan berkesan; dan
5. penyediaan rumah selesa dan mampu milik.
INFIRU - HARAPAN RAKAN SETARA - SUKSES BERSAMA
70) Ke hadapan dalam PRU15, rakyat tidak perlukan politikus-politikus
kaya harta dan hidup mewah pada saat masih ramai pengundi-
pengundinya hidup dhaif dan susah. Pada saya ini lah syarat dan isyarat
awal untuk kita sama-sama bersiap memastikan perubahan dalam
politik negara dan kehidupan kita. Jiwa kita mesti kuat.
71) Niat perjuangan yang benar menjadikan kita tetap teguh
melaksanakan tugas dan tanggungjawab walau besar manapun ujian
[Type here]
PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 41
yang terpaksa kita tempuh. Adakala usaha kita tidak diterima, program
tidak mendapat sambutan, aktiviti tidak mendatangkan hasil yang
diharapkan, senantiasa penat fizikal, emosi dan mental, masa liburan
dan diri sendiri menjadi kurang, masa belajar menjadi pendek, adakala
dikutuk, difitnah, dibawang, diugut, dijatuhkan dan bermacam cabaran
menduga ikhlas dan jati diri perjuangan kita - semua kesusahan ini,
ubatnya saudara adalah NIAT YANG BERSIH (IKHLAS) dan SABAR
unconditionally.
72) Niat yang bersih dan Sabar menyelamatkan kita daripada negativity
mudah merajuk, suka mengeluh, tidak puas hati, berkecil hati, berputus
asa, kecewa dan mengalah. Justeru, bangkitlah!
ٱن ِف ُروْا ِخ َفا ًفا َوِث َقاْ ًل
Infiru Khifafan Wa Tsiqalan!
“Berangkatlah dalam keadaan ringan dan berat.”
73) Luruskan niat kita, bersihkan hati dan nawaitu kita, perteguhkan
kesabaran kita. Jadilah jurubicara dan penyelamat rakyat. Itu caranya
wanita-wanita pemberani membangunkan segala kekuatannya untuk
memastikan persiapan dan kelangsungan generasi penerus akan
datang. Wanita perlu melihat semua kebobrokan politik Malaysia hari
ini dengan mata hati yang jujur bertanggungjawab. Baru lah kita faham
dan redha apa perlunya kita meninggalkan zon selesa kita, dan apa
perlunya kita berjuang sejujurnya untuk watan; bukan seputar mengejar
sesuatu yang kita cita cintakan untuk peribadi kita. PRU15 kali ini
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
42 REFRESH Malaysia
peluang untuk negara ini berubah ke arah yang lebih baik, maju
bermaruah!
Stronger together!
74) Blok Harapan harus menonjolkan kesediaan menerajui kerajaan
untuk penggal akan datang dengan memastikan kita bukan sahaja boleh
terus bekerjasama dengan akrab dan saling hormat, tetapi juga
berkesan. Wanita Amanah perlu siaga menjadi tulang belakang Wanita
& Harapan, perlu segera menyusun dan memperkasakan organisasi,
fungsi dan program bersama masing-masing di semua peringkat di
seluruh negara dengan semangat hormat dan kerjasama ikhlas yang
erat. Perkemaskan pasukan Harapan dan susunlah gerakerja bersepadu
merealisaikan strategi-strategi kemenangan yang telah
dimusyawwarahkan. Kita sudah diuji dengan pelbagai ujian yang bukan
sedikit, namun kita kekal bersama menjadi rakan setara yang akan
bangkit dan sukses bersama.
MAJU TERUS!
75) Maju Terus melebar rahmah kepada semua dengan kekuatan Iman,
Ihsan dan Itqan. Senantiasa majukan diri dengan mengembangkan
potensi, fikrah dan fitrah yang positif. Be a good and true team player
dalam segala kerja buat kita untuk negara. Budayakan penambahbaikan
berterusan – plan, do, check, and act. Senantiasa menghisab (koreksi)
diri sebelum tiba ketikanya kita tidak lagi dapat lari daripada hisaban
Allah.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
REFRESH Malaysia 43
76) Memerangi ketidakadilan dan kezaliman pemerintah adalah jihad.
Melawan salahgunakuasa, pecah amanah dan korupsi pemerintah
adalah jihad. Menghentikan proses pembodohan dan pembonsaian
kebijakan rakyat adalah jihad. Meruntuhkan rangkaian regim
kleptokrasi adalah jihad.
77) Jahiliyyah, kebobrokan, kedzaliman dan kebencian akan tumbang.
Kebijaksanaan, kebenaran, keadilan, kemanusiaan dan kasih sayang
akan menang. Tiada gelap malam yang akan terus berpanjangan, fajar
pasti menyinsing. Kejahatan, kebatilan dan kebohongan tidak
selamanya berjaya menipu semua orang pada semua zaman. Semoga
Malaysia menjadi negara yang aman, adil, demokratik dan beramanah
untuk berteduh sekalian bangsa manusia yang diciptakan Allah agar
saling lita'arafu (kenal mengenal), sebagai anugerah daripada Allah
yang Maha Pengampun lagi Maha Pemurah.
78) Saya tinggalkan semua dengan sama-sama kita tekuni dan insafi
peringatan Allah kepada baginda Nabi ﷺsa’at Nabi ﷺberada di
kemuncak getir perjuangan…
َل ْو َكا َن َعَلَ ِروًاض ْاس ََقت َِرْيط ًبْعا َنَّاو ََلس َ َخـف ًَررا ْجَقَناا َِمصَعًدُكا ْ َّمَل َّتۚ َب ُيُ ْعهِْلو َُككْو َ َوٰنلـ َِاكْن ُْْۢفن ََبسُُعه َ ْدم ْتۚ ََعوَلا ْيِٰهّهلُُلم َيا ْلع َُّلشُ َّمق ِاُ َّةن ُهۗ ْۚم ََلـو َٰكس َِيذ ُبْ ْح ِول َُنف ْو َن ِبا ٰ هّلِل
"Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad)
sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu
44 REFRESH Malaysia
yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik
itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi
mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan
berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama
kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri
mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya
mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya
mengikutmu)." (QS. At-Taubah 9: Ayat 42).
79) Akhawat semua, fokus kita mestilah jelas. Prioriti kita mesti kemas.
Jiwa kita mesti kuat. Semangat dan stamina kita mesti hebat. Ayuh,
bangkit bersama memerdekakan negara dan watan daripada
cengkaman koruptor hina bermaharaja lela di persada kuasa
pentadbiran negara! Ini Ikrar kita.
“…Kan melangkah kaki dengan pasti, menerobos segala onak duri,
generasi baru yang telah dinanti, tak takut dicaci tak gentar mati. Bagai
gelombang terus menerjang, untuk tumbangkan segala kedzhaliman,
dengan tulus ikhlas untuk keadilan, hingga pertiwi gapai sejahtera.
Takkan surut walau selangkah, takkan henti walau sejenak Cita kami
hidup mulia, atau syahid mendapat syurga…”
(Gelombang Keadilan)
Semoga semua dirahmati Allah, kepada Allah jua bertumpu segala Do’a,
Usaha, dan Tawakkal kita.
[Type here] PIDATO KETUA WANITA
Hjh Aiman Athirah Sabu