The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syafiq05mazli, 2023-10-24 10:04:01

Soft Pink Modern E-Book A4 Document (3)

Soft Pink Modern E-Book A4 Document (3)

E - P O R T F O L I O B M M B 1 0 7 4 S E J A R A H P E R K E M B A N G A N B A H A S A M E L A Y U PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA DAN PASCAMERDEKA SERTA CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA P E N S Y A R A H : P N . F A R I D A H B I N T I M O H A M A D S A A D


M A K L U M A T D I R I P EL A J A R -2- MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAZLI PPISMP BAHASA MELAYU 1 BERASAL DARI PERLIS MENETAP DI SUNGAI MATI, TANGKAK NO KP: 051101090093 PENDIDIKAN DI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK NEGERI SEMBILAN NO ANGKA GILIRAN: 2023162311015


-3- ISI KANDUNGAN 1 3 2 4 SEJARAH TULISAN DALAM BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA


I P G K P T 1 -4- T A J U K SEJARAH TULISAN DALAM BAHASA MELAYU


-5- SEJARAH TULISAN DALAM BAHASA MELAYU: TULISAN PALLAVA Sistem tulisan Pallava berasal daripada aksara Brahmi dari Indon-Arya Lembah Indus Kush. Tulisan ini mula bertapak di Jawa dan digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit. Bahasa ini dijadikan sebagai bahasa pentadbiran dan dan ilmu pengetahuan. Bahasa Hindu dan penyebaran tulisannya hanya digunakan oleh kalangan golongan istana sahaja kerana tiada kemudahan untuk mengajar masyarakat tentang kemahiran menulis dan membaca. Sistem tulisan ini merupakan sistem tulisan terawal bahasa Melayu Kuno kerana banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Antara bukti penemuan tullisan Pallava ialah pada tiang batu persembahan yang dikenali sebagai Yupa. Penemuannya terletak di daerah Munan Kaman. Pada tahun 1879, Yupa ditemukan oleh pekerja topografi Belanda.


-6- SEJARAH TULISAN DALAM BAHASA MELAYU: TULISAN KAWI Tulisan Kawi wujud selepas tulisan Pallava. Istilah Kawi berasal dari perkataan Sanskrit yang bermaksud penyair. Tulisan ini juga merupakan tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Tulisan ini wujud pada abad ke-8 Masihi.Pada abad itu, tulisan ini hanya digunakan di kerajaan Singhasari di Jawa Timur sahaja namun ia semakin lama tersebar luas. Tulisan ini juga tersebar sehingga ke Asia Tenggara dan digunakan di Borneo, Jawa, Bali, dan Sumatera pada abad ke-16. Dahulunya, tulisan ini ditulis pada daun lontar, namun selepas revolusi berlaku maka tulisan ini ditulis pada batu. Pada asalnya, tulisan ini adalah huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orangorang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Selepas itu, huruf ini menjadi lenyap pada tahun 1400 Masihi kerana keruntuhan kemaharajaan Majapahit yang menggunakan huruf itu dan kemudiannya digantikan dengan Huruf Jawa (Carakan) yang dikembagkan daripada huruf Kawi oleh Kekhalifihan Demak.


-7- SISTEM TULISAN JAWI Kehadiran tulisan Jawi merupakan tulisan Arab yang telah digunakan dalam Bahasa Melayu. Istilah Jawi berasal daripada Bahasa Arab. “Jawah” merupakan adjektif kepada kata nama Arab. Jawah itu merujuk kepada daerah di Asia Tenggara bagi orang Arab manakala perkataan jawi merujuk kepada pendudukpenduduknya. Dengan itu nama jawah atau jawi tidak hanya merujuk kepada pulau Jawa dan orang Jawa sahaja malah merujuk kepada seluruh daerah Asia Tenggara. Islam muncul pada abad ke-10 menyebabkan tulisan Jawi mula berkembang di Tanah Melayu. Aktiviti perdagangan yang telah dijalankan oleh orang Arab di Kepulauan Melayu menyebbakan perluasan penggunaan tulisan Jawi. Tulisan Jawi telah melalui sejarah perkembangan yang subur dan menjadi tunggak kepada perkembangan minda orang Melayu-Islam sejak ratusan tahun yang lalu. Menurut Hashim Hj Musa (1995), perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah selari dengan penyebaran agama Islam yang merupakan agama pegangan orang Melayu. Penggunaan tulisan Jawi bukan sahaja untuk orang Melayu malahan suku kaum Melayu lain turut menggunakannya. Antaranya, Campa di Indochina, Pattani di selatan Thailand, Jawa, Bangal, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan sebagainya. Tulisan ini digunapakai secara meluas semasa perkembangan Islam. BUKTI PENEMUAN TULISAN JAWI Batu bersurat di Terengganu merupakan bukti yang kukuh untuk membuktikan bahawa kehadiran tulisan Arab yang dianggap sebagai tulisan Jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat ini ditemui pada tahun 1899 dan tarikh batu bersurat itu ditulis pada 22 Februari 1303.


MAKLUMAT TAMBAHAN NAMA: ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD SEORANG SASTERAWAN BAHASA MELAYU MENERBITKAN BEBERAPA SIRI MONOGRAF SEPERTI BAHASA PELITA DAN ILMU MENGARANG -8- SISTEM EJAAN ZA’BA Pada tahun 1993, Za’Ba telah menghasilkan sistem ejaan rumi bahasa Melayu dan tulisan beliau dipamerkan dalam Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi 1949. Sistem Ejaan Rumi Za’Ba terhasil bagi memperbaiki Sistem Ejaaan Rumi dalam bahasa Melayu. Sistem Ejaan Wlkinson yang dipakai sebelum ini mengandungi kelemahan. PERATURAN SISTEM EJAAN ZA’BA Terdapat 40 peraturan yang tersenaraai dalam Sistem Ejaan Za’Ba. Antaranya, huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh, leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan. Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya. Ejaan Za’Ba mempunyai pembaharuan seperti membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi ialah huruf vokal yang terdiri daripada a,e,i,o,u manakala huruf benar ialah huruf konsonan iaitu selain daripada huruf vokal.


Tanda sempang dihapuskan Perubahan kepada katakata partikel seperti kata gelaran si, kata depan di serta ke Keserasian vokal dalam suku kata awal dan suku akhir tertutup telah ditetapkan semula Sistem fonologi dan tidak menggunakan sistem fonetik, satu fonem dan grafem atau huruf sahaja Pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu -9- SISTEM EJAAN RUMI KONGRES Ejaan Rumi Kongres telah diwujudkan selepas Ejaan Rumi Za’Ba. Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu telah bersidang di Johor Bahru pada 16 hingga 21 September 1956 dan telah mecapai kata sepakat tentang Sistem ejaan rumi Konngres. Terdapat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu, dua ketetapan melibatkan bunyi bahasa dan satu ketetapan melibatkan tulisan Jawi. PRINSIP EJAAN Ejaan rumi bahasa Melayu diberi nama Sistem Ejaan Kongres


Penerapan unsur serapan ng kekal dalam ejaan ng Contoh: CongresKongres -10- PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU HURUF Sistem ejaan bahasa Melayu telah diselaraskan dengan sistem ejaan Indonesia menggunakan 26 abjad Rumi. Hurufnya adalah seperti berikut PENERAPAN UNSUR SERAPAN Penyerapan Bahasa asing seperti Bahasa Cina, Bahasa Sanskrit, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan sebagainya telah menyebabkan perkataan baru terhasil. Ph menjadi f Contoh: PhysiologyFisiologi Th berubah menjadi t sahaja Contoh: Theory-teori q ditukar menjadi k Contoh: AquariumAkuarium


-11- Zaman pramerdeka merupakan zaman dimana negara belum mencapai kemerdekaan. Terdapat 2 peringkat zaman iaitu zaman sebelum kolonialisme dan zaman kolonialisme. 2 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA


Pertubuhan Bahasa Melayu Semasa Zaman Pramerdeka -12-


Matlamat pejabat ini terbahagi kepada dua iaitu matlamat jangka panjang dan pendek. Matlamat jangka panjang berfungsi sebagai mengeluarkan jurnal-jurnal bergambar, mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan kampung atau luar bandar serta pemberian latihan kepada penterjemah yang baru. Matlamat jangka pendek dikeluarkan bagi menghasilkan buku-buku sekolah Bahasa Melayu dan mengedarkan bahan bacaan kepada masyarakat Melayu. MATLAMAT Penubuhan pejabat ini sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1923. Pejabat ini terletak di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Zainal Abidin bin Ahmad merupakan tulang belakang bagi penubuhan pejabat ini. PEJABAT KARANG MENGARANG SUMBANGAN Sebanyak 85 judul buku teks sekolah diterbitkan pada tahun 1941 THE MALAY SIRI sebanyak 64 buah buku pada tahun 1957 telah diterbitkan untuk perpustakaan sekolah dan bacaan umum. Sebagai contoh, Sang Maharaja Singa, Hikayat Taman Ajaib, Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun, Lagu-Lagu Keroncong Melayu dan Julies Caestar. Penterjemah bagi buku-buku tersebut iaitu Yazid Ahmad, Abdul Kudus Muhammad dan Abdul Rahman Yusof. 1. 2. 3. 4. -13-


Bengkel-bengkel penulisan dan kursus penterjemahan kepada seluruh masyarakat diadakan Perkara-perkara yang hendak diterjemah dilakukan oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan PERANAN PEJABAT KARANG MENGARANG Banyak penerbitan ilmiah dikeluarkan dalam bahasa Melayu dan Inggeris Hasil penyelidikan akademik akan diterbitkan dalam bentuk jurnal, buku, dan sebagainya NOTA -14-


Antara matlamatnya ialah memodenkan dan memelihara Bahasa Melayu, menjaga dan memelihara tulisan Jawi, mecipta perkataan baru, penubuhan perpustakaan kepada masyarakat dan menstandardkan perkataan dan ejaan. MATLAMAT Ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor Bahru, Johor. Persatuan ini telah diasaskan oleh Dato ’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato ’ Muhammad Ibrahim Munshi. Pakatan ini pada awalnya kurang mendapat sokongan daripada masyarakat dan persatuan ini menghadapi masalah kewangan pada akhir abad ke-19. Gelaran “Diraja ” telah diberikan oleh Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim kepada pertubuhan ini. Oleh hal yang demikian, nama pertubuhan ini ditukar menjadi Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (PBmPBD) pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa (pbmpb) -15- Gambar tokoh Dato ’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak Dato ’ Muhammad Ibrahim Munshi


SUMBANGAN PBmPB telah berjaya menerbitkan 34 buah buku tetapi 16 daripadanya merupakan buku mengenai ilmu bahasa Melayu dari segi perkamusan, tatabahasa, ejaan, dan daftar kata manakala buku selebihnya mengenai sejarah, kebudayaan, riwayat perjalanan dan maklumat berkaitan PBmPBD -16-


MATLAMAT Ingin mengubah, mencipta dan menghasilkan perkataanperkataan baru untuk memajukan sastera dan bahasa Bahasa Melayu dalam karya sastera diperbaiki supaya taraf bahasa Melayu dipertingkat. Penubuhan Angkatan Sasterawan 50 pada 6 Ogos 1950. Singapura merupakan kawasan strategik untuk ditubuhkan kerana selepas Perang Dunia Kedua, Singapura menjadi pusat untuk persuratkhabaran dan pelbagai lagi penerbitan. ASAS 50 merupakan singkatannya dan persatuan ini dirancang oleh satu angkatan penulis generasi muda iaitu: angkatan sasterawan 50 -17- Tongkat Warrant Keris Mas A. Samad Ismail Masuri S.N. Asraf p e r a n a n Mengembangkan bahasa Melayu dari aspek ejaan dan peristilahan Melindungi hak-hak para penulis dan pengarang Segala pembaharuan dibina dalam bidang kesusateraan


TUJUAN ASAS 50 -18- Tujuan mereka untuk memperluaskan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Ahli ASAS 50 bekerjasama bagi meningkatkan pendidikan orang Melayu. Seterusnya, penubuhan ini bertujuan bagi membangkitkan perjuangan orang Melayu bagi mencapai kemerdekaan. Menurut Ahmad Kamal Abdullah et al.(1990), mereka dikatakan sebagai wakil suara orang-orang Melayu yang ingin dicapai kemerdekaan daripada penjajah iaitu orang Inggeris. Selain itu, mereka juga menjaga hak pengarang dan penulis serta mereka menjalankan pembaharuan dalam bidang kesusasteraan. SUMBANGAN Penulis ASAS 50 melakukan kritikan sastera dengan cara memperjuangkan slogan “Seni Untuk Masyarakat” Tulisan Rumi dijadikan sebagai tulisan rasmi kerana dapat mempermudahkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Penulis ASAS 50 menghasilkan buku sastera berkaitan kemiskinan dan ketidakadilan sosial.


-19- Selepas 31 Ogos 1957, era ini telah dipanggil sebagai era selepas merdeka atau pascamerdeka. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa Persekutuan dan terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia 3 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA


C LAPBORAN FENN-WU (1951) -20- LAAPORAN BARNES (1951) ORDINAN PELAJARAN (1952) PEDNYATA RAZAK (1956)


LAPORAN BARNES 1951 L.J BARNES -21-


Ingin menubuhkan sekolah dwibahasa manakala bahasa pengantar iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Pelajaran bahasa Cina dan Tamil akan dijalankan jika terdapat 15 orang murid atau lebih bagi murid yang ingin belajar bahasa ibundanya. Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu. Sekolah-sekolah vernakular ditukarkan secara beransur-ansur kepada Sekolah Kebangsaan. Sekolah tersebut akan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Penubuhan ini bagi mengkaji dan memperbaiki pendidikan bagi orang Melayu. Laporan ini dipengerusikan oleh L.J. Barnes. Laporan Barnes L . J . B A R N E S C A D A N G A N L A P O R A N -22- Suasana di bilik darjah di Tanah Melayu.


LAPORAN FENN-WU 1951 -23-


Laporan Fenn-wu Laporan ini dilakukan kerana terdapat ketidakpuashati dalam kalangan masyarakat Cina tentang Laporan Barnes 1951. Mereka menganggap Laporan Barnes ini menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina. Laporan ini bertujuan bagi mengkaji semula kandungan Laporan Barnes 1951. Penubuhan jawatankuasa ini di bawah pimpinan Dr.W.P.Fenn dan Dr.Wu Teh Yao. Sekolah vernakular iaitu Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil dibuka dan diarahkan untuk menggunakan tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa India. Akan tetapi, bahasa kebangsaan juga diadakan. Sistem persekolahan majmuk dikekalkan dan memberi pengiktirafan terhadap bahasa Cina selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Sekolah-sekolah vokasional akan diperkasakan dan penyediaan buku teks yang menggambarkan kecintaan kepada Tanah Melayu untuk membezakan buku teks yang ditulis dalam bahasa Cina. Cadangan -24-


ORDINAN PELAJARAN 1952 -25-


Ordinan Pelajaran Tujuan Ordinan Pelajaran 1952 ialah mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu serta mencari satu jalan tengah yang baik. Kedua-dua laporan ini didakwa kerana ingin menghapuskan bahasa dan tradisi budaya Cina di Tanah Melayu. Penetapan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan Bahasa Cina dan dijadikan sebagai bahasa ketiga tetapi tidak menjadi sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan. Cadangan -26- Namun, usul ordinan ini tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan kewangan, guru terlatih, dan juga bantahan daripada masyarakat Cina dan India. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah membentuk jawatankuasa khas untuk memutuskan penggunaan dua bahasa di sekolah Melayu dan penggunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil untuk diserap masuk ke dalam sistem persekolahan kebangsaan.


Sukatan pelajaran untuk semua sekolah di Tanah Melayu adalah sama. Bahasa Pengantar utama ialah bahasa Melayu Semua sekolah rendah dan menengah diwajibkan untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, cina dan tamil akan dijadikan bahasa pengantar. Sekolah-sekolah rendah akan ditukarkan kepada sekolah Kebangsaan dan bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah itu. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja untuk semua kaum. Sekolah-sekolah dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan. PENYATA RAZAK 1956 Laporan ini diambil namanya sempena nama Menteri Pelajaran pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Penubuhan penyata ini untuk membentuk sistem pendidikan Malaysia ke arah yang lebih baik. Cadangan -27-


Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan dan hendaklah ditulis mengikut peruntukkan undang-undang yang ditetapkan oleh Parlimen Akta ini telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1959. Pada mulanya, ia dikenali sebagai Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP). Lembaga Pengelola Dewan dan Pustaka dibina bagi melaksanakan dasar bagi mencapai matlamat DBP untuk membangunkan bahasa dan sastera di Malaysia. Pada tahun 1973, Akta DBP 1959 telah disemak dan dipanggil Akta DBP (Pindaan dan Perluasan)1995. Terbentuk daripada gabungan beberapa akta iaitu akta 1963 dan akta 1967 1 Julai 1963, akta ini diluluskan namun dipinda pada tahun 1963. Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan isu yang sensitif dan tidak boleh dibahaskan di tempat yang terbuka. Bahasa Melayu menjadi medium bagi melahirkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 1959 PERKARA 152 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN -28- Seksyen yang terkandung dalam akta: Seksyen 2: Bahasa Kebangsaan merupakan bahasa rasmi Seksyen 11: Terjemahan borang dalam bahasa Melayu boleh digunakan Seksyen 9: Tulisan rasmi ialah tulisan rumi tetapi penggunaan tulisan jawi masih dibenarkan


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Penubuhan dan Peranan DBP 22 JUN 1956 PERANAN DBP Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya iaitu Balai Pustaka. DBP merupakan satu jabatan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1956 sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Tjujuan DBP dibangunkan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Antara peranan DBP dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu ialah mereka bertanggungjawab dalam urusan mencetak, menerbit, serta membantu dalam proses penerbitan bukumajalah-majalah, risalah-risalah dan sebagainya. Mereka bertanggungjawab dalam mengembangkn bakat dalam bidang satera terutamanya dalam Bahasa Kebangsaan. Akta Pendidikan 1996 adalah sambungan dan pembaharuan daripada AOrdinan Pelajaran 1961. Tujuan akta ini diwujudkan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Akta Pendidikan ini bertujuan bagi merealisasikan cita-cita Peraturan pendidikan Pendidikan Khas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sekolah Pengajaran agama Islam negara menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia. Kandungan akta ini meliputi: Penyeragaman ejaan dan sebutan serta membentuk istilah atau perkataan yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan. Menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih meluas. Akta Pendidikan 1996 -29-


Beliau merupakan lulusan sarjana muda bahasa dan Kesusasteraan Indonesia Pelbagai karya yang telah ditulisnya antaranya ialah Nahu Melayu Mutakhit (1980), Nahu Kemas Kini: Pedoman Bahasa yang Baik daan Betul (2008) Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang tatabahasa, bahasa rakyat peribumi dan perkamusan TOKOH BAHASA ZAMAN PASCAMERDEKA Asmah Haji Omar Hassan Ahmad Lulusan Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya Antara penulisan buku tatabahasa beliau ialah Tatabahasa Dewan Jilid I dan Tatabahasa Dewan Jilid II Menerbitkan Tatabahasa Dewan dan merupakan karya pertama beliau Nik Safiah Karim Beliau mendapat kelulusan Ijazah Kedoktoran Sains Sosial dari Universiti Leiden , Belanda Beliau banyak melakukan kajian di seluruh pelusok negara terutamanya pengumpulan cerita penglipulara Karya seperti Keluar Jendela, Ribu Tajuk Buku Baharu dan sebagainya. -30-


-31- Negara kita mengalami masalah kritikal dalam penggunaan bahasa yang betul. Hal ini menyebabkan negara kita akan hilang identiti seterusnya menyebabkan nilai dan mutu bahasa Melayu dipandang rendah oleh negara luar. 4 ISU DAN CABARAN KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA


Konsep Kedwibahasaan Dasar pendidikan negara amat bergantung kepada masyarakat yang mempelajarinya. Sebagai contoh, bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua dan menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi daripada dasar bahasa negara Oleh hal yang demikian, penutur oleh bahasa Cina perlulah menggunakan bahasa Cina dan juga Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Begitu juga dengan kaum lain seperti India. Kedwibahasaan atau bilinguistik merupakan penguasaan dua bahasa seperti penutur asli -32-


Perkembangan teknologi yang kian berkembang pada hari ini, Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah memainkan peranan dalam mempelbagaikan pendekatan bagi mempromosikan kandungan pustaka warisan. Antaranya, pantun, peribahasa, simpulan bahasa, puisi dan sebagainya. DBP perlulah bergiat aktif dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam platform media sosial seiring dengan perkembangan semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka menggalas tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa Melayu selarasa dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Perkara ini juga selari dengan pelan strategik iaitu tiga teras dalam Pelan Strategik Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mencapai matlamat dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi pada tahun 2021-2025 -33-


Di Malaysia, terdapat masalah linguistik iaitu masalah tatabahasa dan masalah peristilahan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana, mereka mengalami kekurangan istilah dalam pelbagai bidang dan istilah ini saban hari kerap berubah. Puncanya daripada kurangnya ketegasan serta sikap pihak kerajaan dan pemimpin untuk mengambil serius dalam masalah penggunaan Bahasa Melayu Akta Bahasa Kebangsaan 1967 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua perkara rasmi kecuali dalam beberapa kes. Antaranya ialah, undang-undang yang telah ditulis dalam bahasa Inggeris dan berhubungan dengan negara luar. -34-


Kerancuan bahasa di negara kita semakin hari semakin membimbangkan. Pada hari ini, media sosial digunakan untuk berinteraksi seperti Whatsapps, Instagram, Facebook dan Tiktok terutamanya dalam kalangan remaja. Kerancuan bahasa merujuk kepada pelanggaran peraturan dan sistem Bahasa Melayu sama ada dari segi morfologi, sintaksis, kosa kata dan sebagainya. Jika perkara ini tidak diambil serius maka penggunaan bahasa Melayu akan semakin rosak kerana tatabahasa yang salah Contoh: -35-


Negara kita dipenuhi dengan pelbagai dialek di serata negeri seperti dialek Johor, dialek Perak, dialek Kedah, dialek Kelantan, dialek Sabah dan sebagainya. Penggunaan dialek ini akan memberikan kesan ketika kita berkomunikasi malahan dalam penulisan. Penggunaan dialek yang berbeza akan menimbulkan isu jika seseorang itu menyalah tafsir makna perkataan tersebut. Sebagai contoh, sesetengah orang akan menyalah tafsir makna atau tidak faham perkataan “endut” tetapi dalam dialek Johor endut membawa maksud teman wanita. Contoh: -36-


Kata slanga terhasil daripada bahasa asing Kata slanga digunakan untuk memudahkan ekspresi Bahasa Slanga merupakan bahasa dan ungkapan yang tidak tergolong dalam bahasa baku. Ia merujuk sebagai bahasa perbualan atau kolokial bagi orang awam. Ia juga tidak dianggap sebagai standard dalam dialek atau bahasa.Perkataan slanga sering dijumpai dalam kosa kata dan merujuk kepada perkara yang dianggap tabu. Kebanyakkan slanga setelah dikaji sebenarnya berfungsi sebagai ejekan dna hinaan. Bahasa ini juga telah meracuni pelbagai lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua. Ringkasan kepada sesuatu ayat. Tidak apa-takpe Bahasa asing ditukarkan kepada bahasa Melayu cute-kiut -37-


Asmah Haji Omar. (2008). Susur Galur Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Ismail bin Dahaman. (2007). Ejaan Rumi Sepanjang Zaman. Dewan Bahasa dan Pustaka Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa Dan Pustaka Nisa Qistina. (2021). Sejarah Perkembangan Tulisan dalam bahasa Melayu, Sejarah Perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka serta Cabaran dan Masa Depan bahasa Melayu. (11 September 2023). https://anyflip.com/bcstn/fkls Rabiatul Adawiyah binti Mohd Ridzuwan. (2021). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. (16 Oktober 2023) https://issuu.com/rabiatuladawiyahmo hdridzuwan/docs/bmmb_1074 Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Zurihan Yusoff. (2020). Pengenalan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Global Mediastreet Sdn Bhd 1. 2. 3. 4. 5. 6. -38- BIBLIOGRAFI


TAMAT MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAZLI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN


Click to View FlipBook Version