The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sambutan Pesta Cahaya di Malaysia

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-10734116, 2021-10-30 00:04:01

Perayaan Deepavali

Sambutan Pesta Cahaya di Malaysia

Keywords: Deepavali

Deepavali
Pesta Cahaya

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera. Saya bersyukur kepada

tuhan kerana dengan limpah
kurnianNya dapat juga saya
menyiapkan buku skrap yang
diusahakan selama ini bertajuk
Perayaan Deepavali. Jutaan
terima kasih kepada individu
penting yang banyak membantu
sepanjang saya menyiapkan buku

skrap ini.

Terutama sekali kepada ibu bapa
saya yang banyak memberi tunjuk

ajar dan dorongan kepada saya
dalam menyiapkan buku skrap
ini. Tidak lupa juga kepada diri
sendiri berhempas pulas dalam
menyempurnakan buku skrap ini.
Terima kasih kepada semua yang
terlibat secara lansung dan tidak

lansung kepada saya dalam
menyiapkan buku skrap ini.

BIODATA DIRI
NAMA :- IZYAN MUSFIRAH BINTI MOHD

ISMAIL
KELAS :- 6 PERMATA BIRU
UMUR :- 12 TAHUN
TARIKH LAHIR :- 6 JULAI 2019
HOBI :- EDIT VIDEO
CITA-CITA:- JURU MAKEUP

PENDAHULUAN

Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia
telah memutuskan terdapat 6 perayaan

utama akan disambut oleh pelbagai
kaum dan agama. Perayaan disambut
di seluruh negara dengan gembira dan
diraikan dengan mengadakan Rumah
Terbuka. Matlamat Rumah Terbuka

Malaysia adalah untuk memupuk
perpaduan dan mewijudkan suasana

harmoni. Selain itu juga, untuk
memberi peluang kepada setiap kaum

memahami setiap adat-adat yang
terdapat dalam setiap agama.

SEJARAH DEEPAVALI



Deepavali atau Diwali ialah
perayaan bagi penganut agama

Hindu yang menandakan
kemenangan. Deepavali meminjam
Bahasa Tamil “Dipavali” adalah dari
gabungan Bahasa Sanskrit “Dipa”
bermaksud “Cahaya” atau “Lampu”
dan “Avali” bermaksud “Deretan”,

“Garisan” atau “Jalan” maka
“Dipawali” atau “Deretan Cahaya”

menggambarkan perjalanan
menuju ke cahaya.

Deepavali disambut dalam tempoh
berbeza oleh komuniti berbeza,

tetapi ia tetap berderaskan kepada
kalender Hindu. Menurut kalender

Hindu yang diamalkan di India,
Diwali jatuh pada pertengahan
Ashwayuja/Ashvin manakala dalam
kalender Gregorian, Deepavali
biasanya tiba pada bulan Oktober

atau November.
Di Malaysia, Deepavali disambut
pada bulan ketujuh calendar Suria
Hindu dan dijadikan cuti umum di

seluruh Malaysia.

TUJUAN DEEPAVALI



Mitos di kalangan masyarakat India,
tujuan Deepavali adalah kisah Dewa
Krisha membunuh Narakasura. Oleh

itu, penduduk meraikan
kemenangan dapat menewaskan
kejahatan dengan menyalakan
lampu. Tetapi terdapat juga mitos di
Benua kecil India menyatakan epic
Ramayana Berjaya membunuh
Ravana dan kepulangan mereka
disambut para penduduk dengan
menyalakan lampu dan berpesta.

Walaupun ia hanya mitos, tetapi ia
tidak menjadi masalah bagi kaum
India dalam memyambut Deepavali
yang penting bagi mereka simbol

kebaikan atau cahaya
menumpaskan kejahatan adalah
menjadi pegangan utama mereka.

PERSIAPAN SEBELUM DEEPAVALI

Seperti kemeriahan perayaan lain,
penganut agama Hindu juga membuat
persedian sebulan awal. Mereka akan

membersihkan rumah, membeli
pakaian baru seperti Sari untuk kaum
wanita dan Kurta untuk kaum lelaki
serta juga eksesori seperti gelang kaki.

Mereka juga tidak lupa membeli
barang-barang untuk persiapan
memasak juadah di hari perayaan
seperti Maruku dan kuih muih

tradisional.

Bagi sesetengah penganut agama
Hindu, mereka membersihkan jiwa

dan diri dengan mengamalkan
puasa iaitu hanya makan sayur-
sayuran pada hari tertentu sebelum

Deepavali.
Sehari sebelum Deepavali mereka

akan menghias rumah dengan
pelita atau lampu dan Kolum yang

dihiasi indah di hadapan pintu
masuk rumah. Bagi mereka, jika
kediaman tidak dihiasi dengan
Kolum sambutan Deepavali kurang

berseri.

KOLAM

Kolam adalah lukisan bermotifkan
bunga-bungaan dilantai rumah
diperbuat daripada warna-warni.

Maksud tersirat pada kolam adalah
memberi makan kepada serangga kecil

seperti semut, secara tidak langsung
memberi pahala pada tuan rumah.

Hiasan kolam juga lambang
peryembahan Dewa Lakshmi,

Villaku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara
memasang pelita dilakukan oleh seluruh
ahli keluarga. Bagi mereka, memasang lampu
“Villaku” (pelita tradidi daripada tanah liat)
membawa kebahagian dan kesejahteraan.
Upacara “Villaku” dimulakan sekitar 7.30

malam
dimana pelita-pelita kecil dibawah oleh kanak-

kanak dan disusun ditempat sembahyang.
Pemasangan “Villaku” adalah untuk

menyambut ketadangan Dewi Lakshmi.

Inai

Kaum wanita juga tidak lupa
untuk mengenakan inai di jari

kaki dan tangan bertujuan
menghias diri pada malam

Deepavali.

Mandi minyak

*Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan
bangun awal sebelum terbit matahari

mereka akan mandi dan membersihkan diri. Upacara
mandi minyak bijan bertujuan untuk

penyucian badan dan semangat. Minyak bijan akan
disapu ke atas kepala setiap ahli keluarga

oleh mereka yang lebih tua seperti nenek atau ibu.
Kebaikan mandi minyak bijan adalah seperti mandi di

Sungai Ganges, bertujuan
membersihkan diri daripada segala kejahatan. Selepas

itu, mereka akan bersembahyang di
rumah atau kuil. Kemudian mereka akan berkunjung

ke rumah kaum keluarga.

PAKAIAN
TRADISIONAL

Adab berpakaian yang diamalkan
bertujuan mengekalkan budaya

dan warisan. Pakaian
tradisional masyarakat India yang

di peragakan pada Deepavali
adalah “Sari” bagi kaum

wanita dan “Dhoti” bagi kaum
lelaki.

Sari

Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit,
berlingkungan dari 4-9 meter panjang yang
ditabir keatas badan dengan pelbagai gaya.
Pemakaian “Sari” ibarat media komunikasi

tanpa
lisan. Mesej disampaikan berdasarkan
kepada warna, corak, dan cara pemakaian.

Dhoti

Dhoti diperbuat daripada
lemabaran kain putih panjang.

Kain tersebut akan dililit di
pinggan dan diikat pada celah
paha serta disangkutkan pada

bahu.

KUIH MUIH DAN JUADAH
UTAMA

Manisan adalah identity bagi
masyarakat India. Masyarakat India

percaya bahawa
manisan mampu membawa
kegembiraan dan kesejahteraan.
Manisan utama Ketika Deepavali
adalah seperti Laddu dan Halwa.

Masyarakat Hindu suka makanan
pedas dan berempah seperti Ayam
Tandoori dan kari. Tidak ketinggalan

juga beberapa kuih tradisional
seperti Maruku dan Payasam.

PANTANG LARANG
DEEPAVALI

Pantang larang selalunya diamalkan oleh orang-
orang tua dikalangan masyarakat

Melayu, Cina dan India. Kebanyakkan pantang
larang diturunkan secara lisan turun menurun.
Pantang larang bertujuan untuk mendidik generasi

muda agar dapat menerap nilai-nilai murni
dalam kehidupan. Sebahagian daripada pantang

larang ia menjadi amalan dan prinsip dalam
kehidupan.

Penganut agama Hindu juga mempunyai pantang
larang ketika menyambut Deepavali.

Antara pantang larang yang masih diamalkan
adalah amalan berkabung bagi menghormati
sanak saudara yang telah meninggal. Semua ahli

keluarga terdekat bagi individu telah
meninggal dunia dilarang menyambut Deepavali

selama setahun. Ia bertujuan untuk
mendapat kesejahteraan.

Mengikut kepercayaan penganut agama
Hindu, manisan yang dibuat tidak boleh
dimakan selagi belum mendapat restu dari
Tuhan. Mereka akan mempersembahkan

beberapa
jenis manisan ketika sembahyang di pagi
Deepavali bertujuan untuk mendapat restu

dari
Tuhan. Selepas sembahyang barulah manisan

boleh dinikmati.
Penganut agama Hindu juga perlu memasak

sekurang-kurangnya 1 jenis kuih
tradisional seperti Maruku kerana mereka

percaya bahawa jika periuk tidak berisi
minyak,

bermakna aka nada kematian di rumah
mereka.

Antara pantang larang lain adalah berkaitan
dengan warna pakaian. Mereka mesti pakai
pakaian warna garang dan dilarang memakai
warna putih atau hitam kerana ia bermaksud

kesedihan.

PENUTUP

Secara kesimpulannya, perayaan Deepavali
dikatakan sebagai cahaya yang menerangi

kegelapan dan juga dianggap symbol
kemenangan kuasa baik melawan kuasa jahat.

Namun
begitu, apa pun tujuan perayaan adalah untuk

menerap nilai-nilai yang baik dalam setiap



masyarakat. Perayaan juga memberi ruang
kepada sanak-saudara merapatkan hubungan,

malah kunjungan daripada rakan-rakan
bangsa dan agama lain juga dialu-alukan.

Penganut
agama Hindu juga percaya kunjung
mengunjung mampu membawa kegembiraan,
keseronokan dan kesejahteraan diantara

pelbagai kaum.

Sambutan Deepavali juga memberi peluang
dan pendedahan kepada golongan muda

untuk mengenali dan mengamalkan pantang
larang serta amalan yang dilakukan. Adalah
amat penting amalan diteruskan supaya ia
tidak lupuk ditelan zaman, kerana golongan

muda
adalah pewaris penyambung amalan sesuatu

kaum.
Oleh itu, sambutan perayaan perlu
diamalkan oleh setiap masyarakat. Pada

masa yang
sama perayaan juga hendaklah dijadikan

satu perayaan kebangsaan yang boleh
dinikmati

bersama. Masyarakat yang berusaha untuk
meneruskan perayaan di masa hadapan
secara
tidak lansung dapat mengukuhkan dan

mengekalkan perpaduan dalam masyarakat.


Click to View FlipBook Version