The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

INFO UBK FOKUS BIDANG PKM : EDISI KHAS PKPB -BIL 10

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hamidah Talip, 2020-12-06 08:54:06

Mengapa Pelajar Tidak Bermotivasi

INFO UBK FOKUS BIDANG PKM : EDISI KHAS PKPB -BIL 10

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK PUCHONG PERDANA

We care we share

TIDAK MEMPUNYAI MATLAMAT
YANG JELAS TENTANG HALA

TUJU HIDUP PADA MASA DEPAN

“ Jika kita tidak tahu apa yang kita mahu,
mustahil kita dapat apa yang kita mahu. ”

Tanpa Matlamat:

 Manusia meraba di dalam kegelapan

 Manusia sering dihanyutkan oleh pengaruh
semasa

 Manusia mudah tewas sebelum berjuang

Pelajar Bermatlamat Akan
Sentiasa Terbayang di
Mindanya ...

 Keputusan peperiksaan yang bakal diperolehi
 Cita-cita yang menggunung
 Rupa bentuk kehidupan masa depan

Ciri-Ciri Matlamat

S Special untuk diri dan keluarga, akan ku
buktikan

M Mencabar tetapi mampu diperolehi
A Aku yang memilihnya, bukan orang lain
R Rancang dari sekarang, bukan hampir

peperiksaan
T Tuliskan dan rujuk setiap hari sebagai

perancang berterusan

Jenis-Jenis Matlamat

 Jangka Pendek
 Jangka Sederhana
 Jangka Panjang

Matlamat Jangka Pendek

 Berapa markah / gred yang akan diperolehi di
dalam peperiksaan bulanan / penggal

 Bila aku akan tamatkan ulangkaji Bab 1
hingga Bab akhir

 Bila aku akan hafal semua formula yang
dipelajari pada tahun lepas

Matlamat Jangka Sederhana

 Keputusan peperiksaan sebenar ( PMR/SPM/
STPM )

 Universiti idaman dan kursus yang ingin
diikuti

Matlamat Jangka Panjang

 Kerjaya Idaman
 Cara gaya kehidupan masa depan – Aku

sebagai manusia DEWASA

TIDAK MENGENALI POTENSI
DAN KEHEBATAN DIRI

“ Di dalam diri kita terdapat harimau dan naga
yang sedang tidur. Kejutkanlah dia. Mudahan
dia akan bangkit menggegarkan alam dengan
suara halilintar dan tenaga perkasa. – Anda

akan lihat dan rasai kuasanya. ”

Potensi Diri

 Manusia adalah sebaik-baik kejadian
 Akal yang waras dan kebolehan menyerapkan

ilmu dengan sempurna
 Tenaga dalaman yang perlu dijana, bakat dan

kepandaian yang tersedia serta semangat yang
menanti untuk dibangkitkan
 Kekuatan fizikal dan kesihatan badan yang
memungkinkan kecerdasan akal

TIDAK MENYEDARI
TANGGUNGJAWAB DAN
AMANAH YANG DIPIKUL SEBAGAI
SEORANG ANAK DAN PELAJAR

Harapan Ibu Bapa:
 Anak soleh / solehah

 Anak cemerlang akademik

 Anak yang menebus maruah keluarga

 Anak yang menjadi pendorong kepada adik
beradik lain

 Anak penghibur dunia akhirat

TANGGUNGJAWAB

 Patuh perintah Allah dan meninggalkan perbuatan dosa
 Masa muda untuk menyemai kecemerlangan
 Pelengkapkan diri dengan ilmu dan amal
 Pandai menggunakan kesempatan dan peluang yang

diberi demi menggarap kejayaan
 Berkelakuan sebagai anak soleh / solehah
 Berkesedaran tinggi
 Menjaga maruah dan air muka ibu bapa
 Sentiasa menghibur hati ibu bapa
 Sentiasa menghormati dan patuh kepada peraturan

sekolah
 Menjaga adab-adab menuntut ilmu
 Menghormati dan mengetahui adab berguru

TIDAK MEMPUNYAI
PERANCANGAN AKTIVITI YANG
AKAN DILAKUKAN SETIAP HARI

“ Tiada manusia merancang untuk gagal, yang
ada hanyalah manusia yang gagal untuk
merancang. ”

“ Jika anda gagal merancang sebenarnya anda
sedang merancang untuk gagal. ”

AGENDA BERTINDAK SETIAP
HARI

 Rancang aktiviti setiap hari
( Jadual harian bermula dari bangun tidur hingga tidur
malam )

 Bertekadlah untuk memenuhi jadual harian
 Kenalpasti pencuri masa dan elakkan

( Radio / televisyen / kawan / bacaan ringan )
 Semak senarai semak berdasarkan perancangan

aktiviti harian

TIDAK TAHU MENYELESAIKAN
MASALAH PERIBADI DAN
MASALAH PEMBELAJARAN

Cara Menangani Masalah

 Sentiasa positifkan pemikiran
 Kenal pasti punca masalah
 Bersedia untuk berkongsi perasaan dengan orang

yang boleh dipercayai – ahli keluarga, kaunselor
 Penyelesaian masalah menurut pendekatan Islam

 Pembersihan hati
 Ibadat khusus
 Zikir
 Membaca Al-Quran

TIDAK BIJAK MEMILIH
KEUTAMAAN TERHADAP

AKTIVITI HARIAN

“ Beri keutamaan kepada yang
utama. ”

PERSEKITARAN YANG TIDAK
KONDUSIF

 Tiada tempat belajar yang khusus
 Gangguan luar
 Rakan di asrama / rumah sewa yang tidak

membantu
 Tempat belajar yang tidak terurus

PENGARUH RAKAN SEBAYA

Ciri-Ciri Rakan Yang Membantu
 Mempunyai matlamat dan cita-cita yang sama
 Selesa yang berterus terang dan berkongsi

perasaan
 Pandai menjaga hati
 Ringan tulang
 Sanggup menegur perbuatan yang salah

JADIKANLAH
KEGAGALAN HARI

INI SEBAGAI
PANDUAN UNTUK
KEJAYAAN HARI

ESOK


Click to View FlipBook Version