4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI
GROUP 4
DANIA NUR CEYCILIA (06DSK21F1071)
NURIN IZZ DANIA (06DSK21F1077)
FARAH SHAHIRA (06DSK21F1065)
NOR AZLIN (06DSK20F2084)
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3-6
NO SUBTOPIK 7 - 14
1. KESEPADUAN NASIONAL
2. KESEPADUAN SOSIAL - DEFISIT SOSIAL 15 - 19
3. ETOS NASIONAL
KESEPADUAN NASIONAL
i) Maksud Kesepaduan Nasional
● Kesepaduan nasional bermaksud penyatuan pelbagai kelompok yang
mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza lalu menjadi
satu entiti fizikal. Penyatuan ini lebih merupakan penyatuan yang berbentuk
zahir dan luaran.
ii) Hasil Penyatupaduan
● Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil , makmur
dan sejahtera. Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan masih terdapat
perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah
masyarakat di negara kita ini.
iii) Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara
● Dalam usaha mewujudkan kesepaduan nasional , alat yang utama sebagai teras
kesepaduan nasional ialah Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
Dua perkara ini menjadi tunjang utama kepada kepada kesepaduan nasional.
● Kesepaduan nasional amat penting untuk mewujudkan masyarakat yang
dinamik. Masyarakat dinamik akan mewujudkan masyarakat yang dinamik.
Masyarakat dinamik akan mewujudkan kelompok petani tradisional kepada
petani komersial industri, golongan miskin kepada kelas menengah dan
masyarakat kampung kepada warga kosmopolitan.
iv) Kemajmukan Bangsa
● Daripada kemajmukan bangsa akan wujud pelbagai etnik dan budaya
modeniti yang mengutamakan kestabilan dan kemajuan . Mereka berkongsi
norma hidup , persamaan nilai dan kerencaman sosial . Hal ini , merentasi
hubungan horizontal antara etnik dan agama sekaligus dapat membina
negara bangsa dan keharmonian integrasi kaum dalam mencapai status
negara maju .
KESEPADUAN SOSIAL
❖ Adalah antara teras penting dalam menjamin semua bangsa di Malaysia
berada dalam keadaan aman dan harmoni
❖ Merupakan asas utama kepada keadaan yang stabil tanpa ada sebarang
konflik dalam masyarakat di Malaysia
❖ Konsep kesepaduan sosial yang diasaskan oleh kerajaan adalah sebagai
formula penting untuk menguruskan masyarakat yang berbilang kaum
dan agama khususnya di Malaysia
❖ Mohd Syariefudin Abdullah et. al (2016) dalam kajiannya menyatakan,
terdapat 6 dimensi yang ada dalam kesepaduan sosial seperti di jadual
berikut :
DIMENSI HURAIAN
Kepunyaan - Merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang
Pemencilan dikongsi dan perasaan identiti yang sama
Rangkuman - Merujuk kepada tahap kesaksamaan dan peluang dalam
Pengecualian kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran
Penyertaan - Berfokus kepada penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat
Ketakterlibatan sama ada di tahap pusat atau lokal dalam kerajaan
Pengiktirafan - Merujuk kepada kebimbangan akan perbezaan atau toleransi
Penolakan dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat
Setara/setaraf - Tidak Merujuk kepada penyelenggaraan legitimasi dalam politik dan
setara institusi sosial - daripada tahap negeri kepada individu dalam
masyarakat yang mempunyai minat yang berbeza
Kesamaan - Merujuk kepada persamaan dan peluang yang sama dalam
Ketidaksamaan kalangan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, budaya dan
bahasa
DEFISIT SOSIAL
❏ Isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan penyelesaiannya satu
persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak, perancangan dan
pelaksanaan pelan tindakan berasaskan prinsip tawar-menawar, perundingan
ataupun mediasi.
❏ Sepuluh perkara utama yang menjadi topik kepada defisit sosial ialah
etnisiti, agama, kelas sosial, pendidikan,bahasa,jurang generasi,gender,politik
federalisme,ruang(bandar-bandar) dan media.
❏ Ia melibatkan isu-isu yang tidak ditangani dengan berhemat akan menjadi
punca kepada runtuhnya kesepaduan sosial yang dibangunkan.
❏ Perkara - perkara seperti kenyataan berbau sensitif entik,agama dan
perlembagaan, pilihan raya, krisis ekonomi, dasar awam baru, kegagalan
pembangunan, rasuah dan tadbir urus tidak berintegriti boleh menghancurkan
apa yang telah dibina selama ini dan akan menjadi barah jika tidak dikawal.
❏ Antara langkah-langkah dalam menghadapi defisit sosial;
● Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme
● Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa
● Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti
● Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama
1. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalisme
● Parti-parti politik pembangkang sebelum ini membentuk Pakatan Harapan,
memenangi PRU Ke-14 tanpa pertumpahan darah, dan membentuk kerajaan
dalam tahun 2018.
● Tidak seperti sesetengah negara yang menghadapi pilihan raya sehingga
terdapat kematian dan kehilangan nyawa , harta benda akibat rusuhan dan
tunjukan perasaan dari kalangan penyokong parti yang bertanding .
2. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa
● Bahasa Melayu adalah salah satu alat yang dapat menyatupadukan rakyat
Malaysia .
● Penggunaan Bahasa Melayu di sekolah, agensi kerajaan mahupun swasta
dapat menjadi bahasa penyatu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.
3. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti
● Di Malaysia, terdapat beberapa negeri seperti di pantai timur ,masyarakat
Melayu dan Cina mempunyai hubungan yang sangat erat.
● Masyarakat Cina di Kelantan boleh bercakap dialek Kelantan tanpa pelat.
● Sesuatu perkara yang perlu ditonjolkan terutama masyarakat Cina di bandar
supaya jurang dalam aspek etnisiti dapat dikurangakan
4. Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama
● Keharmonian dalam kepelbagaian bangsa ini menjadikan Malaysia negara
yang sering dicontoh masyarakat antarabangsa .
● Sebagai negara dengan rakyat berbilang kaum dan budaya, kadangkala
masyarakat kita berdepan isu sensitif yang boleh menggugat
ketenteraman dan keharmonian seperti perbezaan kefahaman mengenai
agama,budaya dan kaum perlu ditangani dengan baik untuk mengelakkan
tercetusnya sebarang perkara tidak diingini.
ETOS NASIONAL
● Etos menurut Kamus Dewan Bahasa ialah sifat ciri sesuatu bangsa, budaya,
era dan lain lain.
● Etos berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna perwatakan
atau karakter.
● Menurut Mansor et al, (2006). Etos berasal dari perkataan etika, sikap,
keperibadian, watak, karakter, serta keyakinan sesuatu perkara
Pandangan Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir tentang etos
nasional :
● Komitmen
● Kesetiaan
● Keterikatan emosi negara
● Perkongsian nilai
● Perkongsian sejarah
● Perasaan kekitaan bersama
● Perkongsian masa hadapan
● Perkongsian sejarah
Nazri Muslim (2016), berpendapat terdapat dimensi utama yang menjelaskan etos
bangsa sesebuah masyarakat.
● Etos bangsa dapat dibina apabila masyarakat berkongsi nilai yang sama
● Elemen nilai adalah toleransi, disiplin diri dan demokrasi
● Etos bangsa juga dapat dibina melalui semangat dan perasaan
● Dikategorikan kepada semangat patriotism, perasaan kekitaan dan
nasionalisme serta perasaan sebagai warganegara malaysia
Masyarakat multietnik malaysia membawa suatu identiti tersendiri. Identiti bangsa
malaysia merujuk kepada beberapa sub- dimensi :
● Bangsa malaysia
● Bahasa malaysia
● Simbol-simbol negara
● Membeli barang buatan malaysia
Masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran tentang etos bangsa tidak akan
berupaya untuk hidup sebagai satu unit kolektif apalagi untuk membentuk
negara-negara bangsa yang ideal
1. Etos nasional menjadi pusat kepada agenda pembinaan negara bangsa
khususnya untuk mencapai matlamat perpaduan negara dan integrasi
nasional
2. Mempunyai ciri-ciri unik masyarakat setempat yang mengikat seseorang
individu dengan individu yang lain
3. Ciri-ciri unik etos nasional :
● Nilai
● Perasaan dan semangat
● Kepercayaan
● Identiti
TERIMA KASIH !!