The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU1042 A231
DISEDIAKAN UNTUK: DR. Mohamad akmal bin ibrahim
KUMPULAN 6 (GROUP K)
AHLI KUMPULAN
ADIB AMSYAR FARHAN BIN ROSHYADI (300430)
HARI PRASATH A/L KANAKAPURAM RAGHAVENDRA SHYAM PRASAD (300205)
HEMAVATHANY PETARASU (299733)
NADIA FARHANA BINTI MOHD FAZLEY (300160)
NOR FITRIYANI BINTI ZAINOL ABIDIN(300206)
ABINASSRI BALACHANTHAR (300428)
CHRISTINE CHENG SUK LING(299915)
NUR NAJIHAH BINTI AZNAN (300234)
NANI NOREDZUHA DYANA BINTI SA'AT (299560)
NURUL LIYANA BINTI AMRAN (300382)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by christinecheng0826, 2023-12-17 22:47:21

Perjanjian Malaysia 1963

MPU1042 A231
DISEDIAKAN UNTUK: DR. Mohamad akmal bin ibrahim
KUMPULAN 6 (GROUP K)
AHLI KUMPULAN
ADIB AMSYAR FARHAN BIN ROSHYADI (300430)
HARI PRASATH A/L KANAKAPURAM RAGHAVENDRA SHYAM PRASAD (300205)
HEMAVATHANY PETARASU (299733)
NADIA FARHANA BINTI MOHD FAZLEY (300160)
NOR FITRIYANI BINTI ZAINOL ABIDIN(300206)
ABINASSRI BALACHANTHAR (300428)
CHRISTINE CHENG SUK LING(299915)
NUR NAJIHAH BINTI AZNAN (300234)
NANI NOREDZUHA DYANA BINTI SA'AT (299560)
NURUL LIYANA BINTI AMRAN (300382)

P E M B E N T U K A N M A L A Y S I A MPU1042 PERJANJ IAN MALAYSIA 1 9 6 3 KUMPULAN 6 (gROUP K) AHLI KUMPULAN ADIB AMSYAR FARHAN BIN ROSHYADI (300430) HARI PRASATH A/L KANAKAPURAM RAGHAVENDRA SHYAM PRASAD (300205) HEMAVATHANY PETARASU (299733) NADIA FARHANA BINTI MOHD FAZLEY (300160) NOR FITRIYANI BINTI ZAINOL ABIDIN(300206) ABINASSRI BALACHANTHAR (300428) CHRISTINE CHENG SUK LING(299915) NUR NAJIHAH BINTI AZNAN (300234) NANI NOREDZUHA DYANA BINTI SA'AT (299560) NURUL LIYANA BINTI AMRAN (300382) DISEDIAKAN UNTUK: DR. MOHAMAD AKMAL BIN IBRAHIM


ISI KANDUNGAN 1 01 PENGENALAN M/S 02 3 METODOLOGI DAN KAEDAH KAJIAN INTIPATI PERJANJIAN MA63 KEPENTINGAN MA63 RUMUSAN KESIMPULAN IMPAK PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TERHADAP PEMBANGUNAN POLITIK, SOSIAL AND EKONOMI DI MALAYSIA 7 5 6 8 9 M/S 04 M/S 07 - 09 2 OBJEKTIF KAJIAN TUNTUTAN MA63 4 M/S 05 - 06 M/S 03 M/S 10 - 15 M/S 16 - 23 M/S 24 M/S 25 10 RUJUKAN M/S 26 - 27


Perjanjian Malaysia 1963 atau Malaysia Agreement (MA63) merupakan perjanjian yangsangat penting dalam sejarah pembentukan Malaysia. Perjanjian ini telahditandatangani pada 9 Julai 1963 di London. Menerusinya,Sarawak,Sabah danSingapura membentuk negara Baharu dengan Tanah Melayu yang telah berkuatkuasapada 16 September 1963. Perjanjian ini merupakan satu perjanjian antarabangsa yangberdaftar di dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 September1970.Dengan itu,Parlimen Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk meminda MA63. Didalam perjanjian ini,terdapat 11 Perkara yang menjadi asas kepada Akta 26/1963 untukmeminda perlembagaan sedia ada iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayukepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perjanjian ini dibuat untuk membentukMalaysia, yang melibatkan federasi antara Malaya iaitu Malaysia barat, Singapura,Sabah, dan Sarawak. Tujuan utama perjanjian ini adalah bagi menciptakan entitypolitik yang lebih besar dengan mengharapkan peningkatan Pembangunan di rantaurantau yang terlibat. Perjanjian ini mengandungi syarat atau peruntukan perundanganberkenaan hak istimewa dan jaminan perlembagaan yang diberikan kepada Sabah danSarawak atas penyertaan negeri-negeri tersebut dalam Persekutuan. Hak otonomitelah diberikan kepada kedua-dua negeri atas kewujudan peruntukan perundanganyang tidak diknimati oleh semua negeri lain dalam Malaysia. P E N G E N A L A N : 02


Kami membuat kajian tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah untuk memupupuk semangat cinta akan negara dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila generasi muda membaca hasil kajian kami, mereka akan lebih memahami tentang perjanjian Malaysia 1963. Dengan ini, generasi muda mampu lebih peka tentang peristiwa-peristiwa sejarah yang membentuk Malaysia. Objektifnya adalah seperti berikut : O B J E K T I F K A J I A N 03 Pembaca-pembaca boleh memahami secara mendalam tentang Perjanjian Malaysia 1963 seperti tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 dan intipati perjanjian. Pembaca-pembaca boleh menghayati kepentingan Perjanjian Malaysia 1963. Pembaca mampu mendalami tentang implikasi Perjanjian Malaysia 1963 dalam aspek politik, sosial dan ekonomi. Dengan mendalami tentang Perjanjian Malaysia 1963, pembaca muda mungkin akan mengeluarkan minat untuk memahami politik Malaysia. Dengan ini, lebih ramai generasi muda akan memberi perhatian tentang politik Malaysia .


Kumpulan kami telah menggunakan 2 kaedah untuk membuat kajian tersebut. Antara kaedah yang digunakan adalah melayari internet untuk mendapat maklumat yang diperlukan. Sumber maklumat yang digunakan adalah dari laman web yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, kumpulan kami menggunakan laman web seperti Berita Harian , Nabalu News, dan Astroawani untuk mendapat maklumatmaklumat yang diperlukan. Kaedah kedua adalah dengan mencari bahan rujukan di perpustakaan. Sebagai contoh, kami telah mencari majalah dan buku-buku lain sebagai rujukan untuk membuat kajian tentang Perjanjian Malaysia 1963. M E T O D O L O G I K A J I A N D A N K A E D A H K A J I A N 04


TUNTUTAN MA63 05


Tuntutan dalam konteks Malaysia Agreement 1963 (MA63) . Beberapa tuntutan yang kerap ditekankan melibatkan : Tuntutan dalam konteks Malaysia Agreement 1963 (MA63) . Beberapa tuntutan yang kerap ditekankan melibatkan : TUNTUTAN MA63 06 Tuntutan MA63 merujuk kepada hak dan keistimewaan yang diberikan kepada sabah dan sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 . Tuntutan tersebut termasuklah dari aspek ekonomi , pentadbiran , dan hak autonomi bagi kedua-dua negeri ini 2. Autonomi Ekonomi 1. Autonomi Pentadbiran: 4. Kewarganegaraan 5.Pendidikan dan Kebudayaan 6.Pentadbiran Keadilan 7. Peruntukan Kewangan 8.Perlindungan Alam Sekitar 9.Pembangunan Infrastruktur 11. Pentadbiran Migrasi 10.Autonomi Sosial dan Budaya 13. Pengiktirafan MA63 12. Hubungan Luar Negeri: Perkongsian bersama - sama di antara kedua-dua negeri berkaitan dengan sumber daya secara adil dan pembangunan ekonomi dan elektif Persetujuan untuk melaksanakan berkaitan hak dan tanggungjawab mengenai soal kewarganegaraan bagi masyarakat di negeri Sabah dan Sarawak Pengawalan dan pentadbiran yang lebih adil dan saksama dalam sistem kehakiman supaya lebih adil dan tersusun dalam membuat keputusan Hak dan tanggungjawab perlu dititikberatkan dan memastikan untuk tidak terlepas pandang berkaitan alam sekitar dan sumber semula jadi di keduadua negeri Sabah dan Sarawak Pemeliharaan dan peranan untuk memajukan berkenaan autonomi kebudayaan serta identiti sosial masyarakat tempatan di negeri Sabah dan Sarawak Keterlibatan berkenaan perkara yang lebih serius iaitu berkaitan dengan isu-isu hubungan luar negeri yang melibatkan negeri di Sabah dan Sarawak. Hak untuk mengawal, mentadbir dan menguruskan hal ehwal dalam negeri secara lebih cekap dan efektif untuk mengekalkan sistem pentadbiran yang maju setanding dengan negara - negara maju yang lain. Pengiktirafan haruslah diperlukan dan juga perlindungan terhadap hak tanah adat masyarakat yang seimbang agar adil kepada masyarakat Sabah dan Sarawak 3.Hak Tanah Adat Peranan yang lebih besar dalam menaikkan bidang yang dapat memajukan negara iaitu bidang pendidikan dan juga bidang kebudayaanPerkongsian yang adil dalam peruntukan kewangan antara negeri dan kerajaan persekutuan dalam hal yang berkenaan pembangunan dan hakkepada masyarakat Sokongan untuk pembangunan intrastruktur yang lebih mampan dan membangun dengan lebih maju di Sabah san Sarawak Pengawalan dan pengawasan yang lebih ketat dan terkawal ke atas pentadbiran migrasi dan kewarganegaraan bagi masyarakat Pengiktirafan dan perlaksanaan sepenuhnya terhadap Perjanjian Malaysia 1963 perlulah ditekankan supaya hak - hak asasi masyarakat di negeri Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan


INTIPATI PERJANJIAN 07 Perkara 2 – menyatakan mengenai kewajipan Kerajaan Tanah Melayu untuk membuat satu set peraturan untuk negara yang dipanggil Perlembagaan melalui Parlimen Persekutuan. Ia akan mula berkuatkuasa pada 31 Ogos 1963, yang juga dikenali sebagai “Hari Malaysia.” Namun tarikh ditukar kepada 16 September 1963 atas sebab tertentu. Perkara 1 – menyatakan bahawasanya Borneo Utara dan Sarawak, dan Singapura akan dikenali sebagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura dan juga disekutukan dengan 1. Persekutuan Tanah Melayu. Nama “Malaysia” dijadikan nama baru kepada Persekutuan. 2. Perkara 3 – menyatakan mengenai tanggungjawab kerajaan United Kingdom untuk menyerahkan perintahperintah untuk membolehkan Perlembagaan negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura dijalankan mengikut lampiran-lampiran perlembagaan kepada Queen. 3. 4. Perkara 4 – Kerajaan United Kingdom mempunyai tanggungjawab untuk meluluskan undangundang di Parlimen yang membenarkan Queen menyerahkan kawalannya ke atas Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura. Ini akan berlaku pada "Hari Malaysia" dan akan dilakukan mengikut perjanjian.


08 Perkara 6 – Pada tahun 1957, Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom membuat perjanjian untuk saling membantu dalam pertahanan. Kini, mereka mahu melanjutkan perjanjian ini untuk merangkumi semua bahagian di Malaysia. Mereka juga berkata bahawa United Kingdom boleh terus menggunakan pangkalan tentera, seperti di Singapura, seperti yang disebutkan dalam perjanjian itu. Perkara 5 – Kerajaan Tanah Melayu perlu membuat undang-undang untuk menukar skop imigresen di Sabah dan Sarawak. Mereka juga perlu memasukkan beberapa peraturan tambahan 5. yang dilampirkan pada perjanjian ini. 6. 7. 8. Perkara 8 –Kerajaan Malaysia perlu melakukan apa yang dijanjikan dalam Bab III dan Lampiran A dan Lampiran B Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan yang ditandatangani pada 27 Februari 1963 . Mereka perlu mengikut saranan dan janji yang dibuat dalam laporan tersebut, asalkan tidak bertentangan dengan Perlembangan Persekutuan. Perkara 7 –persetujuan bagi membolehkan Queen untuk membenarkan pegawai perkhidmatan awam di Borneo Utara dan Sarawak diberikan sagu hati untuk kerja mereka sebelum Hari Malaysia. Kerajaan United Kingdom dan Malaysia juga perlu menandatangani Perjanjian Pegawai Awam. Tetapi kerajaan Malaysia memerlukan kebenaran daripada Sabah, Sarawak, atau Singapura sebelum menandatanganinya


09 Perkara 10 – Menetapkan keperluan bagi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dalam menjalankan kuasa sedia ada berkaitan penyiaran radio dan televisyen seperti yang dinyatakan dalam Lampiran K ini, melainkan dilaksanakan dalam Perlembagaan Malaysia. Perkara 9 – Membuat perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura untuk menjadikan Lampiran J yang berkenaan dengan pasaran bersama dan perkiraan 9. kewangan menjadi perjanjian. 10. 11. Perkara 11 -Perjanjian ini mesti ditandatangani dalam bahasa Inggeris dan Melayu sahaja dan setiap lampiran adalah dalam bahasa Inggeris sahaja.Versi Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai tafsiran undang-undang jika berlaku kekeliruan.


KEPENTINGANMA63 merujuk kepada Perjanjian Malaysia 1963, yang merupakan perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Malaysia dan kerajaan negeri-negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) pada masa penubuhan Malaysia. Kepentingan MA63 melibatkan pemeliharaan hak dan keistimewaan asal negeri-negeri Borneo dalam bidang seperti hak tanah, undang-undang, dan hak-hak kewangan. Isu berkaitan MA63 terus menjadi perbincangan penting dalam konteks perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri Borneo. MA63 10


Selain pemeliharaan hak dan keistimewaan asal negeri-negeri Borneo, MA63 juga membincangkan perkara-perkara seperti pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri, serta tanggungjawab bersama dalam beberapa bidang termasuk pendidikan, kesihatan, dan pembangunan ekonomi. Isu-isu ini memberi kesan terhadap hubungan antara entiti-entiti berkenaan dalam kerangka persekutuan Malaysia. . Perbincangan mengenai MA63 juga mencerminkan usaha untuk menyeimbangkan hak dan tanggungjawab di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam konteks perlembagaan Malaysia. Berikut adalah beberapa kepentingan MA63 beserta contoh: 1. Hak dan Keistimewaan Negeri-negeri Borneo: MA63 memberikan jaminan terhadap pemeliharaan hak, keistimewaan, dan kebebasan asal negeri-negeri Borneo. Ini termasuk hak-hak tanah adat, sistem undang-undang tradisional, serta hak-hak kewangan yang memastikan negeri-negeri tersebut mendapat manfaat yang adil dari sumber alam dan pembangunan ekonomi. Contoh, hak-hak tanah adat di Sabah dan Sarawak dilindungi oleh undang-undang dan diakui oleh kerajaan, dan sistem undang-undang tradisional seperti adat istiadat dan adat resam masih dihormati dan diamalkan di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak. Muka Depan Perjanjian Malaysia 1963 11


2. Pembahagian Kuasa: MA63 membincangkan pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri, merangkumi bidang kuasa seperti perundangan, keselamatan, dan lain-lain. Pembahagian kuasa ini dimaksudkan untuk mencapai keseimbangan yang adil dan sesuai dengan keperluan unik setiap entiti dalam persekutuan. Contoh, Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa eksklusif dalam bidang imigresen, dan kerajaan persekutuan mempunyai kuasa dalam bidang pertahanan. 3. Tanggungjawab Bersama: Perjanjian ini juga menetapkan tanggungjawab bersama dalam beberapa bidang seperti pendidikan, kesihatan, dan pembangunan ekonomi. Ini menekankan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri dalam memastikan pembangunan seragam dan kesejahteraan rakyat di seluruh Malaysia. Contoh, kerajaan persekutuan dan negeri-negeri bekerjasama dalam membangunkan infrastruktur dan memperbaiki akses ke pendidikan dan kesihatan di Sabah dan Sarawak. 12 10


4. Perlindungan Identiti Budaya: MA63 memberikan jaminan untuk melindungi identiti budaya dan agama negeri-negeri Borneo. Ini penting untuk memastikan kepelbagaian budaya dan kepercayaan di seluruh Malaysia dihormati dan dikekalkan. Contoh, kerajaan persekutuan dan negeri-negeri bekerjasama dalam mempromosikan dan memelihara warisan budaya dan agama di Sabah dan Sarawak. 5. Pemantauan dan Penilaian: MA63 juga menyatakan keperluan untuk pemantauan dan penilaian berkala terhadap pelaksanaan perjanjian ini. Ini untuk memastikan komitmen terus dipatuhi dan adanya mekanisme untuk menangani isu-isu yang timbul sepanjang masa. Contoh, terdapat badan-badan seperti Jawatankuasa Khas MA63 yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan perjanjian ini dan menangani isu-isu yang timbul. 13


6. Perwakilan Politik: MA63 menyatakan bahwa semua negara-negara di Persekutuan Malaysia akan memiliki wakil presiden yang bersifat penuh. Contoh, Sabah dan Sarawak mempunyai wakil presiden yang mewakili kepentingan negeri-negeri tersebut di peringkat kerajaan persekutuan. 7. Ekonomi: Perjanjian ini menyatakan tentang pengelolaan ekonomi, termasuk perbagian sumber daya dan kewajipan ekonomi antara negaranegara Persekutuan Malaysia. Contoh, Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk mendapat manfaat yang adil dari sumber daya alam di negeri-negeri tersebut, seperti minyak dan gas. 14


8. Bahasa: MA63 menyatakan bahawa bahasa Inggeris dan bahasa lain akan diberikan tempat yang penting di negara-negara Persekutuan Malaysia, termasuk Sarawak dan Sabah. Contoh, bahasa Inggeris masih digunakan secara meluas di Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan perniagaan. 9. Pertahanan: Perjanjian ini menyatakan tentang perjanjian pertahanan luar dan bantuan bersama antara Persekutuan Tanah Melayu dan negara-negara lain. Contoh, kerajaan persekutuan dan negeri-negeri bekerjasama dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara. 10. Kepentingan Sabah dan Sarawak: :MA63 mengatur kepentingan khusus Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia dalam aspek politik, ekonomi, dan sosial. Contoh, Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan khas dalam Persekutuan Malaysia dan mempunyai hak untuk memelihara identiti budaya dan agama mereka sendiri. 15


Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu peristiwa [enting dalam sejarah Malaysia yang telah membawa banyak perubahan dan impak kepada negara ini. Perjanjian ini melibatkan penubuhan persekutuan baru yang dikenali sebagai Malaysia, yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Perjanjian ini telah membawa impak yang besar dan mendalam kepada pembangunan politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. DARI SEGI POLITIK : PEMBAHAGIAN KUASA POLITIK MA63 telah menyebabkan kewujudan sistem persekutuan kepada 2 jenis kerajaan. Kesan daripada pembahagian kuasa politik ialah kemakmuran dan kebahagiaan setiap negara di Malaysia dapat ditingkatkan. PENGARUH POLITIK Sabah dan Sarawak, berkat MA63, memiliki pengaruh politik yang signifikan dalam politik Malaysia. Misalnya, mereka memiliki jumlah kursi parlemen yang signifikan, yang berarti mereka memiliki suara yang kuat dalam pembuatan kebijakan. 16


PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR Perjanjian MA63 Telah memberika hukum yang kuat untuk pembangunan infrastruktur di negara Sabah dan Sarawak demi negara membangun negara yang lebih maju. 17


Implikasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ialah pembahagian kuasa politik di Malaysia. MA63 telah membawa kesan mewujudkan sistem persekutuan yang bermaksud kuasa akan terbahagi kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menurut Farizal, kerajaan pusat menguruskan bidang-bidang seperti pendidikan, kewangan, hubungan luar, dan pertahanan manakala kerajaan negeri mengendalikan hal ehwal tempatan seperti agama, perhutanan, tanah dan pentadbiran negeri.(2022) Dengan ini, kuasa yang seimbang antara kerjaan pusat dan kerajaan negeri dapat mengelakkan satu pihak mendapat kuasa tertumpu. Kesannya, setiap kawasan di Malaysia akan bermakmur dan membangun dengan usaha kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri terutamanya di kawasan Sarawak dan Sabah kerana kawasan tersebut kurang maju berbanding dengan Semenanjung Malaysia. IMPAK PERJANJIAN MALAYSIA 1963 TERHADAP PEMBANGUNAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI DI MALAYSIA Dari Aspek Politik 1. PEMBAHAGIAN KUASA POLITIK Di samping itu, Sabah dan Sarawak akan diberikan kuasa tambahan daripada Perjanjian Malaysia 1963. Menurut Syahir, antara kuasa tambahan adalah seperti undang-undang dan adat anak negeri, Mahkamah Anak Negeri, kereta api di Sabah, Undang-undang diri berhubung dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan anak, nafkah dan sebagainya berkaitan dengan undang-undang keluarga, penyelidikan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak dan pencegahan penyakit tumbuhan dan pilihan raya bagi Dewan Negeri. Di bawah Akta Imigresen 1963, Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri-negeri berkenaan.(2022) Oleh itu, kuasa tambahan tersebut dapat membantu Sarawak dan Sabah untuk mempertahankan kedaulatan politik negeri. 18


Implikasi perjanjian MA63 terhadap politik di Malaysia adalah memberikan hak istimewa dan jaminan perlembagaan kepada Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini mengakui kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak sebagai negara bagian yang memiliki hak-hak politik tertentu. Hal ini mempengaruhi politik di Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak memiliki peranan yang penting dalam pembentukan dan keputusan politik di tingkat nasional. Implikasi MA63 terhadap politik di Malaysia juga termasuk pengaruh dalam pembentukan dan perubahan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini memastikan bahwa kedua negara tersebut memiliki kedudukan yang diakui secara konstitusional dan perlindungan hukum terhadap hak-hak politik mereka. Hal ini mungkin menyebabkan Sabah dan Sarawak untuk memiliki suara yang lebih kuat dalam proses keputusan politik di Malaysia. Dari Aspek Politik 2. PENGARUH POLITIK Selain itu, implikasi MA63 terhadap politik di Malaysia juga melibatkan isu-isu politik yang berkaitan dengan implementasi dan pematuhan terhadap perjanjian tersebut. Perjanjian ini telah menjadi perdebatan politik di Malaysia, terutama dalam konteks pelaksanaan dan interpretasi yang tepat terhadap isi perjanjian. Isu-isu ini mempengaruhi dinamika politik di Malaysia dan memainkan peranan dalam pembentukan pandangan politik dan sikap terhadap MA63. 19


DARI ASPEK SOSIAL Implikasi Perjanjian MA63 terhadap sosial di Malaysia adalah pengakuan terhadap kepelbagaian budaya di Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini mengiktiraf bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai budaya yang berbeza dan hak untuk memelihara dan memajukan budaya mereka sendiri. Ini memberi ruang kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak untuk menjaga dan mempromosikan warisan budaya mereka, termasuk bahasa, adat resam, dan tradisi unik mereka. 1. PENGAKUAN TERHADAP KERAGAMAN BUDAYA Pengakuan terhadap keragaman budaya ini juga membawa implikasi positif terhadap hubungan antara etnik di Malaysia. Dengan mengiktiraf dan menghormati budaya yang berbeza, MA63 memberi ruang kepada semua etnik di Malaysia untuk hidup berdampingan secara harmoni dan saling menghormati. Ini membantu memupuk pemahaman dan toleransi antara masyarakat yang berbeza di negara ini. Selain itu, implikasi MA63 terhadap sosial di Malaysia juga termasuk peningkatan kesedaran terhadap warisan budaya yang kaya di Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini mendorong usaha pemuliharaan dan pemajuan budaya tradisional di kedua-dua negeri ini. Ini melibatkan usaha untuk mempromosikan seni, muzik, tarian, dan kebudayaan lain yang unik kepada masyarakat tempatan dan pelawat. 20


DARI ASPEK SOSIAL Implikasi utama dari MA63 terhadap pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak adalah pengakuan hakhak istimewa dan jaminan perlembagaan yang diberikan kepada kedua negara bagian tersebut. MA63 mengandungi peruntukan perundangan yang memberikan hak istimewa kepada Sabah dan Sarawak dalam hal pembangunan infrastruktur dan penyertaan mereka dalam Persekutuan. Hal ini memastikan bahwa Sabah dan Sarawak memiliki akses yang adil dan memadai terhadap sumber daya dan pembangunan infrastruktur yang diperlukan untuk memajukan kedua negara bagian tersebut. 2. PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR Selain itu, MA63 juga memberikan dasar hukum yang kuat untuk pembangunan infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini mengakui kebutuhan dan kepentingan pembangunan infrastruktur yang memadai di kedua negara bagian tersebut. Hal ini memungkinkan pemerintah pusat dan pemerintah negara bagian untuk bekerja sama dalam merencanakan, mengembangkan, dan membiayai projek-projek infrastruktur yang diperlukan untuk meningkatkan konektivitas dan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak. Implikasi MA63 terhadap pembangunan infrastruktur juga termasuk peningkatan investasi dan perhatian terhadap sektor infrastruktur di Sabah dan Sarawak. Perjanjian ini telah memicu minat investor dan pemerintah pusat untuk mengalokasikan dana dan sumber daya yang cukup untuk membangun infrastruktur yang dibutuhkan di kedua negara bagian tersebut. Hal ini mencakup pembangunan jalan, jembatan, pelabuhan, bandara, dan projek infrastruktur lainnya yang mendukung pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat 21 di Sabah dan Sarawak.


Dari aspek ekonomi Implikasi MA63 ialah pengagihan sumber dan pembangunan di Malaysia. Kuasa pengagihan sumber semula jadi dikawal oleh kerajaan pusat. Selepas MA 63, kerajaan pusat telah mengagihkan sumber semula jadi seperti gas dan minyak yang dimiliki oleh Sarawak dan Sabah kepada Semenanjung Malaysia menyebabkan ketidakadilan dalam pembahagian ekonomi. Hal ini kerana Sabah dan Sarawak akan kurang menikmati keuntungan daripada sumber gas dan sumber minyak yang dimiliki oleh mereka dan hal ini akan menjejaskan ekonomi Sabah dan Sarawak. 1. PENGAGIHAN SUMBER DAN PEMBANGUNAN Selain itu, kerajaan Malaysia juga berusaha untuk memperbaiki ketidakseimbangan pembangunan infrastruktur antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Sebagai bukti, Projek Lebuhraya Pan Borneo yang masih dilaksanakan pada masa kini merupakan projek jalan raya yang melintasi Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan kemudahan pengangukutan di Sabah dan Sarawak. Menurut Nabaru News, Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah mendukung usaha pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan mahu memandu menelusuri Lebuh Raya Pan Borneo apabila siap kelak. (2023). Hal ini membuktikan bahawa kerajaaan Malaysia sekarang masih berusaha untuk meningkatkan kemudahan pengangukutan di Sabah dan Sarawak untuk mencapai keseimbangan pembangunan infrastruktur di setiap kawasan Malaysia. 22


Dari aspek ekonomi Implikasi MA63 adalah memajukan pelaburan dan pelancongan di Malaysia. Gabungan Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia akan memberi kesan mewudjukan kestabilan politik di Malaysia. Dengan ini, politik yang stabil dapat menyakinkan pelabur asing untuk membuat pelaburan di Malaysia. Sebelum MA63, Sabah dan Sarawak tidak menarik banyak minat pelabur asing untuk melabur berbanding Semenanjung Malaysia kerana kekurangan infrastruktur. Dengan ini, kerajaan pusat telah memberi tumpuan dalam pembangunan Sabah dan Sarawak supaya menarik pelabur asing. Menurut astro Awani, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan bahawa bajet kewangan 2023 menyatakan bahawa Sabah mempunyai RM6.3 million dan Sarawak mempunyai RM 5.4 million diperuntukkan dalam pembangunan negeri. (2022) Kesannya, pembangunan Sabah dan Sarawak dapat menarik minat pelabur asing untuk melabur. Seterusnya, sektor pelancongan Sabah dan Sarawak juga akan dibangunkan kerana Sarawak dan Sabah mempunyai kawasan alam semula jadi yang indah dan juga kaya dengan pelbagai budaya dan tradisional tarian dan lain-lain. Apabila pembangunan sektor infrustruktur Sabah dan Sarawak, hal ini dapat memudahkan pelancong asing datang untuk melancong di Sabah dan Sarawak. Oleh itu, mata wang asing mengalir ke Malaysia dan dapat membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak lalu mengurangkan ketidakseimbang ekonomi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. 2. PELABURAN DAN PELANCONGAN 23


24 Secara kesimpulannya,Perjanjian Malaysia 1963 ini telah memberi impak yang sangat besar dalam Pembentukan Malaysia dan telah memainkan peranan yang sangat penting bagi Masyarakat di Sabah dan Sarawak. Perjanjian MA63 ini mencerminkan kesepakatan di antara pihak-pihak yang terlibat dan telah membentuk landasan bagi federasi baru yang menjadi Malaysia. Perjanjian ini juga telah membentuk asas politik dan sosial bagi Malaysia walaupun ada perubahan dan cabaran seperti pemisahan Singapura. Hak dan Keistimewaan Negeri-negeri Borneo,pembahagian kuasa dan perlindungan identiti budaya telah menjadi kepentingan bagi perjanjian MA63 ini. Kerajaan komited untuk mengkaji semula perjanjian MA63 untuk memastikan hak-hak dan kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak kekal terbela dan terpelihara. Oleh itu, Masyarakat haruslah memberikan sokongan dan berusaha untuk menjadikan perjanjian MA63 terlaksana di atas dasar dan prinsip untuk memajukan negara kita agar keamanan dan kejayaan dapat kita kecapi dan nikmati bersama. Secara lebih ringkas,perjanjian ini memainkan peranan kunci dalam menetapkan kerangka kerja perlembagaan dan pentadbiran bagi negara ini. KESIMPULAN


Substansinya, Perjanjian Malaysia 1963 memberikan dasar konstitusional bagi Malaysia pada pembentukkan awalnya. Secara keseluruhannya, terdapat 13 jumlah tuntutan dalam perjanjian ini iaitu, autonomi pentadbiran dan ekonomi, hak tanah adat, kewarganegaraan, pendidikan dan kebudayaan, pentadbiran keadilan, peruntukan kewangan,perlindungan alam sekitar, pembangunan infrastruktur, autonomi sosial dan budaya, pentadbiran migrasi, hubungan luar negeri dan juga pengiktirafan MA63. Banyak kepentingan yang dibawa oleh Perjanjian MA63 dan antaranya adalah hak dan keistimewaan negeri-negeri Borneo, pembahagian kuasa, tanggungjawab bersama, perlindungan indentiti budaya, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa perjanjian ini memberi impak dan kesan terhadap tiga aspek utama ini iaitu dari aspek politik, sosial, dan juga ekonomi. Sebagai contoh, ia memberikan kesan kepada aspek politik dari segi pembahagian kuasa dan juga pengaruh politik. Manakala dari segi sosial pula, ia memberikan kesan pengakuan terhadap keragan budaya serta pembangunan infrastruktur di Malaysia. dan terakhir sekali, dalam aspek ekonomi ia memberikan impak terhadap pengagihan sumber dan pembangunan selain daripada pelaburan dan pelancongan 25 RUMUSAN


Rujukan Agong dukung usaha laksana MA63, mahu telusuri Pan Borneo apabila siap.(2023, Februari 13).NABALU NEWS. Agong dukung usaha laksana MA63, mahu telusuri Pan Borneo apabila siap Bajet 2023: Peruntukan pembangunan RM6.3 bilion untuk Sabah, RM5.4 bilion Sarawak.(2022, Oktober 7).astro awani.https://www.astroawani.com/beritamalaysia/bajet-2023-peruntukan-pembangunan-rm63-bilion-untuk-sabahrm54-bilion-sarawak-384773 Farizal.(2022,Februari 17).Pengajian Am S1 – Konsep dan Ciri Negara Berdaulat.cikgufarizal. Berdaulat.cikgufarizal.Sarawak.(2022, Oktober 7).astro awani. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bajet-2023- peruntukan-pembangunan-rm63-bilion-untuk-sabah-rm54-bilion-sarawak384773 Perkara - Perkara ‘Tertunggak’ Berkaitan MA63 Yang Boleh Selesai Segera Akan Diselesaikan Dalam Tempoh Sebulan.(2022, Disember 8).Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS). https://ukas.sarawak.gov.my. Khaliq. (2023, July 7). 5 Fakta tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang anda mungkin tidak tahu. https://asklegal.my/p/5-fakta-tentang-perjanjian-malaysia- 1963-ma63-yanganda-mungkin-tidak-tahu Somiah, V., James, T., Carmillia, T., Somiah, V., James, T., & Carmillia, T. (2021, May 11). Apa itu MA63? Dan Kenapa ia Penting Bagi Sabah dan Sarawak. New Naratif. https://newnaratif.com/ms/apa-itu-ma63/ Majlis Keselamatan Negara. (2023, May 8). 11 PERKARA INTIPATI PERJANJIAN MALAYSIA 1963. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/05/08/11-perkara-intipati-perjanjianmalaysia- 1 963/ 26


Rujukan Utusan Borneo. (2023, July 30). MA63: Antara pelaksanaan, polemik dan modal politik. https://www.utusanborneo.com.my/2023/07/30/ma63-antara-pelaksanaan-polemik dan-modal-politi Utusan Malaysia. (2023, September 16). Bukan lagi dirunding, MA63 Sabah dan Sarawak perlu dilaksanakan – Anwar Ibrahim. https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/bukan-lagi-dirunding-ma63-sabah-dan sarawak-perlu-dilaksanakan-anwar-ibrahim/ Syahir.(2022,Februari 11).Sejarah Tingkatan 5 Bab 4 – Sistem Persekutuan. cikgusyahir.https://cikgusyahir.com/sejarah-sistem persekutuan/#42_Kuasa_Kerajaan_Persekutuan_dan_Kerajaan_Negeri Kupasan Sejarah Perjanjian Malaysia 1963 - Prime Minister's Department The 1963 Malaysia Agreement (MA63): Sabah And ... - ResearchGate - Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai Dokumen Sejarah dan ... 27


Click to View FlipBook Version