The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Malaysia Nationhood (Group 7)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhammadnazmihaziq7, 2023-07-05 01:16:57

Laksa Perlis

Malaysia Nationhood (Group 7)

Keywords: Laksa Perlis

MAKANAN TRADISIONAL LAKSA PERLIS


Penulis : Muhammad Adib Bin Mohd Fauzi Sharifah Nureen Afrina Binti Syed Mahamad Zuhdi Amin Nur Izzah Binti Mohd Zaidi Nur Izzati Binti Zaini Suntingan Oleh : Nurul Elliyany Binti Mat Yazit Grafik: Muhammad Nazmi Haziq Bin Mohd Rizal VARIASI LAKSA PERLIS : Diterbitkan oleh: Universiti Utara Malaysia, Sintok, 06010 Bukit Kayu Hitam, Kedah. Cetakan Pertama: Hak Cipta Terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar mana-mana bahagian,artikel,ilustrasi dan isi kandungan buku ini dengan apa jua sama ada secara elektronik,fotokopi,mekanik,rakaman atau cara lain.


ISI KANDUNGAN A H L I K U M P U L A N P E N G H A R G A A N L A T A R B E L A K A N G P E N G E N A L A N L A K S A P E R L I S K E S I M P U L A N R U J U K A N 0 1 0 2 0 3 0 4 0 5 0 6 0 7


AHLI KUMPULAN NURUL ELLIYANY BINTI MAT YAZIT (296836) NUR IZZATI BINTI ZAINI (296789) MUHAMMAD ADIB BIN MOHD FAUZI (296797) NUR IZZAH BINTI MOHD ZAIDI (296885) SHARIFAH NUREEN AFRINA BINTI SYED MAHAMAD ZUHDI AMIN (296874) MUHAMMAD NAZMI HAZIQ BIN MOHD RIZAL (296865)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Segala pujian dan kesyukuran kami ucapkan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, Allah SWT yang mengizinkan majalah ini berjaya diterbitkan serta kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat ibu bapa dan rakanrakan seperjuangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perjalanan menyiapkan E-majalah Makanan Tradisional ini dengan jayanya mengikut tempoh yang ditetapkan. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah kursus SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA iaitu Dr. Haslinda Hasan diatas kesudian memberi pandangan, bimbingan, panduan serta tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan tugasan yang diberikan. Tidak dilupakan juga jasa dan keringat setiap ahli kumpulan yang telah banyak membantu menyumbangkan idea, maklumat dan pendapat masing-masing dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, segala jasa dan pengorbanan kesemua individu di dalam kumpulan yang terlibat dalam mejayakan E-majalah Makanan Tradisional ini amatlah kami hargai. Kami juga berharap agar E-majalah ini dapat memenuhi kriteria dan garis panduan yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih PENGHARGAAN


Negeri Perlis adalah salah satu negeri di Malaysia yang terletak di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ibu kota negeri ini ialah Kangar. Perlis memiliki sejarah yang panjang dan kaya. Pada zaman prasejarah, wilayah ini didiami oleh suku-suku Melayu pribumi. Negeri Perlis juga memiliki warisan budaya yang kaya, termasuk tradisi seni dan tarian Melayu, serta seni tenun dan kerajinan tradisional. Ia juga memiliki tempat-tempat bersejarah seperti Kota Kayang Museum, Kota Arau, dan masjid-masjid bersejarah. Nama Negeri Perlis dikatakan berasal daripada perkataan Siam prow-lowy yang bererti ‘kelapa hanyut’, daripada perkataan dialek Melayu Utara ‘perelus’ iaitu kaki termasuk ke dalam atau ke celah sesuatu’, atau daripada nama Peran Leh yang dikatakan seorang peran atau pelawak mahsyur bernama Saleh.


MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA


PENGENALAN Definisi Makanan Tradisional Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dimakan oleh masyarakat tertentu dengan cita rasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Bagi masyarakat Malaysia umumnya amat diyakini khasiat, aneka makanan tradisional seperti karipap, nasi lemak, roti canai dan sebagainya. Di samping berkhasiat, makanan tradisional juga mengandung segi positif yang lain seperti bahan-bahan yang bervitamin, bergizi tinggi, serat, murah dan mudah didapat, sesuai dengan selera masyarakat sehingga diyakini mempunyai potensi yang baik sebagai makanan. Makanan tradisional dipengaruhi oleh kebiasaan makan masyarakat dan menyatu di dalam sistem sosial budaya berbagai-bagai golongan etnik dan kaum di daerahdaerah. Makanan tersebut disukai kerana rasa, tekstur dan aromanya sesuai dengan seleranya. Demikian juga dengan kebiasaan makan khas daerah umumnya tidak mudah berubah, walaupun anggota etnik bersangkutan pindah ke daerah lain. Terdapat banyak aspek dalam mewujudkan kepelbagaian budaya antaranya cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan banyak lagi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masingmasing. Pada hari ini, makanan juga memberi impakyang besar dalam mewujudkan variasi etnik di Malaysia. Sebagai contoh, roti canai, nasi lemak, lontong, tosei, capati serta yong tau fu bukan hanya di makan oleh etnik Melayu, Cina dan India sahaja malahan semua makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja tidak terkecuali bangsa asing yang datang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran di Malaysia.


ASAL USUL LAKSA BERMULA KETIKA CHINA PERTAMA KALI MENGUNJUNGI DAN BERDAGANG DENGAN PENDUDUK SETEMPAT DI KEPULAUAN MELAYU PADA AWAL ABAD KE-15. DENGAN KEHADIRAN PEDAGANG CHINA DI TANAH MELAYU, MEREKA TELAH WUJUDKAN SATU KAUM. LAKSA DIHUBUNGKAN DENGAN BUDAYA PERANAKKAN YANG MERUPAKAN PERPADUAN ANTARA BUDAYA TIANGHOA DAN MELAYU. MEREKA TELAH MENCIPTAKAN VARIASI LAKSA YANG UNIK DENGAN PENGGUNAAN REMPAH DAN BAHAN-BAHANNYA SEPERTI BELACAN.


LAKSA PERLIS Hidangan laksa sangat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia dan salah satu daripadanya ialah Laksa Perlis. Sebenarnya, nama hidangan laksa diberi mengikut negeri ia dipelopori. Contohnya, Laksa Johor dari Johor, Laksa Sarawak dari Sarawak, Laksa Penang dari Pulau Pinang, dan Laksa Kedah dari Kedah. Walau ia seperti juadah yang sama namun ada perbezaan, antaranya bahan-bahan yang digunakan, tahap kepekatan dan kepedasan kuah, serta jenis dan bahan asas mi laksa. Kuah Laksa Perlis agak pekat kerana setiap bahannya seperti ikan kembung, ikan selayang, bunga kantan dan daun kesum dikisar bersama sehingga hancur dan sebati. Kuantiti ikan yang digunakan juga adalah lebih berbanding laksa di negeri lain, dan kerana itulah kuahnya berwarna cerah dan tidak kemerahan (yakni warna merah cili) seperti Laksa Kedah. Laksa Perlis juga tidak menggunakan santan seperti Laksa Sarawak. Juga menggunakan mi laksa yang diperbuat daripada tepung beras yang dibuat sendiri, tidak seperti Laksa Johor yang menggunakan mi spageti.


Laksa Utara memang antara makanan kegemaran satu Malaysia kerana diibaratkan sebagai comfort food orang Malaysia. Antara Laksa Utara yang terkenal sudah tentulah Laksa Penang, tetapi laksa Kedah dan Perlis juga mempunyai variasi mereka yang tersendiri. Laksa Utara diklasifikasikan sebagai asam laksa dan penyediaannya menggunakan bahan asas ikan seperti ikan kembung ataupun ikan selayang. Di Kedah, telur rebus dihidang bersama laksa manakala di Perlis, isi ikan keli dan belut digunakan di dalam kuah. Laksam diklasifikasikan sebagai kari laksa yang sangat terkenal di belah Pantai Timur negara seperti Kelantan, dan Terengganu. Laksam diperbuat daripada gulungan kueyteow tebal yang dimakan bersama kuah yang diperbuat dengan bahan seperti santan dan ikan rebus. Kuah laksam adalah paling pekat antara variasi laksa lain di bawah klasifikasi kari laksa. 1. LAKSA UTARA 2. LAKSAM PERBEZAAN LAKSA NEGERI LAIN DENGAN LAKSA PERLIS


Laksa Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dan Semenanjung. Permisahan secara geografi ini memberi kesan kepada budaya, bahasa serta adat resam termasuklah juga masakan. Laksa Sarawak adalah satu dari makanan tradisional negeri Sarawak. Laksa Sarawak adalah sejenis laksa yang disediakan menggunakan teknik gabungan kari laksa, dan asam laksa, tetapi laksa Sarawak tidak menggunakan isi ikan, sebaliknya menggunakan pes yang berasaskan sambal belacan. Laksa Sarawak juga dihidangkan bersama mee nipis yang dipanggil "bee hoon', hirisan ayam, udang, telur rebus, taugeh dan daun ketumbar. Laksa lemak ataupun laksa nyonya ini merupakan kari laksa yang paling popular dan sudah tentunya berasal dari masyarakat Nyonya Melaka. Laksa lemak ni rasa dia lain sikit, seakan-akan rasa masak lemak. Memang tidak menggunakan isi ikan, sebaliknya disediakan menggunakan air rebusan tulang ayam, dan kulit udang. 3. LAKSA SARAWAK 4. LAKSA LEMAK/LAKSA NYONYA


5. LAKSA JOHOR Laksa Johor sangat unik kerana tidak menggunakan laksa, atau bihun, tetapi menggunakan spageti. Selain itu, laksa Johor ini kelihatan seperti Laksa Penang, tetapi rasanya seperti kari laksa kerana penyediaannya menggunakan ikan, dan juga santan. Menurut orang Johor, laksa Johor harus disediakan menggunakan Ikan Parang, atau Ikan Tenggiri sahaja, kalau tidak kualitinya mungkin berbeza. Namun, ada juga resepi yang menggunakan Ikan Kembung dan Selayang dan rasanya tetap sedap. 6. LAKSA TERENGGANU Laksa Putih/ Laksa Terengganu merupakan sejeis makanan berkuah yang terkenal di Terengganu. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah masak dan kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang dicampur dengan air panas sahaja tanpa dimasak dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula diesdiakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah Laksa Johor, tetapi lebih putih. Kuah mentah biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan


Bahan dan cara Pembuatan laksa


1 Kg laksa beras 1 Kg ikan kembung 15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) 10 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 batang serai di ketuk 1/2 inci lengkuas (ketuk) Asam keping secukupnya 1 ketul gula ‘Gherek’ Daun kesum secukupnya 1 kuntum bunga kantan (belah 4) Garam, Gula dan MSG secukup rasa Air secukupnya 5 biji cili merah Belacan sebesar ibu jari B A H A N - B A H A N


1 biji timun (potong lidi) 2 labu bawang besar (potong bulat nipis) 10 biji cili api (potong bulat nipis) Daun selom secukupnya (racik halus) atau salad BAHAN ULAM TIPS Sedikit tulang ikan atau kepala ikan dikisar sekali bagi menambahkan lagi rasa kuah ikan kerana manis ikan


Rebus ikan dengan gula ‘Gherek’, garam, asam keping dan lengkuas hingga masak. Sejukkan dan siat isi ikan. Asingkan isi dengan tulang. Kisarkan kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk. Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis, ambil patinya dan masukkan ke dalam periuk berisi isi ikan tadi. Kisar cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus. Masukkan dalam periuk tadi. Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana. Tambahkan air jika terlalu pekat. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan. Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan garam, gula dan MSG secukup rasa. Masak sehingga mendidih. Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk. Letakkan segala ulam-ulaman dan sendukkan kuah. Hidang ketika panas. CARA PENYEDIAAN CARA MENGHIDANG


TEMPAT TERSOHOR LAKSA PERLIS WAKTU OPERASI TEMPAT Warung D'Kandis terkenal di Perlis kerana menyajikan Laksa Perlis yang lazat. Tempat ini sering dikunjungi oleh penjelajah dan penduduk setempat yang ingin menikmati hidangan khas dari Perlis. Laksa Perlis di Warung D'Kandis disajikan dengan kuah santan yang kaya, mi kuning yang kenyal, ikan kembung segar dan daun kesum yang memberikan aroma khas. Kedai ini terkenal kerana menjaga kualiti rasa dan keaslian hidangannya, sehingga menjadi tempat yang popular untuk menikmati Laksa Perlis. PERLIS INDERA KAYANGAN Batu 7 1/2 Kampung Utan Kandis 02600 Arau, Perlis, Malaysia Buka setiap hari kecuali Jumaat


Berdasarkan flipbook mengenai hidangan laksa yang disajikan, dapat disimpulkan bahawa flipbook ini menggambarkan variasi laksa yang ada di Malaysia, dengan setiap wilayah memiliki ciri khasnya yang tersendiri. Hal ini menunjukkan kepelbagaian kulinari dan kekayaan budaya yang berkaitan dengan hidangan ini. Flipbook ini menceritakan sejarah dan budaya di sebalik kewujudan laksa. Hidangan ini telah menjadi sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia dan dihargai sebagai salah satu makanan ikonik di negara ini. Melalui flipbook ini juga, pembaca dapat melihat tahap pembuatan laksa secara visual. Bermula dari mempersiapkan bahan-bahan sehingga penyajian akhir. Proses ini menunjukkan kemahiran dan ketelitian yang diperlukan dalam menghasilkan hidangan lazat ini. Selain itu, dalam flipbook ini terlihat bahawa laksa menjadi daya tarikan pengunjung. Pengunjung dapat menikmati kelazatan hidangan ini sambil merasai kekayaan budaya dan keindahan negara ini. Melalui flipbook yang menggambarkan warisan budaya, proses pembuatan yang menarik, dan daya tarikan pembuatan laksa, dapat disimpulkan bahawa laksa adalah hidangan yang kaya, lazat dan berperanan penting dalam membentuk identiti budaya Malaysia. K E S I M P U L A N


RUJUKAN https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my/culture/dis/35 https://myresipi.com/resipi/laksa-kuala-perlis/ http://fizalgk.blogspot.com/2013/12/uniknya-laksakuala-perlis.html https://rileklah.com/makan-makan/jom-kenalilaksa-kita-ini-dia-5-jenis-laksa-malaysia https://dymm.perlis.gov.my/portal/index.php/ms/inf o-diraja/pengenalan-negeri-perlis


Click to View FlipBook Version