JAN.2023 MAJMAKANAN
DODOL
ISI KANDUNGAN
TAJUK/MUKA SURAT 04
06
Asal usul dodol 10
Kisah disebalik dodol 14
Asal golongan dodol
Bentuk dodol
Tradisi dodol 44
47
Keunikan dodol
51
Perbezaan dodol zaman
dahulu Dan kini
Cara dodol disediakan 20
28
Kebaikan dodol
30
Penjagaan
dodol
Layari
MAJALAH.COM/TABLET
diesediakan oleh ahli
kumpulan 4
INTAN SAFIRA BINTI AZMI NAILY NAFIZ NAZLAH
(285634) BINTI JAMALUDIN
(289617)
AISHAH BINTI M AZMAN WONG HIEW YAU
(292167) (286236)
NUR AQILAH BINTI AWANG jiaquan
(291366)
stephanie MUHAMMAD AZRUL
NAJMI BIN MOHD
AZHAR
(293862)
MUHAMMAD HASIF BIN MOHAMED NUR AQISHA SHAZMILLA BINTI
NIZAM ANUAR
(284303) (288149)
MAJALAH MAKANAN
ASAL USUL DODOL
Dodol makanan tradisi
Dodol adalah antara juadah popular tatkala
menjelangnya hari raya. Masakan tradisional
Melayu lama ini sehingga kini masih lagi
mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Pasti anda tertanya-tanya dari manakah dodol
ini berasal. Dodol dikatakan berasal dari Betawi,
Indonesia. Seperti di Malaysia, ia dijadikan
sebagai pemanis mulut istimewa semasa
menjelangnya lebaran.
Kehadiran dodol yang berunsur beras di dalamnya
adalah simbol kepada budaya agraria masyarakat
Betawi dulu kala. Pada waktu itu, dodol dikatakan
hanya untuk kalangan tertentu dan orang-orang
kaya. Perkataan "Dodol" ada tercatat dalam kamus
tahun 1852 yang berjudul "A grammar and dictionary
of the Malay language: with a preliminary.", Jilid 2 oleh
John Crawfurd. Menurut kamus tersebut, perkataan
"confectionery" memberi erti "manisan" atau "dodol".
Bagaimanapun, dodol turut terkenal di Singapura,
Brunei, Filipina (terutamanya di Luzon dan Mindanao),
Sri Lanka dan Myanmar di mana ia dipanggil "mont
kalama".
MAJALAH MAKANAN
Dodol makanan tradisi
Di Malaysia, makanan tradisional ini lebih
digemari dan terkenal di Melaka, Negeri
Sembilan dan Muar, Johor. Berlainan dari
negeri-negeri lain, di Negeri Sembilan,
masyarakat di negeri itu menamakan dodol
sebagai "penganan". Selain dodol berwarna
coklat biasa, kini dodol mempunyai banyak
perasa lain. Yang paling popular ialah dodol
perasa durian yang dipanggil lempuk. Ia
berwarna kuning dan lebih popular di Thailand,
Kelantan dan Terengganu. Dodol durian juga
popular di Medan, Indonesia dan bandar-
bandar lain di Sumatera
Lain pula di Bali, dodol di sana dijual di dalam daun jagung yang
kering. Makanan tradisional ini juga telah terkenal di negara-negara
Timur Tengah. Boleh dikatakan, masyarakat Indonesia adalah antara
yang paling kreatif dalam menghasilkan dodol. Terdapat pelbagai
jenis dodol yang anda boleh cuba di sana. Antaranya adalah dodol
garut, dodol kacang hijau, dodol bengkoang, dodol nangka, dodol ubi
talam, dodol sirsak (durian belanda), dodol tomato, dodol pita, dodol
apel malang, dodol salak, dodol rumput laut, dodol pisang, dodol
nanas, dodol mangga dan dodol lidah buaya. Jemapoh di sepanjang
Jalan Kuala Pilah-Bahau, Negeri Sembilan. Sedikit berlainan dengan
dodol biasa, di sini mereka menggunakan gula enau/gula kabung
dan bukannya gula Melaka. Rasa dodol yang dihasilkan lebih enak
dan berlemak. Terdapat banyak versi dodol yang berlainan samaada
dari segi warnanya yang kebanyakannya berwarna perang gelap,
hijau dan kuning. Rasa Dodol juga turut dipelbagaikan, namun versi
rasanya yang selalu dinikmati adalah dalam keadaan rasa Durian,
Kelapa dan Pisang. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada
tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis
kenduri.
KISAH DISEBALIK
DODOL
Umum mengetahui bahawa dodol
merupakan antara makanan
kegemaran rakyat tempatan di
Malaysia. Namun begitu, adakah anda
tahu akan kisah disebalik makanan
dodol ini? Dodol merupakan makanan
yang berasal dari Jawa Barat, Republik
Indonesia. Sejarah umumnya dodol
berkait erat dengan salah satu bahan
utama seperti gula aren atau hula
tradisional yang terbuat dari getah
Arenga pinnata yang ditanam, dan
juga tepung beras. Hal ini menjadikan
ia sebagai satu manisan yang popular
dan salah satu manisan asli tertua
yang dikembangkan di Maritim Asia
Tenggara. Dodol menunjukkan
keanekaragamannya yang luar biasa di
pulau Jawa dan Sumatra. Dalam bahasa
Jawa disebut "jenang", sedangkan
dalam bahasa Sunda disebut "dodol"
Umum mengetahui bahawa dodol merupakan antara makanan kegemaran rakyat tempatan di Malsaaylsaiha.sNaatummunanbiesagnitua,salidtaekrtauhaaynadnagtdahikuemakbaannkgiksaahn ddiisMebaariltikimmAaskiaanTaenndgogdaoral .inAis?aDl toedpoaltmdeorduoplatkidaankmjealkaasn, naanmyuann,gdboedroalsmalednaurni JjuawkkaaBnakreaatn, ReekparuabgliakmInadnonnyeasyiaa.nSgejlauraarhbuiamsaumdinpyualaduoJdaowl abedraknaiStuamn eartarat.dDeanlagmanbsaahlaahsasaJatwu abadhisaenbuutta"mjeanasnegp"e,rstei dgaunlagakraennd, haulalma tbraadhiassioanSaul nydaangditseerbbuuta"tddoadroi gl"etah Arenga pinnata tanaman, dan juga tepung beras. Ini adalah sejenis manisan yang popular dan
MAJALAH MAKANAN
ASAL GOLONGAN DODOL
Pada masa kini, dodol mudah didapati
dimana-mana.Banyak pengusaha dodol
menerima tempahan dodol untuk
pelbagai acara. Walau bagaimanapun,
makanan ini menjadi salah satu hidangan
istimewa terutama pada hari perayaan
seperti Hari Raya Aidilfitri.Secara umum,
dodol merupakan makanan yang
digemari oleh orang melayu tetapi pada
masa kini ia telah menjadi salah satu
makanan yang digemari oleh seluruh
masyarakat majmuk di Malaysia.Sama
seperti makanan yang lain, dodol juga
digemari oleh semua golongan tidak
mengira kaum dan usia.Hal ini kerana
rasa dan teksturnya yang enak untuk
dinikmati oleh semua orang. Makanan
tradisional ini lebih digemari dan
terkenal di Melaka, Negeri Sembilan dan
Muar, Johor.
MAJALAH MAKANAN
BENTUK DODOL
Pada asalnya, dodol
berwarna gelap iaitu
perang kegelapan. Ia juga
kebiasaannya berbentuk
seperti mana acuan yang
digunakan. sekiranya
acuan berbentuk segi
empat, maka bentuknya
akan menjadi segi empat.
Pada masa dahulu, Dodol selalunya dibuat dalam talam segi empat dan
kemudiannya ia akan dipotong kecil-kecil dan terus boleh dihidangkan kepada
tetamu yang datang bersama kopi. Ia merupakan juadah yang sesuai dan terkenal
waktu petang kerana rasaya yang manis dan boleh mengurangkan tekanan selepas
penat bekerja seharian.
Alternatif yang dirintis oleh oleh enam
beradik itu berjaya menambat hati
pelanggan terutamanya golongan
muda dan kanak-kanak. Sebelum ini
hanya tiga perisa biasa sahaja yang
ditawarkan, tapi selepas berenam-
enam beradik ini ambil alih syarikat ini,
mereka berpendapat sesuatu perlu
dilakukan untuk memperhebatkan lagi
menu warisan ini. Jadi, mereka pun
bersepakat untuk buat penyelidikan
dan pembangunan produk tanpa
menyangka bahawa ramai yang suka
produk bervariasi baru ini. Inovasi ini
telah diperkenalkan sejak tahun 2017.
Inovasi ini bukan sahaja menyediakan
dodol asli gula melaka, durian dan pandan, mereka telah mengolah tambahan
empat perisa lain iaitu laici, strawberi, jagung dan kopi.
MAJALAH MAKANAN
TRADISI DODOL
TRADISI TURUN MENURUN
Dodol sudah sinonim dengan tradisi hari raya yang
kebiasaanya bila tibanya hari raya aidilfitri pasti dodol
salah satu hidangan yang tidak akan dilupakan oleh
masyarakat melayu.Apabila menmyambut lebaran tradisi
mengacau dodol akan dilakukan setiap tahun.
Antara salah satu tradisi yang tidak ditinggalkan ialah cara
. penyediaan dan tekstur dodol tersebut walaupun pada masa
kini terdapat banyak dodol yang telah dipelbagaikan dari
segi perisa tetapi cara penyediaanya tetap tidak diubah
seperti pepatah kata melayu "Tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas".
MAJALAH MAKANAN
APAKAH KEUNIKKAN
DODOL?
Dodol makanan tradisi
Keunikkan dodol adalah dari segi cara
pembuatannya dimana kebanyakkan orang
ketahui dodol memerlukan tempoh masa
pembuatan yang panjang dan penglibatan
secara bergotong-royong. Jika dibandingkan
dengan penyedian kuih tradisi yang lain seperti
bahulu, cara pembuatan dodol lebih sukar dan
ianya menjadi satu keunikkan dimana tidak
semua orang yang mampu membuat kuih
tradisional dapat membuat dodal dengan cara
yang betul.
Terdapat beberapa perubahan dari segi kepelbagaian
perisa, bungkusan dan jenis-jenis dodol. Pada awalnya
dodol hanya diperkenal dengan satu perisa sahaja
iaitu dodol gula melaka. Namun kini, telah terdapat
lebih dari 8 perisa antaranya durian(sirsak), pandan,
nangka dan banyak lagi. Perkara ini menjadikan suatu
hidangan tradisional itu menjadi lebih menarik dan
mengikut peredaran masa. Apa yang membuat dodol
ini menjadi lebih unik ialah bahan pembuatannya yang
digunakan adalah bahan-bahan tanpa pengawet
namun ketahan dodol ini mencecah 3 bulan lamanya.
Dari segi bungkusan pula, aslinya dodol ini dibalut
menggunakan daun pisang dengan pelbagai cara dan
bentuk namun kini kebanyakkan peniaga menukarkan
cara bungkusan menggunakan daun pisang kepada
bungkusan dalam bentuk plastik untuk penyimpanan
yang lebih lama dan menarik.
MAJALAH MAKANAN
CARA-CARA
DODOL
DISEDIAKAN
Dodol dimulakan dengan resepi yang paling lejen dan mudah untuk didapatkan.
Dari segi bahan dan cara-cara memasaknya. Memang seronok apabila masak dodol
dalam kawah bersama keluarga dan sanak-saudara di kampung. Biasanya mereka yang
mahir membuat dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali
generasi muda mahir membuat dodol. Antara Bahan-bahan untuk menyediakannya
adalah santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula Melaka, garam, air dan beras pulut.
Yang pertama rendam beras pulut bersama tepung beras semalaman (12jam). Lalu
masak gula merah bersama 3 cawan air sehingga gula hancur dan tapiskan. Cuci beras
yang direndam kemudian kisar dengan sedikit air sehingga beras hancur. Masukkan
semua bahan iaitu air, gula merah, gula pasir, santan dan beras yang dikisar ke dalam
kuali. Masak dengan api yang sederhana dan perlu sentiasa kacau supaya tidak berkerak
atau hangit. Kacau sehingga dodol pecah minyak lebih kurang 2 hingga 3 jam
bergantung pada kepekatan bancuhan. Jika bancuhan cair, proses pecah minyak
menjadi lambat. Dinasihatkan semasa kisar beras janganlah letak terlalu banyak air. Siap
untuk dihidang.
Cara-caranya agak rumit, sebab itulah masyarakat melayu dahulu turun bersama-
sama untuk menyiapkan hidangan tersebut. Dengan menyiapkan hidangan dodol ini
bersama-sama, masyarakat dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu
sama lain. Tanpa kita sedar makanan dapat menjadi platform untuk menubuhkan institusi
keluarga berbilang kaum di Malaysia, Walaupun penat untuk menyiapakan sekawah
dodol, namun persahabatan untuk memakmurkan negara dapat diteruskan.
Gambar menunjukkan masyarakat
berbilang kaum turun beramai-
ramai bagi menyiapkan hidangan
dodol yang banyak.
KEBAIKKAN DODOL
Makanan Dodol bukan sahaja
lazat, ia juga membawa
kebaikan dalam beberapa segi
seperti pelancongan,
ekonomi, dan juga
mengeratkan hubungan.
1) Dodol membantu memperkembangkan
pelancongan tempatan.
-Apabila kita sebut tentang dodol, proses mengacau
dodol yang memerlukan teknik mahir dan masa yang
panjang mesti diingati oleh orang ramai. Pada musim
perayaan, program mengacau dodol menjadi daya
tarikan kepada pelancong kerana program ini memang
unik dan mampu memeriahkan suasana.
-Contoh: Program 'Jom Kacau Dodol' yang diadakan di
Kuala Lumpur.
2. Meningkatkan ekonomi negara
-Pada musim perayaan, dodol
menjadi makanan yang mesti
disediakan atas meja. Oleh itu,
keperluan dodol pada masa itu
adalah maksimum. Keadaan ini
memberi peluang kepada
peniaga dodol untuk
mengembangkan penjualan
dodol mereka terutamanya
dodol yang dihasilkan guna
cara tradisional amat dialu-
alukan oleh orang ramai.
-Peniaga dodol mampu
mengembangkan perniagaan
mereka sehingga membina
enterprise sendiri.
-Contoh: Dodol Opah Yang,
Perak
3. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain
-Memang banyak faedah yang boleh didapati dalam
program mengacau dodol, salah satu faedah ialah
mengeratkan hubungan. Semasa musim perayaan, ahli
keluarga akan bekerjasama mengacau dodol selama 9
jam, Sepanjang proses ini, hubungan antara ahli keluarga
akan dieratkan. Perkongsian dodol yang siap dihasilkan
kepada jiran-jiran juga mampu mengeratkan hubungan
serta meningkatkan kefahaman antara satu sama lain.
-Selain hubungan sekeliling, proses penghasilan dodol
juga mengeratkan hubungan antara kaum. Hal ini
disebabkan penghasilan dodol bukan hak orang Melayu
sahaja, kaum lain juga boleh melibatkan diri dalam proses
penghasilan dodol. Penghasilan dodol bersama-sama
tanpa mengira kaum mewujudkan perkongsian adat.
MAJALAH MAKANAN
PENJAGAAN DODOL
Teknik memasak dodol itu sendiri sudah memakan
masa yang begitu lama dan memainkan peranan
dalam penjagaan dodol. Ia memakan masa dari
empat jam hingga lapan jam. Akan tetapi dengan
pembuatannya yang lama jangka hayat dodol tidak
lah begitu lama. Setelah beberapa minggu tekstur
dodol akan bertukar keras dan rasanya juga akan
sedikit berbeza. Teknik dalam memasak dodol itu
sudah menjadi satu cara untuk menentukan
ketahanan dodol. Dengan mengetahui cara masak
yang betul dapat mengelakkan dari dodol mudah
rosak.
Cara-cara memasak dodol tradisional memakan
masa yang sangat lama. Ia juga tidak dicampur
dengan bahan yang membantu dodol untuk tahan
lama. Berbanding dengan pembuatan dodol
moden terdapat pengusaha yang membuat dodol
berenzim yang membantu dodol untuk bertahan
sehingga setahun. Enzim amilase yang digunakan
dihasilkan daripada kultur bakteria yang diperakui.
Cara penyimpanan yang berbeza mengikut
zaman juga agak memainkan peranan pada rasa
dodol itu. Dodol tradisional biasanya disimpan
dalam tampin oleh peniaga. Dodol moden pula
dijual dan dibalut di dalam plastik ataupun
disimpan dalam bekas plastik. Dodol tradisional
boleh disimpan di luar peti sejuk tanpa rosak
manakala dodol moden perlu disimpan dalam peti
sejuk untuk mengelak dari rosak dan untuk
bertahan lebih lama.