The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY_2021212350395_flipbook

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY IPG-Pelajar, 2024-03-11 08:40:17

QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY_2021212350395_flipbook

QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY_2021212350395_flipbook

BULAN SABIT MERAH MALAYSIA MALAYSIAN RED CRESCENT BUKU LOG UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA NAMA : QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY AMBILAN : PISMP TESL AMBILAN JUN 2021- MEI 2026 ANGKA GILIRAN : 2021212350395 KOD DAN NAMA KURSUS : MPU 3451a BSSM NAMA PENSYARAH : DR MALATHI A/P BALAKRISHNAN


BIL PERKARA MUKA SURAT 1. BIODATA GURU PELATIH 2. 3. 4. 5. RINGKASAN PENUBUHAN BSSM DI MALAYSIA 6. TUJUAN PENUBUHAN BSSM DI MALAYSIA 7. ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSSM ISI KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH (BSSM) 1.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS 2.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN 3.0 LOGO RASMI BSSM 4.0 LAMBANG DAN COGAN KATA BSSM 5.0 VISI, MISI, MOTO BSSM 6.0 IKRAR BSSM 7.0 LAGU RASMI BSSM SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH 1.0 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH 2.0 SEJARAH PENUBUHAN LAMBANG PALANG MERAH SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA 1 4 2 8 9 12 13 14 15 17 18 19 22 21


BIL PERKARA MUKA SURAT 8. 9. PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN 1.0 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN 2.0 KUASA PENGANJUR 3.0 STRUKTUR UNIT 4.0 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN 10. ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH 1.0 PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSSM) DI SEKOLAH STRUKTUR AND ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSSM 1.0 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH/ BULAN SABIT MERAH ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN 2.0 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN BSSM PERINGKAT CAWANGAN 3.0 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN BSSM PERINGKAT IPG 4.0 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN BSSM SEKOLAH 25 - 29 62 30 31 32 33 41 39 36 35


BIODATA GURU PELATIH NAMA KAD PENGENALAN AMBILAN NO MATRIKS KELAS ALAMAT E-MEL TARIKH LAHIR NO TELEFON QISTINA DALILA BINTI HALISAFAZLY 030409-06-0074 PISMP TESL JUN 2021-MEI 2026 TESL L 2021212350395 TEMPAT TINGGAL 9 APRIL 2003 016-9214403 KUANTAN, PAHANG [email protected]


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSSM) KEMANUSIAAN Pergerakan Palang Merah Dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberikan pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang cedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ia wujud. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat-menghormati sesama manusia. Ia memupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama, yang berkekalan di kalangan manusia. 1.0 PRINSIP-PRINSIP ASAS KESAKSAMAAN Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya. Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius. KHIDMAT SUKARELA Ia merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung. 2


KEBERKECUALIAN Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan dan tidak menyertai pertikaian yang bercorak politik, perkauman, agama, dan ideologi untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai. KEBEBASAN Walaupun berupa badan tambahan kepada pihak yang berkuasa awam dan tertakluk kepada undang-undang Negara, Persatuan tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan. KETUNGGALAN Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah Negara. Persatuan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh Negara. KESEJAGATAN Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia, dimana semua Persatuan mempunyai taraf dan tanggungjawab yang sama serta saling bantu-membantu diantara satu sama lain. 3


2.0 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Objektif Perlembagaan • Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-undang. • Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia • Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persatuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans. • Antara fungsi perlembagaan atau undang-undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan akivili persatuan. • Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undangundang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk. 4


Peraturan 1 Nama dan alamat Matlamat Objektif Keahlian Objektif Perlembagaan Bulan Sabit Merah Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM "Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawaran perang dan orang awam yang telah menderita akibat peperangan mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.” Kandungan Perlembagaan BSSM Perlembagaan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t). Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia : Peraturan 2 Peraturan 3 Peraturan 4 5


Peraturan 5 Guru Penasihat Ahli Jawatankuasa Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kewangan Penyertaan Aktiviti Peraturan-peraturan Pindaan Perlembagaan Pembubaran Persatuan Tindakan Disiplin Hal-hal Lain Peraturan 6 Peraturan 9 Peraturan 8 Peraturan 7 Peraturan 11 Peraturan 10 Peraturan 13 Peraturan 12 Peraturan 15 Peraturan 14 6


Perkara-perkara lain yang ditambah ke dalam perlembagaan : I. Lencana / logo persatuan II. Cogan kata / moto III. Tugas persatuan di peringkat institusi pendidikan, cawangan, daerah, negeri IV. Pendaftaran persatuan V. Jawatankuasa kecil 7


3.0 LOGO RASMI BSSM LAMBANG BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSSM) LAMBANG BULAN SABIT MERAH LAMBANG PALANG MERAH LAMBANG KRISTAL MERAH 8


Lambang Palang Merah dipilih sebagai satu penghargaan kepada Switzerland (Palang Merah yang berlatarkan warna puth sepertimana warna bendera Kebangsaan Swiss yang diterbalikkan). la wujud untuk menentukan perlindungan bagi mereka yang tercedera semasa perang dan anggota yang menjaga dan merawat mereka. Pada November 1878, Turki yang sedang berperang dengan Russia mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss, sebagai penjaga Konvensyen Geneva, bahawa lambang Palang Merah menghina kepercayaan agama anggota tentaranya dan mereka menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk perkhidmatan ambulans mereka. Langkah tersebut dikuti oleh banyak negara Arab dan negara yang mempunyai majoriti penduduk Muslim. Sebanyak 29 buah negara sekarang menggunakan lambang Bulan Sabit Merah untuk menandakan orang dan barang yang dilindungi oleh Konvensyen Geneva. Negara yang menandatangai Konvensyen Geneva mestilah mengawal penggunaan lambang tersebut. Ia hanya boleh dipamerkan di atas kenderaan, kapal terbang, kapal laut, bangunan, pembinaan dan juga orang yang ditugaskan untuk menjaga dan mengangkut mereka yang tercedera akibat perang. Dilarang menggunakan lambang bagi tujuan peperangan, perniagaan dan publisiti. 4.0 LAMBANG DAN COGAN KATA BSSM 9


BENDERA BSSM UKURAN PIAWAI BENDERA BSSM 10


Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang Bulan Sabit Merah sebagai mengkut ACT # 162, Malaysia Red Cross Society (charge of name) ACT 1975. • Kegunaan Lambang Kegunaan lambang yang asal adalah untuk perlindungan, yang merujuk kepada situasi semasa peperangan. Kegunaan yang lebih baru pula iaitu sewaktu keadaan aman adalah sebagai pengenalan, iaitu sesiapa yang memakai lambang tersebut dikenali mempunyai perkaitan dengan Pergerakan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. ‘’Cergas pada masa aman dan perang.’’ LAMBANG BSSM COGAN KATA BSSM 11


5.0 VISI, MISI DAN MOTO BSSM Pengenalan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) atau turut dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) merupakan satu pertubuhan sukarelawan yang telah ditubuhkan pada tahun 1948. Persatuan ini telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1957, iaitu tahun di mana bumi Malaysia mencapai kemerdekaan. Dalam pada itu, Persatuan Palang Merah pula telah mengiktiraf persatuan ini pada tahun 1963. VISI MOTO MISI Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan yang unggul di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan dengan berkesan "INTER ARMA CARITA" yang membawa erti " Di dalam perang ada kebajikan" "PER HUMANITATEM AD PACEM" yang bermaksud"Melalui kemanusiaan menuju keamanan." 12


6.0 IKRAR BSSM Bahawa kami Ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar Taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Dan pemerintah-pemerintah di negara kami Berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Bahawa kami berikrar Akan sentiasa patuh kepada perlembagaan Dan undang-undang Serta arahan persatuan walau di mana kami berada Bahawa kami berikrar Akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami Kepada mereka yang sakit dan menderita Di waktu aman atau bencana Berdasarkan prinsip Bulan Sabit Merah seperti berikut : KEMANUSIAAN KESAKSAMAAN KEBERKECUALIAN KEBEBASAN KHIDMAT SUKARELA KETUNGGALAN KESEJAGATAN 13


Bulan Sabit Merah Di Malaysia Giat Berjasa Untuk Negara Tidak Kira Kaum Dan Agama Waktu Aman Atau Bahaya Di Mana Jua Adanya Sengsara Di Sana Ada Kita Di Darat Dan Laut Kita Bersedia Walaupun Diancam Bahaya Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia Membantu Semua Yang Menderita Badan Sukarela Berkhidmat Dengan Tabah Dan Bersemangat 7.0 LAGU BSSM 14


SEJARAH PERGERAKAN PALANG MERAH 1.0 PENGASAS PERGERAKAN PALANG MERAH Pengasas kepada Pergerakan Palang Merah ialah seorang ahli perniagaan yang bernama Jean Henry Dunant yang telah dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva, Switzerland. Beliau telah menubuhkan Pergerakan Palang Merah pada 24 Jun 1859 kerana terkesan melihat keadaan mangsa-mangsa khususnya para tentera dan orang awam yang telah tercedera serta terkorban ketika tercetusnya peperangan antara Perancis dan Itali dengan tentera Austria di Solferino di Itali Utara. Simpati dengan situasi menyayat hati tersebut, ketika dalam perjalanan ke Algeria, beliau telah mengambil keputusan untuk menghulurkan bantuan kepada para mangsa peperangan yang merintih kesakitan dan menempatkan mereka ke sebuah gereja yang berdekatan. Henry Dunant juga telah mencatatkan semua peristiwa peperangan yang berlaku dan menerbitkan sebuah buku yang bertajuk "Kenangan di Solferino" atau juga dikenali sebagai "A Memory of Solferino". 15


Buku yang telah siap dicetak telah dihadiahkan kepada setiap ketua negara di Eropah dan telah menyedarkan mereka mengenai kepentingan sebuah organisasi untuk membantu orang lain. Di dalam buku tersebut, beliau telah mencadangkan beberapa perkara dan hasilnya Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah dibentuk pada tahun 1864 tanpa kehadiran Henry Dunant. Perkaraperkara tersebut adalah: ➤ Pertama: • Membentuk organisasi kemanusiaan antarabangsa bagi membantu tentera dan orang awam yang telah cedera dan menderita semasa peperangan. ➤ Kedua: • Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tentera yang cedera dari mana-mana pasukan hendaklah dibantu. 16


2.0 SEJARAH PENUBUHAN LAMBANG PALANG MERAH Nama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang digunakan pada masa kini pada awalnya dikenali sebagai Lambang Palang Merah. Nama lambang Palang Merah ini telah digunakan sejak berdekad yang lalu setelah dicadangkan semasa Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh Jawatankuasa Berlima. Lambang Palang Merah yang berlatarkan warma putih telah dipilih sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada Switzerland kerana mempunyai persamaan dengan bendera negara tersebut selain lambang tersebut turut dikatakan sinonim dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Selain itu, lambang Palang Merah ini juga telah diiktiraf oleh negaranegara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864. Oleh hal yang demikian, lambang ini telah diguna pakai pada bendera di hospital, ambulans, pasukan penyelamat serta perkhidmatan perubatan ketika dalam peperangan. Dengan adanya lambang ini, ia menandakan bahawa individu yang memakainya berada di pihak yang neutral. Pada November 1876, Turki telah mengumumkan kepada Majlis Persekutuan Swiss untuk menggunakan lambang bulan sabit untuk menggantikan palang merah kerana isu penghinaan agama Islam. Sejak dari itu, negara Islam telah menggunakan lambang bulan sabit sebagai pengganti. Walau bagaimanapun, kedua-dua lambang ini dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak tahun 1929 dan boleh digunakan dengan dua tujuan iaitu sebagai perlindungan dan sebagai pengenalan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. 17


SEJARAH PENUBUHAN BSMM DI MALAYSIA Di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) telah ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah Britain di Sabah dan Sarawak. Kemudian, pada tahun 1950, semakin banyak cawangan persatuan telah ditubuhkan di Malaysia bermula di Pulau Pinang dan kemudiannya di negeri-negeri yang lain. Setelah Malaysia merdeka pada tahun 1957, Persatuan Bulan Sabit Merah ini telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan Palang Merah Antarabangsa juga telah mengiktiraf persatuan ini pada 4 Julai 1963 dan persatuan ini juga telah menjadi ahli badan antarabangsa pada 24 Ogos 1963. Berikutan penggabungan antara Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, serta penubuhan Perseketuan Malaysia pada 16 September 1963, penggubalan akta baharu iaitu Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Penswastaan) Akta 1965 telah mengambil langkah untuk menggabungkan Persatuan Palang Merah Malaya dengan cawangan Persatuan Palang Merah di Sabah dan Sarawak di bawah satu nama baru iaitu Persatuan Palang Merah Malaysia. Kemudian, perkara ini telah digazetkan pada 1 Julai 1965. Seterusnya, nama Persatuan Palang Merah Malaysia telah ditukarkan kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejajar dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia pada 5 Julai 1975. 18


1948 Persatuan Palang Merah ditubuhkan di Tanah Melayu sebagai satu cawangan Palang Merah British. 1950 Cawangan persatuan ditubuhkan di Pulau Pinang 1951 Cawangan persatuan ditubuhkan di Perak, Terengganu dan Selangor. 1952 Cawangan persatuan ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. 1961 Pada 1 Mel 1951, Rang Undang-undang Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu (perbedaan) lelah dibaca di parlimen. 1962 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu (parbadanan) AKTA 1961 (No. 4 tahun 1962) telah berkuatkuasa pada 16 April 1962. 1963 Pada 4 Julai 1963, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) telah menerima pengiktirafan secara rasmi sebagai salu Persekutuan Palang Merah. Pada 24 Ogos 1963, diterima dengan rasmi oleh liga Palang Merah dan Bulan Sabit Merah RINGKASAN PENUBUHAN BSSM DI MALAYSIA 19


1965 Apabila Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1985, parlimen juga telah meluluskan Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Akta No. 47 tahun 1965). 1975 Pada 21 Ogos 1975, dengan persetujuan Di Raja, nama Palang Merah telah ditukarkan kepada Bulan Sabit Marah dan diwartakan pada 4 September 1975 (Akta 162 - Membenarkan pertukaran nama dan lambang) RINGKASAN PENUBUHAN BSSM DI MALAYSIA 20


TUJUAN PENUBUHAN BSSM DI MALAYSIA Organisasi terbuka kepada semua orang tanpa mengira agama, bangsa atau politik untuk melakukan apa yang dianggap bermanfaat oleh pertubuhan atau majlisnya untuk mencapai tujuan tersebut. Menjalankan usaha untuk meningkatkan taraf kesihatan, mengurangkan penyakit, dan meringankan penderitaan di seluruh dunia semasa tempoh keamanan atau konflik. Memberi bantuan sukarela kepada tentera yang cedera atau pihak yang menderita akibat peperangan. Menjalankan segala tanggungjawab yang dikenakan ke atas persatuan kebangsaan oleh seluruh negara yang menjadi satu pihak kepada konvensyen tersebut. Mengesan perkembangan dan penguasaan ahli-ahli secara menyeluruh dalam aspek-aspek pengetahuan intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak dan sosial selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. 21


➤ Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander I. Bacaan doa oleh ahli bertugas II. Nyanyian tiga buah lagu : Lagu Sekolah Lagu Negeri Lagu Negaraku III. Laporan dari komander kepada guru penasihat IV. Arahan komander supaya membuka barisan V. Pemeriksaan barisan oleh guru besar diringi oleh guru penasihat dan komander VI. Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan VII. Arahan komander supaya menutup barisan ➤ Keluar baris ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSSM Istiadat Perhimpunan 22


I. Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan. II. Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini diadakan . III. Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang akan mengucapkan terima kasih semasa berada di dalam keahlian. IV. Berjabat tangan dengan kawan-kawan V. Ahli lain memberi satu sorakan. VI. Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSSM Istiadat Meningkat Naik 23


ISTIADAT-ISTIADAT RASMI BSSM Istiadat Melantik Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, keahliannya akan disahkan melalui satu istiadat yang bakal menjadi memori bermakna buat dirinya serta kepada semua ahli kumpulan tersebut kerana pertambahan seorang ahli baru. ➤Istiadat diadakan secara: Ringkas dan mudah Dengan ikhlas Dengan khusyuk dan syahdu ➤ Prosedur : Diadakan di tempat lapang. Kebiasaannya diadakan pada awal tahun. Semua ahli yang terlibat bertanggungjawab memainkan peranan masingmasing. Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan notis awal istiadat semasa perhimpunan sebelumnya. Semua keperluan disediakan. ➤ Pelantikan ahli baru BSMM : Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar Ketua pasukan berada dalam bulatan Guru penasihat berdiri di tengah bulatan Ketua pasukan berada dalam keadaan sedia Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat Penolong guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru penasihat dengan membawa lencana, tanda negeri dan lambang di lengan Guru penasihat melafazkan ikrar diikut oleh ahli baru Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di lengan ahli baru Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain 24


STRUKTUR AND ORGANISASI PERTUBUHAN UNIT BSSM 1.0 PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERTUBUHAN PALANG MERAH ➤ Sabit Merah Malaysia mempunyai 3 buah badan yang berasingan iaitu : Jawatankuasa Antabangsa Palang Merah (ICRC) Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) Persatuan-persatuan Palang Merah / Bulan Sabit Merah Kebangsaan ➤ Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) : • Ditubuhkan pada tahun 1863. Institusi berkecuali yang dianggotai oleh rakyat Switzerland dan telah diberi status pemerhati oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu pada 16 Oktober 1990. . ➤ Peranan: 1. Penjaga Prinsip-prinsip Asas Palang Merah 2. Pembangunan Konvensyen Kemanusiaan Antarabangsa 3. Mengiktiraf Penubuhan Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah 4. Menghantar bekalan bantuan bencana 5. Agensi Pengesahan Pusat 25


➤ Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah/ Bulan Sabit Merah (IFRC) : Pernah dikenali sebagai liga Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. Ditubuhkan pada tahun 1919 selepas perang Dunia Pertama. ➤ Peranan : 1) Menggalakkan dan mempromosikan penubuhan dan pembangunan Persatuan Kebangsaan. 2) Merupakan badan tetap perhubungan antara Persatuan Kebangsaan serta penyelarasan dan peneyelidikan. 3) Bekerjasama dan Persatuan Kebangsaan khususnya untuk tujuan membaiki taraf. 4) Bertanggungjawab mengelola dan menyelaras bantuan kecemasan kepada mangsa bencana atau pelarian. 26


a) Memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan penyakit dan membaiki tahap kesihatan. b) Melantik anggota-anggota pertolongan cemas. c) Menjaga tentera yang sakit dalam peperangan. d) Membantu orang-orang tawanan perang menghantar perutusan orang awam. 27


28 CARTA ORGANISASI BSSM SENAT MAJLIS JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN JAWATANKUASA CAWANGAN JAWATANKUASA DAERAH JAWATANKUASA DAERAH KECIL UNIT KANAK-KANAK SEKOLAH RENDAH URUSETIA KEBANGSAAN URUSETIA CAWANGAN URUSETIA DAERAH URUSETIA DAERAH KECIL UNIT PBS UNIT BELIA SEKOLAH MENENGAH


UNIT-UNIT LAIN BELIA 29 STRUKTUR ORGANISASI BSSM PERINGKAT KEBANGSAAN MAJLIS KEBANGSAAN JAWATANKUASA EKSEKUTIF KEBANGSAAN SENATOR JAWATANKUASA CAWANGAN UNIT UNIT SUKARELA PASUKAN BANTUAN SUKARELA KANAK-KANAK JAWATANKUASA CABANG PASUKAN KEBAJIKAN


30 STRUKTUR ORGANISASI BSSM PERINGKAT CAWANGAN Penasihat Kehormat Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi Pengarah Pegawai Perubatan kehormat Setiausaha Cawangan Bendahari Kehormat Pen. Pengarah Latihan Pen. Pengarah PBS Pen. Pengarah Belia & Kanak-kanak Kuarter master AJK Kecil Wakil Jabatan Kerajaan Cabang Daerah Kecil Pasukan Beruniform


31 STRUKTUR ORGANISASI BSSM PERINGKAT IPG Penaung (Pengarah) Datin Dr Bushro Binti Ali Pengerusi (Ketua Jabatan) En Mohamad Hamzah Binti Sarimun Pensyarah Penasihat Dr Malathi a/p Balakrishnan Pengerusi (Pelajar) Angelika Jovinna Naib Pengerusi (Pelajar) Nur Syazana Shaza Setiausaha Nur Humairah Naib Setiausaha Mursyidil Hafiz Bendahari Nur Zia Amira Naib Bendahari Komanden Muhammad Taufiq Kuarter Master Ketua Patrol / Biro


32 STRUKTUR ORGANISASI BSSM PERINGKAT SEKOLAH Guru Besar Guru Penasihat ( PKK ) Pengerusi ( Pelajar) Naib Pengerusi ( Pelajar) Bendahari Penolong Bendahari Penolong Setiausaha Setiausaha Ahli Jawatankuasa


33 1.0 PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan turut terdiri daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan. Menurut Atif (2013), komposisi keahlian adalah terdiri daripada ahli kanakkanak berusia 9 sehingga 12 tahun, ahli Belia berusia 13 sehingga 18 tahun, Ahli Belia Terbuka berusia 13 sehingga 17 tahun, Ahli Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/Tidak Berpakaian Seragam bagi 18 tahun keatas, Ahli seumur hidup dan Ahli Kehormat Seumur Hidup iaitu anugerah kepada individu yang memberi sumbangan. Jenis ahli: 1. Ahli biasa : ➤ Yuran tahunan RM2.00 setahun. ➤ Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang. ➤ Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan atau Cabang 2. Ahli Belia : ➤ Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan terbahagi seperti berikut: ➤ Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-Kanak. ➤ Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda. ➤ Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela (Voluntary Aid Detachment - VAD) 3. Ahli Seumur Hidup : ➤ Permohonan adalah di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan. ➤ Yuran: RM500.


34 4. Ahli Kehormat Seumur Hidup ➤ Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih daripada 4 orang setiap tahun. 5. Pasukan Bantuan Sukarela ➤ Yuran - RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun. Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan. Bagi penyelarasan pendaftaran keahlian pula kad keahlian telah diberi nombor bersini dan diperoleh dari ibu Pejabat Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli perlu didaftarkan. Kad yang lama perlu digantikan dengan yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang. Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar. Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan, maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada (Alif, 2013): 1. Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan, 2. Salinan kedua disimpan oleh Cawangan. 3. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau Unit 4. Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup.


35 2.0 KUASA PENGANJUR 3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan oleh pemimpin PBSM. 4. Mengesahkan sebarang parsuratan rasmi yang berkaitan dengan unit PBSM apabila diperlukan 5. Meluluskan permohonan untuk aktivitiaktivi luaran (seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli. 6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di sekolahnya. Meluluskan permohonan tahunan unit PBSM dengan ibu pejabat PBSM. 1. 2. Kuasa penganjur merupakan antara salah seorang daripada dua penurun rasmi tandatangan rasmi (official signaturies), (di mana seorang lagi merupakan pemimpin kumpulan) bagi akaun simpanan atau semasa bagi PBSM itu.


36 3.0 STRUKTUR UNIT Carta Organisasi Struktur Organisasi Persatuan Perkembangan BSSM Struktur Organisasi dan Perkembangan BSSM


Struktur unit terdiri daripada: ✓ Kanak-kanak (Link). ✓ Belia (Youth) - Pasukan Bantuan Sukarela. ✓ Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurangkurangnya 80% ahli Bulan Sabit Merah Malaysia. Setiap unit ini mempunyai pegawai masing-masing. ✓ Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua. ✓ Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak-kanak ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru besar. ✓ Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan cabang dan bahagian unit tersebut. Contohnya: Unit PKY)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf PK), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan. 37 3.0 STRUKTUR UNIT PERSATUAN


1. Buku Log: Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan seseorang. Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti. Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm). Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak. 2. Laporan Mingguan : Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak yang lain. Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti. Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan sesuatu aktiviti. 38 PENGURUSAN LAPORAN AKTIVITI


Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK baru. Memastikan ada perlembagaan atau peraturan. Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan objektif sekolah. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh pihak pentadbir Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi. Memohon kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar melalui pengurusan sekolah jika khidmat kepakaran kebolehan mana-mana pelajar diperlukan di luar sekolah. 39 4.0 TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan sebagainya.


JAWATAN TUGAS PENGERUSI Menjadi pengerusi persatuan. Menjalankan tugas yang diberikan oleh guru dan menggerakkan persatuan. Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan. NAIB PENGERUSI Menjalankan tugas-tugas dan kewajipankewajipan pengerusi sekiranya tidak hadir. SETIAUSAHA Menulis minit mesyuarat. Menulis laporan aktiviti mingguan. BENDAHARI Menerima wang bagi pihak persatuan. Menyimpan buku kira-kira. AJK KECIL Sebagai wakil untuk memberitahu ahli-ahli persatuan yang lain tentang sebarang aktiviti atau mesyuarat yang akan diadakan. 40 TUGAS JAWATANKUASA


41 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


42 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


43 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


44 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


45 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


46 LENCANA DAN PANGKAT


47 5.0 PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN


Click to View FlipBook Version