HEBAT K E R B A U Y A N G NIK NUR AMESHA FARHIYAH NIK FAKRULHAQ @ E
Terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Indah. Kampung tersebut mempunyai sebuah kandang. Kandang itu dimiliki oleh Afzal. Afzal memelihara pelbagai haiwan dalam kandangnya seperti kerbau, lembu, kambing, biri-biri. Afzal bukan sahaja penternak tetapi juga petani.
Kerbau yang dipelihara oleh Afzal ialah kerbau yang hebat. Kerbau itu diberi nama Mahesa. Mahesa bermaksud kuat. Afzal memberi nama kerbaunya sebagai Mahesa kerana dia teringat akan satu peristiwa yang terjadi kepada kerbaunya.
Semasa Afzal menjumpai Mahesa di tepi sungai, Mahesa meraung kesakitan dan kelihatan tidak terurus. Afzal terus lari menuju ke Mahesa. Afzal membawa Mahesa untuk merawat. Ketika Afzal ingin merawat Mahesa, rupa-rupanya ada luka di bahagian kakinya.
Afzal sentiasa menyuruh Mahesa untuk mencuba berjalan agar kakinya dapat berfungsi lagi. Pada mulanya, Mahesa sering meraung kesakitan tetapi lama-kelamaan kaki Mahesa semakin pulih. Peristiwa ini menyebabkan Afzal menamakan kerbaunya sebagai Mahesa. Selepas Mahesa sudah pulih, Afzal membuat keputusan untuk memeliharanya.
Pada suatu hari, Afzal teringat akan bendangnya yang lama terbengkalai. Afzal berfikir untuk jadikan Mahesa sebagai pembajak tanah tetapi dalam masa yang sama Afzal juga risau akan kaki kerbaunya. “Patutkah aku jadikan Mahesa sebagai haiwan yang boleh membantu membajak tanah di bendang aku?” tanya Afzal di dalam fikirannya.
Selepas beberapa hari, Afzal membawa Mahesa ke bendang untuk mencuba membajak tanah. Semasa Mahesa mencubanya, Afzal nampak bahawa Mahesa mampu dalam membajak tanah. Mahesa juga seekor haiwan yang cepat belajar sesuatu perkara. Oleh itu, Afzal berasa Mahesa dapat menolongnya di bendang tersebut.
Bendang itu terbengkalai kerana tiada orang yang ingin menolongnya. Afzal dapat bergiat kembali dalam membuat sawah padi kerana adanya Mahesa. Mahesa boleh membajak tanah dari pagi hingga malam. Setiap hari Mahesa akan membuat kerjanya di bendang dengan gigih dan bersungguh-sungguh kerana Mahesa terhutang budi dengan Afzal yang menjaganya sehingga sembuh.
Mahesa sangat rapat dengan kawan-kawannya di kandang bagai isi dengan kuku. Walaupun Mahesa baru dalam kandang tersebut tetapi kawan-kawannya dapat menerimanya dengan baik. Selepas Mahesa membuat kerja, Mahesa akan meluangkan masa dengan kawan-kawannya. Mahesa juga suka menolong kawan-kawannya. Pada suatu hari, Mahesa tidak bekerja. Mahesa mengajak kawan-kawannya ke hutan untuk bersiar-siar. “Jom kawan-kawan pergi ke hutan?” tanya Mahesa kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya semua setuju. Mereka pun pergi.
Rasa riang, hey! Rasa riang riang, hey! Hey, lihat haiwan riang, Rasa riang riang, hey! Beruang berjalan di atas lembah, Tutup kuping, hayunkan ekor; Kami haiwan suka melawat, Kalau sesat, tunjukkan jalan. Rasa riang, hey! Rasa riang riang, hey! Hey, lihat haiwan riang, Rasa riang riang, hey! Anak sungai mengalir deras, Ikan berenang dengan ceria; Hutang kasih dibawa selamanya, Kekal bahagia dalam suasana. Mereka sangat gembira kerana dapat meluangkan masa bersama. Semasa bersuka ria, mereka menyanyi lagu bersama-sama.
Ketika berjalan menuju ke kandang, hujan turun dengan lebatnya sehingga mereka sukar untuk melihat di hadapan mereka dan kesejukan. Walaubagaimanapun, Mahesa dan kawankawannya tidak berhenti berjalan untuk pulang kerana hari sudah lewat. Mereka juga takut dimarahi oleh tuan mereka. Tiba-tiba Mahesa terjatuh kerana terlanggar batu. Pada waktu itu, kawan-kawannya sudah jauh meninggalkannya tetapi beberapa minit kemudian, kambing mulai perasan bahawa Mahesa tidak dibelakangnya. “Kawan-kawan mana Mahesa?” tanya kambing kepada rakan yang lain.
Oleh itu, mereka berpatah balik untuk mencari Mahesa. Setelah mereka menemui Mahesa, mereka menolong Mahesa untuk dibawa pulang ke kandang. Apabila sampai di kandang, Afzal terus memeriksa kerbaunya itu. Air muka Afzal kelihatan risau. Selepas membuat pemeriksaan, kaki Mahesa luka. Luka tersebut di bahagian kaki yang sama seperti luka ketika peristiwa yang lalu.
Selama Mahesa sakit, Mahesa hanya terbaring di dalam kandang tanpa bangun dan berjalan. Kaki Mahesa semakin hari semakin teruk. Mahesa seolah-olah tidak mampu untuk berjalan lagi mahupun membajak tanah. Badan Mahesa juga semakin susut kerana tidak lalu makan. Pada masa yang sama, Afzal makin hari makin risau akan kerbaunya itu. Afzal juga risau akan bendang kerana takut terbengkalai lagi. Walaubagaimanapun, kesihatan Mahesa lebih penting. Afzal sudah tidak tahu cara untuk merawat Mahesa lagi selain berdoa untuknya agar pulih dengan segera.
Bendang yang dimiliki oleh Afzal sudah terbengkalai kerana sudah lama kerbaunya sakit. Mahesa tidak mampu lagi untuk membajak tanah. Badan Mahesa semakin susut dan tidak bermaya lagi kerana kakinya makin teruk. Sejak Mahesa sakit, Mahesa banyak diam dan tidak bercakap. Kawan-kawan Mahesa sentiasa menolongnya jika ada apaapa yang perlu ingin oleh Mahesa. Mereka juga memberi semangat kepada Mahesa agar segera pulih. Mahesa sangat beruntung dapat kawan yang baik. “Aku bersyukur dapat kawan seperti kamu semua, ” ucap Mahesa kepada kawan-kawanya.
Afzal sudah mencuba pelbagai cara untuk merawat Mahesa tetapi tidak membantu. Kaki Mahesa masih belum pulih. Pada suatu malam, Mahesa melihat muka tuannya yang risau dan tidak tentu arah kerana memikirkan bendang yang terbengkalai itu. “Kasihan tuan aku, ” kata Mahesa.
Pada keesokan harinya, Mahesa mencuba dengan penuh rasa terhutang budi kepada tuannya untuk mencuba berjalan. Pada setiap malam selepas Afzal pulang kerumahnya, Mahesa akan mencuba berlatih bersama kawankawannya.
Pada suatu hari, selepas Mahesa mencuba banyak kali, Mahesa berjaya untuk berdiri dan berjalan lagi. Mahesa juga sudah boleh membajak tanah bendang tuannya itu. Afzal yang melihatnya ketika itu, tersenyum bahagia dan bersyukur. “Alhamdulillah” kata Afzal di dalam hatinya. Pada keesokan harinya, Mahesa sudah boleh membajak lagi. Afzal bersyukur kerana sudah dapat melanjutkan kegiatan bendangnya. - Tamat -