BAHAGIAN 3 : • Lampiran ➢Pamplet ➢Teks Ucapan YDP PIBG ➢Teks Ucapan Pengetua SMK Pendamaran Jaya ➢Teks Ucapan PK Petang SMK Pendamaran Jaya ➢Teks Bacaan Doa ➢Pautan Youtube - Pendaftaran Peralihan dan Tingkatan 1 SMK Pendamaran Jaya Sesi 2024/2025
TEKS UCAPAN YDP PIBG PROGRAM PENDAFTARAN MURID PERALIHAN & TINGKATAN 1 BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025 Tarikh : 9 Mac 2024 Hari : Sabtu Masa : 8.00pagi Tempat : Dewan Leftenan Adnan, SMKPJ Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara pengacara majlis. Bismillahhirrahmanirrahim. ❖ Yang Dihormati, Pn. Aidah bt Abdullah, Pengetua SMK Pendamaran Jaya ❖ Tn. Haji Rizal b. Liamen, Penolong Kanan Pentadbiran ❖ Pn. Nor Azima bt Musannef@Musneh, Penolong Kanan Hem ❖ Pn. Lim Chui Lay, Penolong Kanan Kokurikulum ❖ Pn. Nalinah a/p Nataraja, Penolong Kanan Petang ❖ Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran ❖ Guru- guru ❖ dan ibu bapa/penjaga murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 bagi sesi persekolahan 2024/2025 sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi mengundang saya untuk hadir dan berucap sepatah dua kata di hadapan barisan ibu bapa/penjaga murid baharu SMK Pendamaran Jaya Sesi Persekolahan 2024/2025 yang dikasihi sekalian. Tidak lupa juga diucapkan tahniah dan syabas kepada barisan murid baharu sesi 2024/2025 kerana berjaya terpilih untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah di sekolah yang bertuah ini. Mudah-mudahan anak-anak kita bakal menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik, bakat sukan dan sahsiah keperibadiannya. Tidak ketinggalan, terima kasih turut diucapkan kepada ibu bapa/penjaga yang dapat meluangkan masa untuk hadir sama pada pagi ini. Saya mendoakan mudah-mudahan urusan pendaftaran anak tuan-tuan dan puan-puan ke Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu dipermudahkan urusannya nanti.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebagai makluman kepada semua, SMK Pendamaran Jaya ini merupakan salah sebuah sekolah perintis bagi Program Sekolah Transformasi (TS25) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini sbenarnya banyak menekankan pendidikan ke arah Abad Ke-21. Hal ini demikian kerana, hanya dengan pendidikan yang berkualiti dan relevan sahaja dapat melahirkan warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif. Selain itu, iklim sekolah yang baik turut memainkan peranan penting dalam menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal kepada fungsi utama sebuah sekolah iaitu untuk melahirkan murid-murid yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tunggak pembangunan negara dalam apa jua bidang yang anak-anak kita minati. Jelaslah di sini, hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan anak-anak kita pada masa hadapan. Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi apa yang mereka cita-citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik dan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, anak-anak kita harus belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin asas kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Bermula hari ini, anak-anak kita akan didaftarkan di dalam kelas-kelas masingmasing di peringkat menengah buat pertama kalinya, sudah semestinya menjadi sebuah pengalaman yang cukup berbeza bagi mereka dari kelas-kelas ketika mereka masih berada di bangku sekolah rendah. Pada tanggal 11 Mac 2024 (Isnin) pula, anak-anak kita akan memulakan hari persekolahan rasmi untuk sesi akademik 2024/2025. Para ibu bapa/penjaga pula usahlah risau, mengenangkan kedudukan anak-anak kita di Tingkatan Peralihan dan Satu ini, para guru dan murid di tingkatan yang lebih senior akan membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan perjalanan sekolah dari hari ke hari. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sukacitanya saya ingin berpesan, untuk berjaya dan cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi bagi melihat anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan pula semata-mata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa/penjaga juga perlulah sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita dari semasa ke semasa hinggalah tamat persekolahan mereka. Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita sebagai ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB(kumpulan sokongan ibu bapa). Saya amat mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah ini demi mencapai tahap yang optimum melalui peranan atau fungsi diri yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama ada
melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam sebarang aktiviti/program sekolah amatlah dialu-alukan. Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut berdoa agar sekolah ini sentiasa diberi kerahmatan dan perlindungan supaya sentiasa berupaya melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari segala bencana atau musibah. Saya berharap warga pendidik sekolah ini akan melipat gandakan usaha mereka dalam membentuk dan memberi pendidikan kepada anak-anak kita di sekolah ini. Saya juga berdoa agar murid-murid sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam pelajaran dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi kelak. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik, sahsiah dan kokurikulumnya dan menjadi sekolah contoh di daerah ini. Pada masa yang sama, ayuhlah kita sama-sama berusaha memperkasakan PIBG sekolah ini dengan memberi sokongan padu dan jitu kepada pihak sekolah bagi memastikan kecemerlangan sekolah ini, juga demi kecemerlangan masa depan anak-anak kita. Sekian, terima kasih.
TEKS UCAPAN PENGETUA PROGRAM PENDAFTARAN MURID PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025 SMK PENDAMARAN JAYA Terima kasih Tuan/Puan Pengerusi Majlis, Yang dihormati, En Safri Bin Samsuddin YDP PIBG SMK Pendamaran Jaya Yang berusaha, Tn Hj Md Rizal Bin Liamen Penolong Kanan Pentadbiran SMK Pendamaran Jaya Pn Nor Azima Binti Musannef @ Musneh Penolong Kanan HEM SMK Pendamaran Jaya Pn Lim Chui Lay Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pendamaran Jaya Pn Nalinah A/P Nataraja Penolong Kanan Petang SMK Pendamaran Jaya Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG, Barisan Guru,Ibu bapa dan hadirin hadirat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Sebagai pembuka kata, marilah sama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan rahmat-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini dalam Program Pendaftaran Peralihan dan Tingkatan 1 Sesi Akademik 2024/2025. Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya mengucapkan terima kasih dan mengalualukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam Program Pendaftaran Tingkatan Peralihan dan Tingkatan 1 di SMK Pendamaran Jaya. Program pendaftaran ini adalah amat penting untuk kita menguruskan persediaan anak-anak kita bagi menghadapi kehidupan baru mereka di sekolah menengah. Hadirin dan Hadirat, Pihak sekolah sentiasa merancang pelbagai program yang bermanfaat dan berimpak tinggi bagi meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan murid dari segi akademik, kokurikulum, pembangunan akhlak dan sahsiah serta kepimpinan murid. Sebagai sebuah institusi yang bertanggungjawab membina modal insan dan kemenjadian murid ,pihak sekolah sentiasa berusaha melahirkan insan yang cemerlang dalam semua aspek dengan sokongan padu PIBG sekolah. Oleh itu ,peranan ibu bapa sangat penting untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) seperti yang telah digariskan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Saya ingin berkongsi pencapaian SPM pada tahun 2022.Peratus kelulusan ialah 86.53% iaitu kenaikan sebanyak 13.5% berbanding tahun sebelumnya.Pecapaian ini adalah hasil daripada usaha murid, guru dan sokongan padu daripada ibu bapa. Hadirin sekalian Langkah pertama yang perlu kita lakukan untuk melahirkan murid cemerlang adalah dengan memastikan murid hadir ke sekolah supaya murid boleh dibantu mencapai kecemerlangan dalam semua aspek.Oleh itu ibu bapa perlu memantau dan mengambil berat tentang ketidakhadiran anak ke sekolah. Pihak sekolah atau guru perlu dimaklumkan sekiranya anak tidak dapat hadir ke sekolah supaya masalah ponteng dapat diatasi bersama. Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam memastikan anak hadir ke sekolah perlu supaya murid dapat dididik untuk menjadi murid yang berketrampilan dan bersahsiah terpuji yang seterusnya membentuk masa depan mereka yang cerah. Ibu bapa juga perlu memastikan anak hadir untuk perjumpaan kokurikulum pada waktu pagi dengan menyediakan pengangkutan untuk mereka ke sekolah.Kehadiran kokurikulum ini penting untuk markah PAJSK murid yang akan membantu mereka semasa mereka ingin memohon
menyambung pelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi IPT) selepas Tingkatan 5.Markah PAJSK dikira secara purata sejak dari tingkatan 1 lagi. Hadirin Sekalian Disiplin merupakan salah satu unsur penting dalam kejayaan anak-anak kita. Anak Ibarat kain putih,ibu bapalah yang mencorakkannya.Sebagai ibu bapa kita perlu membimbing anak untuk mematuhi peraturan sekolah supaya mereka dapat dididik untuk menjadi insan yang berjaya.Untuk pengetahuan ibu bapa, dari segi pemakaian uniform ke sekolah, 2 hari murid akan memakai uniform sekolah ,2 hari baju sukan dan 1 hari baju Unit Beruniform.Ibu bapa juga perlu memastikan murid membeli dan menggunakan buku latihan yang ada logo SMKPJ. Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Program Pendaftaran Peralihan dan Tingkatan 1 sesi akademik 2024/2025 yang telah menjayakan program pada hari ini. Akhir kata tuan/puan sekalian saya mengharapkan kita dapat bersamasama memastikan kecemerlangan anak demi masa depan mereka
Saya akhiri dengan, wabillahi taufik walhidayah, wasalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih
TEKS UCAPAN PK PETANG PROGRAM PENDAFTARAN MURID PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 BAGI SESI AKADEMIK 2024/2025 SMK PENDAMARAN JAYA Terima kasih pengerusi majlis. Yang Berusaha, Puan Aidah Binti Abdullah, Pengetua SMK Pendamaran Jaya, Yang Dihormati, Encik Safri Bin Samsuddin, Yang Dipertua PIBG SMK Pendamaran Jaya Yang Dihormati Tuan Haji Md Rizal bin Liamen, Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Pendamaran Jaya Puan Nor Azima Binti Musannef @ Musneh, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Lim Chui Lay, Penolong Kanan Kokurikulum, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta murid-murid Peralihan dan Tingkatan Satu yang dikasihi sekalian. Selamat sejahtera dan salam Malaysia Madani. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Selaku Penolong Kanan Petang, saya amat berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan ibu bapa serta anakanak murid Tingkatan 1 dan Peralihan pada pagi ini. Program Pendaftaran Murid Peralihan dan Tingkatan 1 bagi Sesi Akademik 2024/2025 bermatlamat memberi pendedahan kepada murid-murid Peralihan dan Tingkatan 1 pendedahan bagi menghadapi kehidupan baharu mereka di sekolah menengah.
Saya ingin menarik perhatian tuan/puan berkenaan perjalanan program kita pada hari ini. Setelah selesai sahaja majlis di dewan ini nanti, ibu bapa serta murid-murid akan bergerak ke kelas masingmasing untuk urusan pendaftaran murid bersama guru tingkatan. Di sana nanti, ibu bapa boleh menyerahkan dokumen-dokumen yang telah diminta kepada guru tingkatan masing-masing. Ibu bapa juga boleh mula membuat pembayaran yuran persekolahan anak-anak kepada guru tingkatan. Setelah selesai urusan di kelas bersama guru tingkatan, ibu bapa serta murid boleh bergerak turun ke bilik SPBT untuk urusan pengambilan buku teks. Sejurus selesai urusan pengambilan buku teks, ibu bapa serta murid boleh terus ke koperasi sekolah untuk membuat pembelian barang keperluan sekolah seperti lencana, tshirt sukan sekolah serta lain-lain lagi.
Berkenaan waktu persekolahan, sesi persekolahan bagi sesi petang akan bermula pada pukul 1.05 tengahari dan berakhir pada pukul 6.40 petang. Jadi murid perlu berada di sekolah sebelum 1.05 untuk memudahkan pergerakan ke kelas nanti. Pelaksanaan waktu persekolahan pada bulan puasa, sesi bermula pukul 1.05 tengahari dan berakhir pada pukul 5.30 petang. Oleh hal yang demikian, ibu bapa serta penjaga diminta mengaturkan kemudahan pengangkutan pergi dan balik anak-anak dengan sebaiknya. Tuan/puan yang dihormati sekalian, minggu pertama persekolahan akan dimanfaatkan dengan pelaksanaan aktiviti serta program yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek mental. Program di sekolah pada minggu pertama akan mempengaruhi adab, akhlak dan integriti murid dalam pembentukan sahsiah berdasarkan aspek karamah insaniah.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa serta penjaga yang hadir pada hari ini. Sekian, terima kasih.
TEKS DOA SEMPENA PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU SMK PENDAMARAN JAYA 2024 Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbil A’lamin, Wassalatuwassalamuala Asyarafil Anbiyaiwal Mursalin, Wa a’la alihi Wasahbihi Ajmain Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim Kami berasa amat bersyukur kepada-Mu, kerana Engkau telah mengurniakan kemudahan kepada kami untuk mengadakan majlis pendaftaran pelajar tingkatan satu bagi sesi persekolahan tahun 2024. Berkatilah majlis ini Ya Allah. Semoga majlis yang kami hadiri ini berjalan dengan lancar di bawah perlindungan-Mu Ya Allah. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini), anak didik kami akan menjadi pelajar yang cemerlang, terbilang, pelajar yang disegani dan dihormati, samada dalam aspek akademik mahupun kokurikulum seterusnya mampu melahirkan generasi pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal'alamin, Kami memohon kepada-Mu, agar sekolah ini, merupakan pilihan terbaik untuk anak- anak kami mencari dan menimba ilmu pengetahuan. jadikanlah anak-anak kami pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi mereka. Sesungguhnya menuntut ilmu itu adalah merupakan fardhu ain yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim dan muslimah. Janganlah Engkau jadikan kami pelajar yang hanya berpuas hati dengan apa yang kami perolehi dalam pada masa yang lalu. Mudah-mudahan anak-anak kami akan berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara yang tercinta ini Ya Munzilal Barakah wa Ya Kasyifalghummah, Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan Indahkanlah diri kami dengan kesihatan. Rabbana atina fiddunya hasanah, wafilakhirati hasanah, waqina azabannar Wasaalahuala saidina Muhammad waala alihi wasahbi ajmain Walhamdulillahi rabbil alamin
PAUTAN YOUTUBE https://youtu.be/Ud7ZsEGUtHo?feature=shared