The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d087602, 2023-01-29 17:56:30

Kamus Digital Celik Pantun

Kamus Digital Celik Pantun

Maka ceritera pantun pun bermula…


Maksud/Ciri/Fungsi Pantun Contoh Pembayang Pantun 01 02 Contoh Pantun Adaptasi 03 04 KANDUNGAN Latihan Pengukuhan


Maksud/Ciri/Fungsi Pantun 01


Maksud PANTUN ialah puisi Melayu tradisional yang dibina dalam bentuk berangkap dan setiap rangkap itu sempurna dengan maknanya. Pantun juga tergolong dalam sastera rakyat yang mempunyai estetikanya tersendiri.


Ciri-ciri ❑ Pantun Melayu terbina dalam bentuk berangkap. ❑ Setiap rangkap itu sempurna dari segi maknanya. ❑ Binaan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu pembayang dan maksud. ❑ Dalam pantun dua kerat, baris pertama merupakan pembayang, manakala baris kedua ialah maksud. Bagi pantun 4 kerat dan seterusnya, rangkap pantun akan terbahagi kepada dua, iaitu bahagian baris yang pertama merupakan pembayang dan bahagian berikutnya ialah maksud. ❑ Setiap baris dalam pantun mempunyai 4-5 patah perkataan serta 8-12 suku kata. ❑ Rima akhir di hujung baris adalah sejajar atau sama.


Pantun digunakan dalam aktiviti masyarakat. Pantun digunakan untuk tujuan mendidik. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan hajat. FUNGSI PANTUN Pantun juga sebagai alat hiburan. Pantun sebagai alat sindiran dan tempelak. Pantun digunakan untuk menguji minda.


Contoh Pembayang Pantun 02


Salju tumpah ditengah persada Disunting jujur pekerti pemuda Hebat berlari si anak kuda Mega berarak sinaran alfa Duduk bersimpuh ditepi tangga Buah pisang di dalam raga Ayam biru bersabung laga Indah kurnia dari Yang Maha Hari remang menanti senja Tempat mekar bunga seroja Liuk lentuk dedaun kemboja Sutera putih cantik belaka Songket batik ciptaan direka A Gerhana rembulan seribu rahsia Embun kering dijeling sang suria Hari rembang meniti usia Terbang tinggi burung tempua Pergi meredah hutan rimba Petir berlalu hujan pun tiba Sinaran taburan pelbagai kaca Duduk berangin di dalam beca Indah tarian unggas bercanda


A Percikan cahaya tembusi jendela Kilat dan petir datang berkala Lazat sungguh buah kurma Angin dingin merengkam sukma Indah mawar nampak pesona Tiupan seruling bersama rebana Sungguh tinggi pohon sena Tinggi melambai pepohon kelapa Rendang indah pohon cemara Kerdipan indah bintang kejora Bunga kemboja tabur dipusara Bersinar-sinar indahnya mutiara Tampak berseri disisip suasa Terbang melayang diruang angkasa Indah sungguh bermain kata Kerdipan sayu pandangan mata Menyusur alur si ular sawa Mengukir senyuman sungguh lawa Kembang mekar si bunga raya Akar menjalar di tepi paya Kuning mencelah bunga kenanga Tumbuh meliar pelbagai bunga


Berjalan-jalan ke kiri ke kanan Jelingan teruna sungguh tampan Belayar seberang dengan sampan Mengail ikan membawa joran Manis rasanya buah pulasan Merentas gelora ombak lautan Pergi ke hutan mencari rotan Bunga raya dipinggir hutan Sungguh indah bunga di taman Tumbuh meliar si bunga kantan Mega berjalur tampak menawan Pergi ke hutan mencari cendawan Berbunyi kuat seruan semboyan Berayun tinggi dengan buaian AN Dingin mengalir dari huluan Kembang teratai seri impian Sungguh cantik sireh junjungan Duduk termenung sambil berangan Burung tiong hinggap di dahan Renyai-renyai turunnya hujan Ambil galah tolong jolokkan Anggun malam disinari rembulan Bunga melur tumbuh ditaman Manis di dara mengukir senyuman


ANG Menderu angin terasa bimbang Kerbau bermandi sambil berkubang Sungguh sedap buah macang Pergi menanam pokok kacang Kerbau menguak ditengah padang Buah jagung subur diladang Bersabung ayam di dalam gelanggang Mentari menyinang terasa bahang Memetik gitar di atas ranjang Buah rambutan hampir lekang Anggun cempaka seri cemerlang Berenang-renang ikan sembilang Mencari buluh membuat lemang Kain disulam dengan benang Hembusan bayu beralun tenang Pergi kelaut mencari kupang Tinggi sungguh pohon ketapang Duduk berkhayal sambal berkarang Pergi ke laut mencari kerang Burung tiong membuat sarang Sungguh cantik kain sepasang Mentari pudar diwaktu petang Gemilang malam kerdipan bintang Berjuta rerama mengepak melayang Terbang tinggi burung lelayang


Tumbuh melati daunnya liar Melati indah haruman tersebar Bunga melur tumbuh mekar Orang jauh bertanya khabar Senja indah mesra terpancar Pungguk resah bulan memudar Bunga kemboja cantik benar Bunga anggerik ditepi akar Perut berbunyi terasa lapar AM Berlagu sendu alunan gurindam Sedap sungguh buahnya badam Indah gemersik pelbagai ragam Pesona gemilang kilauan manikam Langit gelap tampak berbalam Mawar merisik kata bersulam Hiasi mawar di tepi talam Sungguh cantik jahitan sulam Jauh melihat kapalnya karam Lari berlari si anak ayam Bunyi berdentum kuatnya meriam AR Lingkaran air nampak berpusar Dedaun meliar telah menular Menyusur rumput anaknya ular Tampak berseri cahaya bersinar Roda basikal seperti berputar Berkayuh sampan untuk berlayar Terbang tinggi si burung camar Berkayuh sampan menuju banjar


AH Sungguh manis rasanya buah Terbang sekawan lebah-lebah Menyusup paya terkena lecah Burung nuri terbang rendah Indah berseri bintang bermegah Terasa syahdu berada di Mekah Menyusur alur si udang galah Terbang camar dicelah-celah Burung merpati terbang lemah Berenang di tasik belumlah pernah Jatuh tersungkur terkena pelepah Burung nuri terbang rendah Kesana sini mencari arah Burung tiong cedera parah Hati gundah bertambah gelisah Main guli guna biji getah Berkata-kata sungguhlah petah Indah menghijau kawasan sawah Menyusur hutan sungguhlah payah


Gemersik alunan bunyinya kuat Kerbau jantan sudah tertambat Awan hitam hujan pun lebat Megah terasa indahnya adat Anak tempua semakin sihat Rembulan mengambang indah dilihat Mengukir jati menggunakan pahat Pergi ke sungai menahan pukat Aliran sungai semakin tersekat Gemala sakti permata azimat Masuk kehutan sehingga sesat Ombak gelora samudera luas Mekar sejambak anggun berhias Sambal belacan terasa pedas Hembusan bayu bagaikan senafas Beralun merdu siulan unggas Wangian mawar di dalam bekas Duduk menyisip daunnya palas Berkilau -kilaun cahaya emas Disangka hujan rupanya panas Menyusur laju anak lipas Pergi ke ladang memetik kapas Duduk bersimpuh menampi beras


AL Ulam pegaga bersama sambal Paku pakis dibuat pecal Tanah pusaka menjadi modal Teguh bertakhta pohonan cengal Intan berlian harganya mahal Membeli ikan secara pukal Duduk sejenak mencari akal Pergi ke Mekah menaiki kapal Kilauan pertama batu kristal Sulaman indah bunga dibantal Ayam berkokok di pagi awal Angin bertiup nyiur melambai Sungguhlah cantik kainnya cindai Datang dari pulau serogai Bunga mawar harum setangkai Lembut beralun lemah gemalai Nyiur kelapa tinggi menjulai Pergi kesawah padi disemai Anak kucing berlari ramai AI Merdu sungguh alunan serunai Merah dijari memakai inai Hanyut kayu bersalut rumpai Wangi sungguh daunnya serai Pahlawan bertarung guna perisai Kembang mekar bunga teratai Sungguh cantik sudut bongzai


Bermain-main si anak harimau Masam sungguh buahnya limau Gemersik indah suaranya garau Mencari itik ke Kuala Kurau Membelah pinang dengan pisau Sambil berehat sambil memantau Pergi belayar untuk merantau Sesat dihutan sambIl merayau Tinggi menjulang melayangnya wau Sihat sungguh si anak kerbau Pergi berkelah dihutan rembau Fikiran celaru membawa kacau Alam pawana sungguh menghijau Menangkap ikan dihutan bakau Sinaran emas mampak berkilau


AK Pelbagai bunga dihias sejambak Berlari lari si anak cicak Main di sungai ramainya budak Sungguh cantik teruna segak Pohon kelapa berdiri tegak Burung nuri berkata bijak Telinga lembu sudahlah pekak Buah mempelam terasa enak Kalung melati hiasan tepak Merah pipinya terkena sepak Cantik sungguh si burung merak Anak kambing nafasnya sesak Sawah padi tersusun berpetak Sungguh cantik sungai Sarawak Burung tiong di dalam semak


Harimau belang di dalam lokap Matanya sayu hampir terlelap Alam pasrah meniti harap Berlian tertumpah sudahlah lesap Daun nyiur melambai ke atap Enak sungguh mandian wap Lipas kudung merayap-rayap Terbang rendah burung kelicap Buah mempelam sungguhlah sedap Suara tersekat kerananya gagap Terus bergaduh salahnya anggap Terlalu lapar makanan dilahap Pergi kehutan hanya sekejap


I Uda dan dara saling mencintai Ingin belayar ke Pulau Jambi Duduk bersimpuh di tepi serambi Terbang ke sawah memakan padi Tumbuh melati kembang tak jadi Haruman wangi semerbak safi Bukit larut indah dan tinggi Sudah terjalin segala janji Gelang emas dipakai dikaki Gunung dan lurah sama didaki Indah permata kilauannya asli Hendak diikat bersama tali Terbang bangau di tepi Jerami Bunga bertabur mekar harmoni Mega mendung menyinar kini Sedap sungguh haruman kopi Nilam berkilau azimat Jauhari Semerbak bau aroma nasi Intan bersdur gemala sakti Hinggap tempua di dahan meranti Subur menghijau sayuran sawi Sungguh indah senyuman bayi Khasiat makanan seimbang gizi


Pungguk bernazam rindu dikirim Kicau serindit di hujung musim Cemerlang indah berganti musim Selembar coretan kenangan bermusim Kain cindai telah dikaih Emas dan perak semua diraih Sedap hidangan pelbagai kuih Duduk berzikir memegang tasbih Luka di hati terasa pedih Bunga mawar dipetik dipilih Sungai Perak airnya jernih Budak budak bermain upih Indah berseri pohonan selasih Indah bersih warnanya putih


I N Asli cindai dijadikan kain Anak kucing bermain -main Akar merana dihembus angin Membuat sarang begitu rajin Kilauan permata adalah mungkin Terang bersinar cahaya lilin Indah terukir ukiran di cermin Memecah sepi apabila bersin Atap rumbia ke atap zin ING Teguh persada seri keruing Berlari -lari si anak kambing Pohon rumbia di tepi tebing Subur mekar si pohon puding Indah gemersik bunyian seruling Kerbau menguak burung berpaling Indah memikat mainan gasing Terbang tiong hingga di ranting


Cantik sungguh di bahagian pelipis Senyuman manis teruna berkumis Mentari malap awan menangis Emas digali sudahlah habis Air mawar di renjis-renjis Karat di besi habis dikikis Haruman mawar renjis dipilis Pergi ke laut mencari ikan bilis IR IS Kilauan jernih sucinya air Gemilang melati di balik tabir Terasa nikmat senyuman diukir Terasa syahdu lalu berfikir Jernih sungai air mengalir Basah di pipi air mata mengalir Pusingan air bergilir-gilir Itik dan ayam rebannya hampir Mengurai rambut bila disisir Indah bersinar motif di langsir Air melimpah jadi membazir Dari seberang membeli keris Tanam mawar berbaris-baris Putih lembut cantiknya betis Air mawar jatuh menitis Manis sungguh rasanya kismis Buah rambutan rasanya manis Haruman mawar duri menghiris


IK Sungguh indah Gunung Daik Emas dan suasa nilainya naik Buah mempelam hampir lembik Sinar mentari bagaikan cerdik Anak itik pulanglah balik Indah kilauan sulaman manik Gurau senda usik-mengusik Ikan emas bersisik-sisik Masak ranum buahnya betik Sungguhlah cantik corak batik IL Memancing ikan gunakan kail Suasa dan perak telah diambil Pantas berlari si anak kancil Ayam katik badannya kerdil Beduk berbunyi suara memanggil Airnya sejuk terasa menggigil Arus gelora menghempas kerikil Rasa kerdil insan yang kamil Suburnya tanaman mendapat hasil Dihias menarik tirai di katil


Taburan sinar bintang mengerdip Rambut mengurai bila disisip Indah karangan seri dititip IT IP Buah manggis habis dikait Asyik terleka dara mengait Berarak mega mencakar langit Kain sutera habis dijahit Pohon jati tumbuh di bukit Terbang melarat si burung pipit Meliar pegaga di tepi parit


U Sendu pungguk meruntum kalbu Madah kiasan pengubat rindu Pada bulan bertamu rindu Anak bermain di atas panggu Indah irama nyanyian lagu Tikar dihampar menjemur sagu Teruna tampan bidangnya bahu Indah nian istana salju Pungguk bersiul di pohon duku UH Kilauan bintang silauannya jauh Buah manga buahlah pauh Singgahlah kepulau jatuhkan sauh Sungguh cantik kebaya labuh Di bawah pohon amatlah teduh Muatan rotan kianlah penuh Mendidik kucing amatlah jenuh Gemilang intan kilat bersepuh Sungai Perak airnya keruh Emas perak menjadi taruh Anak kucing mengejar puyuh


Buah mempelam di dalam bakul Angin bergelora ombak memukul UK UL Buah manggis habis dikait Asyik terleka dara mengait Berarak mega mencakar langit Kain sutera habis dijahit Pohon jati tumbuh di bukit Terbang melarat si burung pipit Meliar pegaga di tepi parit


UM Semerbak indah bak bunga mengharum Pungguk merindu bulan tersenyum Harum kembang mekar menguntum Paduka Juasih bersantap belum UN Terkulai mawar disimbah racun Sejambang mawar indah diadun Syair kemboja mengalun anggun Silih berganti tahun ke tahun Dendang berlagu madah beralun Tumbuh menjalar pokoknya timun Bertekad emas cindai ditenun Taman indah meliar rerumpun Anak kucing naik dan turun Sihat sungguh kambing gurun Mentari terik panas di gurun Bertiup segar angin monsun


Tasik Impian teratai berlibur Tasik Chini orang berhibur Kilat perak emas bersadur Angin menghembus syahdunya sahur Kembang mekar haruman melur Kelopak bunga indahnya jalur Sennyuman terukir salam dihulur Lembah beringin air disalur UP UR Sepi mawar di dalam kudup Terang beralun bayu bertiup Bunga kembang indah melitup Melingkar pegaga akar menyusup


US Gemersik suara angin menghembus Pasir gersang tanahnya tandus Ribut melambai meniup rakus Beralun gemalai bayu mengelus UT Tasik bening kiambang bertaut Tarian unggas gemalai lembut Wangian kasturi disebut-sebut Gelombangnya ombak dipukul ribut Gugur bunga di atas rumput Lidi nyiur habis dilurut


Meliar di sawah menjalar kangkung Tikar mengkuang habis digulung Pungguk meresah bulan merenung Cantik teratai terapung-apung Terbang bebas si anak burung Indah asli berbaju kurung Indah bersinar kain sarung Sungguh cantik buatan lesung Kayu dibakar tinggal puntung Makan berulam dengan jantung Sejambak rambutan tergantung-gantung Pergi ke hutan mencari rebung Terbang merpati hinggap bumbung Sungguh indah ukiran di muncung Mentari kelam berarak mendung Menjalar pegaga di ladang jagung Ombak badai datang menjunjung Kemana pergi bungkus diusung Hari ini amatlah untung Hati risau berdenyutnya jantung Sedap sungguh kuihnya gulung


Latihan Pengukuhan 03


Soalan 1 “Setelah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera diparangnya. Maka Laksamana pun melompat hendak menangkiskan parangnya itu, kerana memarang dengan dua belah tangannya. Setelah lalu, diparang pendekar itu, maka diparangnya oleh Laksamana telinganya, putus terpelanting ke tanah. Maka Laksamana pun segera melompat naik ke atas balairung itu, Maka orang pun hairan melihat pantas Laksamana itu.” Dipetik daripada Sastera Epik, Hang Tuah Diutus ke Siam Berdasarkan Sastera Epik Hang Tuah Diutus ke Siam yang bertemakan keberanian menangkis serangan musuh, adaptasi prosa tradisional tersebut kepada pantun. i) Mematuhi bentuk pantun ii) Menepati tema iii) Jumlah baris tidak kurang daripada 30 baris


Soalan 2 Maka budak itu pun berfikirlah di dalam hatinya, “Benarlah seperti kata naga itu”. Setelah sidah ia berfikir itu maka berjalanlah bersama-sama dan budak itu pun naiklah ke atas belakang naganya itu. Maka berjalanlah ia menuju Tasik Hijau itu. Setelah dekatlah ia dengan tasik itu, maka datanglah segala ular kecil-kecil dan besar-besar mendapatkan naga itu, “Janganlah saudara hamba takutkan segala ular yang datang ini kerana semuanya ini rakyat datuk hamba.” Maka budak itu pun diamlah. Dipetik daripada Sastera HikayatBudak Miskin Mendapat Cincin Hikmat Berdasarkan Sastera Hikayat Budak Miskin Mendapat Cincin Hikmat, yang bertemakan keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu perkara akan membawa kebaikan, adaptasi prosa tradisional tersebut kepada pantun. i) Mematuhi bentuk pantun ii) Menepati tema iii) Jumlah baris tidak kurang daripada 30 baris


Soalan 3 BLACKWAY : Saya minta ampun, minta maaf kepada semua orang Melayu. Pada semua orang Puloo Pinang. Memang kami menipu, penindas, penyamun. Saya sendiri malu dengan apaapa yang pernah kami lakukan dulu. Memang kami bangsa kejam dan haloba. Apabila ingat semua hal yang pernah saya lakukan dengan Light dulu, saya rasa macam mahu amuk! MAT PIAH : Amuk? Amuk? Engkau jangan curi amuk kami! Hanya orang Melayu saja yang boleh amuk. Engkau tak boleh amuk! Tak Boleh. Semuanya sudah disamun daripada kami. Portugis samun kami. Belanda samun kami, Jepun samun kami. Bangsa kau samun kami. Harga diri kami, hak kami, tanah kami, emas kami, bijih kami, getah kami, perak kami, semuanya sudah dicantas ludes, latah dan amuk kami pun kau nak kebas! Dipetik daripada drama Mat Piah dan Mr. Blackway Berdasarkan drama Mat Piah dan Mr. Blackway yang bertemakan kekentalan diri menjalani hari-hari pelbagai ujian namun dihadapi dengan penuh kesabaran, adaptasi prosa moden tersebut kepada pantun. i) Mematuhi bentuk pantun ii) Menepati tema iii) Jumlah baris tidak kurang daripada 30 baris


Soalan 4 “Hampir tiga bulan aku gagal menghubungi Rosa. Dia yang tidak jemu mengutusi berita tentang dirinya melalui e-mel. Saban hari peti suratku dalam laman siber diisi mesej daripadanya. Sekalipun bukan mengirinkan nota-nota peribadinya, Rosa tetap memajukan kepadaku beberapa e-mel yang baik untuk dikongsi bersama. Emel yang dihantar mengunggah provokasi minda. Bukan sekadar e-mel kosong untuk memenuhi peti suratku. Sesekali SMS nakalnya menjengah skrin telefon bimbitku. Ada-ada saja anekdotnya yang mampu mereda rengsa ketengangan tugas harian. Apabila sudah penat berbicara tanpa bercakap, aku jadi rindu pada suaranya yang lunak. Rosa sudi sahaja berkongsi suaranya dengan gegendangku.” Dipetik daripada cerpen Rindu Seorang Rafik Berdasarkan cerpen Rindu Seorang Rafik yang bertemakan persahabatan diantara dua negara yang mempunyai ideologi berbeza, adaptasi prosa moden tersebut kepada pantun. i) Mematuhi bentuk pantun ii) Menepati tema iii) Jumlah baris tidak kurang daripada 30 baris


Soalan 5 Kita sudah terlalu sering mendengar keluh-kesah daripada pelbagai pihak tentang betapa tidak efisiennya perkhidmatan pengangkutan awam bukan hanya KTN, tapi juga yang lain-lain. Setelah sekian lama, ternyata masih tidak pernah ada pembaikpulihan perkhidmatan. Justeru, saman saya ini adalah bagi kepentingan awam keseluruhannya, bagi menekan mereka agar efisyen. Dipetik daripada cerpen Res Judicata Berdasarkan cerpen Res Judicata, adaptasi prosa moden tersebut kepada pantun. i) Mematuhi bentuk pantun ii) Menepati tema iii) Jumlah baris tidak kurang daripada 30 baris


Contoh Pantun Adaptasi 04


Berteduh dihutan memasang khemah, Sambil melihat indahnya taman, Wartawan menanti di foyer mahkamah, Menanti berita KTN disaman. Tanam bunga di tanah rata, Sambil menatap indahnya kota, Kisah bermula ingin ke Jakarta, Menanti kontak 27 juta. Burung nuri terbang rendah, Keluar dari kawasan rimba, Harapan ke Jakarta punahlah sudah, Keretapi KTN lambatlah tiba. pantun RES JUDICATA


pantun RES JUDICATA Angin berhembus mata berkedip, Sambil melihat kelopak bunga, Ada menonton mata tak kedip, Ada melopong mulut ternganga. Pagi-pagi mencuci kolah, Air kolah terpercik ke mata, Berita sensasi kini terserlah, Hinggakan ramai menonton berita. Sungguh indah bunga di taman, Bunga ditanam rapat- rapat, Syarikat KTN akan disaman, Pengurusan masa tidaklah tepat.


Sungguh cantik bunga melati, Disisip bersama sirehlah junjung, Sungguh bijak Tuah berbakti, Titah raja sentiasa dijunjung. Manis sungguh rasanya buah, Minum seteguk air selasih, Bijak bertutur bicara Hang Tuah, Bahasa Siam lancar dan fasih. Pantun hang tuah


pantun hang tuah Pergi mengait buah kelapa, Jangan lupa simpankan tempurung, Pengorbanan Hang Tuah jangan dilupa, Bijak merancang tika bertarung. Jari disusun memohon ampun, Bicara disusun penuh bermadah, Matilah sudah pendekar Jepun, Dibunuh Hang Tuah dengan mudah.


Luka di kaki kerna jatuh, Ambil barang di atas para, Kisah persahabatan yang utuh, Dua insan berlainan negara. Duduk berehat memakan bertih, Tidak sedar berlalu masa, Pertelingkahan tentang Pulau Batu Putih, Menyebabkan seorang terguris rasa. Pergi ke kebun hujan pun lebat, Masih sempat memetik nangka, Sekian lama sudah bersahabat, Walaupun mereka tidak bersemuka. pantun Rindu seorang rafik


pantun RINDU SEORANG RAFIK Pohon rendang tempat berteduh, Sambil melihat kelibatnya rusa, Pedra Branca punca bergaduh, Tiga bulan sepilah Rosa. Sungguh tinggi pohonlah sena, Tempat berteduh si anak cina, Tanggungjawab besar perlu laksana, Pertahankan negara yang tercinta. Berlari si kucing dengan cepat, Mengejar tikus lompat ke para, Mereka menjadi sangatlah rapat, Walaupun berbeza berlainan negara.


Click to View FlipBook Version