The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mirza09-447, 2022-05-14 11:59:14

F7 MUHAMMAD MIRZA BIN AZMI

F7 MUHAMMAD MIRZA BIN AZMI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2020

NAMA Disediakan oleh :

ANGKA GILIRAN MUHAMMAD MIRZA BIN AZMI

NO KAD 2020192340134
PENGENALAN
011102-05-0169
KUMPULAN
F7
KOD
KURSUS/NAMA EDUP3073 / BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN
KURSUS
NAMA PUAN SHAHRIZAN BINTI ABD.
HAMID
PENSYARAH
13 MAC 2022
TARIKH HANTAR

TARIKH
MENERIMA
MAKLUM BALAS

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .......................................................................................................... 3

2.0 PERANCANGAN ASPEK PENGURUSAN FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN
SOSIOLINGUISTIK.................................................................................................... 3

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BIUDAYA ............ 4

3.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL................................................................................. 4
3.2 PENGURUSAN SOSIOEMOSI MURID ........................................................................................ 5
3.3 PENGURUSAN SOSIAL............................................................................................................... 5

8.0 KESIMPULAN............................................................................................................ 6

RUJUKAN ............................................................................................................................ 7

1.0 PENGENALAN
Budaya murid-murid di rumah sangat mempengaruhi pembelajaran mereka di sekolah. Hal ini
demikian, rumah merupakan salah satu item dalam mikrosistem seperti yang telah dinyatakan
Teori Ekologi Bronfenbrenner. Budaya pelajar di rumah akan dibawa ke sekolah dan
membuatkan guru-guru perlu menghubungkan dan menangani budaya yang menjadi amalan
murid-murid di rumah dengan pelbagai cara. Hal ini disebabkan budaya yang berbeza
daripada setiap pelajar lebih-lebih lagi berlainan bangsa dan agama. Guru perlu lebih kreatif
supaya tidak berlaku ‘bias’ dalam layanan guru terhadap murid yang berbeza budaya.
Penulisan ini akan menjelaskan cara yang guru boleh lakukan dalam mengurus budaya dan
suasana bilik darjah bagi menghubungkan apa yang menjadi amalan murid di rumah dengan
apa yang diajar di kelas dan sekolah dan disertakan dengan teori-teori yang berkaitan.

2.0 PERANCANGAN ASPEK PENGURUSAN FIZIKAL, EMOSI, SOSIAL DAN
SOSIOLINGUISTIK

Salah satu aspek pengurusan yang perlu dilakukan ialah aspek fizikal. Aspek fizikal ialah
Pengurusan Persekitaran Fizikal bilik darjah yang bermaksud satu proses mendapatkan
penyertaan dan kerjasama ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam
sesuatu gerak kerja. Sebagai contoh termasuklah proses merancang, mengelola, memimpin,
mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah yang dinamik dapat mencapai objektif kea
rah pembinaan Modal Insan yang menjurus kepada pembinaan JERIS. Antaranya
pengurusan persekitaran fizikal yang baik ialah ruang dan pergerakan harus diuruskan
supaya lebih fleksibel. Penyediaan ruang yang sesuai akan memberikan keselesaan kepada
murid ketika belajar. Malahan, aspek pencahayaan, pengudaraan dan kedudukan murid juga
akan mendorong murid untuk memberikan tumpuan kepada proses PdP.

Seterusnya, emosi pula merupakan suatu perasaan dan gerak hati yang dialami oleh
seseorang individu yang akan terpapar melalui tindak balas fisiologi sekiranya berlaku
ransangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan (Noriati et. al, 2017). Pengurusan emosi
yang berkesan akan menjadi perangsang dan membangkitkan minat, sikap dan tingkah laku
terhadap pembelajaran mereka. Menurut Woolfork (1990), motivasi dan kuasa dalaman akan
mengawal tingkah-laku murid. Guru boleh memberi pujian, dorongan, galakan dan ganjaran
kepada murid-murid sebagai peneguhan. Peneguhan positif penting untuk menambah
kebarangkalian gerak balas daripada murid. Vygotsky (1986) mengatakan bahawa guru
berperanan dalam menyampaikan maklumat, peringatan dan galakan kepada murid pada
waktu dan keadaan yang sesuai antara pusat pembelajaran murid. Sebagai seorang
pengajar, guru perlu sentiasa memberi peringatan dan galakan kepada murid. Perkara ini juga

menjadi amalan di rumah murid iaitu peringatan dan galakan daripada seorang ayah ataupun
ibu kepada anak-anak. Hubungan Positif antara guru dan murid hendaklah dibina terlebih
dahulu di mana guru mestilah mengamalkan kepimpinan di dalam kelas serta mengambil
berat tentang fisiologi dan akademik murid-muridnya. Malahan, murid juga mestilah diberi
peluang untuk bersosial sesama mereka dalam aktiviti PdP.

Bilik darjah juga merupakan satu persekitaran sosial yang terdapat satu komuniti murid
yang mempunyai matlamat yang sama serta struktur sosial yang membolehkan matlamat
tersebut dicapai. Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu
dengan persekitaran sosialnya (Haliza dan Joy Nesalamar, 2016). Oleh itu, bagi mewujudkan
bilik darjah yang mesra budaya, pengurusan aspek sosial perlu diambil kira, antaranya
mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea antara murid-murid
semasa melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Hal ini demikian supaya murid dapat
menunjukkan tingkah laku yang sesuai serta berupaya belajar dengan lebih berkesan dalam
persekitaran psikososial yang dapat memenuhi keperluan peribadi dan psikologi mereka.

Akhir sekali, bidang sosiolinguistik merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji ciri-ciri
dan fungsi variasi bahasa serta pengaruh budaya terhadap sesuatu bahasa yang digunakan
(Abdurrahman, 2011). Sosiolinguistik berasal daripada gabungan sosio dan linguistik yang
membawa maksud ilmu inter-disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang
perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian. Aspek ini
memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatika dan
sebagainya. Menurut Loveday, (1982), timbulnya kesedaran baru dalam kalangan ilmuan
Amerika akan hubungan yang tidak boleh dipisahkan anatra perilaku bahasa dan perilaku
sosial.

3.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BIUDAYA
Maka, beberapa langkah yang berkesan boleh dijalankan dalam mewujudkan sebuah
suasana bilik darjah yang mesra budaya.

3.1 PENGURUSAN PERSEKITARAN FIZIKAL
Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah merupakan salah satu aspek yang sangat
penting untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya
untuk membantu perkembangan murid dalam pembelajaran. Oleh itu, persekitaran
fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur perabot perlu sesuai dengan
kapasiti murid kerana bilangan murid yang melebihi kapasiti yang sepatutnya boleh
menyebabkan suasana dalam bilik darjah kurang selesa dan akhirnya menimbulkan
masalah disiplin seperti bergaduh, tidak memberi perhatian semasa guru mengajar,
mendatangkan kecederaan dan sebagainya (Hasfarina Abas, 2012). Oleh hal yang

demikian, seseorang guru harus mengawal kelas dengan bijak dengan menyusun atur
tempat duduk dengan mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai kaum
supaya mereka boleh menerima dan bekerjasama antara satu sama lain. Di samping
itu, guru juga perlu memastikan suasana bilik darjah ceria dan bersih. Aspek keceriaan
kelas adalah sangat penting kerana sesebuah kelas yang ceria mampu meningkatkan
semangat dan motivasi.

3.2 PENGURUSAN SOSIOEMOSI MURID
Aspek sosioemosi murid juga sangat penting untuk menjamin persekitaran sesebuah
bilik darjah yang mesra budaya. Menurut Rizalina Mat Radzi (2014), perkembangan
sosioemosi kanakkanak khususnya adalah keupayaan kanak-kanak untuk
berinteraksi serta memberi tindak balas emosi terhadap sesuatu situasi atau keadaan
yang dapat dilihat melalui kelakuan kanak-kanak. Sekiranya sosioemosi seseorang
murid di dalam kelas adalah positif, maka secara tidak langsung akan menjadi
perangsang untuk membangkitkan semangat murid tersebut untuk melibatkan diri
dalam aktiviti PdP. Sehubungan itu, untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya, guru boleh mengambil langkah dengan mempamerkan sikap atau
emosi yang boleh mendorong murid untuk sentiasa bermotivasi. Misalnya, semasa
melaksanakan aktiviti PdP, guru perlu bersikap adil dalam memberi galakan, hukuman
dan peluang kepada murid tanpa diskriminasi iaitu tanpa mengira agama, budaya dan
bangsa. Sikap adil guru yang dipamerkan akan diperhatikan, difahami dan seterusnya
ditiru oleh murid-murid ketika berinteraksi dengan rakan sekelas. Melalui sikap yang
ditunjukkan tersebut, mereka akan bersikap adil kepada rakan sekelas sama ada
ketika memberi pujian, menjatuhkan hukuman atau memberi peluang tanpa mengira
budaya, agama dan bangsa. Secara tidak langsung, ia juga memberi semangat dan
motivasi kepada murid untuk terus aktif dalam aktiviti bilik darjah. Oleh itu, persekitaran
sosioemosi yang mesra budaya dapat diwujudkan.

3.3 PENGURUSAN SOSIAL
Pengurusan sosial di dalam bilik darjah merupakan salah satu aspek penting untuk
menjamin suasana pembelajaran yang mesra budaya. Islam juga mengajar umatnya
untuk sentiasa menjalinkan hubungan dengan sesama umat manusia tanpa mengira
latar belakang, agama, bangsa, kaum dan sebagainya. Ini kerana ajaran Islam
menegaskan bahawa perbezaan dalam kalangan manusia bukan merupakan satu
halangan bagi mereka untuk saling berkenal-kenalan, saling bantu-membantu dan
saling berkasih sayang antara satu sama lain. Malahan Islam turut mengiktiraf
kepelbagaian etnik dan memandang positif terhadap kepelbagaian tersebut. Oleh itu,
guru boleh mengambil langkah membantu murid yang pelbagai budaya, bangsa dan

agama untuk saling berkenalan dan menjalinkan hubungan yang seterusnya akan
mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya. Contohnya, guru boleh mengadakan
aktiviti pembelajaran yang mendedahkan murid untuk bekerjasama seperti
pembelajaran koperatif. MenurutWan Idros dan Maizatul(2013), pengalaman bekerja
dalam satu pasukan atau kumpulan akan memberikan pengalaman kepada murid
untuk memahami orang lain dan cuba bertingkah laku agar disenangi dan diterima
oleh ahli kumpulan yang lain. Pengalaman ini amat penting kepada setiap murid
berbeza etnik dalam memupuk sikap tolak ansur, saling menghormati dan saling
memahami antara satu sama lain supaya hubungan antara mereka berjalan lancar
dan seterusnya berjaya membina masyarakat yang harmoni di dalam bilik darjah.

8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu memahami keadaan dan cara yang terbaik
untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti PdP. Kita sebagai guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, malah
kita juga berperanan sebagai pemudah cara, pembimbing dan perancang untuk memastikan
anak didik kita mampu mencapai kecemerlangan secara holistik dalam semua bidang.
Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium yang
terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan
penglibatan semasa PdP. Oleh itu, guru-guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya dapat dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan minda
kelas pertama di sekolah.

RUJUKAN

Haliza Hamzah, & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Oxford Fajar Sdn. Bhd

Hasfarina Abas. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru
Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Teknologi Malaysia

Mohd Anuar Ramli, & Mohammad Aizat Jamaludin. (2011). Uruf Majmuk: Konsep Dan
Amalannya Dalam Masyarakat Majmuk Di Malaysia. Jurnal Fiqh, 8(1), 45–64

Syed Ismail Syed Mustafa, & Ahmad Subki Maskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Rizalina Mat Radzi. (2014). Peranan Guru dan Ibu Bapa Merangsang Perkembangan
Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain

Wan Idros Wan Sulaiman, & Maizatul Haizan Mahbob. (2013). Analisis Keberkesanan
Pembinaan Pasukan (Team Building): Impak Ke Atas Sumber Daya Manusia. Malaysian
Journal of Communication, 28(2), 227–241


Click to View FlipBook Version