PENGURUSAN MASA BERKESAN
OLEH:
CIKGU NORAZLINA BINTI SULAIMAN
DEFINISI
• Penggunaan masa sepenuhnya tanpa pembaziran dan masa
yang digunakan sepenuhnya dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah dan mendekatkan dengan pelajar dengan
matlamat yang hendak dicapai.
• Pelajar bijak membahagikan masa cekap dan mencukupi
untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti belajar,
menyiapkan tugasan, mengulangkaji, berehat, tidur,
bermain, beribadah dan lain-lain.
FALSAFAH DAN PRINSIP
PENGURUSAN MASA
• Kepercayaan dan landasan, untuk menjadi pegangan dalam
mengamalkan pengurusan masa yang berkesan perlu dimiliki oleh
seseorang.
• Kita perlu berpegang bahawa masa adalah satu anugerah yang
tidak ternilai. Wang tidak boleh membeli masa dan masa yang
lepas tidak boleh diganti.
• Masa sebagai satu komoditi. Perlu diurus supaya tidak terbuang
atau mengambil masa orang lain.
• Prinsip utama- Menghabiskan masa dengan melakukan perkara
yang disukai, bermakna atau perkara membantu mencapai
matlamat hidup.
KEPENTINGAN PENGURUSAN MASA
BERKESAN
• Pengurusan masa yang berkesan, adalah untuk memastikan kita dapat
menyusun aktiviti secara terancang/sistematik
• Ketepatan masa dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan akan
dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti
• Untuk membentuk disiplin diri yang terpuji
• Masa yang diuruskan dengan cekap dan berkesan dapat mengelakkan
pembaziran masa
• Pembahagian masa yang tersusun dapat menjadikan seseorang itu patuh
kepada peraturan yang ditetapkan
• Untuk mencapai keseimbangan dalam penggunaan masa
• Untuk mencapai matlamat dalam kehidupan
• Kecemerlangan dan kejayaan datang daripada pengurusan masa yang
berkesan – Dr. Ismail Zain (perunding motivasi)
MASALAH KEKURANGAN MASA
• CONTOH UNGKAPAN : “tidak cukup masa”, “mana ada masa”,
“tak sempat”, “tengok lah nanti kalau sempat”….
• PUNCA :
• Tidak dapat mengenalpasti keutamaan di antara aktiviti
• Suka menggunakan banyak masa untuk satu jenis kerja
sahaja
• Sikap suka menangguh kerja
• Sikap suka mementingkan perkara yang kecil/remeh
• Terlalu banyak gangguan
• Sikap terburu-buru
JIKA TIDAK MENGURUS MASA DENGAN BAIK….
• Anda mungkin akan banyak membazir masa dengan perkara
tidak berfaedah
• Menjadi tidak produktif
• Emosi tidak stabil – (mengalami tekanan, cemas, bimbang ,
mudah marah)
• Gagal menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan
PANDUAN
PENGURUSAN MASA
YANG BERKESAN
1- Buat jadual harian. Catatkan:
• Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
• Berapa lama anda perlu menghadiri PDPR?
• Berapa lama masa anda berehat?
• Pukul berapa anda beriadah?
• Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja
rumah?
• Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa
lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti
dapat disempurnakan pada hari yang sama.
2- Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda
lakukan.
Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan
apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa
lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif. Boleh gunakan
papan kenyataan atau diari untuk mencatat senarai tersebut
3- Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda
capai
Matlamat anda sasarkan mestilah khusus.
Contoh: 'Saya ingin menyiapkan kerja kursus PSV pada…..(tarikh yang
ditetapkan oleh guru)
Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.
4- Bahagi-bahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori
Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori.
Contohnya: 'Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan, Melakukan
senaman adalah keutamaan, Bersiar-siar dengan menunggang motorsikal
adalah bukan keutamaan'. Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.
5- Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat
Letakkan tugasan yang perlu disiapkan segera di satu tempat. Jika
ada masa terluang, tugasan tersebut boleh diselesaikan dengan
cepat seterusnya dapat mengurangkan stres anda.
6- Tetapkan had masa
Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had
masa.Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa
yang ditetapkan.
7- Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin
Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan
membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan
lebih baik.
8- Jangan melengah-lengahkan kerja anda
Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-
lengahkan kerja.
9- Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia
dilakukan
Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.
HASIL PENGURUSAN MASA YANG BIJAK
AKAN MENJADIKAN….
• Kehidupan lebih terurus
• Lebih produktif
• Kurang tertekan / emosi stabil
• Gembira
• Masa terisi dengan aktiviti yang lebih bermakna
BAGAIMANA MENGHASILKAN
JADUAL WAKTU PERSENDIRIAN
• Tentukan masa untuk sesuatu mata pelajaran
• Pilih keutamaan
• Tumpuan kepada topik yang sukar
• Pembahagian masa seimbang setiap hari
• Pilih masa yang paling sesuai
• Peruntukkan masa untuk aktiviti-aktiviti lain
WAKTU BELAJAR
• Jumlah waktu belajar antara 8 hingga 10 jam
• Waktu belajar terbaik adalah waktu pagi
• Selain waktu pagi boleh ambil masa pada waktu lain iaitu sekitar jam
4 hingga 5 petang dan 8 hingga 11 malam
• Selepas sesi belajar, beri ganjaran kepada diri sendiri, contohnya
berehat, makan ais-krim, bersiar-siar dan lain-lain.
• Elakkan belajar hingga lewat malam kerana akan menyebabkan
gangguan waktu tidur. Apabila tidak cukup tidur, konsentrasi akan
terganggu dan akan mengantuk pada waktu siang.
AKTIVITI BUKAN BELAJAR YANG
TIDAK PERLU DIUTAMAKAN
• Membaca komik, buku cerita dan majalah hiburan
• Menontoh televisyen dan mendengar radio
• Melepak bersama rakan-rakan
• Bermain permainan video
• Media sosial- Whatsapp, Instagram , youtube dan sebagainya
• Tidur
• Bermain
AMALAN POSITIF
• Menepati masa
• Menyegerakan tugas
• Mendisiplinkan diri mematuhi jadual waktu
• Bijak mengurus masa yang diberi
• Menumpukan masa dengan kerja yang produktif
• Menetapkan target date menyiapkan kerja
• Menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan
SEKISAENKIAN
TERITMERAIMKAASIKHASIH