The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bellaofficial20, 2023-06-16 01:53:03

NOTA PENERANGAN GALVANIK

NOTA PENERANGAN GALVANIK

RAWATAN BADAN MENGGUNAKAN GALVANIK NUR AMERAH NABELLA BINTI MOHAMMAD


PENGENALAN • Aliran galvanik adalah arus terus (Direct Current) yang boleh melalui kulit. Aliran galvanik atau circuit di bentuk diantara dua elektrod satu yang aktif dan satu lagi yang pasif. • Terdapat dua kaedah galvanic iaitu; i. Desinkrustasi – untuk rawatan pembetulan kulit badan seperti kulit berminyak, acne di dada atau belakang. ii. Iontoforesis - rawatan ini paling sesuai digunakan untuk pelanggan yang mempunyai masalah selulit.


SELULIT • Selulit adalah disebabkan pengumpulan lebihan cecair dan lemak yang menyebabkan permukaan kulit timbul manakala gentian fibrous yang terdapat diantara lemak menarik permukaan kulit. • Keadaan ini menyebabkan permukaan kulit tidak rata dan kelihatan seperti seperti berbiji-biji (orange peel). • Secara umumnya, kaedah rawatan galvanik yang digunakan untuk selulit adalah iontoforesis sahaja.


BODY GALVANISM • Menggunakan elektrod arus terus ditutup dengan pad yang direndam dalam larutan saline pada electrod aktif sahaja. Kaedah ini menggunakan kesan polariti dan interpolariti(katod dan anod) yang umumnya disebut galvanik untuk badan. • https://www.youtube.com/watch?v=xR8qqUYvxvs • Elektrod katod (-) ditempatkan di atas kawasan selulit manakala anod (+) selalu ditempatkan bertentangan atau selari dengannya sebagai elektrod yang tidak aktif.


IONTOFORESIS • Menggunakan gel anti-selulit ataupun ampoule yang mengandungi bahan rawatan khas untuk mencairkan selulit. • Bahan ini mengandungi ion bercas yang ditolak ke dalam kulit dengan menggunakan elektrod yang sesuai. • Sesetengah sistem moden tertentu menggunakan arus galvanik dalam rawatan seluruh tubuh contohnya menggunakan rawatan bengkung dan lain-lain lagi. • Rawatan menggunakan produk ini diformulasikan secara khusus untuk mencapai keputusan yang lebih memuaskan.


MESIN GALVANIK Sarung pad Pad Velcro Strip Wayar yang disambung pada pad


TUJUAN RAWATAN BADAN GALVANIK 1. Membantu memecah dan menguraikan sel-sel lemak yang tepu. 2. Merangsangkan aliran mikro dibahagian yang dirawat. 3. Merangsangkan penyingkiran takungan toksik di bahagian yang bermasalah. 4. Merangsangkan kadar metabolism. 5. Memanaskan dan meredakan keadaan tisu-tisu. 6. Merangsangkan tekstur kulit. 7. Merangsangkan aktiviti sel-sel kulit di bahagian yang dirawat.


AKIBAT • Bahaya menggunakan penerapan arus terus ke tubuh adalah ianya boleh menyebabkan lecuh/melecur.


Click to View FlipBook Version