JAWATANKUASA PROGRAM PENASIHAT : En. Mohd Asri bin Abdulhatam PENGERUSI : Puan Norafriza binti Ahmad KETUA PANITIA : Puan Norhashima binti Yonos SETIAUSAHA : Puan Siti Zahrah binti Mohd Mydin AJK : Semua Guru Panitia Bahasa Melayu AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA KERTAS KERJA & HADIAH : Norhashima Binti Yunos KAIN RENTANG & BUNTING PERASMIAN : Sabilah Binti Tekor PENGACARA MAJLIS PERASMIAN & PENUTUP : Nur Nadia Binti Abd.Gafor GIMIK PERASMIAN DAN PENUTUP : Nurul Asmida Bt Asri : Fauziah Binti Mohd Fadzil VIDEO/PERSEMBAHAN MURID/BROSUR : Jamilah Binti Zulkipli : Nur Atiqah Binti Che Mohammad PEMENANG HADIAH : Fatin Natasya Binti Tajuddin : Sabilah Binti Tekor FOTOGRAFI & LAPORAN : Siti Zahrah Binti Mohd Maydin PA SISTEM : Mohd Zabri Bin Mohd Yassin
PENGENALAN Minggu Bahasa Melayu merupakan satu program pertandingan yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu yang memberi peluang kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6 SK Dato Kramat untuk sertai. Program pada tahun 2023 ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang dapat memperbaiki dan bantu tambah dalam mendalami tatabahasa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa seharian. Dengan ini, murid-murid dapat memupuk minat dalam permainan bahasa dan memberi pendedahan dan pengetahuan yang sangat berguna kepada murid-murid dari segi penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu dengan betul. Diharapkan program yang akan dijalankan ini akan dapat mencapai objektif yang diharapkan. OBJEKTIF PROGRAM 1) Menambahkan ilmu pengetahuan dan menambah baik penggunaan Bahasa Melayu di sekolah sebagai bahasa seharian. 2) Membentuk para pelajar berfikiran kritis dan kreatif dalam bidang Bahasa Melayu. 3) Mencungkil bakat murid dan pengetahuan yang lebih mendalam dalam aspek perbendaharaan kata dan aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu. AKTIVITI / PERTANDINGAN / KUIZ BAHASA MELAYU ✓ Tahun 1 (Pertandingan Bijak Eja)- Guru Bahasa Melayu Tahun 1 ✓ Tahun 2 (Pertandingan Mahir Bina Ayat) - Guru Bahasa Melayu Tahun 2 ✓ Tahun 3 (Pertandingan Penanda Buku Tulisan Berangkai) - Guru Bahasa Melayu Tahun 3 ✓ Tahun 4 (Kuiz Teka Kata) - Guru Bahasa Melayu Tahun 4 ✓ Tahun 5 (Kuiz Melengkapkan Simpulan Bahasa) - Guru Bahasa Melayu Tahun 5 ✓ Aktiviti Tahun 6 (Kuiz Melengkapkan Peribahasa) - Guru Bahasa Melayu Tahun 6 Pencarian Bakat Murid Festival Bahasa Peringkat Negeri Pulau Pinang ➢ Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 ➢ Pertandingan Pidato ➢ Pertandingan Deklamasi Sajak ➢ Pertandingan Dendangan Syair