PENDIDIKAN MORAL TAHUN 3
Tema bagi Pendidikan Moral Tahun 3 ialah Saya
dan Sekolah. Tema tersebut menekankan kepada
cara murid menjaga hubungan dan mengaplikasikan
nilai – nilai semasa berada di sekolah. Pendidikan
moral tahun 3 juga memberi fokus kepada peranan
dan tanggungjawab murid untuk menjadi warga
sekolah yang mempunyai nilai – nilai murni. Dalam
sukatan pelajaran bagi matapelajaran Pendidikan
Moral, sebanyak 14 nilai murni telah diterapkan. Nilai
– nilai tersebut ialah :
Kepercayaan kepada Tuhan
Baik hati
Bertanggungjawab
Berterima kasih
Hemah tinggi
Hormat
Kasih sayang
Keadilan
Keberanian
Kejujuran
Kerajinan
Kerjasama
Kesederhanaan
Toleransi
Apa itu sekolah ?
Sebuah bangunan atau
tempat yang berfungsi
untuk memberikan pendidikan kepada pelajar
yang merujuk kepada sesiapa yang belajar di
situ. Seseorang akan melalui beberapa jenis
sekolah dan institusi pendidikan bermula dari
tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan
akhirnya ke universiti.
Siapa itu warga sekolah?
Warga sekolah adalah orang yang
berada di sekolah dengan tujuan
tertentu. Sebagai contoh, guru
berada di sekolah untuk mengajar
murid. Antara contoh warga sekolah ialah :
- Guru
- Murid
- Pengurus kantin
- Tukang sapu
- Kerani sekolah
- Pengawal keselamatan sekolah
cara – cara menyayangi sekolah :
Tidak merosakkan harta benda sekolah
Mematuhi peraturan-peraturan
sekolah
Menaikkan nama sekolah
Meningkatkan kecemerlangan
akademik
Meningkatkan pencapaian kokurikulum
Cara – cara menghormati warga
sekolah :
Berdisiplin semasa berada di sekolah
Tidak menggunakan bahasa kasar
Senyum ketika
berjumpa
Memberi salam semasa
berjumpa
Menegur secara
berhemah
Bertegur sapa dengan
mesra
Tidak meninggikan suara semasa bercakap