The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norliyah, 2019-04-11 22:09:01

BUKU LAPORAN PIBG 2019

BUKU LAPORAN PIBG 2019

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA & GURU (PIBG)

KE – 15
SESI 2019/2020

Tarikh : 13 April 2019
Masa:8.30 pagi

Tempat : Dewan Perdana

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

DAFTAR KANDUNGAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Atur cara Mesyuarat Agung ke-15 2
2. Surat panggilan Mesyuarat Agung ke-15 3
3. Minit Mesyuarat Agung ke-14 4
4. Daftar kehadiran ibu bapa 14
5. Daftar kehadiran guru 16
6. Laporan Tahunan PIBG Sesi 2018/ 2019 17
7. Laporan Kewangan PIBG Sesi 2018/ 2019 21
8. Laporan Juruaudit 26
9. Usul dari sekolah 28
10. Usul dan cadangan Ibu bapa 29
11. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019 30
12. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 31
13. Analisis keputusan SPM Tahun 2018 32
14. Lampiran - Senarai penglibatan murid dalam sukan & kokurikulum 42

tahun 2018

1

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

ATUR CARA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Tarikh: 13 April 2019 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi

Tempat: Dewan Perdana SMK Putrajaya Presint 16(1)

8.30 pagi : Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis
8.45 pagi :
Bacaan Doa

Ucapan Penasihat PIBG 2018/2019
Cikgu Ab Aziz bin Mamat

Ucapan Yang Dipertua PIBG 2018/2019
Dr Zaidi bin Omar

Mesyuarat Agung PIBG ke-15 bermula:

o Penerangan tentang peraturan mesyuarat oleh pengerusi.
o Mengesahkan kuorum.
o Membentang dan menerima minit mesyuarat agung tahunan

tahun 2018.

o Membentang dan menerima laporan tahunan tahun 2018.
o Membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan

bagi tahun kewangan 2018.

o Membubarkan jawatankuasa lama.
o Melantik pengerusi sementara
o Memilih Jawatankuasa PIBG tahun 2019/2020.
o Memilih dua (2) orang juruaudit dalaman.
o Membahaskan usul-usul.
o Ucapan penangguhan oleh YDP PIBG 2019/2020

2

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)
JALAN P 16 G, PRESINT 16, 62150 PUTRAJAYA

TEL: 03 88880248
FAX: 03 88885144
_________________________________________________________________________

No. Ruj. Kami: SMKPP16(1).100-1Jld 3 ( 75 )

Tarikh : 13 Mac 2019

Semua Anggota PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1)

YBhg Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Notis Mesyuarat Agung PIBG Ke-15

Saya dengan hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-15, Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya akan diadakan mengikut ketetapan berikut: -

Tarikh : 13 April 2019 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SMK Putrajaya Presint 16(1), Putrajaya

3. Atur Cara Majlis Perasmian dan Agenda Mesyuarat Agung disertakan bersama-sama notis ini.
Makluman kehadiran dan borang pernyataan usul/cadangan disertakan dalam pautan yang
disediakan.

4. Kehadiran YBhg Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah diharapkan bagi
memenuhi tanggungjawab sebagai anggota PIBG sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………...
( NOR MARIANA BINTI SABUDIN )
Setiausaha Kehormat
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)

sk Pendaftar Sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajay

3

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

4

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-14
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

Tarikh : 03 Mac 2018 (Sabtu)

Masa : 10.15 pagi

Tempat : Dewan Perdana, SMK Putrajaya Presint 16(1)

Kehadiran (Bilangan) : Ibu Bapa -129 orang
Guru - 72 orang

1. Perutusan Cikgu Ab Aziz Bin Mamat

[Pengetua Cemerlang SMK Putrajaya Presint 16(1)]

Tu•an Pengetua mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa hadir ke Mesyuarat
Agung PIBG ke-14.

Tu•an Pengetua turut merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan jawatankuasa
PIBG sesi 2016/2017 yang sentiasa menyokong segala aktiviti anjuran pihak sekolah
sama ada dalam bentuk sokongan moral, bantuan kewangan bagi setiap aktiviti yang
berlangsung di Putrajaya baik aktiviti sukan, kelab atau persatuan, di samping meraikan
guru-guru serta melibatkan murid-murid SMKPP16(1) dalam beberapa program yang
dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Tu•an pengetua menyatakan harapan beliau agar ibu bapa dapat memberikan
sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam setiap aktiviti sekolah yang
dilaksanakan.

Makluman

2. Ucapan Dr. Zaidi Bin Omar (Yang Dipertua PIBG)

• Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua hadirin ke
Mesyuarat Agung PIBG ke-14. Beliau mengingatkan ibu bapa tentang fungsi PIBG iaitu
membantu perkembangan murid, menjaga kebajikan murid dan memberi bantuan
kewangan. Ibu bapa dilarang campur tangan dalam urusan pentadbiran dan
pengurusan sekolah.

• Yang Dipertua PIBG memohon semua ibu bapa memberikan sepenuh sokongan dan
kerjasama bagi menjayakan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.

• Yang Dipertua PIBG memaklumkan bahawa sumbangan PIBG yang diterima oleh pihak
sekolah pada tahun 2017 adalah sebanyak RM255,500.44. Pihak sekolah telah berjaya
mencapai target 100% kutipan sumbangan daripada pihak ibu bapa. Pihak PIBG telah
membantu beberapa buah keluarga yang kurang berkemampuan untuk menjelaskan
sumbangan.

5

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

• YDP memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membelanjakan sebanyak
RM232,215.61. Perbelanjaan ini melibatkan :

• Van sekolah yang disumbangkan oleh MAIWP – RM110,000.00
• Program kecemerlangan bagi tingkatan 3 dan tingkatan 5 – RM38,848.05
• Pembangunan sahsiah murid – RM35,366.00
• Prasarana murid – RM23,269.92

i.Sewa bulanan mesin COWAY
ii.Komputer pejabat
iii.Pendawaian elektrik dan rangkaian komputer
iv.Set kerusi dan meja marble
• Aktiviti kokurikulum – RM9,033.00

• YDP turut memaklumkan tentang cabaran utama PIBG iaitu perbelanjaan yang semakin
meningkat setiap tahun yang melibatkan kos keperluan murid, kos penyelenggaraan dan
sebagainya. Pihak PIBG memohon agar pihak ibu bapa memberi sokongan yang
berterusan dan meningkatkan penglibatan dalam program PIBG.

• YDP juga memaklumkan bahawa pihak sekolah masih menghadapi masalah yang sama
pada setiap tahun iaitu masalah trafik di hadapan pintu pagar sekolah. YDP memohon
agar ibu bapa mengubah sikap iaitu tidak memberhentikan kenderaan di tepi jalan bagi
memudahkan urusan orang lain.

• YDP turut menjelaskan bahawa SMKPP16(1) mempunyai masa depan yang cerah kerana
pentadbiran sekolah yang cukup mantap dan berkesan dengan pimpinan pengetua
cemerlang Encik Ab Aziz bin Mamat, barisan guru kanan, guru – guru komited dan
berkemampuan, murid-murid yang rajin dan berdisiplin serta mendapat sokongan dan
bantuan daripada PIBG.

• YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada penasihat PIBG, Encik Ab Aziz Bin Mamat
bersama barisan PIBG 2017/2018. YDP berharap agar AJK sesi 2018/2019 dapat meneruskan
usaha untuk menjayakan program - program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ke-13 2017/2018
Dibentangkan oleh Dr. Zaidi Bin Omar

Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Noraihan binti Abdul Wahab.

Disokong untuk pengesahan oleh Tuan Haji Shirajuddin Bin Sirat.

Makluman

4. Perkara Berbangkit
M•erujuk halaman 11, Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-13, YDP memohon tuan
pengetua menjelaskan isu berkenaan pintu pejalan kaki yang menghala ke surau Ar-
Rahman. Tuan pengetua memaklumkan bahawa pihak sekolah masih menunggu
keputusan kelulusan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan (Peruntukan Ahli Parlimen
Putrajaya). Jika permohonan itu diluluskan, maka pintu pejalan kaki itu akan dibina.

Makluman

6

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

5. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2017/2018

Se• tiausaha membentangkan laporan aktiviti PIBG bagi sesi 2017/2018 ( rujuk muka surat
17-19).

Dicadangkan untuk diterima oleh Puan Zaiton Binti Zakaria

Disokong oleh Puan Maria Binti Marzuki

Makluman

6. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG untuk Tarikh berakhir 31 Disember
2017

B•endahari membentangkan laporan penyata kewangan yang berakhir 31 Disember
2017 (rujuk muka surat 21-26).

Dicadangkan untuk diterima oleh Puan Faridah Binti Hashim

Disokong oleh Encik Mohd Fauzee Bin Abd. Majid

Makluman

7. Membubarkan AJK PIBG 2017/2018 dan Melantik Pengerusi Sementara

Y•DP merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan AJK PIBG sesi
2017/2018.

Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018 dibubarkan.

Tuan Pengetua mencadangkan Tuan Haji Shirajuddin Bin Sirat dilantik sebagai
pengerusi sementara dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Makluman

8. Memilih AJK PIBG Sesi 2018/ 2019

• • Encik Fauzi Bin Abd. Majid mencadangkan agar AJK PIBG (ibu bapa) sesi
2017/2018 dilantik semula. Cadangan disokong oleh Puan Faridah Binti Hashim.

• • Encik Sallehuddin Bin Haji Ahmad mencadangkan agar 3 orang AJK PIBG baharu
perlu dilantik bagi menggantikan 3 AJK yang tidak menghadiri mesyuarat pada
hari ini.

• • Tuan Haji Shirajuddin memaklumkan bahawa 3 orang AJK yang tidak hadir telah
memberi persetujuan untuk dilantik semula sebagai AJK PIBG bagi sesi
2018/2019. Pengetua memaklumkan bahawa Encik Naser tidak mempunyai
anak yang bersekolah di SMKPP16(1) pada tahun ini. Bagi memudahkan
sebarang urusan, pengetua mencadangkan agar AJK baharu dilantik.

• • Tuan Haji Shirajuddin Bin Sirat mencadangkan agar Tuan Haji Nik Shukri bin Nik
Soh dilantik bagi menggantikan Encik Naser bin Md Isa dan disokong oleh Puan
Lazidah Zuhdi Binti Mahmud Zahudi.

7

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

• • Tuan Haji Amran Bin Mohd Noor mencadangkan agar Puan Faridah binti Hashim
dilantik menjadi AJK PIBG baharu sebagai juruaudit bagi menggantikan Encik
Aminuddin bin Abd Hamid dan disokong oleh Dato’ Seri Dr Suhaimie Bin Haji Saad.

• Cadangan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

• • Ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2019 adalah seperti berikut:

• Penasihat : Encik Ab Aziz bin Mamat

• Yang Dipertua : Dr. Zaidi bin Omar

• Naib Yang Dipertua : Dato’ Seri Dr. Suhaime bin Hj Saad

• Setiausaha : Puan Nor Mariana bt Sabudin

• Bendahari : Puan Nurul Fathiah bt Mohd Nasir

• Prof Madya Dr. Jamia Azdina bt Jamal - Ibu bapa

• Tuan Haji Abd Rahman bin Omar - Ibu bapa

• Tuan Haji Amran bin Mohd Noor - Ibu bapa

• Dr. Badrulzaman bin Abd Hamid - Ibu bapa

• Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh - Ibu bapa

• Puan Nurhidayah bt Dato’ Badarudin - Ibu bapa

• Puan Lazidah Zuhdi bt Mahmud Zahudi - Guru

• Puan Sarina bt Hashim - Guru

• Puan Norzita Azura bt Mohamad - Guru

• Encik Muhammad Fahmi bin Zawawi - Guru

• Puan Noorhazira bt Ismail@Hassan - Guru

Juruaudit

• Puan Faridah bt Hashim - Juruaudit Ibu Bapa
• Puan Noorafizan bt A. Rashid - Juruaudit Guru

9. Usul

•• Bendahari telah membentangkan usul yuran PIBG. Usul yuran PIBG adalah seperti
berikut:

• Pembayaran Majalah Sekolah: RM 15.00( satu keluarga)
• Sumbangan PIBG: RM50.00 (satu keluarga)
• Yuran Kecemerlangan:
• Tingkatan 1: RM30.00
• Tingkatan 2: RM30.00
• Tingkatan 3: RM75.00
• Tingkatan 4: RM75.00
• Tingkatan 5: RM100.00
• Bendahari memaklumkan bahawa semua bayaran sumbangan adalah sama
seperti tahun lepas kecuali bayaran majalah RM12.00 akan dinaikkan kepada
RM15.00.



8

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

• • Tuan pengetua memaklumkan kepada ahli mesyuarat terdapat kesilapan
teknikal dalam buku laporan PIBG bagi bayaran yuran kecemerlangan untuk
tingkatan 4 iaitu pembayaran yuran kecemerlangan sebenarnya adalah
RM75.00 sama seperti tahun lepas, bukan seperti tertera pada buku laporan
RM50.00. Pihak sekolah memohon maaf atas kesilapan tersebut.

• YDP memaklumkan bahawa usul ini diterima sebulat suara oleh ahli mesyuarat
PIBG.

Makluman

10. Hal-hal Lain

• Puan Hajah Norizan mencadangkan agar mewujudkan laluan berbumbung
dari sekolah ke kawasan apartmen dan teres Presint 16 serta tempat duduk
yang selesa untuk anak-anak. Hal ini adalah untuk keselesaan anak - anak
semasa menunggu ibu bapa terutamanya ibu bapa yang mengambil anak-
anak pada lewat petang.

Jawapan: YDP memaklumkan bahawa isu ini telah lama dibangkitkan kerana
pembinaan laluan berbumbung ini melibatkan banyak pihak. PIBG telah
berusaha untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi keselesaan anak-anak, pihak
sekolah banyak menyediakan tempat yang selesa di dalam sekolah namun
anak-anak lebih selesa berada dan menunggu ibu bapa di luar sekolah.

Pengetua memaklumkan bahawa tidak dibenarkan membina bangku di tepi
jalan untuk menunggu. Pihak perbadanan juga tidak akan
mempertimbangkan hal itu. Pengetua turut memaklumkan pihak sekolah telah
menyediakan cctv dan telefon kecemasan. Pihak sekolah akan membina
gazebo (sebelah meter air) untuk anak-anak menunggu di tepi pagar dan jika
mempunyai peruntukan, pihak sekolah akan membina gazebo dan wakaf
untuk keselesaan anak-anak menunggu ibu bapa. PIBG akan membawa isu ini
ke Safe City.

• Encik Luqman bin Mohd Said mencadangkan agar pihak sekolah memasukkan
elemen KPI kejayaan murid-murid tahun lepas seperti keputusan PT3 dan SPM.
Seperti yang kita ketahui, kecemerlangan utama sememangnya dilihat dari
segi keputusan PT3 dan SPM. Beliau juga mencadangkan agar pihak sekolah
mengadakan program kesedaran tentang jenayah. Beliau turut mengatakan
bahawa peningkatan jenayah semakin meningkat pada masa ini seperti
masalah rokok, vape dan ponteng. Kita perlu membina kesedaran dalam
kalangan murid sejak awal lagi Hal ini adalah disebabkan masalah ini mungkin
boleh membawa murid-murid ke penjara. Pihak sekolah perlu mengadakan satu
program kesedaran seperti lawatan ke penjara. Kemungkinan dengan adanya
lawatan sebegini akan menyedarkan anak-anak yang terlibat dengan masalah
ini. Seterusnya, berkenaan keselamatan di tempat kerja, beliau mencadangkan
keselamatan di sekolah dititikberatkan oleh pihak sekolah demi keselamatan
murid-murid.

9

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

Jawapan: YDP memaklumkan bahawa KPI sekolah bergantung kepada pihak
sekolah. Lazimnya, dalam mesyuarat PIBG, pengetua akan menjelaskan
tentang pencapaian sekolah. Kejayaan terulung sekolah ialah keputusan SPM
tetapi keputusan SPM belum diumumkan. Berkaitan dengan hal jenayah, pihak
sekolah dan PIBG sentiasa bersikap prihatin. Pihak sekolah mempunyai
hubungan baik dengan IPD Putrajaya, Inspektor Vinod, dan ada jalinan yang
baik dengan OCPD Putrajaya dan Yayasan Jenayah Putrajaya. Segala
maklumat jenayah di Putrajaya boleh diperoleh. Seterusnya, berkenaan isu
keselamatan murid. Pihak sekolah akan memastikan keselamatan murid
diutamakan. Hal ini bertitik tolak daripada kejadian kemalangan yang telah
berlaku pada awal tahun lepas apabila berlaku kejadian murid jatuh dari
bangunan di Presint 9, seluruh sekolah di Putrajaya telah dipastikan mempunyai
keselamatan yang terbaik.

Naib Yang Dipertua menjelaskan bahawa Ceramah Jenayah Siber juga telah
diadakan di sekolah ini oleh jawatankuasa pencegahan jenayah Putrajaya
sebagai salah satu langkah memastikan setiap murid tidak terjebak dalam
sebarang masalah jenayah. Pengetua turut memaklumkan bahawa pada
tahun 2016, pihak sekolah pernah membawa murid kita ke IPD Putrajaya. Pada
awal tahun ini juga iaitu pada 10 Januari 2018 sekolah telah menjemput pakar
jenayah untuk memberi ceramah tentang jenayah siber iaitu Master Saiful
Hamidi Zaman.

YDP juga turut memaklumkan bahawa seminar keibubapaan telah diadakan 3
tahun berturut-turut. Pada tahun ini, slot berkenaan jenayah siber juga akan
dimasukkan dalam seminar tersebut.

• • Puan Maria bt Marzuki memohon pencerahan daripada pihak sekolah
berkenaan platform terbaik untuk ibu bapa khususnya bagi ibu bapa baru di
sekolah ini untuk mengetahui perkembangan sekolah.

Jawapan: Pengetua memaklumkan bahawa beliau sangat menghargai
sokongan yang diberikan oleh Pn. Maria. Pn. Maria akan memberi respons
terhadap setiap aktiviti sekolah yang dilaporkan melalui media sosial facebook.

• • Encik Mahalil bin Baharom merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan
barisan AJK PIBG. Umum mengetahui bahawa, komuniti Putrajaya terdiri
daripada hampir 100% kaum Melayu, jadi cadangannya agar pihak sekolah
melakukan aktiviti yang dapat mendedahkan anak-anak Melayu dengan
bangsa bukan Melayu.

Jawapan: YDP menjelaskan bahawa PIBG akan menyokong segala usaha
sekolah dalam menjalinkan hubungan dengan sekolah luar. Sekolah juga
mempunyai jalinan dengan sekolah dari Indonesia dan Thailand. Sekolah juga
ada perancangan untuk membawa murid kita pergi ke persada dunia.

10

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

•• Pengetua menjelaskan bahawa sekolah kita juga mempunyai murid yang
terdiri daripada kaum lain seperti kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
Sekolah kita juga mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan bangsa
lain khususnya penglibatan murid dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.
Misalnya, murid kita juga terlibat dalam pertandingan bahas bahasa Inggeris
di Taylor’s University. Manakala bagi penglibatan murid secara lebih ramai,
mungkin pihak sekolah boleh merancang untuk menjalinkan hubungan dan
kerjasama dengan sekolah lain seperti sekolah Cina iaitu sekolah SM Kuen
Cheng, Kuala Lumpur. Kita boleh mengadakan perlawanan persahabatan
dengan sekolah-sekolah tersebut. Cara ini mungkin dapat mewujudkan
komunikasi dan kolaborasi dengan kaum lain.

• Encik Mohd Rajab bin Mohd Zin memaklumkan bahawa beliau pernah
terjumpa dengan murid-murid yang lepak dan menghisap rokok selepas waktu
persekolahan di kawasan medan selera. Menurut beliau, jika masalah ini tidak
dibendung mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk. Oleh itu, beliau
mohon pencerahan daripada pihak sekolah berkenaan tindakan yang
diambil untuk mengatasi isu ini.

Jawapan: Pengetua menjelaskan pihak sekolah akan membantu murid-murid
yang bermasalah dengan rokok. Pihak sekolah mempunyai beberapa
mekanisme untuk mengatasi masalah ini. Pengetua juga berharap agar
komuniti dapat sama-sama berusaha bagi menyelesaikan masalah yang
melibatkan anak-anak kita.

• Puan Azian Mazwan bt Sapuan memberitahu kepada pihak sekolah bahawa
anak-anaknya serta murid lain berlatih sukan perahu layar hampir setiap
minggu. Beliau memohon pihak sekolah terutama guru-guru terlibat
memantau latihan anak-anak dalam sukan tersebut demi keselamatan
mereka. Beliau juga memohon sokongan daripada pihak sekolah untuk setiap
aktiviti yang disertai oleh murid-murid SMKPP16(1).

Jawapan: YDP menjelaskan pihak sekolah dan PIBG sentiasa memberi
kerjasama dalam memastikan kejayaan setiap murid terutama yang
menyertai sebarang pertandingan sama ada kurikulum atau kokurikulum.

• Encik Azmi mengucapkan terima kasih kepada barisan PIBG yang dilantik bagi
sesi 2018/2019. Beliau memberitahu bahawa masalah / kes berkaitan jenayah
perlu dibanteras oleh semua pihak. Contohnya, masalah rokok dan tembakau
yang merupakan musuh utama negara boleh menjurus kepada dadah. Beliau
memaklumkan bahawa beliau dengan kerjasama AADK secara sukarela akan
membantu pihak sekolah dalam menangani masalah ini. Beliau
mencadangkan PIBG dan pihak sekolah supaya mengadakan program
berjadual untuk murid-murid bagi menangani masalah ini. Seterusnya, beliau
memohon agar pihak sekolah menekankan kemahiran komunikasi berkesan
kepada murid-murid kerana terdapat juga segelintir murid yang kurang berjaya
dalam aktiviti kokurikulum mahupun akademik . Beliau menyarankan pihak
sekolah mencungkil bakat mereka dari segi sahsiah dan kemahiran
berkomunikasi

11

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

Jawapan: YDP menjelaskan bahawa pihak sekolah memang menekankan
kemahiran berkomunikasi dalam kalangan murid. Buktinya, dalam minggu
orientasi, murid-murid didedahkan dengan pengucapan awam bagi
mencungkil bakat setiap murid. Hal ini secara tidak langsung akan melahirkan
murid-murid yang bersikap berani dan percaya akan kebolehan diri mereka
untuk berhadapan dengan orang ramai.

• Encik Wan Huzaini bin Wan Hussin mencadangkan agar disediakan salinan
keras bagi buku laporan PIBG untuk memudahkan ahli mesyuarat membuat
rujukan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG sesi lepas
dan sesi 2018/2019 yang dilantik. Beliau memohon agar segala makluman
berkenaan aktiviti luar sekolah yang melibatkan murid-murid diedarkan atau
dimaklumkan awal kepada ibu bapa supaya pihak ibu bapa dapat
menguruskan jadual anak-anak mereka.

Jawapan: YDP menjelaskan bahawa salinan keras buku laporan PIBG itu satu
keperluan, tetapi bersesuaian dengan sekolah transformasi dan amalan
pengurangan penggunaan kertas, maka buku laporan PIBG telah diemelkan
kepada ibu bapa. Bagi program atau aktiviti luar sekolah pula, memang
sentiasa berlaku masalah berulang seperti penerimaan arahan untuk sesuatu
aktiviti pada saat akhir. Oleh itu, para guru dipohon agar lebih peka dan
prihatin dengan sebarang makluman berkenaan pertandingan atau program
yang bakal disertai oleh murid-murid.

• Encik Muhamad Faizal bin Hussin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik murid - murid terutamanya
murid-murid tingkatan 5 untuk kejayaan SPM. Beliau juga turut memaklumkan
bahawa guru-guru perlu mengajar dan mendidik murid dengan cara yang
lebih berhemah.

Jawapan: YDP memberitahu guru-guru akan memperbaiki sebarang
kelemahan daripada pihak mereka. Guru-guru amat mementingkan kejayaan
murid-murid.

• Puan Sarizan Binti Abd Razak memohon penjelasan daripada pihak sekolah
sama ada penggunaan telegram ibu bapa masih aktif atau tidak. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang memperkenalkan aplikasi
Classdojo dalam kalangan ibu bapa.

Jawapan: Pengetua memaklumkan bahawa sebanyak 95% ibu bapa yang
telah join Classdojo, maka pihak sekolah akan menyahaktifkan penggunaan
telegram ibu bapa.

12

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

11. Ucapan Penangguhan

Y•DP mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh pihak ibu
bapa kepada barisan AJK PIBG sesi 2018/2019. Beliau berharap agar semua pihak
dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan semua program PIBG dalam
memastikan kecemerlangan sekolah.

M•esyuarat ditangguhkan pada jam 1.05 petang.

Disediakan oleh, Disemak
oleh
.....................t.t................................... .....................t.t........................
(NOR MARIANA BINTI SABUDIN) (AB AZIZ BIN MAMAT K.M.W)
Setiausaha PIBG Penasihat PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1) SMK Putrajaya Presint 16(1)

Disahkan oleh,

…………t.t……………….
(DR ZAIDI BIN OMAR)
Yang Dipertua PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1)

13

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-14
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
DAFTAR KEHADIRAN IBU BAPA

BIL NAMA BIL NAMA

1. ROSYAILA BT AHMAD 65. RAJA AHMAD KHIRUDDIN BIN RAJA HIZADDIN

2. YUSRI B YAHYA 66. NORLELA BT ABD RASHID

3. AZIMAH BT MOHAMAD 67. SULAIMAN KAMISAN

4. SURIANI BT MOHAMAD NOOR 68. RUDY ADRIE BIN IDRIS

5. HASLIZA BT TALIB 69. MASNUM BT SAMIRAN

6. ROHISHAM B HARUN 70. MOHD AZUANIZAM BIN ABDULLAH

7. RAZMAH MOHD JAMAL 71. LUKMAN BIN M SAID

8. ISHAK B ANUAR 72. MASITAH BT RAWI

9. ZARIMI B MOHAMED 73. IQHARI ABDULLAH

10. ANUAR B M SOM 74. ABD GHAFAR ISMAIL

11. TARMIZI BIN TALIB ALI 75. RAFISAH BT ABD RASHID

12. ABDULLAH TOHHAR BIN MAT YASIN 76. FAKHRUL ARIFIN

13. ROSLAINI ISMAIL 77. HAZIMI SALAM

14. SHAMSUL NIZAM B JAAFAR 78. NIK AIDA NIK YUSUF

15. NORAZRINA BT SHAMSUDIN 79. SOFIAN LATIP

16. RASIDAN B MOHD ROSLAN 80. RAMLI BIN ABDUL RAHMAN

17. ROYDEE B ABD RAHMAN 81. MARYANI BT ABDUL KADIR

18. MARIA BT MARZUKI 82. MAZWANI BT MUSA

19. GUSHADI BIN MAHAYUDDIN 83. WAN SUHAIZAR BIN WAN ZAIDI

20. NORMAAZWAN BIN KAMARUDDIN 84. HALIMAH BT YAACOB

21. MAHALIL BIN BAHAROM 85. MASITAH BT RAWI

22. AHMAD SAFRI BIN MOKHTAR 86. ROZILAWATI FATHUL ALI

23. ROZANITA KAMARUZAMAN 87. ABD HADI BIN ABD RAZAK

24. AZMISHARULZAILA HASSAN 88. MOHD JAIS

25. ROZAM BIN ZAN 89. KAMSAH

26. OMAR BIN MUSA 90. ROSNANI DOLLAH

27. VIJAYARANI A/P SOORINARAYANAN 91. ZUL FIKRI MOHAMAD

28. ROSLAN BIN SAID 92. MIOR AKRAM M NAWAWI

29. IZI ARMAN BIN ABDULLAH 93. ISKANDAR HALIM

30. SITI FATIMAH BT ABD RAZAK 94. WAN ASNIDA WAN ABDULLAH

31. ROSLINA BT MAT JUNOH 95. MASOD MOHD NUR

32. ROSZALINA BT AWANG 96. SAINERAH BT BAHARUDDIN

33. MOHD RAFIQ BIN MOHD RAIS 97. ROMAN A/L SUBRAMANIAM

34. RUHANI DOLLAH 98. MOHD HAZIZI HALIM

35. WAN NADIAH BT WAN DAUD 99. MOHD ZAMZURI ZAKRI

36. ROHZAMZUKI BIN MOHAMAD ZIN 100. MOHD ZAKRI BIN ABD RASHID

37. MOHD ZAHARI BIN OTHMAN 101. RAJMAH MOHD JAMAL

38. SITI MARIAM BT MOHD DIN 102. MOHD HAIZA BIN HUSSIN

39. NORAZNI BT MAT SAMAN 103. SUGUNA DEVI A/P PEARIASAMY

40. MUHAMAD AKMAL 104. ZAHRUL SALMI

41. OMAR BIN AWANG 105. HAFSHAH ZAIN

42. MOHD FAUZEE ABD MAJID 106. KAMALIAH BT JAAFAR

43. AZIZUL BIN JAAFAR 107. NURPASHA

44. AZIAN MAZWAN BT SAFUWAN 108. NOOR HASIMAH ABD HAMID

45. SALEHUDIN HISHAM 109. AMRAN BIN MOHD NOOR

14

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

46. FATIMAH BT MUHAMAD RAZAKI 110. GANASEN ARUMUGAM
47. NOR ASLAH BT AHMAD 111. ASRI ABDUL MAJID
48. NORMA BT HUSSIN 112. ZURAIDA BT MAISAM
49. MOHD RAJAB MOHD ZAIN 113. HAFIZA BT ABU BAKAR
50. NOR SHAHIDAH BT HUSIN 114. AZMI KARIMMUHAMMAD YAMIN ISMAIL
51. AZMAN AHMAD 115. JUITA RAMLI
52. JASNITA MOHAMAD 116. MASITAH SULAIMAN
53. SHAHUDIN SHAMSUDIN 117. LATIFAH ABDULLAH
54. MOHD FAUZI BIN MUSTAFA 118. MASITAH RAWI
55. MOHD FAIRUS MUAD 119. HALIMAH YAACOB
56. AZIZAH BT ASHAD@ARSHAD 120. NUR PUJAWATI MD SAID
57. ZABIDI BIN HUSSIN 121. ABDUL RAZAK MUSA
58. KAMALIAH M DAUD 122. HASLIZAH HASSAN
59. SAMSIAH BT AB RAHMAN 123. WAN HUSAINI BIN WAN HUSSIN
60. ROSMAWATI BT BOKHARI 124. NORLIZA RAZALI
61. NURAINI JAMALUDIN 125. NOOR ASMAH ARIS
62. SHIRAJUDDIN BIN SIRAT 126. SALEHUDDIN HISHAM
63. JAMIA AZDINA BT JAMAL 127. SUVARMANI SUBBEN
64. ANIS AINI MAT ZAH 128. NOR MARIANA BT SABUD
129. FARIDAH BT HASHIM

15

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-14
SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
DAFTAR KEHADIRAN GURU

BIL NAMA BIL NAMA

1. AB AZIZ BIN MAMAT 37. FADZLINA BINTI MANAP
2. HAJAH CHE MARINA BT IBRAHIM 38. NIK AIDA BINTI NIK YUSUF

3. MAIZATUL ARZIA BT OMAR 39. FADZLIN BT ALIAS

4. HASNI BT ZAKARIA 40. DATIN NORZAIDA BINTI HARUN

5. WAN NOORZIAH BINTI WAN AHMAD 41. AZIMAH BINTI MOHAMMAD

6. NORLIYAH BT ALI 42. NUR HAIFA BINTI ISMAIL

7. ROSLINA BT MIOR ADLAN 43. ROSLINA BINTI MAT JUNOH

8. ZAITON BT ZAKARIA@RAMLI 44. SAINERAH BT BAHARUDDIN

9. NANG HAFIDZOH BINTI NIK HAMID 45. SH FATIMATUL ZAHRAH BINTI SYED YUSOF

10. FARIZZAH BINTI MOHD RAZALI 46. ZUBAIDAH BT MD DARANI

11. HASLIZA BINTI TALIB 47. SIHASMIN BINTI OMAR

12. IDALES BINTI ABDOL SEMAN 48. SITI FATIMAH BT ABDUL RAZAK

13. IMRAN BIN HUSIN 49. TEH ZAITON BINTI PUTEH

14. JUHARI BIN YUSOF 50. DEWI SUHAIZA BINTI ABDUL HAMID

15. LAZIDAH ZUHDI BINTI MAHMUD ZAHUDI 51. VIJAYARANI A/P SOORINARAYANAN

16. SARINA BT HASHIM 52. SURIA SURAINI BINTI KAMAL

17. AZLINA BINTI AYUP 53. YATI BINTI ABDUL RAZAK

18. NOR AMIRAH BINTI RADZI 54. ZURAINI BINTI ZAIDIN

19. NOR’AINI BINTI SULONG 55. RAFISAH BINTIABD RASHID

20. NORAIHAN BINTI ABD WAHAB 56. SAINERAH BINTI BAHARUDDIN

21. NORAINI BINTI KASSIM 57. ZARINA BINTI DARMAN

22. NOOR SYARLIZA BINTI ALIAS 58. MUHAMAD AFIKIE BIN AZMI

23. SHARIFAH SOFIAH BIN STED NAZRI 59. MOHD REDUAN BIN MAHMOOD

24. ROSYAILA BT AHMED 60. NORAFNI SUNARTI BT HAMID

25. NORIHAN BINTI MOHD NOOR 61. SYUHAIDA BT MAMAT BUDIN

26. FATIMAH BT MUHAMMAD RAZAKI 62. WAN FAZILLAH BT ZAINUL ALAUDDIN

27. NORZITA AZURA BINTI MOHAMAD 63. DEWI SUHAIZA BT ABD HAMID

28. NOR MARIANA BINTI SABUDIN 64. HARZIANA BT BAHAROM

29. MUHAMMAD FAHMI BIN ZAWAWI 65. MOHAMAD FAHMI BIN MOHAMED SHAPIE

30. NISUHAINA BT ABDULLAH SANI 66. RAHANI BT IBRAHIM
31. NOOR AKMANIAH BT ARWAE 67. NOR MARIANA BT SABUDIN
32. NOORAFIZAN BT A.RASHID 68. NORAZIAWATI BT MUSTAFA
33. NOORHAZIRA BT ISMAIL@HASSAN 69. ROSLI BIN MOHD NOR
34. NURUL FATHIAH BT MOHD NASIR 70. WAN NORAISYAH BT WAN MOHAMMAD ISA
35. SURIA SURAINI BT KAMAL 71. KHAIRUSSANI BIN OTHMAN
36. ROZAINI BT OMAR 72. SYARIMAN BIN MANSOR

16

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

17

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

LAPORAN TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
SESI 2018/2019

1.0 MUKADDIMAH

PIBG memainkan peranan yang penting dalam mengukuhkan serta memantapkan jentera
pengurusan sekolah dan guru-guru untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah dalam
pelbagai bidang. Fungsi dan peranan ibu bapa juga diperkukuhkan lagi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dilancarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia melalui Sarana Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Sebagai rakan strategik
sekolah yang terpenting, PIBG memainkan peranan signifikan dalam pelbagai aspek termasuk
peningkatan aspek kurikulum murid-murid. Ibu bapa boleh berperanan sebagai Kumpulan
Sokongan Ibu Bapa (KSIB) seperti yang dinyatakan dalam Sarana Ibu Bapa.

2.0 JAWATANKUASA PIBG

Jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam mesyuarat agung tahunan ke-14 pada 03 Mac 2018
adalah seperti berikut:

Penasihat : Cikgu Ab Aziz Bin Mamat

Yang DiPertua : Dr Zaidi Bin Omar

Naib Yang DiPertua : Dato’ Seri Dr. Suhaime Bin Haji Saad

Setiausaha : Cikgu Nor Mariana binti Sabudin

Bendahari : Cikgu Nurul Fathiah binti Mohd Nasir

Ahli Jawatankuasa:

Prof. Madya Dr. Jamia Azdina Binti Jamal(Ibu bapa)

Tuan Hj. Amran Bin Mohd Noor (Ibu bapa)

Tuan Haji Nik Shukri bin nik Soh (Ibu bapa)

Puan Nurhidayah Binti Dato’ Badaruddin(Ibu bapa)

Tuan Hj. Abd Rahman Bin Omar (Ibu bapa)

Dr. Badrulzaman bin Abd Hamid (Ibu bapa)

Cikgu Lazidah Zuhdi Binti Mahmud Zahudi(Guru)

Cikgu Sarina binti Hashim (Guru)

Cikgu Norzita Azura binti Mohamad (Guru)

Cikgu Muhammad Fahmi bin Zawawi (Guru)

Juruaudit - Puan Faridah bt Hashim (Ibu bapa)

Juruaudit - Cikgu Noorafizan bt Abd Rashid (Guru)

18

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

3.0 MESYUARAT JAWATANKUASA

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG ke-14 telah berjaya diadakan pada 03 Mac 2018. Ahli
jawatankuasa sesi 2018/2019 telah dipilih dan diberi mandat untuk mengambil alih
tanggungjawab yang baharu ini. Jawatankuasa telah berkesempatan untuk mengadakan
mesyuarat sebanyak tiga kali sepanjang tahun 2018/2019.

4.0 LAPORAN AKTIVITI

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh PIBG sepanjang sesi 2018/2019. Kejayaan demi
kejayaan ditempa, halangan-halangan juga berjaya diatasi dan ianya telah meninggalkan
seribu memori kepada warga SMK Putrajaya Presint 16(1).

NAMA PROGRAM

1. Program Meet, Greet & Explore Tingkatan 1 2018
2. Program Pencegahan Jenayah
3. Program JISLC 2018
4. Program Bantuan Makanan
5. Program Rizq Café
6. Program Top ASTAR
7. Program SunBurst Youth Camp 2018
8. Projek Keceriaan Kelas
9. Merentas Desa Peringkat Sekolah
10. Minggu Komunikasi dan Kolaborasi 2018
11. Minggu Kreativiti dan Keusahawanan 2018
12. Program Hypno Motivasi
13. Kejohanan Sukan Olahraga
14. Penetapan Target SPM dan Mesyuarat Agung PIBG 2018
15. Kursus MAPIM 2018
16. Program Manoeuvring The Future Tingkatan 3 2018
17. Minggu Sains dan Matematik
18. Perkhemahan PKBM
19. Perkhemahan Tahunan Pasukan Kadet JPJ 2018
20. Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid
21. English Fun Day
22. Program Top A Star
23. Majlis Khatam dan Ambang Syawal
24. Program Kecemerlangan Akademik Murid 2B Hero 2018
25. Program Olimpiad Matematik Kebangsaan
26. F1 in Schools
27. Program Kecemerlangan Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2018
28. Kem Kepimpinan MAPIM
29. Program Team Building
30. Program Pemukiman Ilmu Calon SPM 2018
31. Majlis Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Warga Sekolah
32. Program Menggilap Kecemerlangan Murid Tingkatan 1 dan 2 2018
33. Sarapan pagi calon PT3 & SPM
34. Larian Ceria Perpaduan 1M1S tahun 2019
35. Minggu Komunikasi dan Kolaborasi 2019
36. Majlis Pelantikan dan Pentauliahan MAPIM 2019
37. Minggu Kreativiti dan Keusahawanan 2019

19

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

38. Kejohanan Sukan Olahraga ke-17 2019
39. Lawatan Sambil Belajar ke MAPS
40. Program Jom ke Sekolah 2019
41. Kursus Kepimpinan MAPIM Siri 1/2019
42. Harlus Sains WP

5.0 PENUTUP

Kerjasama dan usahasama yang erat, kesepakatan yang jitu, toleransi yang tinggi sentiasa
menjadi teras untuk kecemerlangan bagi sesuatu organisasi. Saya amat berbesar hati kerana
berpeluang melibatkan diri dalam kumpulan Jawatankuasa PIBG 2018/2019. Penglibatan ini
memberi pelbagai pengalaman terutamanya dari sudut “soft-skills’ sebagai bekalan saya di
dalam meneruskan profesion perguruan ini. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Pengetua
kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat di dalam pengurusan PIBG sesi
2018/2019.

Sekian, terima kasih.

t.t
(NOR MARIANA BINTI SABUDIN)
Setiausaha PIBG
SMK Putrajaya Presint 16(1)
Sesi 2018/2019

20

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

21

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

22

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

23

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

24

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

25

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

26

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

27

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

USUL YANG DITERIMA DARIPADA PIHAK SEKOLAH

USUL USUL SEKOLAH
CATATAN

Majalah Sekolah RM15.00

Sumbangan PIBG RM50.00 (1 keluarga)

Yuran Kecemerlangan :

Tingkatan 1 RM30.00

Tingkatan 2 RM30.00

Tingkatan 3 RM75.00

Tingkatan 4 RM75.00

Tingkatan 5 RM100.00

28

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

USUL/CADANGAN YANG DITERIMA DARIPADA IBU BAPA

Tiada usul berkaitan dengan PIBG yang diterima daripada ibu bapa.
Isu / cadangan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan pengurusan sekolah.

BIL. Usul/Isu /Cadangan CATATAN

1. Membenarkan penggunaan pendingin Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan
hawa waktu solat Zuhur penyaman udara di surau dan sentiasa
menggunakannya pada waktu solat Zuhur.

2. Mengadakan kelas tambahan bagi Pihak sekolah telah menyusun kelas tambahan (kelas
murid tingkatan 3 dan 5 kecemerlangan TS25) kepada murid-murid tingkatan
3 dan 5. Kelas ini telah dijalankan semasa cuti
pertengahan penggal satu yang lepas. Selain itu,
pihak sekolah juga telah mengadakan kelas
tambahan pada waktu petang(Isnin,Selasa dan
Khamis) pada jam 3.00-4.00 petang. Kelas tambahan
juga akan diadakan pada setiap hari Sabtu(minggu
2 dan 4) bermula pada 27 April 2019 jam 9.00-12.30
tengah hari.

3. Pengurangan kadar sumbangan PIBG PIBG telah menetapkan sumbangan PIBG dibayar
kepada setiap keluarga oleh seorang anak sahaja walau pun mempunyai
adik-beradik yang lain di sekolah ini.

4. Menyediakan makanan yang berkhasiat Operasi penyediaan makanan di kantin sentiasa

untuk murid-murid dan kurangkan harga dipantau oleh AJK kantin dan juga pemeriksaan

makanan di kantin berkala oleh pegawai Pejabat kesihatan dan

setakat ini memenuhi spesifikasi Menu Makanan

Sihat.

5. Memantau kebersihan tandas dari Setakat ini usaha dan pemantauan sentiasa
semasa ke semasa dilakukan bagi memastikan pekerja kebersihan
melaksanakan tugas pembersihan dengan baik di
samping mendidik murid menjaga kebersihan
selepas menggunakannya.

6. Mewujudkan kawalan lalu lintas Setakat ini pihak sekolah telah menyediakan
• melibatkan pasukan RELA pengawal yang mencukupi untuk mengawal
• penambahan pengawal keselamatan lalu lintas di pintu hadapan sekolah.

7. Mencadangkan agar pihak Pihak sekolah amat berbesar hati dan mengalu-
sekolah menghantar surat kepada alukan kerjasama daripada Persatuan Petanque
Setiausaha Persatuan Petanque Putrajaya dalam usaha untuk melatih anak-anak
Putrajaya untuk menjemput ahli murid Petanque. Dengan itu, pihak sekolah akan
persatuan untuk melatih peserta berusaha untuk merealisasikan usaha itu.
petanque sekolah
Pihak sekolah akan menyediakan pasukan jurulatih
8. Menyediakan jurulatih yang bertauliah yang bertauliah jika mempunyai dana bagi
untuk pasukan bola sepak sekolah menampung bayaran jurulatih luar.

29

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)

SESI 2018/2019

JAWATAN PENYANDANG
Penasihat Cikgu Ab Aziz Bin Mamat
(Pengetua)
Yang Dipertua Dr. Zaidi bin Omar
Naib Yang Dipertua Dato’ Seri Dr. Suhaime Bin Saad
Setiausaha Cikgu Nor Mariana binti Sabudin
Bendahari Cikgu Nurul Fathiah binti Mohd Nasir
Ahli Jawatankuasa 1. Tuan Haji Amran bin Mohd Noor
(Ibu Bapa)
2. Tuan Haji Nik Shukri bin Nik Soh

3. Puan Nur Hidayah bt Dato’Badaruddin

4. Tuan Haji Abd. Rahman Bin Omar

5. Prof. Madya Dr. Jamia Azdina bt Jamal

Ahli Jawatankuasa 6. Dr. Badrulzaman bin Abd Hamid
( Guru ) 1. Cikgu Lazidah Zuhdi Binti Mahmud Zahudi

2. Cikgu Sarina binti Hashim

3. Cikgu Norzita Azura binti Mohamad

Juruaudit 4. Cikgu Muhammad Fahmi bin Zawawi
1. Puan Faridah binti Hashim (Ibu Bapa)

2. Cikgu Noorafizan binti Abd Rashid (Guru)

30

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SENARAI AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
SESI 2019/2020

JAWATAN PENYANDANG
Penasihat Cikgu Ab Aziz Bin Mamat
(Pengetua)
Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua 1.
2.
Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
(Ibu Bapa)

3.

4.

Ahli Jawatankuasa 5.
( Guru ) 1.

2.

3.

4.

Juruaudit 5.
1.

2.

31

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

32

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
PENCAPAIAN KESELURUHAN SEKOLAH SPM 2018

PENCAPAIAN 2018 2017 BEZA
PERATUS LULUS 96.05 94.01 2.04
GRED PURATA SEKOLAH 3.91 4.14 -0.23
BILANGAN CALON 177 167

PENCAPAIAN KESELURUHAN SPM TAHUN 2015 – 2018

TAHUN % LULUS GPS 11A 10A 9A+ 9A 8A 7A 6A 5A

2015 94.67 4.77 --13359

2016 93.55 4.41 - - - 4 - 4 6 11

2017 94.01 4.14 - 2 - 3 5 7 8 15

2018 96.05 3.91 - - - 4 4 15 10 14

33

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

GRED PURATA MATA PELAJARAN SPM TAHUN 2018
BERBANDING 2017

BIL MATA PELAJARAN GRED PURATA

2018 2017 BEZA

1 BAHASA MELAYU 2.83 2.64 0.19

2 BAHASA INGGERIS 4.66 4.70 -0.04

3 MATEMATIK 4.02 4.08 -0.06

4 PENDIDIKAN ISLAM 2.78 3.07 -0.29

5 SEJARAH 3.67 4.42 -0.75

6 SAINS 3.17 3.41 -0.24

7 FIZIK 4.80 4.54 0.26

8 KIMIA 4.80 4.93 -0.13

9 BIOLOGI 4.58 4.00 0.58

10 MATEMATIK TAMBAHAN 6.58 6.47 0.11

11 PRINSIP PERAKAUNAN 3.35 4.13 -0.78

12 EKONOMI 4.48 - -

13 PERNIAGAAN 4.37 - -

14 SAINS KOMPUTER 1.64 - -

15 TASAWWUR ISLAM 4.00 3.72 0.28

16 PEMPROSESAN MAKANAN 2.84 3.44 -0.60

17 PENDIDIKAN SENI VISUAL 3.23 3.43 -0.20

18 PENDIDIKAN MORAL 1.75 3.40 -1.65

19 BAHASA ARAB 6.07 6.10 -0.03

20 P. AL-QURAN DAN SUNNAH 5.00 2.41 2.59

21 P. SYARI’AH ISLAMIAH 4.38 4.23 0.15

34

SMK PUTRAJAYA PRESIN 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

GRED PURATA DAN PERATUS PENCAPAIAN MENGIKUT
MATA PELAJARAN SPM 2015 – 2018

BIL MATA PELAJARAN 2015 2016 2017 2018

1 BAHASA MELAYU GP (%) GP (%) GP (%) GP %
2 BAHASA INGGERIS 3.75 98.0 3.88 98.7 2.64 100.0 2.83 100.0
3 MATEMATIK 5.65 86.6 4.54 94.8 4.70 94.0 4.66 94.35
4 PENDIDIKAN ISLAM 4.55 86.0 4.44 87.0 4.08 92.8 4.02 91.53
5 SEJARAH 3.89 93.4 3.40 93.0 3.07 95.7 2.78 98.09
6 SAINS 4.15 95.3 4.10 93.5 4.42 94.1 3.67 96.05
7 FIZIK 4.52 94.6 4.02 96.8 3.41 99.1 3.17 99.17
8 KIMIA 5.32 100.0 4.58 100.0 4.54 100.0 4.80 100.0
9 BIOLOGI 6.26 92.9 5.08 100.0 4.93 96.3 4.80 100.0
10 MATEMATIK TAMBAHAN 5.82 97.9 4.87 100.0 4.00 100.0 4.58 100.0
11 PRINSIP PERAKAUNAN 6.49 76.8 6.11 85.1 6.47 80.9 6.58 79.76
12 EKONOMI 3.88 100.0 3.95 100.0 4.13 100.0 3.35 100.0
13 PERNIAGAAN 4.48 96.88
14 SAINS KOMPUTER -- -- -- 4.37 100.0
15 TASAWWUR ISLAM -- -- -- 1.64 100.0
16 PENDIDIKAN SENI VISUAL -- -- -- 4.00 94.12
17 PEMPROSESAN MAKANAN 4.36 82.2 5.38 79.3 3.72 96.9 3.23 100.0
4.00 100.0 3.52 100.0 3.43 100.0 2.84 100.0
(MPV) 2.68 100.0 2.50 100.0 3.44 100.0
18 PENDIDIKAN MORAL 1.75 100.0
19 BAHASA ARAB 2.50 100.0 2.00 100.0 3.40 100.0 6.07 86.67
20 AL QURAN DAN SUNNAH 5.10 100.0 5.63 100.0 6.10 95.2 5.00 87.50
21 SYARIAH ISLAMIAH 2.90 100.0 2.33 100.0 2.41 100.0 4.38 87.50
3.00 10.00 3.33 100.0 4.23 100.0

35

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SENARAI MATA PELAJARAN YANG MENCAPAI
KELULUSAN 100 PERATUS SPM 2018

BIL MATA PELAJARAN

1. BAHASA MELAYU
2. PENDIDIKAN MORAL
3. PENDIDIKAN SENI VISUAL
4. PRINSIP PERAKAUNAN
5. PERNIAGAAN
6. SAINS KOMPUTER
7. FIZIK
8. KIMIA
9. BIOLOGI
10. PEMPROSESAN MAKANAN

36

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SENARAI MATA PELAJARAN YANG MENDAPAT PENGECILAN
GRED PURATA SPM 2018

BIL MATA PELAJARAN GRED GRED BEZA
PURATA PURATA
1. BAHASA INGGERIS -0.04
2. PENDIDIKAN ISLAM 2018 2017 -0.29
3. PENDIDIKAN MORAL -1.65
4. SEJARAH 4.66 4.70 -0.75
5. MATEMATIK 2.78 3.07 -0.06
6. SAINS 1.75 3.40 -0.24
7. BAHASA ARAB 3.67 4.42 -0.03
8. PENDIDIKAN SENI VISUAL 4.02 4.08 -0.20
9. PRINSIP PERAKAUNAN 3.17 3.41 -0.78
10. KIMIA 6.07 6.10 -0.13
11. PEMPROSESAN 3.23 3.43 -0.60
3.35 4.13
MAKANAN 4.80 4.93
2.84 3.44

37

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SENARAI MURID TERBAIK SPM 2018

Senarai Murid Semua A BILANGAN ‘A’ TING

BIL NAMA

1. BETHRISYA SYAHEIRA BINTI MAZLAN 9A 5 FARABI
2. FARIHAH MAISARAH BINTI SOFIAN 9A 5 RAAZI
3. NUR SYASYA FARHANA BINTI ZAIN AZRAI 9A 5 RAAZI

Senarai Murid 9A TING
5 AVICENNA
BIL NAMA
1. NURAFIQAH BINTI MOHD ZAKI

Senarai Murid 8A TING
5 FARABI
BIL NAMA 5 FARABI
1. HAFEZA AFREEN BINTI MIRZA MOHAMMAD TAIYAB BEG 5 FARABI
2. RAVISHANGKAR A/L GANASON 5 RAAZI
3. SOFFEA QISTINA BINTI MOHD YUSOFF
4. MOHAMAD SYAFIQ MIRZA BIN MOHAMAD NAZMI

38

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

Senarai Murid 7A TING
BIL NAMA 5 FARABI
5 FARABI
1. AHMAD IZZAT ZUHAILY BIN MOHD HAIZA 5 FARABI
2. NUR ALIFAH ILYANA BINTI MOHD HELMI 5 FARABI
3. QISTINA ALIA BINTI SHAZALI 5 AVICENNA
4. SHAZWAN BIN SHIRAJUDDIN 5 HAITHAM
5. NUR FATHIAH BINTI MUHAMAD NIZAM 5 HAITHAM
6. AFFIQ LUQMAN BIN AHMAD DAUD 5 HAITHAM
7. AIMAN FARHAN BIN ABD RAZAK 5 HAITHAM
8. AIMI SAHIRA BINTI HALIM 5 HAITHAM
9. MUHAMMAD IRFAN BIN KAMEL EFFENDY 5 HAITHAM
10. PUTERI SYABLANI BINTI SARIANTO 5 RAAZI
11. PUTRI SYAZADAMIA NURSOFIA BINTI KHAIRI
12. MOHAMMAD AMIL ZULKARNAIN BIN MOHAMMAD 5 RAAZI
5 RAAZI
AHRAR ZULKARNAIN 5 RAAZI

13. MUHAMMAD ZAMIL HAKIM BIN ZULKIPLE
14. NUR AIN NADIAH BINTI ABDUL RAZAK
15. TENGKU IMRAN FAKHRI BIN TENGKU ERIS

MARTINO

39

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

Senarai Murid 6A

BIL NAMA TING

1. DALIA NUR QISTINA BINTI SALLEH 5 FARABI
2. MUHAMMAD HAZIQ BIN RAF’EE 5 FARABI

3. NUR AINI NADHIRAH BINTI MOHD NAWAWI 5 KINDI

4. MUHAMMAD ADLAN AKMAL BINAMANRUDDIN 5 HAITHAM

5. BADRUN SYAHID BIN BAHRUDIN 5 RAAZI

6. FATIN NURHAYATI EZZATI BINTI TARMIZI 5 RAAZI

7. MOHD THARIQ AKHYAR BIN SULAIMAN SATEH 5 RAAZI

8. MUHAMMAD MUSHAMIL HAZIM BIN ROSNIJAM 5 RAAZI

9. YZMEEN SANIAH BINTI ZAINUDDIN 5 RAAZI

10. MUHAMMAD AFIF DANISH BIN HAIRUDDIN 5 AVERROES

40

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

Senarai Murid 5A TING
5 FARABI
BIL NAMA 5 FARABI
5 KINDI
1. NUR IFFAH IZZAH BINTI NOOR HASIM 5 KINDI
2. NURISH ADDINA KHAIRUL MAZLAN 5 KINDI
3. AMIR NURHAKIM BIN MOHD ZAID 5 HAITHAM
4. ARIF NAJMI BIN SHAHIR ZAMAN 5 HAITHAM
5. MOHAMAD ZAIM BIN HAMDAN 5 HAITHAM
6. AMEERA BINTI MOHD HAZIZI 5 HAITHAM
7. MUHAMMAD AFIQ NUR IMAN BIN ASMI 5 HAITHAM
8. NUR AINA ARISHA BINTI SHABUDDIN
9. NUR LAILI AQILAH BINTI RAMLI 5 RAAZI
10. WAN NURAFRINA QISTINA BINTI WAN MUHAMMAD 5 RAAZI
5 AVERROES
NIZAM 5 NAFIS

11. AIMAN HAKIM BIN ZAID
12. SITI SARAH BINTI PAKWANTEH
13. MUHAMMAD AQIL BIN ZULIZA
14. MIOR ADHA NAJMI BIN MIOR AKRAM

41

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16 (1)

42

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1)
MAKLUMAT PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM TAHUN

2018

BIL NAMA AKTIVITI / PERTANDINGAN TARIKH KATEGORI PENGLIBATAN

1 PERTANDINGAN ROBOTIK LEGO EDUCATION ‘TUG 27/02/2018 KELAB ANTARABANGSA
OF WAR’
19-
2 PBT PENGERANG - KFC JOHOR INTERNATIONAL 23/3/2018 SUKAN ANTARABANGSA
REGATTA 18-
30/4/2018
3 FESTIVAL KANAK-KANAK ANTARABANGSA KE- 11- KELAB ANTARABANGSA
23,TURKI 14/11/2018

4 KARNIVAL STEM KELAB KEBANGSAAN

5 KEJOHANAN PING PONG MSSM 17- SUKAN KEBANGSAAN
25/3/2019
6 PUTRA SCIENCE VIDEO CHALLENGE JUNIOR KELAB KEBANGSAAN
30/03/2018 SUKAN KEBANGSAAN
7 KEJOHANAN BOLA JARING MSSM SUKAN KEBANGSAAN
3-10/8/2018 SUKAN KEBANGSAAN
8 BARRACULA NIGHT INDOOR ROWING SUKAN KEBANGSAAN
CAHMPIONSHIP 2018 6-7/4/2018 SUKAN KEBANGSAAN
KELAB KEBANGSAAN
9 KEJOHANAN PELAYARAN MSSM 2018 17- SUKAN KEBANGSAAN
24/3/2018 SUKAN KEBANGSAAN
10 KEJOHANAN PELAYARAN KFC 20th TUNKU SUKAN KEBANGSAAN
LAXAMANA-NSC-PD OPEN REGATTA 2018 3-6/5/2018 SUKAN KEBANGSAAN
SUKAN KEBANGSAAN
11 TEMASYA SUKAN MALAYSIA (SUKMA)XIX PERAK 10- KELAB KEBANGSAAN
2018 22/9/2018 KEBANGSAAN
30/9/2018 PBB KEBANGSAAN
12 #MYDIGITALMAKER FAIR 2018 KELAB KEBANGSAAN
27/6/2018 KEBANGSAAN
13 KEJOHANAN BOLING TENPIN 42nd MALAYSIAN PBB
NATIONAL AND 31st INTER STATES CHAMPIONSHIP 8- SUKAN
11/11/2018
14 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSM 4-11/8/2018

15 KEJOHANAN TENIS MSSM 3-11/8/2018

16 KEJOHANAN KRIKET MSSM 18-
25/3/2018
17 KEJOHANAN BADMINTON MSSM
30/8/2018
18 PROGRAM BERMALAM DI MUZIUM NEGARA
26-
19 PERBARISAN BADAN BERUNIFORM SEMPENA 31/8/2018
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN
23/2/2018
20 PERMATA PINTAR MODEL UNITED NATION
2-3/3/2018
21 SAMBUTAN HARI PERINGATAN SEDUNIA PANDU
PUTERI MALAYSIA 17-
24/3/2018
22 KEJOHANAN PELAYARAN MSSM

43

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

23 PERTANDINGAN MEMASAK SEMPENA KARNIVAL KERJAYA 12/4/2018 KELAB KEBANGSAAN
AURA BITARA KELAB KEBANGSAAN
14/4/2018
24 MEMORY,MIND MAPPING MENTAL CALCULATIONS 17- PBB KEBANGSAAN
23/4/2018 SUKAN KEBANGSAAN
25 PERKHEMAHAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 13/10/2018
PERINGKAT KEBANGSAAN

26 PROGRAM HARI SUKAN NEGARA

27 SUKAN PERPADUAN 14/10/2018 SUKAN KEBANGSAAN

28 UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK PASUKAN KADET POLIS 27/6/2018 PBB NEGERI
KELAB NEGERI
29 PERTANDINGAN SAHIBBA DAN DEKLAMASI PUISI SEKOLAH- 26/4/2018 KELAB NEGERI
SEKOLAH PUTRAJAYA

30 PERTANDINGAN POETRY RECITATION 10/7/2018

31 PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING 14/7/2018 KELAB NEGERI
KELAB NEGERI
32 PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS 16/7/2018 KELAB NEGERI
33 PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA 11/10/2018 KELAB NEGERI
KELAB NEGERI
34 PERTANDINGAN PIDATO 6/9/2018 KELAB NEGERI

35 PERTANDINGAN FORUM REMAJA 12/7/2018 KELAB NEGERI
30/7-
36 DEBAT BAHASA INGGERIS PIALA TAN SRI DATUK SERI 2/8/2018 KELAB NEGERI
PANGLIMA DR ABD RAHMAN ARSHAD
13/2/2018 KELAB NEGERI
37 PERTANDINGAN ROBOTIK LEGO EDUCATION ‘TUG OF KELAB NEGERI
WAR’PERINGKAT PUTRAJAYA KELAB NEGERI

38 PERTANDINGAN PUTRA SCIENCE VIDEO CHALLENGE 13/4/2018 KELAB NEGERI

39 PERTANDINGAN CABARAN KESELAMATAN SIBER 16/4/2018 KELAB NEGERI
NASIONAL(CAKNA) 2018 KELAB NEGERI
KELAB NEGERI
40 PERTANDINGAN DIGITAL STORY TELLING ANIMATION 2018 30/8/2018 KELAB NEGERI
KELAB NEGERI
41 PERTANDINGAN “LEVEL UP@SCHOOL SEKOLAH-SEKOLAH 24/7/2018 SUKAN NEGERI
PUTRAJAYA SUKAN NEGERI

42 LATIHAN PERAHU PANJANG DAN KAYAK PESTA AIR 12/9/2019 SUKAN NEGERI
PUTRAJAYA

43 PERTANDINGAN PROJEK VIDEO DIGITAL STEM 9-
10/10/2018

44 PERTANDINGAN NATIONAL ROBOTICS COMPETITION 30/7/2018

45 PERTANDINGAN TARIAN TRADITIONAL DAN MODERN 16/4/2018
BERJAYA TEEN STAR

46 PERTANDINGAN DRAMA BI 25/7/2018

47 PERTANDINGAN NATIONAL ROBOTIC S COMPETITION NRC 11/4/2018

48 KEJOHANAN PING PONG 22/2/2018

49 KEJOHANAN BOLING TENPIN MSSWP 17-
25/3/2018

50 KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSWP 27-
28/2/2018

44

SMK PUTRAJAYA PRESINT 16(1) MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KE-15

51 KEJOHANAN OLAHRAGA BALAPAN DAN PADANG MSSWP 26- SUKAN NEGERI
29/3/2018
52 KEJOHANAN BOLA BALING MSSWP 13/2/2018 SUKAN NEGERI
53 KEJOHANAN MEMANAH MSSWPP 10/7/2018 SUKAN NEGERI
54 KEJOHANAN CATUR MSS WP 4-5/7/2018 SUKAN NEGERI

55 1st NATIONAL SCHOOL WISER SPORT CHAMPIONSHIP 11/8/2018 SUKAN NEGERI

56 KEJOHANAN HOKI MSSWP 17/4/2018 SUKAN NEGERI
57 KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA PENGARAH JPWPP 9-12/7/2018 SUKAN NEGERI
58 LIGA BOLA SEPAK PIALA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 3&7/2018 SUKAN NEGERI
59 KEJOHANAN PETANQUE PERINGKAT NEGERI 14/5/2018 SUKAN NEGERI
60 AMONA STREET SOCCER CHALLENGE 31/3/2018 SUKAN NEGERI
61 PERTANDINGAN BADMINTON PIALA YANG DIPERTUA PUSPANITA 28/2/2018 SUKAN NEGERI
62 BAM Jr LEAGUE 27/7/2018 SUKAN NEGERI

63 MINI KEJOHANAN BOLA TAMPAR 31/3/2018 SUKAN NEGERI

64 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSWP 25- SUKAN NEGERI
65 KEJOHANAN BOLA TAMPAR LUAR MUSIM 26/4/2018 SUKAN NEGERI
KELAB NEGERI
14/11/2018
PBB NEGERI
66 PERTANDINGAN PENGHASILAN MAJALAH DIGITAL(E MAJALAH) 30/11/2018 PBB NEGERI

67 KARNIVAL KADET REMAJA SEKOLAH 3-4/7/2018
68 KARNIVAL BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 12-
13/3/2018
69 PERKHEMAHAN TAHUNAN PKBM 15- PBB NEGERI
20/4/2018
70 PERTANDINGAN MEMASAK CHEF REMAJA PERINGKAT KELAB NEGERI
PUTRAJAYA 23/7/2018

71 LAWATAN PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH 27- KELAB NEGERI
28/7/2018
72 PESTA AIR OXYGENATION PUTRAJAYA 29- SUKAN NEGERI
30/9/2018

73 PERTANDINGAN WAWASAN MAZE RUNNER 1/11/2018 SUKAN NEGERI

45

SEKALUNG BUDI

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG ke-15
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa terima kasih

yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah sama-
sama menjayakan majlis ini.

SMK Putrajaya Presint 16(1)
Jalan P16G, Presint 16
62150 Putrajaya
www.smkpp16.edu.my
www.facebook.com/smkpp16

46


Click to View FlipBook Version