PELAKSANAAN PENGURUSAN PRESTASI SECARA DUAL SYSTEM MELALUI SISTEM HRMIS DI BAWAH MODUL MYPERFORMANCE DAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2023 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) 1 message SEKSYEN SUMBER MANUSIA <[email protected]> Mon, 27 Feb 2023 at 11:46 am To: JUPEM PENGARAH BAHAGIAN <[email protected]>, JUPEM PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN NEGERI <[email protected]> Cc: JUPEM PENGURUSAN TERTINGGI <[email protected]>, PA JUPEM <[email protected]>, MOHD DHANIEL BIN MOHD SUFIAN (JUPEM-BKP) <[email protected]>, QAWIEMMATUL ADAWIYAH BT. KAMERI (JUPEM-BKP) <[email protected]>, SALIZA BINTI HJ HAMID (JUPEM-BKP) <[email protected]>, SARLINA BINTI ABDULLAH (JUPEM-BKP) <[email protected]>, USHAANAANTHINEE A/P GANASEN (JUPEM-BKP) <[email protected]>, AMINAJIHAH BINTI MOHD NOR (JUPEM) <[email protected]> Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. YBrs. Dr./Tuan/Puan, PELAKSANAAN PENGURUSAN PRESTASI SECARA DUAL SYSTEM MELALUI SISTEM HRMIS DI BAWAH MODUL MYPERFORMANCE DAN LAPORAN PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN (LNPT) BAGI TAHUN 2023 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa merujuk kepada surat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), no.rujukan JPA.BK(S)174/3/2-1 Jld.8(18) bertarikh 3 November 2021, sistem pengurusan prestasi bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Bagi Tahun Penilaian 2022 dan 2023 telah ditetapkan seperti berikut: i. Sistem pengurusan prestasi berasaskan fungsi jabatan serta pemberian ganjaran berasaskan prestasi iaitu MyPerformance akan dilaksanakan; ii. Pemakaian hanya kepada Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan; iii. Tempoh familiarisasi MyPerformance adalah selama 2 tahun iaitu mulai 1 Januari 2022 hingga 31 Disember 2023; iv. LNPT HRMIS dan MyPerformance digunakan serentak (dual system) bagi tahun 2022 dan 2023; v. Borang Sasaran Kerja Tahunan (SKT) digantikan dengan Sasaran Kerja Utama (SKU); vi. Markah LNPT tahun 2022 dan 2023 akan digunakan bagi urusan sumber manusia; dan
vii. Myperformance akan digunakan secara sepenuhnya menggantikan LNPT HRMIS pada tahun 2024. 3. Sehubungan dengan itu, semua Pentadbir HRMIS di Bahagian/Negeri adalah dipohon untuk menyemak semula penetapan Pegawai Penilai Pertama (PPP) dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) bagi setiap Pegawai Yang Dinilai (PYD) sebelum atau pada 15 Mac 2023 agar pelaksanaan pengurusan prestasi LNPT dan MyPerformance berjalan dengan lancar dan teratur. 4. Selain itu, kerjasama semua Pentadbir Bahagian/Negeri untuk mengemukakan senarai pegawai yang layak untuk dikecualikan (i – viii) daripada penilaian prestasi bagi tahun 2023 berdasarkan kepada senarai seperti di bawah kepada Unit HRMIS, Bahagian Khidmat Pengurusan sebelum atau pada 31 Mac 2023 untuk tindakan selanjutnya. i. Cuti Belajar Bergaji Penuh/ Separuh Gaji/ Tanpa Gaji; ii. Cuti Separuh Gaji; iii. Cuti Tanpa Gaji; iv. Cuti Sakit Lanjutan; v. Lantikan baharu yang tidak cukup tempoh 6 bulan (Tahun Semasa); vi. Kursus jangka panjang; atau viii. Tindakan Tatatertib Tidak Hadir Bertugas. 5. Sekiranya YBrs. Dr./Tuan/Puan memerlukan penerangan lanjut atau bantuan teknikal berhubung pengurusan prestasi bagi tahun 2023, sila hubungi pegawai-pegawai berikut: Urusan Pengurusan Prestasi (MyPerformance dan LNPT) i. Puan Qawiemmatul’ Adawiyah binti Kameri 03-26170738/ [email protected]; ii. Puan Saliza binti Hj Hamid 03-2617 0802/[email protected]; dan iii. Puan Aminajihah binti Mohd Nor 03-2617 0433/[email protected] Bantuan Teknikal Sistem HRMIS (MyPerformance dan LNPT) i. Puan Siti Raihah binti Mohd Nor 03-2617 0787 / [email protected]; ii. Puan Sarlina binti Abdullah
03-2617 0761 / [email protected]; dan iii. Puan Ushaanaanthinee A/P Ganasen 03-2617 0435 / [email protected] 6. Bersama-sama ini disertakan Gerak Kerja Pelaksanaan Pengurusan Prestasi Secara Dual System melalui Sistem HRMIS di bawah Modul Myperformance dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Tahun 2023 seperti di Lampiran B untuk rujukan dan tindakan semua Bahagian/Negeri. Sebagai makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan, pengurusan prestasi di bawah Modul MyPerformance HRMIS ini merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) HRMIS Kementerian/ Jabatan dan perlu dilaksanakan oleh semua Pemilik Kompetensi. 7. Kerjasama YBrs. Dr./Tuan/Puan dipohon bagi memastikan semua tindakan perlu dilaksanakan menepati tempoh masa jadual gerak kerja bagi mengelakkan sebarang masalah halangan kunci masuk maklumat kerana melewati tempoh yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. ‘‘MALAYSIA MADANI” ‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’ Saya yang menjalankan amanah, SEKSYEN SUMBER MANUSIA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA