The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tenaga Nasional Berhad atau TNB didagangkan sebagai Tenaga Nasional TENA ialah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hziani022, 2022-11-06 18:13:03

Syarikat Multinasional TNB

Tenaga Nasional Berhad atau TNB didagangkan sebagai Tenaga Nasional TENA ialah sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik Malaysia yang beribu pejabat di Bangsar, Kuala Lumpur.

Keywords: TNB

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 Pengenalan 4-9

2 Maklumat profil perniagaan 11-17

3 Cabaran syarikat 19-34
multinasional

4 Risiko yang dihadapi 36-43
ysarikat multinasional

3
3

PENGENALAN

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah
syarikat yang tersenarai dalam rangking terbesar
di Malaysia kerana merangkumi jumlah bursa
saham bernilai 60 bilion. Selain itu Tenaga Nasional
Berhad mempunyai lebih 14 cawangan setiap
negeri dan lebih 500 stokis diseluruh Malaysia.
Tenaga nasional berhad adalah syarikat yang
mempunyai tenaga pekerja yang terbesar kerana
meliputi dalam dan luar negara di seluruh Asia
Tengara oleh kerana berpusat di Malaysia kerana
mudah mendapat bahan mentah untuk produk yang

4

dihasil dan dikeluarkan seperti arang batu,
gas petroleum dan empangan hidro. Dua
individu yang bertanggungjawab dalam membina
generator elektrik adalah Loke Yew dan
Thamboosamy Pillai untuk kegunaan lombong
milik mereka pada 1894.Mereka juga
merupakan individu yang menggunakan pam
elektrik untuk industri perlombongan di Malaya
(Malaysia) ketika itu dan ia menjadi peristiwa
penting dalam sejarah penggunaan elektrik. Pada
tahun sama, sebuah syarikat persendirian telah
membekalkan elektrik kepada pekan Rawang dan

5
5

setahun kemudian, stesen kereta api pertama di
Kuala Lumpur menerima bekalan elektrik buat
pertama kali. Pada 1900, Stesen Janakuasa
Hidroelektrik Sempan Raub di bina oleh Syarikat
Lombong Emas Raub Australia menjadi titik tolak
kepada stesen janakuasa di negara ini. Dari
situlah wujud Tenaga Nasional Berhad (TNB)
merupakan syarikat utiliti elektrik terbesar
diMalaysia dengan aset melebihi RM69.8 bilion. Ia
dibina oleh Raub Australian Gold Mining Co. Ltd.
Pulau Pinang mendapat bekalan elektrik yang
pertama apabila stesen janaelektrik Sungai Pinang

6

mula beroperasi pada 14 julai 1904 seramai 15
pengguna dan 41 lampu jalan menerima bekalan
elektrik pada ketika itu. Pulau Pinang mendapat
bekalan elektrik dari stesen jana elektrik prai yang
dibina oleh Majlis perbandaran Pulau Pinang yang
memasang kabel dasar laut untuk menyambung
keseluruhan tanah besar dan dengan itu
keseluruhan Pulau Pinang mendapat bekalan
eletrik buat pertama kalinya pada tahun 1926.

7
7

Pada tahun 1905, stesen keretapi Kuala
Lumpur telah diterangi dengan lampu elektrik
yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun yang
sama Stesen Janaelektrik Hidro Ulu Gombak kira-
kira 20 kilometer dari Kuala Lumpur telah
dilancarkan dan dengan itu Kuala Lumpur buat
pertama kalinya mendapat bekalan elektrik
awam. Dalam tahun 1906 juga Perak River
Hydro Elektrik Power Company Ltd. (PERHEP)
ditubuhkan bagi menampung keperluan tenaga
elektrik di Lembah Kinta. Pada tahun 1927, MR.
W.J WIiiams sebagai pengarah yang pertama

8

telah menubuhkan Jabatan Elektrik Negeri-
negeri Bersekutu. Pada tahun ini juga stesen
janakuasa Bangsar di Kuala Lumpur telah dibuka
dengan menggunakan sumber arang batu.
Pada Disember 1941, tentera jepun telah
mendarat di tanah melayu oleh yang demikian
jabatan itu telah ditutup pada tahun 1942.

9
9

MAKLUMAT
PROFIL

PERNIAGAAN

a)Nama perniagaan
• Tenaga Nasional Berhad (disingkatkan sebagai

TNB atau didagangkan sebagai Tenaga
Nasional ialah sebuah syarikat bekalan tenaga
elektrik Malaysia, yang beribu pejabat di
Bangsar, Kuala Lumpur. Ditubuhkan pada
tahun 1990 melalui Penswastaan Lembaga
Letrik Negara (LLN), aset perniagaannya
dianggarkan sejumlah RM 99.03 bilion.

11
11

Bilangan pelanggannya meningkat sebanyak
8.4 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia
(kecuali Sarawak) dan timur negeri Sabah
melalui Sabah Electricity.

b) Alamat perniagaan
• Ibu pejabat bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB

HQ) 129, Jalan Bangsar, 59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

12

c) Visi, misi dan logo perniagaan
• Visi – Untuk menjadi di antara badan korporat

yang terunggul di dunia dalam bisnes tenaga.

• Misi – Beriltizam untuk mencapai
kecemerlangan dalam produk dan
perkhidmatan.

13
13

Logo TNB

• Logo TNB ini menggambarkan bentuk mentol
dan petir membawa maksud syarikat yang
menjana tenaga elektrik. Simbol berbentuk T
bermaksud “Tenaga”. Warna merah pula
melambangkan keyakinan dan kemajuan
bangsa. Manakala makna BETTER.

14

BRIGHTER ialah dengan memberi sinar
kepada semua impian dan memberi harapan
baru untuk hari esok dengan membekalkan
tenaga kepada setiap orang, setiap hari.

d) Bentuk perniagaan yang dijalankan

• Perniagaannya terasnya ialah menjana,
menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke
seluruh Malaysia. TNB juga merupakan
pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar
elektrik ke seluruh negara.

15
15

• TNB juga menyediakan pendidikan tertinggi
menerusi universitinya, iaitu Universiti Tenaga
Nasional (UNITEN) dan bekerjasama dengan
Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui institusi
pendidikan Kekompetenan Penjaga Elektrik di
Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS).

• Kini TNB Integrated Learning Solution), Kajang,
Selangor. Tenaga Nasional merupakan salah
satu daripada 10 syarikat di bawah Khazanah
Nasional, dana kekayaan kerajaan Malaysia dan

16

juga merupakan salah satu daripada 13 syarikat
Malaysia yang tersenarai di Forbes Global 2000
pada tahun 2018. TNB meraikan ulang tahun ke-
70 pada 2019.

17
17

CABARAN YANG
DIHADAPI OLEH

SYARIKAT
MULTINASIONAL

A) Struktur organisasi

• Syarikat multinasional sering terdedah kepada

penyelewengan, penipuan dan ketidakpastian.

Keadaan ini berlaku akibat perbezaan waktu

dan jarak yang jauh antara cawangan.

Kekurangan komunikasi antara cawangan

menyebabkan sesetengah syarikat

multinasional terbiar dan terpaksa bergantung

kepada pihak pengurusan tempatan untuk

mengatasi masalah yang wujud.

19
19

• Dalam hal ini, kawalan yang berkesan boleh
dilakukan dengan merangka reka bentuk struktur
syarikat multinasional.

• Struktur syarikat multinasional dibahagi kepada:
I.Struktur fungsian
II.Struktur produk

III.Struktur mengikut wilayah
IV.Struktur matriks

20

1)Struktur Fungsian
➢ Sesuai untuk syarikat multinasional yang

mengeluarkan barangan yang sama atau dalam
kuantiti yang sedikit serta tidak mempunyai
banyak cawangan.

2)Struktur Produk
➢ Sesuai untuk syarikat multinasional yang

mempunyai banyak produk dan mengalami
inovasi barang dan perkhidmatan yang cepat.

21
21

3) Struktur mengikut wilayah
➢ Sesuai untuk syarikat multinasional yang

mempunyai banyak tempat operasi di dunia

4) Struktur matriks
➢ Sesuai bagi syarikat multinasional yang sering

terdedah kepada perubahan persekitaran,
dimana produk tersebut berbentuk tempahan.

22

B) Kawalan Pengurusan
• Kawalan pengurusan sukar kerana syarikat

multinasional mempunyai banyak cawangan.
• Kaedah kawalan pengurusan berbeza kerana

persekitaran perniagaan dan pembuatan
keputusannya yang berbeza.
• Lokasi jauh menyebabkan keputusan dibuat
sama ada pentadbiran berpusat atau tidak
berpusat.

23
23

a)Pentadbiran berpusat – syarikat induk
membuat segala keputusan, dapat mengawal
aktiviti syarikat induk tetapi mungkin buat
keputusan yang kurang tepat kerana tidak
memahami selok belok perniagaan di negara
asing.

b)Pentadbiran tidak berpusat – setiap
cawangan membuat keputusan sendiri,
keputusan lebih tepat kerana memahami selok
– belok perniagaan di negara berkenaan tetapi
kurang kawalan dari syarkat induk.



24

• Contoh: Sebuah syarikat pakaian Malaysia
menghadapi masalah konflik antara pekerja
apabila menggunakan pentadbiran berpusat
untuk mengawal lima cawangan di luar negara.

C) Politik dan perundangan
• Sistem pemerintahan jika negara tersebut

mengamalkan sistem perancangan pusat,
syarikat multinasional akan menghadapi
ancaman pemilik negaraan oleh kerajaan
tempatan.

25
25

• Perhubungan antara pemimpin jika hubungan
antara pemimpin kurang baik, peluang
Kerjasama antara syarikat multinasioanal
dengan syarikat tempatan akan terjejas.

• Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan
sekiranya negara syarikat multinasional
dengan negara yang ingin berurus niaga
berada dalam blok organisasi yang berbeza,
sekatan seperti tarif yang lebih tiggi kuota dan
lain-lain akan dikenakan ke atas syarikat
multinasional tersebut.

26

• Keadaan politik sekiranya pergolakan politik
dan keadaan hura-hara sering berlaku di
negara yang berurus niaga , syarikat
multinasional akan menghadapi masalah
ancaman pelaburan.

• Sistem perundangan sekiranya undang-
undang dan peraturan negara yang berurus
niaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat
multinasional akan tersekat.

27
27

• Birokrasi kerajaan pengurusan dan
pentadbiran sektor awam yang kurang cekap
akan melambatkan proses perniagaan dan
menjejaskan daya saing syarikat multinasional.

D) Ekonomi
• Sistem ekonomi jika negara berurus niaga

mengamalkan sistem ekonomi kapitalis,
walaupun terdapat kebebasan dalam pemilikan
kekayaan, tetapi mungkin muncul kuasa
monopoli yang akan menindas syarikat
multinasional yang bersaiz lebih kecil.

28

• Keadaan ekonomi jika berlaku deflasi, peluang
perniagaan syarikat multinasional akan
terjejas.

• Sumber pengeluaran dan kemudahan
infrastruktur jika sumber pengeluaran tidak
mencukupi dan kemudahan infrastruktur tidak
lengkap, proses pengeluaran syarikat
multinasional akan terjejas.

29
29

• Pendapatan per kapita jika pendapatan per
kapita penduduk negara yang berurus niaga
rendah, peluang perniagaan syarikat
multinasional akan terjejas kerana kuasa beli
dan permintaan penduduk terhadap keluaran.

E) Sosiobudaya
• Perbezaan sikap, norma dan kepercayaan

sikap, nilai dan kepercayaan yang berbeza
antara negara dan bangsa menyebabkan
gelagat pembelian juga berbeza.

30

Maka, syarikat multinasional tidak dapat
menggunakan campuran pemasaran yang
sama dalam semua pasaran.
• Perbezaan adat resam yang berbeza antara
negara dan bangsa menyebabkan cita rasa dan
gelagat pembelian juga berbeza. Sebagai
contoh; penduduk Jepun yang sudah biasa
dengan makanan tradisional tidak dapat
membiasakan diri dengan makanan barat
menyebabkan syarikat multinasional barat
sukar menembusi pasaran di Jepun.

31
31

• Perbezaan agama yang berbeza antara negara

dan bangsa menyebabkan cita rasa dan

gelagat pembelian juga berbeza. Maka,

syarikat multinasional hanya boleh

memperkenalkan produk yang dibenarkan oleh

agama berkenaan.

• Perbezaan pendidikan dan latar belakang

menyebabkan berlaku kekurangan

pendedahan yang mengakibatkan penduduk

sesebuah negara tidak dapat menerima

sesuatu yang baru.

32

Keadaan ini menyebabkan syarikat

multinasional menghadapi kesukaran apabila

memperkenalkan teknik pengurusan yang

berlainan atau produk yang berbeza.

• Perbezaan bahasa merupakan kelemahan

dalam bahasa asing yang akan menyebabkan

syarikat multinasional kehilangan

kontrak,manakala pengurus dari negara asing

dan tempatan yang kurang memahami bahasa

masing-masing akan menjejaskan kecekapan

dan keberkesanan pengurusan.

33
33

• Perbezaan budaya yang berbeza mungkin
mengakibatkan kekurangan persefahaman
antara pengurus dari negara asing dan
tempatan. Keadaan ini akan menjejaskan
kecekapan dan keberkesanan pengurusan.

34

RISIKO YANG
DIHADAPI OLEH

SYARIKAT
MULTINASIONAL

A) Risiko ekonomi
• Merujuk kepada perubahan dalam kitaran

ekonomi di sesebuah negara seperti
kemelesetan ekonomi dan inflasi
• Kemelesetan ekonomi akan meyebabkan
permintaan berkurangan akan mengakibatkan
harga keluaran dalam pasaran meningkat
kerana kewujudan sebahagian permintaan
yang tidak dapat dipenuhi yang menyebabkan
kos pengeluaran meningkat.

36

• Pengalaman sistem ekonomi yang berbeza
seperti perancangan pusat,kapitalis dan
ekonomi campuran perlu dikenalpasti supaya
operasi perniagaan tidak terjejas

• Sekiranya pendapatan penduduk negara
tersebut adalah tinggi, maka peluang
perniagaan syarikat multinasional adalah lebih
cerah kerana kuasa beli penduduk tinggi dan
permintaan terhadap barangan akan
meningkat.

37
37

B) Risiko politik

• Ketidakstabilan politik adalah keadaan yang

menyebabkan perubahan dalam

pemerintahan,kebijakan dan aturan di suatu

syarikat

• Ini juga merujuk pada peristiwa

kerusuhan,revolusi atau pergolakan

pemerintah yang mempengaruhi keadaan
sosial – ekonomi sesebuah negara.

38

• Tindakan ini berpunca dari keadaan
pertumbuhan politik yang tidak sihat,serta
persaingan kedudukan dan kuasa secara tidak
adil dan saksama menyebabkan risiko politik
yang terjadi disebuah syarikat

C) Risiko kredit
• Kemungkinan negara pengeksport yang

menjual ke keluaran ke negara asing gagal
untuk mendapat bayaran daripada pengimport.

39
39

Untuk menangani risiko ini, negara
pengeksport boleh menyediakan kaedah
pembayaran yang berkesan seperti
menyediakan kemudahan surat kredit untuk
negara pengimport
• Selain dari negara pengeksport boleh melantik
wakil untuk menerima bayaran daripada
negara pengimport

40

D) Risiko pemilikan negara
• Pengambilan alihan sesebuah perniagaan

penting atau perniagaan asing oleh kerajaan
tempatan yang memerintah.
• Dilakukan samada memberi sejumlah bayaran
kepada pemilik perniagaan atau tidak memberi
apa-apa bayaran langsung.
• Cenderung berlaku di negara yang
mengamalkan sistem ekonomi sosialis/ sistem
perancangan pusat.

41
41

E) Penghantaran balik modal dan dividen
• Berlaku apabila sesebuah negara

menggunakan pekerja asing milik sesebuah
syarikat asing
• Pekerja dan pelabur asing tersebut akan
mengirimkan pendapatan ke negara asal.
Seterusnya menyebabkan pengaliran wang
dan modal keluar.
• Kerajaan mencampuri urusan syarikat
memindahkan dana keluar masuk dari negara
syarikat beroperasi.

42

F) Risiko kadar pertukaran mata wang
• Nilai mata wang yang sentiasa berubah-ubah

akan menyebabkan kadar pertukaran asing
menjadi tidak stabil.
• Kadar pertukaran mata wang yang tidak stabil
akan menjejaskan kos operasi yang
ditanggung oleh Tenaga Nasional Berhad
(TNB).
• Hal ini seterusnya akan menyebabkan
keuntungan. Tenaga Nasional Berhad (TNB)
tidak menentu.

43
43


Click to View FlipBook Version