The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norafidahtaib, 2023-06-06 05:51:39

DOKUMENTASI MAJLIS PERSARAAN

MAJLIS PERSARAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI, IPOH PERAK JAWATANKUASA MAJLIS PERSARAAN (CIK NORIZA BINTI MOHD DAHARI) TARIKH: 26 MEI 2023 MASA : 8.30 - 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN JATI BESTARI “TEMA MAJLIS: FAIRYTALE” Pengerusi : En.Khairulnaim Bin Abdul Samat (Pengetua) Naib Pengerusi 1 : Pn Intan Rozana bt Mohd Khalil ( PK. Pentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Pn Arazma bt Musha ( Pen. Kanan HEM) Naib Pengerusi 3 : Pn Marliza bt Abu Bakar (Pen. Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 4 : Pn Yusneza bt Mohd Yusof (Pen. Kanan Petang) Penyelaras : En. Ahmad Shahruddin bin Mohamad (KGSS) Setiausaha : Cik Sarmila bt Harun (KGSS) Bendahari : Pn.Rohana bt Idris (KGSS) AJK Pelaksana : BIL AJK PERINCIAN TUGAS 1 JK Pengurus Majlis & Tadbir Urus 1. Pn.Norafidah bt Mohd Taib 2. Cik Sarmila bt Harun - Memastikan persiapan majlis dijalankan dengan baik dan lancar. - Memastikan Semua AJK bersedia sebelum majlis bermula - Memastikan majlis berjalan dengan lancar pada hari kejadian. - Membuat tadbir urus majlis dan war-warkan kepada semua guru. 2 JK Jemputan / Banner & Buku Program Jemputan: 1. Pn Ruzita bt Amran (K) Buku Program: Pn Intan Rafizah bt Md Saat (K) Banner: 3. En.Nor Aizuddin Bin Ja’far - Membuat senarai jemputan - Menyediakan dan menghantar surat jemputan serta mendapatkan maklum balas daripada jemputan. -Menyediakan buku program ringkas -Menempah banner yang bersesuaian dengan majlis - Banner dan buku program design yang sama. - Bekerjasama dengan JK Hiasan pentas. (Tema) 3 JK Juruacara & Bacaan Biodata 1. Pn Amiza bt Abdul Karim (K) 2. En Muhammad Asree bin Abdul Aziz Bacaan Biodata 1. Pn. Pouziah bt Mohd Isa -Menyediakan teks juru acara dan skrip biodata yang diraikan - Menjadi pengacara majlis dan mengawal keseluruhan perjalanan majlis agar berjalan lancar.


4 JK Persembahan 1. Cik Sarmila bt Harun (K) 2. Pn. Rohana bt Idris 3. Murid pembantu - Memilih dan menyediakan persembahan yang sesuai. - Menyusun giliran persembahan mengikut kesesuaian. 5 JK Jamuan VIP dan tetamu 1. Pn Norasma bt (K) 2. Pn Nurul Izzah bt Pahim 3. Pn Amirah Aminah bt Zulkifeli 4. Pn Salina bt Abdullah Thani 5. Cik Noraini bt Md Azhari - Menempah dan mengelola acara memotong kek persaraan di pentas. - Menempah makanan dan minuman untuk VIP, dan tetamu. -Menyusun atur makanan di tempat yang sesuai.(secara buffet) - Memastikan tempat jamuan sentiasa bersih kemas dan teratur. - Menyediakan meja beserta lapik untuk buffet makanan. - Memillih kawasan yang sesuai di Dewan Jati Cemerlang untuk “desert table” VIP dan tetamu. - Lain-lain difikirkan perlu 6 JK Persiapan Tempat 1. En.Mat Syafeq bin Mat Adenan (K) 2. En. Azrul Azizul Haqim b. Jamaluddin 3. En Ahmad Faeizul Qhairy bin Mustafa - Menyusun kerusi untuk VIP serta kerusi guru di Dewan Jati Bestari. - Menyediakan - Lain-lain difikirkan perlu. 7 JK Hadiah & Watikah 1. Pn. Rohaya bt Ismail (K) 2. Pn. Suriani bt Suib 3. Dr Norhezan bt Che Teh 4. Pn. Zarina bt Mohd Hariri - Menguruskan acara penyampaian hadiah. - Menguruskan watikah persaraan 8 JK Hiasan Pentas 1. Pn Hafizah Abdullah (K) 2. Pn. Fadzilah bt Yasin 3. En.Ahmadi bin Muhamat Repie 4. Nur Liyana bt Hassan 5. Nurul Farhana bt Mat Daud 6. Hasmah bt Hamsa -Menghias pentas dan latar belakang untuk majlis. - Mencari pelamin yang sesuai untuk majlis -Bekerjasama dengan JK Banner & Buku Program 9 JK Persembahan Montaj/Multimedia 1. Encik Amir Azros bin Abdul Aziz (K) 2. En. Ahmad Shahruddin bin Ahmad -Mengumpul bahan dan menyediakan dua video: 1. Melibatkan aktiviti pelajar bersama yang diraikan serta video ucapan dari pelajar. 2. Mengandungi sejarah perkhidmatan yang diraikan dan lain-lain yang difikirkan perlu. - Berhubung dengan Jawatankuasa PA Sistem untuk urusan tayangan. 10 JK Bacaan Doa 1.En Shahruddin bin Ahmad -Menyediakan dan membacakan doa untuk majlis.


11 JK Fotografi 1. Pn. Wan Hafizan b Wan Draman 2. Ahli Kelab Fotografi - Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. - Bekerjasama dengan jawatankuasa Dokumentasi 12 JK PA Sistem 1. En Zulkefli bin Semail (K) 2. Murid PA Sistem - Memastikan PA Sistem berada dalam keadaan yang baik sepanjang majlis berlangsung 13 JK Dokumentasi 1. Pn Azila bt Faharuddin 2. Pn Wan Mazzeniza bt Wan Salleh @ Wan Omar - Menyediakan borang maklum balas setiap jawatankuasa kerja - Mengumpulkan bahan dan mendokumentasikannya 14 JK Hiasan Kereta /Send Off/ Chauffeur 1. Pn. Fathiyah bt Mastor (K) 2. Pn. Zauyah bt Alang Ahmad 3. Pn. Nur Zaida bt Rafin Chauffeur 1. Cik Nadhiah bt Kamarudin - Memilih kereta yang sesuai untuk yang diraikan. - Membuat hiasan kereta yang bersesuaian. - Mengambil YB di rumah dan menghantar YB pulang ke rumah 15 JK Sambutan & Perarakan Masuk 1. Pn. Wan Hafizan b Wan Draman (K) 2. Pn Dayang Siti Roshidah bt Abang Noh 3. Pn. Pouziah bt Mohd Isa 4. Pn.Manimala A/P Karupaianasamy - Menyediakan corsage dan selempang persaraan - Memilih persembahan untuk sambutan - Menyediakan bunga manggar dan bunga pahar - Menyediakan bunga rampai - Menyediakan buku pelawat Disediakan oleh, Pn.Norafidah bt Mohd Taib


KERTAS CADANGAN MAJLIS PERSARAAN CIK NORIZA BINTI MOHD DAHARI SMK JATI, IPOH PERAK 1.0 PENGENALAN Majlis Persaraan adalah aktiviti yang dijalankan setiap kali ada warga sekolah yang bersara dari perkhidmatan di sekolah ini sama ada guru mahu pun staf sokongan sekolah. Melalui aktiviti yang dijalankan, ia merupakan salah satu acara bagi menghargai warga kerja yang telah lama berkhidmat di sekolah dan diberikan penghargaan untuk memaklumkan kepada semua warga sekolah bahawa perkhidmatan mereka telah pun berakhir. Melalui program yang dijalankan, ia dapat memupuk sifat menghargai orang lain, mengambil tahu dan meraikan seseorang pada hari yang istimewa agar menjadi kenangan terakhir disekolah dengan cara yang dikenang sepanjang masa. Berdasarkan kepada dasar yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai Dasar Warga Emas Negara (DWEN) mengenai warga emas yang masih boleh menyumbang kepada komuniti akan diberikan penghargaan dan pengiktirafan. Majlis yang dijalankan, diharapkan dapat memberikan impak kepada golongan muda agar sentiasa bekerja dengan tekun dan ikhlas serta sentiasa menjadi contoh agar diri dihargai sehingga ke hari terakhir perkhidmatan mereka. Malah mereka juga masih boleh memberi sumbangan kepada komuniti walaupun mereka sudah bersara. 2.0 OBJEKTIF • Meraikan guru yang bersara dengan penghormatan dari warga sekolah. • Guru yang bersara dapat berkongsi pengalaman kepada warga sekolah untuk dijadikan panduan dan ikhtibar. • Memupuk sifat menghargai orang lain dan menyayangi dalam masa yang sama.


3.0 TARIKH PERLAKSANAAN Tarikh : 26 Mei 2023 Masa : 8.00 – 11.00 pagi Tempat : Dewan Jati Bestari & Cemerlang 4.0 ATUR CARA PROGRAM • Murid berkumpul di Dewan • Ketibaan tetamu YDP PIBG dan tetamu khas • (Semua guru berbaris diluar dewan (pintu gerbang) • Ketibaan yang diraikan (Yang Bersara) • Disambut dengan pasukan pancaragam, bunga manggar & bunga pahar • Yang diraikan tandatangan buku pelawat • Yang diraikan masuk ke dewan (Diiringi muzik) • Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Perak • Kata Alu- aluan Pengacara Majlis • Bacaan Doa • Persembahan 1 • Ucapan Wakil Murid • Ucapan Pengerusi/wakil guru (KGSS) • Ucapan Pengetua • Yang dirai akan naik ke pentas (pelamin) ditemani 2 dayang • Bacaan Biodata guru yang diraikan • Tayangan multimedia • Persembahan 2 • Ucapan Cik Noriza bt Mohd Dahari • Peyampaiaan watikah oleh pengetua • Penyampaian hadiah dan cenderamata untuk Cik Noriza • Persembahan 3 Filem Pendek Awal & Akhir • Acara memotong kek Sesi bergambar • Persembahan 4 • Nyanyian Lagu Sekolah • Sesi Bersalaman dan send off • Jamuan makan VIP/Barisan Pentadbir/Tetamu dan Guru • Semua murid rehat (10.30 pagi – 11.00 pagi) • Majlis bersurai 8.00 pagi 8.30 pagi


5.0 AHLI JAWATANKUASA Majlis persaraan Cik Noriza Binti Mohd Dahari Jasamu Dikenang, Budimu Tak Terbilang Semangatmu Dijulang Baktimu Gemilang” SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JATI, IPOH PERAK JAWATANKUASA MAJLIS PERSARAAN (CIK NORIZA BINTI MOHD DAHARI) TARIKH: 26 MEI 2023 MASA : 8.30 - 10.30 PAGI TEMPAT : DEWAN JATI BESTARI “TEMA MAJLIS: FAIRYTALE” Pengerusi : En.Khairulnaim bin Abdul Samat (Pengetua) Naib Pengerusi 1 : Pn Intan Rozana bt Mohd Khalil (Pen.KananPentadbiran) Naib Pengerusi 2 : Pn Arazma bt Musha (Pen. Kanan HEM) Naib Pengerusi 3 : Pn Marliza bt Abu Bakar (Pen. Kanan Kokurikulum) Naib Pengerusi 4 : Pn Yusneza bt Mohd Yusof (Pen. Kanan Petang) Penyelaras : En. Ahmad Shahruddin bin Mohamad (KGSS) Setiausaha : Cik Sarmila bt Harun (KGSS) Bendahari : Pn.Rohana bt Idris (KGSS) AJK Pelaksana : BIL AJK PERINCIAN TUGAS 1 JK Pengurus Majlis & Tadbir Urus 1. Pn.Norafidah bt Mohd Taib 2. Cik Sarmila bt Harun - Memastikan persiapan majlis dijalankan dengan baik dan lancar. - Memastikan Semua AJK bersedia sebelum majlis bermula - Memastikan majlis berjalan dengan lancar pada hari kejadian. - Membuat tadbir urus majlis dan war-warkan kepada semua guru. 2 JK Jemputan / Banner & Buku Program Jemputan: 1. Pn Ruzita bt Amran (K) Buku Program: Pn Intan Rafizah bt Md Saat (K) Banner: 3. En.Nor Aizuddin Bin Ja’far - Membuat senarai jemputan - Menyediakan dan menghantar surat jemputan serta mendapatkan maklum balas daripada jemputan. -Menyediakan buku program ringkas -Menempah banner yang bersesuaian dengan majlis - Banner dan buku program design yang sama. - Bekerjasama dengan JK Hiasan pentas. (Tema) 3 JK Juruacara & Bacaan Biodata 1. Pn Amiza bt Abdul Karim (K) 2. En Muhammad Asree bin Abdul Aziz -Menyediakan teks juru acara dan skrip biodata yang diraikan


Majlis persaraan Cik Noriza Binti Mohd Dahari Jasamu Dikenang, Budimu Tak Terbilang Semangatmu Dijulang Baktimu Gemilang” Bacaan Biodata 1. Pn. Pouziah bt Mohd Isa - Menjadi pengacara majlis dan mengawal keseluruhan perjalanan majlis agar berjalan lancar. 4 JK Persembahan 1. Cik Sarmila bt Harun (K) 2. Pn. Rohana bt Idris 3. Murid pembantu - Memilih dan menyediakan persembahan yang sesuai. - Menyusun giliran persembahan mengikut kesesuaian. 5 JK Jamuan VIP dan tetamu 1. Pn Norasma bt (K) 2. Pn Nurul Izzah bt Pahim 3. Pn Amirah Aminah bt Zulkifeli 4. Pn Salina bt Abdullah Thani 5. Cik Noraini bt Md Azhari - Menempah dan mengelola acara memotong kek persaraan di pentas. - Menempah makanan dan minuman untuk VIP, dan tetamu. -Menyusun atur makanan di tempat yang sesuai.(secara buffet) - Memastikan tempat jamuan sentiasa bersih kemas dan teratur. - Menyediakan meja beserta lapik untuk buffet makanan. - Memillih kawasan yang sesuai di Dewan Jati Cemerlang untuk “desert table” VIP dan tetamu. - Lain-lain difikirkan perlu 6 JK Persiapan Tempat 1. En.Mat Syafeq bin Mat Adenan (K) 2. En. Azrul Azizul Haqim b. Jamaluddin 3. En Ahmad Faeizul Qhairy bin Mustafa - Menyusun kerusi untuk VIP serta kerusi guru di Dewan Jati Bestari. - Menyediakan - Lain-lain difikirkan perlu. 7 JK Hadiah & Watikah 1. Pn. Rohaya bt Ismail (K) 2. Pn. Suriani bt Suib 3. Dr Norhezan bt Che Teh 4. Pn. Zarina bt Mohd Hariri - Menguruskan acara penyampaian hadiah. - Menguruskan watikah persaraan 8 JK Hiasan Pentas 1. Pn Hafizah Abdullah (K) 2. Pn. Fadzilah bt Yasin 3. En.Ahmadi bin Muhamat Repie 4. Nur Liyana bt Hassan 5. Nurul Farhana bt Mat Daud 6. Hasmah bt Hamsa -Menghias pentas dan latar belakang untuk majlis. - Mencari pelamin yang sesuai untuk majlis -Bekerjasama dengan JK Banner & Buku Program 9 JK Persembahan Montaj/Multimedia 1. Encik Amir Azros bin Abdul Aziz (K) 2. En. Ahmad Shahruddin bin Ahmad -Mengumpul bahan dan menyediakan dua video: 1. Melibatkan aktiviti pelajar bersama yang diraikan serta video ucapan dari pelajar. 2. Mengandungi sejarah perkhidmatan yang diraikan dan lain-lain yang difikirkan perlu.


6.0 ANGGARAN BELANJAWAN BIL PERINCIAN SUMBER JUMLAH KGSS SUMB. LUAR 1 Makanan & Minuman VIP & Tetamu Jemputan Guru RM 1,700.00 RM 1,700 2 Aiskrim murid RM 550.00 RM 550 3 Hadiah RM 150.00 RM 150 4 Kek Persaraan RM 100.00 RM280.00 RM 380 Majlis persaraan Cik Noriza Binti Mohd Dahari Jasamu Dikenang, Budimu Tak Terbilang Semangatmu Dijulang Baktimu Gemilang” - Berhubung dengan Jawatankuasa PA Sistem untuk urusan tayangan. 10 JK Bacaan Doa 1.En Shahruddin bin Ahmad -Menyediakan dan membacakan doa untuk majlis. 11 JK Fotografi 1. Pn. Wan Hafizan b Wan Draman 2. Ahli Kelab Fotografi - Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas majlis berlangsung. - Bekerjasama dengan jawatankuasa Dokumentasi 12 JK PA Sistem 1. En Zulkefli bin Semail (K) 2. Murid PA Sistem - Memastikan PA Sistem berada dalam keadaan yang baik sepanjang majlis berlangsung 13 JK Dokumentasi 1. Pn Azila bt Faharuddin 2. Pn Wan Mazzeniza bt Wan Salleh @ Wan Omar - Menyediakan borang maklum balas setiap jawatankuasa kerja - Mengumpulkan bahan dan mendokumentasikannya 14 JK Hiasan Kereta /Send Off/ Chauffeur 1. Pn. Fathiyah bt Mastor (K) 2. Pn. Zauyah bt Alang Ahmad 3. Pn. Nur Zaida bt Rafin Chauffeur 1. Cik Nadhiah bt Kamarudin - Memilih kereta yang sesuai untuk yang diraikan. - Membuat hiasan kereta yang bersesuaian. - Mengambil YB di rumah dan menghantar YB pulang ke rumah 15 JK Sambutan & Perarakan Masuk 1. Pn. Wan Hafizan b Wan Draman (K) 2. Pn Dayang Siti Roshidah bt Abang Noh 3. Pn. Pouziah bt Mohd Isa 4. Pn.Manimala A/P Karupaianasamy - Menyediakan corsage dan selempang persaraan - Memilih persembahan untuk sambutan - Menyediakan bunga manggar dan bunga pahar - Menyediakan bunga rampai - Menyediakan buku pelawat Disediakan oleh, Pn.Norafidah bt Mohd Taib


5 Hiasan Kereta RM 300.00 RM 300 6 Buku Program RM 50.00 RM 50 7 Banner RM 100.00 RM 100 8 Pelamin & Hiasan Pentas RM 642.50 RM 550 9 Dessert VIP RM 200.00 RM 200 10 Sewa Meja Bulat & Lapik meja RM 161.00 RM 161 11 Hand Bouqet RM 150.00 RM150 11 Fresh Flower Hiasan meja RM 130.00 RM130 12 Sambutan RM 22.00 RM 22 12 JUMLAH RM 1,064.50 RM 3,471.00 RM 4,535.50 Tanpa hadiah : RM914.50 7.0 PENUTUP Diharapkan agar majlis persaraan ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang ingin dicapai. Disediakan oleh, Pn.Norafidah binti Mohd Taib Pengurus Majlis Persaraan


TADBIR URUS MAJLIS PERSARAAN CIK NORIZA BINTI MOHD DAHARI TARIKH: 26 MEI 2023 HARI: JUMAAT MASA: 7.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI MASA PERKARA CATATAN 7.30 pagi Murid berkumpul di dewan Jk Disiplin 7.40 pagi Ketibaan tetamu YDP PIBG dan tetamu khas -Semua guru berbaris diluar dewan (pintu gerbang) -Ketibaan yang diraikan (Yang Bersara) -Disambut dengan pasukan pancaragam, bunga manggar & bunga pahar -Yang diraikan masuk ke dewan (Diiringi muzik) G10 Jk Sambutan Jk Siaraya Jk Hiasan kereta 8.00 pagi Majlis bermula: - Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Perak - Kata Alu- aluan Pengacara Majlis - Bacaan Doa (En. Ahmad Shahruddin) - Persembahan 1 (Nyanyian Dr Riz Farhan) - Ucapan Wakil Murid - Ucapan Pengerusi/wakil guru (KGSS) - Ucapan Pengetua - Yang dirai akan naik ke pentas (pelamin) ditemani 2 dayang (Diiringi muzik instrumental) - Persembahan 2 (Tayangan Filem Pendek Awal Akhir) - Bacaan Biodata guru yang diraikan (Diiringi muzik intrumental) - Tayangan multimedia (Biodata yang diraikan) - Persembahan oleh YB - Ucapan Cik Noriza bt Mohd Dahari - Peyampaiaan watikah oleh pengetua (Pancar watikah/muzik) - Penyampaian hadiah dan cenderamata untuk Cik Noriza (muzik) - Acara memotong kek (Semua pentadbir dijemput naik ke pentas) - Sesi bergambar - Nyanyian lagu sekolah Jk Siaraya Jk Pengacara Majlis Jk Persembahan Jk Multimedia Jk Hadiah Cikgu Din 9.30 pagi 9.50 pagi - Sesi Bersalaman dan send off (murid beratur/barisan sepanjang jalan) - Jamuan VIP/Barisan Pentadbir/Tetamu dan Guru - Semua murid rehat (10.00 pagi – 10.30 pagi) - Majlis bersurai Jk Hiasan kereta Jk Jamuan Disediakan oleh: Pn.Norafidah Mohd Taib


CIK NORIZA BINTI MOHD DAHARI


Aturcara Majlis 7.30 pagi : Murid berkumpul di Dewan : Ketibaan tetamu YDP PIBG dan tetamu khas : (Semua guru berbaris diluar dewan (pintu gerbang) 7.45 pagi : Ketibaan yang diraikan (Yang Bersara) : Disambut dengan pasukan pancaragam, bunga manggar & bunga pahar : Yang diraikan tandatangan buku pelawat : Yang diraikan masuk ke dewan (Diiringi muzik ³Lemak manis´ : Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Perak : Kata Alu- aluan Pengacara Majlis : Bacaan Doa : Ucapan Wakil Murid : Ucapan Pengerusi/wakil guru (KGSS) : Ucapan Pengetua : Yang dirai akan naik ke pentas (pelamin) ditemani 2 dayang : Bacaan Biodata guru yang diraikan : Tayangan multimedia : Ucapan Cik Noriza bt Mohd Dahari : Persembahan 1 Persembahan Filem Pendek Awal & Akhir : Persembahan 2 (Dimana kan ku cari ganti) : Peyampaiaan watikah oleh pengetua : Penyampaian hadiah dan cenderamata untuk Cik Noriza : Acara memotong kek Sesi bergambar : Nyanyian Lagu Sekolah : Sesi Bersalaman dan send off : Jamuan makan VIP/Barisan Pentadbir/Tetamu dan Guru 10.00 pagi : Semua murid rehat : Majlis bersurai


BIODATA NORIZA BINTI MOHD DAHARI Lahir pada tanggal 25 Mei 1963 di Alor Setar, Kedah. Cinta syurga daripada pasangan Mohd Dahari dan Zainon. Anak bongsu daripada 5 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah 67$QQH·&RQYHQW Kulim Kedah. Melanjutkan pengajian pendidikan di Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dalam bidang muzik. Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Muzik di UPSI, Tanjung Malim.


SEJARAH PERKHIDMATAN Bertugas Sebagai Guru Mata Pelajaran PJPK & Pendidikan Seni Visual SK Layang-Layang Kiri, Perak (1991) SK Satu Tapah, Perak (1994) SMK Jelapang Jaya, Ipoh ( Mac 2002) SMK Jati, Ipoh (Jun 2002-24 Mei 2023) Sopan langkah si anak dara Rupa jelita persis puteri Khilaf dan salah tutur bicara Maaf dipinta sepuluh jari Terima kasih


SUMBANGAN UTAMA PenciptalirikLaguSekolahSMK Jati bertajukʬVfl=9YflYww]Cʭ bersama2 penciptalaguPn. NorashidahKamarudin. JurulatihpasukansekolahuntukPertandinganBola Baling hinggake peringkatdaerahKinta Utara. MenjadiPengurusPasukanBola Baling Perak keSabah seterusnyamenjadi Johan KebangsaanMSSN tahun2007. MenjadiPenyelarasPertandinganBola JaringPeringkatZonA danDaerah Kinta Utara pdtahun2017 & 2018 di SMK Jati, Ipoh. MendapatAnugerahPerkhidmatanCemerlangpadatahun2006 dan2016. MemperolehiSijil bagiKursusProtokol& EtiketSosialDan Kursus PengacaraanMajlisRasmi daripadaTn. Hj. Sophianbin AbRahman, PenolongPadukaMaharaja Lela, Istana Negara. PenguruspasukansekolahutkProgram DabusRentak1000 di Aeon, Klebangtahun2022. Pengurus/JurulatihPertandinganDeklamasiSajakSM (Rendah). Peserta HeryAdam Hadhari bin MohamadKhairi berjayamenjadi Johan Daerah Kinta Utara tahun2022.


Hilangnya sebuah Permata


AJK PELAKSANA Penghargaan Warga SMK Jati, Ipoh mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu ke arah kesempurnaan Majlis Persaraan ´Jasamu Dikenang Budimu Tak Terbilang Semangatmu Dijulang Baktimu Gemilangµ Cik Noriza Binti Mohd Dahari Semoga SMK Jati Terus Membangun Bersama Malaysia Madani


Assalamualaikum wbth, Yang Berusaha Puan Intan Rozana binti Mohd Khalil Penolong Kanan Pentadbiran Yang Berusaha Puan Arazma binti Musha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Pn Marliza binti Abu Bakar Penolong Kanan Ko-kurikulum Yang Dipertua PIBG En. Mohamad Khairi bin Mat Yusoff Yang diraikan Yang Berbahagia Cik. Noriza binti Mohd Dahari Yang dihormati barisan jemputan khas. Barisan guru-guru kanan, Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan Cik Noriza bt Mohd Dahari pada pagi ini. Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru bahkan juga kepada murid-murid SMK Jati. Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh cikgu Noriza. Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan cikgu Noriza yang tidak pernah mengenal erti penat lelah telah membawa SMK Jati ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh cikgu Noriza sepanjang berkhidmat di sini. Percayalah, bahawa ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat kepada kita. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa terharu kerana perpisahan cikgu Noriza yang telah lama bersama dengan kita. Bagi saya, cikgu Noriza bukan saja sebagai guru bahkan juga sebagai bonda kita dalam keluarga SMK Jati. Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan pemergian cikgu Noriza, sepanjang tempoh perkhidmatan telah banyak menyumbangkan jasa terhadap kemajuan dan perkembangan SMK Jati.


Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpah rahmat dan peliharaan kepada cikgu Noriza dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa. Limau manis dimakan manis Manis sekali rasa isinya Dilihat manis dipandang manis Manis sekali hati budinya Kalau ada pauh di daik Bawa sebiji ke Tanah seberang Kalau ada budi yang baik Sampai mati dikenang orang Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan layu-layuan Ayam itik di pinggir hutan Nampak dari tepi telaga Nama yang baik jadi kenangan Seribu tahun terkenang juga. Sekian, assalamualaikum wbth.


Terima kasih Puan Pengacara Majlis, Assalamualaikum wbth, Yang berusaha Tn Hj khairunnaim b. abd Samat Pengetua SMK Jati Yang Berusaha Puan Intan Rozana binti Mohd Khalil Penolong Kanan Pentadbiran Yang Berusaha Puan Arazma binti Musha, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Yang Berusaha Pn Marliza binti Abu Bakar Penolong Kanan Ko-kurikulum Yang Berusaha Pn Yusnieza bt…… Penolong kanan petang Yang Dipertua PIBG En. Mohamad Khairi bin Mat Yusoff Yang diraikan Yang Berbahagia Cik. Noriza binti Mohd Dahari Yang dihormati barisan jemputan khas. Barisan guru-guru kanan, Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini untuk meraikan majlis Jasamu dikenang, Budimu tak terbilang, Semangatmu dijulang, Baktimu gemilang Cik Noriza bt mohd Dahari yang kita kasihi di majlis yang penuh bermakna pada pagi ini. Terlebih dahulu ucapan terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili rakan guru di majlis yang penuh bermakna ini. Saya bagi pihak warga pendidik sekolah ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tetamu-tetamu undangan khas yang sudi meluangkan masa bersamasama kita dalam majlis yang mulia ini. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kita semua akan merasa terharu kerana perpisahan dengan dengan guru yang kita sanjungi Masa begitu pantas berlalu. Kadang-kadang kesibukan dengan tugas seharian dan pelbagai komitmen menyebabkan kita tidak terasa dan adakalanya kita tidak perasan bahawa waktu begitu pantas meninggalkan kita. Sepantas itu jugalah tempoh perkhidmatan cikgu Noriza di sekolah ini,. Sesungguhnya, pemergian beliau memberi kesan kepada kita malah menyedihkan kita kerana terpaksa berpisah dengan beliau. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang kami rasai sekarang ini. Berat sungguh bagi kami untuk melepaskan pergi guru yang kita kasihi ini. Jasamu dikenang


Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Baktimu gemilang Sikap kendiri beliau yang Lembut, tenang dan berjiwa besar serta boleh dibawa berbincang, ‘easy-going’, dan sentiasa berusaha mempermudah urusan serta tidak menyusahkan orang yang menghadapi masalah dan kesusahan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua terutamanya oleh warga SMK Jati Semoga Allah mengganjari kebaikan ke atas segala usaha murni beliau sepanjang perkenalan kita semua sebagaimana sabda Rasulullah: “ Barangsiapa menunjukkan seseorang kepada kebaikan, maka dia mendapat ganjaran Sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya. “ (Riwayat Muslim) Walaupun beliau terpaksa meninggalkan kita semua, namun dengan ketokohan, kecermerlangan dan sikap dedikasi beliau telah memberikan satu suntikan semangat dan azam yang berkobar-kobar kepada seluruh warga SMK Jati dalam meneruskan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kini, SMK Jati kehilangan seorang guru yang berwibawa, berjasa serta berkarisma. Kehilangan beliau mereka amat dirasai oleh semua kita warga SMK Jati. Bak kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kanberganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Pastinya selepas ini, kita semua akan merindui gelak tawa dan senyuman Cikgu Noriza. Dengan hati yang berat, perpisahan dengan cikgu Noriza yang kita kasihi ini, kami relakan jua dan Insya Allah, persahabatan kita tidak akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan. “Memories last forever, never do they die. Friends stay together, never say goodbye”. Semoga persahabatan ini menjadikan kita golongan yang diberi perlindungan arasy Allah pada hari yang tiada perlindungan melainkan Allah. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak guru-guru SMK Jati merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Noriza di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di SMK Jati. Kita berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Cikgu Noriza, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat


agama, bangsa dan negara Raut wajah damai dan tenang, Tiada terkalam kasih dijunjung, Jasa baktimu tetap dikenang, Budi baikmu tetap disanjung. Salam kemaafan kami hulurkan, Semoga kemesraan terus berpanjangan; Ilmu diberi harap halalkan, Semoga perjuangan mendapat keberkatan. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.


Terima kasih Pengerusi Majlis.


Yang Berusaha Tuan Haji Khairunnaim bin Abdul Samat, Pengetua SMK Jati, Yang Diraikan Cik Noriza binti Mohd Dahari Mantan guru SMK Jati, Yang berusaha En Mohamad Khairy bin Haji Mat Yussuf, Yang Dipertua PIBG, Yang Berusaha Tuan Haji Rahman bin Mustar Mantan Pengetua SMK Jati Yang Berusaha Puan Intan Rozana binti Mohd Khalil Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jati, barisan penolong kanan, guru-guru kanan, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru serta rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Para Hadirin Yang Diraikan dan Dikasihi Sekalian, Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, “Man feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and farewell” Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat bersama, pasti akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa sedih atas kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, Cik Noriza bukan sahaja mewakili figura seorang guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai insan yang bernama Cik Noriza. Sepanjang tempoh perkhidmatan selama 32 tahun ini, beliau telah banyak menyumbangkan jasa dan bakti buat anak bangsa terutamanya para pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jati kerana di sinilah tempoh perkhidmatannya paling lama iaitu selama 21 tahun. Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid melebihi dirinya sendiri. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang berhati murni dan senantiasa memberikan yang terbaik buat anak didiknya bersesuaian dengan moto hidupnya, “memberi lebih baik daripada menerima”. Hadirin dan Hadirat sekalian, ‘Memory is a way of holding onto the things you love, the things you are, the things you never want to lose’. Beliau merupakan seorang guru yang berdedikasi dan ‘passionate’ terhadap tugas dan tanggungjawab beliau. Beliau juga dikenang sebagai guru yang begitu ‘down to earth’ dan memahami. Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, ‘easy-going’, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudah sesuatu


urusan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutamanya, rakanrakan saya di SMK Jati. Hadirin dan Hadirat sekalian, Pada kesempatan ini, saya mewakili murid SMK Jati merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cik Noriza binti Mohd Dahari yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu_serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan Anak cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Jati Di dalam hati tidak ku lupa Bagaikan rambut bersimpul mati Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, patah kan tumbuh, hilang kan berganti, namun yang hilang akan tetap kekal abadi. Saya akhiri ucapan saya dengan Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih


Click to View FlipBook Version