The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 4 NOVEMBER 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comnet, 2021-11-15 03:31:27

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 4 NOVEMBER 2021

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 4 NOVEMBER 2021

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan

https://www.facebook.com/comnetunisel 48

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

AINI SYUHADA BERBAKAT SENI

Nama : Aini Syuhada Bt Shahrom Fahmi
Umur : 26 Tahun
Status : Alumni UNISEL dan Pelajar MBA
(Master of Business Admin) (UITM)

Pencapaian Akademik
dan kokurikulum

* Menyambung pengajian dalam
MBA (Master Of Business Admin).

* Mendapat Anugerah Dekan di
setiap semester untuk Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Sumber
Manusia di Universiti Selangor

* Penerima anugerah Pemimpin
Program Sukarelawan (Terbuka)
2018 Universiti Selangor

* Merupakan Timbalan Setiausaha
Majlis Perwakilan Pelajar Unisel
pada sesi 2018-2019.

49 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Perjalanan dan pencapaian
Karier Seni

* Minat menyanyi sejak berumur 6 tahun dan
menyertai koir tabika ,tetapi masa tu pemalu dan
hanya di bahagian belakang sahaja.

*Mula menyertai pertandingan menyanyi sewaktu di
sekolah rendah (terhad di peringkat sekolah
sahaja) dan Sekolah Menengah (peringkat sekolah,
Daerah, dan Negeri ).

*Selepas habis sekolah dan di peringkat Universiti Boleh mengikuti
,mula memasuk pertandingan menyanyi yang besar perkembangan Aini di
seperti I Can See Your Voice Malaysia Season 3,
Infiniteen RTM, dan All Together Now Malaysia laman instagram:
Astro Ria (bakal ditayangkan).

*Aini mempunyai single lagu raya bertajuk ‘Erti
Aidilfitri’ trio bersama Araa Zahaz dan Hani Nosha
terbitan Fusion Record.

* Pernah dijemput untuk membuat persembahan di
beberapa program terkenal seperti Selamat Pagi
Malaysia, Infiniteen RTM, dan Didie Alias Talkshow.

*Sekarang,Aini aktif dalah membuat gift/paid
review dan collaboration bersama jenama terkenal
lokal dan juga antarabangsa.

https://www.facebook.com/comnetunisel 50

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan

51
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Cerpen

Ulah Danish
Oleh Elysh Qi1s2tiTn
aahbuinnti Mohd Zaki

“Trisya, awak dah siap ke? Marilah kita ke kantin bersama sama!” laung
Amanda yang sedang menjinjing beg kertas yang mengandungi bekal nasi
goreng yang dibawanya dari rumah.
“Awak pergilah dahulu, Amanda! Saya belum siap menyalin nota Sains ini lagi,”
kata Trisya sambil tersenyum nipis memandang Amanda yang sedang
menunggunya. Kasihan pula melihat sahabatnya itu. Amanda menggangguk
lalu pergi ke kantin seorang diri.

Lima minit kemudian, Trisya keluar dari kelasnya untuk ke kantin. Perutnya
juga sudah berbunyi buat beberapa kali. Hari ini dia mahu membeli mi goreng
kesukaannya.
Tiba-tiba, seorang murid lelaki yang berusia sekitar tujuh tahun berlari-lari di
hadapannya. Trisya berasa sungguh terkejut dengan tindakan murid tersebut.
Budak lelaki tersebut mengejar rakannya yang sedang melarikan diri
daripadanya. Trisya menggeleng
gelengkan kepalanya.
“Ish, budak-budak ni! Kalau jatuh baru tahu,” kata Trisya lalu mencari-mencari
budak lelaki yang sudah hilang jauh dari pandangannya. Tidak sempat untuk
dia memberi amaran kepada mereka. Maklumlah, Trisya merupakan Ketua
Murid di sekolahnya.

‘Alamak, tinggal lima belas minit lagi untuk makan,’ desis Trisya lalu
mempercepatkan langkahnya ke kantin sekolah. Di dalam kelas, Amanda dan
Trisya sedang mengulang kaji sementara menunggu guru mata pelajaran
Matematik tiba. Maklumlah, mereka berdua ialah pelajar harapan sekolah.
Tidak hairanlah, jika mereka meluangkan masa untuk mengulang kaji pelajaran.
Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Ada yang membaca, melukis,
membuat roket kertas dan sebagainya. Keadaan di kelas sungguh hingar-
bingar. Namun, apabila Trisya menjeling ke arah Dania, murid yang membuat
bising dengan pandangan tajam menikam. Dania terus kecut perut, namun dia
berasa agak jengkel pada mulanya.




https://www.facebook.com/comnetunisel 52

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Cerpen

“ “Selamat tengah hari semua,” sapa Cikgu Zura, guru mata pelajaran Matematik

yang tiba-tiba muncul di pintu kelas. Jika tadi keadaannya bising seperti pasar

borong, kini keadaan kelas sunyi sepi umpama dilanggar garuda. Cikgu Zura

memang sangat tegas. Jika ada antara murid melakukan perkara yang tidak

disukai, alamatnya tsunami akan melanda.

“Baiklah, kelas kita terpilih untuk membantu murid-murid Tahun 1 di dalam

Projek Cepat Baca dari 1 Jun sehinggalah 8 Jun. Jadi, cikgu harus memilih sepuluh

orang murid yang sukarela untuk membantu. Siapakah yang sukarela untuk

membantu murid-murid Tahun 1 di sini?” tanya Cikgu Zura lalu beberapa orang

mengangkat tangan. Trisya menggigit bibir, buntu untuk membuat keputusan.

Setelah Amanda mengangkat tangan, barulah Trisya mengangkat tangannya.

Cikgu Zura tersenyum memandang mereka yang berminat untuk menjadi

sukarelawan kerana murid-murid Tahun 1 memang terkenal dengan perangai

mereka yang amat nakal dan degil.

Pada tarikh yang ditetapkan, Trisya dan Amanda melangkah masuk ke kelas

Tahun 1 dengan penuh semangat sebagai pengajar. Tiba-tiba, Trisya ternampak

seorang murid yang dikenalinya. ‘Oh ya! Itulah budak yang berlari-lari tempoh

hari!’ ngomel Trisya. Trisya

berdoa agar dia tidak ditugaskan untuk mengajar murid tersebut. Akan tetapi,

nasibnya agak malang kerana dia terpaksa ditugaskan untuk mengajar murid

tersebut pada kali ini. Apa boleh buat, mungkin ini adalah satu cabaran buat

Trisya untuk mengajar murid yang agak nakal.

“Hai kakak, nama saya Danish!” kata murid yang bernama Danish itu sambil

tersenyum memandang Trisya. Trisya hanya tersenyum nipis. Dia menarik nafas

lega kerana Danish bukanlah nakal seperti yang disangkakan.

“Hai Danish, nama kakak, Trisya. Danish boleh panggil kakak Trisya, okay?” jelas

Trisya cuba bermesra dengan Danish. Danish hanya mengganguk faham. Danish

pun mengeluarkan alat tulis dan buku Bacalah Anakku miliknya setelah cikgu

mengarahkannya untuk mengeluarkannya.

15 minit kemudian, “Danish tak nak baca, Danish nak main kereta ni.” kata

Danish lalu mengeluarkan kereta mainan miliknya

daripada beg sekolahnya yang berwarna biru gelap. Trisya mengeluh panjang,

mula berasa penat mengajar Danish membaca. Keesokan harinya, Trisya seperti

biasa mengajar Danish membaca lagi. Namun, perangai Danish bertambah

nakal apabila Danish keluar bermain hujan di luar kelas. Bajunya lencun dan

sangat kotor. Trisya berasa sungguh geram namun ditenangkan oleh Amanda.

Setelah dimarahi guru yang berada di dalam kelas, barulah Danish kembali ke

kelasnya. .... Bersambung di edisi akan datang...

53 https://www.facebook.com/comnetunisel

MEDIA SOSIAL

COMNET UNISEL
comnet.unisel.edu.my

Lokasi

UNISEL Bestari Jaya :
Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari

Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia
+603-3280-5098

UNISEL Shah Alam :
Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

Darul Ehsan Malaysia.
+603-5522-3520

Laman Sesawang

: www.facebook.com/comnetunisel

: t.me/infocomnetunisel

: comnet.unisel.edu.my/virtual-office/

Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat
Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke
[email protected]


Click to View FlipBook Version