The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 22 JULAI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comnet, 2023-07-24 02:47:56

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 22 JULAI 2023

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 22 JULAI 2023

KOMUNITI comnet.unisel.edu.my Edisi Digital Pencetus Minda Budiman Bil 22 | 2023 JULAI BULETIN


hhtttps::////wwwwww.f.afacecbeobooko.kco.cmo/mco/mconmetnuentiusenlisel MOHD NOOR RIZAL IRMA SYURYANI AZLINA AZIZAN NURUL ASYIKIN Sidang Editorial Buletin Komuniti Penasihat TN HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN Dekan Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP) Editor TS IZWAN SUHADAK ISHAK Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) AJK EDITORIAL Wartawan/Media JASWENDY JASWIR Pembantu Tadbir & Operasi Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Penolong Editor MEOR MOHD KAMIL AMIRRUDIN Penolong Pendaftar Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) SITI MASNITA TUAN BADLI SHAH NUR HIDAYAH FADRUL AZMAN


Hebahan Unisel - ms 1 Catatan Editor - ms 2 Laporan Khas Program Bakti Siswa Madani- ms 3 Induksi Fasilitator - ms 9 Seminar Keibubapaan Digital - ms 12 Wacana Keluarga Madani - ms 13 Malam Kembara Mimpi- ms 15 Kursus Kepimpinan Ketua Kelas & Pengawas 3K - ms 17 Berita - ms 19 Forum Komuniti Bestari - ms 21 Hebahan Unisel - ms 23 Organisasi Pelajar - ms 24 Isu Semasa Kesan Pemainan Roblox Ke Atas Kanak-Kanak - ms 29 Lawatan Berpandu Ke Arkib Negara Malaysia - ms 31 Kepelbagaian Penduduk, Tingkat Persefahaman- ms 33 Peningkatan Kadar Pengangguran Di Malaysia - ms 35 Jejak Alumni - ms 38 Isi Kandungan Buletin Komuniti https://www.facebook.com/comnetunisel


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 1 Hebahan Unisel


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Editor 2 Alhamdulillah, penerbitan Buletin Komuniti Bil. 22 berjaya disiarkan untuk tatapan para pembaca semua. Agenda pengupayaan komuniti menjadi keutamaan COMNET selama ini diteruskan dengan konsisten dan mendapat jemputan sekolah dan rakan kerjasama NGO yang mempunyai matlamat yang sama. Beberapa siri perlatihan di kalangan pelajar sekolah yang dikendalikan sendiri fasilitator budiman UNISEL yang gigih berkongsi aspirasi khususnya dalam aspek kepimpinan dan kecemerlangan akademik. Selain itu, pemerkasaan ibu bapa juga diberikan perhatian melalui Wacana Keluarga Madani dan Keibubapaan Digital. Modul yang menerapkan nilai kesejahteraan, ihsan dan hormat dalam diri para penjaga dalam cabaran dunia siber yang semakin rencam. Para sukarelawan budiman UNISEL turut ke lapangan menjayakan Bakti Siswa Madani di desa sekitar Kuala Selangor. Mahasiswa mengambil peluang memberikan pencerahan laluan pengajian dan kerjaya melalui slot Road to University (R2U). Gotong royong bersama komuniti turut dilaksanakan serta edaran Dapur Ehsan kepada komuniti secara bersasar. Assalamualaikum dan salam sejahtera. TS IZWAN SUHADAK ISHAK Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Bagi memberikan kecaknaan isu semasa kepada pembaca, Forum Komuniti Bestari menyentuh beberapa topik antaranya Kanak-Kanak Aset Negara, Gaya Hidup Sihat Dengan Derma Darah, Masalah Sosial Generasi Muda dan banyak lagi. Jejak Alumni menampilkan seorang wanita yang telah bergraduasi lama dan membangun kerjaya dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Kini menjadi peneraju dalam bidangnya dengan memberikan konsultansi kepada pihak agensi kerajaan dan komuniti. Semoga iainya menjadi inspirasi kepada semua pembaca khususnya mahasiswa PAKK UNISEL. Kepada adik-adik lepasan SPM jika sudah ada cita-cita yang diidamkan, ayuh daftar dan belajar di UNISEL bagi merealisasikan impian anda. Layar dan daftar di www.unisel.edu.my Salam hormat dan selamat membaca.


KUALA SELANGOR, 25 Jun 2023 - Program Bakti Siswa Madani telah menjaykan aktiviti antaranya Dapur Ehsan, Road To University (R2U) di Kg. Rantau Panjang. Dekan HEP, Tuan Haji Amidi bin Dato' Abdul Manan bersama Encik Nordin, Ketua Kampung menyampaikan sumbangan Dapur Ehsan dari pihak NGO kepada keluarga yang kurang kemampuan. Program Bakti Siswa Madani kali ini bekerjasama dengan Persatuan Setiausaha MPKK Selangor (SUKSES). https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 3 Laporan Khas PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG RANTAU PANJANG


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 4 LAPORAN KHAS PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG BUKIT CHERAKAH KUALA SELANGOR, 25 JUN 2023 - Program Bakti Siswa Madani telah mengadakan program pemetaan komuniti bagi meninjau isu dan potensi di dalam lokaliti. Kali ini Kg Bukit Cherakah menjadi lokasi program dengan kerjasama Encik Zaid, setiausaha MPKK. Road To University (R2U) telah dihadiri oleh 30 orang peserta di kalangan remaja bagi mengikuti peluang pengajian dan kerjaya. di kg.tersebut. Tuan Haji Amidi bin Dato' Abdul Manan turut hadir bersama Encik Adhar, Pengerusi SUKSES bagi meraikan sukarelawan dan menyerahkan simbolik bantuan Dapur Ehsan dari MBI Selangor kepada penduduk.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 5 LAPORAN KHAS PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG BUKIT BADONG KUALA SELANGOR, 1 JULAI 2023 - Mahasiswa Budiman Turun Lapangan, menjadi tagline bagi Program Bakti Siswa Madani yang telah memilih Kg Parit Mahang bagi melaksanakan kegiatan edaran Dapur Ehsan, Road To University' (R2U) dan menanam pokok lanskap di sekitar kampung. Encik Jaswendy Jaswir selaku Ketua Penyelaras program telah mengerakkan 20 sukarelawan bagi menjayakan program pada kali ini. Dekan HEP Tuan Haji Amidi bin Dato' Abdul Manan sudi meluangkan masa bagi aktiviti penanaman anak pokok dan menyampaikan sumbangan Dapur Ehsan kepada komuniti. Program ini menjadi wahana pemasaran secara tidak langsung kepada UNISEL selain memberikan pendedahan kepada mahasiswa melalui pendekatan Experiential Learning.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 6 Laporan Khas PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG PARIT MAHANG KUALA SELANGOR, 2 JULAI 2023 - Warga Kg. Parit Mahang sangat teruja dengan kehadiran mahasiswa yang terlibat dalam Program Bakti Siswa Madani. Program Road To University (R2U) juga mendapat sambutan di kalangan pelajar sekolah menengah yang ditinggal di sini. Mahasiswa UNISEL berkesempatan bergotong royong di premis surau selain membuat edaran Dapur Ehsan yang telah disumbangkan oleh pihak MBI Selangor. Tuan Haji Amidi bin Dato' Abdul Manan (Dekan HEP) berkelapangan bersama-sama NGO SUSKES menyantuni beberapa keluarga di sini.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 7 Laporan Khas PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG IJOK KUALA SELANGOR, 8 JULAI 2023 - UNISEL dengan kerjasama Persatuan Setiausaha MPKK Selangor (SUKSES) telah berjaya melaksanakan Program Bakti Siswa Madani di Kg. Ijok. En Meor Mohd Kamil, penyelaras program telah menyusun pelbagai program antarany pemetaan komuniti, edaran Dapur Ehsan, R2U dan gotong-royong di surau. Tuan Haji , Amidi bin Dato Abdul Manan turut hadir menyantuni sukarelawan dan warga kampung yang terlibat. Sukarelawan sangat teruja dan menghargai pengalaman yang didedahkan dalam program ini.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 8 Laporan Khas PROGRAM BAKTI SISWA MADANI KAMPUNG JAYA SETIA KUALA SELANGOR, 9 JULAI 2023 - Program Bakti Siswa Madani telah mengadakan kegiatan edaran Dapur Ehsan, dan gotong-royong di Kg Jaya Setia. Encik Salehudin, Setiausaha MPKK meraikan kehadiran para sukarelawan UNISEL ke kampung beliau. Tururt hadir Haji Amidi Dato' Abdul Manan bersama En Meor Mohd Kamil Amirrudin (Penyelaras Program) menyantuni sukarelawan dan berziarah ke rumah warga kampung yan uzur dari segi kesihatan. Sukarelawan juga sempat beramah mesra bersama warga kampung yang terlibat.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 9 Laporan Khas INDUKSI ROAD TO UNIVERSITI (R2U) BESTARI JAYA, 3 JULAI 2023 - Induksi Road To University di Bilik Mesyuarat Pusat Jaringan Komuniti & Pelajar. Fasilitator diberikan pencerahan modul yang akan digunakan bagi program R2U dan juga bahagian tugasan mereka mengikut slot yang telah dibahagikan. Simulasi aktiviti juga dilaksanakan sebagai persediaan awal kepada fasilitator bagi program tersebut. Turut dihadiri oleh pengarah Pusat Jaringan Komuniti & Pelajar bagi sesi meningkatkan nilai kepimpinan dalam kalangan para pelajar yang melibatkan diri sebagai fasilitator program R2U.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 10 Laporan Khas INDUKSI KURSUS KEPIMPINAN 3K UNISEL , 19 JUN 2023 - Induksi Kursus Kepimpinan Ketua, Penolong Ketua Kelas & Pengawas 3K di Bilik Mesyuarat Pusat Jaringan Komuniti & Pelajar. Para pelajar yang melibatkan diri sebagai fasilitator dalam program Kursus Kepimpinan Ketua, Penolong Ketua Kelas & Pengawas 3K diberikan pencerahan tentang modul yang akan digunakan bagi program tersebut. Di samping itu, para fasilitator juga diberikan latihan simulasi aktiviti yang akan dijalankan semasa program berjalan. Program ini bertujuan bagi meningkatkan keyakinan dan motivasi pelajar dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka di sekolah. Tambahan pula, mereka merupakan pemimpin-pemimpin kecil dalam sebuah organisasi pelajar di sekolah yang merupakan tulang belakang para guru.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 11 Laporan Khas INDUKSI MALAM KEMBARA MIMPI UNISEL, 20 JUN 2023 - Induksi Malam Kembara Mimpi di Bilik Mesyuarat Pusat Jaringan Komuniti & Pelajar. Para fasilitator seramai 7 orang telah diberikan pendedahan awal berkaitan modul yang akan digunakan bagi program Malam Kembara Mimpi akan akan dilaksanakan di Dewan Ungku Aziz. LDK ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah bagi meningkatkan potensi diri mereka. Simulasi aktiviti juga telah dijalankan bagi persediaan awal para fasilitator dalam melaksanakan program LDK Malam Kembara Mimpi.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 12 Laporan Khas SEMINAR KEIBUBAPAAN DIGITAL KUALA SELANGOR, 8 JULAI 2023 - Seminar Keibubapaan Digital di Bilik Mesyuarat Bitara. Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan kepada ibu bapa berkenaan Adab & Etika Dunia Siber, Gaya Keibubapaa Digital serta Nilai Keluarga Madani. Slot berikut telah disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En Farid Wajdi Mohd Nor iaitu Konsultan Akademi Wafa & En. Kamarul Azami Mohd Zaini yang merupakan Setiausaha WADAH Selangor. Program ini juga turut dirasmikan oleh Tuan Haji Amidi Dato' Abd Manan selaku Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti. Cenderahati juga turut diberikan oleh beliau kepada Tuan Pengetua SMK Raja Muda Musa iaitu En. Mokhidin Mastury di Bilik Mesyuarat Bitara.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 13 Laporan Khas PROGRAM WACANA KELUARGA MADANI KUALA SELANGOR, 9 JULAI 2023 - Wacana Keluarga Madani berlangsung di SMK Rantau Panjang dengan jayanya. Program ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr. Mohammad Fauzan Noordin yang merupakan Pengarah IIIT East & Southeast Asia. Turut dihadiri Tuan Haji Amidi Dato' Abdul Manan selaku Dekan Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti Unisel. Program ini bertujuan bagi memberikan pendedahan tentang Kemahiran Keibubapaan & Nilai Ihsan yang disampaikan oleh Puan Nor Azizah Abd Aziz yang merupakan Perunding Psikologi Bayt Al-Rahmah. Di samping itu, Tuan Fawwaz Hasbullah yang merupakan panel daripada Pertubuhan Bapa Penyayang turut berkongsi tentang Penerapan Nilai Kekeluargaan & Hormat - Menghormati.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 14 Laporan Khas PROGRAM ROAD TO UNIVERSITY KUALA SELANGOR, 8 JULAI 2023 - Program Road To University di Surau AlFalah. Para peserta terdiri daripada semua pelajar tingkatan 5 yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru itu, SMK Raja Muda Musa telah menjemput pihak UNISEL bagi mengadakan program yang dapat meningkatkan motivasi para pelajar dan membantu mereka dalam membuat pilihan haluan selepas SPM. Pusat Jaringan Komuniti dan Pelajar telah menghantar seramai 13 orang bagi menjadi fasilitator dalam menjayakan program Road To University.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 15 Laporan Khas ICT BOOT CAMP MALAM KEMBARA MIMPI SIRI 2 BESTARI JAYA, 8 JULAI 2023 - Malam Kembara Mimpi di Dewan Naib Canselor telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan 60 pelajar tingkatan 4 sehingga 6 di sekolah-sekolah sekitar negeri Selangor. Justeru itu, seramai 7 orang fasilitator terlatih bimbingan Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah terlibat dalam menjayakan Latihan Dinamika Kumpulan (LDK) yang diadakan bersempena program ICT Boot Camp anjuran FCVAC.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 16 Laporan Khas ICT BOOT CAMP MALAM KEMBARA MIMPI SIRI 1 BESTARI JAYA, 24 JUN 2023 - Malam Kembara Mimpi di Dewan Ungku Aziz , FESS telah dijalankan bagi meningkatkan kemahiran berfikir dan kepimpinan dalam kalangan pelajar tingkatan 4 sehingga 6 yang melibatkan 4 buah sekolah menengah sekitar negeri Selangor. Seramai 7 orang fasilitator telah terlibat dalam menjayakan LDK Malam Kembara Mimpi tersebut. Para pelajar juga turut didedahkan dengan kemahiran komunikasi yang baik dan melatih keberanian mereka melalui sesi perbentangan Sekolah Impian di hadapan semua kumpulan LDK. Saudari Siti Azilah, Penyelaras Program COMNET telah berperanan sebagai ketua fasilitator pada kali ini. Program adalah bersempena penganjuran ICT Boot Camp oleh Jabatan Komputer, FCVAC.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 17 Laporan Khas KURSUS KEPIMPINAN KETUA KELAS DAN PENGAWAS 3K BESTARI JAYA, 5 JULAI 2023 - Kursus Kepimpinan Ketua, Penolong Ketua Kelas & Pengawas 3K anjuran SMK Raja Muda Musa dengan penglibatan 120 orang pelajar telah dilaksanakan dengan jayanya. 20 fasilitator terlatih bimbingan COMNET telah mengendalikan sesi perlatihan bagi menerapkan daya kepimpinan di kalangan peserta. Ceramah Inspirasi telah dikemudi oleh Ts. Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET dan ucapan aluan oleh Tuan Haji Amidi Dato' Abdul Manan selaku Dekan HEP. Para peserta sangat teruja dengan aktiviti yang diadakan antaranya Terowong Harapan, Diskusi Warung dan Pidato Pimpinan. Tuan Pengetua juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak UNISEL yang sudi menerima undangan bagi membimbing para peserta yang dahagakan bimbingan dalam aspek kepimpinan dalam diri dan organisasi.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan Unisel 18


MESYUARAT PEMERKASAAN REMAJA ORANG ASLI Mesyuarat Pemerkasaan Remaja Orang Asli di Negeri Selangor. Mesyuarat di Institut Kesihatan Malaysia. Membincangkan isu berbangkit dan memperkasarkan remaja orang asli Selangor. Rancangan membuat kursus di Unisel pada bulan Ogos 2023. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 19 Berita MESYUARAT PENGURUSAN HEP Mesyuarat Pengurusan HEP bulanan pada 13 Julai 2023. Mesyuarat membincangkan isu semasa dan isu berbangkit dalam semua jabatan HEP. COMNET telah diwakili oleh Encik Meor Mohd Kamil Amirrudin, Penolong Pendaftar COMNET.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 20 Berita MESYUARAT BULANAN COMNET BIL 6 Mesyuarat bulanan COMNET telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Pusat Sukan pada 11 Julai 2023. Selain itu juga mesyuarat ini sebagai hari terakhir Cik Siti Nurazilah sebagai pelajar Latihan Industri di Pejabat COMNET. Pihak COMNET merakamkan sekalung penghargaan atas sumbangan dan jasa bakti sepanjang berkhidmat di pejabat ini. Semoga terus sukses pada masa hadapan. MESYUARAT PIMPINAN MUDA PERINGKAT NEGERI SELANGOR Mesyuarat ini telah diadakan di Dewan Auditorium Institut Kemajuan Desa (INFRA) di Bangi pada 22 Julai 2023. Encik Meor Mohd Kamil Amirrudin telah mewakili COMNET bersama Timbalan Pendaftar HEP iaitu Encik Zulfikri bin Mohd Kamil bagi pelaksanaan program kepimpinan belia dari pelbagai IPT di dalam negeri Selangor.


SEMPENA HARI KANAK-KANAK ANTARABANGSA KANAK-KANAK ASET NEGARA . SEMPENA HARI DERMA DARAH SEDUNIA GAYA HIDUP SIHAT DENGAN DERMA DARAH ONLINE, 7 JUN 2023 - Forum Komuniti Bestari pada kali ini menampil para panel daripada Jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak yang membincangkan tentang kepentingan dalam mendidik anak-anak daripada kecil, cara mengawal emosi kanak-kanak damn sebagainya. Forum ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang kepentingan pendidikan awal yang efektif kepada kanak-kanak yang semakin mencabar dengan perubahan dan peredaran masa pada zaman kini. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuniti Bestari 21 ONLINE, 14 JUN 2023 - Sempena Hari Derma Darah Sedunia pada 14 Jun 2023 yang lalu, Pusat Jaringan Komuniti & Pelajar telah menjmput para panel daripada Pusat Darah Negara iaitu Dr. Ummi Nazirah & En Nik Mohd Fariz bagi membincangkan dan berkongsi pengalaman serta maklumat mengenai cara, syarat derma darah, kebaikan, impak dan jenis-jenis darah yang diperlukan dalam kalangan rakyat Malayisa. Forum ini bertujuan bagi mengalakkan masyarakat untuk melibatkan diri dalam program derma darah dengan lebih kerap.


ISU SOSIAL GENERASI MUDA REMAJA TERLANJUR DI MANA ARAH TUJUNYA . SEMPENA HARI RAYA HAJI IBRAH PENGORBANAN ONLINE, 21 JUN 2023 - Forum Komuniti Bestari pada kali ini membincangkan tentang masalah remaja hamil luar nikah daripada pelbagai faktor. Ia turut menampilkan para panel yang berpengalaman luas dalam isu tersebut. Oleh itu, pelbagai cara bagi mengatasi dan mendidik para remaja dikongsikan oleh panel-panel jemputan. Tambahan pula, forum ini juga bertujuan bagi memberikan kesedaran kepada ibu bapa agar lebih cakna terhadap perubahan yang berlaku dalam diri anak-anak yang sedang meningkat remaja di Malaysia. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuniti Bestari 22 ONLINE, 28 JUN 2023 - Sempena Hari Raya Haji pada 29 Jun 2023, Pusat Jaringan Komuniti telah menampilkan Ustaz Arif Fahmi & Saudara Nazmi bagi mengupas isu Ibrah Pengorbanan. Para panel turut berkongsi tentang pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s, kelebihan melaksanakan ibadah korban, amalan sunat yang boleh dilakukan pada hari raya haji dan sebagainya. Forum ini juga bertujuan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan masyarakat tentang hukum-hukum dalam Islam berkaitan dengan ibadah korban.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan Unisel 23


. https://www.facebook.com/comnetunisel Mari Ke Terengganu | Motivator : Kampus Bestari Jaya | Terengganu 18 - 21 Mei 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 24 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Simpulan Kaish | Motivator : Kampus Bestari Jaya | Rawang 8 April 2023


. https://www.facebook.com/comnetunisel TEDxTalk | Motivator : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 10 Mei 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 25 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Hari Organisasi Pelajar 2023 (HOPE) | Organisasi Pelajar BJ : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 20-22 Jun 2023


. https://www.facebook.com/comnetunisel Makan Malam ‘Appreciation Nite 2022’| Human Resources Club : Kampus Shah Alam | I-City Shah Alam 2 Mac 2022 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 26 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Movie Night | India Caltural & LanguageSociety : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 23-25 Mei 2023


. https://www.facebook.com/comnetunisel Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor | Unisel Football Club : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 8-9 Julai 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 27 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Liga Bola Sepak Piala Naib Canselor | Majlis Perwakilan Kolej : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 15-16 Julai 2023


. https://www.facebook.com/comnetunisel Unisel Futsal Pesta Ria Kolej Kediaman | Majlis Perwakilan Kolej : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 9-11 Julai 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 28 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Majlis Perasmian Pesta Ria Kolej Kediaman | SISPA : Kampus Bestari Jaya | Unisel BJ 4 Julai 2023


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 29 Isu Semasa KESAN PEMAINAN ROBLOX KE ATAS KANAK-KANAK Oleh Mohd Noor Rizal bin Arbain Pensyarah FCVAC UNISEL ROBLOX adalah sebuah platform permainan daring yang semakin popular di kalangan kanak-kanak dan remaja. Dengan antara muka yang mesra pengguna dan kemampuan untuk mencipta dan bermain dalam permainan mereka sendiri, ROBLOX menawarkan pengalaman yang mengasyikkan dan interaktif. Namun, seperti halnya dengan banyak permainan dalam talian, terdapat pro dan kontra yang perlu dipertimbangkan tentang bagaimana penggunaan ROBLOX dapat mempengaruhi perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak. Aspek positif daripada ROBLOX adalah peluang untuk berkreasi dan berkolaborasi. Kanak-kanak dapat mengeksplorasi imaginasi mereka dengan membuat permainan sendiri menggunakan alat yang mudah difahami dalam platform ini. Ini dapat membantu meningkatkan kemahiran kreatif dan kognitif mereka, serta membuka pintu untuk pemahaman mereka tentang konsep-konsep teknologi dan desain permainan. Selain itu, ROBLOX juga menyediakan ruang sosial yang memungkinkan kanak-kanak berinteraksi dengan pemain lain dari seluruh dunia. Mereka dapat berkomunikasi dan bekerjasama untuk mencapai tujuan bersama dalam permainan, yang dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dan membantu mereka memahami pentingnya kerjasama.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 30 Isu Semasa Pengawasan: Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti permainan kanak-kanak mereka, termasuk memeriksa permainan yang mereka mainkan dan konten yang mereka akses. Batas waktu: Tetapkan had masa bermain harian untuk memastikan kanak-kanak tidak terlalu lama bermain ROBLOX dan masih ada masa untuk aktiviti lain. Berkomunikasi: Bincangkan dengan kanak-kanak tentang pentingnya bermain dengan selamat dalam talian dan bagaimana mengenali konten yang tidak pantas. Mengaktifkan Kekangan Keamanan: Platform ROBLOX menyediakan alat kekangan keamanan yang boleh diaktifkan oleh ibu bapa untuk melindungi kanak-kanak dari akses ke konten tidak sesuai. Namun, perlu diingat bahawa ROBLOX juga turut membawa risiko. Salah satu keprihatinan adalah potensi pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai atau berbahaya. Platform permainan dalam talian ini memberi kebebasan kepada pemain untuk mencipta dan memuat naik kandungan sendiri, yang mungkin menyebabkan kemunculan permainan dan aktiviti yang tidak sesuai atau berbahaya bagi kanak-kanak. Selain itu, pemainan ROBLOX juga dapat menyebabkan ketagihan pada kanak-kanak. Ciri permainan yang mengasyikkan dan berulang dapat menyebabkan mereka terus bermain tanpa batas waktu, yang dapat mengganggu keseimbangan dalam kehidupan sehari-hari mereka, termasuk prestasi akademik dan interaksi sosial di dunia nyata. Oleh itu, penting bagi ibu bapa dan pengawas untuk mengambil langkahlangkah untuk memastikan penggunaan ROBLOX yang selamat dan terkawal bagi kanak-kanak. Beberapa tindakan yang boleh diambil termasuk: Kesimpulannya, ROBLOX dapat memberikan pengalaman yang bermanfaat dan mendidik bagi kanak-kanak, terutama dalam hal kreativiti dan interaksi sosial. Namun, perlu diimbangi dengan kesedaran akan potensi risiko dan pengawasan yang cermat dari ibu bapa dan pengawas untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka dalam dunia maya.


Pada 13 Jun 2023 yang lepas, Kelab Pustaka dibawah naungan Jabatan Komunikasi telah melakukan lawatan ke Arkib Negara bersempena dengan Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa yang telah berlangsung pada 9 hingga 16 Jun 2023. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang. Lawatan ini telah disertai oleh 40 orang pelajar dengan diiringi oleh dua orang pensyarah Jabatan Komunikasi, iaitu Cik Munirah Ilias (Pensyarah & Ketua Jabatan Komunikasi) dan Puan Norhaida Hanim Ahmad Tajudin (Pensyarah Pengurusan Perpustakaan). Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa diadakan bertujuan untuk meraikan institusi arkib peringkat kebangsaan yang turut diraikan di peringkat antarabangsa. Antara pengisian kepada sambutan ini adalah Bicara Koleksi Persendirian dan Koleksi Peristiwa Pandemik Covid-19:Pengalaman Malaysia serta Lawatan Berpandu ke Arkib Negara Malaysia. Sambutan ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya generasi muda terhadap peranan dan kepentingan institusi arkib dan bahannya. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 31 Isu Semasa LAWATAN BERPANDU KE ARKIB NEGARA MALAYSIA Oleh Nurul Asyikin binti Deraman Pensyarah FCVAC UNISEL


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan Unisel 32 Pelbagai program signifikan dilaksanakan secara fizikal dan dalam talian berfokuskan pemeliharaan khazanah dan warisan arkib sedunia.Mengangkat tema ‘Archives United’, penganjuran sambutan ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ dalam usaha memelihara dan melestari bahan arkib sebagai warisan khazanah negara untuk menyemai dan memupuk serta menyemarakkan rasa cinta kepada negara. Diharapkan, dengan menyertai lawatan ke Arkib Negara ini telah memberi pendedahan kepada para pelajar tentang bagaimana proses pengurusan rekod yang sistematik dan berkesan demi menjamin keselamatan rekod awam. Selain itu, para pelajar dapat belajar bagaimana cara pihak arkib dapat mengesan, memelihara dan memulihara rekod – rekod yang mereka perolehi untuk dijadikan sebagai khazanah warisan negara Malaysia yang tercinta ini.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 33 Isu Semasa KEPELBAGAIAN PENDUDUK, TINGKAT PERSEFAHAMAN Oleh Siti Masnita Bt Md Idros Kaunselor (K.B.,P.A.) Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti Selangor Bersempena Hari Penduduk Sedunia yang disambut baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengambil inisiatif untuk memartabatkan kumpulan sasar dan penghapusan diskriminasi kepada golongan tertentu. Hal ini secara langsung akan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu dan cabaran semasa kependudukan di negara ini. Menyedari tentang isu dan cabaran semasa penduduk boleh mengundang kepada kerisauan dan tekanan masyarakat untuk menghadapinya. Menyentuh daripada aspek kesejahteraan individu, salah satu perkara yang boleh dipraktikkan bersama adalah sistem sokongan dengan saling memahami atau empati antara satu sama lain. Justeru, untuk merasa empati terhadap orang lain kadangkala boleh menimbulkan konflik interpersonal malah juga intrapersonal. Hal ini adalah memandangkan kepelbagaian budaya dan individu dalam masyarakat. Konsep kepelbagaian tidak boleh dilihat dari sudut kepelbagaian budaya sahaja, malah perlu dikaji daripada kepelbagaian seperti personaliti dan latar belakang. Ivey, M. B., D'Andrea, M., & Ivey, A. E. (2012), memperkenalkan model RESPECTFUL sebagai pendekatan untuk memahami individu yang lain, malahan model ini juga boleh digunakan untuk memahami diri sendiri. Model tersebut menghurai sepuluh konsep kepelbagaian seperti yang berikut:


R - Religious (Agama), E - Economic class identity (kelas ekonomi) S - Sexual identity (jantina) P - Psychological maturity (kematangan psikologi) E - Ethnic identity (etnik) C - Chronological challenges (cabaran hidup) T - Traumatic experiences (pengalaman trauma) F - Family identity and history (ideniti dan sejarah keluarga) U - Unique physical characteristics (keunikan karakter fizikal) L - Location residence and language differences (lokasi tempat tinggal dan perbezaan bahasa). Model RESPECTFUL boleh digunakan dalam membentuk sistem sokongan untuk membantu orang lain dan merasa empati terhadap individu lain. Konsep-konsep tersebut boleh difahami satu-persatu untuk mengenali individu lain supaya sistem sokongan dalam masyarakat lebih efektif. Sistem sokongan dalam masyarakat amat penting dalam menjamin kesejahteraan individu bagi membentuk masyarakat harmoni. Kadangkala, seseorang individu tidak memerlukan wang ringgit, tetapi hanya memerlukan sokongan dan empati dalam komuniti bagi meningkatkan produktiviti. Sehubungan itu, mari bersama bentuk sistem sokongan dalam masyarakat yang berkesan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat. Kesepakatan, persefahaman, kerjasama antara elemen penting bagi membentuk negara yang lebih maju. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 34 Isu Semasa


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 35 Isu Semasa PUNCA PENINGKATAN KADAR PENGANGGURAN DI MALAYSIA Oleh Siti Nur Azilah Saipul Penyelaras Program, Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Hal ini dikatakan demikian kerana kesan pelaburan asing kepada sesebuah negara adalah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat dan ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kadar pengangguran. Sikap pemilih pekerjaan Ada individu yang sangat memilih kerja sehingga menyebabkan kepada berlakunya peningkatan terhadap kadar pengangguran di Malaysia. Melalui kajian yang dibuat oleh satu universiti tempatan seramai 176 daripada 351 orang responden bersetuju bahawa individu yang terlalu memilih pekerjaan menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk menempatkan diri dalam pasaran kerja. Kebanyakan graduan lepasan universiti dilihat terlalu mengimpikan gaji yang tinggi serta bonus tahunan yang lumayan walaupun tidak mempunyai pengalaman bekerja. Latihan praktikal selama 4 hingga 6 bulan tidak memadai jika dibandingkan pengalaman bertahun para senior dalam industri. Isu pengangguran di Malaysia semakin membimbangkan kerana kadar peningkatan pengangguran yang mendadak ketika kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berbeda keadaan sebelum wabak COVID-19 di mana Malaysia mencatatkan kadar pengangguran di bawah 4 peratus dalam tempih 10 tahun. Kemahiran teknikal satu kelebihan Individu yang mempunyai keupayaan menggunakan kemahiran teknikal yang bagus dilihat memilik kepakaran atau pengetahuan secara spesifik dan menjadi idaman para majikan. . Sebagai contoh, pekerjaan berasaskan kemahiran dalam bidang kewangan dan kejuruteraan tidak sahaja mementingkan tentang teori, pekerja perlu mempunyai pengalaman serta latihan yang bersesuaian agar tugasan yang diberikan oleh majikan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Penguasaan kemahiran teknikal dan vokasional adalah satyu kelebihan dan ianya dapat memberikan keyakinan serta mampu menarik pelabur asing.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 36 Isu Semasa Penguasaan bahasa tambahan Kepentingan dan penggunaan bahasa Inggeris ini tidak dapat dinafikan lagi kerana individu yang mampu menguasai bahasa Inggeris ini menjadi satu kelebihan dan jauh berpeluang untuk ditawarkan pekerjaan berbanding yang lain. Malah ada juga yang menguasai asas perbualan bahasa Arab, Mandarin, Perancis, Jepun dan lain-lain menjadi nilai tambah dalam memohon pekerjaan. Kepentingan bahasa tamban selain bahasa Inggeris ini dapat membuka peluang pekerjaan kerana ianya dianggap sebagai bahasa perantaraan di peringkat antarabangsa Bahkan, dunia ekonomi dan perdagangan juga sekarang ini lebih menekankan penggunaan bahasa inggeris dan bahasa negara yang menguasi ekonomi dunia sebagai bahasa perantaraan dalam urusan perdagangan. Hal ini sebagai bukti bahawa melalui penguasaan bahasa antabangsa, graduan berpeluang jauh leibh besar ditawarkan pekerjaan di sesebuah syarikat di dalam dan luar negara. Dalam sisi yang lain apabila ditinjau kepada masalah tangga gaji yang digariskan oleh majikan seolah-olah menafikan hak dan kelayakan akademik para graduan yang mereka tawarkan kepada pekerja yang baru tamat pengajian. Malah tidak berlaku kenaikan gaji walaupun sudah berkhidmat lama. Kebiasaannya penyebab utama para graduan terpaksa memilih pekerjaan. Pada tahun 2010 sehingga 2018, gaji permulaan graduan lepasan universiti dilihat semakin merosot disebabkan oleh faktor inflasi dalam negara. Ada juga sebahagian graduan mengambil inisiatif untuk berniaga dalam bidang yang berbeza dengan bidang pengajian mereka di universiti dulu. Mengambil kira pendapatan yang dapat dijana jauh lebih tinggi berbanding bekerja dengan syarikat.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 37 Hebahan Unisel


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 38 Jejak Alumni PENERAJU PENGASUH ANAK BANGSA PENGALAMAN DI UNISEL Nama: Anisa Binti Ahmad Tarikh Lahir: 19 November 1966 Tempat Tinggal: Klang, Selangor Program: 1. The Council for Award in Care, Healthand Education (CACHE), Level 1, United Kingdom,2018 2. Bachelor of Education (Hons) (Early Childhood Education), Universiti Selangor (UNISEL), 2016 3. Diploma In Education(Pre School), Universiti Selangor(UNISEL), 2009 Menyambung pengajian di UNISEL adalah kerana ingin mendalami bidang pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak atas dasar minat dalam bidang tersebut. Pada ketika ini, saya telah pun memiliki TADIKA sendiri setelah menghadiri kursus mengenai PAKK dan juga setelah bekerja di TADIKA selama setahun. Oleh kerana terasa seperti ilmu mengenai PAKK masih tidak mencukupi, maka saya telah melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang PAKK juga di UNISEL. Alhamdulillah, ketika mendalami ilmu PAKK di UNISEL, setiap semesta saya dianugerahkan dengan Sijil Dekan, walaupun pada satu ketika saya sedang sarat mengandung anak ke lima. Walaupun, saya tidak terlibat dengan aktiviti di UNISEL, kerana saya adalah pelajar hujung minggu, namun, saya dan rakan-rakan yang lain tetap menjalankan khidmat masyarakat dengan mengunjungi perkampungan Orang Asal di Selangor dan membantu adik-adik “full time” dengan berkongsi pengalaman mengenai dunia PAKK yang sebenar. Seperkara lagi, kami merupakan kohort yang pertama menerajui Diploma Pra Sekolah dan Ijazah Sarjana Muda PAKK. LATARBELAKANG


Perkembangan Kerjaya Kerjaya saya bermula dalam bidang kewangan tetapi beralih arah ke bidang PAKK setelah menghadiri kursus di bawah tajaan MARA bagi menjadi pengusaha TADIKA., itu pun setelah dipaksa oleh kakak saya. Atas dasar potensi dan kepercayaan bahawa saya mempunyai apa yang diperlukan dalam bidang PAKK, kakak saya, yang telah lama berada dalam bidang TADIKA, telah memasukkan nama saya untuk menghadiri kursus Pengurusan TADIKA. Setelah menghadirinya, saya amat tertarik dengan PAKK, bagaimana ianya memberi impak dalam kehidupan kanak-kanak untuk jangka masa yang panjang. Walaupun kursus tersebut adalah untuk membentuk seorang usahawan TADIKA, namun saya percaya kepada melaluinya terlebih dahulu sebelum membina yang baru, maka, saya telah berkerja di TADIKA Si Kecil Pintar di Shah Alam sebagai guru tadika bagi kanak-kanak berusia 6 tahun selama setahun dan disamping itu diberi kepercayaan untuk mengurus TADIKA tersebut sebagai penolong pengurus. Saya juga mendapatpeluang membantu kanak-kanak istimewa. Bermula dengan kursus dan keadaan anak yang ke dua yang tidak boleh membaca, membuatkan saya mengambil peluang yang diberikan oleh MARA untuk terus ke bidang PAKK. Namun disebabkan saya percaya untuk kekal dan untuk memulakan sesuatu yang baru, ilmu itu sangat penting. Maka saya terus mendaftarkan diri di UNISEL untuk mempelajari bidang PAKK. Kecintaan yang mendalam dalam bidang ini membuatkan saya terus mencari persatuan yang berkaitan. Hanya setelah saya diberi peluang untuk membuka TASKA, saya diperkenalkan kepada Persatuan TASKA Negeri Selangor (PTNS). Ianya merupakan titik mula penglibatan saya dalam NGO. Banyak saya pelajari dari PTNS dan akhirnya saya diperkenalkan kepada induk kepada semua persatuan PAKK di Malaysia iaitu Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-kanak Berdaftar Malaysia (PPBM), yang dulu dikenali sebagai Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya Malaysia Association of Registered Child Care and Development (MyECCD). https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 39 Jejak Alumni


Selain sebagai presiden PPBM saya juga merupakan jurulatih dalaman PPBM dan juga merupakan penasihat bagi beberapa TASKA Swasta. Saya juga telah memberi beberapa pandangan dan pengalaman mengenai isu semasa TASKA di beberapa akhbar, stesyen televisyen dan juga di radio selain kepada agensi kerajaan. Saya juga telah dilantik menjadi pengawai verfikasi luaran bagi pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia bagi bidang PAKK, Jurulatih Kebangsaan JPJ bagi Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bagi TASKA dan juru latih Utama LPPKN dan KKM bagi mewakili TASKA, salah seorang panel mengiktitaf kualiti TASKA melalui Bahagian GENIUS, panel MQA bagi pemurnian PAKK, panel TVET PAKK dan dalam bidang penulisan, saya diberi kepercayaan sebagai panel pakar industri untuk majalah Positif Parenting. Saya juga telah dilantik sebagai Technical Work Group (TWG) bagi KPWKM bagi mengetuai Comprehensive Education Sexuality for Children Age 6 Years and below, UPSI sebagai panel pakar industri dalam projek Penyelarasan Ujian Psikometrik Peringkat Kebangsaan dan di Kementerian Kesihatan untuk National Coordinator for Food, Dafety and Health for Children in TASKA pada tahun 2019 hingga sekarang. Selain itu, saya juga pernah menjadi pensyarah sementara di UPSI Holdings Sdn Bhd bagi Diploma Ekstutif PAKK pada tahun 2017 hingga 2018 dan Pakar Industri bagi Master’s in Child Development Study, UPM dari tahun 2020 hingga sekarang, Pengusaha dan Pengurus bagi TADIKA Alaf Bestari dan kemudianTASKA PERMATA Anakanda Bestari dari tahun 2007 hingga 2014. Sekarang saya lebih kepada menjadi penasihatbagi beberapa TASKA di Kuala Lumpur dan Selangor. Kesedaran mengenai kepentingan PAKK maka, saya telah membuka Pusat Latihan saya sendiri bersama- sama beberapa teman seperjuangan dan saya diamanahkan sebagai Chief Strategy Officer (CSO) di House of Wisdom PLT. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 40 Jejak Alumni


Pencapaian dan Sumbangan Sosial Setelah beberapa tahun bersama kedua-dua NGO ini, saya telah dipilih sebagai Presiden PPBM pada tahun 2019 hingga kini. Dari sini saya mula melangkah lebih jauh lagi dengan membantu kerajaan terutamanya KPWKM dan JKM dalam membuat dasar, peruntukan, SOP dan lain-lainbagi kebaikan dan kebajikan PAKK. Setelah sekian lama didalam industri PAKK, saya telah diiktitaf sebagai Pakar Industri Negara dalam bidang PAKK oleh JPK. Saya telah menjadi penasihat bersama dengan Penolong Pengarah JKM (Operasi), Puan Wan Noraidah bagi mengendali Konvensyen Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan 2023, di mana konvensyen ini menekankan mengenai perundangan dalam bidang PAKK. Saya juga telah di jemput untuk menjadi panel forum di Konvensyen: Enhancing Social Protection for Vulnerable Groups and Ministry Target Group for Budget Policy Preparation 2020/2021. Pada tahun 2020 hingga kini saya di lantik sebagai panel bagi Kementerian Kesihatan bagi Advokasi Program Menangani Masalah Bantut dalam Kalangan Kanak-kanak Bawah 5 tahun di TASKA Swasta yang Berdaftar di Jabatan Kebajaikan Masyarakat #ANAKMALAYSIASIHAT. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 41 Jejak Alumni


Peluang Kerjaya dalam BidangPAKK Peluang kerjaya selepas tamat pengajian PAKK adalah sangat meluas. Ianya tidak hanya meliputi untuk menjadi pengusaha, pengurus, penyelia atau pendidik awal kanak-kanak di TASKA atau TADIKA sahaja tetapi pada masa yang sama setelah beberapa tahun mendapat pengalaman di lapangan dan mengambil sijil kemahiran, anda akan layak untuk menjadi pegawai verifikasi bidang, tenaga pengajar TVET, Pakar Industri, panel penasihat dan pelbagai lagi peluang tanpameninggalkan jawatan. Adalah satu kelebihan sekiranya anda juga aktif dalam persatuan sedia ada. Ianya membuka peluang untuk menjadi TWG, Panel Penasihat Industri dan lain-lain. Setiap butir buah fikiran kita adalah permata yang amat dihargai. https://www.facebook.com/comnetunisel 42 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni


Nasihat untuk mahasiswa Untuk menjadi seorang pendidik awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah tetapi ianya sesuatu yang amat memberikan ganjaran kepada diri dan keluarga. Selagi ilmu kita digunakan oleh kanak-kanak maka selagi itulah pahala akan mengalir, walaupun sekecil mengajar kanak-kanak tersebut mencuci tangan. Maka, berbahagialah mereka yang menyintai kerjaya PAKK ini, kita membentuk generasi masa hadapan. Elok ajaran kita maka eloklah generasi akan datang, pincang ajaran kita maka pincanglah generasi akan datang. Sebagai penutup, saya selaku presiden bagi persatuan yang membela kesejahteraan kanak-kanak, sematkan dia hati, perundangan telah memutuskan bahawa “when dealing with children, there can be no room for error or failure with a child, as the consequences are dire, as can be seen in the present case. Children are vulnerable and defenseless and require society and the law to safeguard their interests, which cannot be trampled upon or simply be ignored at the expense of a mistake/misjudgment by some adult.” dan “look at the child as the child first….in the best interest of the child”. Dalam semua tindakan berkaitan kanak-kanak, sama ada yang dibuat oleh institusi kebajikan sosial bersifat awam atau swasta, badan-badan kehakiman, badan-badan berkuasa secara pentadbiran atau perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak mesti dijadikan pertimbangan utama. 4 https://www.facebook.com/comnetunisel 3 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni


UNISEL Bestari Jaya : Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia +603-3280-5098 UNISEL Shah Alam : Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia. +603-5522-3520 MEDIA SOSIAL COMNET UNISEL comnet.unisel.edu.my : www.facebook.com/comnetunisel : t.me/infocomnetunisel Lokasi Laman Sesawang : comnet.unisel.edu.my/virtual-office/ Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke [email protected]


https://www.facebook.com/comnetunisel


Click to View FlipBook Version