The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 9 JULAI 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comnet, 2022-07-04 03:11:49

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 9 JULAI 2022

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 9 JULAI 2022

Edisi Digital Pencetus Minda Budiman
Bil 9

BULETIN

KOMUNITI

comnet.unisel.edu.my

Sidang Editorial

Buletin Komuniti

Penasihat

TN HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN

Dekan
Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP)

Editor

TS IZWAN SUHADAK ISHAK

Pengarah
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Penolong Editor

MEOR MOHD KAMIL AMIRRUDIN

Penolong Pendaftar
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Media

JASWENDY JASWIR

Pembantu Tadbir & Operasi
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Kolumnis AFIQ AZRI

HAIRUL IZWAN

MOHD ZAKI FARAH HANAN NAJWA

NURFARHANA NURJANNAH

https://www.facebook.com/comnetunisel

Isi Kandungan

Buletin Komuniti

Catatan Editor - ms 1




Untaian Budiman - ms 2




Sorotan Utama
Laporan Khas
Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP) - ms 3
Pembangunan Laman Web - ms 4
Belajar Bahasa Somali Yang Unik -ms 5
Berita - ms 6-15
Iklan Unisel - ms 16
Isu Semasa
2 Raya Pasca Pandemik - ms 17-18
Kekal Fit Walaupun Sibuk - ms 19
Bersilaturahim Sebagai Anak Rantau - ms 20
Risalah Hasyir - ms 21



NGO
Jejak Warisan Kuala Selangor - ms 22-24



Warisan
Sejarah Di Sebalik Batu Hampar - ms 25-26





Ikon Budiman -
Perjuangan Psikopendidikan Di dalam Komuniti - ms 27-30




Jejak Alumni
Dari 'Library' ke Penyampai Radio - ms 31-33



https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam Budiman kepada semua Membaca boleh menjadi terapi jiwa
pembaca yang dihormati. Berdasarkan kerana banyak pelajaran yang

laporan media berkaitan kes remaja menginspirasikan dan mendorong

terlanjur adalah disebabkan mereka seseorang untuk berubah menjadi lebih

terjebak dengan aktiviti menonton baik. Tapi awas jangan terperangkap

pornografi lalu menjadi ketagihan dan dalam bibliomania ya sehingga

selanjut mencuba melakukan hubungan menjejaskan hubungan silaturahim dan

seksual. Justeru setiap ahli keluarga kesihatan mental.

perlu cakna dan berperanan bagi

tangani isu ini bersama. Menjalin hubungan silaturahim boleh

sentiasa terbina khususnya bagi

Baharu-baharu ini pihak COMNET mahasiswa di dalam kampus misalnya

telah dijemput memberikan input ketika makan bersama, riadah bersama,
bimbingan kepada para pelajar bagi program bersama. Kadang kala tidak
mengatur strategi untuk mengelakkan perlukan kos dan percuma sahaja.
ketagihan berlaku dan menjadi rakan
yang dapat membantu atau Jika ada kesempatan, ambil peluang

menghubungkan rakan yang tergelincir untuk bergiat di dalam organisasi

dengan merujuk kepada kaunselor. pelajar di dalam kampus atau

bergabung bersama NGO di luar saya

Agenda pencerdasan komuniti perlu yang pasti menjanjikan 1001

berterusan, isu dan masalah harus pengalaman yang berharga dan

ditangani secara cermat dan kolektif. bermakna. Bukan semua boleh

Melalui kepelbagaian kegiatan yang diperolehi dari dalam bilik kuliah.

dianjurkan harapnya menjadi satu

dorongan dan inspirasi untuk kekal Catatan Ikon Budiman dan Jejak Alumni

positif dan sihat. patut menjadi bukti bahawa karakter

Beriadah salah satu inisiatif yang mereka dibentuk disebabkan
signifikan untuk dijadikan amalan
harian bagi memastikan rutin tidak lagi penglibatan di dalam komuniti yang
terjejas. Riadah minda seperti membaca
aktif.

Salam hormat!

tidak patut lagi menjadi hobi yang diisi

sewaktu lapang, bahkan suatu

kewajiban bagi menjamin kecerdasan

kognitif, emosi dan tingkah laku. TS IZWAN SUHADAK ISHAK

Pengarah Pusat Jaringan

Komuniti (COMNET)

1

https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Untaian Budiman

UNTAIAN BUDIMAN



Sila Like, Comment dan Share FB COMNET Unisel

facebook.com/comnetunisel



Berminat untuk berkerjasama program
pendidikan komuniti secara atas talian atau fizikal

sila hubungi 0176560102 (Izwan)
Terbuka kepada komuniti sekolah,

desa dan bandar.



#UniselCakna #ComnetUnisel

https://www.facebook.com/comnetunisel 2

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas
KEMPEN KESEDARAN

SEKELUARGA TOLAK PORNOGRAFI (STOP)



BESTARI JAYA, 20 JUN 2022 - Program
Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP) bagi
memupuk kesedaran tentang bahayanya
ketagihan bahan lucah telah diadakan di
Smart Tahfiz UNISEL. Penyertaan lebih 100
orang peserta turut dibimbing sebagai agen
perubahan dalam komuniti. En Kamarul Azami
dari Wadah Selangor telah memulakan
perkongsian dengan fakta dan nombor
berkaitan serta kaedah terapi jika terlibat. Ts
Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET
turut diundang mengendalikan slot strategi
pencegahan melalui kaedah self care. Program
ini diberikan sokongan dari agensi kerajaan
LPPKN.

3 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas

DIGITAL LITERASI
PEMBANGUNAN LAMAN WEB




BESTARI JAYA, 25 Jun 2022 - Persatuan
Mahasiswa Teknologi (PEMATEK) mengambil
inisiatif menganjurkan WEBSITE DESIGN
WORKSHOP FOR BEGINNERS kepada
sasaran mahasiswa UNISEL. Program ini
mendedahkan tips dan trik membangunkan
laman web berfokus kepada profil organisasi
menggunakan WordPress. Pada sesi awal
dimulakan dengan sesi pengenalan aplikasi
CANVA dan diikuti bimbingan oleh Ts Izwan
Suhadak Ishak, Pengarah Pusat Jaringan
Komuniti dan pensyarah Jabatan
Pengkomputeran. Program ini dikendali
sepenuhnya oleh mahasiswa khususnya
pimpinan PEMATEK yang telah kembali aktif
menggerakkan agenda RI 4.0 dipersada
kampus dan luar kampus.

https://www.facebook.com/comnetunisel 4

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas

KELAS BAHASA
BELAJAR BAHASA SOMALI YANG UNIK

BESTARI JAYA, 16 Jun 2022 - Pusat Jaringan
Komuniti (COMNET) dengan kerjasama Grup
Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER)
telah menganjurkan Kelas Bahasa Somali yang
dibimbing oleh Saudari Mariam Omar, pelajar
latihan industri di COMNET. Beliau merupakan
mahasiswa di Jabatan Pengkomputeran, FCVAC
yang berasal dari Somalia dan kini keluarga
beliau menetap di Dubai UAE. Melalui kelas
bahasa ini bukan sahaja dapat belajar satu
bahasa baharu malah peserta mengenali sejarah
dan latarbelakang yang unik. Mariam turut
dibantu oleh seorang fasilitator, Saudari Hodan
juga rakan beliau. Peserta sangat teruja ketika
memulakan menyebut beberapa perkataan yang
unik dari bahasa Somali. Kelas ini akan dibuat
secara berkala dari masa ke masa dan percuma.

5 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

SHAH ALAM, 4 JUN 2022 - Seminar Ekonomi
Perubahan Melalui Pelaksanaan Model
Ekonomi Manusiawi telah dianjurkan
Pertubuhan Forum Ekonimi Manusiawi Universal
(FEM) dengan ucaptama telah disampaikan
oleh Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Aljunid,
Profesor (Etika & Tadbir Urus Korporat),
International Centre for Education in Islamic
Finance (INCEIF). Pengerusi FEM, Nik Mohd
Yusoff Nik Ismail telah memperkenalkan Model
Ekonomi Manusiawi dalam pembentangannya
bagi panduan ahli dan pelaku ekonomi. Ts
Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET
UNISEL hadir mengikuti diskusi. Turut hadir
Ahli Parlimen Tampin, Datuk Dr Hasan Bahrom
yang juga ahli Lembaga UNISEL dan Prof Dr
Saadiah, Professor Kehormat UNISEL.

SHAH ALAM, 7 Jun 2022 - Program bual
bicara Cendol Pak Ya kendali Institut Darul
Ehsan (IDE) menampilkan Cikgu Amidi Dekan
HEP merangkap pensyarah di Fakulti
Pendidikan dan Sains Sosial bagi diskusi yang
bertemakan UPSR Mansuh, PT3 Batal, SPM?
Topik yang relevan untuk dibahas bagi
memastikan proses dan perkembangan anak-
anak di sekolah terus dipacu sebaiknya.
Ibubapa juga perlu cakna tentang perubahan
pendekatan penilaian prestasi anak-anak.

https://www.facebook.com/comnetunisel 6

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 12 JUN 2022 - Project Oh! My
English yang dianjurkan oleh Grup Sukarelawan
Darul Ehsan (DE Volunteer) Bestari Jaya
kerjasama COMNET UNISEL pada hari Ahad

besempena Istiadat Konvokesyen UNISEL Kali
Ke-15 di Bilik Seminar Masjid Unisel. Program ini
khas untuk murid-murid sekolah rendah untuk
penguasaan Bahasa Inggeris. Seramai 40 orang
peserta telah berdaftar bagi mengikuti modul ini
antaranya adalah anak-anak staf UNISEL,
penduduk Kg Bestari Jaya dan sekitar Kuala
Selangor. "Alhamdulillah program berjalan lancar
dan adik-adik peserta sangat teruja dan sangat
proaktif", kata Saudari Adlin, pengarah program
yang merupakan mahasiswa jurusan Ijazah
Sarjana Muda TESL., UNISEL.

BESTARI JAYA, 12 JUN 2022 - Pertandingan
Gubahan Kreatif Kokedama yang dianjurkan DE
Volunteer kerjasama COMNET UNISELdan Grass
Malaysia bertempat di Kebun Mangga UNISEL
berhampiran Tasik UNISEL. Program ini
dilaksanakan bersempenan Istiadat Konvokesyen
UNISEL Kali Ke-15. Peserta yang hadir dari kalangan
pelajar dan guru sekolah, mahasiswa UNISEL dan
kaum ibu di sekitar Kuala Selangor. Para peserta
telah dibimbing secara intensif oleh Kak Nor
Othman mewakili Grass Malaysia dan merupakan
AJK MPKK Kg Harmoni. "Saya mendapat jemputan
di kalangan peserta bagi penganjuran di sekolah dan
kampung mereka", kata Saudari Ros'izzati selaku
pengarah program. Sangeetha Ragunathan, pelajar
UNISEL terpilih sebagai juara dan membawa pulang
wang tunai RM300.00 beserta sijil.

7
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 24 Jun 2022 - Pusat Jaringan
Komunti (COMNET) telah mengadakan
pembentangan laporan program dari tiga
Organisasi Pelajar (OP) dan sesi konsultasi
berikut diadakan di Kampus Bestari Jaya. Tiga
OP yang membuat pembentangan adalah
Persatuan PERSIS dua program. Persatuan
IRakan dua program dan Persatuan KMPI dua
program. Sementara Kelab bedminton Unisel
mengadakan sesi konsultasi untuk program yang
akan dijalankan. Pembentangan laporan dan sesi
konsultasi ini dikendalikan oleh En. Jaswendy bin
Jaswir, Pembantu Tadbir & Operasi COMNET.

SHAH ALAM 26 April 2022 - COMNET

Kampus Shah Alam telah menerima

jemputan daripada MPP Shah Alam

bagi program gotong-royong

pembersihan perangi denggi. Seramai

lebih 10 orang pelajar Unisel membantu

sebagai sukarelawan bagi program ini.

Encik Meor Mohd Kamil Penolong

Pendaftar COMNET Shah Alam telah

mengiringi pelajar Unsiel

https://www.facebook.com/comnetunisel 8

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR

Program Ihya' Ramadhan
4 April 2022

PERSATUAN PEMBANGUNAN INSAN
Kampus Shah Alam

RAMADHAN i RAKAN
3 April 2022
IRAKAN

Kampus Bestari Jaya

9 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




Welcoming Gathering
18 Mei 2022
IRAKAN

Kampus Bestari Jaya

COOK-OFF COMPETITION
12 Jun 2022

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Kampus Bestari Jaya

https://www.facebook.com/comnetunisel 10

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




CHESS CHAMPIONSHIP TOURNAMENT
18 April 2022

KOR SISPA UNISEL
Kampus Bestari Jaya

Pertandingan Pidato Budiman
11 Jun 2022

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Kampus Bestari Jaya

11 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




PERTANDINGAN FOTOGRAFI DAN VIDEOGRAFI
MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR
12 Jun2022
PEMATEK
Kampus Bestari Jaya

UNISEL FUTSAL TOURNAMENT PESTA RIA
KOLEJ KEDIAMAN 2022
9-11 Jun 2022
Majlis Perwakilan Kolej
Kampus Bestari Jaya

https://www.facebook.com/comnetunisel 12

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




MAJLIS PERASMIAN PESTA RIA KOLEJ
KEDIAMAN 2022
7 Jun2022

Majlis Perwakilan Kolej
Kampus Bestari Jaya

UNISEL AMATUR VOLLEYBALL TOURNAMENT
PESTA RIA KOLEJ KEDIAMAN 2022
9-11 Jun 2022
Majlis Perwakilan Kolej
Kampus Bestari Jaya

13 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




NERF WAR
13 Jun2022
Majlis Perwakilan Pelajar
Kampus Bestari Jaya

LARIAN SANKTUARI
11 Jun 2022

Majlis Perwakilan Pelajar
Kampus Bestari Jaya

https://www.facebook.com/comnetunisel 14

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




PERMAINAN TRADITIONAL
12 Jun 2022

Majlis Perwakilan Pelajar
Kampus Bestari Jaya

ALAM PERKUBURAN
12 Jun 2022

Majlis Perwakilan Pelajar
Kampus Bestari Jaya

15 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Iklan .

https://www.facebook.com/comnetunisel 16

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa



2 Raya Pasca Pendemik

Oleh Mohd Zaki bin Haron
Penasihat Persatuan I-Rakan

PERAYAAN dan sambutan hari istimewa keagamaan pasti menjadi acara yang dinanti-
nantikan saban tahun bagi kebanyakan agama di seluruh dunia. Bagi umat Islam pastinya
menantikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.
Seluruh dunia menyaksikan pada tahun 2020 telah membawa satu ujian yang besar buat umat
manusia seluruh dunia. Pandemik COVID-19 yang melanda Negara Malaysia juga tidak
terkecuali telah menyebabkan kehidupan seharian berubah dan membentuk norma baharu.
Pandemik COVID-19 telah membataskan pergerakan, memakai pelitup muka, membasuh
tangan dan penjarakkan fizikal.
Kesannya begitu juga dalam ibadah seperti solat berjemaah, solat Jumaat, kuliah pengajian,
sambutan Bulan Ramadhan, sambutan Hari Raya dan ibadah korban telah membentuk satu
norma baharu dengan S.O.P yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri yang perlu
dipatuhi oleh setiap daripada kita. Dan akhirnya pada tahun 2022, setelah 2 tahun kita
bersabar dengan ujian dan beraya dengan kekangan, kita semua diberi peluang untuk beraya
seperti biasa dengan mengamalkan S.O.P yang telah diamalkan sebelum –sebelum ini.
Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185, hari yang disyariatkan
untuk disambut sebagai hari kegembiraan dan hari kemenangan bagi umat islam yang
sempurna menjalankan ibadah Ramdhan selama sebulan.
“….Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung
kesukaran, dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya
kamu bertakbir (membesarkan) Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu
bersyukur”.

17
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini penuh kemeriahan dan warna warni keseronokkan
dengan kepulangan anak –anak diperantauan ke kampung bertemu ibu bapa dan saudara
mara yang telah lama tidak bersua mesra. Ramai yang mengatakan Hari Raya tahun ini
sebagai ‘Hari Raya Terkejut’ namun ia antara Hari Raya Aidilfitri yang paling bermakna dan
meriah kerana ini merupakan sambutan yang pertama selepas kekalutan susulan pandemik
COVID-19. Dalam kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita juga diingatkan agar tidak
melupakan perkara-perkara yang dituntut dalam islam ketika menyambut kemenangan di bulan
Syawal iaitu :

1. Mengucapkan “ Taqabbalallahu minna wa minkum” kepada semua miuslimin dan muslimat
sebagai satu ucapan doa, dengan kita memohon agar Allah SWT menerima amalan dan ibadah
kita semua sepanjang pada bulan Ramadhan yang telah kita harungi.

2. Menghidupkan amalan kunjung mengunjung ke rumah saudara mara, rakan taulan serta
jiran tetangga yang berdekatan dengan penuh berhemah, beradab serta mematuhi keperluan
S.O.P yang telah disarankan.

3. Pergaulan perlu dijaga sepanjang meraikan Hari Raya Aidilfitri, islam telah menggariskan
batas-batas pergaulan diantara lelaki dan perempuan. Maka perlulah dititik beratkan
berkenaan dengan penjagaan aurat, tingkah laku, percakapan, pergaulan dan sebagainya.

4. Meneruskan amalan-amalan ibadah yang telah dilakukan sepanjang bulan Ramadhan agar
menjadi sebati dalam diri kita semua dan mudah untuk dilakukan seharian. Seperti
melaksanakan ibadah qiamullail, sedeqah, pembacaan Al-quran, memperbanyakkan ibadah
sunat yang lain.

Menjelang Hari Raya Aidil Adha pada kali ini harapnya dapatlah di sinari dengan amalan-
amalan yang baik serta disambut dengan penuh keikhlasan. Jika bulan Ramadan dikenali
dengan keistimewaan 10 malam terakhir, bulan Zulhijah pula mempunyai keistimewaan pada 10
hari terawal seperti mana firman Allah SWT: “Demi waktu fajar, dan 10 malam (serta hari
terawal Zulhijjah).” (Surah al-Fajr: 1-2)

Bahkan ia turut disebutkan dalam hadis Nabi Muhammad SAW bahawa jihad di jalan Allah
SWT tidak dapat menandingi amalan yang dilakukan pada bulan suci ini.

Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tiada hari-hari yang amalan soleh
paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10
hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah
tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat
menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia
langsung tidak kembali.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)

https://www.facebook.com/comnetunisel 18

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa



Kekal Fit Walaupun Sibuk


Oleh Muhamad Afiq Azri Bin Jinal

Kelab Ragbi Marlin Unisel

Penjagaan kesihatan adalah perkara yang
perlu menjadi keutamaan setiap individu bagi
memastikan aktiviti harian dapat dilaksanakan
dengan baik tanpa diganggu. Sebagai
mahasiswa dengan cabaran mengekalkan
stamina adalah agenda yang perlu seiring
dengan cabaran belajar di kuliah.

Walaupun kita sibuk menyelesaikan tugasan Selain itu, kegiatan sukan dapat memberikan
yang diberikan pensyarah, ia bukan alasan kita aura positif kerana dapat bertemu dengan
untuk kita tidak menjaga pemakanan dan ramai sahabat-sahabat dan orang baharu.
kesihatan diri. Amalkan senaman, bersukan dan
aktiviti riadah bersama keluarga untuk terus Rasa dikebersamaan dalam satu pasukan
kekal fit dan cergas. beraktiviti menambahkan rasa tenang dan
gembira. Perasaan ini penting dalam
Begitu juga dengan Kelab Ragbi UNISEL membentuk kesihatan mental agar terus positif
Marlins yang meneruskan rutin latihan seperti dan menghilangkan rasa stres melalui aktiviti
biasa bagi memastikan tahap kecergasan di kecergasan bersama.
tahap yang optimum dan mampu bersaing
dengan pasukan kelab ragbi lain.

Kepenatan selepas bersukan, berpeluh satu
badan memberikan satu rasa kepuasan kerana
dapat menggunakan sepenuh tenaga bagi
membakar lemak untuk terus kekal fit.

Aktiviti sukan dan rekreasi ini bukan sahaja
kepada ahli pasukan Ragbi Marlins sahaja
malah ianya menjadi kewajiban kepada setiap
individu.

Sekadar tips mudah untuk terus fit walaupun
sibuk, berjalanlah jika tidak boleh berlari. Hirup
udara yang segar, lihat pemandangan hijau
yang menyenangkan pandangan.

19 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Borneo



Bersilaturahim Sebagai Anak Rantau

Oleh Nurjannah Binti Samsudin
Persatuan Siswa/i Sabah Unisel

Persatuan Siswa/I Sabah Unisel (PERSIS) telah yang baru dan dapat mengenali adat serta
menganjurkan satu progam sambutan Hari budaya di semenanjung Malaysia ketika
Raya Diperantauan khususnya bagi pelajar menyambut Hari Raya Aidilfitri terutama
Sabah, Sarawak, Labuan yang tidak dapat daripada hidangan makanan utama.
pulang ke kampung semasa cuti perayaan.
Program ini turut dihadiri oleh mahasiswa yang Uniknya, penyediaan menu ketika program
berasal daripada semenanjung Malaysia. raya diperantauan ini berlangsung adalah
semua hidangan adalah dimasak oleh Ahli
Dengan ini, pelbagai makanan traditional jawatankuasa PERSIS sendiri kerana hidangan
sabah menjadi menu hidangan utama. yang disediakan adalah hidangan traditional
Pandangan lazim bahawa apabila menyambut yang berasal daripada sabah.
Aidilfitri di perantauan, pelajar akan berasa
sedih kerana tidak dapat meraikannya Dengan ini, ia mampu mengeratkan lagi
bersama keluarga ini bukan bermaksud hubungan silaturahim di antara pelajar.
sambutan perayaan itu tidak bermakna. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan
seperti cabutan bertuah, pemenang baju
Bagi semua pelajar Sabah, Sarawak dan tercantik, persebahan daripada Band jemputan
Labuan, tujuan mahasiswa menuntut ilmu di dan akhir sekali terdapat sesi open mic bagi
UNISEL meninggalkan orang yang disayangi menyerlahkan lagi bakat-bakat pelajar
adalah sesuatu yang bermakna dimana UNISEL yang hadir.
membawa harapan demi mengubah nasib
keluarga. Harapan PERSIS sepanjang program
berlangsung adalah dengan mengubati
Pengalaman menyambut perayaan Aidilfitri di kesedihan di hati anak perantau yang tidak
perantauan mempunyai kelebihan tersendiri dapat pulang ke kampung, memberi peluang
dimana pelajar daripada Borneo menjadi lebih menikmati makanan traditional sabah kepada
akrab dan membentuk satu kekeluargaan semua mahasiswa yang hadir dan yang paling
penting adalah dapat mengeratkan silaturahim
.

https://www.facebook.com/comnetunisel 20

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Read & Review



Risalah Hasyir

Oleh Nurfarhana Najwa Binti Yusri
Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL Sesi 22/23

Buku yang menjadi salah satu kegemaran saya Setiap ketetapan makhluk di dunia ini
buat masa ini adalah Risalah Hasyir yang semuanya sudah tercatat di Luh Mahfuz. Luh
ditulis oleh Badiuzzaman Said Nursi yang Mahfuz itu diibaratkan satu pangkalan data
merupakan salah seorang ulama di Turki yang besar yang menyimpan semua dokumen-
terdahulu di mana sepanjang hidupnya iaitu 85 dokumen dan ketetapan bagi seluruh makhluk
tahun dihabiskan dalam berjihad, menuntut sehingga hari kiamat. Semuanya telah
ilmu mengajar dan mendidik demi umat termaktub dalam Luh Mahfuz. Cuma, manusia
tercinta. Risalah Hasyir ini memberi kesedaran yang jarang bersyukur dengan setiap apa yang
buat pembaca khusus bagi diri saya sendiri dimilikki walhal itu adalah ketetapan dari Sang
tentang hakikat beriman kepada akhirat. Ilahi.

Menjadi satu tarikan buat saya melalui Banyak lagi perumpamaan dan cerita-cerita
pembacaan buku atau risalah ini kerana ianya yang dapat membuka mata kita sekiranya kita
banyak diceritakan dalam bentuk mendalami dan menghayati pembacaan dan
perumpamaan, tamsilan dan satu cerita untuk penulisan buku ini. Ia menyedarkan kita
memudahkan kefahaman dan menunjukkan bahawa setiap perkara itu pasti ada asbab
bahawa hakikat-hakikat Islam adalah sangat dan pencipta yang melakukannya.
logik, sesuai, kukuh dan saling bersandar
antara satu sama lain. Makna bagi semua Semuanya bukan terjadi dengan sendiri. Saya
cerita tersebut ialah hakikat-hakikat yang tersentuh dengan satu `quotes’ di kulit
terdapat di penghujungnya, ianya bukanlah belakang buku dimana ia menyatakan “Tidak
cerita khayalan bahkan ianya adalah mungkin sebuah kampung tiada penghulu.
hakikat.Semua perumpamaan dan cerita yang Sebatang jarum tidak mungkin ada tanpa
ditulis, membawa makna yang sangat tukangnya dan satu huruf tidak mungkin ada
mendalam supaya pembaca boleh berfikir tanpa penulisnya.
sedalam-dalamnya maksud tersirat di sebalik
setiap cerita dan perumpamaan yang Dunia ini tidak mungkin terjadi dengan
disampaikan. sendirinya. Pasti dan yakinlah dengan
kewujudan Sang Pencipta yang Maha Esa.
Sebagai contoh, dalam halaman ke 26 Setiap cerita dan perumpamaan yang
gambaran ketujuh, ia memberi perumpamaan dinyatakan dalam buku ini adalah logik dan
dan cerita pendek tentang catatan dan masuk akal dengan hakikat-hakikat beriman
digambarkan dalam bentuk sebuah kamera kepada hari Akhirat.
gergasi yang merakamkan gambar semua
perkara yang berlaku di seluruh tempat Kehidupan ini hanya sementara dan semua
termasuklah perlakuan, pekerjaan walau makhluk akan diadili dan diberikan balasan
sekecil-kecil amalan. Tujuan rakaman dan sewajarnya. Justeru, sementara masih
catatan itu adalah untuk muhasabah. Jadi, apa berpeluang jangan pernah berhenti berbuat
yang cuba disampaikan di sini adalah yang kebaikan. Jadilah khalifah dan pemimpin yang
dimaksudkan kamera gergasi tersebut adalah baik dan adil buat seluruh umat.
Luh Mahfuz.

21 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL NGO

JEJAK WARISAN KUALA SELANGOR

PENGENALAN VISI
PERTUBUHAN JEJAK WARISAN
Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor ini
telah bermula pada tahun 2020 oleh KUALA SELANGOR
sekumpulan anak-anak muda yang meminati Sebagai sebuah NGO tempatan dalam
dan menyayangi sejarah yang terdapat di melahirkan aktivis serta budaya warisan dan
Daerah Kuala Selangor ini.
sejarah dalam menjayakan slogan
Selepas aktivi yang pertama iaitu menjejaki JEJAK , PULIH DAN PELIHARA
Kawasan sejarah di Bukit Hospital di paparkan

di ruangan media social iaitu Facebook , ia MISI
telah membuka mata dan minat kepada
penduduk setempat dan luar dan akhirnya PERTUBUHAN JEJAK WARISAN
pada 10 November 2020 Pertubuhan Jejak KUALA SELANGOR
Warisan Kuala Selangor ini telah Berjaya
didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 Meneruskan usaha mengumpul segala
mengikut peraturan – peraturan pertubuhan maklumat dan memupuk semangat mencintai
1984 iaitu di bawah ROS atau Pendaftar sejarah tempatan yang telah di wariskan oleh
Pertubuhan Malaysia.
generasi sebelum kepada generasi yang
Setelah didaftarkan pelbagai aktiviti dan seterusnya agar misi
kerjasama telah dibuat oleh Pertubuhan Jejak
Warisan Kuala Selangor dengan beberapa MENJEJAK , MEMULIHARA DAN
NGO lain serta bersama dengan pihak-pihak MEMELIHARA TERUS DILAKSANAKAN
berkuasa tempatan serta pihak-pihak yang
terlibat dengan warisan dan sejarah ini iairu

Perbadanan Adat Dan Warisan Selangor atau HALATUJU
PADAT. PERTUBUHAN JEJAK WARISAN
KUALA SELANGOR
Menjadi sebuah NGO yang mengambil berat
tentang tempat- tempat yang bersejarah
serta cuba mengekalkan warisan yang
terdapat di daerah ini.




https://www.facebook.com/comnetunisel 22

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL NGO

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pekan
Kuala Selangor

Padang lama pekan Kuala Selangor Makam Anak Dara @ Rubiah
melihat kembali tinggalan lama yang masih yang terletak berhampiran Kota Tanjung
kekal iaitu sebuah Tugu jam peringatan Keramat mempunyai sejarahnya yang
kemerdekaan tersendiri disamping terdapat sebuah tasik
yang diberi nama Tasik Shema serta perigi Si
Bukit Hospital dan Batu Harimau Laba dan Si Lamat serta terdapat sebuah
yang merupakan sebuah tempat bersejarah Bunker lama yang dipercayai menyimpan
kerana terdapat bangunan kerajaan lama senjata atau Bom bagi kegunaan JKR pada
serta sebuah perkuburan yang memakai nisan masa itu dalam memacahkan batu untuk
acheh. dijadikan kuari.

Kota Tanjung Keramat Tugu Peringatan Perang WWII
merupakan sebuah kota pertahanan oleh yang telah menjadi tempat pengumpulan
Sultan Selangor Ke 2 iaitu Sultan Ibrahim semula saudara mara mangsa peperangan
dalam mempertahankan Kuala Selangor dari kedua bagi memperingati ahli keluarga mereka
peperangan serta merupakan antara salah yang telah terkorban. Terdapat juga Tentera
sebuah Kota yang hebat yang pernah di tulis Sukerelawan Melayu yang nama mereka
oleh N.A Halim. Kami menjejaki semula sejarah terpahat di Tugu peringatan ini yang mana
dan membuat kajian tentang Kota Tanjung kesemua ada 6 orang dari mereka berasal dari
Keramat Kuala Selangor.

Bukit Malawati atau Bukit Selangor
merupakan sebuah Kawasan Istana lama dan
sebuah Kubu pertahanan yang masih terdapat
kesan kubu dan meriamnya. Disamping itu juga
terdapat juga bekas peninggalan Inggeris iaitu
Perumahan D.O dan pegawai kerajaan serta
Rumah Api yang menjadi ikonik Sejarah Kuala
Selangor.

23 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL NGO

Lawatan Ke Bukit Jeram
Jejak warisan Kuala Selangor telah bersama dengan Penghulu Jeram dan Ketua kampung
Jeram telah menjalankan aktiviti bagi mejejak sejarah yang terdapat di Bukit Jeram ini.
Kami disambut dan di bawa oleh Penghulu jeram untuk mendaki ke Bukit jeram bagi
melihat peninggalan sejarah di atas Bukit berkenaan. Kemudian kami di bawa melawati
perigi Hang Li Po yang terletak di kaki bukit jeram serta ke perkuburan lama yang
dikatakan makam kerabat Kesultanan Selangor pada zaman Sultan Selangor ke Tiga.
Setelah itu kami di bawa ke makam Lebai Hussin yang terletak tidak jauh dari Kawasan
Bukit Jeram ini. Cerita Lebai Hussin ada diceritakan sedikit dalam catatan sejarah oleh
penulisan barat.

Lawatan Ke Kilang Gula
Jejak Warisan melawat sebuah Kilang Gula Nipah lama yang telah wujud sebelum WWII
yang terletak di Sg Kajang Tanjung Karang. Hasil dari lawatan ini telah banyak memberi
kami maklumat dan carian berkenaan kilang gula tersebut.

Jemputan Program Bersama Nobat Malaysia Sirih Pulang Ke Gagang
Jejak Warisan Kuala Selangor telah menerima jemputan untuk membuat pameran di atas
program yang dianjurkan oleh pihak nobat Malaysia. Pihak kami telah membuka sebuah
pameran tentang aktiviti Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor dan pameran matawang
lama yang dijumpai disekitar Kuala Selangor. Dengan jemputan ini Jejak Warisan Kuala
Selangor dapat menerangkan dan menjelaskan kepada mereka yang hadir ke pameran kami
tentang Sejarah yang berkaitan disini.

https://www.facebook.com/comnetunisel 24

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Warisan



Kisah Di Sebalik Batu Hampar

Oleh : Hairul Izwan bin Kasran
AJK Pertubuhan Jejak Warisan Kuala Selangor

Di halaman istana dalam kota pertahanan “On the following day the ‘Rinaldo’ shelled the
kedua di Bukit Selangor terdapat tiga mata fort with tremendous effect, driving Saiyid
anak tangga turun dari dataran tanah tapak Mashhur and his followers into the jungle.
istana. Halaman 30 x 30 kaki itu dihiasi oleh When the Malays saw that the place was no
seketul batu pejal 5 x 5 x 1 ½ kaki terletak di longer tenable, a Malay chief is said to have
atas binaan tanah. cut the throat of an innocent girl and
scattered her blood over the guns that he was
Sumber Lisan: forced to abandon. Her body was left on large
slab of stone before the main gate of the fort,
Batu ini dipercayai merupakan batu tambatan a slab which is still shown as ‘the Stone of
kapal di gigi air Pengkalan Batu Buruk. Batu Sacrifice’, because the murder was understood
ini dikatakan telah diangkat oleh Nakhoda at the time to represent the blood-offering of
Omar untuk Sultan Ibrahim bermain catur dan a human victim as a prayer for victory. More
congkak di luar istana. Terdapat beberapa probably the poor girl was killed in order that
versi legenda yang dikaitkan dengan batu ini her vengeful spirit should haunt the guns of
antaranya batu ini dikatakan menjadi tempat the fort and make them a curse and a danger
memancung pesalah-pesalah terutama to the men in whose hands they were about to
berkaitan bermukah. Pesalah akan ditiarapkan fall.”
di atas batu ini sebelum dipancung dan
darahnya akan ditakung sebelum disemahkan Ritual ini dilakukan sebagai persembahan
disekeliling istana. untuk memohon kemenangan dan sumpahan
kepada senjata-senjata serta kubu ini. Hal ini
Sumber Inggeris: juga pernah disebutkan oleh Isabella Bird
Menurut sumber Inggeris, batu ini dijadikan ketika singgah di Kuala Selangor semasa
sebagai ‘batu pengorbanan’ semasa Inggeris dalam perjalanan ke Perak:
menyerang Kuala Selangor pada tahun 1871. “In front of the entrance there is a large flat
Hal ini dipercayai seorang ketua kampung stone on a rude support. On this a young girl
telah memenggal kepala seorang gadis di was sacrified some years ago, and the Malay
atas Batu Hampar sebelum darah dari guns were smeared with her blood, in the idea
kepalanya diselerakkan ke atas meriam- that it would make them successful. I was told
meriam dan kubu. R.J. Wilikinson pernah this story, but have no means of testing its
merekodkan tentang insiden ini yang accuracy”
dikatakan mempunyai kaitan dengan
serangan Inggeris pada 3 Julai 1871:

25 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Warisan

Sumber Tempatan:

Namun, terdapat juga pendapat yang menyangkal kedua-dua versi ini dan menyifatkan
batu ini sebagai tempat rekreasi aristokrat. Hal ini turut dinyatakan oleh Norbit bin Lakik:

“Tempat memancung atau membunuh penderhaka ialah di suatu tempat lain, iaitu di
sebuah kini dikenali dengan nama Bukit Hospital, Batu Hampar itu ialah tempat sultan
bersemayam kerana bermain catur, tidak ada seorang sultan pun menghukum rakyatnya di
dalam kawasan istana, cuba kita baca syair, kisah ataupun hikayat”.

Kesimpulan

Pada 2 Oktober 1967, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri juga berkesempatan
untuk mencemar duli ke Bukit Malawati, Kuala Selangor untuk melihat bantu hampar yang
dikatakan berusia 200 tahun dan dijadikan tempat memancung pesalah-pesalah di zaman
feudal Selangor. Kini, batu hampar ini telah menjadi salah satu tarikan tapak bersejarah di
Bukit Malawati. Korpus Sejarah memerlukan pendukung-pendukungnya untuk melakukan
analisis maklumat, fakta dan pendapat daripada pelbagai sumber rujukan supaya sesuatu
penyataan informasi lebih muktabar.

Rujukan:

Isabella L. Bird, The Golden Chersonese and the Way Thither, G. P. Putnam's Sons, New
York, 1883.
King and Queen visit Kuala Selangor, The Straits Times, 2 Oktober 1967.
Koleksi Cerita Rakyat Daerah Sabak Bernam, Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor,
2006
Richard James Wilkinson, A History of the Peninsular Malays with Chapters on Perak
and Selangor, AMS Press, New York, 1923.
Yusoff Hassan, Sinar Zaman, Jilid VI, bilangan 55, Jabatan Penerangan, Kemernterian
Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur, 1977.
Wan A. Hulaimi, Selangor: A Celebration, Selangor State Government, Selangor, 2001

https://www.facebook.com/comnetunisel 26

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

PERJUANGAN PSIKOPENDIDIKAN DI
DALAM KOMUNITI

Nama: Farah Hanan Najwa binti Abd Aziz
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Program: Ijazah Sarjana Muda Psikologi
Industri
Fakulti : Pendidikan dan Sains Sosial
CGPA: 3.81

JAWATAN TERTINGGI PENGLIBATAN

Bendahari, Badan Dakwah & Pertandingan Catur peringkat
Tarbiyah Islamiyah (BADATI), 2018. Negeri Kelantan, 2012
Pertandingan Animasi peringkat
Bendahari, Kelab IT & Animasi, 2018. YIK, 2016
Quiz Matematik peringkat YIK, 2016
Timbalan Exco Smart Group, Misi Agihan Bantuan Makanan
Persatuan i Rakan, 2021/2022. Gelandangan bersama YOSH, 2019
Chit Chat Kesihatan Mental, 2020
Setiausaha, Persatuan i Rakan, Psych-In Talk: The Perception &
2022/2023. Acceptance of Society towards
Individual’s Mental Health in
Presiden, Persatuan Pelajar Psikologi Malaysia, 2021
(PSA), 2022/2023. Fasilitator, Minggu Tekad Siswa
Budiman untuk sesi November 2021
& sesi April 2022.

27 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh,
Salam sejahtera dan salam perkenalan buat semua pembaca Buletin COMNET sekalian.

Tiada kata seindah bahasa,
Hanya madah untuk kiasan,
Marilah teman marilah saudara,
Sambut salam berkongsi pengalaman.

Nama yang diberi oleh kedua ibu bapa tercinta kepada saya ialah Farah Hanan Najwa binti
Abd Aziz. Saya merupakan anak jati Kelantan kerana saya dilahirkan dan dibesarkan di sana.
Saya dibesarkan dalam keluarga yang terdiri daripada 2 orang guru yang hebat (Abah &
Umi) beserta 5 orang adik-beradik. Keluarga kami sederhana tapi cukup memberi kebahagian
untuk saya. Allah mengizinkan saya untuk membesar dalam kalangan orang-orang yang
sentiasa mementingkan ilmu pengetahuan terutama dalam pendidikan rohani dan intelek
sebagai seorang manusia yang hanya patuh kepada Sang Pencipta Yang Esa. Saya
memulakan perjalanan saya sebagai seorang penuntut ilmu sejak saya berumur 4 tahun. Saya
diasuh dan menerima pendidikan prasekolah saya di sebuah tadika agama kecil di kampung
halaman saya. Dari saat itulah, proses pembentukan jati diri seorang ‘Farah Hanan’ bermula.
Kemudian, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tapang dan menyambung pelajaran saya
ke Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Kota Bharu, Kelantan.

Saya mula didedahkan dengan aktiviti kepimpinan semenjak di bangku sekolah rendah lagi.
Asbab diri saya yang berperawakan ceria dan sedikit kelakar, saya mudah bergaul dengan
rakan-rakan sebaya saya yang lain. Mereka inilah yang selalu menarik dan memaksa saya
untuk melibatkan diri dalam segala macam pertandingan, acara, dan persembahan samada
di peringkat sekolah mahupun di peringkat negeri. Antaranya, saya pernah menjadi satu-
satunya wakil pelajar perempuan daripada sekolah saya untuk bertanding dalam permainan
Catur di peringkat negeri pada tahun 2012. Bersambungan daripada kisah itu, saya
ditawarkan untuk menjadi pengawas sekolah berpangkat setiausaha walaupun pada ketika
itu, saya telah pun memegang jawatan sebagai pengawas pusat sumber sekolah.

Mengenang kisah perebutan jawatan di sekolah kebangsaan tersebut, saya (pada ketika itu)
membuat keputusan untuk ‘tidak’ lagi menonjol dan bersikap aktif di sekolah menengah saya
suatu hari nanti. Namun, perancangan Allah itu lagi hebat. Pada tahun 2016 iaitu ketika umur
saya mencecah 15 tahun, sekali lagi saya terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan saya
untuk menyertakan diri sebagai ahli persatuan dalam persatuan yang paling aktif di sekolah
menengah saya iaitu Badan Dakwah dan Tarbiyah Islamiyah (BADATI). Dari sini, saya belajar
cara untuk mengurus organisasi, menjadi pimpinan yang berwibawa dan segala macam ilmu
berkaitan kepimpinan dan pengurusan organisasi di peringkat sekolah. Di sinilah saya mula
membiasakan diri dengan format-format kertas kerja, prosedur menjalankan program
berskala besar mahupun kecil samada program bersifat dalaman (yang hanya menyasarkan
pelajar sekolah tersebut sahaja) atau melibatkan komuniti luar, dan profesionalisme dalam
bergerak kerja dengan orang sekeliling.

https://www.facebook.com/comnetunisel 28

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Pada tahun 2018, berakhirlah segala suka duka saya sebagai seorang pelajar dan pimpinan di
peringkat sekolah menengah di Maahad tersebut. Kemudian, saya mengambil keputusan
untuk menyambung pelajaran ke KUIS dalam bidang Pengajian Islam. Selama setahun saya di
KUIS, saya juga terlibat aktif dalam berpersatuan. Saya pernah mengikuti program agihan
makanan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur di bawah anjuran Yosh, juga pernah
mengikuti program bersama Team Selangor bagi menanam semula pokok di Bukit Broga
secara sukarela. Di peringkat ini, saya mula menyedari perbezaan antara kepimpinan di
peringkat sekolah dan kolej adalah dua benda yang berbeza. Cabaran di kolej lagi hebat
berbanding sewaktu saya di sekolah. Namun, saya bernasib baik kerana pengalaman saya
dalam kepimpinan di bangku sekolah telah membantu saya membiasakan diri dengan perkara
tersebut. Hal inilah yang menyebabkan saya mampu untuk mengharungi segala pancaroba
dalam mengendalikan gerak kerja kepemimpinan di peringkat kolej pula.

Kemudian, saya memilih untuk mendaftarkan diri ke UNISEL untuk menyambung pengajian
saya di peringkat Ijazah Sarjana Muda setelah disyorkan oleh kawan kepada umi saya.
Kehidupan sebagai pelajar UNISEL amat berbeza dengan pengalaman saya di institusi
pengajian saya yang lepas-lepas. Suasana dan budaya di sini telah meningkatkan keinginan
saya untuk menonjolkan diri saya. Bermula semester satu tahun satu lagi, saya telah
mendaftarkan diri saya sebagai ahli persatuan i Rakan dan juga Persatuan Pelajar Psikologi
(PSA) yang pada ketika itu masih menggunakan nama Kelab Psikologi Industri (Psych-InC).
Dua buah persatuan ini telah banyak membantu saya menambah baik kemahiran kepimpinan
sedia ada. Di dua platform inilah, saya mempraktikkan segala skil dan pengalaman yang saya
ada untuk menabur bakti kepada persatuan-persatuan di UNISEL pula. Bahkan, penglibatan
saya dalam gerak kerja kepimpinan persatuan di UNISEL ini juga telah membantu saya
mempelajari banyak benda baru terutama berkaitan prosedur pengurusan pihak universiti,
nilai yang ingin diterapkan dalam diri mahasiswa/i dan segala bentuk pengalaman dalam
berurusan dengan semua pihak. Antara pencapaian yang dapat dibanggakan hasil daripada
kepimpinan sesi saya dan team AJK saya ialah Persatuan Pelajar Psikologi (PSA) (atau nama
lamanya Kelab Psikologi Industri) ialah persatuan pertama yang berjaya mengusulkan
penggubahan perlembagaan kelab dan berjaya melakukan penjenamaan semula gerak kerja
dengan lebih banyak program psikopendidikan digerakkan dalam masyarakat..

29 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Saya menyedari bahawa kehidupan berorganisasi di UNISEL telah melatih saya menjadi
seorang mahasiswa yang budiman dan saya sedar bahawa peranan kita sebagai mahasiswa/i
berintelektual dan bersahsiah tinggi amatlah besar terhadap diri sendiri, keluarga, dan
masyarakat dalam dan luar UNISEL. Saya berpegang kepada prinsip yang mengatakan
bahawa anak muda lah yang akan menjadi tunjang utama kejatuhan dan kebangkitan
sesebuah negara. Oleh itu, slogan Mahasiswa BUDIMAN yang selalu ditekankan dalam
pembentukan identiti mahasiswa UNISEL ini sangatlah membantu anak-anak muda
menghayati nilai diri mereka sebagai seorang mahasiswa dan pemimpin di peringkat
persatuan masing-masing.

Akhir kalam, saya ingin berpesan kepada semua sidang pembaca bahawa dunia ini adalah
medan untuk kita mengumpul aset dan amalan untuk dibawa bertemu Sang Pencipta kelak.
Oleh itu, pastikan segala tindak tanduk kita menepati syarat dan ciri yang Allah SWT telah
gariskan dalam buku manual umat Islam iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. Kehidupan sementara
hendaklah dipenuhi dengan segala perkara yang membawa kebaikan kepada diri kita dan
orang sekeliling kita. Oleh itu, sekiranya diberi peluang untuk menabur bakti dan jasa
mengikut kudrat dan kemampuan kita, ambil dan rebut lah peluang tersebut. Manfaatkan
peluang tersebut untuk meraih keredaan Allah SWT yang hakiki.

https://www.facebook.com/comnetunisel 30

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Dari 'Library' ke Penyampai Radio

Maklumat Peribadi
Nama : Aliff Al-farabby Bin A.Rahim
Tempat Kelahiran : Teluk Intan, Perak
Program : Diploma in Library Science
Tamat Belajar : Disember 2010

Anugerah yang diterima
·Finalist dalam kejohanan pencak silat
antara universiti
·Top 3 Belia Negeri Perak Dun Hutan
Melintang
·Persembahan terbaik dalam teater
Bangsawan Siti Zulaikha di Ipoh dan
Melaka

Jawatan Tertinggi yang disandang
·Presiden Persatuan Silat Seni Gayong
Malaysia Unisel

31
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila terkenang ketika menjadi mahasiswa di
Unisel pada sekitar 2007 hingga 2010. Saya merupakan lepasan STPM tahun 2006 yang
menjejakkan kaki ke Unisel umpama membawa ke alam baru dalam kehidupan saya yang
memberikan pelbagai pengalaman yang tidak pernah saya miliki sebelum ini ketika berada di
bangku sekolah. Antara kenangan terawal yang tidak pernah saya lupa apabila bertemu rakan-
rakan baru ketika minggu tekad siswa yang pelbagai bangsa yang tinggal diseluruh negeri
terutama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak.

Pengalaman yang paling berharga apabila kami dari kohort dua program Library Science
dapat ke beberapa buah universiti di Jakarta dan Bandung untuk belajar cara mereka
menguruskan perpustakaan dan melihat budaya pembelajaran mereka. Dari situ saya dapat
melihat bagaimana hendak menjadi pelajar yang cemerlang dan berjaya dengan usaha sendiri
dan kumpulan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Setahun saya berada di Unisel bergelar mahasiswa, saya diberi kepercayaan dilantik menjadi
Presiden Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Unisel. Dari situ saya dapat belajar erti
kepimpinan yang sebenar. Memimpin memerlukan saya untuk dekatkan secara aktif dalam
kegiatan mahasiswa dan persatuan, pada masa yang sama saya terus berusaha konsisten
memperbaiki prestasi dalam bidang akademi. Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Unisel,
banyak membuka minda saya tentang dunia luar terutama dalam bidang seni pertahanan diri.
Selain itu, dalam masa yang sama saya juga aktif dalam Minggu Tekad Siswa dalam menjadi
salah seorang ahli jawatankuasa dalam Biro Protokol dan Ketua Biro Teknikal.

https://www.facebook.com/comnetunisel 32

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Bila di ingatkan balik semasa menjadi mahasiswa, saya memandang Unisel sekadar tempat
mendapatkan segulung ijazah, namun apabila saya menjadi alumni kini, saya merasa
terhutang budi pada Unisel kerana ianya bukan Universiti biasa-biasa, malah bila kita lihat
balik alumni-alumni Unisel semuanya berjaya mendapat pekerjaan dan berjaya dalam
kerjaya yang diceburi serta cemerlang dalam kehidupan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan berterima kasih kepada Prof
Dr Mohd Zaidi Bin Mohd Hajazi, Prof Madya Dr. Hamdan Bin Dato Mohd Salleh, Puan
Nora Lina Mohd Hussain, Puan Fadhliah, Cik Erma dan Puan Norhayati yang sentiasa
memberikan tunjuk ajar, nasihat dan semangat kepada saya untuk terus berjaya. Saya
berharap semoga Unisel kekal subur dan makmur dalam melahirkan lebih ramai alumni-
alumni yang berdaya saing dan berkualiti di antara semua.

33 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan

https://www.facebook.com/comnetunisel

MEDIA SOSIAL

COMNET UNISEL
comnet.unisel.edu.my

Lokasi

:: UNISEL BESTARI JAYA ::
Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia

+603-3280-5098
:: UNISEL SHAH ALAM ::
Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia.

+603-5522-3520

Laman Sesawang

: www.facebook.com/comnetunisel

: t.me/infocomnetunisel

: comnet.unisel.edu.my/virtual-office/

Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat
Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke
[email protected]

https://www.facebook.com/comnetunisel


Click to View FlipBook Version