The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 11 OGOS 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comnet, 2022-08-17 00:25:19

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 11 OGOS 2022

BULETIN KOMUNITI EDISI DIGITAL BIL 11 OGOS 2022

Edisi Digital Pencetus Minda Budiman
Bil 11| 2022

BULETIN

KOMUNITI

comnet.unisel.edu.my

Sidang Editorial

Buletin Komuniti

Penasihat

TN HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN

Dekan
Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP)

Editor

TS IZWAN SUHADAK ISHAK

Pengarah
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Penolong Editor

NOOR AIN BINTI BAHARUM

Penolong Pendaftar
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Wartawan

MEOR MOHD KAMIL AMIRRUDIN

Penolong Pendaftar
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Wartawan

JASWENDY JASWIR

Pembantu Tadbir & Operasi
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Media

MOHD ADI AZWAN BIN JOHARI

Pembantu Tadbir & Operasi
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)

Kolumnis

ISMAIL HASHIM YAHAYA DANIAL AKHMAL
MUSTAQIM ZAKARIA RAMZI AHMAD
WIRDA SYAKINA

hhttpss::////wwwwww.f.afacecbeobooko.kco.cmo/mco/mconmetnuentiusenlisel

Isi Kandungan

Buletin Komuniti

Catatan Editor - ms 1
Hebahan Unisel - ms 2

Laporan Khas
Kem Pelajar Budiman | SMK Alam Beraja - ms 3

Kem Pelajar Budiman | SMK Alam Beraja - ms 4



Berita
Berita Umum - ms 5-10
Forum Komuniti Bestari - ms 11-12



Hebahan Unisel - ms 13



Membangun Mahasiswa Budiman - ms 14-15

Isu Semasa
- 11 Ogos 1786 - ms 16-17
- Mahasiswa Jom Hijrah! - ms 18-19
- Erti Merdeka Di Kaca Mata Islam - ms 20-21
- Patriotisme & Belia - ms 22-23
-Kemerdekaan Sebagai Pemangkin Ekonomi Negara - ms 24-25
Kenali Organisasi Pelajar
- Kelab Aksara Mahakarya Muda (SA)- ms 26-31
- Persatuan Seni Silat Gayong Unisel (BJ) - ms 32



Ikon Budiman - ms 33-38



Jejak Alumni - ms 39-42




https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Editor

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sambutan Hari Belia Antarabangsa , Insya Allah, beberapa langkah telah
Hari Ekosistem Paya Laut dimulakan bagi melatih para

Antarabangsa dan Sambutan Maal sukarelawan berdaya tahan untuk siap

Hijrah menjadi tema utama pada edisi ke lapangan antarabangsa.

kali ini dengan aura bulan kemerdekaan Kesanggupan mahasiswa

Ogos menjadi lebih bermakna kepada mengorbankan masa, tenaga dan

kandungan yang dihidangkan untuk kewangan demi memberikan khidmat

pembaca semua. kepada komuniti adalah sangat

bermakna.

Bermula dengan siri Forum Komuniti

Bestari untuk memberikan cakna isu Susulan kesedaran isu dan kepentingan

semasa kepada khalayak adalah agenda kelestarian hutan, tinjauan Tim

inisiatif berterusan dan berkala. COMNET bersama Sahabat Alam
Susulannya dengan beberapa kegiatan Malaysia (SAM) berjaya dilaksanakan
yang signifikan agar komuniti di Hutan Simpan Kapar Paya Laut di
merasakan kehadiran UNISEL di Sg Janggut Jeram. Dijangka Projek
lapangan. Tanaman Bakau dapat dijayakan dalam

masa terdekat.

Bagi pemantapan jatidiri belia,

COMNET telah turun ke SMK Alam Penampilan Ikon Budiman dan Jejak

Beraja bagi menerapan Nilai Budiman Alumni kali ini lebih istimewa dengan

di kalangan pelajar kerana mereka perkongsian graf kehidupan mereka

adalah pemimpin masa hadapan. yang telah melalui pelbagai cabaran

dan rintangan. Namun berkat

Dikesempatan yang sama, inisiatif kesabaran dan kegigihan mereka

Turun Ke Desa (TURDA) Penang 2.0 akhirnya berjaya menjejak tangga

selama 7 hari 6 malam digerakkan lagi kejayaan.
bagi memenuhi kerjasama dengan
Pejabat DUN Pinang Tunggal di Semoga bacaan kali ini dapat
Seberang Perai Utara bagi memberi memberikan inspirasi dan dorongan
pendedahan kepada mahasiswa ketika untuk melakukan sesuatu yang
cuti semester realiti yang berlaku di bermakna dalam hidup.

lapangan.

Salam hormat.

Penglibatan belia jangan terhad di Teruskan membaca.

dalam negara sahaja kerana peluang

untuk jaringan antarabangsa amat TS IZWAN SUHADAK ISHAK

penting untuk diteroka bersama. Pengarah Pusat Jaringan
Komuniti (COMNET)

1 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan

https://www.facebook.com/comnetunisel 2

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas

KEM PELAJAR BUDIMAN
SMK ALAM BERAJA, NEGERI SEMBILAN

JEMPOL, 6 OGOS 2022 - Pihak COMNET
UNISEL diwakili oleh Ts Izwan Suhadak Ishak
dan Encik Meor Mohd Kamil Amiruddin telah
berkunjung ke rumah Ketua Kampung Palong 9,
Jempol Negeri Sembilan bagi menyambung
silaturahim dan jalinan kerjasama bagi projek
Turun Ke Desa (TURDA) pada masa hadapan.
Sambutan dan layanan yang diberikan amat
dihargai. Turut hadir Ust. Najmuddin, imam
Surau Ar Raudah kariah Kg. Palong 9, turut
mengalu-alukan cadangan kerjasama bagi pihak
kampung dan UNISEL. Pertemuan telah
diaturkan oleh Saudara Azhaari Shah Sulaiman
yang merupakan guru di SMK Alam Beraja dan
alumni UNISEL.

JEMPOL, 7 OGOS 2022 - Kem Pelajar Budiman telah dilaksanakan dengan
penyertaan 114 peserta di kalangan penghuni Asrama SMK Alam Beraja. Program ini
telah dijayakan dengan usahasama pihak COMNET UNISEL dan Pengurusan Asrama
SMK Alam Beraja bagi penerapan budaya budiman di kalangan peserta dalam
pembentukan karakter dan kecemerlangan dalam akademik. Seramai 25 orang
pasukan fasilitator dari DE Volunteer, Smart Tahfiz dan Persatuan Pelajar Islam
Negeri Sembilan (PPINS) yang diketua oleh Saudara Ahmad Haydar selaku Exco
Kesukarelawanan dan Komuniti, Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL sesi 22/23. "Terima
kasih kepada mahasiswa UNISEL atas sumbangan tenaga dan bimbingan kepada
anak-anak pelajar kami, semoga permulaan kerjasama ini dapat dilanjutkan dengan
MoU bagi kecemerlangan pelajar", kata Encik Ibrahim bin Isa, Pengetua SMK Alam
Beraja. Ts Izwan Suhadak selaku Pengarah Comnet Unisel turut hadir mewakili
universiti dalam acara Majlis Penutupan.

3 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas

Projek Turun Ke Desa (TURDA) Penang 2.0
PULAU PINANG

PENANG, 16 - 22 OGOS 2022 - Grup
Sukarelawan Darul Ehsan telah menyertai satu
misi sukarelawan di Pulau Pinang. Seramai 10
orang sukarelawan telah menyertai misi ini.
Projek Turun Ke Desa (TURDA) Penang 2.0.
Susulan daripada kejayaan menjalankan misi
sebelum ini, projek ini dijalankan lagi bagi
memberikan khidmat pendidikan kepada
komuniti.
Disamping itu, projek ini juga dapat membentuk
dan membina seorang mahasiswa yang
spiritualisme, intelektuanisme dan aktivisme
yang tinggi sekaligus melahirkan mahasiswa
yang seimbang dari sudut fizikal, mental dan
rohani

Selain itu juga, dengan adanya projek ini dalam erti kata untuk memberikan khidmat
pendidikan sekaligus melaksanakan kajian sosiobudaya sebagai salah satu usaha
untuk membantu dan menyumbang kepada masyarakat. Pelaksanaan program ini
juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama, dalam misi kita
untuk menjadi sebuah negara maju

https://www.facebook.com/comnetunisel 4

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

TANJUNG MALIM, 19 Jun 2022 - Berlangsung Program Pemantapan Jati Diri
dan Bina Wawasan Cemerlang Belia Sukarelawan Selangor (SERVE 2022).
Seramai 80 orang peserta terlibat daripada belia sekitar Selangor termasuk
peserta daripada pelajar UNISEL Bestari Jaya. Sepanjang program ini
berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula sejak 17 sehingga 19 Jun 2022.
Peserta diberikan pelbagai pengisian yang menarik daripada Skuad Unit
Budiman Unisel. Program ini juga memberi pencerahan dan kebijaksaan kepada
peserta untuk membuat keputusan dalam sesuatu situasi.

Bestari jaya, 24 Jun 2022, Pusat Islam UNISEL dengan Kerjasama Unit Budiman
melaksanakan program pembangunan insan yang melibatkan mahasiswa muslim
di Masjid UNISEL pada setiap hujung bulan minggu ke-4 dengan pengisian
daripada buku, Maza Yani -fathi yakan serta bacaan yassin, solat hajat dan
qiamulail. Program ini melibatkan semua pelajar muslim dan staff dijemput
hadir. Pihak pusat islam juga menyediakan makanan kepada yang hadir.

5
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 28 JUN 2022 - Unit Budiman menghadiri pertemuan
kunjungan hormat daripada Selangor Technical Skils Development Centre
(STDC) yang diwakili oleh Encik Nahar bin Sharif – Pengurus HEP. Selain
kujungan hormat kehadiran STDC adalah untuk membina hubungan
kerjasama di antara Unisel dan STDC di samping mendapatkan maklumat
berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan pelajar di institusi
pengajian tinggi. Pihak STDC juga dalam penambahbaikan beberapa
peraturan pelajar dan peraturan asrama.

SHAH ALAM, 18 JULAI 2022 - Sesi temuduga fasilitator bagi Minggu Tekad
Siswa Budiman telah berlangsung. Temudugu kali ini melibatkan 25 orang
pelajar di Shah Alam dan 32 orang yang terlibat di Bestari Jaya . Beberapa
orang panel telah dijemput daripada Unit Kaunseling dan Latihan turut serta
dalam sesi temuduga ini. Daripada semua jumlah pelajar yang datang ke sesi
temduga ini hanya 40 orang sahaja akan terpilih. Induksi Fasilitator akan
dilaksanakan pada 15-16 Ogos 2022 di Fruit Valley Selangor sebelum menerima
kemasukan pelajar baru pada 24 Ogos 2022.

https://www.facebook.com/comnetunisel 6

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 21 JULAI 2022 - Unit Budiman dengan Kerjasama Pusat Islam
UNISEL serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL dan Majlis Perwakilan
Kolej (MPK) UNISEL menganjurkan zikir munajat, bacaan yassin, solat hajat
dan qiamulail bersempena peperiksaan akhir semester April untuk pelajar
kampus . Program ini secara tradisi dijalankan pada setiap semester serta
bertujuan mengimarahkan masjid dengan kehadiran pelajar untuk solat
berjemaah. Program ini turut dijemput bersama pelajar Smart Tahfiz Masjid
UNISEL. Sambutan daripada pelajar juga begitu baik sepanjang program ini
berlangsung.

SHAH ALAM, 2 OGOS 2022 - Bersempena dengan peperiksaan akhir semester
April 2022, Pusat Islam dan Unit Budiman bekerjasama menyediakan sarapan
percuma pada sepanjang peperiksaan berlangsung. Di kampus Bestari Jaya
sebanyak 200 bungkus pek makanan disediakan di Dewan Canselor manakala
di Shah Alam 100 bungkus pek makanan disediakan di Dewan Pro-Canselor.
Penyediaan sarapan percuma ini adalah salah satu inisiatif bagi membantu
pelajar yang menduduki peperiksaan pada waktu pagi yang sering tidak
sempat sarapan, dengan ini sekurangnya dapat mengisi perut sebelum habis
waktu peperiksaan.

7
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 2 Ogos 2022 - Pusat Jaringan Komunti (COMNET) telah
mengadakan mesyuarat kelulusan program Organisasi Pelajar dana bawah
RM2000.00. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Zulfikri bin Mohd Kamil
Timbalan Pendaftar HEP. Dua orang wakil daripada Pejabat Bendahari Dua
orang wakil MPP juga telah menghadiri mesyuarat ini. Wakil dari COMNET pula
adalah Puan Noor Ain binti Baharum dan Encik Meor Mohd Kamil Penolong
Pendaftar dan Encik Jaswendy bin Jaswir. Proses ini dilaksanakan berkala 2
minggu sekali atau mengikut keperluan dan permohonan bagi menyokong
cadangan kegiatan dari pimpinan mahasiswa.

BESTARI JAYA, 3 OGOS 2022 - Satu sesi konsultasi telah dijalankan oleh Ts.
Izwan Suhadak bin Ishak, Pengarah COMNET bersama Saudara Amirul
mewakili Jawatankuasa Penaja Kelab Silat Gayong Fatani. Sesi ini
membincangkan mengenai penubuhan Organisasi Pelajar yang baharu iaitu
Kelab Silat Gayong Fatani. Sekiranya diluluskan, ini merupakan pertubuhan
silat yang ke-5 ditubuhkan di UNISEL bagi mengangkat budaya dan seni
mempertahankan di kalangan mahasiswa di kampus. Pelajar telah dinasihatkan
agar memenuhi prosedur kegiatan bagi memastikan perlaksanaan berjalan
lancar tanpa sebarang gangguan.

https://www.facebook.com/comnetunisel 8

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

BESTARI JAYA, 11 OGOS 2022 - Team Selangor berhasrat untuk berkolaborasi
dengan lebih rapat bagi memperkasakan agenda kerja komuniti di kalangan
mahasiswa Universiti Selangor. Tujuannya adalah bagi memberikan ruang
kepada anak muda mendekati lapangan agar dapat memahami isu-masalah dan
menawarkan solusi di dalam komuniti. Perbincangan dipengerusikan oleh Tuan
Haji Amidi Abdul Manan , Dekan Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti
(HEP) dan sangat berbesar hati dengan inisiatif yang ingin digerakkan bagi
manfaat bersama. Team Selangor diketuai oleh Puan Sadina turut menyatakan
komitmen dalam menjayakan Projek Mahasiswa Budiman di lapangan.

JERAM, 12 OGOS 2022 - Tim COMNET UNISEL diketuai Izwan Suhadak Ishak
bersama Meor Mohd Kamil Amirrudin turun meninjau tapak bagi Projek
Penanaman Pokok Bakau di Hutan Simpan Klang Paya Laut Sg Janggut Jeram.
Inisiatif ini merupakan usahasama Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Jabatan
Perhutanan Negeri Selangor bersama pihak Universiti Selangor susulan
Sambutan Hari Konservasi Ekosistem Paya Laut di Peringkat Antarabangsa
beberapa minggu lepas. Projek ini dijangka dilaksanakan pada awal bulan
September dengan hasrat menanam 500 anak pokok bakau oleh 50 sukarelawan
di kalangan mahasiswa UNISEL.

9
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita

SHAH ALAM, 13 OGOS 2022 - Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Negeri
Selangor kerjasama Universiti Selangor telah menganjurkan Seminar
Pemikiran Dakwah dan Kepemimpinan Ummah Siddiq Fadzil : Gerakan
Dakwah dan Pembangunan Ekonomi Umat dan telah dirasmikan oleh YB
Tuan Zawawi Mughni, Exco Agama, Pengguna dan Halal mewakili Kerajaan
Negeri Selangor. Pembentangan barisan panel ketika mengupas konteks
dakwah dan cabaran pelaksanaan ekonomi manusiawi telah memberikan
pencerahan tentang peranan semua pemegang taruh dalam memperkasa
Negeri Selangor sebagai Negeri maju sejak 2005 agar tiada siapa yang
ketinggalan. Ts Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET UNISEL diberikan
mandat untuk menyampaikan resolusi seminar untuk dipanjangkan kepada
pihak berkaitan untuk direalisasikan bersama.

KUALA SELANGOR, 6 OGOS 2022 - Pihak SITEC akan menganjurkan
program Jelajah Usahawan Digital Selangor (JUDS) 2022 - Siri 4: Kuala
Selangor pada Sabtu, bertempat di Dewan Dato’ Hormat, Tanjung Karang.
SITEC menyediakan latihan kepada para usahawan dan bakal usahawan untuk
menyertai program yang sangat bermanfaat ini. Terdapat beberapa syarikat
yang menjalankan perniagaan secara atas talian (online) telah bersama
berkongsi bagaimana handak menjalankan perniagaan secara atas talian
seperti TnGo eWallet, Lazada, Shopee dan banyak lagi. Program ini telah
dirasmikan oleh YB Puan Rozana binti Zainal Abidin ADUN Permatang. Selain
itu program diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi RAP tanah air iaitu
Altimet.

https://www.facebook.com/comnetunisel 10

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuni.ti Bestari

FORUM KOMUNITI BESTARI

Hijrah Pemikiran Dalam Memaknai Sejarah


Bestari Jaya 3 Ogos 2022 : Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah

menganjurkan Forum Komuniti Bestari Sempena Hijrah Pemikiran Dalam
Memaknai Sejarah. Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengasas Akademi
Sejarah Dr Hafidzi telah dijemput sebagai panel pertama. Selain itu juga En.
Mohd Azlan b Dato' Mohd Sharif, AJK Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan
Batu Pahat dijemput sebagai panel kedua untuk membincangkan topik ini
Forum ini dihoskan oleh Ts.Izwan Suhadak bin Ishak, Pengarah Pusat Jaringan
Komuniti (COMNET).

FORUM KOMUNITI BESTARI

Hari Belia Antarabangsa | Peranan Belia di Pentas
Antarabangsa

Bestari Jaya 10 Ogos 2022
: Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah

menganjurkan Forum Komuniti Sempena Sambutan Hari Belia Antarabangsa
pada 12 Ogos 2022 dengan Topik perbincangan Peranan Belia di Pentas
Antarabangsa. Panel jemputan adalah En. Salman Mohd Yusop, Ketua
Perhubungan Awam, Global Peace Mission Malaysia. Selain itu juga TS Izwan
Suhadak bin Ishak, Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dijemput
sebagi panel. Forum kali ini agak berbeza kerana dihoskan oleh Sdr Ahmad
Haydar, yang merupakan Majlis Perwakilan Pelajar Unisel Kampus Shah Alam.

11 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuni.ti Bestari

FORUM KOMUNITI BESTARI

Ekosistem Hutan Paya Laut Lestari


Bestari Jaya 27 Julai 2022 : Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) telah

menganjurkan Forum Komuniti Bestari Sempena Hari Konsevasi Ekosistem Hutan
Paya Laut dengan topik pilihan Ekosistem Hutan Paya Laut Lestari. Dr. Intan
Faraha A.Ghani (Timb Dekan Pembangunan Pelajar Sumber &
Penyelidikan)telah dijemput sebagai panal pertama. Selain itu juga En. Meor
Razak bin Meor Abdul Rahman (Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia)
dijemput sebagai panel kedua untuk membincangkan topik ini. Forum ini
dihoskan oleh Saudari Nurul Wahidah binti Mohd Amin (Presiden Kelab
Pustaka).

https://www.facebook.com/comnetunisel 12

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan

13
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR

Festival Seni Pendidikan Awal Kanak- MENTAL HEALTH FIRST AID (MeHFA)
kanak (ECE Arts Festival 2.0) | 2022 | KELAB PSIKOLOGI INDUSTRI
KMPAKK : Kampus Bestari Jaya
22 Julai 2022 Kampus Bestari Jaya
7 Ogos 2022

https://www.facebook.com/comnetunisel 14

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita .

MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN

KEGIATAN PELAJAR




Lawatan ke Akademi Latihan Pertahanan
Awam (ALPHA) | Siswa Siswi Pertahanan

Salam Food | De Volunteer : Kampus
Awam Universiti Selangor
: Kampus Bestari Jaya Bestari Jaya
27 Jun 2022 27 Julai 2022








Podcast Unisel | Kelab Multimedia
Kampus Bestari Jaya
26 Julai 2022



15
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

11 Ogos 1786


Ismail Hashim Yahaya, Pensyarah UNISEL

Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan

Pengkomputeran




Mengapa bukan 31 Ogos 1957 dan P.
Pinang diberi nama baharu - “Prince of Wales

memprihatinkan 11 Ogos 1786 iaitu 236 tahun Island” - sempena ulang tahun kelahiran pewaris

yang lampau. Bacalah cacatan Awani bersumber takhta British, George IV pada 12 Ogos &

Arkib Negara, mengenai sejarah awal Pulau penempatan baharu yang ditubuhkan diberi

Pinang. nama Georgetown sebagai penghormatan

kepada Raja George III.

“Hari ini 236 tahun yang lalu, British dengan Namun, Light memungkiri janjinya apabila
rasminya menakluk Pulau Pinang. Asalnya tiada bantuan tiba tatkala Kedah berdepan
dipanggil Pulau Ka-Satu, P. Pinang adalah dengan serangan Siam. Maka pada 1791, Sultan
sebahagian daripada wilayah Kesultanan Kedah menghimpunkan bala tenteranya di
Kedah. Pada kurun ke-18, Kedah berdepan Seberang Perai untuk mengambil semula Pulau
ancaman daripada Siam & Burma, keadaan Pinang. Malangnya, baginda gagal. (Sumber:
yang dilihat British sebagai peluang untuk Arkib Negara Malaysia, Visit Penang)
bertapak di Tanah Melayu.

Lantas Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) Setelah 65 tahun kita merdeka naratif sejarah
mengarahkan Francis Light menjalin hubungan Pulau Pinang masih tidak berubah. Setiap tahun
dengan Kedah. Dijanjikan bantuan ketenteraan kita sekadar merayakan hari merdeka dengan
& Sultan Muhammad Jiwa menawarkan kibaran bendera tetapi kita tidak
P.Pinang kepada Light selepas beliau membantu menghayatinya dengan sebenar-benarnya.
mematahkan pemberontakan Bugis. Sekitar
1770-an, Light menulis kepada pihak atasannya Jika catatan ini bersumber dari Arkib Negara
tentang tawaran itu & menjelaskan P.Pinang maka ia harus ditulis semula. Menurut Prof
boleh menjadi pangkalan strategik British di Datuk Dr Ahmad Murad Merican, naratif ini
Kepulauan Melayu untuk mengimbangi telah merosakkan sejarah Kedah/Pulau Pinang.
pengaruh kuasa Belanda & Perancis. Dalam FB Prof Ahmad Murad menyatakan
“orang putih curi tanah Pulau ini pada 14 Ogos
Namun tiada apa yang berlaku hinggalah 1786. Tahun 1786.
Tanpa kelulusan daripada SHTI, Light
berunding dengan Sultan Abdullah Mukarram Menurut beliau Sejarah Pulau Pinang dan
Shah (yang menggantikan Sultan Muhammad Malaysia mesti dinyahkan daripada naratif,
Jiwa) untuk memberikan Kedah perlindungan naratif yang mengkhayalkan sejarah yang
ketenteraan & 6,000 dolar Sepanyol bagi palsu, gambar dan imej gambar
melangsaikan hutang dengan Siam.
Termeterai perjanjian, lalu Light bersama bendera Union Jack berkibar di Pulau Pinang
angkatannya mendarat di P.Pinang pada 17 adalah satu penipuan dalam sejarah dunia.
Julai 1786 & bendera Union Jack dinaikkan Tidak ada pajakan, tidak ada tanda tangan,
dalam satu upacara rasmi pada 11 Ogos itu di tiada orang yang menandatangan, tidak ada
Padang Kota Lama, menandakan permulaan persetujuan, tidak ada dokumen, tiada
penjajahan British di Tanah Melayu penyerahan. Pendudukan Haram. Kes orang
putih curi tanah/Pulau.

https://www.facebook.com/comnetunisel 16

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

Menurut Prof Murad dalam FB-nya lagi kenapa kita bodoh ditipu terang dan jelas oleh sejarah yang
tidak ada. Kenapa ini dikekalkan dan tidak dinyahkan oleh sejarawan. Penulisan sejarah kita, buku
teks, arkib dan muzium? Terlalu bengapkah kita? Mungkin kot. Di hujung kawasan Padang Kota
Lama, Tanjung Penaga, sudah ada rumah Melayu. Pulau yang tidak berpenghuni dalam naratif
penjajahan!
Kekadang apabila kita difikirkan kita sendiri yang masih dengan naratif Francis Light yang
menemukan Pulau Pinang seolah-olah sebelum 11 Ogos 1786 Pulau Pinang tiada berpenghuni.
Sejarah sebelum 11 Ogos menjadi gelap dan Pulau Pinang bermula pada 11 Ogos 1786. Ini yang
penjajah lakukan dan kita masih menyanyikan lagu-lagu penjajah.
Fikir-fikirkanlah sejarah kemerdekaan negara juga perlu diperbetulkan mengenai siapakah pejuang
dan perintis kepada kemerdekaan yang kita kecapi sekarang?

Bahkan patung Francis Light yang tertegak di depan bangunan Muzium Pulau Pinang didakwa
adalah anak beliau, Colonel Wiliam Light dan mereka yang membuatnya merasakan anaknya
berwajahkan semacam beliau.

17
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

MAHASISWA JOM HIJRAH!

Oleh Mustaqim Zakaria

Kelab Pembangunan Insan (PPI)

Sahabat mahasiswa semua, mari kita bersama Para asatizah mengatakan di akhir zaman ini
merenung kepada Sabda Rasulullah SAW hanya ada 2 bentuk hijrah iaitu hijrah niat dan
daripada AmirulMukminin Abu Hafs Umar Ibnu hijrah untuk berjihad di jalan Allah. Dalam
Khattab R.A yang bermaksud: berhijrah, harus memasang niat yang benar
agar setiap perbuatan yang dilakukan menjadi
“Sesungguhnya segala amalan-amalan itu satu bentuk amal ibadah dan mencapai
bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi keredhaan Allah. Justeru itu, kita juga perlu
setiap orang itu (ia akan memperolehi berwawasan untuk berjihad di jalan Allah dalam
berdasarkan) untuk apa diniatkannya. Maka pelbagai aspek sebagai contoh kita selaku
barangsiapa (niat)hijrahnya kerana AllahSWT mahasiwa yang berlatarbelakangkan bidang
dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu untuk yang berbeza untuk memanfaatkan bidang ilmu
Allahdan Rasul-Nya dan barangsiapa tersebut kearah bercirikan konsep Islam kerana
hijrahnyauntuk maksud dunia, maka ia pada hakikatnya, segalabentuk ilmu yang kita
maksudnya itu akan terpenuhi atau kerana milikiadalah hak milik mutlak Allah Ta’ala.
seorang wanita, maka ia akan mengahwininya.
Oleh yang demikianhijrahnya adalah Bila Mahu Berhijrah?
berdasarkan kepada maksud apa hijrah itu
dilakukan”. Persoalannya, bila kita nak memulakan langkah
untuk berhijrah? Perkara paling asas sekali,
(Hadith Riwayat al-Bukhari & Muslim) sebelum menjawab hal ini ialah kemanakah kita
hendak berhijrah? Atau apakah matlamat yang
MaalHijrah Sekadar MasukTahun Baru? hendakdicapai melalui proses hijrah?

Sewajarnya kita perlu memaknai konsep hijrah Jawapan ini sebenarnya bergantung kepada diri
kita. Cuma ianyaperlu dilakar agar destinasi
dengan lebih mendalam bagi hijrahyang sebenar dapat dicapai dan
menatijahkan hasil. Antara matlamat utamakita
menjadikankehidupan seharian kita benar-benar ialahmencapai Mardhatillah dan Tahqiq
Ubudiyyah padaNya dengan itu ia melayakkan
berpaksikan pada tahap ketaqwaan sebagai kita menghuni syurga Allah SWT. Maka inilah
sebesar matlamat yang ingin dicapai. Persiapan
hamba Allah SWT dan khalifah di atas muka rapi boleh dilakukan sebagai persediaan buat
diri kita dalam hijrah yang sebenar.
bumi ini.

Hijrah dengan maksud berpindah atau
meninggalkan dari suatu tempat ke tempat
yang lain sama ada untuk tujuan duniawi atau
ukhrawi. Dalam riwayat yang lain, Rasulullah
SAW mentakrifkan hijrah dengan definisi “
Sesiapa yang meninggalkan laranganAllah
SWT”. Justeru itu, hijrah bukannyasemata-mata
hijrah jasadi atau badani tetapi lebih penting
ialah hijrah yang mempunyai kaitan dengan
hati dan nilai yang melambangkan kemuliaan
seseorang hamba

https://www.facebook.com/comnetunisel 18

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

Mahasiswa Jom Hijrah..

Sahabat mahasiswa, disini saya nukilkan beberapa tips sebagai bekalan hijrah dengan
dibahagikan kepada tiga perkara asas. Antaranya:-

Pertama : Perbetulkan Niat

Sangat penting untuk kita memperbetulkan dan memperbaharui niat agar tidak tergelincir
darimatlamat asal kerana syaitan tidak akan pernahberhenti untuk memesongkan niat kita
untukke jalan Allah. Hati-hati!

Kedua : Cari cirlce dan perkara positif

Mencari circle kawan yang baik dan suasana positif dapat membantu kita kearah kebaikan dan
menjadikan kita istiqomahkerana secara amnya, kita selaku mahasiswa atau anak mudamudah
terpengaruh dengan apa yang kita selalu lihat dan damping.

Ketiga : Kenalpasti sifat negatif dan berusaha memperbaiki

Setiap dari kita mempunyai kekurangan dan mungkin ada sifat negatif.Maka dari itu, berusahalah
untuk bermuhasabah serta memperbaiki agar dapat menjadikan dalaman serta luaran kita
cerminan yang baik kepada sahabat lain sekaligus meletakkan diri kita sebagai “role model” atau
contoh ikutan bagi sahabatyang baru terdetik untuk melakukan penghijrahan.

Muhasabah Hijrah..

Dinukilkan di sini beberapa muhasabah untuk direnungi bagi membaiki dan mengislahkan
diri untukmenjadi insan lebih baik :-

Bagaimana hubungansilaturrahim, sikap kita dengan pensyarah & keluarga?
Bagaimanakah pemakaian dan imej kita di kampus?Adakah menepati apa yang disyariatkan
oleh Islam?
Adakah kita bersahabat dengan sahabat yang baik atau sebaliknya?
Bagaimana kita menjaga masa dan dengan apakah kita mengisi masa yang ada untuk
maslahat dan manfaat kepada kita, agama dan negara?

Saya tinggalkan segala muhasabah ini agar kita semua renungkan dan selamat beramal! Sahabat
mahasiswa, jom berhijrah! Kalau tidak sekarangbila lagi? Kalau bukan waktu muda, takkantua
nanti?

Salam Ma’al Hijrah.Sirru ‘Ala Barakatillah. Bergeraklah di atas keberkatan Allah!

19
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

ERTI MERDEKA DI KACA MATA ISLAM

Oleh Ramza Ahmad

Kelab Pembangunan Insan (PPI)

Umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas Fakta ini membuktikan tanda kekuasaan Allah
nikmat kemerdekaan tidak ternilai itu. Dengan SWT dan kebijaksanaan-Nya supaya kita
naungan rahmat dan hidayahIlahi, setiap sentiasa berfikir dan seterusnya
lapisanmasyarakat dapat menyambutHari mengakuikeesaan-Nya.
Kemerdekaan pada bulan Ogos setiap tahun.
Seiring laungan kemerdekaan berkumandang Oleh yang demikian, Pengibaran Jalur
seluruh negara, bendera Jalur Gemilang
dikibarkan menunjukkan kegemilangan, Gemilang di negara ini adalah bagi
keberhasilan Malaysia dalam mewujudkan
masyarakat majmuk berbilangbangsa dan memperingati kemerdekaan serta
agama sebagai masyarakat harmoni dan
sejahtera. Sifat majmuk yang dimaksudkan melengkapkan penghayatan setiap manusia
adalah realiti yang sepatutnya direnungi,
difahami dan dihayati oleh manusia. terhadaperti dan hakikatkemerdekaan.

Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia, Bendera ialah lambang cukup simbolik bagi
sesungguhnya Kami menciptakan kamu
daripada lelaki dan perempuan serta Kami setiap warga Malaysia supaya dapat
menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah menggemilangkan diri dengan sifat
mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang kemanusiaan dan dimuliakan Allah SWT
yang lebih takwanya antara kamu.
Sesungguhnya Allah MahaMengetahui lagi dengan moral dan akhlakterpuji.
Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan
keadaan dan amalan kamu).” Bendera mempunyai sejarah tersendiri di
dalam sejarah Islam seperti berlaku apabila
(Al-Hujurat: 13) kuasa besar dunia,Rom mengumpulkan bala
tenteranya untuk menjatuhkan kerajaanIslam
Ia memaparkan ramuan yang dijadikanAllah di Madinah.Dalam kerancakan peperangan,
SWT di dunia dalam keadaan sangatindah tangan kanan seorang panglima tentera Islam
dengan kewujudan pelbagai bangsa, bahasa iaitu Jaafar ibnu Abu Talib RA yang
dan agama hingga manusia boleh bertukar- memegang bendera telah dipotong, lalu beliau
tukar fikiran, pendapat serta pengalaman, menukarkannya kepada tangan kiri. Apabila
sekali gus mewujudkan perpaduan jitu dengan tangan kirinya juga dipotong, beliau
keadilanIlahi melalui perhiasan moral dan memegang dengan tunggul tangannya hingga
akhlak terpuji. kepalanya dipancung tetapi sahabat lain pula
menyambung tugas dalam mengibarkan
bendera.

Mafhum ayat itu menegaskan manusia dalam 20
kalangan pelbagai bangsa dan bahasa boleh
Bersatupadu serta hidup Bersama-sama dalam
negara dengan aman harmoni.

https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

Begitulah nilai bendera dalam kalangan sahabat yang bangga dengan Islam dan penampilan
akhlak terpuji mempertahankan, memperjuangkan Islam daripada sebarang pencerobohan luar.
Sekurang-kurangnya bendera itu mencetuskan semangat dan daya juang tentera Islam untuk terus
berjuang menegakkan hingga titisan darah terakhir. Itulah makna yang sepatutnya dijelmakan dan
disemaikan dalam setiap peribadi Muslim untuk terus berusaha dan berjuang memartabatkan
kembali Islam serta umatnyasebagai umat yang terbaik dalam kehidupan.

Selain daripada itu, hakikat kemerdekaan bukanlah sekadar kebebasan daripada penjajahan sama
ada bangsa, fikiran atau kebudayaan seperti difahami kebanyakan, sebaliknya menurut perspektif
Islam, ia bermakna kebebasan manusia untuk dapat menikmati kehidupan sesuai fitrahnya yang
menjadi sifat asasi manusia selaras matlamat sebenar penciptaannya oleh Allah SWT.

Allah SWT berfirman: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk
mereka menyembah dan beribadatkepada-Ku.” (Al-Dzariyat: 56)

Manusia merdeka, hidup dalam keadaan fitrah, ketentuan dan pedoman penciptanya, sekali gus
sesuai hak asasi sebagai manusia berakal waras dan bebas melaksanakan keyakinan dengan fitrah
di bawahlandasan perintah dan larangan Allah SWT. Malahhidup merdeka ialah hak asasisetiap
penghuni alam semesta.

Kini, kebanyakan orang Islam tersalah tafsir dalam memahami hak asasi manusia. Ia difahami
hidup menurut kehendak hati dan nafsu hingga menghalalkan sesuatu yang haram dan
mengharamkan perkara halal. Merekamemahami merdeka sebagaibebas berfikir, berkehendak dan
berbuat tanpa dibatasi sebarang peraturan, nilai atau undang-undang termasuk hukum syarak.
Malah agama dianggap sebagaicandu yang perlu disingkirkan.

Tanpa disedari, pengertian yang salah dan sempit telahpun menguasai pemikiran sebahagian umat
Islam, sebenarnya antara penjajahan moden yang dicanangkan negara Barat hingga mereka jauh
daripada fitrah dan pedoman Ilahi. Akibatnya, muncul generasi acuan Barat yang berkeperibadian
materialisme, mengutamakan hawa nafsu dan mengagungkan budaya serta gaya hidup Barat.

Amat malang apabila umat Islam menguar-uarkan kemerdekaan negara sedangkan seluruh aspek
kehidupan seperti pemikiran, pendidikan, ekonomi dan kebudayaan masih dikuasai idea Barat.
Malah kehidupan jauh terpesong daripada aturan hakiki ditetapkan Allah SWT. Oleh itu, umat
Islamwajib menyedari hakikatmemedihkan itu dan berusaha menyelamatkan diri daripada kemelut
meruncing. Satu-satunya jalan keluar ialah kembali kepada pimpinan al-Quran dan sunnah
kehidupan Rasulullah yang menjadi tonggak utama kepada kemerdekaan sebenar serta
kebangkitan semula umat Islam.

21 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

PATRIOTISME & BELIA

Oleh Muhammad Danial Akhmal bin Azman

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Shah Alam




Kebangkitan golongan muda atau millennial telah diterjemahkan dengan
pembentukan Malaysia Baharu selepas perjuangan mereka mengubah landskap
politik negara menjadi kenyataan demi meneruskan kemakmuran negara tercinta.
Hal ini kerana, dengan perubahan politik negara itu, membuktikan belia sudah
menunjukkan kematangan tentang peranan dan tanggungjawab mereka terhadap
negara. Cabaran generasi baharu tidak terhenti di situ kerana peranan belia
semakin penting apabila had mengundi telah diturunkan kepada usia seawal 18
tahun dan golongan ini menjadi penentu masa depan negara.Sokongan luar biasa
golongan muda ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 baru-baru ini yang mewakili
lebih 40 peratus pengundi berdaftar membuktikan semangat cintakan negara tidak
pernah luntur malah semakin utuh dalam jiwa golongan belia. Itu antara medium
yang disampaikan golongan muda dalam menyampaikan semangat patriotisme
kepada kedaulatan negara. Situasi ini sedikit sebanyak mampu menolak persepsi
sesetengah pihak yang mendakwa golongan muda masa kini tidak menjiwai
semangat kemerdekaan.

Dalam kalangan orang muda atau mahasiswa sekarang, semangat patriotisme itu
masih wujud. Cuma tidak sama dengan masyarakat muda zaman 30 atau 40 tahun
yang dulu. Masyarakat dulu sering dikaitkan dengan perarakan bendera dan
menghadiri upacara rasmi kemerdekaan yang memberikan semangat berbeza. Tentu
saja penzahiran semangat cinta negara orang dulu tidak sama dengan sekarang.

https://www.facebook.com/comnetunisel 22

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

Generasi muda ini mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan mereka
mengambil berat tentang negara iaitu mereka lebih memilih media sosial untuk
meluahkan pendapat tentang perkara yang berlaku di dalam negara melalui
Facebook dan Instagram atau Twitter dan YouTube.Konsep ekspresi golongan
muda berbeza selari dengan perbezaan zaman, jika dulu masyarakat berusaha
menonjolkan semangat patriotik dengan kibaran jalur gemilang dan berpusu-
pusu ke sambutan kemerdekaan. Tapi golongan muda kini gemar memanifestasi
semangat merdeka itu dalam konsep demokratik yang lebih luas iaitu melahirkan
rasa cinta kepada negara dengan benci rasuah, memastikan integriti dalam
setiap pentadbiran serta mahukan satu tadbir urus negara yang baik.

Oleh itu, penglibatan generasi muda pelbagai kaum dengan aktiviti
berpersatuan amat penting bagi memastikan golongan ini tidak mudah
terpengaruh dengan anasir jahat yang mahu merosakkan ikatan perpaduan
rakyat Malaysia. Generasi muda perlu berfikir reflektif iaitu lebih menghargai
keamanan negara yang terbina ini dengan melihat peperangan dan pergolakan
yang masih berlaku di negara lain. Sebagai seorang belia yang cintakan negara,
kita perlu bersama-sama menjaga keharmonian negara, saban hari minda kita
diperangkap dengan pelbagai persoalan tentang naratif politik yang sempit dan
hanya semangat kebangsaan tinggi dapat memadamkan niat buruk itu.
Semangat cintakan negara perlu ditonjolkan oleh semua belia kerana ia
melambangkan identiti kesatuan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

23 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa

KEMERDEKAAN SEBAGAI PEMANGKIN

EKONOMI NEGARA

Oleh Wirda Syakina Binti Zahari

Bachelor Business Management Club (BBMC)




Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan Kestabilan politik adalah amat penting

tarikh bersejarah bagi seluruh rakyat dalam merencanakan perancangan

negara Malaysia kerana pada detik ekonomi negara. Melalui kestabilan

tersebut negara kita mencapai politik akan memberi impak yang amat

kemerdekaan. Kemerdekaan adalah besar terhadap ekonomi negara

satu rahmat besar yang dikurniakan khususnya dari segi kewangan negara,

Allah SWT kepada manusia tanpa kuasa jual beli antara pembekal dan

mengira agama, bangsa dan warna pengguna dan juga pelaburan asing

kulit. Kemerdekaan dari satu sudut kepada negara. Selain dari itu,

boleh difahami sebagai bebas dari kestabilan ini juga mampu

perhambaan, keterikatan, lepas dari mengurangkan kadar inflasi negara di

dikenakan tuntutan, tidak bergantung mana secara tidak langsungnya pelabur-

nasib kepada orang, bangsa atau pelabur luar lebih yakin untuk

negara lain. Merdeka juga bermakna mengembangkan perniagaan mereka di

bebas daripada belenggu kelemahan negara kita.

peribadi dan keruntuhan moral,

penyakit dan kemiskinan yang Bagi Malaysia, kestabilan politik pada

menghalang manusia dari mencapai masa kini adalah amat diperlukan

darjat kemanusiaannya sejati. kerana beberapa faktor iaitu negara

sedang berdepan pandemik Covid-19

Dalam konteks negara, kemerdekaan yang memerlukan fokus dan kerjasama

bermaksud terlepas daripada daripada semua pihak tanpa diganggu

penjajahan politik, ketenteraan, dengan perbalahan politik atau lebih

ekonomi, budaya, informasi dan teruk lagi, sabotaj atau khianat yang

sebagainya. Melalui kemerdekaan, didorong oleh kepentingan politik

negara dapat dibangunkan dengan peribadi. Selain itu, tahun 2021

pelbagai kemudahan yang dapat merupakan permulaan Rancangan

meningkatkan taraf hidup serta Malaysia ke-12 yang amat penting untuk

memberikan keselesaan kepada rakyat. menjadi tapak permulaan rancangan

Kemerdekaan negara juga memainkan ekonomi Malaysia dalam jangka masa

peranan penting dalam mengukuhkan lima tahun akan datang. Justeru

kestabilan politik dan kepimpinan penglibatan pelbagai pihak amat

negara. penting.

https://www.facebook.com/comnetunisel 24

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL ISU SEMASA

Pada masa yang sama, negara-negara lain juga sudah mula mengorak langkah
menerokai industri dan teknologi baharu untuk menjadi negara yang berdaya saing
dan pencorak ekonomi dunia. Justeru kesemua faktor-faktor ini harus diambil serius
dan diberi keutamaan. Ianya boleh dilakukan jika kestabilan politik kembali dicapai
melalui mandat PRU akan datang.

Perhubungan perniagaan antara pelabur dalam dan luar negara dapat memberi
impak luar biasa kepada ekonomi negara selain dapat memastikan kemapanan
bagi setiap industri. Oleh itu, untuk menjamin kestabilan ekonomi negara,
penghayatan terhadap prinsip kemerdekaan perlu dihayati dan disuntik oleh setiap
warga dalam keluarga Malaysia.

Pengorbanan generasi terdahulu dalam mencapai kemerdekaan negara perlu
dijadikan inspirasi oleh rakyat Malaysia yang ketika ini sedang bergelut dengan


kemelesetan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19. 'Penjajahan' kali ini tidak

memerlukan rakyat Malaysia mengangkat senjata di medan perang sebaliknya perlu
mengatur strategi untuk memajukan ekonomi keluarga agar tidak jatuh di bawah
kelompok kemiskinan.

Cabaran ekonomi pasca pandemik Covid-19 sangat getir untuk rakyat Malaysia
walaupun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan kerajaan sejak tahun 2020. Krisis
ekonomi sangat teruk dan ini terbukti dengan penurunan keluaran dalam negara
kasar (KDNK) yang menyusut sebanyak 17.1 peratus pada suku kedua tahun 2020.

Oleh itu, setiap individu sama ada kategori T20, M40 atau B40 bertanggungjawab
memainkan peranan masing-masing untuk memacu semula pertumbuhan ekonomi
negara. Inilah perjuangan rakyat untuk Malaysia yang menyambut Hari
Kebangsaan ke-65 tahun ini.

25 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar (SA)

ORGANISASI PELAJAR KELAB AKSARA MAHAKARYA MUDA



https://www.facebook.com/comnetunisel 26

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar

27 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar

https://www.facebook.com/comnetunisel 28

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar

29 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar

https://www.facebook.com/comnetunisel 30

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar

31 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali Organisasi Pelajar (BJ)

ORGANISASI PELAJAR PERSATUAN SENI SILAT GAYONG UNISEL

-Kelab ini ditubuhkan CARTA ORGANISASI
pada tahun 2010 Presiden : Irfan
-Kelab ini ditubuhkan Nasruddin B Isharuddin
untuk mengajar ilmu seni Naib Presiden : Nur Amir
mempertahankan diri B Saharuddin
kepada siswa dan Setiausaha : Khairun
siswiuniversity Selangor. Imam Sofia Bt Abdullah
-Ahli kelab ini terdiri Bendahari : Muhammad
daripada pelajar Unisel Azhad RusyaidiB
dan juga pelajar tahfiz Addinass
Unisel.




https://www.facebook.com/comnetunisel 32

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

FIRDAUS SIAP DIRI

DI ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0

Nama : Muhammad Firdaus bin Amran
Asal : Seremban, Negeri Sembilan
Program : Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
Fakulti : Komunikasi, Seni Visual & Pengkomputeran (FCVAC)

JAWATAN TERTINGGI YANG PENCAPAIAN
DI SANDANG
·Pertandingan WorldSkills
·Naib Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Belia 2018
Teknologi Maklumat (PEMATEK) ·Pertandingan KVSkills peringkat
·AJK Kelab Bola Keranjang Negeri Sembilan/Melaka 2018
·Peserta JOMLAUNCH 2018, 2019

·Peserta Information Security and
Assurance Seminar USIM
·Peserta RAWSEC Conference
·Pertandingan CTF Wargames.my
2021
·Pertandingan CTF Battle of 1337
2022
·Sukarelawan COMNET
Perkongsian Pengenalan Asas
Laman Web
·Website Design Workshop for
Beginners UNISEL (Fasilitator)

33 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca buletin COMNET. Nama
yang diberi oleh kedua ibu bapa saya yang tersayang ialah Muhammad Firdaus bin
Amran. Saya dibesarkan dalam keluarga lima beradik, termasuk saya sendiri. Syukur ke
hadrat Ilahi walaupun kami sekeluarga sederhana, adik-beradik kami masih mendapat
kasih sayang dan keperluan yang secukupnya. Ibu bapa saya banyak membantu dan
memberi semangat dalam membentuk adik-beradik kami menjadi insan yang berguna.

Sejak saya kecil, saya telah didedahkan kepada alam perkomputeran melalui
permainan di atas talian. Masih segar dalam ingatan saya, sewaktu saya berumur 5
tahun, saya mengakses internet menggunakan komputer riba dan broadband hanya
untuk bermain permainan di atas talian. Ibu bapa saya sering kali mengawasi masa
penggunaan saya ketika melayari internet. Terdapat juga beberapa kali saya ditegur
supaya tidak terlalu taksub bermain permainan dan memanfaatkan masa yang ada
untuk pelajaran akademik.

Ketika saya berumur 6 tahun, saya masih lagi kerap bermain permainan di atas talian.
Namun, pada waktu itulah minat saya berputik di dalam bidang perkomputeran secara
mendalam. Pada asalnya, saya didedahkan oleh kawan rapat saya pada ketika itu
dengan cara-cara pengehosan permainan atas talian dengan menggunakan perkakasan
komputer sendiri. Permainan atas talian yang dihoskan oleh saya pada masa itu adalah
berdasarkan teknologi laman web Adobe Coldfusion dan Flash. Sesuatu yang saya suka
apabila kita menghos permainan atas talian menggunakan perkakasan sendiri, kita
mampu membuat apa saja perubahan atau penambahan kepada permainan tersebut.

Seringkali, saya mengajak rakan-rakan saya untuk bermain permainan atas talian yang
dihos oleh saya. Daripada pengalaman mengehos permainan atas talian berdasarkan
laman web tersebut, saya dapat mempelajari asas laman web, sistem rangkaian dan
pangkalan data. Proses pengehosan permainan atas talian pada awalnya bukanlah
sesuatu yang mudah bagi saya yang pada masa itu baru sahaja di dalam alam
perkomputeran. Namun saya masih meneruskan perjalanan saya untuk mempelajarinya.
Selepas saya berjaya mengehos permainan atas talian tersebut, saya berasa sangat
puas dan gembira. Daripada perasaan yang saya rasa pada masa itu, saya merasakan
bidang perkomputeran yang luas ini sangatlah seronok.

https://www.facebook.com/comnetunisel 34

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Kemudian pada tahun yang seterusnya,

saya didedahkan pula kepada asas

keselamatan siber (Cybersecurity). Pada

waktu itu, kumpulan-kumpulan

penggodam tumbuh seperti cendawan

selepas hujan dengan tersebarnya berita

tentang kumpulan penggodam

RileksCrew menggodam laman

Facebook HotFM.

Saya merupakan salah seorang yang Pada pertengahan sekolah rendah
menyertai trend pada ketika itu dan sehinggalah saya tingkatan 3, saya tidak
cuba untuk menyertai kumpulan- lagi bersemangat dalam mempelajari ilmu
kumpulan tersebut. Banyak yang saya bidang perkomputeran. Ini kerana, saya
pelajari daripada pengalaman saya pada masa itu sering kali menghabiskan
menyertai kumpulan-kumpulan tersebut masa dengan bermain permainan atas
namun saya masih mengekalkan etika talian yang dikenali ramai sebagai Dota 2.
ketika mempraktikkan ilmu yang saya Pada ketika itu, sasaran saya ialah untuk
pelajari. menjadi seorang pemain E-sukan.

Pada ketika itu, ahli-ahli kumpulan tidak Saya meletakkan sepenuhnya usaha saya
dibenarkan untuk menyalahgunakan untuk menjadi seorang pemain yang
pengetahuan keselamatan siber yang kompetitif, namun jurang prestasi dan bakat
telah dikongsi bersama tetapi masih ada yang dipunyai oleh saya di dalam bidang E-
yang bersikap degil dan melakukannya sukan jika dibandingkan dengan pemain-
untuk kepuasan diri. Daripada pemain yang berada di peringkat atasan
pengalaman tersebut, saya mempelajari amatlah jauh. Saya menyertai pelbagai jenis
pelbagai cara untuk menjaga pertandingan E-sukan Dota 2 pada ketika
keselamatan siber dan menambah itu, namun kesemua usaha saya untuk
pengetahuan saya di dalam bidang memenangi pertandingan-pertandingan
perkomputeran yang luas ini. tersebut gagal. Kemudian pada
pertengahan tingkatan 3, saya menyedari
bahawa bidang E-sukan bukanlah bidang
yang sesuai untuk saya.

35 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Disebabkan oleh tabiat saya yang sering Semasa di Kolej Vokasional, saya
menghabiskan masa bermain permainan mengambil kursus Diploma Sistem
atas talian, saya sering mengabaikan Komputer dan Rangkaian. Saya
pelajaran. Saya selalu mendapat gred yang didedahkan banyak mengenai sistem
teruk bagi setiap peperiksaan sewaktu di rangkaian dan perkakasan komputer pada
sekolah menengah. Namun, pada tahun yang pertama. Pada tahun kedua,
pertengahan ke akhir tingkatan 3, saya saya menyertai beberapa pertandingan
mula membuka mata dan sedar bahawa berasaskan kemahiran.
saya perlu berusaha dan mengenalpasti Pertandingan seperti itu pada
bakat saya demi masa depan. kebiasaannya akan menguji kebolehan
pelajar dalam mengkonfigurasi pelayan
Alhamdulillah, pada tahun tersebut, saya (server) dan peranti rangkaian.
berjaya mendapat keputusan yang baik di Pertandingan saya yang pertama ialah pra-
dalam peperiksaan PT3. Selepas daripada kelayakan WorldSkills Malaysia Belia
peperiksaan tersebut, saya cuba untuk (WSMB) yang biasanya dianjurkan oleh
mengenalpasti semula bakat yang saya Jabatan Pembangunan Kemahiran hampir
punyai. setiap tahun.
Saya tidak dapat ke peringkat akhir,
ketika proses pengenalpastian tersebut, namun saya amat bersyukur kerana banyak
saya mula berminat semula kepada bidang yang saya pelajari daripada pengalaman
perkomputeran. Kemudian, saya mula penyertaan tersebut. Kegagalan saya untuk
bertekad untuk menambah ilmu ke peringkat akhir pertandingan tersebut
pengetahuan saya di dalam bidang telah membakar semangat saya untuk terus
perkomputeran dengan serta merta. belajar lebih mendalam dalam bidang
Sekolah menengah saya pada ketika itu perkomputeran. Pada tahun yang sama,
tidak menawarkan aliran sains komputer, selepas pertandingan itu, saya menyertai
lalu saya membuat keputusan untuk satu lagi pertandingan kemahiran
memasuki Kolej Vokasional Port Dickson peringkat negeri yang dinamakan sebagai
hanya kerana kolej tersebut menawarkan KVSkills. Alhamdullah syukur, saya berjaya
kursus berkaitan perkomputeran. mendapat naib johan di dalam
pertandingan KVSkills tersebut.
Namun, saya rasa sedikit terkilan kerana
tidak dapat meneruskan perjuangan ke
peringkat kebangsaan kerana peringkat
kebangsaan hanya untuk tempat yang
pertama. Selepas kegagalan saya yang
kedua itu, saya semakin bersemangat untuk
terus belajar lebih mendalam. Saya
berhasrat untuk mencuba lagi pada tahun
akan datang di pertandingan WorldSkills
yang seterusnya.

https://www.facebook.com/comnetunisel 36

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Namun nasib tidak menyebelahi saya pada tahun seterusnya kerana pertandingan
WorldSkills ditunda atas sebab jangkitan Covid-19 yang menular. Dua tahun di dalam
pandemik, tiada pertandingan kemahiran yang saya dapat sertai. Tetapi saya tetap
teruskan perjuangan saya dalam mempelajari lebih mendalam tentang ilmu
perkomputeran. Satu cabang di dalam bidang perkomputeran yang saya masih lemah
pada ketika itu ialah bahagian pengaturcaraan (programming). Sebenarnya, saya telah
cuba pelbagai cara dan telah menghabiskan banyak masa sejak saya kecil untuk
mempelajari pengaturcaraan. Namun malangnya, semua usaha saya tidak membuahkan
hasil.
Dan antara sebab saya masuk ke Kolej Vokasional juga adalah kerana saya mahu
mengelak daripada topik pengaturcaraan. Tetapi semuanya berubah ketika pandemik.
Saya mula nekad dan bersemangat untuk mempelajari semula pengaturcaraan.
Perjalanan pembelajaran saya ketika pandemik itu pada mulanya bukanlah mudah tetapi
saya tak mengalah. Tiba di satu tahap, saya sedar bahawa cara pembelajaran saya untuk
mempelajari pengaturcaraan adalah salah. Selama ini saya hanya belajar pengaturcaraan
dengan menonton video di YouTube dan mengikut setiap langkah yang dilakukan.
Kemudian, baru saya sedari bahawa cara yang terbaik untuk belajar pengaturcaraan
ialah dengan cuba membuat projek pengaturcaraan sendiri. Daripada pengalaman
membuat projek pengaturcaraan sendiri, saya dapat belajar pelbagai cara menyelesaikan
masalah dan mampu memahami asas pengaturcaraan dengan lebih kuat dan mendalam.
Pada tahun terakhir saya di Kolej Vokasional, saya memilih tajuk berkaitan dengan
Internet of Thing (IoT) sebagai projek tahun akhir. Projek akhir saya melibatkan peranti
Raspberry Pi yang dijadikan sebagai pelayan NAS. Pembangunan projek tersebut dari
segi teknikal bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya yang sudah biasa dengan konfigurasi
pelayan dan sistem rangkaian. Bagi saya proses yang paling rumit di dalam
pembangunan projek tersebut ialah proses dokumentasi. Saya mengambil masa yang
lama untuk menyiapkan laporan projek tersebut kerana banyak yang saya perlu baiki
setiap kali laporan tersebut disemak. Syukur Alhamdulillah, pada hujung tahun tersebut
saya akhirnya dapat menyiapkan juga projek tahun akhir tersebut dan berjaya mendapat
anugerah projek tahun akhir terbaik.
Kemudian bermulalah latihan industri saya di DSSB Nilai sebagai syarat untuk
melengkapkan Diploma saya di Kolej Vokasional. Alhamdulillah, semasa saya menjalani
latihan industri saya ditemukan dengan penyelia dan staf-staf yang baik dan sedia
membantu. Semasa latihan industri tersebut saya banyak melibatkan diri dalam
pembangunan projek pengaturcaraan syarikat yang menjimatkan pengunaan kertas dan
mengurangkan sentuhan. Projek-projek seperti ini banyak dibangunkan atas sebab
pandemik yang masih lagi berjalan ketika itu. Antara projek yang telah dibangunkan oleh
saya ketika itu ialah sistem aduan, sistem deklarasi kesihatan dan sistem pengurusan aset.
Ketika waktu itu, terdapat insentif yang diberikan oleh majikan jika kita melakukan inovasi
yang menjimatkan kos. Saya membangunkan ke semua projek tersebut dengan bantuan
oleh penyelia saya yang sedia membantu.

37 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman

Setelah tamatnya latihan industri saya di DSSB Nilai, saya bergraduasi dengan Diploma
Sistem Komputer dan Rangkaian. Lalu saya menyambung pelajaran ke Universiti Selangor
(UNISEL) pada November 2021. Di UNISEL, saya memilih untuk menjalani pengajian di
dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian). Ini kerana minat saya yang pada
ketika itu lebih mendalam ke arah pengaturcaraan. Pada semester pertama, saya perlu
mengambil tiga subjek pengukuhan sebagai syarat untuk memasuki Ijazah. Pada semester
kedua, barulah saya mempelajari subjek-subjek komputer yang sepatutnya ditawarkan.

Pada semester kedua juga saya beranikan diri untuk menyandang jawatan sebagai naib
presiden Persatuan Mahasiswa Teknologi Maklumat (PEMATEK). Saya bukanlah seorang
yang aktif di dalam kelab selama pengajian saya di mana-mana institusi, tetapi peluang
yang diberikan semasa di UNISEL ini akan saya manfaatkan sepenuhnya. Alhamdulillah,
banyak yang saya pelajari tentang selok belok pengurusan kelab daripada peluang ini.
Kehidupan saya di UNISEL baru sahaja bermula. Masih banyak yang perlu saya lalui.

Sehingga sekarang saya masih mempunyai minat yang mendalam di dalam pelbagai
cabang bidang perkomputeran. Saya sedar masih ada banyak yang belum saya terokai di
dalam dunia digital yang luas ini. Ilmu di dalam bidang perkomputeran ini sentiasa
berevolusi tanpa sempadan dan agak mustahil untuk seseorang itu mengetahui semuanya.
Sentiasa rendah diri dalam menimba ilmu kerana ilmu yang kita ada ini hanyalah setitis
air di lautan yang luas dan jangan pernah lupa bahawa setiap ilmu itu pinjaman dari
Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah syukur atas rezekiNya saya diberikan peluang
seperti ini sepanjang kehidupan saya.

Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan-rakan saya sering mendorong dan membantu
saya selama ini. Akhir kalam, jangan pernah berputus asa dalam mencari ilmu. Kenalpasti
kelemahan dan kelebihan diri lalu manfaatkan ia sepenuhnya. Sekian dari saya,
Muhammad Firdaus bin Amran. Terima kasih kepada semua pembaca buletin COMNET
atas kesudian untuk membaca penulisan ini.

https://www.facebook.com/comnetunisel 38

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

MENGAKAR DAN MERIMBUN



Nama : Muhammad Fakhrul Amiruddin Bin Hamdan
Negeri Asal : Muar, Johor
Program : - Diploma Pascasiswazah Pendidikan, IPG

Kampus Teknik Nilai (2020)
- Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian)

Teknologi Industri, Unisel (2018)
- Diploma Teknologi Industri, Unisel (2014)

Jawatan/Tugas Semasa (Kini) :
Pegawai Khas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang 2022-terkini
Yang di-Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Pulau Pinang
2020-2022
Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Negeri Pulau Pinang 2020/2022
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Bahagian Hal Ehwal Agama Islam
Pulau Pinang

Jawatan Yang Pernah Disandang (Kampus) :
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL 2016/2017
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) 2015/2016
Setiausaha Persatuan Penggerak Mahasiswa 2012/2013

Jawatan Yang Pernah Disandang (Luar Kampus) :
Penolong & Pemangku Setiausaha ABIM Pulau Pinang 2019-2020
Yang di-Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Tanjong
Karang 2017-2019
Naib Yang di-Pertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala
Selangor 2018-2019
Ketua Biro Perhubungan ABIM Negeri Selangor 2017
Exco Latihan & Pembangunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) 2014
Exco Perhubungan Antarabangsa Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) 2015
Exco Pendidikan & Penyelidikan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam
Malaysia (PKPIM) 2016

39 https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Pencapaian :
Calon Akhir Anugerah Khas Belia
Perdana Peringkat Negeri Pulau
Pinang 2020
Anugerah Tokoh Ibnu Batuttah 2018
Anugerah Kepimpinan Sukarelawan
2016
Anugerah Sukarelawan Terlatih 2015

Nama Muhammd Fakhrul Amiruddin bin Hamdan merupakan anak sulung daripada 7 orang adik
beradik. Bapa bernama Hamdan bin Abdullah serta ibu bernama Ilawati binti Hasbollah. Berasal
dari Muar, Johor. Mendapat pendidikan awal di sekolah Kebangsaan Parti Pinang Seribu,
seterusnya diperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota, Muar. Pada
tahun 2011, menyambung pelajaran diperingkat Diploma dalam bidang Teknologi Industri di
Universiti Selangor (Unisel) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Industri
pada tahun 2018 di Universiti yang sama.

Pengalaman dan bakat kepimpinan yang diperolehi bermula apabila menyambung pengajian di
Universiti Selangor. Saya terlibat aktif di dalam persatuan dan mula terlibat secara langsung dalam
program-program yang membina kemahiran soft skills seperti komunikasi, interaksi, membina
jaringan, hubungan serta kemahiran mengurus organisasi. Pelbagai pengalaman yang bernilai dan
bermakna semasa berada di kampus, bukan sahaja dalam dunia akademik tetapi dalam kegiatan
mahasiswa di dalam mahupun di luar kampus.

Pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Penggerak Mahasiswa (PPMU) pada tahun
2012 hingga 2013, Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD Unisel) pada tahun 2015 dan
Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi tahun 2016. Terlibat secara langsung dalam proses
membina modul dan memberi latihan sukarelawan kepada mahasiswa di bawah Pusat Jaringan
Komuniti dan Aktiviti Pelajar (COMNET) Universiti Selangor. Terlibat dalam program aktivisme
dan keilmuan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa seperti Ekpedisi Ibnu Batuttah di Medan-
Acheh, Indonesia, Persidangan Pelajar Asian di Hanoi, Vietnam, Sambutan Hari Bangkit Nasional
(Harbanas) Pelajar Islam Indonesia, di Jogjakarta, Ekpedisi Buya Hamka di Maninjau, Indonesia,
Kem Musim Panas dan Qurban tahunan di Yala, Narathiwat, Songkla, dan Pattani, Selatan
Thailand.

https://www.facebook.com/comnetunisel 40

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Kegiatan di luar kampus dan NGO, pernah dilantik sebagai Exco Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) diperingkat kebangsaan pada tahun 2014 hingga 2016.
Antara portfolio yang pernah dipegang ialah Exco Bahagian Latihan dan Pembangunan
(BLP), Exco Perhubungan Antarabangsa, dan Exco Pendidikan dan Penyelidikan. Pada masa
yang sama, terlibat aktif sebagai jurulatih dalam program-program pembangunan remaja,
belia dan sahsiah pelajar selama 4 tahun dibawah IQ Class Management Sdn. Bhd iaitu
sebuah syarikat perundingan yang menawarkan perkhidmatan latihan, bengkel, ceramah
motivasi dan jati diri. Selain itu, terlibat dalam Persatuan Pengamal Hipnoterapi Aura Shifa
dan mendapat sijil pengamal Hipnoterapi (Advance Level) Malaysia-Indonesia di ketuai
oleh Ustaz Hj. Ab. Razak Aripin (Grand Master Aura Shifa Malaysia) bagi beberapa
program kaunseling dan motivasi.
Terlibat di dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) diperingkat daerah Kuala
Selangor, Tanjong Karang dan Negeri Selangor. Memegang jawatan Ketua Biro Penerangan
ABIM Selangor pada tahun 2017 dan Yang di-Pertua ABIM Daerah Tanjong Karang
sebelum berpindah ke Pulau Pinang. Pernah berkhidmat di Hartalega Sdn. Bhd dalam
industri pembuatan sarung tangan getah sebelum berpindah ke Pulau Pinang pada
pertengahan tahun 2019. Kini, berkhidmat sebagai Pegawai Sumber Manusia di Institusi
Pendidikan milik ABIM di Pulau Pinang. Pada tahun 2019, diamanahkan sebagai Penolong
dan Pemangku Setiausaha ABIM Negeri Pulau Pinang sesi 2019/2020. Kini, jawatan yang
telah diamanahkan sebagai Yang di-Pertua (YDP) ABIM Negeri Pulau Pinang sesi
2020/2021 dan 2021/2022.

41
https://www.facebook.com/comnetunisel

BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni

Suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah semasa bergelar mahasiswa, terlibat
dalam misi dan tinjauan di Selatan Thailand sebanyak 11 kali. Ia termasuk beberapa siri
program khidmat masyarakat dan kajian sosio budaya. Penglibatan aktif dalam masyarakat
hingga kini banyak didorong oleh pengalaman mengurus dan terlibat secara langsung
dalam aktiviti keorganisasian di Unisel. Faktor terpenting adalah rakan-rakan, para
pensyarah, para senior dan murabbi yang sentiasa memberi tunjuk ajar, dorongan dan
pesan-pesan yang cukup membekas di hati. Saya tujukan juga penghargaan terima kasih
setinggi-tingginya insan yang terpenting dalam hidup saya iaitu kedua ibu bapa, adik-
beradik dan khususnya kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi dorongan,
nasihat, dan doa yang terbaik untuk berada pada tahap sekarang.

https://www.facebook.com/comnetunisel 42

https://www.facebook.com/comnetunisel

MEDIA SOSIAL

COMNET UNISEL
comnet.unisel.edu.my

Lokasi

UNISEL Bestari Jaya :
Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari

Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia
+603-3280-5098

UNISEL Shah Alam :
Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

Darul Ehsan Malaysia.
+603-5522-3520

Laman Sesawang

: www.facebook.com/comnetunisel

: t.me/infocomnetunisel

: comnet.unisel.edu.my/virtual-office/

Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat
Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke
[email protected]

https://www.facebook.com/comnetunisel


Click to View FlipBook Version