Edisi Digital Pencetus Minda Budiman
Bil 10 | 2022
BULETIN
KOMUNITI
comnet.unisel.edu.my
Sidang Editorial
Buletin Komuniti
Penasihat
TN HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN
Dekan
Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP)
Editor
TS IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengarah
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)
Penolong Editor
NOOR AIN BINTI BAHARUM
Penolong Pendaftar
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)
Media
MOHD ADI AZWAN BIN JOHARI
Pembantu Tadbir & Operasi
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)
Wartawan
MEOR MOHD KAMIL AMIRRUDIN
Penolong Pendaftar
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)
Wartawan MOHD SAFUAN
JASWENDY JASWIR
Pembantu Tadbir & Operasi
Pusat Jaringan Komuniti (COMNET)
Kolumnis
ILI AKMAL
NOR HELWA MULTAZAM
https://www.facebook.com/comnetunisel
Isi Kandungan
Buletin Komuniti
Catatan Editor - ms 1
Untaian Budiman - ms 2
Sorotan Utama
Laporan Khas
Bengkel Ekoterapi & Kokedama - ms 3
Forum Komuniti Bestari - ms 4
Berita - ms 6-15
Kegiatan Pelajar - ms 6-15
Kenali OP
Citra Seni UNISEL - ms 27-29
Isu Semasa
Kesihatan Mental Bukan Penyakit Mental - ms 17-18
Ikon Budiman -
Perjalanan Menjadi Pelajar Budiman - ms 27-29
Jejak Alumni
Pendidik dan Pemuzik - ms 30-35
https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Editor
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam Budiman kepada semua membudayakan kelestarian dalam
pembaca yang sentiasa menanti hidup seharian telah digerakkan. Siri
terbitan Buletin Komuniti. Pendidikan Komuniti yang berfokus
kepada agenda dan kempen 3R (Reuse-
Malaysia dijangka disenaraikan sebagai Reduce-Recycle), penanaman, pokok,
negara menua tahun 2030. Dalam audit sampah, dan ekoterapi
laporan media beberapa hari lepas dilaksanakan berteruskan dan berkala
negeri Kedah telah disahkan sebagai bersama rakan strategi.
negeri menua apabila penduduk berusia
65 telah lebih 7 peratus. PBB Nantikan Sambutan Hari Konservasi
meramalkan 10 billion penghuni planet Ekosistem Hutan Bakau yang akan
bumi menjelang 2050. dilaksanakan dengan diskusi kesedaran
dan projek penanaman semula anak
Bila membahaskan isu lebihan pokok bakau di pesisir laut Kuala
penduduk makan ianya berkadar Selangor.
langsung terhadap penggunaan sumber
semulajadi seperti beras, gandum Semoga usaha kecil ini mendapat
sebagai asas makanan ruji masyarakat sokongan pelbagai pihak dan
di seluruh negara. Belum ambil kira memberikan impak yang signifikan
penggunaan tenaga yang memerlukan kepada komuniti dan mahasiswa
arang batu, petroleum yang semakin keseluruhannya.
menyusut.
Dalam kita menangani krisis alam
Justeru agenda bersama seluruh umat sekitar dan perubahan iklim, peranan
manusia yang perlu menyedari bahawa pembangunan komuniti dan mahasiswa
kita hanya ada satu planet bumi sahaja perlu terus jalan. Sisipan kali ini terus
di dalam galaksi ini. Tanggungjawab menampilkan ikon budiman dan jejak
untuk melindungi dan mewariskan bumi alumni bagi memberikan inspirasi
kepada generasi depan adalah suatu kepada semua pembaca.
perkara yang serius bagi memastikan
kesejahteraan dan kelangsungan hidup Selamat membaca dan salam hormat!
mereka terjamin.
Kalau bukan kita siapa lagi, kalau TS IZWAN SUHADAK ISHAK
bukan sekarang bila lagi. Di peringkat Pengarah Pusat Jaringan
UNISEL melalui COMNET agenda Komuniti (COMNET)
1 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Untaian Budiman
UNTAIAN BUDIMAN
Sila Like, Comment dan Share FB COMNET Unisel
facebook.com/comnetunisel
Berminat untuk berkerjasama program
pendidikan komuniti secara atas talian atau fizikal
sila hubungi 0176560102 (Izwan)
Terbuka kepada komuniti sekolah,
desa dan bandar.
#UniselCakna #ComnetUnisel
https://www.facebook.com/comnetunisel 2
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Laporan Khas
KESIHATAN MENTAL & ALAM SEKITAR
BENGKEL EKOTERAPI X KOKEDAMA
SUNGAI BULOH, 14 JULAI 2022 - Bengkel
Ekoterapi X Kokedama telah dilaksanakan di
SMK Bukit Rahman Putra dengan kerjasama
COMNET UNISEL, Grass Malaysia dan Kelab
Alam Sekitar SMKBRP. Bengkel ini telah
dihadiri 62 orang peserta di kalangan pelajar
dan guru bagi mempelajari asas ekoterapi dan
teknik tanaman hiasan kokedama. Modul
ekoterapi telah disampaikan sendiri Ts Izwan
Suhadak Ishak, Pengarah COMNET dan teknik
penghasilan kokedama dibimbing oleh Puan
Nor wakil dari Grass Malaysia. Turut hadir
sebagai fasilitator adalah aktivis Grup
Sukarelawan Darul Ehsan.
3 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuniti Bestari
HARI POPULASI SEDUNIA
PENINGKATAN POPULASI MANUSIA IMPLIKASI KEPADA DUNIA
BESTARI JAYA, 20 JULAI 2022 -
Bersempena Hari Populasi Sedunia
yang disambut setiap tahun pada
tanggal 11 Julai bagi meningkatkan
kesedaran tentang pertambahan
populasi penduduk seluruh dunia yang
telah mencecah 7.7 bilion sehingga kini.
COMNET UNISEL mengambil inisiatif
menganjurkan Forum Komuniti Bestari
(FKB) dengan menampilkan peneraju
diskusi iaitu Saudara Muhammad Kairul
Rizwan, Presiden MPP UNISEL bersama
dua panelis iaitu En. Nasrudin Md
Rahim (Penasihat Kelab Matemetik)
dan Ts Izwan Suhadak Ishak, Pengarah
COMNET.
Bersesuaian dengan tema sambutan,
topik yang dibawakan adalah
Peningkatan Populasi Manusia Implikasi
Kepada Dunia. Ketika dunia mudah
mengalami krisis makanan dengan
cabaran jangkaan lebihan penduduk
menjelangan 2050.
Kesedaran awal dan tindakan segera
perlu dilakukan, selain tanggungjawab
dan komitmen negara di bawah
naungan PBB. "Individu dan keluarga
juga mampu lakukan sesuatu dengan
membudayakan cara hidup minimalis
dan jauh pembaziran", pesan panelis
ketika diskusi.
https://www.facebook.com/comnetunisel 4
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita
SHAH ALAM, 21 JUN 2022 - UNISEL
telah mendapat jemputan kerjasama
bersama Majlis Belia Malaysia (MBM)
dan Majlis Belia Orang Kurang Upaya
(MBOKU) Malaysia bagi melaksanakan
program awal pencerahan kepada anak-
anak muda berkiatan politik dan
demokrasi di Malaysia. UNISEL menerusi
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan
Pembangunan Pelajar dan Jaringan
Komuniti (PPJK) menjadi pelaksana
utama program yang dicadangkan ini.
Program ini juga bermatlamat
memasarkan jenama UNISEL dalam
kalangan anak muda termasuk program
pra-siswazah dan Sarjana Sains Politik.
Bentuk program adalah bersifat santai
dan secara sidang meja bulat bagi
memberi ruang kepada peserta UNISEL
dan luar untuk bebas memberi
pandangan dan berkongsi pengalaman.
Penganjuran program Sekolah Politik 3.0
dengan matlamat memberi perubahan di
dalam pembentukan landskap politik
negara melibatkan ahli politik dan rakyat
yang cakna berkenaan sistem politik
negara ini.
Mesyuarat Induk telah diteraju oleh Prof
Madya Dr Hamdan bin Mohd Salleh, Naib
Presiden & Timbalan Naib Canselor PPJK
dihadiri bersama pegawai-pegawai dari
PPJK berserta wakil dari Pihak MBM iaitu
saudara Faiz bin Suhaimi, Presiden MBOKU
& Exco MBM
Semua belia adalah dialu-alukan selagi
mana memegang semangat bersetuju untuk
tidak bersetuju dan berlapang dada di
dalam menerima perbezaan. Program ini
adalah edisi ketiga dianjurkan oleh MBM
semenjak tahun 2018. Perbezaan ketara
Sekolah Politik 3.0 berbanding
penganjurannya sebelum ini adalah
berkenaan isu Orang Asal dan Orang
Kurang Upaya yang dibawa kali ini.
5
https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita
Bestari Jaya 20 Julai 2022 - Kursus Madu Lebah Kelulut
telah diadakan di Selangor Fruit Valley. Seramai 30
orang peserta telah menyertai kursus ini. Antara peserta
terdiri daripada staf, pelajar UNISEL dan komuniti..
Selain itu, wakil daripada masjid di Kuala Selangor juga
menyertai kursus ini. Wakil daripada COMNET UNISEL
adalah En. Jaswendy bin Jaswir yang akan
mengembangkan ilmu kepada komuniti seluruh Selangor.
Para peserta dibimbing dari awal mengembangkan
habitat kelulut sehingga kepada penghasilan produk
berasaskan madu kelulut antaranya sabun bagi kegunaan
seharian dan lebih mesra alam.
KUALA SELANGOR, 21 JULAI 2022 - Pendidikan
Informal merupakan salah satu pendekatan bagi
memperolehi ilmu. Mahasiswa UNISEL
mengambil kaedah ini untuk berkongsi idea dan
pengalaman bersama Mahasiswa dari Somalia.
Program bual bicara yang dikenali sebagai
Campus Life Talk yang diteraju oleh Saudari
Mariam Omar, pelajar Jabatan Pengkomputeras
bersama dua panelis Saudari Antasha dan
Saudari Iqra masing-masing dari Malaysia dan
Somalia berkongsi dan berbual santai bagi
memahami budaya, ekonomi, politik dan
pendidikan. Program dilaksanakan melalui Zoom
Meeting dan para hadiran yang hadir turut
bertukar pandangan dan pertanyaan.
https://www.facebook.com/comnetunisel 6
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Berita
BESTARI JAYA, 20 Julai 2022 - Pusat Jaringan Komunti (COMNET) telah
mengadakan mesyuarat kelulusan program Organisasi Pelajar dana bawah
RM2000.00. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Zulfikri bin Mohd Kamil
Timbalan Pendaftar HEP. Pejabat Bendahari diwakili oleh Puan Maslisadatulnor. Dua
orang wakil MPP juga telah menghadiri mesyuarat ini. Wakil dari COMNET pula
adalah Puan Noor Ain binti Baharum Penolong Pendaftar dan Encik Jaswendy bin
Jaswir. Proses ini dilaksanakan berkala 2 minggu sekali atau mengikut keperluan dan
permohonan bagi menyokong cadangan kegiatan dari pimpinan mahasiswa.
BESTARI JAYA, 17 Julai 2022 - Perkampungan Menara Gading
Peringkat Kebangsaan (PMGK22) anjuran Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah berlangsung di Dewan Ibn
Haytham UNISEL dengan penglibatan 150 pelajar lepasan SPM-
STPM-STAM seluruh negara. Program yang sarat dengan agenda
idealisme, intelektual, kerohanian, dan aktivisme bagi persiapa
para peserta melangkah ke alam universiti. Pihak penganjur turut
mengundang Izwan Suhadak Ishak bagi berkongsi Topik Krisis
Alam Sekitar: Membangun Gerakan Kempen Kesedaran bagi
mendapatkan pencerahan serta peranan yang boleh digerakkan
bersama. Mahasiswa UNISEL juga turut terlibat sebagai
penggerak program bersama mahasiswa IPT lain.
7 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kegiatan Pelaj.ar
MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN
MELAKAR KARAKTER TAHAN UJI
PROGRAM PROGRAM KELAS MENGAJI
DAN ASAS-ASAS HUKUM TAJWID
12 Mei 2022
KELAB MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM
Kampus Bestari Jaya
Explore Your Mental Health
11 Jun 2022
KELAB PSIKOLOGI INDUSTRI
Kampus Bestari Jaya
https://www.facebook.com/comnetunisel 8
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kegiatan Pelaja. r
MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN
MELAKAR KARAKTER TAHAN UJI
WEBSITE DESIGN WORKSHOP FOR
BEGINNERS
25 Jun 2022
PERSATUAN MAHASISWA TEKNOLOGI
MAKLUMAT
Kampus Bestari Jaya
PROGRAM PERTEMUAN AHLI BARU
(PAB)
7 Julai 2022
PERSATUAN PEMBANGUNAN INSAN
Kampus Shah Alam
9 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kegiatan Pelaja. r
MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN
MELAKAR KARAKTER TAHAN UJI
WE CARE WE SHARE
19 Jun 2022
KELAB MAHASISWA PENDIDIKAN AWAL
KANAK-KANAK
Kampus Bestari Jaya
Outshine
17 Jun 2022
I-Rakan
Kampus Bestari Jaya
https://www.facebook.com/comnetunisel 10
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
11 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
https://www.facebook.com/comnetunisel 12
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
13 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
https://www.facebook.com/comnetunisel 14
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
15 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Kenali OP .
CITRA SENI UNISEL
ORGANISASI PELAJAR BJ
https://www.facebook.com/comnetunisel 16
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa
Kesihatan Mental Bukan Penyakit Mental
Oleh Nor Helwa Binti Sansuri K.B; P.A
Penasihat Persatuan Peers Guidance Club (PGC)
Setiap individu berhadapan isu kesihatan mental, sedarkah kita setiap hari kita berhadapan
dengan perasaan sedih, gembira, atau kecewa. Ada antara kita yang berasa seronok
berhadapan dengan kesesakan trafik dan tidak kurang yang berasa jengkel. Contoh ini terkait
dengan kesihatan mental yang mana, bagaimana kita berhadapan dengan kejadian tersebut
atau bagaimana kita bertindak balas dengannya. Definisi kesihatan mental adalah keadaan di
mana seseorang individu menyedari potensinya, boleh bertindak secara rasional terhadap stress
kehidupan seharian, boleh bekerja dengan produktif dan menyumbang kepada masyarakat
(Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, 2001).
Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey) (NHMS)
pada tahun 2019 mendapati 2.3% rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mengalami
masalah kemurungan. Tanpa kita sedar isu ini semakin meningkat seiring dengan peningkatan
isu-isu global berkaitan masalah Covid-19, kenaikan harga barangan asas dan banyak lagi
faktor.
Menurut Polisi Kesihatan Mental Malaysia, kesihatan mental itu adalah keupayaan individu
dan kumpulan untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera
dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif, intelek, afektif, emosi dan
perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan. Kesejahteraan emosi dan
sosial individu dipamerkan melalui cara berfikir, merasa dan bertindak dalam menyesuaikan diri
dengan norma dan budaya masyarakat setempat. Selesa dengan orang lain, diri sendiri dan
persekitaran.
Masalah kesihatan mental berlaku apabila seseorang individu mengalami gangguan emosi
atau perasaan yang boleh menyebabkan fungsi kehidupan seharian terganggu. Gangguan ini
boleh datang dalam pelbagai bentuk dan keadaan, boleh jadi daripada diri sendiri atau orang
lain mahupun persekitaran. Nak ke tempat kerja, jalan sesak kerana ada kemalangan; stres.
Masuk kerja lambat kena marah dengan majikan; stres lagi. Gangguan atau perubahan ini
yang akan menganggu kesihatan mental kita pada hari tersebut. Stress atau tekanan,
kemurungan dan keresahan adalah tanda-tanda awal masalah kesihatan mental.
Banyak faktor pendorong kepada terjadinya gejala ini, namun, perlu diingat bahawa ianya
boleh dikawal dan dirawat dan bukanlah penunjuk kepada kelemahan diri kita kerana keadaan
ini terjadi kepada setiap individu, tinggal cara kita berhadapan dengannta sahaja yang
menentukan ke arah yang positif atau sebaliknya. Hal ini kerana, sekiranya tidak dikawal dan
dirawat, masalah kesihatan mental boleh menjadi penyakit mental yang mengambil masa lebih
lama untuk dipulihkan.
17
https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa
Menjadi individu yang positif dapat membantu kita berhadapan dengan masalah kesihatan
mental, jadi, mari kita amalkan beberapa tip ini:
Kenalpasti tahap stress, keresahan dan kemurungan. Tahu cara diri sendiri mengawal
1 gejala atau dapatkan khidmat kaunselor. Boleh juga menjalani ujian saringan minda
sihat seperti DASS.
2 Terima dan hargai diri sendiri, sentiasa melakukan ‘self-affirming’- fokus kepada
bagaimana individu menyesuaikan diri dengan maklumat atau pengalaman
yang mengancam konsep kendiri mereka.
Tidak berharap terlalu sempurna (perfectionism) dan memaafkan diri sendiri apabila
3 tidak/belum berhasil membuat sesuatu. Jangan terlalu membandingkan diri
dengan orang lain
4 Menghormati dan menghargai orang lain dan bekerjasama dalam melaksanakan
sesuatu tugas terutama yang susah/berat.
5 Suka apa yang dilakukan dan laksanakan bukan kerana terpaksa
6 Jauhi daripada berkawan dengan orang yang selalu bersikap negatif dan dapatkan
sokongan kawan, keluarga dan pakar.
Kesimpulannya, setiap individu perlu cakna dengan keadaan
diri sendiri dan sekeliling bagi berhadapan isu kesihatan
mental serta mengelakkan stigma terhadap isu ini yang
sering digambarkan secara negatif sehingga ada yang
tidak mahu mengakui dan lebih teruk lagi tidak
mahu mendapatkan rawatan. Setiap isu kesihatan
mental perlu ditangani dengan baik supaya kita
dapat menjalani kehidupan dengan sejahtera.
https://www.facebook.com/comnetunisel 18
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Isu Semasa
Poetry by A Mortal Soul
Oleh Muhammad Safuan bin Abd Muttalib @ Puteh
Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNISEL sesi 22/23
President of Human Resource Club Unisel 22/23
Perspective of time
We learn from the past, Think in the minds of the wise
But we can never change it,
The lessons we have learnt are the choices In the minds of the weak,
made for the future, Obstacles are just like a brick wall,
So make these choices wisely as they cannot be But in the eyes of the worthy,
undone, They are nothing but mere steps you take to get
Time flies by one’s interpretation, to another floor,
Sometimes, We can never undo things said or done behind
We wish that time could move slowly, us,
As we are in an array of colors, But we can shape them to be our very own
At other times, motivation,
We wish that time would fly faster than the So,
speed of light, Pull through my brothers and sisters,
Because we are in the matter of black and Believe in yourselves,
white, Take that leap of faith,
Time will still fly, It is not the society that moulds who you are,
We must make the most out of the time given, It is you and only you,
As we wish to leave this world, not in the colors You are the architect of your very own
it has given us, skyscraper
But the colors we earned throughout our lives,
As we disarray the colors onto the world.
19 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman
PERJALANAN MENJADI
PELAJAR BUDIMAN
Nama : Multazam Bin Yahyah
Umur : 25 Tahun
Asal : Gombak, Kuala Lumpur
Program : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Sumber Manusia (Kepujian)
CGPA : 3.87
PENCAPAIAN PENGLIBATAN
Anugerah Pelajar Terbaik Thanawi, Pertandingan Bola Tampar
Maahad Al-Ummah, Mumtaz (2013) Peringkat MSSD Perak (2013)
Pertandingan Silat Olahraga di
Anugerah Naib Canselor Diploma UPSI (2016 & 2017)
Bioteknologi, UNIMEL, 3.72 CGPA Pertandingan Silat Olahraga
(2018) Peringkat Pra Sukma Melaka (2018)
Penglibatan dalam Pementasan
Exco Modal Insan, UNIMEL Teater di UNIMEL (2016 & 2017)
(2017/2018) Penglibatan dalam Pementasan
Teater di Mini Malaysia Asean
Ahli Majlis Tertinggi PSSGM (2018)
UNIMEL (2017 Penglibatan dalam Koir
Konvokesyen UNIMEL (2016 & 2017)
MPP Exco Akademik & Intelektual, Sukarelawan NGO Muslim Care
UNISEL (2022/2023) dalam Misi Banjir di Shah Alam &
Banting (2022)
Naib Presiden 2, Non-Resident Club Fasilitator Minggu Tekad Siswa
UNISEL (2022/2023) UNISEL (2022)
https://www.facebook.com/comnetunisel 20
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman
Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera dan Salam UNISEL Awesome
Disini saya nak berkongsi sedikit pengalaman hidup saya daripada seorang yang tidak minat
akan pelajaran kepada seorang yang pencinta ilmu.
Perkenalkan diri, nama saya Multazam Bin Yahyah, lebih gemar dipanggil sebagai Azam.
Saya dilahirkan pada 15 Ogos 1997 dan berumur 25 tahun pada tahun ini. Saya dibesarkan
dan menetap di Gombak, Kuala Lumpur. Mempunyai 7 adik beradik dan saya merupakan
anak yang terakhir (bongsu). Saya dibesarkan dalam dalam keluarga yang sederhana saja.
Ayah saya telah meninggal dunia sejak saya berumur 9 tahun lagi dan ibu saya hanya
seorang suri rumah. Pendapatan keluarga kami pada masa itu cuma berharapkan kerja-kerja
sambilan daripada abang dan kakak saya sahaja. Walaupun kehidupan keluarga saya amat
susah pada masa itu, tetapi saya sentiasa bersyukur kerana masih ade ibu saya dan
keluarga saya yang saya sayang.
Saya medapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia pada tahun
2004 dari darjah 1 sehingga darjah 6. Tetapi saya bukan seperti pelajar cemerlang yang lain,
yang datang sekolah untuk belajar dan mendapatkan ilmu dari guru. Saya seorang yang
malas belajar, suka dan banyak bermain di sekolah dan selalu ponteng ke sekolah. Saya
selalu ditempatkan di dalam kelas yang terakhir. Keputusan peperiksaan akhir tahun dan
UPSR saya juga amat mengecewakan.
Perjalanan seterusnya, saya meneruskan pendidikan ke Sekolah Menengah Kebangsaan
Gombak Setia (SMKGS) pada 2009. Di sekolah ini juga, saya masih tidak ubah perangai
saya malah lebih teruk dan masih tidak mementingkan pelajaran. Di SMKGS, saya hanya
belajar selama 1 tahun iaitu tingkatan 1 sahaja dan ibu saya megajak saya untuk pindah ke
sekolah agama untuk saya berubah. Pada tahun berikutnya, tingkatan 2 saya mendapat
pendidikan di Maahad Al-Islah (MAI), Perak. Di MAI, saya banyak mendapat pendidikan
tetang ilmu ketuhanan dan tauhid. Hampir setiap masa saya berada di masjid dan habiskan
masa di masjid. Akan tetapi keputusan peperiksaan saya masih merosot.
Walaubagaimanapun, saya bersyukur saya dapat berubah sedikit demi sedikit dari seorang
yang nakal. Di sekolah MAI juga, saya belajar selama 1 tahun dan berpidah ke seolah lain
kerana mendapat tawaran sekolah yang lebih baik.
Pada tahun 2010, bermulalah pembentukan menjadi pelajar cemerlang. Saya mendapat
tawaran belajar di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maahad Al-Ummah, Chemor,
Perak (MUC). Pada tahun ni saya merupakan pelajar tingkatan 3. Di sekolah saya mula risau
akan kehidupan saya dan mula minat untuk berlajar. Ketika pelajar lain sibuk rehat pagi,
saya membuat keputusan tidak keluar rehat sepanjang masa dan masa itulah saya belajar
semua yang saya tertinggal.
21
https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Ikon Budiman
Saya mula belajar subjek matematik kerana itu subjek yang saya lemah dan semenjak dari itu,
subjek matematik adalah subjek kegemaran saya. Alhamdulillah, saya mendapat keputusan
yang baik dalam peperikaan PMR dan mendapat biasiswa dari BSN untuk menangung yuran
sekolah saya. Pada tahun berikutnya pula saya mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Thanawi
(Peperiksaan Agama) dan mendapat keputusan Mumtaz. Di SABK MUC ini, saya berlajar
sehingga tingkata 5 dan Alhamdulillah, saya medapat keputusan SPM yang baik.
Seterusnya, saya menyambung pengajian ke tinggkat yang lebih tinggi dan bergelar seorang
Mahasiswa. Saya menyambung pendidika di Universiti Melaka, UNIMEL dalam bidang
Diploma Bioteknologi. Selama 3 tahun diploma, saya sangat aktif dalam sukan, persatuan dan
club. Disana saya ade pengalam 3 kali menjadi pelakon teater, 2 kali menjadi koir konvo, 3
kali memasuki pertandingan silat, 2 kali memasuki perarakkan merdeka dan aktiviti silat
setiap minggu. Dan Alhamdulillah, saya mendapat Anugerah Naib Canselor depat CGPA saya
3.72.
Dan kini saya menyambung pendidikan yang lebih tinggi sebagai mahasiswa UNISEL dalam
bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia. Di UNISEL, saya bertemu dengan
orang-orang yang hebat, saya banyak belajar dan masih mengekalkan cinta akan ilmu dalam
diri. Alhamdulillah, kini saya semester 6 dan mendapat CGPA 3.87. Dan kini saya telah diberi
mandat sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan berusaha untuk memberi sumbangan
kepada UNISEL.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca. Saya harap dengan perkongsian saya ini
dapat memberi inspirasi kepada orang lain. Sekali lagi terima kasih.
https://www.facebook.com/comnetunisel 22
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni
Pendidik dan Pemuzik
Maklumat Peribadi
Nama: Ili Akmal bt Mohd Razif
Tempat Kelahiran: Sungai Petani,Kedah
Program:Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai
Bahasa Kedua(TESL)
Tamat Belajar: Tahun 2017
Anugerah yang diterima
Sukarelawan Harapan Grup Pengkaji
Tamadun Dunia 2014
Juara Pertandingan Cipta Lagu MPP
Songwriting 2017
Pembentang Terbaik Mass Meeting
CIC 2018
Juara Pertandingan Mencipta Lagu
Longan Garage 2021
Jawatan Tertinggi yang disandang Pengarah Program Pertandingan
Memasak Anjuran subjek Pengurusan
Misi Kembara Qurban Patani GPTD Majlis 2014
Wakil Program Antarabangsa Fakulti
dan Global Peace Mission 2012 Pendidikan dan Sains Sosial Unisel
(Riau,Indonesia) 2016
Misi Mengajar Bahasa Melayu dan Penyanyi Jemputan dan Speaker Pusat
Program Pemulihan Dalam Komuniti
Bahasa Inggeris GPTD dan Global Sg Choh 2016
Penyanyi Jemputan dan Speaker
Peace Mission di Patani 2013 Program Persatuan OKU MOMs di Ulu
Yam 2016
Penyanyi dan speaker jemputan Panelis Women With Disabilities Forum
in University of Malaya 2017
Empowerment of Disabled Unisel 2.0 - Panelis dan Penyanyi Jemputan
Perkongsian Pengalaman di Unisel
4.0 untuk Program Unisel SPM Fast Track
2017
Timbalan Presiden Persatuan
Penggerak Mahasiswa 2013
Ahli Tamat Silat Cekak 2014
Pengarah Program Perbandingan
Agama anjuran GPTD 2013
23 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni
Saya, Ili Akmal bt Mohd Razif berasal dari membentuk diri saya yang pemalu, penakut,
Sungai Petani,Kedah. Saya mula belajar di susah fokus dan hiper bila kandungan gula
Unisel pada April tahun 2012. Jurusan yang dalam badan saya terlebih. Oleh itu, saya
diambil ialah Pengajaran Bahasa Inggeris sangat gembira belajar di sini. Ini disebabkan
sebagai Bahasa Kedua (TESL) untuk kursus pensyarah-pensyarah yang saya kenal
diploma dan sarjana ijazah muda.Jadi, saya walaupun bukan dari kelas yang saya pergi,
berada di Unisel selama lima tahun. semuanya baik-baik dan mesra. Saya rasa
Kehidupan saya agak berbeza berbanding selesa belajar di sini kerana sesuai dengan
rakan-rakan sekelas yang pernah belajar di saya yang banyak bertanya. Waktu dulu,
sekolah menengah. Ini kerana selepas saya saya takut bertanya sebab risau pensyarah
mendapat keputusan UPSR iaitu 3A2B di fikir saya tidak fokus di kelas.
Sekolah Kebangsaan Tuan Syed Jan Al- Sebenarnya saya terpaksa bertanya kerana
Jaffri,saya tidak mendaftarkan diri belajar di saya seorang yang senang salah faham
sekolah menengah. Saya belajar di rumah walaupun perkara itu senang difahami.Tapi,
sahaja lantaran ibu bapa saya setuju saya di Unisel pensyarah lebih suka saya
lebih sesuai belajar di rumah. Pada umur bertanya.. Bertanya itu adalah satu
25tahun,ibu bapa saya menyokong penuh penghargaan dan bertanya itu ialah satu
apabila saya ingin menduduki peperiksaan tanda menunjukkan pelajar itu minat belajar.
SPM sebagai calon persendirian. Saya Ada beberapa pensyarah yang membentuk
mendapat 2A- 2B+ 3B 1D dan Matematik saya supaya tidak malu membuat
gagal. persembahan. Akhirnya, saya makin berani ke
pentas dan juga menyertai pertandingan
Genap umur 26tahun, pada hari lahir saya, bakat yang banyak kali diadakan di Unisel.
saya diberitahu ibu saya supaya cuba Contohnya Unisel Got Talent.
mendapatkan screening test dari doktor
kerana dia sudah sekian lama mengesyaki Saya yakin diri menonjolkan bakat saya
saya ada simptom autism. Saya bingung menulis lagu dan menyanyikannya sendiri.
hinggalah pada satu hari kawan saya Saya pernah menang juara untuk satu
mengajak saya ke program Empowerment pertandingan mencipta lagu di Unisel. Saya
Disability yang dikelola oleh Dr Hamdan juga dapat ramai kawan baru dan
Medan di UNISEL. Saya mula belajar berkolaborasi dengan kawan-kawan yang
mengenali diri saya. Dari situ saya berkenalan sama minat muzik untuk membuat projek
dengan ramai orang-orang besi biarpun muzik.Anda boleh cari kami di youtube atau
kelainan upaya. Program ini dibuat secara spotify dengan carian Unisel Artis United.
berkala dan saya beberapa kali menyertainya Paling mengharukan saya, pernah pada
dan dijemput membuat persembahan. pertama kali saya melihat dewan canselor
Program itu benar-benar memberi inspirasi Unisel, saya berkata satu hari nanti saya
kepada saya supaya menerima diri saya akan menyanyi di atas pentas. Ya, saya
seadanya dan belajar kuat semangat. Sesuai dijemput untuk menyanyi lagu saya sendiri
dengan moto Unisel pada waktu itu “Shaping pada konvo tahun 2016 bersama koir unisel
Society”, belajar di Unisel benar-benar serta band rakan-rakan saya.
https://www.facebook.com/comnetunisel 24
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni
Saya juga berpuas hati dengan pilihan saya Saya menyertai silat Cekak Malaysia, Grup
memilih kursus diploma dan juga ijazah Pengkaji Tamadun Dunia dan saya juga
sarjana muda Pengajaran Bahasa Inggeris menyertai program-program yang Unisel
sebagai Bahasa Kedua (TESL) kerana ia sendiri jalankan.
bersesuaian sangat dengan jiwa saya ingin
menjadi pendidik dan sukakan aktiviti seni. Jadi, saya dapat mengembara tanpa
mengeluarkan perbelanjaan yang banyak
Saya katakan ini kerana dalam TESL kami tapi mendapat pengalaman serta pelajaran
belajar untuk mengajar dengan cara yang terlalu banyak. Ada yang di dalam
menyeronokkan dan kita boleh masukkan negeri dan juga di luar negeri.
pelbagai jenis seni seperti nyanyian,
muzik,tarian, lakonan dan kita boleh jadi apa Saya belajar tentang erti keseronokan
sahaja. Unisel juga memberi peluang kepada menjadi sukarelawan di sepanjang aktiviti-
pelajar TESL untuk ke luar negara. aktiviti yang mereka sediakan atau saya
sendiri terlibat di belakang tabir dan
Saya pernah menjadi salah seorang wakil diangugerahkan sebagai “Sukarelawan
TESL dari Unisel ke Universiti Lanchang Harapan”.
Kuning,Riau,Indonesia untuk memberi demo
bagaimana cara kami mengajar Bahasa Walaubagaimanapun, tidak dapat saya
inggeris di Malaysia serta bertukar-tukar idea lupakan wajah-wajah orang yang gembira
dengan pelajar dan pensyarah. apabila saya dan rakan-rakan datang
membantu.
Kami dapat banyak pelajaran dari sana. Ia
adalah satu memori yang indah buat saya. Sebenarnya,itu saja pun sudah cukup bagi
Saya juga aktif dalam persatuan pada zaman saya dan mempelajari tentang adat budaya
saya belajar selama 5 tahun itu. pekerti orang lain.
25 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni
Kini, segala apa yang saya pelajari di Unisel Kata majikan saya sebelum ini, anak-anak
saya salurkan pada masyarakat melalui murid bukan melayu di tadika itu secara
pekerjaan saya. Saya dikenali dengan seorang majoriti tidak memahami mengapa mereka
tutor yang selalunya berjaya membimbing perlu berbahasa melayu. Sejak saya berada di
anak-anak murid yang lemah pelajaran tadika itu mereka bukan saja belajar bahasa
dengan cara saya yang menarik hati. malah mereka juga belajar adat dan budaya
kaum lain. Itulah yang saya cuba terapkan
Dengan keyakinan diri yang telah dibentuk sebab saya pernah dapati perpaduan
oleh pensyarah-pensyarah dan aktiviti-aktiviti pelbagai kau mini di Unisel sendiri.
yang saya sertai, saya dapat bekerja di
Children Islamic Centre setelah ditemuduga. Selain itu, saya pernah menjadi guru ganti
Majikan saya melatih saya untuk menjadi Bahasa Melayu untuk Tingkatan 4 dan 5 di
Ketua Guru. Saat manis saya di situ, saya Sekolah Asia Pasifik di Subang. Saya juga
diberi kepercayaan untuk menjadi emcee untuk dilantik menjadi juri untuk Pertandingan
acara-acara CIC termasuklah acara besar Pengucapan Awam Bahasa Melayu semasa
yang dihadiri oleh guru-guru dan murid-murid saya berkhidmat di situ.
dari 70 cawangan CIC seluruh Malaysia.
Kini, saya bekerja sebagai tutor one-to-many
Saya juga pernah membuatkan kumpulan saya class (mengajar ramai murid pada masa yang
menang tempat pertama sebagai Pembentang sama) setelah disunting oleh sebuah syarikat
Terbaik untuk misi guru-guru CIC satu aplikasi Pandai. Mereka tetap mempercayai
Malaysia dan lagu yang dicipta oleh saya saya boleh menaikkan nama syarikat mereka
untuk sorakan sukan CIC juga menang tempat biarpun mereka tahu saya seorang ADHD dan
pertama. Asperger yang telah didiagnos pada tahun
Mei 2021.
Selepas setahun berkhidmat di CIC Bandar Sri
Damansara, saya melebarkan sayap saya Saya pernah membuat program-program cuti
bekerja di tadika-tadika berbilang sekolah dengan Pandai seperti Program
kaum.Tadika terakhir saya berkhidmat ialah Belajar Ukulele, Pengucapan Awam Bahasa
Eurokids Elite Preschool dimana majikan saya Inggeris, Zumba dan Braingym. Program-
meletakkan Amanah kepada saya menarik program itu dapat menarik lebih ramai
minat pelajar bukan melayu untuk suka belajar pelajar baru untuk meyertai aplikasi Pandai.
Bahasa melayu.
Saya menggunakan Bahasa inggeris sebagai
perantara dan pada penghujung tahun
pembelajaran anak-anak seawal lima tahun
semakin mahir berbahasa melayu serta anak-
anak itu bangga dapat mempunyai kemahiran
berbahasa melayu.
https://www.facebook.com/comnetunisel 26
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Jejak Alumni
Di sepanjang perjalanan saya sebagai pelajar dan pendidik, saya masih terus dengan
penglibatan saya dalam dunia seni. Saya telahpun muncul beberapa kali dengan lagu single
dari saya. Antara lagu single dari saya ialah Bangkit, Move On dan I Love Myself. Bangkit
ditulis oleh saya untuk meningkat semangat saya tiap kali jatuh. Diharapkan semangat yang
sama disuntik kepada pendengar. Manakala lagu Move On ditulis oleh kawan baik saya
Dalin Lienda dan melodi oleh saya. Lagu terbaru yang ditulis Dalin Lienda bersama saya
ialah lagu I Love Myself. Melodi lagu ini ialah saya. Kedua-dua lagu dengan penglibatan
Dalin Lienda lebih kepada memperkasakan diri. Lagu-lagu kami boleh didengari di Youtube,
Spotify serta Itunes.Oleh yang demikian, saluran televisiyen 116 Suke TV berminat untuk
memperkenalkan tentang kehidupan saya sebagai orang ADHD dan Asperger dan memberi
saya peluang mempromosikan lagu saya. Saya sangat berpuas hati kerana saya dapat
menyebarkan tentang info ADHD dan Asperger kepada orang ramai melalui saluran
televisyen. Sebelum ini saya cuma berpeluang menjadi panel atau membuat perkongsian di
Unisel, Universiti Malaya dan di tempat-tempat persembahan luar Unisel. Saya sangat
gembira dapat berkongsi pengalaman semasa menjalani terapi dan tentang cabaran
bagaimana saya menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua cahaya
mata saya berumur 3 dan 1 tahun sambil bekerja dari rumah. Sementara itu saya sedang
menunggu panggilan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk menempatkan saya
mengajar di sekolah.
27 https://www.facebook.com/comnetunisel
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan
https://www.facebook.com/comnetunisel
MEDIA SOSIAL
COMNET UNISEL
comnet.unisel.edu.my
Lokasi
:: UNISEL BESTARI JAYA ::
Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan,
45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia
+603-3280-5098
:: UNISEL SHAH ALAM ::
Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7,
40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia.
+603-5522-3520
Laman Sesawang
: www.facebook.com/comnetunisel
: t.me/infocomnetunisel
: comnet.unisel.edu.my/virtual-office/
Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat
Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke
[email protected]
BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Iklan .
https://www.facebook.com/comnetunisel 16
https://www.facebook.com/comnetunisel