The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by comnet, 2023-03-15 05:06:30

BULETIN KOMUNITI EDISI BIL 18 MAC 2023

BULETIN KOMUNITI EDISI BIL 18 MAC 2023

KOMUNITI comnet.unisel.edu.my Edisi Digital Pencetus Minda Budiman Bil 18 | 2023 MAC BULETIN


hhtttps::////wwwwww.f.afacecbeobooko.kco.cmo/mco/mconmetnuentiusenlisel MOHD NOOR RIZAL IRMA SYURYANI AZLINA AZIZAN NURUL ASYIKIN Sidang Editorial Buletin Komuniti Penasihat TN HAJI AMIDI DATO' ABDUL MANAN Dekan Pembangunan Pelajar Dan Jaringan Komuniti (HEP) Editor TS IZWAN SUHADAK ISHAK Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) AJK EDITORIAL DAN K O L U M N I S Wartawan/Medi JASWENDaY JASWIR Pembantu Tadbir & Operasi Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Penolong Editor MEOR MOHD KAMIL BIN AMIRRUDIN Penolong Pendaftar Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) SITI MASNITA TUAN BADLI SHAH NUR HIDAYAH SITI NUR AZILAH


Catatan Editor - ms 1 Hebahan Unisel - ms 2 Laporan Khas Bengkel TOT Malaysia Madani - ms 3 Bengkel TOT Keibubapaan - ms 4 Cakna Alam Sekitar - ms 5 Ziarah Hospital Tg Karang - ms 6 Kursus Motivasi HEP - ms 6 Berita - ms 8 Forum Komuniti Bestari - ms 9 Organisasi Pelajar - ms 10-11 Isu Semasa Gajet Membantu Menguruskan Kesihatan Mental - ms 12 Warganegara Kelas Pertama - ms 14 Manusia Perlu Merasa Gembira - ms 18 Peluang Pekerjaan Yang Terhad Bagi Golongan OKU - ms 20 Ikon Budiman - ms 20 Jejak Alumni - ms 28 Hebahan Program - ms 33-37 Isi Kandungan Buletin Komuniti https://www.facebook.com/comnetunisel


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Catatan Editor 1 Edisi 18 bulan Mac tampil dengan pemerkasaan pasukan Sidang Editorial yang pelbagai bidang kepakaran bergabung bagi memeriahkan kandungan dan diskusi di dalam Buletin Komuniti pada kali ini. Saya mulakan dengan kiriman doa kepada Saudari Meor Mohd Kamil selaku Penolong Editor yang sedang diuji dengan kesihatan dan kini di Hospital Tg Karang. Semoga segera sembuh dan terus sakti berkhidmat dan berkarya di dalam komuniti. Pihak Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) UNISEL komited untuk memperkasa komuniti melalui penerapan Gagasan Malaysia MADANI agar generasi yang terbentuk menghayati 6 nilai iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Selari dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Forum Komuniti Bestari turut membincangkan dan mengangkat tema Cabaran Memperkasa Wanita Madani secara atas talian. Selain itu, artikel sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa turut mengupas tentang isu kesihatan mental yang perlu diberikan perhatian demi kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Dalam segmen Teknologi, kolumnis berkongsikan kefungsian gajet yang Assalamualaikum dan salam sejahtera. TS IZWAN SUHADAK ISHAK Pengarah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) dapat membantu meningkatkan kesihatan mental dengan pengguna an aplikasi secara tepat dan efisien. Segmen isu semasa turut memberikan sudut pandangan dalam menjadi warganegara kelas pertama melalui penglibatan sebagai anggota askar wataniah agar soal keselamatan negara menjadi agenda yang penting dan komunti sentiasa cakna. Isu golongan OKU yang terkesan dengan peluang pekerjaan sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka turut disentuh untuk perhatian semua pembaca. Dijemput juga kepada semua pembaca untuk mengikuti perkongsian Ikon Budiman oleh pimpinan mahasiswa dan Alumni UNISEL yang sangat menginspirasikan. Selamat menyambut Ramadan yang bakal menjelma. Semoga Allah swt berikan limpah kurnianya kepada kita semua. Salam hormat. Teruskan membaca.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 2 Hebahan Unisel


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 3 LAPORAN KHAS BENGKEL KEJURULATIHAN T.O.T MALAYSIA M.A.D.A.N.I SHAH ALAM, 3 MAC 2023 - Bengkel Kejurulatihan TOT Malaysia M.A.D.A.N.I di Mecure Kuala Lumpur Glenmarie anjuran Institut Darul Ehsan (IDE) telah diadakan bagi melatih kelompok awal yang dapat berkongsi gagasan kerajaan kepada kumpulan sasaran. Encik Farid Faiz selaku ketua fasilitator telah memberikan bimbingan kepada para peserta dalam mendalami konsep Membangun Negara Madani: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi yang telah digagaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa staf UNISEL turut dijemput antaranya Tuan Haji Amidi Abdul Manan (Dekan HEP), Ts Izwan Suhadak Ishak (Pengarah COMNET), dan Ust Ab Razak Aripin (Pengarah Pusat Islam) bersama beberapa peserta yang datang dari seluruh negara. Bengkel telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (Pengerusi Eksekutif IDE) dan merakamkan ucapan tahniah kepada para peserta yang aktif memberikan sumbang saran dalam penganjuran siri pertama pada kali ini.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 4 LAPORAN KHAS BENGKEL KEJURULATIHAN TOT MODUL KEIBUBAPAAN KUALA LUMPUR, 5 MAC 2023 - Bengkel Kejurulatihan (TOT) Modul Keibubapaan di Tamu Hotel anjuran Wadah Pencerdasan Umat Malaysia kerjasama International Institute of Islamic Thought (IIIT) telah diadakan bagi penghasilan modul asas dengan jemputan tenaga pakar yang berpengalaman daripada pelbagai latarbelakang. Sesi bermula dengan pencerahan dan perkongsian bersama salah seorang penulis buku Parent-Child Relations : A Guide To Raising Children, Omar Altalib yang memberikan sudut pandang cabaran memupuk karakter di kalangan anak-anak. Ts. Izwan Suhadak Ishak, Pengarah COMNET UNISEL turut dijemput terlibat dalam pasukan pembangunan modul dan aktiviti dan kandungan modul dibangunkan berpandukan buku terbitan IIIT ini. Matlamat akhir adalah menyediakan satu modul keibubapaan yang selari dengan agenda Keluarga M.A.D.A.N.I. Bengkel telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Dr Mohammad Fauzan Noordin, Pengarah IIIT bagi for East and Southeast Asia Timur dan Tenggara.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 5 Laporan Khas CAKNA ALAM SEKITAR HIJAU LESTARI PUNCAK ALAM, 25 FEBRUARI 2023 - Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menganjurkan satu inisiati penanaman 25223 anak pokok siantan sempena program Hijau Lestari yang turut direkodkan di dalam The Malaysia Book of Record. Acara ini telah diadakan di Forest Park, Bandar Hilir, Puncak Alam sebagai tanda permulaan penanaman pokok siantan. Pihak UNISEL telah dijemput untuk bersama-sama sebagai tanda sokongan. Pihak UNISEL di bawah Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) yang diwakili oleh En. Meor Mohd Kamil Amirrudin bersama lebih 40 orang sukarelawan di kalangan pelajar UNISEL turut bersama-sama terlibat menyumbangkan tenaga bagi menjayakan aktiviti ini. Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan bagi memeriahkan lagi suasana antaranya Kayuhan Santai, Fun Walk, E-Scooter, dan Push Bike.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 6 Laporan Khas ZIARAH HOSPITAL TG KARANG REHAT SEKETIKA TANJONG KARANG, 13 MAC 2023 - Pada Khamis tanggal 9 Mac 2023, Penolong Pendaftar COMNET Encik Meor Mohd Kamil Amirrudin telah dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang selepas Ts. Izwan Suhadak Pengarah COMNET menghantar beliau ke Klinik Kesihatan Bestari Jaya apabila tahap sakit asma agak teruk. Pihak hospital telah memberika rawatan dan memantau tahap kesihatan beliau. Staf COMNET telah berziarah ke hospital untuk melawat En. Meor untuk memberikan sokongan dan semangat untuk segera sembuh. Antara yang telah melawat beliau adalah Tuan Haji Amidi Abdul Manan (Dekan HEP), Encik Mohd Arif Ali (Ketua Unit Budiman), Ts. Izwan Suhadak bin Ishak (Pengarah COMNET), Encik Jaswendy Jaswir dan Cik Siti Nur Azilah Saipul. Selain itu, rakan-rakan UNISEL ada juga melawat.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 7 Laporan Khas KURSUS MOTIVASI HEP PEMANTAPAN SAHSIAH STAF HEP JANDA BAIK PAHANG, 12 MAC 2023 - Bahagian Pembangunan Pelajar & Jaringan Komuniti telah mengadakan Kursus Motivasi HEP : Pemantapan Sahsiah Staf HEP. Kursus ini telah dijalankan di Serene Resort & Training Centre Janda Baik, Bentong, Pahang sejak hari Jumaat. Semua kakitangan HEP dari Kampus Bestari Jaya dan Shah Alam telah menghadiri kursus ini. Dalam program ini, semua peserta akan solat berjamaah di dewan dan Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan telah menyampaikan tazkirah Maghrib kepada semua staf sebagai ingatan bersama. Pada malam pertama YBhg Dato Naib Canselor Unisel telah merasmikan kursus ini dengan harapan dan amanat beliau. Para peserta telah dibimbing oleh En Razaki selaku jurulatih bagi semua acara dalam pembentukan kerja berpasukan di dalam kalangan staf HEP. Tn Hj Amidi Abdul Manan memberikan pencerahan bagi perancangan tahunan setiap jabatan manakala Prof Madya Dr Hamdan Mohd Salleh, TNC HEP telah menyampaikan ucapan penangguhan.


MESYUARAT SIDANG EDITORIAL BULETIN KOMUNITI Bestari Jaya 7 Mac 2023 - Satu mesyuarat penyelarasan Sidang Editorial Buletin Komunit Pusat Jaringan Komuniti COMNET UNISEL telah diadakan secara atas talian. Mesyuarat ini bagi membincangkan isi kandungan Buletin Komuniti yang terbaharu. Selain itu pihak COMNET dalam perancangan untuk mendaftarkan Buletin Komuniti ini dalam senarai eISBN yang akan dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Dengan adanya eISBN ini dapat meningkatkan lagi kualiti Buletin Komuniti COMNET di masa akan datang. Pihak COMNET telah menjemput pakar-pakar dalam pelbagai bidang sebagai AJK sidang Editorial yang terdiri daripada kalangan pensyarah-pensyarah, staf COMNET sendiri. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 8 Berita BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN DOKUMEN SHAH ALAM, 23 FEBRUARI 2023 - Satu Bengkel telah diadakan di UNISEL Kampus Shah Alam bagi memantapkan pengurusan dokumen yang telah dianjurkan oleh pihak pengurusan UNISEL. Pihak COMNET juga telah menghantar wakil iaitu En. Meor Mohd Kamil dan Pn. Noor Ain bagi mengikuti bengkel ini agar urusan pentabiran dan di Pejabat Pusat Jaringan Komuniti lebih sistematik dan memberikan kepuasan kepada pelangga khususnya organisasi pelajar.


SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA CABARAN PEMERKASAAN WANITA MADANI . ONLINE, 15 MAC 2023 - Sempena Hari Wanita Antarabangsa, COMNET menganjurkan FKB kali ini dengan topik Cabaran Pemerkasaan Wanita Madani. Banyak perkongsian ilmu dapat dikongsi untuk FKB ini. Jemputan panel kali ini adalah Pn. Fatin Nur Majdina binti Nordin, Naib Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia, (HELWA ABIM). Selain itu, Dr. Siti Hajar binti Abd Rauf, Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Gunaan, UniSZA. Moderator kali ini adalah Cik Siti Nur Azilah binti Saipul, Penyelaras Program, Pusat Jaringan Komuniti. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Forum Komuniti Bestari 9


. https://www.facebook.com/comnetunisel PSYCH ENTREPRENEURSHIP | PSA : Kampus Bestari Jaya Unisel Bestari Jaya 26 Januari 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 10 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR Bengkel Local Guide Business Mapping Awareness | PERMATEK : Kampus BEstari Jaya | Atas Talian 1 Mac 2023


. https://www.facebook.com/comnetunisel Cerna Minda Pemimpin 2.0 | Motivator : Kampus Bestari Jaya | Sugeh Resort, Janda Baik 22 Feb 2023 BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Organisasi Pelajar 11 MEMBANGUN MAHASISWA BUDIMAN KEGIATAN PELAJAR


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 12 Isu Semasa GAJET MEMBANTU MENGURUSKAN KESIHATAN MENTAL Oleh Mohd Noor Rizal bin Arbain Pensyarah FCVAC UNISEL Dalam dunia moden yang semakin canggih ini, teknologi dan gajet seperti telefon pintar, tablet dan komputer telah menjadi satu perkara yang tidak dapat dielakkan dari kehidupan harian kita. Ia bukan sahaja memberi kemudahan dan keselesaan dalam urusan harian, tetapi juga membantu dalam pengurusan kesihatan mental kita. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan bagaimana gajet membantu dalam menguruskan kesihatan mental kita serta kepentingan dan kelebihannya dalam kehidupan kita. Salah satu cara di mana gajet membantu dalam pengurusan kesihatan mental kita adalah melalui aplikasi-aplikasi yang direka khas untuk mengurangkan stres, kegelisahan, dan memberi sokongan mental. Terdapat pelbagai jenis aplikasi yang boleh membantu seperti aplikasi meditasi, pernafasan dan kesedaran, aplikasi kecemasan, dan aplikasi tenteram. Contohnya, aplikasi seperti Headspace dan Calm membantu pengguna dalam melakukan meditasi dan mengurangkan tekanan, manakala aplikasi seperti What's Up dan MindShift membantu pengguna untuk mengatasi kebimbangan dan kecemasan. Selain itu, gajet juga membantu kita dalam menguruskan jadual harian dan memberi maklumat tentang tugas dan kerja harian yang perlu dilaksanakan. Dengan menggunakan aplikasi seperti Google Calendar, pengguna dapat mengatur jadual harian mereka dan mengingatkan diri


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 13 Isu Semasa mereka tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan. Ini membantu mengurangkan kebimbangan dan kegelisahan tentang kerja yang belum selesai. Gajet juga membantu dalam menghubungkan kita dengan orang lain dan membina hubungan sosial yang lebih baik. Aplikasi seperti Facebook, WhatsApp, dan Instagram membantu kita berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan perasaan kita. Ini membantu mengurangkan perasaan kesepian dan isolasi yang seringkali menjadi penyebab masalah kesihatan mental yang serius. Walaupun gajet dapat membantu dalam menguruskan kesihatan mental kita, pengguna perlu menggunakannya dengan bijak dan seimbang. Terlalu bergantung pada gajet boleh menyebabkan kita merasa terasing daripada dunia sebenar, menyebabkan gangguan tidur dan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental dan fizikal kita. Kesimpulannya, gajet mempunyai peranan penting dalam pengurusan kesihatan mental kita. Dengan pelbagai jenis aplikasi yang tersedia dan kemampuan gajet untuk membantu menguruskan jadual harian dan hubungan sosial kita, kita boleh mengambil keuntungan daripada kelebihan ini untuk meningkatkan kesejahteraan kita. Namun, ia perlu digunakan dengan bijak dan seimbang untuk mengelakkan masalah kesihatan mental yang serius. Selain itu, gajet juga membantu kita dalam menguruskan jadual harian dan memberi maklumat tentang tugas dan kerja harian yang perlu dilaksanakan. Dengan menggunakan aplikasi seperti Google Calendar, pengguna dapat mengatur jadual harian mereka dan mengingatkan diri


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 14 Isu Semasa WARGANEGARA KELAS PERTAMA Oleh Leftenan Muda Tuan Badli Shah T Jusoh Penolong Pensyarah Pusat Pengajian Asas dan Umum (PADU) UNISEL Rejimen Askar Wataniah antara pasukan dalam Angkatan Sukarelawan Persekutuan yang berfungsi sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat untuk membantu-ganti (augment) Tentera Darat Malaysia (TDM) ketika darurat atau dalam medan peperangan. Askar Wataniah juga berperanan membantu TDM dalam operasi membantu pihak berkuasa awam ketika bencana alam dan juga dalam menjaga keselamatan masyarakat dan ini telah dibuktikan dengan penglibatan aktif ramai warga pelajar Universiti Selangor yang terlibat di dalam Op Penawar 2.0 dalam melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) dan Mobile Patrol Vehicle (MPV). Keterlibatan anggota masyarakat dalam pasukan Askar Wataniah sebenarnya amat digalakkan. Masyarakat berumur 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan boleh menyertai pasukan sukarelawan Askar Wataniah ini. Keterlibatan itu amat penting dalam membantu mempertahankan negara ketika diperlukan. Ia dapat memberikan kekuatan tambahan kepada pasukan tentera kerana masyarakat setempat lebih memahami kawasan sendiri jika tugasan berada dalam lingkungan kawasan harian. Peluang menganggotai Askar Wataniah memberikan pendedahan kepada tugasan dan tanggungjawab sebenar sebagai seorang anggota tentera. Ia dapat mengelak persepsi kurang tepat masyarakat terhadap tugas anggota tentera walaupun ketika negara berada dalam keadaan aman. Selain itu, kecaknaan terhadap isu keselamatan adalah tanggungjawab setiap warganegara bagi mempertahankan tanah air.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 15 Isu Semasa Sejajar dengan konsep pertahanan menyeluruh (HANRUH) konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada pengujian latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang terlatih serta mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu dan dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, taktik dan pengendalian senjata serta latihan rejimental. Antara latihan dan kursus lain yang diadakan sepanjang tahun adalah seperti berikut: 1. Latihan Perajurit Muda Sukarela (APMS) - Setiap anggota perlu menjalani latihan APMS selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet. 2. Latihan Tempatan - Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun dan tidak melebihi 360 jam. 3. Latihan Berterusan - Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun. 4. Latihan Anggota Pakar-Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun. 5. Kursus Kerjaya - Kursus ini merupakan kursus wajib sebagai syarat dan sokongan untuk kenaikan pangkat dalam perkhidmatan. 6. Kursus Fungsional - Kursus ini merupakan satu kursus sampingan bagi meningkatan pengetahuan dan kemahiran dalam ketenteraan.


Pendek kata, pelbagai bentuk latihan ketenteraan disediakan kepada anggota masyarakat yang berminat menyertai pasukan ini. Rasa kebertanggungjawaban terhadap bangsa dan negara juga akan terpupuk. Ia dapat melahirkan individu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal tinggi serta mampu melaksanakan tugasan dalam apa jua situasi dan menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah walaupun dalam situasi sukar. Sesiapa sahaja boleh menjadi atau memohon untuk menyertai pasukan ini dan tiada had kepada sesuatu pekerjaan atau latar belakang. Penulis sendiri yang juga ahli akademik turut menyertai pasukan ini. Bermula pada usia 36 tahun, penulis menjalani Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya seterusnya menjalani Kursus Bakal Pegawai selama sebulan pada usia 38 tahun. Ini membuktikan, usia dan pekerjaan bukan halangan menyertai pasukan ini. Bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Bukan mudah memberikan komitmen dalam latihan, lebih-lebih lagi jika terikat rutin tugasan harian. Penulis seolah-olah berada di dua dunia berbeza pada satu masa. Walaupun agak terlewat menyertai badan beruniform ini, minat dan semangat untuk berkhidmat kepada negara sangat berkobar di sanubari. Bagi penulis sebagai pensyarah yang berkhidmat kepada anak bangsa, menyertai Askar Wataniah melengkapkan tanggungjawab sebagai warganegara dengan menyumbang khidmat kepada negara. Majikan sewajarnya memberi peluang kepada kakitangan mereka untuk menyertai pasukan ini yang secara dasarnya mampu melahirkan individu atau pekerja lebih cergas, berdaya saing serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran di alam pekerjaan. Akta Angkatan Tentera 1972 pula melindungi pekerja yang mengikuti latihan wataniah dengan majikan dikehendaki memberikan pelepasan kepada kakitangan mereka tanpa pemotongan gaji, cuti tahunan atau mengenakan tindakan terhadap anggota. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 16 Isu Semasa


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 17 Isu Semasa Selain itu, pasukan wataniah sebenarnya mempunyai kekuatan tersendiri kerana boleh dianggotai pelbagai golongan sama ada orang awam, bekerja sendiri atau golongan profesional. Dengan latihan disediakan secara teratur dan aktif, pasukan ini sebenarnya mampu menjadi pasukan simpanan yang boleh diatur gerak apabila diperlukan. Dengan kesedaran masyarakat, kekuatan pasukan simpanan kita akan setara dengan pasukan simpanan negara jiran, Singapura yang mewajibkan rakyatnya menyertai pasukan ini. Beberapa negara Asia sebenarnya mewajibkan rakyat mereka mengikuti program ketenteraan menggunakan pendekatan masing-masing. Selain Singapura, Korea Selatan mewajibkan semua lelaki di negara itu menyertai program khidmat negara berbentuk ketenteraan selama dua tahun mengikut bidang tentera dipilih. Filipina turut mempunyai program sama yang dinamakan Latihan Khidmat Negara iaitu program berbentuk ketenteraan yang wajib disertai pelajar universiti selama dua semester atau lapan bulan. Pelaksanaan di Taiwan pula agak sama dengan Korea Selatan, tetapi terbuka dan hanya tempoh empat bulan diwajibkan terhadap rakyatnya yang berumur 18 tahun ke atas. Brunei dan Malaysia mempunyai persamaan dari segi bentuk latihan diberikan, iaitu tidak berbentuk ketenteraan. Di Brunei, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) bersifat sukarela dan memakan masa hanya tiga bulan. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di Malaysia mewajibkan mereka yang terpilih berumur 17 tahun ke atas menyertainya. Namun, hanya program PLKN di Malaysia tidak diteruskan lagi. Oleh itu, kerajaan dicadangkan mempunyai dasar jelas dalam menanam semangat jati diri serta patriotisme kepada negara seperti diamalkan negara Asia lain. Ini amat penting bagi membentuk jati diri generasi baharu kini. Promosi perlu disebar luas supaya masyarakat mengetahui kewujudan Askar Wataniah dan berminat untuk menyertainya.Kedua, memberikan peringatan kepada pihak majikan sama ada kerajaan mahupun swasta berkaitan Akta Angkatan Tentera 1972 dan kelebihan mempunyai staf menyertai pasukan ini. Bagi warga Universiti Selangor serta masyarakat di bawah Kawasan Tanggung Jawab Kuala Selangor dan Sabak Bernam yang mempunyai keinginan dan semangat cintakan Negara boleh menghubungi Leftenan Muda Tuan Badli Shah T Jusoh ditalian 016-4800489 untuk maklumat lanjut.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 18 Isu Semasa MANUSIA PERLU MERASA GEMBIRA Oleh Siti Masnita Bt Md Idros Kaunselor (K.B.,P.A.) Unit Kaunseling dan Kerjaya Universiti Selangor. Setiap manusia memerlukan makan dan minum bagi meneruskan kehidupan. Pengambilan pemakanan yang sihat akan menjamin kesihatan manusia yang lebih baik bagi mendapatkan sebuah kehidupan yang sejahtera. Begitu juga dengan kegembiraan yang perlu dipenuhi sebaiknya oleh setiap individu. Hal ini adalah kerana keperluan kegembiraan merupakan salah satu daripada keperluan asas psikologi manusia yang perlu dipenuhi bagi mendapatkan sebuah kehidupan yang sejahtera dan efektif Kebanyakan individu yang mempunyai kehidupan yang kurang berkesan adalah berpunca daripada dirinya yang tidak merasa gembira (Gerald Corey, 2015). Perasaan tidak gembira boleh berpunca daripada ketidakpuasan hati atau kecewa di tempat kerja, sekolah, kampus, majikan, hubungan suami isteri mahupun dengan ibu bapa. Perkara ini boleh dikaitkan seperti keperluan asas pemakanan yang cukup yang diperlukan oleh manusia, keperluan kegembiraan yang tidak lengkap juga boleh memberi kemudaratan dalam kehidupan harian manusia. Keperluan kegembiraan yang lengkap adalalah merujuk kepada keperluan individu untuk merasa seronok, gelak tawa, mendapatkan hiburan yang sepatutnya dan terlibat dengan aktiviti yang disukai (Elsie JonesSmith, 2016). Sehubungan itu, sepatutnya setiap individu perlu mengisi hariannya atau rutin harian dengan aktiviti dengan perkara yang disukai dan merasa seronok melakukan perkara tersebut. Justeru, seseorang yang merasa bahagia adalah individu yang merasa seronok dengan perkara yang dilakukan pada waktu ini, contohnya sebagai seorang pelajar, anda perlulah merasa seronok menjadi seorang pelajar. Kegembiraan yang lengkap pula adalah dimana pelajar tersebut seronok menjadi pelajar dalam program yang diceburi, seronok berada


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 19 Isu Semasa di institusi yang dipilih, seronok bersama rakan-rakan sekampus dan seronok dengan suasana persekitarannya. Kesimpulannya, kebahagiaan individu adalah sebuah pilihan dalam kehidupan. Sekiranya anda mahukan kegembiraan, pilihlah untuk merasa seronok dengan aktiviti atau perkara yang dilakukan harian anda. Oleh itu, setiap manusia sepatutnya memilih untuk melakukan perkara yang disukai dan diminati, kerana setiap manusia berhak untuk merasa bahagia. Kehidupan yang gembira menjamin kehidupan yang sejahtera. Selamat menyambut Hari Kegembiraan Antarabangsa.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 20 Isu Semasa PELUANG PEKERJAAN YANG TERHAD BAGI GOLONGAN OKU Oleh Siti Nur Azilah Saipul Penyelaras Program Pusat Jaringan Komuniti (COMNET) Antaranya adalah, berlakunya masalah diskriminasi. Majikan merasakan golongan OKU tidak layak mendapatkan hak pekerjaan yang setaraf dengan individu normal yang lain. Contohnya majikan memandang rendah kebolehan golongan OKU sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri. SKOP PEKERJAAN TERHAD Skop pekerjaan kepada golongan OKU sangat terhad walaupun mereka mampu melaksanakan kerja yang ditawarkan. Perkara ini sedikit sebanyak akan menimbulkan stigma yang buruk dalam kalangan masyarakat dimana golongan OKU tidak dapat menyara dan memperolehi pendapat sendiri. Menurut Akta Orang Kurang Upaya (2008), OKU merujuk kepada Individu yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual & pancaindera serta mempunyai pelbagai halangan yang mungkin tidak dapat melibatkan diri atau menyekat penyertaan diri sepenuhnya dalam masyarakat. Golongan OKU terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya adalah kurang upaya pendengaran, penglihatan, fizikal, pertuturan, pembelajaran, mental dan pelbagai. DASAR ORANG KURANG UPAYA Dasar OKU menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada OKU bagi penyertaan penuh dalam masyarakat. Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusiaan seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari. Namun begitu, terdapat beberapa cabaran dalam memperolehi peluang pekerjaan yang terpaksa mereka hadapi disebabkan oleh ketidakupayaan mereka dalam menjalankan kefungsian sosial apabila bersama dalam kelompok masyarakat yang pelbagai.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 21 Isu Semasa TAWARAN GAJI YANG RENDAH Majikan merasakan golongan OKU tidak sepatutnya menerima gaji yang tinggi disebabkan ketidakkupayaan dan kecacatan yang dialami. Hal ini kerana golongan OKU dianggap mempunyai kekurangan yang akan membebankan syarikat serta tidak dapat memberikan sumbangan yang menguntungkan kepada industri tersebut. Golongan tersebut menjadikan hasil kegiatan mengemis adalah antara punca golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan memilih kegiatan 'simpati jalanan' dengan menjadi pengemis bagi meneruskan kelangsungan hidup. Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), George Thomas, berkata aktiviti itu semakin rancak sejak kebelakangan ini terutama ketika negara dilanda pandemik COVID-19 yang menyebabkan peluang pekerjaan terhad ditawarkan majikan. Lebih membimbangkan apabila golongan OKU penglihatan sudah biasa menerima wang dengan meraih belas ihsan khalayak umum secara mudah meskipun pelbagai sesi kaunseling dan dialog telah dilakukan oleh pihak MAB bersama golongan itu untuk membendung kegiatan berkenaan. Komuniti juga perlu lebih cakna bagi menangani masalah ini secara bersama agar martabat kelompok OKU dapat diperkasakan dan sokongan terus diberikan dengan menawarkan pekerjaan yang bersesuai dengan kemahiran mereka.


BAKAL JURURAWAT YANG AKTIF https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 22 Ikon Budiman Bendahari Jalinan Kasih Kg. Orang Asli, Bukit Machong, Bukit Beruntung (2019) Bendahari Misi Khidmat Komuniti & Kajian Sosio Budaya Brunei (Relawangsa) 2019 Penggerak Jalinan Kasih (Bakti Siswa) KOA Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu (2019) Pengarah Green Deen anjuran DE Volunteer Shah Alam (2019) Fasilitator Latihan Asas Sukarelawan (LASAK) Unisel (2020) Setiausaha Webinar Cakna Unisel: Latihan Relawan Budiman Maya (LRBM) (2021) Fasilitator Webinar Cakna Unisel: Latihan Relawan Budiman Maya (LRBM) (2021) Sukarelawan Misi Pasca Banjir Selangor (2021) Penggerak Webinar Kesihatan Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan (2021) PENGLIBATAN TERIKINI Nama: Shafiah Athilah Binti Shahlan Umur: 23 tahun Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan Kediaman: Rawang, Selangor Program: Diploma Kejururawatan Fakulti: Fakulti Sains Kesihatan Kampus Shah Alam


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 23 Ikon Budiman Penolong Bendahari, Darul Ehsan Volunteer (DE Volunteer) UNISEL Shah Alam sesi 2019/2020 Exco Keusahawanan Sosial, Darul Ehsan Volunteer UNISEL Shah Alam sesi 2020/20221 Bendahari PKPIM Unisel Shah Alam sesi 2020/2021 Presiden PKPIM Unisel Shah Alam sesi 2021/2022 Exco Alam Sekitar PKPIM sesi 2022/2023 JAWATAN YANG DISANDANG


Bismillahirahmanirahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Malaysia Madani. Nama yang telah tertera di kad pengenalan, Shafiah Athilah Binti Shahlan atau lebih dikenali dengan panggilan Pia. Panggilan yang mudah dan ringkas. Berusia 23 tahun dan anak kelahiran Kelantan tetapi menetap di Rawang, Selangor. Merupakan anak kedua daripada tiga beradik. Cita-cita saya dari kecil sebenarnya ingin menjadi seorang guru tetapi atas sebab di dalam keluarga saya sudah ramai yang bekerja sebagai pendidik, jadi hasrat ayah untuk melihat anak keduanya ini menceburi bidang perubatan. Maka terbukalah hati untuk mengambil jurusan kejururawatan di UNISEL kerana dibandingkan dengan universiti swasta yang lain, UNISEL antara yang termurah. Saya mendapat Pendidikan awal di Tadika Ar-Raudhah di Gombak pada tahun 2003 hingga 2005 dan di IIUM Educare di UIA Gombak pada tahun 2005 dan 2006. Seterusnya bersekolah di Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Chin Chin (SRAISC) di Gombak kemudian menamatkan zaman persekolahan di SMK Rawang. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 24 Ikon Budiman


Minat saya dalam berpersatuan ini semenjak sekolah lagi dan berpeluang menjadi komander kawad kaki bagi persatuan Puteri Islam. Maka pada pada semester satu di Unisel, saya menyertai program Street Homeless yang dianjurkan oleh senior yang mengambil subjek PADU. Saya sertai hanya kerana pada hujung minggu saya dan rakan karib tidak balik kerumah, maka kami menyertai program itu hanya untuk mengisi masa lapang pada hujung minggu sahaja. Tetapi apabila rakan mempelawa untuk memasuki persatuan Grup Sukarelawan Darul Ehsan atau lebih dikenali sebagai DEV saya terus berminat kerana focus utama DEV adalah kesukarelawanan. Pada tahun 2018, DEV di Shah Alam baru diaktifkan, maka program-program yang kami sertai kebanyakannya dianjurkan oleh DEV Bestari Jaya. Program kesukarelawanan pertama yang saya terlibat adalah Jalinan Kasih Kampung Orang Asli di Bukit Machong, Bukit Beruntung pada tahun 2019. Pengalaman saya disana, semasa saya menjejak kaki di Kampung orang asli tersebut, pikiran pertama saya adalah beruntungnya mereka duduk jauh dari kesibukan di bandar dan mereka lebih dekat dengan alam. Tetapi dalam masa yang sama, anak-anak di sini lewat mendapat Pendidikan, maka dengan itu, kami mengadakan kelas mengenal huruf, mengeja dan bagi yang beragama islam, kami mengadakan kelas fardhu ain yang memfokuskan cara berwuduk, rukun wajib solat dan bacaan di dalam solat. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 25 Ikon Budiman


Pengalaman termanis sepanjang bergelar mahasiswa adalah semasa mewakili UNISEL ke Misi Sukarelawan Antarabangsa ke Brunei Darul Salam. Berpeluang menerokai sosio-budaya, pendidikan, tempat-tempat bersejarah dan menyantuni masyarakat disana. Kami juga berkesempatan menjadi urus setia untuk hari sukan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Selain itu, kenangan yang tidak boleh dilupakan ketika saya dan rakan-rakan sukarelawan menyertai program Tazyiinul Madrasah yang dianjurkan oleh MPP UNISSA. Program ini adalah satu program khidmat masyarakat bagi menceriakan Sekolah Rendah dan Tadika Lambak Kanan. Kami berpeluang melukis mural dan mengecat dinding di bahagian tadika dengan bertemakan taman bunga. https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 26 Ikon Budiman


Seperti sedia maklum pada hujung tahun 2021, Selangor dilanda bencana banjir terbesar. Unisel dan sekitar kampung Bestari Jaya juga antara kawasan yang terjejas. Saya juga salah seorang sukarelawan yang turun mengemas kawasan banjir, menyediakan agihan barangan dan membuat agihan kepada mangsa banjir. Ketika itu juga saya secara tidak lansung membantu rakan saya mengkoordinator pergerakan sukarelawan banjir UNISEL. Saya juga menjadi aktivis Persatuan Kebangsaan Pelajar islam Malysia (PKPIM) dan menggerakkan bantuan misi banjir pantai timur yang terbaru pada Januari yang lalu. Di dalam kesibukan menghadiri kelas yang sangat padat setiap minggu dan praktikal di akhir setiap semester, tidak menghalang saya untuk terus bergiat aktif dalam persatuan mahupun dalam kesukarelawanan. Di akhir penulisan ini, saya mengharapkan lebih ramai dari pelajar kejururuwatan untuk bergiat aktif dalam persatuan sekaligus turun ke kencah kemasyarakatan kerana pelajar jururawat ini hanya menjalani kehidupan di dalam kampus dengan berteraskan 4K (Kelas, Komputer, Kafe, Katil). Dalam mengejar akademik, berpersatuan juga penting, pelajaran tetap menjadi nombor satu tetapi berpersatuan bukan terletak di nombor dua. Ilmu tidaklah hanya dapat diperolehi dalam bilik kuliah, tetapi dapat dipasakkan melalui pengalaman pembelajaran yang diperoleh di luar bilik kuliah sebagai persediaan menghadapi kehidupan sebenar. Saya akhiri dengan moto Hidup Biar Berjasa! https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 27 Ikon Budiman


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 28 Jejak Alumni PENCETUS TRANSFORMASI & INSPIRASI PENGALAMAN DI UNISEL Nama : Mohd Izzad bin Roslan Tarikh/tempat Lahir : 29 November 1986 (Melaka) Tempat tinggal : Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Graduan daripada Universiti Selangor (Unisel) Program : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri (Kepujian) pengkhususan dalam Pengurusan (2009), Tahun Asas Pengurusan, Unisel (2006), Pendidikan awal : Sek. Men. Arab (JAIM) Darul Falah, Kuala Sg Baru, Melaka (1999-2004) & Sek. Keb. Jln Datuk Palembang, Melaka (1993-1998). . Pengalaman merupakan guru yang terbaik dalam memupuk sifat kematangan dalam kehidupan seseorang. Izzad amat bersyukur diterima masuk untuk menyambung pengajian di Unisel peringkat Tahun Asas Pengurusan pada sesi Julai 2005 yang mana tawaran asal diterima beliau adalah dalam bidang Kejuruteraan. Namun, beliau sedar dimana kekuatan yang beliau miliki, beliau memberanikan diri bertolak menaiki bas dari Melaka tanpa pengetahuan keluarga dan berbekalkan hanya wang tunai RM50 yang dikumpul untuk hadir ke Hari Terbuka Unisel di kampus Shah Alam pada awal tahun 2005 bagi proses pertukaran program. Inilah pengalaman dan perjalanan pertama beliau dalam membina masa depannya di Menara Gading


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 29 Jejak Alumni Penglibatan dan Jawatan Detik permulaan pengajian tahun asas, beliau merupakan seorang yang sangat introvert. Namun beliau berusaha untuk keluar dari kepompong menyendiri dan mula bergaul dengan pelajar dari fakulti lain. Beliau juga telah memberanikan diri menyertai Skim Khidmat Pelajar sebagai Pembantu Tadbir Sambilan di Perpustakaan Unisel pada Mei 2006 untuk mencari pengalaman bekerja sambil belajar bagi menampung yuran pengajian dan perbelanjaan harian di kampus ketika itu. Penglibatan aktif beliau semasa zaman pengajian di Unisel dalam pelbagai jawatan dan aktiviti pelajar menjadikan beliau seorang yang matang dalam menjalankan sesuatu tugasan dan amanah yang diberikan. Antara penglibatan ketika di pengajian tahun asas adalah Sekretariat Akademik, Pembangunan dan Pendidikan, Majlis Perwakilan Pelajar Unisel, Fasilitator & Jawatankuasa Kerja Karnival Shah Alam IT Ekplorasi. Perkembangan mental dan fizikal secara aktif menjadikan beliau meneruskan khidmat bakti ketika meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana Muda (Julai 2006) di Unisel dengan meyandang beberapa jawatan penting dalam persatuan dan kelab pelajar seperti Timbalan Pengarah Program Majlis Makan Malam Tahunan Fakulti Pengurusan Industri, Timbalan Pengarah Majlis Hi-Tea, Sekretariat dan pelbagai Jawatankuasa Kerja program pelajar, Fasilitator Minggu Tekad Siswa, Pengarah Program lawatan industri, Naib Presiden & Presiden Bachelor in Industrial Management Club. Beliau juga pernah dicabar oleh mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Unisel ketika beliau di pengajian tahun asas semester akhir (2006) untuk bertanding dalam pilihan raya kampus bagi pemilihan jawatan Exco MPP, dan beliau menyahut cabaran tersebut untuk bertanding pada sesi pemilihan 2008/2009, namun beliau tewas dalam sesi pemilihan tersebut. Walaupun tewas, atas sifat kebolehan dan kepimpinan yang beliau tonjolkan, beliau telah diberi kepercayaan dan mandat oleh pihak Fakulti dan dilantik sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengurusan Industri (PMPI) ketika itu dan kini dikenali sebagai Fakulti Perniagaan dan Perakaunan pada 2009.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 30 Jejak Alumni Perkembangan Kerjaya Sebelum ini beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai industri seperti pengurusan acara di Malaysian Franchise Association (MFA) (2009-2011), industri Gas & Minyak di Chiyoda Malaysia Sdn Bhd (2011), industri pemasaran pengajian tinggi di Interface Global Education (2012), pemasaran korporat di Naza Coverage Sdn Bhd (ahli Kumpulan Naza) untuk industri pembiayaan automotive, insurans & takaful am dan keluarga (2013). Bagi meneruskan cita-cita untuk membina empyar perniagaan sendiri dalam bidang yang diminati iaitu Bidang Kewangan. Beliau kini merupakan Pengasas, Masterpiece Success Empire, Perunding Kewangan Islam (IFP), Perancang Harta Pusaka Islam Bertauliah (IEP) bersama As-Salihin Trustee Berhad dan Perancang Kewangan Berlesen bersama Firma Kewangan Bebas iaitu Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd. Beliau juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Alumni Universiti Selangor (ALUMNI UNISEL) sesi 2020/2023. Selain itu, beliau juga memegang keahlian kepada Badan Professional dalam Industri Kewangan iaitu Financial Planning Association Malaysia (FPAM) & Malaysia Financial Planning Council (MFPC). Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Koperasi Al Falah Melaka Berhad (sesi 2020/2021), Perunding Unit Amanah & Skim Persaraan Swasta (PRS) Bertauliah oleh Federation Investment Managers Malaysia (FiMM) di Principal Asset Management Berhad in alliance with CIMB (2015-2023) dan Penasihat Takaful Bertauliah oleh Malaysian Takaful Association (MTA) di Prudential BSN Takaful Berhad (2021-2023).


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 31 Jejak Alumni Penubuhan empayar perniagaan beliau, Masterpiece Wealth Solutions pada September 2015 dan diberi penjenamaan semula kepada Masterpiece Success Empire pada 2020 hingga kini merupakan minat dalam bidang perniagaan & kesihatan kewangan serta misi membantu masyarakat meningkatkan pengetahuan pengurusan kewangan bijak, memperkasakan ekonomi keluarga serta memartabatkan kesejahteraan ummah menjadi nadi utama perjuangan beliau dalam perniagaannya. Pencapaian dan Sumbangan Sosial Beliau telah menerima anugerah diatas pencapaian dan sumbangannya dalam bidang kepimpinan & jualan seperti Anugerah Pengurus Pentadbiran Terbaik, Program Usahawan Muda Negeri Melaka 2003, Top Participant for Rahsia Penjual Juara (RPJ) Seminar by Dr Niki Shuhada Shukor (2016 & 2018), Top Points, Top Faceto-Face, Top Approaching Activity, Top Sale of the Week and Top 30 Unit Trust Consultant at Dr Niki Shuhada Group (2018). Selain itu juga, beliau terlibat dan dijemput dalam aktiviti sosial iaitu :- ·Panelist for Career Professionalism Course (K-PRO) by Career Cluster, iLEAD, Kementerian Belia & Sukan & UNISEL (2022). ·Discussion Panel for Bachelor of Industrial Management (Hons) Rationalization Program by Faculty of Business & Accountancy, UNISEL (2018). ·Speaker for UNISEL Finance Seminar by Faculty of Business & Accountancy, UNISEL (2017). ·Youth Round Table Discussion Panel for Cost of Living among Malaysia people (2014) & Hutang Belia - Terbebankah Anda? (2015) by Ministry of Youth & Sport with Institute for Youth Research Malaysia (IYRES) and Majlis Belia Malaysia (MBM).


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 32 Jejak Alumni Peluang Kerjaya dalam Bidang Kewangan Dalam usaha membantu ramai masyarakat dalam celik kewangan terutamanya dikalangan mahasiswa, peluang kerjaya didalam bidang kewangan terbuka luas bagi mereka yang mempunyai minat dan impian untuk berjaya. Peluang kerjaya selepas tamat pengajian yang ditawarkan seperti pegawai bank, Pengurus Bank, Akauntan, Credit Analyst, Penasihat Takaful, Perunding Unit Amanah, Perunding Hartanah, Perancang Kewangan Berlesen, Perancang Harta Pusaka Islam, Broker dan sebagainya. Di Masterpiece Success Empire, kami menawarkan peluang latihan industri dalam bidang jualan & pemasaran, komunikasi, IT, design dan kewangan. Selain itu juga, satu program bimbingan khas yang dikenali sebagai “Masterpiece Entrepreneur Leadership Program” yang mana terdapat modul-modul keusahawanan dan kepimpinan yang akan diberikan kepada mereka yang layak dan dibimbing selama enam bulan ke dua belas bulan. Nasihat untuk mahasiswa “Ambil setiap peluang yang ada di depan mata dalam membina kekuatan ekonomi dan jati diri anda, buang jauh-jauh ketakutan yang membelengu diri anda selama ini” “Try something different. Don’t be afraid to take risks, especially when you’re young. Always be curious and tackle every challenge with a growth mindset. Believe in yourself!” OUR PREMIUM FINANCIAL PLANNING SOLUTIONS:- We help our clients realize their financial goal and aspirations, to live a life with love, wealthy and peace of mind. We provide tailored and premium holistic financial planning services to our clients and developing a business leader.


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL 33 Hebahan Program


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan Program 34


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan Program 35


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan 36


https://www.facebook.com/comnetunisel BULETIN KOMUNITI | EDISI DIGITAL Hebahan 37


UNISEL Bestari Jaya : Level - 1, Kompleks Sukan, Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia +603-3280-5098 UNISEL Shah Alam : Blok X, Jalan Zirkon A7/A Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan Malaysia. +603-5522-3520 MEDIA SOSIAL COMNET UNISEL comnet.unisel.edu.my : www.facebook.com/comnetunisel : t.me/infocomnetunisel Lokasi Laman Sesawang : comnet.unisel.edu.my/virtual-office/ Dijemput Pelajar, Staf Dan Alumni Unisel Serta Komuniti Yang Berminat Menghantar Artikel Dan Berita, Sila Hantar Ke [email protected]


https://www.facebook.com/comnetunisel


Click to View FlipBook Version