PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 27 PROFESIONALISME PERGURUAN 1 TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid daripada hal-hal lain. 1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang murid tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik ekonomi, sosial keturunan dan agama. 1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada murid mereka yang berhak mengetahuinya. 1.4 Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 1.5 Menunjukkan satu cara pakaian, peraturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada rakyat. 1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang tinggi-tingginya Lebih mengutamakan kebajikan murid dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain. 2 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 2.1 Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan rumahtangga. 2.3 Mengganggap bahawa semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai SULIT dan tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 2.4 Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 2.5 Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial atau ekonomi ibu bapa pelajar. 2.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 28 3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. 3.2 Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungungjawab sebagai seorang warganegara yang sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa institusi pendidikan dengan masyarakat. 3.5 Memberi sunbangan cergas untuk meninggikan kehidupan, moral kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat. 3.6 Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalin kehidupan kami sehari-hari dengan baik. 4 TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 4.2 Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 4.3 Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4.4 Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 4.5 Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru . 4.6 Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah seseorang pendidik yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 29 PERATURAN AM 1 PERINTAH AM Selaku kakitangan kerajaan, guru-guru dan kakitangan sekolah adalah tertakluk dengan arahan yang terdapat di dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan kakitangan dikehendaki memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut serta pekeliling-pekeliling berkaitan. 2 ASAS PENGURUSAN SEKOLAH 2.1 Guru dan staf sokongan hendaklah membaca, memahami dan menghayati Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan dan Matlamat Pendidikan, Etika Kerja, Teras Perkhidmatan dan Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah. 2.2 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah. 2.3 Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah. Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan pelajar dan sekolah melebihi kepentingan 2.4 peribadi. 2.5 Semua guru adalah Guru Disiplin. 2.6 Semua guru adalah Guru Kaunseling. 3 KEDATANGAN DAN WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN 3.1 Waktu rasmi sesi persekolahan : Sesi pagi: 7.15 pagi hingga 1.45 petang adalah waktu instruksional rasmi 7.00 pagi hingga 2.30 petang untuk Guru Penolong Kanan (Penggiliran balik 3.30 petang bagi GPK setiap hari Ahad hingga Rabu) 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari adalah Waktu PdPc dalam kelas Sesi petang: 12.00 tengahari hingga 6.20 petang adalah waktu instruksional rasmi 1.00 tengahari hingga 6.00 petang adalah waktu PdPc dalam kelas. 3.2 Guru dikehendaki berada dalam kawasan sekolah 20 minit sebelum waktu persekolahan dan mengetik Kad Perakam Waktu semasa sampai dan sebelum balik sekolah / pejabat. 3.3 Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. 3.4 Guru hendaklah memberitahu Guru Besar / GPK sekolah secepat mungkin, kiranya tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah. Beri sebab lewat untuk dicatat. 3.5 Semua urusan peribadi guru dan AKP hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan. 3.6 Guru-guru dianggap mahir menguruskan masa secara optimum dan berkesan bagi menjana 'core business' kita berjalan lancar. 3.7 Waktu bekerja bagi staf adalah mengikut waktu fleksibel masuk: - 7.00 pagi balik 4.00 petang - 7.30 pagi balik 4.30 petang - 8.00 pagi balik 5.00 petang 3.8 Guru-guru/staf akan diberi Teguran 1 dan Teguran 2 sebelum tindakan selanjutnya diambil.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 30 4 KELUAR WAKTU BERTUGAS 4.1 Pada waktu persekolahan / kerja guru dan staf sokongan tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Jabatan / PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan. 4.2 Guru dikehendaki mengisi Borang Rekod Kebenaran Keluar dan dapatkan tandatangan Guru Besar/Penolong Kanan. (Rujuk Lampiran A) 4.3 Kerja bertulis/tugasan hendaklah disediakan untuk pelajar sebelum meninggalkan sekolah. Staf sokongan dikehendaki mendapatkan kebenaran keluar daripada Guru Besar atau 4.4 wakilnya ( GPK ) dan mengisi buku kebenaran keluar serta dapatkan tandatangan sebagai tanda kebenaran. Guru dan staf sokongan hendaklah merekod waktu semasa keluar dan masuk semula dalam 4.5 buku kebenaran keluar dan di Kad Perakam Waktu. Catatkan sebab / alasan keluar Waktu Bertugas dalam borang Kebenaran keluar Pejabat / 4.6 Kad Perakam Waktu. 5 MELAKUKAN KERJA LUAR 5.1 Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‟D‟ seperti berikut:- Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bil 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan KPM dalam pekerjaan luar Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 1 Tahun 2006 mengenai kelulusan melakukan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan dengan syarat:- 5.2.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat. 5.2.2 Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam. 5.2.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan. 5.2.4 Tempoh tidak melebihi 4 jam seminggu dan tempoh kelulusan untuk melakukan sesuatu pekerjaan luar adalah dihadkan kepada 1 tahun sahaja 5.2.5 Jarak tidak melebihi 25 km dari pejabat / sekolah 5.2.6 Pegawai yang disahkan dalam jawatan. Permohonan dikemukakan ke JPN berserta dokumen-dokumen : 5.3.1 Borang Lampiran A atau Lampiran B 5.3.2 Salinan buku kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini. 5.3.3 Surat tawaran pelantikan sebagai guru tuisyen / tenaga pengajar sambilan. 5.3.4 Salinan jadual waktu mengajar di sekolah dan di pusat tuisyen. 5.3.5 Salinan lesen pendaftaran pusat tuisyen swasta yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri 5.2 5.3
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 31 6 DISIPLIN GURU DAN AKP 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 6.7 Menghayati tatasusila profesion perguruan sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu kerja: Membaca, memahami serta boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan ”Perintah Am” dan lain arahan perkhidmatan. Bertanggungjawab bagi menentukan pencapaian akademik dan pendidikan semua murid dengan memuaskan. Menjalankan tugas-tugas kokurikulum seperti mana yang ditetapkan dan ditugaskan. Setiap kegiatan yang melibatkan murid perempuan mestilah dihadiri bersama oleh guru perempuan. Batasan pergaulan antara sesama kakitangan dan murid hendaklah sentiasa dijaga. Menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. 6.6.1 Menepati masa, mengklik Kad Perakam Waktu - waktu tiba dan balik 6.6.2 Kad akan ditanda MERAH selepas kehadiran 7.15 pagi (sesi pagi) dan 12.00 tengahari (sesi petang). 6.6.3 Sentiasa berpakaian kemas dan sesuai. 6.6.4 Semua projek yang dirancangkan di peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sempurna. 6.6.5 Guru ganti mestilah memasuki dan mengajar kelas-kelas yang telah ditetapkan. 6.6.6 Hadir ke sekolah bila-bila masa diperlukan apabila diarahkan oleh Pentadbir 6.6.7 TIDAK dibenarkan membuat kenyataan akhbar. 6.6.8 Segala masalah pelajaran dan pembelajaran hendaklah dirundingkan. 6.6.9 Tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah untuk hal-hal yang tidak penting. Mengutamakan kepentingan setiap murid di sekolah. 6.7.1 Adalah menjadi tanggungjawab bersama guru-guru terhadap masalah disiplin dan akhlak. 6.7.2 Guru-guru bertanggungjawab mengatasi dan mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan, kebersihan murid, bilik darjah dan sekolah. 6.7.3 Bersikap tegas terhadap murid tetapi elakkan dari melakukan deraan.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 32 7 ARAHAN DAN PEKELILING 7.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. 7.2 Setiap arahan dan pekeliling hendaklah disimpan dalam fail khas untuk rujukan. Surat Pekeliling untuk ramai hendaklah dibaca, difahami dan kembalikan semula ke pejabat untuk difailkan. 7.3 Memahami dan menghayati : 7.3.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 7.3.2 Teras Perkhidmatan Awam 7.3.3 Etika Kerja Perkhidmatan Awam 7.3.4 Ikrar Perkhidmatan Awam Sentiasa merujuk dan mematuhi : 7.4 7.4.1 Akta Pendidikan 1966(Akta 550) 7.4.2 Surat-surat Pekeliling ikhtisas 7.4.3 Peraturan-peraturan Pegawai Awam 7.4.4 Surat Arahan Perbedaharaan 7.4.5 Pekeliling Kemajuan Perkhid. Awam 7.4.6 Surat Arahan Pentadbiran 8 CUTI 8.1 8.2 Cuti Rehat/Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Guru Besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. Cuti Rehat Khas (CRK) 8.2.1 Layak memohon tetapi bukan hak mutlak. 8.2.2 Kelulusan adalah atas budi bicara Guru Besar. 8.2.3 Tidak lebih daripada sepuluh (10) hari diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 5, Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 / 2017. 8.2.4 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 8.2.5 Kelulusan CRK diberikan oleh Guru Besar dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 8.2.6 Bagi guru yang merancang untuk mengambil CRK hendaklah memohon Kelulusan dari Guru Besar seminggu sebelum mengambil cuti. Tugasan / Lembaran kerja murid hendaklah disediakan untuk guru ganti dan serahkan kepada GPK 1
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 33 8.3 8.4 8.2.7 Jika terpaksa mengambil CRK kerana kecemasan hendaklah maklumkan kepada Guru Besar / GPK dengan tel / SMS / Whatsapp / Telegram dengan segera. 8.2.8 Cuti Rehat Khas diberikan bagi tujuan-tujuan berikut: (a) menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia; (b) mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; (c) menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai; (d) dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya; (e) menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga; (f ) mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara); (g) menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi; (h) menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan (i ) perkahwinan pegawai atau anak pegawai. Cuti Sakit 8.3.1 Cuti sakit hendaklah dikemukakan sekiranya mengambil cuti sakit 8.3.2 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putusputus akan dilaporkan Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. 8.3.3 Semua permohonan cuti sakit hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar untuk kelulusan dengan kadar segera Cuti Keluar Negara 8.4.1 Semua guru TIDAK dibenarkan bercuti keluar negara sewaktu sesi persekolahan berlangsung . Kebenaran ke luar negara HANYA semasa Cuti persekolahan sahaja, termasuk melakukan Ibadah Umrah dan mesti mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan . 8.4.2 Sila isikan 3 salinan borang permohonan lampiran A dan B berserta Dokumen Pengisytiharan Keluar negara - tuntutan insurans. 8.4.3 Sila kemukakan juga dokumen insurans perjalanan. 8.4.4 Semua dokumen hendaklah dihantar pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti. 8.5 Cuti Khas-Isteri Bersalin Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan pelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dalam perkhidmatan dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 34 Cuti Tanpa Rekod 8.6 8.6.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan. 8.6.2 Kelulusan cuti adalah atas budi bicara Guru Besar. 8.6.3 Dapatkan borang dan sertakan dengan surat/dokumen berkaitan. 8.7 Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam selama tiga (3) hari untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat yang dilaksanakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2002 (PP Bil. 10/2002). Walau bagaimanapun kemudahannya telah diberi penambahbaikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2015. 8.7.1 Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung, ibu dan bapa mertua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang dan anak angkat yang sah disisi undang-undang. 8.7.2 CTR hendaklah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan 8.7.3 Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 9 PAKAIAN DAN TANDA NAMA 9.1 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat. Semua jenis pakaian `jeans` tidak dibenarkan. 9.2 Baju tanpa lengan, skirt pendek, pakaian nipis, ketat, menampakkan bentuk badan dan mendedahkan aurat tidak dibenarkan bagi guru perempuan. 9.3 Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai dan memakai kasut/sepatu, guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu (kasut sarung/bukan sandal) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. 9.4 Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani/Aktiviti Kokurikulum dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 35 9.5 9.6 9.4.1 Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kameja T berlengan panjang labuhnya melebihi paras punggung, kameja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. 9.4.2 Guru lelaki: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kameja T, kameja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. Semua guru dan staf sokongan hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau apabila ada urusan rasmi di luar sekolah. Semua guru adalah wajib memakai pakaian unit beruniform pada setiap hari Rabu dan pada perhimpunan kokurikulum (rujuk jadual perhimpunan kokurikulum) 10 LAWATAN SAMBIL BELAJAR 10.1 Guru-guru Penasihat Persatuan atau Badan digalakkan menganjur lawatan sambil belajar bagi faedah murid. Walaubagaimanapun ia harus dibincangkan terlebih dahulu dengan Guru Besar dan persetujuan darinya terlebih dahulu hendaklah diperolehi. Setelah itu, segala prosedur hendaklah dipatuhi seperti 10.2 10.2.1 Mendapatkan surat kebenaran dan kelulusan dari JPNJ - 4 -7 salinan / mengikut bilangan negeri yang dilalui 10.2.2 Mendapat surat Kebenaran dari Ibubapa atau Penjaga. 10.3 Segala surat menyurat mengenainya hendaklah mengikut format dan MESTI ditandatangani oleh Guru Besar. 10.4 Guru-guru adalah dilarang sama sekali menganjurkan lawatan yang melibatkan murid sekolah ataupun menggunakan nama sekolah tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Guru 10.5 Besar dan juga tanpa mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Guru-guru DILARANG menganjur lawatan yang berbentuk ”BERKELAH‟ / " KAWASAN AIR - SUNGAI / LAUT " 10.6 Semasa lawatan dijalankan, guru-guru adalah bertanggungjawab mengawasi dan mengawal murid-murid tersebut. Keselamatan murid adalah KEUTAMAAN. Selepas lawatan guru yang mengetuai rombongan hendaklah menyediakan laporan bertulis / bergambar kepada Guru Besar.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 36 11 BILIK GURU DAN KELAB KEBAJIKAN BILIK GURU DAN STAF 11.1 Guru hendaklah berada dalam bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap ‟non-teaching period‟ dan bukannya ‟free period‟. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. 11.2 Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan . 11.3 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak menganggu ketenteraman orang lain. 11.4 Guru tidak digalakkan membenarkan murid berada di bilik guru. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk 11.5 keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru. 11.6 Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-cond dipadamkan dan semua pintu di kunci. 11.7 Jawatankuasa kelab bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan semua guru dan AKP . 12 KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH 12.1 12.2 Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM. Ketua Panitia/Guru Kanan mata pelajaran hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain. 13 MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS GURU 13.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, HEM dan juga pentadbiran. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab. 13.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran Negeri PPD atau sekolah lain hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa keizinan Guru Besar. 13.3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepada Guru Besar menggunakan format yang ditentukan. Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke 13.4 sekolah hendaklah menjalankan “In House Training” kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan tarikh dan masa pelaksanaannya. 13.5 Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkan kepada Ketua Panatia / GPK 1
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 37 14 MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH 14.1 Guru pengiring pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti adalah bertanggungjawab mengurus segala urusan mengenainya. 14.2 Jika terdapat penyokong-penyokong pasukan sekolah menyertai rombongan tersebut, guruguru pengurus pasukan adalah bertanggungjawab mengawasi mereka. 15 KEGIATAN KOKURIKULUM 15.1 Semua guru adalah Penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan teratur mengikut jadual yang ditetapkan. 15.2 Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan merekodkan kehadiran dan aktiviti kokurikulum serta laporan pencapaiannya bagi tujuan semakan e prestasi. Laporan ini disertakan dalam fail Rekod PnP. 15.3 Laporan ini akan disemak oleh Penolong Kanan KoKu dan disahkan oleh Guru Besar 16 KELUAR MASUK KELAS MENEPATI MASA / BUKU KAWALAN MURID 16.1 Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa. Demikian juga guru-guru yang sedang mengajar dikehendaki menamatkan pengajarannya sebaik sahaja tamat masa. 16.2 Semua guru bertanggungjawab mengawal disiplin murid di dalam dan luar bilik darjah. Semua Guru hendaklah menanda dan merekod kehadiran / perlakuan murid dalam setiap PdP 16.3 di Buku Kawalan Kelas . Guru Kelas MESTI menyemak dan menandatangani Buku Kawalan Kelas setiap hari. 17 SURAT MENYURAT / SURAT YANG DITERIMA 17.1 Semua surat rasmi yang menggunakan letter-head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan. Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan menyatakan melalui dan salinan kepada GB, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan Jika surat itu ditujukan kepada GB dan GB mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan maka guru itu hendaklah:- 17.4.1 Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika salinan asal sila minta difotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. 17.4.2 Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan, maka borang tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup/iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar borang berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup (covering) dari sekolah walaupun dihantar dengan serah tangan. 17.2 17.3 17.4
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 38 17.5 17.4.3 Satu salinan borang berkenaan dan surat litup (covering) hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan . Segala surat rasmi sekolah yang dituju kepada pihak luar hanya boleh ditandatangani oleh GB sahaja, kecuali jika beliau sedang bercuti , tiada di sekolah dan sebagainya, maka surat itu akan ditandatangani oleh Guru Penolong Kanan bagi pihak GB. 18 KEBERSIHAN / KESELAMATAN DAN PERHIASAN BILIK DARJAH 18.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid hendaklah disediakan oleh guru kelas untuk kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan 18.2 baik. Guru Kanan Mata Pelajaran/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/tempat 18.3 khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal sains, makmal biasa dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing Semua guru, staf sokongan dan murid sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan 18.4 kawasan sekolah. Guru-guru kelas hendaklah mempastikan murid-murid kelasnya menghias dan menjaga 18.5 kebersihan serta keselamatan bilik darjah masing-masing. Selain itu guru-guru hendaklah mempastikan bahawa bahan yang digunakan untuk menghias kelas adalah sesuai dan berfaedah untuk murid-murid. 18.6 Semua guru PERLU mewujudkan iklim kelas / bilik darjah yang kondusif dan menyenangkan serta menarik. 19 REKOD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 19.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran PdP yang menjadi SKT guru. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. mengadungi : Butiran Peribadi Jadual Waktu Kelas / Peribadi Sukatan Pelajaran / Dokumen standard - Perlu difailkan Khas Dokumen Standard Prestasi - Perlu difailkan Khas Rancangan Pelajaran Tahunan - Perlu difailkan Khas Rancangan Pelajaran Harian Markah Ujian / TOV / Rekod Pencapaian Prestasi Plan J / Bahan Evidence / Latihan-latihan Senarai Tugas guru Rekod Aktiviti Guru / Rekod Mesyuarat / Rekod Kursus Rekod PdPc dibuat dalam bentuk folder . Rekod ini hendaklah diserahkan ke pejabat untuk semakan Guru Besar / Guru Penolong Kanan setiap hujung minggu mengikut jadual . Guru yang bercuti, buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti. Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat 19.2 19.3 19.4
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 39 20 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL GURU GANTI 20.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti . 20.2 Guru TIDAK dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar / GPK Pentadbiran (sesi pagi) dan GPK Petang (sesi petang) 20.3 Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri 20.4 Jalankan aktiviti semasa masuk kelas ganti dan catat dalam slip / Rekod PdP 21 e-KEHADIRAN MURID DAN DATA APDM 21.1 Guru kelas berkewajipan mengisi e-kehadiran murid setiap hari sebelum jam 9.00 pagi (sesi pagi) dan 2.00 petang (sesi petang) . 21.2 Guru Kelas perlu mendapat bukti tentang sebab murid tidak hadir ke sekolah - MC , Surat dari Ibu Bapa / Panggilan dari ibu bapa Sentiasa mengemaskini data murid dalam APDM terutama alamat, gaji ibu bapa dan 21.3 tanggungan pada setiap awal tahun dan akhir tahun. 22 BUKU LATIHAN BERTULIS / NOTA MURID DAN PEMERIKSAANNYA 22.1 Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin. Latihan yang diberi hendaklah yang boleh mencabar kebolehan keupayaan murid. 22.2 Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak boleh menyimpan satu-satu buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik darjah. 22.3 Guru-guru dihendaki memeriksa buku nota murid-murid dari semasa ke semasa untuk mempastikan nota betul, lengkap, kemas dan teratur. PASTIKAN pembetulan dibuat dan disemak semula 22.4 Guru-guru hendaklah mempastikan setiap murid membuat kerja latihan yang diarahkan dan mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. Guru-guru dikehendaki menyerah buku-buku rampaian dan buku-buku nota murid ini kepada 22.5 Ketua Panitia Matapelajaran/Guru Penolong Kanan/ Guru Besar untuk ditandatangani. 23 PEMBELIAN BARANG 23.1 Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran Guru Besar terlebih dahulu Buat pesanan 23.2 dengan menggunakan NOTA MINTAdan borang pesanan Sekolah yang boleh didapati di pejabat sekolah, (Rujuk lampiran D). 23.3 Borang tersebut hendaklah disemak oleh Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Guru Besar.
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 40 23.4 Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang Pesanan Tempatan (local Order/LO). 23.5 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekod no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. 23.6 Barang yang diterima hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas. 23.7 RUJUK PANDUAN AM PENGURUSAN KEWANGAN DALAM MANUAL 2014 24 MESYUARAT GURU / TAKLIMAT PROGRAM / MESYUARAT PANITIA 24.1 Sebarang panggilan mesyuarat yang dibuat hendaklah dengan pengetahuan Guru Besar . Kedatangan guru ke mesyuarat adalah wajib. 24.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh GPK / K Panitia. 24.3 Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek dan selipar tidak dibenarkan. 24.4 Mesyuarat guru hendaklah diadakan luar waktu persekolahan. 24.5 Guru yang tidak hadir MESTI memberikan " Surat Tunjuk Sebab " dan serahkan kepada GB dalam tempoh 3 hari selepas peristiwa. 25 MESYUARAT / TAKLIMAT JAWATANKUASA PROGRAM 25.1 Guru-guru akan dilantik untuk menduduki Jawatankuasa-jawatankuasa yang terdapat di sekolah. Mereka hendaklah menghadiri mesyuarat yang dipanggil dan mengambil bahagian yang aktif di dalam mesyuarat tersebut. Guru-guru yang telah dilantik untuk menjadi setiausaha kepada sebarang jawatankuasa 25.2 hendaklah menyediakan surat panggilan mesyuarat dan minitnya serta satu salinan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar dengan kadar yang segera 25.3 Setiausaha / penyelaras Program perlu menyediakan kertas kerja dan laporan bergambar setiap program yang dijalankan. 26 PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH 26.1 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan sekali seminggu iaitu setiap Hari Ahad Jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi (sesi pagi) dan 1.30 – 2.00 tengahari (sesi petang) 26.2 Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah pada masa dan hari yang telah ditetapkan. 26.3 Atur cara Perhimpunan rasmi : 2.6.3.1 Bacaan Doa 2.6.3.2 Lagu Bangsa Johor 2.6.3.3 Lagu Negaraku 2.6.3.4 Lagu Sekolah 2.6.3.5 Ikrar Rukun Negara
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 41 2.6.3.6 Laporan Guru Bertugas minggu lepas 2.6.3.7 (Upacara khas jika ada) 2.6.3.8 Ucapan Guru Besar/GPK 2.6.3.9 Penutup 2.6.3.10 Majlis diambil alih oleh guru bertugas minggu ini 27 PELAWAT/JURUJUAL 27.1 Semua pelawat termasuk jurujual TIDAK DIBENARKAN berjumpa guru / AKP tanpa kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Guru Besar /wakilnya . Orang luar dilarang berjumpa guru, AKP atau murid di kelas semasa guru mengajar. 27.2 28 PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT 28.1 Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi secara profesional yang baik dan sihat sesama rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi. 28.2 Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. Guru-guru dikehendaki sentiasa berkerjasama di antara satu sama lain dan mewujudkan 28.3 kemesraan semasa bertugas. 29 KEAHLIAN KELAB GURU/PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG) 29.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan PIBG sekolah 30 GURU SEBAGAI PEMIMPIN TELADAN DI SEKOLAH 30.1 Guru-guru PERLU menonjolkan sikap kepimpinan yang baik untuk dijadikan teladan kepada pelajar-pelajar. Guru-guru DILARANG merokok di kawasan sekolah
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 42 31 DENDA MURID / SENTUHAN FIZIKAL 31.1 Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif dan memberi pengajaran kepada murid. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran adalah dilarang. Rujuk pekeliling HEM yang sedang berkuatkuasa. Perkara yang DILARANG sama sekali dilakukan terhadap murid 31.2.1 Sentuhan fizikal / body contact dengan murid kecuali bagi kes-kes kecemasan bertujuan memberi pertolongan / bantuan. 31.2.2 Sentuhan dengan menggunakan sebarang alat 31.2.3 Memukul , menyentuh , meraba , memeluk , mendenda yang mendatangkan kesan / implikasi negatif kepada murid 31.2.4 Menggunakan kata-kata kesat , perkataan-perkataan lucah , maki hamun dsb Semua guru DILARANG merotan / memukul / mencubit murid. 31.2 31.3 32 URUSAN DENGAN PPD / JPN 32.1 32.2 Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan pergi ke Pejabat Pendidikan / Jabatan Pelajaran Negeri untuk urusan peribadi / perkhidmatan semasa waktu persekolahan kecuali jika diarahkan berbuat demikian . Guru yang hendak berjumpa dengan PPD / JPN hendaklah membawa bersama Surat Pengenalan Diri yang ditandatangani oleh Guru Besar. 33 PENGGUNAAN ALAT-ALAT / PERALATAN SUKAN 33.1 Guru-guru adalah bertanggungjawab menyediakan alat bantuan mengajar bagi mata pelajarannya. Alat bantuan mengajar yang terdapat dibilik sumber dan sebagainya hendaklah digunakan di dalam pengajaran. 33.2 Guru-guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat tersebut. Peralatan yang tersimpan di bilik khas hanya boleh diambil dan disimpan balik oleh guru-guru sahaja. 33.3 Semua jenis alatan sukan hendaklah disenaraikan oleh guru sukan. 33.4 Keselamatan peralatan itu perlu diawasi dengan teliti. 33.5 Hanya Guru, Pengawas sekolah dan Ketua Pasukan sahaja yang dibenarkan mengambil alatan itu. Aliran pergerakan peralatan sukan hendaklah direkodkan di dalam buku khas. - Rekod Pinjaman
PERINTAH AM DAN PERATURAN BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2023/2024 43 34 KUNCI 34.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pejabat. 34.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada GB dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi 34.3 Buku rekod Peminjaman di pejabat. 35 KEAHLIAN DALAM PERSATUAN 35.1 Demi kepentigan perkhidmatan pendidikan dan profesion perguaruan , guru-guru adalah dinasihatkan menjadi ahli kepada persatuan - persatuan berikut : 35.1.1 Persatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan - KPPK / NUTP 35.1.2 Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia - PPKPPM - Khas untuk guru Siswazah. 35.1.3 Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan - PSKPP untuk semua guru dan AKS 36 PERLAKUAN WAKTU MENGAJAR 36.1 Semasa mengajar guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur. 36.2 Mengajar sambil duduk/bertenggek di atas meja adalah tidak dibenarkan. 36.3 Semasa mengajar guru-guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif. Jangan sama sekali membiarkan mana-mana murid tidur dan membuat bising. 37 INISIATIF DAN KREATIVITI GURU 37.1 Guru-guru adalah sentiasa digalakkan untuk mengambil inisiatif bagi melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Walaubagaimanapun guru-guru adalah dikehendaki merundingkan dan membincangkan serta memaklumkan mengenainya terlebih dahulu kepada Guru Besar jika melibatkan sumber kewangan.