The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 77ayu5632, 2023-02-01 08:13:21

LAPORAN PROGRAM CLAIM YOUR PATH

LAPORAN PROGRAM CLAIM YOUR PATH

7 LAPORAN PROGRAM KERJAYA ‘CLAIM YOUR PATH’ Oleh, GROUP BORAK KERJAYA


8 2.0 LAPORAN SLOT BERASASKAN MODUL Semasa Slot Ice Breaking dijalankan didapati semua peserta mengambil bahagian secara aktif dan bersemangat serta memberikan kerjasama sebaiknya. Perjalanan aktiviti berlangsung seperti yang dirancang dan dalam keadaan yang terkawal. Slot dimulakan dengan pengenalan dan penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu melengkapkan Lembaran BINGO mengikut syarat ditetapkan. Syarat yang ditetapkan oleh fasilitator adalah peserta perlu mendapatkan dua tanda tangan rakan bagi setiap ruangan jenis bidang pekerjaan sehingga membentuk garis BINGO. Peserta yang berjaya mendapatkan garis BINGO dengan segera menyerahkan kepada fasilitator untuk dinilai dan dikira sebagai pemenang aktiviti. Semasa sesi ini, peserta berpeluang mengenal rakan mereka dengan lebih dekat berkaitan bidang kerjaya yang diminati. Seramai 17 orang murid telah masuk lewat kerana menghadiri program penyampaian hadiah di dewan kolej, namun masih diberi peluang menjalankan aktiviti sehingga lengkap lembaran BINGO mereka. 3 orang peserta terawal berjaya melengkapkan tugasan dengan baik dan menepati syarat aktiviti serta berupaya menyebut dan membentuk satu falsafah hasil daripada aktiviti yang dijalankan iaitu ‘Hendak Seribu Daya, Tidak Hendak Seribu Dalih’, ‘Usaha Tangga Kejayaan’ dan ‘Malu Bertanya Sesat Jalan’. Sehubungan itu, fasilitator telah memaklumkan satu lagi falsafah iaitu ‘Bersikap Jujur Dalam Melaksanakan Tugasan Yang Diberi’. Berdasarkan kertas lembaran BINGO peserta-peserta didapati sebanyak 70% mempunyai minat atau kecenderungan terhadap lebih dari satu jenis bidang pekerjaan. Selain itu juga, 43% daripada mereka pula meminati bidang pekerjaan yang tidak berkaitan dengan kursus yang diambil di kolej iaitu bidang perakaunan. Namun secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan di dalam slot ini telah dinilai berjaya mencapai objektifnya berdasarkan hasil akhir dari peserta serta semasa sesi rumusan dijalankan.


9 Melalui tayangan slaid Modul Dress For Success, para pelajar didedahkan tentang etika berpakaian ketika temuduga adalah perkara yang dilupakan kebanyakkan calon. Perkara yang paling penting ketika hadir ke temuduga adalah tanggapan pertama oleh bakal majikan. Tanggapan pertama oleh penemuduga bergantung kepada apa yang kita pakai ketika hadir dan rupa paras. Oleh kerana itulah, adalah disarankan untuk berpakaian professional tanpa mengira apa sekalipun jawatan yang dipohon. Etika berpakaian ketika hendak menghadiri temuduga sangat penting. Tanggapan pertama perlu yang baik dan hebat. Secara umumnya, calon yang hadir berpakaian kot dan bertali leher adalah lebih baik daripada calon yang hadir ke temuduga hanya memakai seluar jeans dan sehelai t-shirt. Penampilan seperti cara berpakaian dan kebersihan diri memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang daripada kaca mata orang lain. Faktor itu juga memberi makna kepada penemu duga yang memerhatikan cara anda menampilkan diri, apatah lagi jika seseorang bakal menjadi eksekutif atau kakitangan di organisasi mereka. Penampilan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan, di samping menggambarkan anda sebagai pekerja yang mementingkan penampilan. Keselesaan cara mengenakan pakaian juga amat penting kerana sekiranya pakaian tidak selesa, terlalu ketat dan tidak sesuai ia akan mengganggu anda. Terdapat individu yang mengambil inisiatif dengan membeli pakaian baru sebagai persediaan menghadiri temu duga. Namun, masih ada yang tidak mengambil kisah mengenai perkara ini, mungkin kerana tidak mengetahui peraturan dan etika berpakaian ketika menghadiri temu duga. Jangan ada lepasan universiti yang menghadiri temu duga hanya berpakaian seluar jeans dan kemeja-T kerana penampilan sebegitu melambangkan beliau tidak tahu tata cara menghadiri temu duga. Berpakaian seperti itu amat tidak sesuai untuk menghadapi temu duga. Bagi yang tidak mengambil peduli perkara itu, mereka harus sedar bahawa pandangan pertama panel penemu duga amat penting dalam menentukan sama ada anda berjaya atau gagal dalam sesuatu temu duga.


10 Tuntasnya, oleh kerana tempoh yang sangat singkat, fasilitator tidak dapat membuat demostrasi pemakaian dan membuat rumusan yang lebih terperinci tentang penampilan diri. Sebaiknya fasilitator boleh menyediakan bahan edaran kepada semua para pelajar. Keseluruhannya, modul yang ditayangkan mencapai objektinya. Sesi “Mock Interview” tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang kerana kesuntukan masa. Ini kerana program bermula agak lewat disebabkan terdapat program lain di pihak Kolej Vokasional Wakaf Tembesu. Walau bagaimanapun, dalam sesi “mock interview” diadakan penerangan ringkas berkaitan cara-cara menghadiri temuduga dengan mengambil kira tata cara penyusunan fail yang betul dan etika pemakaian semasa menghadiri temuduga. Selain itu, dalam sesi ini diterangkan juga faktor-faktor kegagalan calon semasa temuduga. Antaranya ialah: Calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja! Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalansoalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab! Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan ketika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.


11 Dalam sesi ini juga diberikan contoh-contoh soalan yang bakal ditanya dalam sesebuah sesi temuduga. Antara contoh soalannya ialah:- 1. Sila ceritakan serba sedikit mengenai diri anda. 2. Apakah kelayakan yang dimiliki anda? 3. Terangkan diskripsi tugas jawatan yang dimohon anda? 4. Mengapakah anda berminat untuk memohon jawatan ini? 5. Sekiranya anda dipilih untuk memegang jawatan ini, apa sumbang anda? 6. Sanggupkah anda kerja lebih masa? 7. Sanggupkah anda bekerja berjauhan dengan keluarga 8. Ceritakan serba sedikit isu semasa di Malaysia? Walaupun tidak dapat menjalankan sesi “mock interview”, sasaran dalam memberi penjelasan dan pendedahan kepada peserta berkaitan sesi temuduga dapat disampaikan dengan baik secara lisan. Penerimaan peserta juga amatlah memberansangkan. Sesi Penyediaan Resume Dan Penyusunan Fail dijalankan pelajar telah berpeluang untuk mendapatkan ilmu berkaitan dengan persediaan sebelum temuduga yang terdiri daripada penulisan resume penyusunan fail temuduga. Objektif yang ingin dicapai melalui slot ini ialah memberikan pendedahan teknik yang tepat dalam menyediakan resume dan menyusun atur sijil bagi menghadapi temuduga. Sesi ini bermula lancar dan mendapat sokongan dan penglibatan penuh daripada pelajar yang menyertai program yang dianjurkan. Pada peringkat awal, fasilitator memulakan slot dengan energizer ringkas bagi meningkatkan tenaga peserta di samping menarik minat mereka untuk fokus dalam slot yang telah dijadualkan. Bagi penulisan resume, pelajar disediakan contoh resume untuk ditambah baik oleh peserta. Contoh resume ini amat penting bagi pelajar untuk membuat rujukan pada masa akan datang. Fasilitator turut menjelaskan tentang kandungan yang perlu terdapat dalam resume bagi memberi pengetahuan kepada peserta program. Seterusnya, peserta program turut didedahkan dengan penyusunan fail temuduga. Penyusunan fail temuduga


12 merupakan aspek yang amat penting bagi menunjukkan bahawa kita merupakan calon temuduga yang profesional dalam bekerja. Fasilitator telah membimbing pelajar berkenaan dokumen-dokumen asli penting yang perlu dibawa sewaktu temuduga. Pelajar turut diberi peluang dan berbincang bersama rakan-rakan untuk simulasi menyusun dokumen fail temuduga sebelum diterangkan oleh fasilitator cara penyusunan fail yang sebenar. Peluang ini sekaligus memberi ruang kepada pelajar untuk menggalakkan pelajar berbincang antara satu sama lain di samping mendapatkan maklumat daripada sumber yang tepat. 3.0 ANALISIS DAPATAN PROGRAM Secara keseluruhannya, Program Claim Your Path ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan berdasarkan kepada nilai melebihi 50% daripada bilangan peserta mendapat input berbanding sebelum pelaksanaan program. Analisis menunjukkan bahawa pada setiap slot yang telah dijalankan berjaya menunjukkan pencapaian prestasi yang sangat memberansangkan. Berikut disertakan analisis yang diperoleh melalui penilaian menggunakan borang khas, pemerhatian dan juga melalui semakan secara lisan iaitu:- 8 2 20 11 17 15 45 41 45 40 42 35 0 5 10 15 20 25 30 35 40 45 50 Slot Ice Breaking Slot Career Timeline Slot Let's Dive In Slot Resume&Sijil Slot Here's To You Slot Mock Interview PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM BERDASARKAN PEMERHATIAN, BORANG PENILAIAN&SEMAKAN LISAN Sebelum Program Selepas Program


13 Merujuk kepada carta bar yang dipaparkan iaitu dapatan analisis yang diperoleh secara pemerhatian dan juga semakan lisan, didapati bahawa pelajar yang memperoleh dan mencapai pengetahuan baru berkaitan perkara yang disampaikan adalah melebih daripada sebahagian bilangan mereka iaitu kenaikan melebihi 50%. Untuk sesi Ice Breaking, analisis diperoleh secara pemerhatian di mana sebelum slot dilaksanakan, hanya 8 orang pelajar yang memberi respond secara aktif terhadap fasilitator. Namun, semasa dan selepas aktiviti melengkapkan Lembaran BINGO dilaksanakan didapati mereka mula merasakan keserasian berada di dalam program lantas mengambil bahagian secara positif. Berikut pula adalah analisis berdasarkan Borang Penilaian Pencapaian Pelaksanaan Program yang diisi oleh pelajar :- Bil Item Bilangan Pelajar Capai Skala 1-3 Bilangan Pelajar Capai Skala 4-5 KANDUNGAN PROGRAM 1 Objektif program 4 48 2 Pelaksanaan dan perancangan program telah dibuat dengan lancar 0 52 3 Masa yang diperuntukkan oleh setiap slot adalah sesuai 20 32 PELAKSANAAN PROGRAM 4 SLOT 1 11 41 5 SLOT 2 7 45 6 SLOT 3 10 42 KEBERKESANAN PROGRAM TERHADAP PESERTA 7 Peningkatan pengetahuan/pemahaman berbanding sebelum ini 0 52 8 Lebih berpengetahuan melaksanakan tugas yang berkaitan/ mengaplikasi apa yang dipelajari berbanding sebelum ini 2 50 9 Pada keseluruhannya program ini berjaya dan bermanfaat 0 52


14 Penilaian pencapaian program menggunakan borang penilaian bagi Slot Career Timeline pula mendapati peningkatan seramai 39 orang pelajar yang mula mengenali dan memahami kaedah perancangan masa depan karier mereka menggunakan garis masa berbentuk tangga. Memandangkan ini merupakan kali pertama mereka bertemu dengan kaedah ini, maka bimbingan yang padu dari para fasilitator telah diberikan agar perancangan dilakukan dengan cara yang betul. Analisis dapatan pencapaian program bagi Slot Let’s Dive In walaupun kelihatan peningkatan bilangan yang tidak begitu ketara, namun masih melebihi sebahagian bilangan pelajar. Ini merujuk kepada pengetahuan sedia ada mereka mengenai perkara ini sudah pun ada. Namun pelajar didapati sangat aktif dan berminat dengan slot ini bagi mengetahui kecenderungan personaliti masing-masing. Melalui slot ini didapati bilangan pelajar berwarna Gold adalah seramai 40 orang, berwarna Hijau seramai 37 orang, berwarna Biru seramai 20 orang dan berwarna Orange seramai 45 orang. Secara keseluruhannya, personaliti yang dimiliki oleh kebanyakan pelajar di sini adalah pematuhan terhadap peraturan dan juga kebebasan. Tayangan slaid Slot Here’s To You banyak membantu pelajar memperoleh maklumat jelas mengenai etika penampilan dan berpakaian semasa sesi temuduga dijalankan. Justeru analisis dapatan pencapaian program melalui borang penilaian menunjukkan pencapaian yang sangat memberansangkan. Analisis pencapaian bagi Slot Mock Interview didapati agak rendah berbanding yang lain adalah berikutan peruntukan masa yang sudah hampir tamat menyebabkan simulasi perjalanan sesi temuduga tidak dapat dilaksanakan. Namun begitu, melalui penerangan secara lisan oleh fasilitator, pelajar masih mendapat gambaran yang agak jelas akan situasi temuduga tersebut.


15 4.0 REFLEKSI (KEKUATAN/KELEMAHAN/PENAMBAHBAIKAN) Slot Ice Breaking merupakan suatu pengisian penting dalam sesuatu program bagi memastikan peserta program dapat mengenali antara satu sama lain, memecahkan halangan atau perasaan anti-komunikasi sosial serta membantu peserta memperoleh bayangan utama perkara yang akan mereka dapati sepanjang program. Ia turut memberi satu pengalaman dan ilmu baharu kepada para peserta akan alternatif apabila mencari dan mengumpul maklumat yang dikehendaki. Selain peserta memperoleh maklumat tentang pelbagai jenis bidang pekerjaan, pergerakan aktif mereka sepanjang melakukan aktiviti ini berupaya meningkatkan tenaga, memberi motivasi untuk berusaha sehabis baik agar dapat melengkapkan tugasan dengan strategi terbaik dan pantas supaya memperoleh ganjaran yang dijanji fasilitator. Kerjasama yang baik turut dipupuk dalam membantu sesama rakan melengkapkan tugasan diberi. Namun terdapat beberapa penambahbaikan perlu dilakukan agar aktiviti ini dapat dijalankan dalam keadaan santai tetapi teratur dan efektif. Peserta didapati mempunyai peluang untuk melengkapkan tugasan secara tidak jujur apabila penilaian terhadap hasil tugasan tidak diulas dan dianalisis secara lebih mendalam untuk mendapatkan bukti sahih bahawa ia dilaksanakan secara jujur dan bertanggungjawab. Disamping itu juga fasilitator sebaiknya merumuskan aktiviti dengan lebih terperinci agar peserta menyedari bahawa terdapat banyak info serta pengalaman yang bermakna boleh mereka kumpul daripada aktiviti tersebut dan sebaiknya dinyatakan melalui tayangan slaid. Slot Dress for Success dilaksanakan melalui tayangan multimedia. Modul Dress for Success ialah salah satu item penting dalam menampilkan imej seseorang dan keperibadian secara menyeluruh. Modul ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para peserta tentang etika pemakaian untuk temuduga. Modul Dress for Success ialah bagaimana meningkatkan keyakinan diri bila berhadapan dengan masyarakat dengan cara berpakaian yang sesuai. Pandangan orang terhadap diri kita


16 ialah beranggapan bahawa kita sebagai seseorang yang prihatin terhadap penampilan diri. Etika berpakaian ketika temuduga adalah perkara yang dilupakan kebanyakkan calon. Perkara yang paling penting ketika hadir ke temuduga adalah tanggapan pertama oleh bakal majikan. Tanggapan pertama oleh penemuduga bergantung kepada apa yang kita pakai ketika hadir dan rupa paras. Secara umumnya, penampilan diri ini boleh dikatakan amat penting kepada setiap individu, tidak kira secara formal atau tidak formal. Dalam etika pekaian, pelbagai aspek dapat disentuh, antaranya cara pemakaian mestilah mengikut etika, ia perlulah sesuai mengikut masa dan keadaan. Etika pemakaian yang salah dapat menimbulkan masalah kepada individu itu sendiri, contohnya individu itu akan malu apabila di tegur oleh orang lain. Terdapat banyak kepentingan dalam penjagaan penampilan diri ini, contohnya ia melambangkan kekemasan seseorang manusia, membuatkan orang mudah tertarik, mudah bergaul dan lain-lain lagi. Penampilan diri ini juga dapat membantu seseorang itu untuk berinteraksi dengan bagus. Kesimpulannya, di harap Modul Dress for Success ini dapat membantu para peserta mengetahui pemakaian yang sesuai ketika menghadiri temuduga di mana penemuduga akan melihat penampilan diri dahulu sebagai penilaian awal. Ianya melambang kecekapan seseorang mengurus diri. Oleh kerana itulah, adalah disarankan untuk berpakaian professional tanpa mengira apa sekalipun jawatan yang dipohon. Sesi ini sepatutnya dilaksanakan secara praktikal oleh peserta sepertimana dalam modul tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan masa. Kesediaan menghadapi isu kekangan masa dapat di atasi dengan menyediakan bahan-bahan berkaitan persediaan menghadapi temuduga secara lisan. Ini memberi pengajaran kepada saya sebagai pengendali sesi untuk lebih bersedia dengan pelbagai cara bagi memastikan sesi dapat dilaksanakan bersesuai dengan masa yang ada. Akan tetapi dalam masa yang ianya mencapai matlamat yang telah ditetapkan bagi sesi ini.


17 Walau bagaimanapun, saya sebagai pengendali sesi ini, perlu menyediakan maklumat secara virtual dalam bentuk tayangan multimedia sebagai bahan tambahan memandangkan sesi “mock interview” tidak dapat dijalankan. Penerangan secara lisan tanpa tanyangan multimedia mungkin tidak berapa menarik minat peserta terutamanya apabila sesi ini dilaksanakan di slot terakhir sebelum program berakhir. Ianya merupakan elemen tambahan yang perlu ditambahbaik oleh saya sebagai pengendali sesi bagi memperlengkapkan lagi penyampaian sesi sekiranya menghadapi isu kekangan masa. Slot penulisan resume dan penyusunan dokumen temuduga secara keseluruhannya mampu dijalankan dengan baik dan lancar. Saya pengendali slot amat berpuas hati dengan keseluruhan sesi yang dijalankan terutama kerjasama daripada peserta yang melibatkan diri dalam slot yang dikendalikan oleh saya. Dari segi kekuatan saya dapat mengenalpasti bahawa lembaran yang disediakan mampu membuka mata minda klien tentang resume dan kandungan yang perlu ada dalam sesebuah resume yang dihasilkan untuk dibawa ke sesi temu duga. Oleh itu, resume ini mampu menjadi rujukan kepada peserta program untuk menyediakan resume mereka sendiri. Seterusnya dari segi kelemahan, hasil daripada perbincangan dengan ahli kumpulan kami merasakan lebih elok jika kami membawa contoh fail temuduga yang telah disusun mengikut format yang sebenar. Dengan adanya fail temuduga ini, pelajar mampu untuk melihat dokumen-dokumen penting yang diperlukan dalam fail temuduga seperti sijil senat dan transkrip pengajian yang tidak pernah dilihat oleh mereka sebelum ini. Dari segi penambahbaikan, kami merancang untuk melibatkan lebih banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar sewaktu slot penyediaan resume dan penyusunan sijil temuduga. Kami merancang untuk pelajar meneroka resume secara atas talian bersama fasilitator bagi menunjukkan contoh-contoh resume yang terdapat di atas talian. Peserta juga perlu menyediakan resume lengkap secara berkumpulan dengan bantuan fasilitator yang terdiri daripada kami. Walaubagaimanapun, kami tetap berpuas hati dengan slot penulisan resume dan penyediaan dokumen temuduga kerana kami yakin maklumat yang dikongsikan amat berguna kepada pelajar.


18 5.0 PENUTUP Program ‘Claim Your Path’ telah dilaksanakan di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu pada 12 Januari 2023. Walaupun dengan tempoh yang singkat, fasilitator-fasilitator dapat melaksanakan dengan jaya modul masing-masing. Modul-modul yang disediakan bukan sahaja tentang maklumat kerjaya, aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara langsung membantu meningkatkan dan membina jati diri para pelajar. Pemilihan kerjaya merupakan aspek yang amat penting dalam hidup seseorang. Pemilihan kerjaya yang betul akan membentuk individu yang berjaya dan menyumbang kepada sumber tenaga kepada negara sama ada individu normal atau orang kurang upaya. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa nisan. Bahkan juga, pelajar yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu mempunyai matlamat yang jelas sebagai motivasi untuk berjaya. Jika seorang pelajar mampu membina matlamat yang jelas dan bermaklumat, sudah pasti tindakan yang diambil oleh pelajar berkenaan akan dapat memotivasikan mereka berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka. Tegasnya, seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai kerjaya idamannya memerlukan hala tuju agar dapat mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk berjaya. Bermula dari Modul ice breaking, inventori personaliti warna, ‘career time line’ dan etika untuk menghadapai temuduga, para pelajar telah didedahkan dan diterapkan dengan nilai-nilai kerjasama dalam diri secara langsung. Memang tidak dapat dinafikan nilai-nilai ini memang wujud disekitar mereka dan boleh ditunjukkan oleh orang yang lebih dewasa kepada mereka. Para pelajar dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas beretika tinggi, hidup dalam semangat perpaduan dan berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan bijaksana. Diharapkan Program ‘Claim Your Path’ ini bukan hanya sekadar berkongsi tentang kerjaya, namun


19 dapat membentuk peribadi murid yang berkeyakinan dan tabah dalam mengatas segala rintangan dan cabaran hidup sudah pasti tindakan yang diambil oleh pelajar berkenaan akan dapat memotivasikan mereka berjaya dalam pendidikan dan kerjaya mereka. 6.0 PENGHARGAAN Bismillahirahmanirrahim serta selawat dan salam ke atas junjungan baginda Muhammad S.A.W. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpahan rahmat yang dikurniakan olehNya, kami dapat menyempurnakan tugasan bagi kursus COU5500 Pembangunan Kerjaya serta Program Berasaskan Modul ‘Claim Your Path’ ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih kami ucapkan khas buat pensyarah pembimbing kami iaitu Dr Jasmi bin Abu Talib dan Dr Kamarul bin Md Shah atas bimbingan dan komitmen memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga berjaya menghasilkan impak terbaik termasuk pengisian modul yang dibina sehinggalah kepada kejayaan pelaksanaan modul itu secara teori dan praktikal tepat pada masanya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami hulurkan buat Kolej Vokasional Wakaf Tembesu atas segala kerjasama yang dihulurkan termasuk juga komitmen pelajar-pelajarnya sepanjang program dijalankan. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan ini kami tujukan istimewa buat seluruh ahli keluarga kami yang sangat memahami dan sentiasa menjadi tulang


20 belakang dalam memberikan motivasi dan keyakinan agar kami terus bersemangat sehingga ke akhir proses ini. Kami juga turut merakamkan penghargaan buat rakan-rakan sekuliah yang turut berkongsi idea dan selaku pemudahcara dalam perbincangan penambahbaikan dan sebagainya. Mereka juga sentiasa memberikan sokongan dan dorongan padu kepada kami sejak mula hingga ke akhir proses menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, ucapan terima kasih kami dedikasikan buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang proses tugasan ini dijalankan. Segala kekurangan dan khilaf dari pihak kami semoga dapat diampunkan. Doa kami agar semua yang menggunakan Modul Claim Your Path berjaya mencapai hasrat dan impian anda. “Kejayaan Anda, Kebanggaan Kami, Kecemerlangan Negara Malaysia” Wassalam


Click to View FlipBook Version