The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 77ayu5632, 2023-02-01 10:11:48

MODUL CLAIM YOUR PATH

MODUL CLAIM YOUR PATH

ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT a) Sekapur Sireh 1 b) Visi dan Misi 2 c) Pengenalan Modul 3 d) Pengisian Modul 6-14 e) Lampiran 1 – Kertas Bingo 15 f) Lampiran 2 – Templet Career Timeline 16 g) Lampiran 3 – Inventori Personaliti Warna 17-21 h) Lampiran 4 – Tayangan Multimedia Penampilan Ketika Temuduga 22-23 i) Lampiran 5 – Templet Resume 24 j) Lampiran 7 – Borang Penilaian 25 k) Penutup 26


Sekapur Sireh Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah… Bismillahirrahmanirahim, kesyukuran yang tinggi kami panjatkan kepada ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kami diberi peluang untuk berhasil menyempurnakan modul “Claim Your Path” dalam tempoh masa ditetapkan dengan kerjasama semua ahli kumpulan kami sendiri. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing, Dr Jasmi Abu Talib yang tidak lekang menyelia kami bagi menghasilkan modul ini. Ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan juga rakan-rakan seperjuangan yang tidak tertulis nama mereka dalam coretan ini di atas idea-idea yang dikongsikan kepada kami bagi menghasilkan modul ini dengan jayanya. Dunia kerjaya hari ini telah berubah selaras dengan peredaran zaman dan pembangunan industri khususnya di Malaysia. Sama ada menerima atau tidak menerima seseorang pelajar itu haruslah mempersiapkan diri dengan perancangan kerjaya mereka agar mampu merancang hala tuju kerjaya mereka ketika melalui fasa alam kerjaya. Oleh itu, amat penting dorongan dan bimbingan kepada pelajar hari ini berkaitan perancangan kerjaya agar mereka mempunyai pendedahan dan mampu membuka minda mereka berkaitan persiapan diri sebelum memasuki alam kerjaya. Akhir kata, kami amat berharap agar modul “Claim Your Path” yang dibangunkan ini mampu digunakan sebaiknya oleh pelbagai pihak. Melalui pendekatan ini modul yang dibangunkan mampu membantu pelajar dalam mempersiapkan diri mereka menuju ke alam kerjaya. Kami percaya bahawa pendekatan yang diambil memberi pendedahan kepada pelajar alam kerjaya yang mereka akan ceburi.


VISI Memartabatkan modal insan yang cemerlang dan kompeten sebagai pelengkap alam kerjaya MISI Melahirkan modal insan yang cemerlang dan berkebolehan pasaran yang tinggi dari aspek perancangan perkembangan kerjaya, personaliti diri, dan kemahiran insaniah dalam diri seseorang individu.


PENGENALAN MODUL Modul Claim Your Path dibangunkan dengan tujuan untuk menjadi bahan rujukan dalam merancang perkembangan kerjaya melalui garis masa kerja. Selain itu, ianya juga diharap dapat meneroka personaliti seseorang melalui Inventori Personaliti Warna serta memberi pendedahan berkaitan kemahiran penulisan resume, susun atur sijil yang betul, dan penampilan yang sesuai bagi menghadiri temuduga. Modul ini juga menyediakan rujukan sesi simulasi temuduga sebagai persiapan lengkap yang menghadapi dunia pekerjaan. Slot Ice Breaking merupakan satu aktiviti aktif yang dijalankan dalam tempoh 5 hingga 10 minit. Peserta akan memenuhkan ruangan Lembaran BINGO dengan tanda tangan sekurang-kurangnya dua orang rakan peserta yang berkenaan dengan jenis bidang pekerjaan yang disenarai. Peserta dikira berjaya melengkapkan Lembaran BINGO apabila ruangan jenis bidang pekerjaan berjaya membentuk garisan bersambung empat kotak jenis bidang pekerjaan. Peserta terawal berjaya mendapatkan garisan BINGO hendaklah melapor kepada fasilitator dan akan diberikan ganjaran. Slot ini dijalankan bagi membantu peserta mengenali antara satu sama lain. Selain itu, ia turut mendedahkan peserta kepada beberapa jenis bidang pekerjaan yang terdapat di Malaysia disamping menghilangkan rasa malu untuk bertanya kepada rakan baharu perkara yang tidak mereka ketahui. Melalui slot ini juga para peserta akan dapat membentuk satu falsafah konkrit dalam diri mereka iaitu “Bersikap jujur dalam tugasan yang diberi” dan “Malu bertanya sesat jalan”. Career timelime adalah proses penilaian dan perancangan kendiri seseorang yang berterusan untuk mengembangkan jalan pekerjaan yang kuat dan berkaitan dengan objektif, aspirasi, dan bakat kerjayanya. Proses ini juga akan berterusan untuk memahami diri sendiri, mewujudkan objektif kerjaya, memperbaiki kemahiran, dan mencari kemungkinan pekerjaan yang sesuai dikenali sebagai proses. Sebelum anda mula mencari pekerjaan, buatlah senarai matlamat jangka panjang yang dapat dicapai yang menggariskan apa yang ingin anda lakukan dalam lima, sepuluh, lima belas, dua puluh tahun, dan seterusnya. Kemudian, di antara setiap peringkat, tentukan matlamat jangka pendek untuk memastikan anda mempunyai strategi yang jelas dan konkrit


untuk mencapai objektif jangka panjang anda. Anda boleh menggariskan matlamat anda dan menilai semula mereka semasa anda maju dengan Career timelime. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukiran ini telah dibina oleh Sidek et.al. (1997). Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Hanya 100 item yang benar-benar bermutu dan signifikan telah dimuatkan ke dalam borang akhir. Alat ukuran IPW mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam alat ukuran tersebut dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Alat ukuran IPW mempunyai empat skala iaitu yang mewakili personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Setiap warna yang diperolehi oleh individu mempunyai ciri-ciri dan interpretasi personaliti yang berbeza. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan, Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan institusi pemikiran, Biru melambangkan seseorang yang mementingkan institusi perasaan dan Jingga melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang mencabar. Akan tetapi, setiap keputusan yang diperolehi tidak bermaksud personaliti individu itu akan terus berkekalan kerana setiap personaliti akan sentiasa berubah mengikut kematangan intelektual, emosi dan sosial. Pengenalan personaliti diri memainkan peranan yang penting dalam pemilihan kerjaya individu untuk menyesuaikan diri dengan pekerjaan yang diperolehi serta tempat kerja yang telah ditetapkan. Melalui slot ini peserta akan dapat mengetahui bahawa setiap individu mempunyai sikap yang berbeza malah mempunyai banyak percanggahan pendapat di tempat kerja sebagaimana pepatah mengatakan “rambut sama hitam, hati lain-lain”. Ketika menghadiri sesuatu temuduga, penampilan adalah aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh calon. Ini kerana pandangan pertama penemuduga terhadap calon terutama menerusi cara berpakaian memberi satu persepsi buat penemuduga terhadap calon yang akan ditemuduga. Untuk menghadapi temuduga, calon perlu berpakaian kemas dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki kerana semua itu dinilai oleh pihak penemuduga. Ini kerana cara berpakaian akan mencermin anda yang sebenarnya. Kadang kala, job seekers kurang prihatin terhadap etika


pemakaian untuk ke temuduga. Penting untuk hadir ke temuduga dengan kod etika pemakaian yang betul, kemas dan bersih agar bakal majikan yakin dengan calon. Pemakaian merupakan tumpuan pertama para penemuduga melihat calon masuk ke bilik temuduga. Bak kata orang dress to impress bakal majikan dan sekaligus calon juga dapat menunjukkan keyakinan diri dengan berpakaian mengikut kod pemakaian yang betul dan kemas! Cara pemakaian dan penampilan menunjukkan tahap indvidu, dan merupakan salah satu perkara pertama yang orang akan lihat dan nilai.Pemakaian yang tidak sesuai dengan jawatan ataupun syarikat boleh memberikan rasa tidak selesa kepada penemuduga. Secara tidak langsung memberikan kesan kepada keputusan keseluruhan temuduga tersebut. Didalam modul ini, akan dinyatakan beberapa informasi, tips, dan panduan pemakaian untuk menghadapi temuduga. Selain daripada penampilan, penyediaan resume dan susun atur sijil juga merupakan elemen penting dalam menghadiri temuduga. Modul ini juga menyediakan panduan menulis resume dengan baik. Selain itu, terdapat juga garis panduan dalam menyusun atur dokumen dan sijil yang perlu dibawa Ketika menghadiri temuduga. Mock Interview ataupun simulasi sesi temuduga dilaksanakan bertujuaan untuk memberi pendedahan kepada peserta bagaimana sesi temuduga dijalankan. Peserta diberikan peluang menjalani sesi temuduga dalam slot ini. Peserta dikehendaki menyiapkan resume dan sijil terlbih dahulu sebelum menjalani simulasi sesi temuduga. Simulasi ini dilaksanakan di dalam dewan terbuka, dengan persediaan pegawai yang menjaga pendaftaran sebelum memasuki temuduga. Ruang menunggu giliran sementara dipanggil untuk di temuduga. Seterusnya peserta akan menghadapi temuduga yang dikendalikan oleh 2 orang fasilitator sebagai pegawai penemuduga. Setelah selesai beberapa orang peserta menjalani sesi simulasi temuduga, fasilitator akan membuat rumusan, teguran, dan penambahbaikan daripada setiap sesi temuduga yang dijalankan kepada semua peserta.


PENGISIAN MODUL SLOT : Ice Breaking TAJUK : Bingo METODOLOGI : Kumpulan Besar OBJEKTIF : 1. Mengenali peserta antara satu sama lain. : 2. Mendedahkan peserta kepada beberapa jenis bidang pekerjaan : 3. Menghilangkan rasa malu untuk bertanya kepada rakan baru. FALSAFAH :1.Bersikap jujur dalam tugasan yang diberi : 2.Malu bertanya sesat jalan LANGKAH / TEMPOH MASA SKOP AKTIVITI KEPERLUAN BAHAN CATATAN 30 minit Ice Breaking 1. Fasilitator memberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan. 2. Fasilitator mengedarkan lampiran Bingo kepada setiap peserta 3. Dalam tempoh masa 10 minit, peserta-peserta dikehendaki bertanya kepada rakan-rakan tentang bidang kerjaya yang sesuai dengan dirinya. 4. Sekiranya bidang kerjaya rakan tersebut bertepatan seperti dalam senarai, peserta minta rakan untuk tandatangan dalam petak berkenaan. 5. Selepas berjaya mendapat kesemua tandatangan (sekurang-kurangnya 2 tandatangan bagi setiap bidang kerjaya) yang 1. Pen / Pensel 2. Kertas Bingo


membentuk garis BINGO, peserta itu dikehendaki datang ke hadapan/pentas kemudian tepuk 3 kali sambil menyahut perkataan BINGO. 6. Selepas tempoh masa tamat, fasilitator akan menguji/menyemak kesahihan kertas BINGO peserta yang berada di hadapan/pentas. 7. Ganjaran akan diberi kepada peserta terawal melengkapkan kertas BINGO tadi. 8. Fasilitator membuat rumusan aktiviti.


SLOT : Career Timeline TAJUK : Career Timeline METODOLOGI : Latihan dalam kumpulan ( LDK ) OBJEKTIF : 1. Menggalakkan ahli berfikir serta merancang kerjaya masa depan mereka : 2. Membina matlamat hidup dan masa depan mengikut timelime/tangga kehidupan : 3. Menyedarkan ahli tentang rintangan, dugaan dan kekuatan yang perlu ditempuhi bagi ahli mencapai kerjaya FALSAFAH : Seseorang itu harus mempunyai matlamat hidup dan terus berusaha mencapai kerjaya yang diimpikan. Samada tercapai atau tidak itu bergantung pada ketentuan. Apa yang penting hala tuju mesti jelas dan berusaha mencapainya. Dan setiap perjalanan itu harus ingat ada rintangannya. Selalunya untuk mencapai sesuatu dalam hidup banyak rintangan yang dilalui digambarkan dengan jalan yang berliku. Jarang sekali seseorang akan melalui jalan yang lurus untuk mencapai sesuatu kejayaan. Orang yang berjaya melihat banyak perkara yang dilalui sebagai pengalaman yang berguna untuk melangkah dengan lebih gagah. Kita hanya merancang dan Allah itu sebaik-baik perancang. Jangan sesekali lupakan matlamat kita. LANGKAH / TEMPOH MASA SKOP AKTIVITI KEPERLUAN BAHAN CATATAN 30 minit 1. Ahli diminta menilai apa yang telah berlaku dalam hidup mereka pada masa lepas dan menjadikan pengalaman itu sebagai panduan. Ahli diminta melihat diri pada masa kini dan apakanh kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan dalam aspek kerjaya dalam kehidupan terkini 2. Ahli diminta mengeluarkan kertas dan melakar jalan dimulai dengan point A ke point-point seterusnya berdasarkan tangapan ahli 1. Pen 2. Templet Career Timeline


dari atas ke bawah. Garisan yang dibuat berdasarkan tafsiran ahli terhadap apa yang bakal dilalui sepanjang kehidupan mereka.(garisan seperti tangga) 3. Dalam kumpulan kecil (lebih kurang 5 orang) minta ahliahli berkongsi maklumat tentang kerjaya yang diimpikan mereka dan mengapa mereka membuat lakaran sedemikian terhadap perjalanan mereka. Setiap wakil kumpulan bercerita atau berkongsi lakaran tersebut kepada semua kumpulan. 4. Fasilitator membimbing perbincangan mereka dengan bertanyakan: (a)Berapa jauh kehadapan mereka merancang? Mengapa? (b)Ceritakan bagaimana ahli impikan kerjaya masa depan? (c) Rintangan yang bakal dihadapi? (d) Kekuatan yang ada bagi mencapai impian kerjaya?


SLOT : Let’s Dive In TAJUK : Kenali diri, Serlah Potensi METODOLOGI : Latihan dalam kumpulan ( LDK ) OBJEKTIF : 1. Mengukur ciri-ciri personaliti berdasarkan personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. : 2. Mengenal pasti bagaimana ciri-ciri personaliti individu itu saling berkaitan antara satu sama lain yang menyumbang kepada keseimbangan antara kehidupan dan kerja. : 3. Berkebolehan menilai kekuatan dan limitasi personaliti diri. FALSAFAH : Mengenali keistimewaan diri sendiri dan orang lain seperti berada di puncak bukit,harganya tidak ternilai. LANGKAH / TEMPOH MASA SKOP AKTIVITI KEPERLUAN BAHAN CATATAN Langkah 1 ( 5 minit ) Pengenalan 1. Pelajar akan dibahagikan kepada 5 kumpulan. 2. Setiap kumpulan terdiri daripada 8 orang ahli. 3. Fasilitator memberi penerangan aktiviti yang dijalankan 4. Fasilitator akan mengemukakan beberapa soalan umum yang berkaitan, Contohnya: •Apakah jenis personaliti diri kamu? •Adakah personality diri kamu akan mempengaruhi cara kerja kamu? tiada Catatkan sebanyak mungkin jawapan pada kertas yang diberi. Setiap perkara yang dicatatkan perlu dibincangkan bersamasama pelajar Langkah 2 (10 minit) Penerangan IPW 1. Fasilitator memaparkan slaid dan 1. LCD


memberi penerangan berkaitan Inventori Personaliti Warna (IPW) 2. Fasilatator menerangkan tentang kepentingan ujian IPW, tujuan ujian dijalankan dan cara menjawabnya. 2. Komputer Riba Langkah 3 (30 minit) Menjawab IPW 1. Fasilitator mengedarkan satu set soalan IPW serta kertas jawapan kepada pelajar. 2. Fasilitator mentadbir ujian dalam kelompok dalam tempoh masa 30 minit. 3. Pelajar dikehendaki menjawab semua soalan. Pelajar dibenarkan untuk bertanya dan mendapatkan bimbingan dari fasilitator 1. Pen / Pensel 2. Kertas A4 3. Inventori Personaliti Warana Soalan IPW mengandungi 100 item. Langkah 4 ( 30 minit ) Skor IPW 1. Fasilitator akan memaparkan slaid Stensil Pemarkahan IPW kepada pelajar. 2. Pelajar perlu membuat pengiraan skor dengan mengira jumlah skor” YA” sahaja secara mengikut lajur pada borang jawapan. 3. Fasilitator akan membimbing pelajar untuk pengiraan skor sendiri. Fasilitator


memastikan semua pelajar memahami cara pengiraan skor dilakukan. Langkah 5 (40 minit) Penaksiran IPW 1. Setelah selesai membuat pengiraan skor, fasilitator akan memaparkan slaid ciriciri personaliti mengikut warna. 2. Fasilitator membuat interpretasi Inventori Personaliti Warna berdasarkan warna yang diperolehi oleh peserta dalam kelompok 3. Fasilitator memberi penerangan ciri-ciri pelajar di tempat kerja berdasarkan personaliti warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. 4. Fasilitator meminta setiap ahli menulis kekuatan dan kelebihan diri pada kertas yang diberikan. 5. Setiap ahli diminta untuk membuat perkongsian tentang kelebihan dan kekuatan diri dalam kumpulan masingmasing. Langkah 6 (5 minit) Rumusan 1. Fasilitator membuat rumusan tentang aktiviti.


SLOT : Here’s to you TAJUK : Pesediaan menghadapi temuduga METODOLOGI : Kumpulan Besar dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) OBJEKTIF : 1. Memberi pendedahan teknik yang tepat dalam menyediakan resume dan susun atur sijil bagi menghadapi temuduga : 2. Memberi pendedahan penampilan yang sesuai untuk menghadiri sesi temuduga : 3. Memberi pengalaman menghadiri temuduga dengan mengadakan simulasi temuduga LANGKAH / TEMPOH MASA SKOP AKTIVITI KEPERLUAN BAHAN CATATAN Langkah 1 (30 minit) Penampilan Ketika Temuduga 1. Fasilitator memberi penerangan tentang etika penampilan untuk sesi temuduga melalui tayangan multimedia 2. Fasilitator memberi pendedahan tatacara penampilan yang betul semasa temuduga melalui tayangan multimedia 3. Fasilitator menunjukkan contoh tatacara penampilan/pemakaia n yang betul secara semasa temuduga secara langsung 4. Fasilitator memberi peluang kepada peserta untuk menanyakan soalan berkaitan skop dan kuiz dijalankan secara lisan 1. LCD 2. Komputer Riba Ceramah dan Tayangan multimedia Langkah 2 (30 minit) Penyediaan Resume 1. Peserta dikehendaki untuk mencari contoh1. Pen 2. Marker Pen


dan susun atur sijil contoh resume di dalam Internet 2. Fasilitator membantu peserta suai padankan resume yang sesuai dengan kerjaya yang dipilih 3. Fasilitator memberi penerangan isi kandungan yang perlu ada untuk menghasilkan resume yang baik 4. Peserta perlu menyiapkan resume masing-masing 5. Fasilitator membantu peserta menyediakan susun atur sijil yang betul 3. Kertas A4 4. Templete Resume Langkah 3 (60 minit) Mock Interview 1. Fasilitator menyediakan suasana sepertimana temuduga sebenar 2. Seorang fasilitator main peranan sebagai pegawai di kaunter pendaftaran temuduga 3. 2 orang fasilitator main peranan sebagai penemuduga 4. Setiap wakil dari kumpulan peserta akan menjalani proses simulasi temuduga 5. Setelah semuanya selesai rumusan dan penambahbaikan akan dibincangkan dalam kumpulan besar


Lampiran 1 - Kertas BINGO Membaiki Komputer Memerhati Orang Berlakon/Menyanyi Melukis Mekanikal Suka Membaca Novel Suka Mentadbir & Kepimpinan Berkawan Membuat/ Membaiki Perabot Bekerja Sendiri Suka Cabaran Menternak haiwan Menyusun data/maklumat Suka Menabung Ikut Arahan Suka Mengembara


LAMPIRAN 2 - TEMPLET CAREER TIMELINE 36- 40 TAHUN 31- 35 TAHUN 26 – 30 TAHUN 21- 25 TAHUN


LAMPIRAN 3 - INVENTORI PERSONALITI WARNA Inventori Personaliti Warna ini adalah inventori mengandungi 100 item yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Respons individu kepada item-item yang terkandung dalam alat ukuran ini dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Warna atau singkatannya IPW mempunyai 4 skala iaitu skala Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Alat ukuran ini telah dibina oleh Sidek et. al (1997), semasa pengendalian kursus Penilaian Dalam Kaunseling untuk pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia, Terengganu. Inventori Personaliti Warna adalah satu alat ukuran yang dibina bertujuan untuk mengukur atau mengenal pasti ciri-ciri personaliti berasaskan personaliti warna iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Pentadbiran Inventori Personaliti Warna – IPW, walaupun masa untuk mengambil ujian ini tidak ditetapkan, namun sebagai panduan ujian ini perlu diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ditadbirkan dalam bilik yang selesa, lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Selain itu, segala arahan yang disediakan di dalam borang soalan perlu diikuti dan dipatuhi oleh calon yang mengambil ujian. Pengiraan Skor dan Pembentukan Profil Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian personaliti perlu dibuat dengan teliti dan hati-hati. Untuk itu, sila rujuk cara pengiraan skor seperti yang terkandung Stensil Pemarkahan IPW. BIL ITEM YA TIDAK 1. Saya cepat menyelesaikan diri dengan situasi baru. 2. Saya lebih tua dari umur sebenar saya daripada segi pemikiran 3. Saya mudah mesra bila berhubung dengan orang lain 4. Saya adalah dalam golongan orang yang pandai 5. Saya amat selesa dengan pengekalan cara hidup tradisi 6. Saya bersemangat mengikuti subjek yang merangsang minda 7. Saya suka kelihatan berbeza daripada orang lain 8. Saya isikan masa lapang dengan aktiviti luar yang menyeronokkan 9. Saya sangat menghargai kehidupan berkeluarga


10. Saya sentiasa membaca untuk menambah ilmu pengetahuan 11. Saya suka menunjukkan keperibadian saya sebenar dalam semua keadaan. 12. Saya suka bergaul dengan semua orang 13. Saya akan melakukan segala kerja secara bersistematik 14. Saya sering bertanya guru mengenai persoalan yang mengganggu minda saya. 15. Saya selalu memberi dorongan kepada orang lain untuk melakukan sesuatu pekerjaan 16. Saya tidak gentar dengan sebarang cabaran 17. Saya selesa menghormati pihak berkuasa 18. Guru merupakan orang yang sangat saya hormati 19. Saya senang berinteraksi dengan orang lain 20. Saya seorang yang suka aktiviti perkhemahan 21. Saya mempunyai emosi yang stabil 22. Saya berminat untuk meneroka semua bidang 23. Saya cenderung memilih pekerjaan dalam bidang pendidikan 24. Persaingan adalah baik bagi saya 25. Saya sentiasa patuh kepada peraturan walau di mana saya berada 26. Saya seorang yang sabar 27. Saya amat sesuai melibatkan diri dalam aktiviti menolong orang lain. 28. Saya sukakan perkara yang berbentuk amali daripada teori 29. Saya amat menghargai masa. 30. Saya suka menganalisis diri sendiri dan orang lain 31. Saya lebih suka melibatkan diri dalam pekerjaan yang ada unsu-runsur kesenian 32. Saya selalu menimbulkan suasana keceriaan ketika tegang 33. Saya sanggup bekerja keras untuk kepentingan organisasi. 34. Saya akan berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna 35. Saya berkebolehan untuk menyelami perasaan orang 36. Saya selalu memberikan gerakbalas yang spontan dalam setiap tindakan. 37. Saya selesa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan 38. Saya suka membincangkan falsafah tentang sesuatu perkara 39. Saya memiliki ciri-ciri seorang pengasuh 40. Saya suka kepada sesuatu yang luar biasa dan mencabar 41. Saya seorang yang suka berjimat cermat 42. Saya sering meminta penjelasan tentang sesuatu persoalan 43. Saya percaya setiap orang mempunyai harga diri.


44. Saya sukakan aktiviti yang berbahaya tetapi menyeronokkan 45. Saya tidak suka berpakaian selekeh 46. Saya suka kepada perkara yang memerlukan aktiviti penyelidikan. 47. Saya lebih bermotivasi sekiranya diberi dorongan 48. Saya seorang yang kelakar 49. Saya sering kali bersifat konkrit 50. Saya gemar membahaskan sesuatu teori 51. Saya tidak berminat dengan aktiviti yang melibatkan persaingan 52. Saya tidak suka pelajaran yang memerlukan pembacaan yang banyak. 53. Saya seorang yang bertanggungjawab. 54. Saya mempunyai prinsip hidup yang jelas 55. Saya mahu mendapat kepujian daripada orang lain di atas setiap kejayaan saya. 56. Saya suka aktiviti ko-kurikulum yang lasak 57. Saya bersifat keibubapaan 58. Saya cenderung untuk merekacipta sesuatu yang baru 59. Keadaan perbalahan selalu mengganggu emosi saya 60. Saya bosan dengan kerja berstruktur 61. Saya seorang yang mementingkan keharmonian 62. Saya berkebolehan menjalankan sesuatu tugas dengan sempurna. 63. Saya seorang pendengar yang baik 64. Saya bosan dengan kerja-kerja yang rigid 65. Saya seorang yang amanah 66. Saya sentiasa bersifat ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu 67. Adakah anda seorang yang mudah menyayangi orang lain 68. Saya bosan dengan kerja yang rutin 69. Saya sentiasa bersedia untuk melakukan sesuatu kerja 70. Saya adalah seorang yang tenang 71. Sekali sekala saya mudah terasa apabila orang lain bercakap mengenai diri saya. 72. Saya puas hati dengan kerja yang melibatkan kebebasan 73. Saya selalunya dapat membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. 74. Saya berminat menyertai pertandingan yang mencabar minda. 75. Saya tidak gemar menonton cerita yang berunsur keganasan 76. Saya puas hati dengan kerja yang dapat menggunakan koordinasi fizikal 77. Saya berpuas hati kerana dapat menolong seseorang yang


memerlukan pertolongan. 78 Bagi saya kerja itu adalah suatu permainan. 79. Saya mudah rasa bersalah apabila tidak mematuhi nasihat ibu bapa. 80. Saya puas hati dengan kerja yang menggunakan alatan. 81. Saya selalu memastikan kestabilan dalam suasana pekerjaan 82. Saya seorang yang sangat menyukai tugas yang mencabar. 83. Saya mudah memaafkan kesalahan orang lain. 84. Saya seorang yang performer semula jadi 85. Saya seorang yang teliti dalam membuat sesuatu pekerjaan. 86. Saya suka merekacipta sesuatu model. 87. Saya mudah simpati kepada seseorang walaupun ternyata dia bersalah. 88. Saya tidak suka dikongkong 89. Saya sentiasa bersifat wajar dalam membuat sebarang keputusan. 90. Saya lebih suka meneroka idea-idea baru 91. Saya suka meniru gaya orang lain. 92. Saya tidak suka kepada peraturan. 93. Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan yang memerlukan perincian. 94. Saya berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti berbentuk ilmiah 95. Zaman persekolahan saya begitu membosankan kerana terpaksa mengikut peraturan. 96. Pekerjaan tanpa jadual sangat menarik minat saya. 97. Saya mahir menyusun atur tempat kerja. 98. Saya akan beralih ke projek yang baru setelah menyelesaikan tugas yang lama. 99. Saya suka berkhayal tentang masa hadapan. 100. Saya suka melakukan kerja tanpa tekanan


SOAL SELIDIK PERSONALITI Borang Jawapan IPW Arahan: Soal selidik ini mempunyai 100 item. Bulatkan pilihan (Y) sekiranya anda merasakan item berkenaan selesa atau bersesuaian atau bertepatan dengan diri anda dan bulatkan pilihan (T) jika sebaliknya berdasarkan item inventori personality warna seperti di atas. EMAS HIJAU BIRU MEARH 1 5 9 13 17 21 25 29 33 37 41 45 49 53 57 61 65 69 73 77 81 85 89 93 97 Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T 2 6 10 14 18 22 26 30 34 38 42 46 50 54 58 62 66 70 74 78 82 86 90 94 98 Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T 3 7 11 15 19 23 27 31 35 39 43 47 51 55 59 63 67 71 75 79 83 87 91 95 99 Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T 4 8 12 16 20 24 28 32 36 40 44 48 52 56 60 64 68 72 76 80 84 88 92 96 100 Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y Y T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T T


LAMPIRAN 4 - TAYANGAN MULTIMEDIA PENAMPILAN KETIKA TEMUDUGA


PERSONAL PARTICULAR Email: [email protected] H/P: +601138140763 Address: No 1 Jalan Akuatik 13/64, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Birthday: 29 February 1992 Age: 26 Year old Marital Status: Single Sex: Female Nationality: Malaysian AFRIANA ADRIANA Dec 2018 – Current Supervisor Business Improvement & Special Project Petronas Dagangan Berhad WP Kuala Lumpur Work Description LANGUAGE Malay English Mandarin Seeking a position to explore career options for future. A hard-working and self-motivated. To apply and enhance my knowledge and skills where I can contribute the best of my skills that necessary for the growth of the university. The most active co-operator award. 100% Student attendance award. Best student character award. The Best Cooperative Board Member award. Champion of “Mendeklamasikan Sajak” The most active co-operator award. 100% Student attendance award. OBJECTIVE CAREER EDUCATION 2018 – Current Bachelor of Business Administration with Honors Open University Malaysia (OUM) CGPA: 3.87 g 2013 - 2016 Diploma in Co-operative management Co-operative College of Malaysia (MKM) CGPA: 3.46 2008 - 2012 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) SMK Pandamaran Jaya Result: 8A JOB EXPERIENCES Dec 2018 – Current Supervisor Business Improvement & Special Project Petronas Dagangan Berhad WP Kuala Lumpur Work Description Executed and monitored fabrication and installation of piping (Glass Reinforced Venyl Ester (GRVE) pipe) as per project requirement. Prepared daily progress report and report directly to Construction Manager / Project Manager. AWARD & ACHIVEMENTS


LAMPIRAN 7 – BORANG PENILAIN BORANG PENILAIAN PROGRAM KERJAYA ‘CLAIM YOUR PATH’ KOLEJ VOKASIONAL WAKAF TEMBESU GRED SKOR Sangat Tidak Setuju 1 Tidak Setuju 2 Kurang setuju 3 Setuju 4 Sangat Setuju 5


Sila maklumkan pandangan anda terhadap program yang anda telah ikuti ini dengan menanda (/) pada ruangan yang sesuai di bawah berpandukan kepada skor di atas. Bil Item 1 2 3 4 5 KANDUNGAN PROGRAM 1 Objektif program 2 Pelaksanaan dan perancangan program telah dibuat dengan lancar 3 Masa yang diperuntukkan oleh setiap slot adalah sesuai PELAKSANAAN PROGRAM 4 SLOT 1 5 SLOT 2 6 SLOT 3 KEBERKESANAN PROGRAM TERHADAP PESERTA 7 Peningkatan pengetahuan/pemahaman berbanding sebelum ini 8 Lebih berpengetahuan melaksanakan tugas yang berkaitan/ mengaplikasi apa yang dipelajari berbanding sebelum ini 9 Pada keseluruhannya program ini berjaya dan bermanfaat Ulasan peserta: PENUTUP Besarlah harapan agar Modul Claim Your Path ini berjaya dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja dalam usaha memperoleh kerjaya yang dihajati. Diharapkan juga melalui penggunaan modul ini dapat menyediakan seseorang individu yang bersedia dan berkeyakinan tinggi menuju alam pekerjaan. Disamping itu, individu yang mengaplikasikan modul ini juga diharapkan agar diberi kekuatan dan berjaya membentuk personaliti serta kualiti diri yang yang cemerlang. Modul ini turut diharap mampu memberi bekalan bersama anda sepanjang kehidupan ini. Walau apa pun laluan yang anda pilih, diharap ianya membuahkan hasil yang dihajati dan semoga pilihan anda ini terus cemerlang. Anda adalah refleksi kami. Dunia luar juga pasti menilai kami berdasarkan anda. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda.


TAHNIAH & SELAMAT BERJAYA.


Click to View FlipBook Version