DHOTI merupakan pakaian untuk
kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat
daripada kain yang berwarna putih.
Kain putih itu dililit di bahagian
pinggang dan diikat pada celah
paha dan kemudian disangkutkan
pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil
supaya kelihatan menarik. Ada juga
dhoti yang berwarna kuning
berjalur. Pakaian ini banyak di
pakai oleh golongan ceti.
Pakaian Tradisonal
Lelaki
KURTA merupakan pakaian tradisional
bagi lelaki kaum India. Kurta
merupakan kemeja panjang yang
sampai ke lutut yang diperbuat
daripada kain kapas atau lime dan
sutera.Kurta selalunya dipadankan
dengan salwar longgar,seluar longgar
atau seluar churidar.Kurta selalunya
dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti
perkahwinan. Kurta juga boleh dipakai
dengan dhoti
SARI merupakan pakaian
tradisional India yang mudah
dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga
6 ela panjang dipadankan dengan
kain dalam yang berwarna
seakan-akan kain sari tersebut,
serta choli yang berwarna sama
atau setentang dengannya. Kain
sari ini dililit pada badan dengan
bahagian hujungnya yang
bersulam dengan cara tersendiri
mengikut adat. Kain dalam
dipakai di atas atau di bawah
pusat dan berfungsi menyokong
kain sari tersebut dari terlucut.
Pakaian Tradisional
Perempuan
Pakaian SALWAR KAMEEZ
atau Punjabi adalah popular
dalam kalangan kaum wanita
India.Punjabi terdiri daripada
blaus yang panjang dengar
seluar yang panjang yang
longgar serta tudung yang
sesuai dengan warna punjabi
itu.Wanita India gemar
memakai dupatta di bahu
mereka ketika memakai
salwar kameez.
Pakaian semasa perayaan
Deepavali
JIPPA DHORTI
HALF SAREE