The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zetllyejiwon, 2022-07-13 12:17:41

HMV3033_FA ZETLLYE JIWON D20191089388

HMV3033 FA_ZETLLYE JIWON D20191089388

UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

(UUKA)

ISI KANDUNGAN

Bil Tajuk Muka
surat
1 Pengenalan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa 1

2 Peraturan asas dalam undang-undang 2
kemanusiaan
Antarabangsa

3 Kepentingan pengekalan undang-undang 3
kemanusiaan
antarabangsa

4 Pihak yang dilindungi oleh UUKA 4

5 Kesan pengabaian undang-undang 5
kemanusiaan antarabangsa

6 Aktiviti pengukuhan 1 (Think,Pair and 6
Share)

7 Aktiviti pengukuhan 2 ( Penulisan dan 7
pentaksiran)

8 Aktiviti pengukuhan 3 (Q BOX) 8

9 Nilai moral terkandung dalam undang- 9
undang kemanusiaan anatarabangsa

10 Rujukan 10

i

PENGENALAN UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) adalah satu badan peraturan yang
mengenakan had terhadap penggunaan
senjata dan kaedah peperangan. Ia

melindungi mereka yang tidak terlibat dalam
perang atau tidak lagi mengambil bahagian
dalam pertempuran. UUKA bertujuan untuk

melindungi maruah manusia dan
menghadkan penderitaan semasa
peperangan. Ianya juga dikenali sebagai
undang-undang peperangan atau undang-

undang konflik bersenjata.

 UUKA hanya diguna pakai semasa berlakunya konflik
bersenjata.

 UUKA bertujuan untuk melindungi setiap individu
daripada aspek integriti moral dan fizikal serta maruah.

 UUKA mengandungi banyak peraturan khusus seperti
peraturan berkaitan cara dan kaedah pertempuran.

1

PERATURAN ASAS DALAM
UNDANG-UNDANG

KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

 Layanan Kemanusiaan
Pihak yang bukan atau tidak lagi terlibat dalam pertelingkahan seperti
mereka yang cedera atau tawanan perang dan orang awam mesti
diberi layanan kemanusiaan tanpa diskriminasi terhadap bangsa,
agama, jantina atau pun pendapat/ pandangan mereka.

 Perlindungan
Pihak yang cedera dan sakit mestilah dikumpul dan diberi layanan
sewajarnya. Petugas perubatan, hospital dan klinik harus dihormati.
Individu dan kemudian yang dilindungi oleh lambang palang merah,
bulan sabit merah atau kristal merah tidak boleh diserang.

 Jaminan Perundangan
Setiap individu berhak mendapat jaminan asas perundangan. Tiada
siapa pun boleh didera secara fizikal atau mental atau diberi layanan
yang kejam dan penghinaan.

 Bantuan
Mangsa konflik berhak menerima bantuan makanan, air bersih dan
bantuan keperluan asas yang lain bagi meneruskan kehidupan mereka.

 Pembatasan Cara Dan Kaedah Berperang
Hak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengunapakai cara (senjata) dan
kaedah (contohnya taktik perang) bagi mencederakan musuh adalah
terbatas terutama yang mengakibatkan kecederaan yang tidak wajar,
kecederaan yang melampau atau yang dilakukan secara rambang.

2

Masyarakat Pertumbuhan kanak-
berasa selamat kanak terjamin

 Nyawa manusia  Kanak-kanak
dilindungi diberikan

 Rakyat bebas perlindungan dengan
bergerak ke mana- baik
mana bersahaja
dengan aman  Peluang pendidikan
yang teratur
Hubungan
diplomatik sentiasa KEPENTINGAN
PENGEKALAN
terbela
UNDANG-
 Hubungan dengan UNDANG
negara jiran semakin KEMANUSIAAN
kukuh. ANTARABANGSA

 Sokongan dari pelbagai Pengekalan
aspek seperti perubatan, warisan budaya
ekonomi, sosial, dan ketamadunan
perubatan dan
 Warisan budaya dan
sebagainya. peninggalan sejarah
dapat dikekalkan
sepanjnag hayat.

 Generasi baharu dapat
mempelajari dan

mewarisi budaya dan
warisan

3

Info UUKA melindungi mereka yang tidak
Tambahan mengambil bahagian dalam pertempuran,
contohnya seperti:

PIHAK YANG DILINDUNGI OLEH UUKA

 Orang awam

 Anggota perubatan dan kor agama angkatan
tentera

 Mereka yang tidak lagi terlibat di dalam
pertempuran, contohnya penempur yang
cedera, karam atau sakit

 Tawanan perang dan
terdapat juga peraturan-peraturan khas yang
melindungi wanita dan kanak-kanak yang
selalunya mudah menjadi mangsa semasa

peperangan.

4

Kesan pengabaian undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

Kemusnahan alam
sekitar

Spesies flora dan fauna
terancam kerana tiadanya
undang-undang dan juga

pengawasan daripada
pihak berkuasa.

Kecederaan dan Kemelesetan
kehilangan ekonomi

anggota badan Tiadanya hubungan
ekonomi dijalinkan
Berlaku disebabkan serta aliran masuk
pertumpahan darah
sehingga ramai yang wang juga tidak
berlaku.
mengalami kecacatan.

Konflik Keruntuhan
berterusan Institusi Keluarga

Keamanan dan Tiadanya
kesejahteraan negara pengaplikasian nilai

tidak aman damai murni dalam diri
kerana peperangan sehinggakan keluarga

sentiasa berlaku mementingkan diri
sendiri sahaja.

Krisis kemanusiaan antarabangsa timbul apabila berlakunya peperangan
di suatu tempat atau antara negara dengan negara lain. Oleh itu, setiap
individu berperanan untuk menyuarakan pendapat tentang konflik
yang berlaku melalui saluran yang betul.

Contoh saluran menyalurkan pendapat:
 Membuat laporan kepada pihak berkuasa.
 Membuat bantahan secara rasmi kepada pihak yang berkenaan.

5

AKTIVITI PENGUKUHAN
Think Pair, and Share

Dalam kumpulan, bincangkan mengenai gambar tersebut dan
jawab semua soalan berikut:
1. Apa yang anda faham dari gambar tersebut?
2. Apa perasaan anda apabila melihat gambar ini dan jelaskan?
3. Adakah Isu dalam gambar tersebut benar atau sebaliknya dan
jika perkara tersebut benar sila jelaskan?
4. Apakah kesan perbuatan tersebut terhadap masyarakat di Malaysia?

6

Penulisan dan Pentafsiran

‘Tanggungjawab Terhadap Maruah Manusia’

Penulis Rusia Dostoevsky telah menulis seperti berikut:
Kita semua bertanggungjawab kepada sesama sendiri.

Apabila ditanya mengapa dia mengambil risiko terhadap
nyawanya sendiri untuk menyelamatkan seseorang daripada diseksa,
seorang pemuda menjawab seperti berikut:
Bapa saya pernah berkata bahawa dunia ini seperti suatu rantai yang besar.
Jika satu bahagian terputus maka rantai akan putus dan tidak berguna lagi.

Bincangkan salah satu daripada kata-kata yang tertera di atas:
1. Apakah maksud kenyataan ini? Adakah anda bersetuju
dengannya? Jelaskan kenapa ya atau tidak.
2. Bagaimanakah semangat kenyataan ini boleh diaplikasi
kepada konflik bersenjata?
3. Adakah anda tahu tentang kata-kata lain atau peribahasa yang
menggambarkan semangat yang sama?

7

AKTIVITI Q BOX

Satu kotak soalan disediakan. Di dalamnya ada beberapa
soalan pengetahuan am yang berkaitan dengan topik
yang diajar. Murid cabut satu soalan dan mereka perlu
menjawab atau mencari soalan dariapda internet atau
ensiklopedia.

8

NILAI MORAL TERKANDUNG DALAM UNDANG-
UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

Hormat
• Memandang tinggi terhadap negara jiran ataupun hubungan

diplomatik yang telah terjalin dengan memberikan layanan yang
penuh sopan dan juga berhemah agar kesejahteraan bersama dapat

dicapai.

Rasional
• Mampu berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat

mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar dengan tidak
sesekali melakukan perkara yang boleh mendatangkan konflik antara negara

dari pelbagai aspek.

Kebebasan
• Kebebasan melakukan sesuatu perkara tetapi tertakluk kepada peraturan dan

undang-undang yang telah ditetapkan bagi menghindari daripada sebarang
perselisihan dan kesalahfahaman antara negara dan juga manusia.

Bertanggungjawab
• Masyarakat global mampu mempraktikkan dan sanggup memikul dan

melaksanakan tugas dengan sempurna dengan meengikuti undang-undang
dan juga peraturan kemanusiaan anatarabangsa bagi memastikan

keharmonian dan keamanan negara dapat dikekalkan sepanjang hayat

Keberanian
• Kesanggupan warga global untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan

tabah dalam mempertahankan nama baik negara dan juga hubungan
diplomatikn negara dengan berani membuat laporan berkaitan kes pencabulan

undang-undang kemanusiaan antarabangsa dinegara yang berkonflik.

9

RUJUKAN

Introduction to the law of armed conflict (LOAC) - geneva call. Undang-
undang Kemanusiaan Antarabangsa. (2013, May). Retrieved July 13, 2022,
from https://www.genevacall.org/wp-
content/uploads/dlm_uploads/2013/11/The-Law-of-Armed-Conflict.pdf

Konvensyen Geneva - Sejarah - Topik.
ms.royalmarinescadetsportsmouth.co.uk. (n.d.).
Retrieved July 13, 2022, from
https://ms.royalmarinescadetsportsmouth.co.uk/geneva-convention

Nasrin. N, et.al, (2017) Undang-Undang kemanusiaan antarabangsa dan
perang terhadap keganasan: suatu tinjauan kritikal. Geografia : Malaysian
Journal of Society and Space, 13 (4). pp. 106-116. ISSN 2180-2491 from
http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1049

sediaberkorban79. (2013, May 3). Undang-Undang Kemanusiaan

Antarabangsa (UUKA). Sedia Berkorban! Retrieved July 13, 2022, from

https://sediaberkorban.wordpress.com/2013/05/02/undang-undang-

kemanusiaan-antarabangsa/

www.icrc.org

www.icc-cpi.int

10

KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN
ANTARABANGSA
(HMV3033)

PENTAKSIRAN AKHIR

NAMA ZETLLYE JIWON
NO.MATRIK
D20191089388
JABATAN
JABATAN PENGAJIAN MORAL,
FAKULTI SIVIK DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN KULIAH KARAKTER

PENSYARAH FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

MASA & HARI KULIAH KUMPULAN A
SEMESTER SEMASA
DR.MARSHELAYANTI BINTI
MOHAMAD RAZALI

ISNIN ( 08:00AM – 10:00 AM)

SEMESTER 6 SESI 2022/2023


Click to View FlipBook Version