Panduan dan idea pembacaan /
penceritaan :
Permulaan cerita – merangsang pengetahuan
sedia ada murid.
• Namakan haiwan-haiwan yang dilihat di dalam gambar.
• Ceritakan pengalaman tentang haiwan yang pernah dilihat.
* Pasak : maklumat data, Bahasa, komunikasi, kognitif
Panduan dan idea pembacaan / penceritaan :
Berkenalan dengan watak cerita – mengenal
pasti idea utama.
• Menggalakkan kanak-kanak menceritakan apa yang dilihat
• Namakan haiwan ikut pengkelasan :
• Haiwan liar
• Haiwan jinak
• Burung
• Serangga
• nyatakan kenapa haiwan tersebut mengikut kategori yang dinyatakan.
* Pasak : Bahasa dan komunikasi, maklumat data, komunikasi, kognitif, sains dan teknologi
Pengembaraan Wafi
Panduan dan idea pembacaan / penceritaan :
Meramal Tindakan dalam Cerita
• Bagaimana cara untuk masuk ke zoo.
• Tindakan berhemah semasa membeli tiket.
• Kenapa perlu bayar tiket.
• beli makanan haiwan
* Pasak :kognitif, maklumat data, insan ihsan, kognitif, kinestetik
Panduan dan idea pembacaan / penceritaan :
Membaca dan memberi maklum balas.
• Baca dan faham carta tiket yang ditunjukkan.
• Baca dengan suara yang perlahan (secara sendiri).
• Baca dengan suara yang kuat (secara sendiri).
* murid yang tidak membaca boleh mengulang bacaan rakan-rakan.
* Sebut semula harga tiket tanpa melihat carta tiket.
* Terangkan cara membeli tiket.
* Nilai dan baki wang
• Bandingkan harga tiket antara kanak-kanak dan dewasa.
• Nyatakan sebab perbezaan.
* Pasak : Bahasa, komunikasi, kognitif, maklumat data
Panduan dan idea pembacaan / penceritaan :
Membaca dan memberi maklum balas.
• Nyatakan nama habitat bagi haiwan berikut: (contoh, arnab, kucing,
harimau, monyet)
• Jika haiwan sakit siapakah yang merawat?
• Bagaimana cara kita menunjukkan rasa kasih sayang kepada haiwan
• Tunjukkan cara haiwan bergerak
• Nyatakan haiwan bersaiz besar dan kecil.
• Susun haiwan tersebut mengikut saiz.
*pasak : Insan ihsan, kognitif, bahasa
Panduan dan idea pembacaan / penceritaan :
Mereflek cerita dan tindakan
• Menceritakan pergerakan pengembaraan dari awal sehingga akhir.
• Melukis peta pergerakan semasa pengembaraan di zoo.
• Melaksanakan simulasi :
- berdasar situasi
- pergerakan haiwan
* Pasak : kognitif, maklumat data, kinestetik, estetika