The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamariah.abdullah1979, 2021-07-23 05:38:04

Land of Paint

Land of Paint

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
PROGRAM AKTIVITI PAINTBALL PELAJAR KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI

ISKANDAR “ LAND OF PAINT ”
ANJURAN

KELAB DIPLOMA IN MARKETING (DMK)

1. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini bertujuan mendapatkan pertimbangan dan kelulusan Pengarah
KPM Seri Iskandar bagi menganjurkan program Land of Paint dengan peruntukan
sebanyak RM2700.00 (Dua Ribu Tujuh Ratus Ringgit Malaysia sahaja)

2. LATAR BELAKANG

2.1 Paintball adalah merupakan sukan lasak yang mula diperkenalkan pada tahun
80-an dan kini sudah dimainkan di lebih 140 buah negara di seluruh dunia
dan merupakan antara sukan lasak yang paling popular.

2.2 Sukan ini menggabungkan elemen keseronokan dan strategi. Permainan ini
boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan jantina.
Permainan ini memerlukan seseorang itu memakai body protect untuk alat
melindungi bahagian dada dan goggle untuk melindungi bahagian wajah

3. OBJEKTIF
Program ini bertujuan seperti berikut:

3.1 Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mendidik pelajar Kolej
Profesional MARA Seri Iskandar (KPMSI) tentang pentingnya untuk memupuk
semangat kerjasama antara satu sama lain dan secara tidak langsung dapat
mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

3.2 Sehubungan dengan itu, program ini mampu memupuk pelajar dalam membina
semangat kompetitif dan keinginan untuk memperolehi pengalaman dalam
aktiviti lasak

3.3 Program ini dapat membina karaktor, daya kepimpinan dan keyakinan diri.
Selain itu, permainan in meransang moral dan meningkatkan semangat setia
kawan yang dapat membina dinamika kumpulan.

3.4 Melalui aktiviti paintball ini faedah yang boleh diperolehi ialah :
 Memupuk kejujuran
 Membina kekuatan fizikal dan mental
 Melatih diri untuk sentiasa bersedia menghadapi cabaran
 Mengalakkan pengekalan tahap kecergasan yang tinggi
 Membina semangat kerjasama dalam pasukan
 Memerlukan kepantasan berfikir dalam keadaan tertekan

4. JUSTIFIKASI
Program ini diadakan atas sebab-sebab seperti berikut:

4.1 Program ini, mampu mengeratkan silaturrahim antara pelajar-pelajar semasa
bermain permainan paintball kerana aktiviti sukan ini memerlukan semangat
kerjasama antara rakan sepasukan.

4.2 Program ini dapat menarik minat pelajar untuk menceburi aktiviti sukan lasak
dan memberi pendedahan kepada pelajar tentang peraturan aktiviti paintball.
Aktiviti ini menggabungkan elemen keseronokan dan strategi yang boleh
memberi berbagai faedah kepada mereka yang menyertainya

5. CADANGAN PELAKSANAAN

5.1 Kumpulan sasaran
Anggaran sebanyak 49 orang pelajar Diploma in Marketing.

5.2 Cadangan masa program diadakan pada:

Tarikh : 23hb Jun 2019, Ahad
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Seri Iskandar Paintball

5.3 Tentatif program (seperti di Lampiran A)

5.4 Senarai Ahli Jawatankuasa (seperti di Lampiran B)

6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Anggaran kos perbelanjaan bagi permohonan ini adalah sebanyak RM 2700.00
(Ringgit Malaysia : Dua Ribu Tujuh Ratus Sahaja (seperti di Lampiran C).

6.2 Punca kewangan adalah seperti berikut :
a) Permohonan penggunaan duit ASK sebanyak RM495
b) Yuran penyertaan daripada peserta sebanyak RM2205

7. PENUTUP
Adalah dengan ini dikemukakan kertas kerja ini kepada pihak pengurusan untuk
mendapatkan pertimbangan dengan sewajarnya. Segala kerjasama dan bantuan yang
dihulurkan didahalui dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga diharapkan dengan
kelulusan ini, ia akan dapat menyuntik semangat kerja yang lebih tinggi terhadap pelajar
KPM Seri Iskandar.

8. Disediakan oleh : ………………………………………..
ADLIL FITRI BIN MOHD SAIFFUL JASMAN
Pengarah Program Land of Paint
Kelab Diploma in Marketing (DMK)

Kolej Professional MARA Seri Iskandar

Tarikh:

9. Disemak oleh : ………………………………………..
NORAZURA BINTI MISRAN
Penasihat Biro Sukan & Kerohanian
Kelab Diploma in Marketing (DMK)
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

Tarikh :

Disahkan oleh : ………………………………………..
Tarikh : JUN JUHAIZI BINTI JUHARI
Koordinator Program
Kelab Diploma in Marketing (DMK)
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

10. ULASAN TIMBALAN PENGARAH (HEP) KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI
ISKANDAR
Ulasan :

Disokong oleh : ……………………………………..
Tarikh : ABDUL BIELAL BIN RAFAR
Timbalan Pengarah (HEP)
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar

11. KELULUSAN PENGARAH KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR, PERAK

Program “Land of Paint” di Seri Iskandar Paintball ini dengan anggaran kos
pelaksanaan sejumlah RM 2700.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Tujuh Ratus
Sahaja) adalah :

Diluluskan Tidak Diluluskan

.…………………………………
ASLINA ASMONI
Pengarah
Kolej Profesional MARA Seri Iskandar, Perak
Tarikh :

LAMPIRAN A
Tentatif Program

TARIKH MASA PERKARA
08:00 pagi Berkumpul di kafateria
23 JUN 2019 08:30 pagi Bertolak dari Kolej Profesional MARA Seri Iskandar
(AHAD) 08:45 pagi Tiba di Seri Iskandar Paintball
09:00 pagi Aktiviti paintball bermula
12:00 tghari Aktiviti paintball tamat
12:30 tghari Makan tengah hari dan sesi penyampaian hadiah
1:00 petang Bergerak pulang ke kolej

* Tempahan Bas Kolej untuk Peserta

LAMPIRAN B
Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa Induk :

Penasihat Program : Puan Jun Juhaizi Binti Juhari
: Puan Norazura Binti Misran
Pengarah Program : Encik Ahmad Shahriman Bin Ahamad Tekmezi
Penolong Pengarah Program : Adlil Fitri Bin Mohd Saifful Jasman
Setiausaha : Aqiff Iqmal Hakeem Bin Mohd Fadhil
Bendahari : Nur Yasmin Binti Ahmad Yunus
: Nurul Izzati Aini Binti Affendi

Ahli Jawatankuasa Pelaksana :

Makanan : Muhammad Haziq Hairi Bin Hairul
Hadiah : Wan Sarah Sofea Binti Wan Shamshudi
Permainan & Keselamatan : Atiqah Farhah Binti Zulkiply
: Amirul Bahrain Bin Shamsul Bahrain
Pengangkutan : Mashitah Binti Azman
: Muhammad Aqil Aqram Bin Mohd. Ibrahim
: Nur Syamimi Izzati Binti Zahad

: Muhammad Amar Bin Wahab

ANGGARAN PENERIMAAN LAMPIRAN C

Bil. Item Penerimaan (RM)
1. Makan dan Minum pelajar : RM 295
(ASK)
RM5 X (49 Peserta + 10 Ahli Jawatankuasa)
2. Hadiah dan Cenderahati : RM 200
(ASK)
Tempat Pertama - RM50 (Hamper)
Tempat Kedua - RM40 (Hamper) RM 2205
Tempat Ketiga - RM30 (Hamper) (Peserta)
Saguhati - RM20 X 4 pasukan= RM80 (Hamper) RM 2700
3. Yuran Peserta
RM45 X 49 peserta
JUMLAH KESELURUHAN

ANGGARAN PERBELANJAAN Perbelanjaan (RM)
RM 295
Bil. Item
1. Makan dan Minum pelajar : RM 200

RM5 X (49 Peserta + 10 Ahli Jawatankuasa) RM 2205
2. Hadiah dan Cenderahati : RM 2700

Tempat Pertama - RM50 (Hamper)
Tempat Kedua - RM40 (Hamper)
Tempat Ketiga - RM30 (Hamper)
Saguhati - RM20 X 4 pasukan= RM80 (Hamper)
3. Yuran Peserta
RM45 X 49 peserta
JUMLAH KESELURUHAN


Click to View FlipBook Version