The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadadham3b, 2022-06-06 21:56:08

KUMPULAN A

KUMPULAN A E-BOOK

SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM ISLAM
KUMPULAN A : SOLAT SEBAGAI TERAPI UNTUK PENYEMBUHAN PENYAKIT

MUHAMMAD ADLI HAZIQ BIN REZAMAN [F1052]
AHMAD ADHAM HAFIZI BIN ALI [F1024]

MUHAMMAD AL-IMRAN BIN AZHAR [F1012]
MUHAMMAD ALIF SHAZWAN BIN AHMAD ZAKINUDIN [F1050]

KAMALIA BINTI MUHAMMAD SHAMSUDDIN [F1018]
MUHAMMAD AZIM IKHWAN BIN BAHAROM [F1002]

PENSYARAH : USTAZ MOHAMMAD HAFEEZ BIN MD RAMLI

ISI KANDUNGAN

01 02 03

MAKSUD SOLAT CONTOH PENYAKIT YANG KESAN SOLAT DAN
BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN KESIHATAN
M/S 3
SOLAT M/S 6

M/S 4-5

04

KESIMPULAN

M/S 7

MAKSUD SOLAT

Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan
seseorang mukmin. Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas
mengucap dua kalimah syahadah. Ia adalah tiang agama yang telah
difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Pendidikan solat bermula dari
zaman kanak-kanak yang berusia tujuh tahun dan dipukul pada umur
sepuluh tahun jika tidak melakukan solat. Sesiapa yang meninggalkan solat
seolah-olah dia merobohkan agama. Kewajipan solat tersebut boleh didapati
melalui banyak dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadith. Perintah untuk
menjaga solat amat-amat dititik beratkan sebagaimana firman Allah S.W.T:

Al-Baqarah 2:238
Maksudnya:
Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada
waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusta
(sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

CONTOH-CONTOH PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN
SOLAT

1. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pelbagai penyelidik kesihatan dari
seluruh dunia, kebaikan solat dapat dibuktikan oleh sains dengan penemuan
pemulihan penyakit sendi dan tulang serta merendahkan kandungan lemak
dalam badan.

2. Solat juga dapat memberi ketenangan minda melalui eksperimen yang
dibuktikan menggunakan gelombang isyarat otak yang diukur menggunakan
alat ‘Electroencephalography’ (EEG)

3. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan melalui perbandingan di antara
pelajar yang kerap dan jarang mendirikan solat menunjukkan bahawa solat
dapat meningkatkan kesihatan mental yang baik seperti menghilangkan letih
dan badan menjadi bertenaga.

4. Berdasarkan kajian juga, 5 penyakit ini boleh
disembuhkan dengan mendirikan solat tahajud ;

• Diabetes
• Gagal ginjal
• Hipertensi (tekanan darah tinggi) dan Hipotensi

(tekanan darah rendah)
• Depresi
• Kanker

KESAN SOLAT DALAM KESIHATAN

Semua ibadat yang diperintahkan Allah SWT memberikan kesan positif buat pelakunya.
Mukjizat sains disingkap oleh pakar satu demi satu dalam ibadat rutin yang kita
laksanakan.

Manusia mencari pelbagai cara untuk hidup dengan sihat. Benarlah kata-kata,
‘Mencegah lebih baik daripada merawat.” Pentingnya ibadat, ia mampu mencegah
pelbagai jenis penyakit sama ada dari sudut fizikal, mental mahu pun sosial.

Ia terbukti secara ilmiah dari sudut perubatan. Dalam kajian pensyarah Universiti
Malaya, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim yang juga penulis buku Solat Dari Perspektif
Sains mendapati ada kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan, denyutan
jantung dan rawatan mati pucuk. Ternyata, manusia memerlukan solat untuk hidup
lebih sihat. Ia keperluan bukan beban. Dengan solat, seseorang dapat kerehatan dan
menjadi tempat mereka memohon pertolongan.

KESIMPULAN

Umat Islam perlulah menghargai dan mensyukuri nikmat Rukun Islam itu dan
mengamalkannya secarabersungguh-sungguh. Lakukannya dengan penh ikhlas

kerana AllahSWT akan menganugerahkan nikmat kesihatan. Namun, ikhtiar
saintifik lain juga jangan ditinggalkan. Apabila usaha kita lebih menyeluruh,
kesannya juga pasti lebih baik. Walau apapun penemuan sains, kita perlu

sentiasa ingat bahawa syariat Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji
termasuk ibadat yang bersifat madhah dan mengikat bagi setiap umat Islam.
Seharusnya ia dilaksanakan dengan penuh kesedaran. Sebab itulah, generasi

awal terdahulu tetap beribadat kerana mereka yakin setiap syariat, baik
berupa perintah atau larangan pasti ada hikmah dan manfaat yang kembali

kepada orang yang melaksanakannya.


Click to View FlipBook Version