The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

GARIS_PANDUAN_PROGRAM_PENDIGITALAN_PENGURUSAN_PEMBELAJARAN_JPN_SELANGOR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodziie03, 2021-05-26 04:14:56

3P HUSEL

GARIS_PANDUAN_PROGRAM_PENDIGITALAN_PENGURUSAN_PEMBELAJARAN_JPN_SELANGOR

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

SEKTOR PEMBELAJARAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

KERTAS KERJA

GARIS PANDUAN
PROGRAM

PENDIGITALAN
PENGURUSAN
PEMBELAJARAN
NEGERI SELANGOR

2021

0

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

KANDUNGAN

PENGENALAN 2
OBJEKTIF 2
MOTO 2
FOKUS UTAMA 2
ASPEK PENDIGITALAN 3
KAEDAH & APLIKASI YANG DIGUNAKAN 4
URUS SETIA 4
SASARAN PELAKSANAAN 4
PENUTUP 4
LAMPIRAN 5

1

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

1. PENGENALAN

Pendigitalan adalah satu proses untuk menukarkan bahan bercetak kepada
bentuk digital supaya ianya dapat disimpan, mudah diakses dan dikesan serta
dapat dikongsikan secara elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi
terkini. Dunia pendidikan sudah pasti terkena tempias ini. Sebagai contoh,
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Digital Educational Learning
Initiative Malaysia (DELIMa) telah menyediakan platform pembelajaran digital
yang sangat komprehensif. Platform ini bukan sahaja boleh digunakan
sebagai medium penyampaian pembelajaran bahkan boleh juga digunakan
sebagai medium pengurusan pembelajaran yang efisien.

2. OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan pusat maklumat sehenti bagi perancangan,
pelaksanaan dan pelaporan program/aktiviti pembelajaran pada
peringkat negeri, daerah dan sekolah di negeri Selangor.

2.2 Membolehkan pengawai pengurus di semua peringkat
melaksanakaan pemantauan dan bimbingan secara dalam talian
dengan lebih baik.

2.3 Pengurusan pembelajaran di semua peringkat dapat diuruskan
dengan lebih cekap dan sistematik seiring dengan perkembangan
teknologi terkini.

3. MOTO

“JPN SELANGOR TERBILANG –
Memimpin Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran”

4. FOKUS UTAMA

4.1 Pengurusan kurikulum di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
4.2 Pengurusan kurikulum di pejabat pendidikan daerah
4.3 Pengurusan kurikulum di sekolah

2

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

5. ASPEK PENDIGITALAN

5.1 Pengurusan Pentadbiran Kurikulum

5.1.1 Pengurusan dokumen Pengurusan Kurikulum di
JPN/PPD/Sekolah – Fail induk, rekod surat keluar dan
masuk, perancangan strategik, takwim, pelaporan program
dan lain-lain dokumen berkaitan pengurusan kurikulum.

5.1.2 Pengurusan dokumen Mesyuarat Kurikulum di
JPN/PPD/Sekolah – Dokumen berkaitan dengan
pelaksanaan mesyuarat kurikulum seperti surat panggilan
mesyuarat, minit mesyuarat, maklumbalas minit mesyuarat,
bahan pembentangan mesyuarat, pelaporan dan penilaian
mesyuarat dan lain-lain perkara berkaitan mesyuarat
kurikulum yang dijalankan.

5.1.3 Kunjung Bantu/Bimbingan/Pemantauan PPD/ Sekolah/Guru
– Dokumen yang digunakan dalam proses kunjung bantu
atau bimbingan yang dilaksanakan kepada PPD, sekolah
dan guru sebagaimana yang ada dalam instrumen yang
telah ditetapkan.

5.2 Pengurusan Pembelajaran

5.2.1 Pengurusan panitia mata pelajaran di sekolah – Dokumen
yang diuruskan oleh panitia mata pelajaran seperti salinan
surat menyurat, perancangan strategik, takwim, DSKP,
Rancangan Pelajaran Tahunan, jadual waktu PdPc ahli
panitia, analisis peperiksaan, pencerapan/bimbingan, bank
soalan dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan panitia
mata pelajaran.

3

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

5.2.1 Pengurusan PdPc semua mata pelajaran di sekolah –
Rancangan Pelajaran Harian (RPH), rekod Pentaksiran
Bilik darjah(PBD), analisis peperiksaan dan ujian murid dan
sebagainya.

5. KAEDAH/APLIKASI YANG BOLEH DIGUNAKAN

6.1 Google Classroom/Google Sites/Google Drive
6.2 Microsoft Teams
6.3 Laman sesawang
6.4 Sebarang aplikasi yang boleh diakses secara dalam talian

7. URUSETIA PROJEK

Unit TMK, Sektor Pembelajaran, JPN Selangor

8. SASARAN PELAKSANAAN PROJEK

% PELAKSANAAN

TAHUN SPB JPN PPD SEKOLAH
100 100
2021 15
2022 75
2023 100

4

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

BIL. SEKOLAH TERLIBAT

DAERAH 2021 2022 2023

Petaling Perdana 15% 75% 100%
Klang (140 buah) (703 buah) (938 buah)
Hulu Langat
Gombak 21 104 139
Kuala Selangor 19 99 133
Petaling Utama 19 99 130
Kuala Langat 15 78 104
Hulu Selangor 14 69 90
Sabak Bernam 13 65 86
Sepang 11 54 72
10 48 68
10 48 64
8 39 52

9. PENUTUP

Program ini adalah perintis kepada keseluruhan proses pendigitalan
pengurusan pembelajaran di negeri Selangor seperti pendigitalan yang telah
dilaksanakan dikebanyakan agensi kerajaan bagi memberi kemudahan
kepada pelanggan sejajar dengan keperluan masa kini. Diharapkan program
ini akan dapat mengangkat pendidikan di negeri Selangor ke tahap yang lebih
gemilang sejajar dengan kedudukan Negeri Selangor sebagai negeri maju di
Malaysia.

5

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

LAMPIRAN 1

A. Contoh Penggunaan Google Classroom Dalam Pengurusan Kurikulum

6

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

B. Contoh Penggunaan Google Classroom Dalam Pengurusan Mesyuarat
Kurikulum

7

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

C. Contoh Pengguaan Google Classroom Dalam Pengurusan Panitia

8

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

D. Penggunaan Microsoft Teams Dalam Pengurusan Pembelajaran

9

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

E. Contoh Penggunaan Google Site Dalam Pengurusan Pembelajaran

F. Contoh Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Di Sekolah

10

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

G. Contoh Kandungan Dalam Google Classroom Pengurusan Pembelajaran

11

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

H. Contoh Kandungan Microsoft Teams Dalam Pengurusan Pembelajaran
12

Garis Panduan Program Pendigitalan Pengurusan Pembelajaran Negeri Selangor

13


Click to View FlipBook Version