The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rodziie03, 2020-12-22 17:00:36

AMALAN BAIK KAJIAN TINDAKAN

Amalan Baik Kajian Tindakan 2020

sangat penting dalam membantu murid menguasai topik pecahan sepenuhnya. Saya akan cuba
membantu murid mengatasi masalah di atas dengan memperkenalkan cara lain untuk menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur selain daripada yang telah dikongsikan melalui
video dan ditunjukkan dalam buku teks.

Bagi membantu menyelesaikan masalah murid dalam menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur ini, saya akan menerapkan penggabungjalinan dua kemahiran proses
matematik yang sangat penting iaitu kemahiran membuat perwakilan dan perkaitan menerusi
kajian tindakan ini.

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan berkaitan penukaran
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur kerana:

a. murid tidak cuba untuk mewakilkan pecahan tak wajar dalam bentuk gambarajah
b. murid tidak dapat mengaitkan hasil bahagi, baki dan pembahagi bagi pecahan tak

wajar dengan menterjemahkannya dalam bentuk nombor bercampur

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid disebabkan kurangnya kemahiran membuat
perwakilan dan perkaitan, sikap murid yang hendak cepat siap dan menjawab soalan dengan
sambil lewa.
Saya telah menjalankan praujian pada 4 Ogos 2020 dan mendapati hanya 40% daripada 20 orang
murid sahaja yang menguasai penukaran pecahan kepada nombor bercampur. Masih ramai lagi
murid yang tidak menguasai penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

151

Keputusan praujian menunjukkan 60% daripada jumlah murid Tahun 4 Soyuz memperoleh skor
0 setelah menjawab 10 soalan yang diberikan.

Murid menjadi lemah dalam menyelesaikan ayat matematik melibatkan operasi asas
pecahan kerana mereka menghadapi masalah untuk menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur. Ini kerana apabila menyelesaikan operasi asas pecahan, terdapat proses menukar
pecahan tak wajar kepada nombor bercampur di mana jawapan akhir murid tidak boleh
ditinggalkan dalam pecahan tak wajar sebaliknya perlu ditukar kepada nombor bercampur.

Kesan masalah ini jika tidak ditangani segera, murid akan semakin lemah dalam topik
Pecahan dan kurang berminat untuk cuba menyelesaikan soalan melibatkan pecahan. Murid
yang tidak dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur ini akhirnya akan gagal
menguasai topik Pecahan.

Saya akan cuba mengatasi masalah penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dalam kalangan murid Tahun 4 Soyuz ini dan membimbing mereka menggunakan
Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF AM
Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan penguasaan menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur menggunakan Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat
dalam kalangan murid Tahun 4 Soyuz.

152

3.2 OBJEKTIF KHUSUS
Selain daripada objektif am yang telah dinyatakan, objektif khusus kajian ini
dilaksanakan adalah supaya:
a. murid dapat membuat perwakilan pecahan tak wajar dan perkaitannya dengan

nombor bercampur.
b. guru dapat meningkatkan peratus penguasaan murid kepada 90% dalam menukar

pecahan tak wajar kepada nombor bercampur berdasarkan penilaian pasca ujian.
c. murid yang telah menguasai turut dapat mempelajari pelbagai strategi lain dalam

menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid yang terlibat dalam kajian ini ialah murid Tahun 4 dari kelas 4 Soyuz yang terdiri
daripada 8 orang murid lelaki dan 12 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN AWAL MASALAH
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini,
tinjauan terhadap masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam masalah tersebut. Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat
berdasarkan pemerhatian dan praujian.

5.1.1 Pemerhatian

153

Semakan buku latihan murid dibuat bagi mendapatkan gambaran tahap penguasaan
murid dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Tingkahlaku
murid sebelum dan selepas rawatan diberikan juga diperhatikan.

5.1.2 Praujian
Praujian diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana
penguasaan murid dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Item praujian terdiri daripada 10 soalan penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dengan penyebut antara 2 hingga 10. Selepas saya menyemak jawapan
murid, saya tidak memulangkan kertas jawapan dan tidak juga membincangkan
jawapannya. Sebaliknya saya telah memperkenalkan Teknik Melukis Gambar Rajah
Paku Bulat.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan
sasaran didapati:
a. sebahagian murid masih terkial-kial untuk menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur.
b. murid masih tidak dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur dengan betul.
c. adakalanya murid tidak menghantar kerja rumah dalam satu-satu masa
154

dengan alasan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya.

5.2.2 Analisis Praujian
Didapati pengetahuan murid dalam penguasaan menukar pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur ini masih di tahap yang rendah.
Keputusan praujian membuktikan segala yang disangka. Jadual 1 dan
Rajah 1 berikut menunjukkan pencapaian yang diperoleh.

PENCAPAIAN SKOR

MURID 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. 12 0 0 0 0 2 1 0 0 1 4

% 60 0 0 0 0 10 5 0 0 5 20

Jadual 1: Pencapaian Murid dalam Praujian

Rajah 1: Carta Palang Keputusan Praujian
155

60% daripada jumlah murid Tahun 4 Soyuz masih belum menguasai penukaran pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur setelah menjawab 10 item soalan praujian yang diberikan. Ini
dapat dilihat melalui Rajah 2 berikut.

Rajah 2: Peratus Murid Lulus dan Gagal Praujian
Rajah 3 pula menunjukkan bentuk-bentuk kesilapan yang dilakukan oleh murid semasa
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan kaedah bahagi
bentuk lazim.

156

Rajah 3: Kesilapan Murid dalam Menukar Pecahan Tak Wajar kepada Nombor Bercampur
Didapati murid tidak dapat mengaitkan hasil bahagi, baki dan pembahagi bagi pecahan tak wajar
dengan menterjemahkannya dalam bentuk nombor bercampur. Terdapat juga murid yang cuba
menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan kaedah garis nombor
seperti yang ditunjukkan dalam buku teks. Namun, oleh kerana mereka tidak mahir membina
senggatan garis nombor, mereka melakukan kesilapan seperti pada Rajah 4.

Rajah 4: Kesilapan Murid ketika Menggunakan Garis Nombor dalam Menukar Pecahan Tak
Wajar kepada Nombor Bercampur

157

5.3 TINDAKAN (RAWATAN) YANG DIJALANKAN
Selepas murid menjalani praujian, saya telah memulakan rawatan berikut:
a. Aktiviti 1 (Penyediaan Buku Kecil ‘Menukar Pecahan Tak Wajar Kepada Nombor
Bercampur Menggunakan Teknik Paku Bulat’)
Bahan dan alatan yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan Buku Kecil adalah
seperti berikut:
i. kertas A4 berwarna
ii. gunting
iii. pensel
iv. pensel warna
Buku kecil ini dihasilkan dengan melipat kertas A4 berwarna kepada 8 bahagian yang
sama besar dan kemudian dipotong di bahagian tengah. Apabila dilipat ia menghasilkan
8 muka surat buku. Rajah 5 menunjukkan muka depan buku kecil yang telah dihasilkan.

158

Rajah 5: Muka Depan Buku Kecil
Seterusnya saya menerangkan tentang istilah nombor bercampur dan bentuknya kepada murid
menggunakan dakwat digital menerusi aplikasi Microsoft One Note seperti pada Rajah 6.

Rajah 6: Penerangan Istilah Nombor Bercampur dan Bentuknya
159

Penerangan tentang istilah tersebut dibuat supaya murid jelas dengan bentuk nombor bercampur.
Ini kerana masih ada di antara murid yang tidak tahu bahawa nombor bercampur terbentuk
daripada gabungan nombor bulat dan pecahan wajar. Setelah murid faham tentang bentuk
nombor bercampur serta cara menulisnya, saya mula menerangkan kepada mereka tentang cara
menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur menggunakan Teknik Melukis Gambar
Rajah Paku Bulat seperti pada Rajah 7.

Rajah 7: Penerangan Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat
Teknik Paku Bulat ini memerlukan murid mewakilkan pengangka dan penyebut bagi pecahan
tak wajar dengan lukisan berbentuk paku. Semasa melukis, kemahiran yang diperlukan ialah
kemahiran membilang. Setelah paku siap dilukis, murid perlu melihat bahagian penyebut dan
membulatkan paku bahagian pengangka mengikut bilangan paku bahagian penyebut. Proses ini
diteruskan sehingga bilangan paku bahagian pengangka tidak lagi boleh dibulatkan disebabkan
tidak mencukupi. Setelah itu, murid hanya perlu membuat pemerhatian terhadap gambar rajah
yang telah dilukis tadi untuk menulis nombor bercampur. Dalam teknik ini, nombor bulat
diwakili oleh bilangan bulatan yang dilukis manakala pecahan wajar dibentuk dengan baki
bilangan paku bahagian pengangka yang tidak dibulatkan per bilangan paku bahagian penyebut.
Gabungan nombor bulat dan pecahan wajar ini akan membentuk nombor bercampur.

160

Seterusnya saya meminta murid membuat aktiviti hands-on dengan memanipulasi
teknik yang telah dipelajari tadi dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Dalam aktiviti ini, murid dikehendaki membina sendiri beberapa contoh pecahan tak wajar
yang terlintas di fikiran mereka dan menukarkannya kepada nombor bercampur menggunakan
Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat dalam buku kecil yang telah dihasilkan. Rajah 8
menunjukkan aktiviti hands-on yang telah murid lakukan.

161

Rajah 8: Murid Membina Beberapa Contoh Pecahan Tak Wajar dan Menukarkannya
kepada Nombor Bercampur Menggunakan Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat

b. Aktiviti 2 (Imbas Kembali, Uji Diri, Perbincangan)

Pada sesi pembelajaran minggu berikutnya, saya meminta murid mengimbas
kembali tentang Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat yang telah dipelajari.
Murid dikehendaki membuat penerangan secara lisan dan bertulis tentang pemahaman
mereka terhadap teknik tersebut. Saya turut membincangkan kesilapan yang dilakukan
oleh murid dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Murid yang
lemah juga diberikan bimbingan bagi mengukuhkan pemahaman mereka.

Setelah murid benar-benar faham tentang teknik tersebut, saya melaksanakan
aktiviti pengayaan berbentuk lembaran kerja bertulis. Aktiviti pengayaan ini sangat
penting bagi memastikan mereka mahir menggunakan Teknik Melukis Gambar Rajah
Paku Bulat dalam menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur. Ia juga
bertujuan untuk menguji sejauh mana pemahaman murid terhadap teknik tersebut.

Perbincangan dilakukan bersama-sama murid setelah mereka selesai
menyelesaikan semua soalan pada lembaran kerja yang diberi. Sekali lagi saya

162

membincangkan lembaran kerja menggunakan Microsoft One Note. Murid juga turut
dipanggil ke hadapan kelas bagi menunjukkan penyelesaian yang mereka lakukan di
papan putih. Gambar pada Rajah 9 menunjukkan aktiviti perbincangan ini.

Rajah 9: Gambar Aktiviti Perbincangan

5.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan. Semasa

menjalankan kajian ini, saya telah membuat pemerhatian terhadap setiap aktiviti yang
dilakukan oleh murid. Pemerhatian dibuat dari aspek pengetahuan yang diperolehi murid,
hasil kerja serta sikap dan nilai yang ditunjukkan oleh mereka. Murid juga telah menjalani
praujian dan pascaujian.

Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati Teknik Melukis Gambar Rajah Paku
Bulat ini berjaya membantu murid meningkatkan penguasaan menukar pecahan tak wajar
kepada nombor bercampur yang merupakan subtopik bagi Pecahan. Murid juga berlumba–
lumba untuk berkongsi hasil kerja mereka di hadapan kelas ketika sesi perbincangan
dijalankan. Murid kelihatan lebih berkeyakinan dan mendapat skor yang baik semasa
menjawab pascaujian.

163

Saya selaku guru berasa lebih seronok apabila melihat peningkatan pencapaian
mereka dalam pascaujian yang telah dijalankan. Jadual 2 dan Rajah 10 berikut
menunjukkan pencapaian murid dalam pascaujian.

PENCAPAIAN SKOR

MURID 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Bil. 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 20

% 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 100

Jadual 2: Pencapaian Murid dalam Pascaujian

Rajah 10: Carta Palang Keputusan Pascaujian
100% murid Tahun 4 Soyuz menguasai penukaran pecahan tak wajar kepada nombor
bercampur setelah menjawab 10 item soalan pascaujian yang diberikan. Tiada murid yang
gagal. Ini dapat dilihat melalui Rajah 11 berikut.

164

Rajah 11: Peratus Murid Lulus dan Gagal Pascaujian

Jadual 3 dan Rajah 12 pula menunjukkan perbandingan skor antara praujian dan
pascaujian. Terdapat peningkatan yang tinggi terutamanya bagi murid-murid lemah yang
mendapat skor 0 semasa praujian.

Murid Skor Skor Peningkatan
Praujian Pascaujian Skor
1 10
2 0 10 10
3 0 10 10
4 0 10 10
5 0 10 10
6 0 10 10
7 0 10 10
8 0 10 10
9 0 10 10
10 0 10 10
11 0 10 10
12 0 10 10
13 0 10 5
5 10
165

14 5 10 5
15 6 10 4
16 9 10 1
17 10 10 0
18 10 10 0
19 10 10 0
20 10 10 0

Jadual 3: Perbandingan Skor Praujian dan Pascaujian

Rajah 11: Peratus Murid Lulus dan Gagal Pascaujian
Berdasarkan pemerhatian terhadap refleksi yang ditulis oleh murid seperti pada Rajah
13, saya mendapati kebanyakan mereka menyukai Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat
ini kerana ianya mudah, tidak memerlukan murid membina sifir atau membahagi nombor
seperti cara biasa yang ditunjukkan dalam buku teks.

166

167

5.4 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam pascaujian menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan murid untuk membuat perwakilan pecahan tak wajar dalam bentuk gambar
rajah serta mengaitkannya dengan nombor bercampur dapat dilihat melalui kajian
tindakan ini.

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran proses matematik iaitu
membuat perwakilan dan perkaitan banyak membantu murid meningkatkan penguasaan
dan kefahaman mereka terhadap penukaran pecahan tak wajar kepada nombor bercampur.
Di samping itu, suasana pembelajaran juga menjadi lebih ceria dan menyeronokkan
dengan aktiviti hands-on yang telah dijalankan.

Saya merasa tersentuh dan terharu apabila membaca refleksi yang ditulis oleh
murid dalam Buku Kecil ‘Menukar Pecahan Tak Wajar Kepada Nombor Bercampur
Menggunakan Teknik Paku Bulat’ yang telah mereka hasilkan di mana kebanyakan
daripada mereka seronok dapat mempelajari teknik ini. Murid turut menyatakan dengan
teknik ini mereka dapat menukar pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dengan
betul. Murid juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada saya kerana memperkenalkan
teknik ini kepada mereka.

Saya menjadi lebih yakin bahawa Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat
ini dapat membantu murid meningkatkan penguasaan mereka dalam menukar pecahan tak
wajar kepada nombor bercampur.

168

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut:-

1. Mengkaji impak Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat dalam amalan
pengajaran guru.

2. Mengkaji penggunaan Teknik Melukis Gambar Rajah Paku Bulat dalam
menukar nombor bercampur kepada pecahan tak wajar.

Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pembelajaran matematik lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

169

BIBLOGRAFI
Gobi a/l Krishnan, Rozaili bin Mohd Ali, Mutharasan a/l S Sellaya (2019). Buku Teks Matematik

Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Matematik:

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4. Bahagian Pembangunan
Kurikulum. Putrajaya.
Mok Soon Sang (2008). A Primary Education Course in Mathematics for Post Graduate
Diploma (K. P. L. I.). Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Selangor.
Mok Soon Sang (2006). Education Studies for KPLI (Theme 1) Educational Psychology.
Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd. Selangor.

170

171


Click to View FlipBook Version