The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HeatherTepos, 2021-07-18 10:19:12

HARI RAYA AIDILADHA

HARI RAYA AIDILADHA

PAMERAN BERTEMA
SECARA MAYA

TEMA: HARI RAYA AIDILADHA

PSS SMK SRI MATANG, KUCHING

KANDUNGAN:

• Hari Raya Aidiladha
• Ibadah Korban
• Ibadah Korban Dalam

Norma Baharu

• Penukaran Kelambu
Kaabah

Hari Raya Aidiladha, juga
dikenali sebagai Hari Raya Korban
atau Hari Raya Haji merupakan
perayaan yang disambut umat Islam
di seluruh dunia.

Hari Raya Aidiladha

Aidiladha disambut pada
hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-
13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Bermula dengan Takbir
Aidiladha pada malam 10
Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidiladha serta khutbah
Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah,
diikuti dengan ibadah korban
yang boleh dilakukan sama ada
10, 11, 12 atau siang 13
Zulhijjah, semua waktu ini
dipanggil Hari Tasyrik.

• Aidiladha ialah perayaan • Selain itu, salah satu

yang istimewa kerana ia keistimewaan Aidiladha

merupakan hari untuk dan hari Tasyrik ialah ibadat

umat Islam mengingati korban. Ibadat korban ini

pengorbanan Nabi hanya boleh dilakukan

Ibrahim a.s dalam pada empat hari bermula

menunaikan perintah waktu selepas khatib

Allah dan kesabaran menyampaikan khutbah

anaknya Nabi Ismail a.s Aidiladha sehingga

dalam memenuhi sebelum tenggelam

perintah Allah SWT. matahari pada hari ke-13

Zulhijjah.

Korban bermaksud
menjalankan
perintah agama atau
taat kepada perintah
Allah kerana ingin
mendekatkan diri
kepada-Nya.

Pada hari raya, umat
Islam disunatkan mengenakan
pakaian cantik, bersih dan
mengenakan wangi-wangian.
Pada pagi Hari Raya Korban,
umat Islam menunaikan
sembahyang sunat Hari Raya
sebanyak 2 rakaat dengan 7
takbir pada rakaat pertama
diikuti 5 takbir pada rakaat
kedua.

• Pada kebiasaannya solat sunat

Aidiladha dicepatkan sedikit

berbanding solat sunat Aidilfitri.

Hikmahnya adalah bagi memberi

lebih banyak masa untuk

penyembelihan korban.Hikmah

dilewatkan sedikit solat sunat

Aidilfitri adalah bagi memberi

peluang bagi mereka yang

belum membayar zakat

menunaikan kewajipan mereka

dan disunatkan makan dahulu

sebelum pergi ke masjid.

• Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan
Zulhijjah. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam
sejarah Islam kerana Nabi Adam dan isterinya Hawa
dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum
berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah

IBADAH
KORBAN

Apa itu ibadah korban?

• Ibadah ini merupakan

penyembelihan

binatang ternakan

untuk mendekatkan

diri kepada Allah Taala

pada hari Raya Haji

dan 3 hari Tasyrik.

Syarat sah sembelihan

Syarat Umur Binatang Untuk Dijadikan Korban Secara
Sah
• Unta – berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun
• Lembu/kerbau/kambing – 2 tahun masuk ke 3 tahun
• Biri-biri/kibas – setahun masuk 2 tahun atau gigi hadapan

sudah bersalin walaupun belum cukup umur TETAPI
melebihi 6 bulan

Binatang yang tidak boleh
dijadikan korban

Binatang yang mempunyai kecacatan seperti:

• Tidak bertelinga atau terpotong telinga walau sedikit
• Ekor dan lidahnya terpotong
• Binatang yang kurus dan kurang dagingnya
• Buta
• Tempang
• Bunting

Tetapi SAH sekiranya kecacatan itu
seperti:

• Tidak bertanduk
• Patah tanduk

• Terbelah telinga
• Berlubang telinga tetapi tidak hilang daging

• Dilahirkan tidak berekor
• Tertanggal sebahagian giginya

• Tidak mempunyai zakar
• Binatang yang dikebiri

Fadhilat Ibadah
Korban

• Menebus dosa kecil

• Mendapat kebajikan
(hasanah) bagi setiap bulu
binatang korban

• Kedudukan mulia di sisi Allah
Taala

• Membentuk peribadi ikhlas,
bersyukur, belas kasihan dan
tolong menolong

• Menyembuh penyakit rohani
dan sosial

Siapa yang perlu
melakukan
ibadah korban?

Golongan yang
mempunyai lebihan
harta sebanyak nilaian
harga binatang korban
daripada keperluan
dan keperluan orang di
bawah
tanggungannya.

Siapakah Yang
Dituntut Untuk
Korban?

• Islam

• Merdeka

• Aqil Baligh
• Bermukim atau

bermusafir
• Berkemampuan

Apakah pembahagian daging korban
yang afdal?

Ini bagi mereka yang melakukan korban sunat:

• 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan ahli
keluarganya

• 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin
• 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang

kaya atau jiran-jiran

IBADAH
KORBAN

dalam norma baharu

Siapakah Yang Dituntut Untuk
Berkorban?

Subtitle

• Islam
• Merdeka
• Aqil Baligh
• Bermukim atau bermusafir
• Berkemampuan

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Kelambu Kaabah
(Kiswah) ditukar pada 9
Zulhijjah iaitu hari wukuf
bagi mereka yang
mengerjakan haji dan
sehari sebelum
Aidiladha.

Penukaran
Kelambu
Kaabah

Kain Kiswah berukuran 14 m
tinggi dan 47 m Panjang. Ia
terdiri daripada lima lapisan
kain, termasuk tirai yang
menutup pintu Kaabah, yang
dijahit serta disulam kainnya,
yang mengambil masa lapan
hingga sembilan bulan untuk
disiapkan.

Penukaran
Kelambu Kaabah

Antara kalimah atau ayat
yang tertera pada
kiswah itu ialah kalimah
syahadah, surah Ali
Imran ayat 96, al-
Baqarah ayat 144, surah
al-Fatihah dan surah al-
Ikhlas.

Sumber rujukan:

• Berita Harian, 15 Ogos 2018

• Wikipedia Bahasa Melayu,
ensiklopedia bebas

• Blog : Cara Pelaksanaan
Ibadah Korban

• Blog : Apakah Pembahagian
Daging Korban Yang Afdal?

• Jabatan Agama Islam Pahang

Daripada: JK Pengurusan PSS SMK SRI MATANG.


Click to View FlipBook Version