9 JULAI 2021
SEJARAH
TINGKATAN 3
SESI ULANGKAJI BERSAMA CIKGU HEATHER
OBJEKTIF PEMBELAJARAN:
1) Menjelaskan faktor kedatangan kuasa Barat ke
negara kita pada abad ke-16 hingga abad ke-20.
2) Menjelaskan perluasan kuasa British di Pulau Pinang
3) Menerangkan faktor British menubuhkan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu.
4) Menerangkan strategi British menguasai Johor
secara kronologi
BAHAGIAN B
(4 SOALAN)
40 MARKAH
BAB 1:
KEDATANGAN
KUASA BARAT
01 Revolusi perusahaan yang berlaku di Eropah telah
menyebabkan kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba
untuk meluaskan pengaruh mereka ke seluruh Alam
Melayu.
(a) Kuasa-kuasa Barat yang dimaksudkan adalah
seperti: (2 markah)
(b) Apakah tujuan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke
Alam Melayu? (2 markah)
(c) Selain Revolusi Perusahaan, nyatakan tiga faktor
kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu.(3 markah)
(d) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan
yang harus ada pada pemimpin untuk menghadapi
penjajahan baru pada masa hadapan?(3 markah)
Jawapan:
1. Kuasa-kuasa Barat yang dimaksudkan adalah seperti: (2 markah)
i. Perancis
ii. Britain
iii. Sepanyol
iv. Amerika Syarikat
v. Jerman
vi. Belanda
vii. Rusia
viii. Portugis
2. Apakah tujuan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Alam Melayu? (2
markah)
i. Mendapatkan bahan mentah untuk pengeluaran kilang mereka
ii. Mendapatkan pasaran untuk memasarkan barangan keluaran kilang
mereka.
(c) Selain Revolusi Perusahaan, nyatakan tiga faktor
kedatangan kuasa Barat ke Alam Melayu.(3 markah)
i. Perkembangan industri kereta
ii. Perkembangan industri mengetin
iii. Penciptaan kapal wap
iv. Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
v. Pembukaan Terusan Suez
vi . Persaingan kuasa Barat
vii. Ciptaan telegraf
viii.Slogan “Beban Orang Putih”
ix. Mendapatkan barangan mewa
x. Sebagai pusat pengumpulan barang
xi. Sebagai pelabuhan persinggahan
xii. Menyebarkan agama kristian
(d) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri kepimpinan yang
harus ada pada pemimpin untuk menghadapi penjajahan
baru pada masa hadapan?(3 markah)
i. Berpengetahuan dan bijak mentadbir negara
ii. Berwawasan tinggi
iii. Berkaliber
iv. Menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua
negara
v. Tegas dalam membuat keputusan
BAB 2:
PENTADBIRAN
NEGERI-NEGERI
SELAT (NNS)
02 Peta menunjukkan wilayah Kedah
yang dikuasai oleh SHTI.
a) Namakan wilayah tersebut setelah
didiami oleh British. (2 markah)
i. Pulau Pinang – Prince of Wales
Island
ii. Seberang Perai – Province of
Wellesley
b) Mengapakah Sultan Kedah meminta bantuan kuasa
British? (4 markah)
- krisis perebutan takhta berlaku apabila Sultan
Muhammad Jiwa melantik Raja Abdullah sebagai
Raja Muda Kedah – Kerabat Diraja Kedah tidak
bersetuju – berpakat dengan Bugis di Selangor
menentang Sultan Muhammad Jiwa - mohon bantuan
ketenteraan SHTI untuk lindungi Kedah daripada
ancaman Siam –gagal - tiada jaminan SHTI lindungi
Kedah daripada ancaman musuh.
c) Pengambilan kedua-dua wilayah tersebut oleh British adalah
secara manipulasi dan tipu helah. Berikan penjelasan anda.
(4 markah)
- Sultan Abdullah menawarkan Pulau Pinang sebagai syarat
untuk dapatkan bantuan tentera – Francis light berjanji –
buka petempatan di Pulau Pinang (strategik) – tidak beri
bantuan tentera – ancaman Siam – SHTI enggan beri
bantuan kerana tiada perjanjian dengan Sultan Kedah.
-Sultan kumpul tentera di Seberang Perai untuk ambil
semula Pulau Pinang namun ditewaskan SHTI –perjanjian
1791 – Pulau Pinang diserah secara rasmi – tahun 1800
desak serah Seberang Perai (benteng pertahanan dan
kawasan subur)
BAB 3:
PENTADBIRAN
NEGERI-NEGERI
MELAYU BERSEKUTU
(NNMB)
Petikan berikut menerangkan tentang 03
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB)
a) Senaraikan anggota
dalam NNMB. (2
markah)
i. Perak
ii. Pahang
iii. Selangor
iv. Negeri Sembilan
b) Jelaskan tentang NNMB. (4 markah)
- gabungan Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
- membentuk persekutuan
- Dikenali sebagai Persekutuan 1896
- Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran
- Residen sebagai ketua pentadbir
- Raja menerima nasihat Residen Jeneral.
c) Pembentukan NNMB adalah salah satu cara untuk British
memenuhi kepentingannya di Tanah Melayu. Jelaskan. (4
markah)
i. Menguasai ekonomi
- mengaut hasil bumi
- menguasai lombong bijih timah, emas dan antimoni
ii. Mengukuhkan pengaruh British
- menghalang kuasa barat yang lain campur tangan
- menghapuskan kuasa sultan /pembesar
iii. Melicinkan pentadbiran
- menyatukan sistem pentadbiran
- gabungan negeri -dapat selaraskan cukai dan undang-
undang
iv. Menjimatkan perbelanjaan kerajaan
- berbeza pentadbiran – kos tinggi
BAB 4:
PENTADBIRAN
NEGERI-NEGERI
MELAYU TIDAK
BERSEKUTU (NNMTB)
04 Perjanjian berikut merupakan antara strategi
British menguasai Johor
Strategi a) Nyatakan dua sebab
British British ingin meluaskan
kuasa ke Johor. (2
Perjanjian 1855 markah)
i. Hasil bumi yang banyak
Perjanjian Setia 1885 ii. Mempunyai tanah yang
subur
Perjanjian 1914 iii. Kedudukan strategik
b) Bagaimanakah perjanjian tersebut memberi
ruang kepada British meluaskan kuasanya? (4
markah)
i. Perjanjian 1885 – Sultan Ali perlu tawarkan
Kesang kepada British terlebih dahulu sebelum
dijual.
ii. Perjanjian Setia 1855 – Johor menerima
pelantikan ejen British – peranan setaraf pegawai
Konsul - British kawal hubungan luar
iii. Perjanjian 1914 – Sultan Ibrahim menerima
pelantikan Penasihat Am British – menyebabkan
Johor menjadi negeri naungan British
c) Andaikan anda seorang pemimpin di Johor
semasa British sedang berusaha meluaskan
pengaruh. Berikan cadangan anda untuk
mempertahankan kedaulatan Johor daripada
penguasaan British. (4 markah)
i. Menjalinkan hubungan dengan banyak kuasa
Barat dalam bidang ekonomi, sosial dan politik
ii. Melantik pegawai Barat berbeza jawatan
iii. Meningkatkan latihan pegawai tempatan
iv. Mengadakan kerjasama dengan kuasa Barat
seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis
BAHAGIAN C: ESEI
( 4 soalan , pilih 2 sahaja)
1 soalan mengandungi 20 markah
Pernyataan berikut berkaitan dengan NNMTB.
“Tidak ada perjanjian khas bagi mewujudkan
gabungan. Sebaliknya lebih bersifat membezakan
pentadbiran negeri-negeri ini dengan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu.”
a)Jelaskan pelaksanaan pentadbiran British di NNMTB.
(8 markah)
F1 - Pengekalan kedudukan sultan
* Ketua pentadbir – kuasa –hal adat dan agama Islam
* pembesar Melayu menerajui pentadbiran
* mempunyai sistem perkhidmatan awam sendiri
* peminjaman pegawai dari NNMB dan NNS
F2 – pengenalan birokrasi Barat
* Penasihat British – menentukan dasar
* jabatan baharu ditubuhkan
* pasukan polis – amal cara barat
b) Bagaimanakah pelaksanaan pentadbiran British
menggugat kuasa sultan dan pembesar? (6 markah)
F1 - Penasihat British terlibat secara langsug dalam
pentadbiran
* tentukan dasar negeri
* pelantikan pegawai British / ketuai jabatan baharu
* pembesar tidak boleh kutip cukai – diberi elaun dan
pencen
* undang-undang Tradisional diganti dengan undang-
undang Barat
* Mahkamah sivil, kuasa raja terhakis
c) Apakah perbezaan pentadbiran NNMTB 8m
dengan NNMB?
Awesome
Words
TERIMA KASIH
TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG BERJAYA
MENYERTAI GOOGLE MEET PADA HARI INI.
● JANGAN LUPA BUAT ULANGKAJI
● BUAT PERSEDIAAN SECUKUPNYA
● BACA DOA SEBELUM MENJAWAB
SOALAN.