SEJARAH
TINGKATAN 2
BAB 5:
KESULTANAN MELAYU
MELAKA
5.1 PENGASASAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA
KMM diasaskan oleh
Parameswara sekitar tahun
1400
Lokasi yang sesuai telah
dipilih untuk mengasaskan
sesebuah kerajaan sehingga
menjadikan Melaka muncul
sebagai kerajaan yang
terkenal di Alam Melayu.
SIAPA PARAMESWARA?
Dilahirkan pada tahun 1344
Keturunan Raden Wijaya
Putera raja dari Palembang
Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin
dengan seorang puteri kepada Maharaja
Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada
bapa mertuanya.
Beliau cuba membebaskan Palembang daripada
kekuasaan Majapahit tetapi gagal.
SEJARAH MELAKA.
Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara, putera
raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan
merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad
ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit, baginda
telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada
ketika itu dikuasai oleh Siam. Setelah diusir dari
Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396,
beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri
ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum
singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara
sungai Melaka.
SEJARAH MELAKA.
Setelah tiba di Bertam, baginda telah melihat
anjing perburuannya ditendang oleh seekor
pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan
keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat
keputusan untuk membuka negeri di situ. Baginda
telah bertanyakan nama pohon tempat baginda
bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa
nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka
baginda telah membuat keputusan untuk
menamakan negerinya sempena nama pohon
tersebut.
SEJARAH MELAKA.
Pilihan Parameswara begitu tepat sekali kerana
kedudukan Melaka yang strategik. Lokasinya di tengah-
tengah tebing Selat Melaka yang menghubungkan negara
China ke India dan Timur telah menjadikannya tempat
yang amat sesuai sebagai pusat perdagangan. Kedatangan
pedagang-pedagang Arab serta pedagang-pedagang dari
Timur dan Barat telah menjadikan Melaka sebagai sebuah
pelabuhan entrepot yang sibuk dengan ratusan kapal yang
singgah setiap tahun. Parameswara yang telah memeluk
Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun
1414 telah meletakkan asas kemajuan negeri Melaka
sebagai pusat perdagangan dan pengembangan agama
Islam yang terulung di rantau ini.
PERJALANAN PARAMESWARA KE MELAKA.
PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK
OLEH PARAMESWARA
1. Laluan perdagangan
Lokasi Melaka di laluan perdagangan utama Timur-
Barat membolehkannya mengawal laluan kapal
dagang.
PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK
OLEH PARAMESWARA
2. Bentuk Muka Bumi
Bentuk muka bumi Melaka yang berbukit bukau
sesuai dijadikan sebagai benteng pertahanan
dan panduan kapal dagang.
PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK
OLEH PARAMESWARA
3. Benteng pertahanan
Pokok bakau dan api-api di pesisir pantai
menjadi benteng pertahanan dan pelindung
semula jadi daripada ancaman musuh.
PEMILIHAN LOKASI YANG STRATEGIK
OLEH PARAMESWARA
4. Terlindung angin monsun
Muara Sungai yang terletak di Selat Melaka terlindung
daripada tiupan angin monsun membolehkan kapal
berlabuh dengan selamat.
LATIHAN:
Sila rujuk pautan yang akan diberikan dalam
whatsapp group.
** SLIDE 3 – 7 adalah untuk pengetahuan
tambahan.
TERIMA KASIH. SILA SALIN NOTA DAN
JAWAB LATIHAN MELALUI PAUTAN YANG
DIBERIKAN OLEH CIKGU.
SELAMAT MENJALANI PDPR
TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN DAN
TANGGUNGJAWAB ANDA SEBAGAI
PELAJAR.