SEJARAH
TINGKATAN 4
Disediakan oleh Cikgu Heather
BAB 1 :
WARISAN
NEGARA
BANGSA
1.3 Keunggulan Sistem
Pentadbiran dan Undang-
Undang
Objektif pembelajaran:
Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
1) Menjelaskan kronologi perkembangan negara bangsa
kerajaan Alam Melayu
2) Memahami kepentingan kesetiaan kepada raja dan negara
A) SISTEM PENTADBIRAN
1. Sistem pentadbiran KMM mempunyai
pentadbiran yang lengkap dan tersusun
Pembesar Empat Lipatan.
2. Sultan Melaka juga memberikan kuasa
memerintah atau mentadbir sesuatu
wilayah, sungai atau pulau kepada para
Pembesar Berempat.
3. Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali
sebagai kawasan pegangan
1) Sultan mengetuai pemerintahan dan mempunyai kuasa
dalam pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik
dan agama.
2) Terdapat Pembesar Berempat iaitu Bendahara,
Penghulu Bendahari.Temenggung dan Laksamana.
3) Pembesar lain yang membantu dalam pentadbiran
Syahbandar, Bentara, Orang Kaya, hulubalang dan
penghulu
SISTEM PENTADBIRAN KMM
01 pentadbiran 02 Peringkat
pusat jajahan
01. Pentadbiran Pusat
1. Dilaksanakan oleh Pembesar Berempat
2. Permuafakatan antara sultan dengan pembesar mewujudkan proses pentadbiran
yang sempurna
3. Bendahara pembesar yang mempunyai tugasan dan peranan yang sangat penting.
sebagai ketua pentadbir dan ketua
turus angkatan tentera
menasihati sultan dalam pelbagai hal dan
menjadi pemangku sultan.
4. Mempunyai sistem kewangan yang teratur.
5. Sumber pendapatan KMM diperoleh daripada urusan perdagangan, segala jenis cukai
dan ufti daripada wilayah taklukan serta naungan.
6. Penghulu Bendahari menguruskan perbendaharaan secara teratur.
7. Syahbandar untuk mengutip cukai di pelabuhan
8. Pembesar lain mengutip cukai di kawasan pegangan.
9. Hasil perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan
membeli senjata dan membina istana.
10. KMM mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga
keamanan di darat dan di laut.
11. Temenggung menjaga keselamatan kota Melaka,
12. Laksamana panglima angkatan laut Melaka.
02. Peringkat Jajahan
● Pembesar menguruskan
pentadbiran di daerah dan kampung.
● Pembesar ini dilantik oleh sultan dan
Pembesar Berempat.
● Antara peranan mereka menjaga
dan mengekalkan keamanan kawasan
pentadbiran dan dibenarkan mengutip
cukai.
UNDANG -UNDANG
01 02HUKUM KANUN UNDANG-
MELAKA UNDANG
LAUT MELAKA
berasaskan syariah dan hukum adat
menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka.
HUKUM KANUN MELAKA
● mengandungi 44 Fasal yang
membincangkan antaranya
termasuklah jenayah, bidang
kuasa sultan dan pembesar,
kekeluargaan dan hal berkaitan
dengan ekonomi.
A) JENAYAH
● Hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan
jenayah membunuh, menikam dan mencuri.
● Contohnya dalam Fasal 5.1, apabila seseorang
didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan
raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh.
● Dalam Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada
sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah
sultan.
B) PERANAN SULTAN DAN PEMBESAR
● Setiap pembesar Melaka mempunyai peranan
dalam pentadbiran dan perlu arif dalam hal
berkaitan dengan pelaksanaan undang- undang.
● Contohnya, dalam Fasal 1, dijelaskan tugas
sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu
Bendahari.
● Sultan bertanggungjawab untuk melantik
pembesar, contohnya Bendahara dan
Temenggung.
C) KEKELUARGAAN
● Undang-undang keluarga - mewujudkan
keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam
perkahwinan.
● Contohnya, dalam Fasal 26 pernikahan
memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup
memadai dua orang sahaja.
● Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi
dalam pernikahan.
D) EKONOMI
1. Undang-undang ini mempunyai peraturan yang
jelas tentang urus niaga untuk mengawal
perdagangan di Melaka agar tidak berlaku
sebarang kesalahan yang bertentangan dengan
ajaran Islam.
2. Contohnya, dalam Fasal 30, dinyatakan amalan
riba diharamkan dalam urusan perniagaan dan
orang yang menjalankan perniagaan hendaklah
akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat
jual beli.
2) UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA
a) PERANAN b) PELAYARAN
NAKHODA D) PERCUKAIAN
c) JENAYAH
a) PERANAN NAKHODA
1. Nakhoda berkuasa penuh, diibaratkan sebagai raja
dalam pelayaran.
2. Fasal 13.1. nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk
berniaga selama empat hari.
3. Fasal 13.3 sekiranya nakhoda hendak singgah di
tempat yang ada dalam senarai persinggahan, nakhoda
perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam
kapal untuk mendapatkan persetujuan.
b) PELAYARAN
1. Menjelaskan peranan jurumudi,malim dan jurubatu
menjadikan pelayaran selamat dan lancar.
2. Fasal 9 seorang malim harus arif tentang ilmu
pelayaran mengetahui keadaan ombak, arus dan
kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada
dalam keadaan selamat.
3. Jika malim lalai akan dijatuhi hukuman bunuh.
c) JENAYAH
1. Undang-undang ini menjelaskan hukuman
terhadap perbuatan jenayah yang berlaku
meliputi perbuatan mencuri, membunuh
dan memberontak.
2. Fasal 5 seseorang yang berkelakuan
jahat dan membunuh orang di atas kapal,
maka orang tersebut akan dikenakan
hukuman mati.
D) PERCUKAIAN
1. Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran
untuk perdagangan
2. Contohnya, cukai perjalanan dan hasil perniagaan.
3. Fasal 6.3 nakhoda menentukan jumlah cukai yang
dikenakan terhadap penumpang, iaitu satu
persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya
penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya
sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.
1.4
Peranan Pemerintah dan Rakyat
PERANAN SULTAN
Bertanggungjawab terhadap:
A) Keselamatan dan perpaduan
rakyat,
B) Kestabilan kerajaan
C) memperkenalkan undang-undang
untuk mengawal rakyat
PERANAN PEMBESAR
Menjaga keamanan dan Perantara antara
kebajikan rakyat sultan dengan
kawasan rakyat
Mengutip hasil Membekalkan tenaga
tentera melalui
sistem kerah
PERANAN RAKYAT
1. Taat setia kepada pemerintah
2. Mematuhi segala arahan pemerintah
3. Tidak menderhaka kerana takut
ditimpa tulah
4. Menghadiri majlis umum
5. Menjadi tentera, pengayuh atau
pendatung kapal perang
6. Menyumbang tenaga kerja seperti
membina istana atau jalan
KESIMPULAN:
Hubungan baik antara pemerintah dengan
rakyat berperanan penting dalam usaha
menjamin kesejahteraan dan memelihara
kedaulatan raja dan kesejahteraan rakyat.
Sebagai rakyat, kita perlu menjaga
hubungan baik dengan pemerintah bagi
mengekalkan kemajuan dan keamanan
negara.
Terima kasih!
Jangan lupa salin nota dalam buku.
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, infographics & images by Freepik