The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HeatherTepos, 2021-10-20 12:11:40

SEJ T2 BAB 10(10.4) B2

SEJ T2 BAB 10(10.4) B2

SEJARAH
TINGKATAN 2

DISEDIAKAN OLEH CIKGU HEATHER TEPOS

BAB 10: SARAWAK
DAN SABAH

10.4 : KEUNIKAN
MASYARAKAT BUMIPUTERA
SARAWAK DAN SABAH

(bahagian 2)

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :

● Menjelaskan keunikan yang terdapat di Sarawak dan Sabah
● Menjelaskan kepentingan sikap bijaksana untuk meneruskan

kelangsungan hidup

4. PERAYAAN

A) PERAYAAN DI SARAWAK

i. PESTA MENUAI / GAWAI DAYAK

• Disambut oleh kaum Iban, Bidayuh
dan Orang Ulu
•Upacara Miring diadakan sebagai
tanda syukur kepada tuhan atau
‘petara’.
• acara Kumang dan Keling Gawai –
memilih ratu cantik atau jejaka
tampan.

ii. PESTA BABULANG DAN MAKAN TAHUN

● Disambut oleh kaum Kadayan dan
Bisaya

● Merupakan pesta menuai. Antara
acara yang diadakan dalam pesta
Babulang ialah lumba kerbau

● Makan Tahun – tanda kesyukuran
atas hasil yang diterima oleh petani

iii. PESTA KAUL

● Disambut oleh kaum Melanau
● Bertujuan mengelak bencana oleh

roh jahat yang dipanggil Ipok.
● Acara Tibau – permainan berayun

oleh orang lelaki

B) PERAYAAN DI SABAH

i. PESTA KAAMATAN

• Disambut oleh kaum Kadazandusun dan Murut
• Tanda kesyukuran – meraikan semangat padi
atau Bambaazon / Bambarayon
• Upacara tersebut dijalankan oleh Bobohizan /
Bobolian
• Penduduk berharap dapat hasil tuaian padi lebih
lumayan pada tahun berikutnya.
•Pertandingan ratu cantik atau Unduk Ngadau –
simbol pengorbanan Huminodun.
** Huminodun → puteri kepada Kinoingan yang
mengorbankan dirinya untuk membantu manusia
dalam kesusahan semasa musim kemarau.

ii. PESTA REGATA LEPA

• Menghargai peranan lepa dalam
kehidupan kaum Bajau / Sama di
pantai timur Sabah
• Lepa akan dihias cantik dan
perlumbaan perahu diadakan.

5. TARIAN

A) TARIAN DI SARAWAK

i. TARIAN NGAJAT

• Ditarikan oleh orang Iban dan Orang
Ulu
• Untuk menaikkan semangat juang
pahlawan Iban yang hendak pergi
berperang
• Jenis tarian Ngajat
→Ngajat Indu
→ Ngajat Lesung

ii. TARIAN DATUN JULUD

● Lambang kesyukuran dan
kegembiraan kepada Orang
Ulu

● Penari wanita memakai
pakaian berwarna warni
dengan perhiasan di kepala
sambil memegang bulu
burung kenyalang serta
diiriingi alat muzik, sape.

iii. BERMUKUN

● Acara bergendang yang diadakan
semasa majlis perkahwinan

● Gendang akan dipalu oleh golongan
wanita (mak gendang) sambil berpantun
dan golongan lelaki akan menari.

● Asal-usul bermukun ini adalah salah satu
daripada ritual perubatan dalam kalangan
masyarakat khususnya Melayu di
Sarawak pada satu ketika dahulu.

● Elemen berpantun adalah pelengkap dan
satu kemestian kepada aktiviti bermukun

B) TARIAN DI SABAH

i. TARIAN SUMAZAU

• Perkataan Sumazau berasal
daripada perkataan “Sazau”
– pergerakan tangan penari
seperti seekor burung
helang.

• Ditarikan oleh kaum
Kadazandusun semasa
pesta Kaamatan dan majlis
keramaian.

ii. TARIAN MAGUNATIP

• Ditarikan oleh kaum Murut semasa majlis
keramaian

• Menggunakan dua batang buluh.

iii. TARIAN LIMBAI

• Ditarikan secara berpasangan oleh kaum
Bajau/Sama semasa majlis perkahwinan
dan majlis keramaian.

• Penari akan memakai Sarimpak (hiasan
kepala)

6. SENI BINA

A) SENI BINA DI SARAWAK

i. RUMAH PANJANG

• Didiami kaum Iban, Bidayuh dan
Orang Ulu
•Dibina untuk keselamatan dan
pertahanan serta melahirkan
kerjasama dalam kalangan penduduk
• sebagai tempat tinggal, tempat
berinteraksi dan mengadakan perayaan
• diperbuat daripada kayu belian dan
atapnya daripada daun rumbia

ii. RUMAH TINGGI

• Didiami oleh kaum Melanau
• Dibina 10 meter tinggi dari

aras tanah bagi mengelak
musuh
• Diperbuat daripada kayu belian

iii. RUMAH BARUK

• Dibina oleh kaum Bidayuh
• Berbentuk kon dengan

puncaknya dihiasi lambang
burung kenyalang.
• Menjadi tempat menyimpan
tengkorak, senjata, pusat
ritual, mesyuarat dan majlis
sosial.
• Diperbuat daripada kayu
belian, atap daripada daun
rumbia dan dinding daripada
buluh

B) SENI BINA DI SABAH

i. RUMAH PANJANG
RUNGUS

• Dikenali sebagai Vinatang
• Didiami kaum Rungus
• Bilik tidurnya dibina dengan kedudukan
kepala pada sudut tepat menghala Gunung
Kinabalu
• Sebagai tempat tinggal, kubu pertahanan,
menjalinkan kerjasama dan melindungi
penghuninya.
• Diperbuat daripada kayu bulat, buluh, kulit
kayu dan daun nipah

ii. RUMAH PANJANG MURUT

● Dipanggil Tulus atau Pahun
● Dibina atas tujuan keselamatan dan

pertahanan
● Pintu rumah dibina di tepi rumah dan

terdapat ruang memanjang yang
memisahkan bilik-bilik keluarga
● Di tengah rumah terdapat tempat
pertemuan penduduk dan lantai untuk
tarian (lansaran)
● Diperbuat daripada kayu bulat, kulit kayu
dan daun tolidus

iii. LEPA

● Merupakan perahu kaum Bajau /
Sama

● Berfungsi untuk mengangkut barang
dan dijadikan tempat tinggal.

● Diperbuat daripada kayu obasuluk,
seraya, mata-mata dan gagir.

● Atapnya diperbuat daripada daun
nipah

TAHNIAH DAN SYABAS KERANA HADIR PDPR
SEJARAH HARI INI.

TERNYATA AWAK PELAJAR YANG KOMITED DAN
BERTANGGUNGJAWAB. TERUSKAN USAHA..
KEJAYAAN MENANTI..

TUGASAN HARI INI

MENYALIN NOTA BAB 10 MENJAWAB MENGHANTAR NOTA
(10.4) BAHAGIAN 2 KUIZ KEPADA GURU UNTUK
DISEMAK DAN DIREKOD





TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version