MESYUARAT AGUNG MAJLIS GURU BESAR
DAERAH KUALA NERUS
BIL. 8
23 Mac 2022
9.00 Pagi
Primula Beach Resort
Perasmi:
En. Hamid Bin Yahya
Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus
1
MAJLIS GURU BESAR DAERAH KUALA NERUS
D/A SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JEMBAL,
21300 KUALA NERUS, Tel : 09-662 1255
TERENGGANU, DARUL IMAN. Fax : 09-6621255
TEL: 096621255 Email : [email protected]
Rujikan kami : MGB(KN)500/14/2/1 ( 86 )
Tarikh : 7 Mac 2022
Semua Guru Besar
Daerah Kuala Nerus
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR DAERAH KUALA NERUS BIL.8/2022
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus akan mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan Bil. 8/2022 sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 23 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Primula Beach Resort, Kuala Terengganu
3. Agenda mesyuarat:
3.1 : Ucapan Pengerusi Tetap
3.2 : Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus
3.3 : Ucapan Yang Dipertua Majlis Guru Besar Negeri Terengganu
3.4 : Menerima dan mengesah Peringatan Mesyuarat Agung Bil. 7/2021
3.5 : Menerima dan mengesah Laporan Aktiviti Tahunan 2021
3.6 : Menerima dan mengesah Penyata Kewangan Tahunan Berakhir
31 Desember 2021
3.7 : Membahas dan menerima usul
3.8 : Ucapan Penengguhan
4. Sehubungan dengan itu, tuan diminta hadir ke mesyuarat tersebut.
Kerjasama tuan dalam perkara ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.
“ Mendepani Pendidikan Global ”
“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030“
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,
( AZMI BIN SENIK )
Setiausaha,
2
Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus (MGBKN )
EXCO MAJLIS GURU BESAR DAERAH KUALA NERUS 2021/2022
JAWATAN NAMA NO TELEFON SEKOLAH
0199846446 SK Tok Jembal
PENGERUSI Haji Aznordin Bin Jahan 0199533866 SK IPG Datok Razali Ismail
TIMBALAN Haji Ahmad Yusof Bin Abdul 0182659974 SK Mengabang Telipot
PENGERUSI Rahman 0199716641 SK Komp. Gong Badak
0169530102 SK Darat Bukit Nanas
NAIB PENGERUSI 1 0199464509
0199065753 SK Tok Jiring
NAIB PENGERUSI 2 Ahmad Zulhaidi Bin Alias 0199493563 SK Bukit Cempaka
0199896903 SK Tanjung Gelam
SETIAUSAHA Azmi Bin Senik 0179374979 SK Maras
0199885256 SK Bukit Wan
PENOLONG Noor Azuan Binti Abdul 0199766053 SK Telok Ketapang
SETIAUSAHA Rahman 0139272298 SK Padang Air
0199095195 SK Seberang Takir
BENDAHARI Abd Aziz Bin Deraman 0139830402 SK Pechah Rotan
0139848465 SK Padang Kemunting
Hjh. Fatimah Bt. Embong SK Belara
0189110959
Hj. Zam-Zam Bin Mohamed SK Pulau Redang
0139284988
Hjh. Nor Faridah Bt. Abdullah SK Bukit Tunggal
AHLI Mohd ‘Uwaidah Bin Sulaiman
JAWATANKUASA Julia Bt. Benjamin Siri
Nizam Bin Abdullah
Hayati Bt. Othman
Shumaisah Bt. Abd Ghani
Azmi Bin Yusof
PENGERUSI TETAP Zaid Bin Yusoff
TIM. PENGERUSI
TETAP
PEMERIKSA KIRA- Rozila Binti Ami
KIRA 1
PEMERIKSA KIRA- Hjh. Rosita Binti Ahmad
KIRA 2
3
SENARAI NAMA GURU BESAR DAERAH KUALA NERUS
BIL NAMA SEKOLAH NO. TELEFON
0199846446
1 HAJI AZNORDIN BIN JAHAN SK TOK JEMBAL 0199533866
2 AHMAD YUSOFF BIN ABDUL SK IPG KAMPUS DATO' 0199852589
0139830402
RAHMAN RAZALI ISMAIL 0199787070
0179374979
3 HAJI KAMARDIN B KAFFI SK BUKIT NANAS 0199716641
0146083225
4 AZMI BIN YUSOF SK PADANG KEMUNTING 0199464509
0199396685
5 ABD RAHIM BIN ABD RAHMAN SK GONG BADAK 0199766053
0182659974
6 MOHD 'UWAIDHAH BIN SULAIMAN SK BUKIT WAN 0199493563
7 AZMI BIN SENIK SK KOMPLEKS GONG BADAK 0199290283
01120749903
8 MOHD JOHARI BIN JUSOH SK DARAT BATU RAKIT
0139848465
9 ABDUL AZIZ BIN DERAMAN SK TOK JIRING 0189110959
0139284988
10 SHAMSUL ANUWI BIN OTHMAN SK MARAS 01110704648
0199851589
11 NIZAM BIN ABDLLAH SK PADANG AIR 0199095195
0199233713
12 AHMAD ZULHAIDI BIN ALIAS SK MENGABANG TELIPOT 0129676119
13 HAJI ZAM ZAM BIN SK TANJUNG GELAM 0179340200
MOHAMAD@JUSOH 0199885256
0132082969
14 AZRI ROZAIMIE BIN ABU BAKAR SK PAGAR BESI 0139272298
0169530102
15 NOR AZLIN BIN MOHAMED @ SK KOMPLEKS TEMBESU
0199065753
IBRAHIM
16 ZAID BIN YUSOF SK LKTP BELARA
17 ROZILA BINTI AMI SK PULAU REDANG
18 ROSITA BINTI AHMAD SK BUKIT TUNGGAL
19 ZARIAH BINTI ABAS SK BUKIT TOK BENG
20 NORAZURA BINTI TAHIR SK BATU RAKIT
21 SHUMAISAH AB GJANI SK PECHAH ROTAN
22 HAJAH HUSNI BINTI YUSOF SK KAMPUNG GEMUROH
23 SHAMSIDA @SURIYAM BINTI SK BUKIT GUNTONG
HAMZAH
24 AZLIA LIZA BINTI ALIAS SK KOMPLEKS SEBERANG
TAKIR
25 JULIA BINTI BENJAMIN SIRI SK TELUK KETAPANG
26 NOR AZYAN AMINAH BT OTHMAN SK BUKIT TUMBUH
27 HAYATI BINTI OTHMAN SK SEBERANG TAKIR
28 NOOR AZUAN BINTI ABDUL SK KOMPLEKS MENGABANG
RAHMAN TELIPOT
29 FATIMAH BINTI EMBONG SK BUKIT CHEMPAKA
4
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS GURU BESAR
DAERAH KUALA NERUS BILANGAN 7/2021
SESI 1 : MAJLIS PERASMIAN
TARIKH : 23 Mac 2021
MASA : 10.00 pagi
TEMPAT : Kompleks Desa Taqwa, Telemong, Hulu Terengganu
KEHADIRAN : - Guru Besar SK Tok Jembal
1. En. Aznordin Bin Jahan - Guru Besar SK IPG Kampus Dato’ Razali
2. En. Ahmad Yusof Bin Abd Rahman - Guru Besar Gong Badak
3. En. Ahmad Zohir Bin Haron - Guru Besar Mengabang Telipot
4. En. Ahmad Zulhaidi Bin Alias - Guru Besar Padang Kemunting
5. En. Azmi Bin Yusof - Guru Besar SK Kompleks Seberang Takir
6. En. Mohd Fadli Bin Sidek - Guru Besar SK Kompleks Gong Badak
7. En. Azmi Bin Senik - Guru Besar SK Tok Jiring
8. En. Abdul Aziz Bin Deraman - Guru Besar SK Kom. Mengabang Telipot
9. En. Hassin Bin Mohd Din - Guru Besar SK Bukit Wan
10. En. Mohd ‘Uwaidah Bin Sulaiman - Guru Besar SK Padang Air
11. En. Nizam Bin Abdullah - Guru Besar SK Kompleks Tembesu
12. En. Nor Safizan Bin Hussain - Guru Besar SK LKTP Belara
13. En. Zaid Bin Yusof - Guru Besar SK Tanjung Gelam
14. En. Zam Zam Bin Mohamed - Guru Besar SK Bukit Nanas
15. Tn. Haji Kamaldin Bin Kafi - Guru Besar SK Seberang Takir
16. Pn. Hayati Binti Othman - Guru Besar SK Batu Rakit
17. Pn. Norazura Binti Tahir - Guru Besar SK Maras
18. Pn. Nor Faridah Binti Abdullah - Guru Besar SK Bukit Cempaka
19. Pn. Fatimah Binti Embong - Guru Besar SK Kampung Gemuruh
20. Pn. Husni Binti Yusoff - Guru Besar SK Bukit Tunggal
21. Pn. Rosita Binti Ahmad - Guru Besar SK Pulau Redang
22. Cik Rozila Binti Ami - Guru Besar SK Pechah Rotan
23. Pn. Shumaisah Binti Abd Ghani - Guru Besar SK Darat Batu Rakit
24. Pn. Noor Azuan Binti Abdul Rahman - Guru Besar SK Bukit Tumbuh
25. Pn. Nor Azyan Aminah Binti Othman - Guru Besar SK Bukit Tok Beng
26. Pn. Zariah Binti Abas
TURUT HADIR : - Tuan PPD Daerah Kuala Nerus
1. En. Hamid Bin Yahya - YDP MGB Negeri Terengganu
2. En. Marzilaini Bin Mohamad
TIDAK HADIR BERSEBAB : - Guru Besar SK Telok Ketapang
1. Pn. Julia Binti Benjamin Siri
5
2. Pn. Azlia Liza Binti Alias - Guru Besar SK Pagar Besi
3. En. Che Muhammad Nor Bin Che Yusof - Guru Besar SK Bukit Guntong
AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran
semua Guru Besar ke Mesyuarat Agung Tahunan Bilangan 7/2021 bertempat
di Kompleks Desa Taqwa, Telemong, Hulu Terengganu.
1.2 Mengucapkan terima kasih kepada En.Hamid Bin Yahya, PPD Kuala Nerus dan
En. Mazilaini Bin Mohamad, YDP MGBNT yang sudi hadir.
AGENDA 2 : Bacaan Doa
2.1 Dipimpin oleh En. Mohd ‘Uwaidah Bin Sulaiman, Guru Besar SK Bukit Wan
AGENDA 3 : Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus
3.1 Mengalu-alukan kehadiran semua Guru Besar dan terima kasih atas kesudian
En. Hamid Bin Yahya, PPD Kuala Nerus dan En. Mazilaini Bin Mohamad, YDP
MGBNT untuk hadir ke Mesyuarat Agung MGB Kuala Nerus kali ini.
3.2 Memaklumkan mesyuarat hari ini merupakan kali pertama diadakan di luar
daerah iaitu di Hulu Terengganu.
3.3 Menyatakan satu cabaran yang besar bagi guru-guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akibat daripada pendemik
Covid-19 dimana guru-guru terpaksa menguasai beberapa kaedah pengajaran
secara online melalui google meet, google class room dan sebagainya.
3.4 Menyatakan harapan agar semua guru besar dan guru-guru bersedia dan akur
dengan perubahan yang memerlukan kemahiran dan pendekatan baharu
untuk bergerak seiring dengan kehendak semasa.
3.5 Memaklumkan bahawa tiada lagi UPSR, untuk itu tumpuan harus diberikan
kepada PBD. Namun begitu ujian pertengahan tahun dan akhir tahun boleh
dilaksanakan sebagai nilai tambah mengikut kesesuaian sekolah masing-
masing.
3.6 Mengharapkan agar rakan-rakan guru besar, sentiasa ingatkan guru-guru
supaya menjaga nama baik profesion perguruan kerana guru adalah kerjaya
yang mulia dan dipandang tinggi dalam masyarakat. Di samping itu, berusaha
untuk melahirkan generasi pemimpin di kalangan guru-guru dan guru
penolong kanan.
6
AGENDA 4 : Ucapan En. Mazilaini Bin Mohamad – Yang Dipertua Majlis Guru Besar
Negeri Terengganu.
4.1 Memulakan ucapan dengan salam dan mengucapkan terima kasih atas
jemputan.
4.2 Merakamkan terima kasih atas kehadiran Pegawai Pendidikan Daerah dan ini
mengambarkan keprihatinan beliau terhadap Majlis Guru Besar.
4.3 Memaklumkan Mesyuarat Agung Majlis Guru Besar Negeri Terengganu akan
diadakan pada 6 April 2021 bertempat di Primula Beach Resort. Kehadiran ke
mesyuarat agung berkenaan akan dikecilkan sebagai mematuhi SOP.
4.4 Mengharapkan agar mesyuarat agung hari ini digunakan sebaik mungkin
untuk berbincang dan merangka strategi terbaik untuk kecemerlangan
Pendidikan. Serta raikan perbezaan pendapat dengan hati terbuka. Usah
renggangkan keakraban yang sedia ada, bimbing yang muda dan yang veteran
jangan tinggalkan.
AGENDA 5 : Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus
5.1 Memulakan ucapan dengan bercerita kisah sorang penjual ikan hiasan dan
mengulas pantun yang sesuai dengan tugasan guru besar.
5.2 Mengharapkan agar guru besar dapat mengurus guru-guru dan kakitangan
dengan baik dan berhemah. Banyak gunakan budibicara dalam membuat
keputusan di samping patuh kepada pekeliling dan arahan. Tidak perlu marah-
marah dan sentiasa tenang dalam mengendalikan masalah.
5.3 Mengingatkan semua guru besar supaya memberi kepercayaan kepada
penolong-penolong kanan dan bimbinglah mereka dalam mengurus tugasan.
5.4 Mengingatkan supaya guru besar tidak mengamalkan pilih kasih dalam
mengagihkan tugasan. Tanganilah guru-guru bermasalah dengan bijaksana.
Menukar guru bermasalah bukan jalan penyelesaian terbaik.
5.5 Mohon guru besar berfikiran kreatif, sentiasa lakukan perubahan jangan
selesa dengan keadaan semasa. Tunjukkan kehebatan sekolah. Lakukan
kunjungan ke sekolah berhampiran untuk dapatkan idea dan ubah suai
dengan situasi dan kemampuan sekolah.
5.6 Memaklumkan bahawa mesyuarat agung tahunan PIBG ditangguhkan
sehingga diberitahu. Tidak dibenar melakukan sebarang aktiviti melibatkan
orang luar dalam Kawasan sekolah.
7
5.7 Memaklumkan, sebarang jemputan orang kenamaan perlu melalui Jabatan
Pendidikan Negeri.
5.8 Mengharapkan supaya pematuhan SOP dilaksanakan dengan ketat, guru dan
murid tidak dibenarkan makan di kantin. Murid makan didalam kelas dengan
pengawasan guru.
5.9 Akhirnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Guru Besar Daerah
Kuala Nerus Bilangan 7/2021.
Majlis berakhir jam 12.30 tengahari.
8
SESI 2 : MESYUARAT AGUNG MGB KUALA NERUS BIL. 7/2021
AGENDA 1 : Ucapan Pengerusi Tetap, En. Zaid bin Yusof
Memulakan dengan ucapan salam dan bacaan surah Al-Fatihah.
1.1
1.2 Memaklumkan kegadiran ahli mesyuarat seramai 26 daripada 29 ahli.
1.3 Memohon ahli memberikan kerjasama dalam mengendalikan mesyuarat
agung kali ini supaya dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.
AGENDA 2 : Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus
2.1
Memulakan dengan ucapan salam dan terima kasih atas kehadiran ahli
2.2 MGBKN dan mendoakan semoga mesyuarat hari ini dapat berjalan dengan
baik.
Mengharapkan keakraban antara rakan-rakan guru besar dapat diteruskan
dan hendaklah saling bantu-membantu dalam melaksanakan aktiviti serta
mencemerlangkan sekolah di Daerah Kuala Nerus.
2.3 Memohon guru-guru besar muda berfikiran kreatif dalam menggarap idea-
idea baru bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang serta bersaing secara
sihat dalam membentuk organasi sekolah yang hebat.
2.4 Berharap rakan-rakan guru besar memperbanyakkan jalingan dan jaringan
dengan agensi luar untuk membantu sekolah terutama dari segi bantuan
kewangan dan meterial.
2.5 Mesyuarat hari ini berlaku pemilihan exco yang baru oleh itu, buatlah
pemilihan yang betul untuk meneruskan kepimpinan yang dapat membina
MGBKN ke arah yang lebih cemerlang.
AGENDA 3 : Membentang dan mengesah Peringatan Mesyuarat Agung Bil. 6/2020
3.1
Tuan Sitiausaha, En. Ahmad Zohir bin Haron membentang Minit Mesyuarat
3.2 Agung Majlis Guru Besar Daerah Kuala Nerus Bil. 6/2020 dari muka surat 1
hingga 6.
Puan Norazura binti Tahir, Guru Besar SK Batu Rakit mencadangkan minit
mesyuarat diterima dan disokong oleh Puan Rosita binti Ahmad, Guru Besar
SK Bukit Tunggal.
9
AGENDA 4 : Membentang dan mengesahkan Laporan Aktiviti Tahun 2020
4.1
Tuan Setiusaha, membentang Laporan Aktiviti Majlis Guru Besar Daerah Kuala
4.2 Nerus bagi tahun 2020 dari muka surat 7 hingga 8.
Cik Rozila binti Ami, Guru Besar SK Pulau Redang mencadangkan agar Laporan
Aktiviti diterima dan disokong oleh Puan Zariah binti Abas, Guru Besar SK
Bukit Tok Beng.
AGENDA 4 : Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan
4.1
En. Abd Aziz bin Deraman, Bendahari Majlis Guru Besar Kuala Nerus
4.2 membentangkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 di muka
surat 9 dan 10.
Puan Hajah Nor Faridah binti Abdullah, Guru Besar SK Maras mencadangkan
agar Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2020 diterima dan disokong
oleh Puan Hayati binti Othman.
AGENDA 5 : Membentang dan membahas usul
Setelah membentang dan membahas, mesyuarat telah bersetuju menerima
beberapa usul untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkenaan:
5.1 Mendesak pihak berkenaan menempatkan jawatan ketua kerani di sekolah
yang mempunyai pelajar 500 orang ke atas.
5.2 Mendesak pihak berkenaan mewujudkan jawatan juruteknik berkelompok
untuk sekolah-sekolah rendah.
5.3 Mendesak pihak berkenaan menambah pekerja kebersihan sesuai dengan
keluasan sekolah.
AGENDA 8 : Pembubaran Jawatankuasa Majlis Sesi 2018 – 2021
8.1
Pengerusi tetap mengumumkan pembubaran Jawatankuasa Majlis Guru Besar
Kuala Nerus Sesi 2018 – 2021 dan menyerahkan kepada En. Ahmad Yusof bin
Abdul Rahman untuk perlantikan jawatankuasa 2021 – 2024.
AGENDA 9 : Perlantikan Jawatankuasa Majlis Guru Besar Kuala Nerus Sesi 2021 – 2024
10
9.1 Puan Hajah Husni binti Yusoff telah mencadangkan agar jawatankuasa lama
dikekalkan dengan perubahan, iaitu Puan Zariah binti Abas menggantikan En.
Che Muhammad Nor bin Che Yusoff. Disokong oleh Cik Rozila binti Ami, Guru
Besar SK Pulau Redang.
9.2 Mesyuarat menerima cadangan mengekalkan Jawatankuasa lama untuk Sesi
2021 – 2024
AGENDA 10 : Ucapan Penangguhan
10.1 Tuan Haji Aznordin bin Jahan, Pengerusi MGBKN mengucapkan terima kasih
atas kepercayaan yang diberikan dengan mengekalkan jawatankuasa sedia
ada untuk terus memimpin MGBKN. Memohon maaf kiranya terdapat
kekurangan dan kelemahan dalam mengurus organisasi. Mengharapkan
Kerjasama daripada semua rakan guru besar dalam menggerakkan MGBKN ke
tahap yang lebih cemerlang.
10.2 En. Zaid bin Yusof mengucapkan terima kasih dan memohon maaf sekiranya
terdapat kesilapan dan kelemahan dalam mengendalikan mesyuarat kali ini.
Berdoa agar sekolah-sekolah di Kuala Nerus terus maju dan berada di puncak
kejayaan.
Disediakan oleh Disemak oleh
NOOR AZUAN BINTI ABD RAHMAN AZMI BIN SENIK
Penolong Setiausaha Setiausaha
Disahkan oleh
AZNORDIN BIN JAHAN
Pengerusi MGBKN
11
LAPORAN AKTIVITI 2021
1. JAWATANKUASA BIRO LATIHAN
KETUA : GB Hayati Binti Othman
SETIAUSAHA : GB Shumaisah Binti Ab Ghani
AJK : GB Hajah Husni Binti Yusof
: GB Ahmad Zulhaidi Bin Alias
: GB Nor Azyan Aminah Binti Othman
: GB Nor Azlin Bin Mohamad
BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
1 Bengkel pengurusan kewangan, perolehan dan 16 Jun 2021 Atas talian
aset dan santapan rohani. 23 Jun 2021 Atas talian
9.00 pagi
2 Kursus pengenalan pengurusan aset kerajaan di Atas talian
sekolah. 23 Jun 2021
2.30 petang USTP Tok Jiring.
3 Kursus Pengurusan Aset Kerajaan: Pindahan,
pelupusan, kehilangan dan hapuskira. 15 Desimber
2021
4 Bengkel Perancangan Strategik Organisasi (PSO)
2. JAWATANKUASA BIRO SUKSES
KETUA : GB Zahriah Binti Abas
SETIAUSAHA : GB Azlia Liza Binti Alias
AJK : GB Hajah Rozita Binti Ahmad
: GB Hajah Fatimah Binti Embong
: GB Azri Rozaimi Bin Abu Bakar
: GB Mohd ‘Uwaidah Bin Sulaiman
: GB Haji Kamardin Bin Kaffi
12
BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
1 Mesyuarat Agung MGBKN Kali ke 7 23 Mac 2021 Kompleks Desa Taqwa,
Hulu Terengganu
2 Majlis Persaraan Cg M. Nor 12.8.2021 Atas talian
3 Majlis Haruman Kasih Seuntai Nama 16.11.2021
Sumai Hotel
3. JAWATANKUASA BIRO AKADEMIK
KETUA : GB Haji Zam Zam Bin Mohamed @ Jusoh
SETIAUSAHA : GB Rozila Binti Ami
AJK : GB Nor Faridah Binti Abdullah
: GB Ahmad Yusof Bin Abd Rahman
: GB Noor Azuan Binti Abdul Rahman
: GB Julia Binti Benjamin Siri
: GB Mohd Johari Bin Jusoh
BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
24 Jun 2021 Google Meet
1 Bengkel Pemurnian Sumber Pembelajaran
Pemulihan ( SPP )
2 Perlantikan Pengerusi Biro Akademik Baru. 15 Nov 2021 Google Meet
Pengerusi lama bergerak ke PPDKN
3 Mesyuarat Pertama Exco Baru Akademik 16 Nov 2021 Bilik Mesyuarat
2021 SK Tanjung Gelam
4 Mesyuarat bersama JU pemulihan 01 Dis 2021 Bilik Mesyuarat
SK Tanjung Gelam
5 Pelancaran Modul Pintas Daerah Kuala Nerus 05 Dis 2021
Dewan Sri Gelang
SK Tanjung Gelam
13
4. JAWATANKUASA BIRO EKONOMI
KETUA : GB Abd Rahim Bin Abd Rahman
SETIAUSAHA : GB Nor Azura Binti Tahir
AJK : GB Shamsidar @ Suriyam Binti Hamzah
: GB Azmi Bin Yusof
: GB Nizam Bin Abdullah
: GB Zaid Bin Yusof
BIL PERKARA TARIKH TEMPAT
1
2
3
14
TARIKH MAJLIS GURU BESAR DAE
PENYATA KEWANGA
01.01.2021 HING
WANG MASUK / PENDAPATAN JUMLAH (RM) TAR
01.01.2021 BAKI B/F 42,587.44
2,100.00 13.01
30.11.2021 YURAN MGB KUALA NERUS (21 13.01
ORANG)
22.02
17.03
17.03
23.03
25.03
25.03
04.04
13.04
07.07
10.08
1
ERAH KUALA NERUS 2021
AN BAGI TAHUN 2021
GGA 31.12.2021
RIKH WANG KELUAR/ PERBELANJAAN JUMLAH(RM)
1.2021 MESYUARAT PERANCANGAN MGB KN 378.00
1.2021 PELANCARAN MODUL PEMULIHAN PPDKN 150.00
2.2021 YURAN GMGBM & MGBNT 2021 580.00
3.2021 DEPOSIT BAJU KOPERAT 500.00
3.2021 MESYUARAT EXCO MGBKN DI IPG 375.00
3.2021 PERBELANJAAN MESYUARAT AGUNG MGBKN 1,834.65
3.2021 KALENDAR MGB NT 377.00
3.2021 BAYARAN BAJU BATIK 4,307.00
4.2021 BAYARAN MESYUARAT TAHUNAN MGB NT 2021 300.00
4.2021 SUMBANGAN PERSIAPAN PERTANDINGAN PSS 200.00
PERINGKAT KEBANGSAAN SK PECAH ROTAN
1,100.00
7.2021 BAYARAN BAJU KOPERAT MGBKN
490.00
8.2021 BAYARAN BUKU PENULISAN EVIDENS DAN
PENSKORAN KAEDAH SISTEMATIK SKPMg2
15
JUMLAH TERIMAAN 16.08
20.09
BAKI DALAM BANK 31.12.2021 03.11
07.11
DISEDIAKAN OLEH : 11.11
16.11
( ABDUL AZIZ BIN DERAMAN ) 01.12
BENDAHARI 05.12
07.12
15.12
44,687.44
25,403.59
DISEMAK OLEH :
JURUAUDIT DALAM 1
( ROSITA BINTI AHMAD )
1
8.2021 BAYARAN BUKU PAJSK (MGB DUNGUN) 3,580.00
9.2021 PULUT KUNING BERHIAS 70.00
1.2021 BAYARAN BUKU MYSG
1.2021 T-SHIRT MGBKN 928.00
1.2021 BAJU BATIK TAMBAHAN 1,487.00
1.2021 SUMAI HOTEL APARTMENT MAJLIS MERAIKAN 495.20
PERTUKARAN GB DAN JAMUAN AKHIR TAHUN
1,468.00
2.2021 MESYUARAT BIRO AKADEMIK BIL.2/2021
108.00
2.2021 MESYUARAT GURU DATA ANJURAN PPDKN DI 155.00
SK KOMPLEKS TEMBESU
198.00
2.2021 MAKAN DAN MINUM PROGRAM REFLEKSI PPD 203.00
KN 19,283.85
2.2021 MAJLIS PELANCARAN PINTAS 2021
JUMLAH WANG KELUAR / PERBELANJAAN
DISEMAK OLEH :
JURUAUDIT DALAM 2
( ROZILA BINTI AMIN )
16
USUL-USUL
1. Mempercepatkan pembinaan sekolah K9 untuk SK Pulau Redang bagi mengurangkan
keciciran kehadiran murid.
- Haji Aznordin Bin
Jahan
2. Mewujudkan Guru Besar cemerlang DG48.
- Haji Aznordin Bin
Jahan
3. Memberi Elaun khas tetap Guru Besar untuk meraikan tetamu ke sekolah.
- Azlia Liza Binti Alias
4. Memberi bantuan tablet kepada Guru Besar untuk kerja-kerja pengurusan.
- Alia Liza Binti Alias
5. Melantik jawatan warden asrama di sekolah rendah dari kalangan bukan guru.
- Zahriah Binti Abas
6. Melantik warden asrama perempuan dan lelaki bukan berdasarkan jumlah keramaian
murid.
- GB Zahriah Binti Abas
7. Menaikkan elaun Guru Besar daripada RM200 kepada RM400.
- GB Hayati Binti
Othman
8. Mewujudkan jawatan pustakawan tetap di sekolah rendah bukan daripada kalangan
guru.
- GB Hayati Binti
Othman
17