BULETIN PERPUSTAKAAN K O L E J M A T R I K U L A S I M E L A K A BIL. 5 / 2024 Inovasi NLP Pelonjak Prestasi Diri 5 tips pra persediaan pembaca ke PBAKL Rombongan ke Pesta Buku Antarabangsa PBAKL ke-41 Inspirasi Masa Hadapan: Perpustakaan dalam Era Digital KANDUNGAN
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm MD. TAIB MAT 2020 9789834449698 AKADEMI NLP MALAYSIA INOVASI NLP PELONJAK PRESTASI DIRI RESENSI BUKU Sinopsis : NLP bermaksud Neuro Linguistic Programming. Ia berkaitan dengan sains minda. Ianya berkaitan sains dan teknologi bagaimana kita dapat menggunakan otak untuk berfikir dengan lebih baik. NLP adalah tentang neuro atau otak dan sistem saraf anda. Fungsi deria untuk mencerap maklumat dan seterusnya membina model dunia kita. Penulisan buku ini berkaitan dengan pengamal NLP, mereka menceritakan bagaimana program NLP ini boleh membantu untuk menguruskan pelbagai masalah kehidupan. Buku ini dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut; Bahagian Pertama : Motivasi diri - Kaedah “Bullet Train” cara untuk melonjakkan prestasi dengan lebih cepat. - “Well Formed Outcomes” cara untuk menetapkan matlamat. Bahagian Kedua : Pencapaian matlamat - Cara menetapkan matlamat dengan menggunakan garis masa. - Menggunakan teknik visualisasi dan meletakkan diri dalam keadaan trance dan pilihan dalam kehidupan. Bahagian Ketiga : Komunikasi - Kaedah Model Matriks untuk membantu seseorang individu berkomunikasi di hadapan khalayak ramai. Bahagian keempat : Terapi dan Penyembuhan Diri - Penulis menggunakan kaedah model TOTE untuk menambahbaik strategi. ZAHARAH BINTI BAHARI Unit Pendidikan Islam
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm MD. TAIB MAT 2020 9789834449698 AKADEMI NLP MALAYSIA INOVASI NLP PELONJAK PRESTASI DIRI RESENSI BUKU Bahagian kelima : Pengajaran dan Pembelajaran - Penulis telah menerangkan secara ringkas 7 langkah untuk menghafaz Al-Quran dengan kaedah NPL. - Membina pengaturcaraan yang bersesuaian dengan VAK. Bahagian keenam : Pembinaan jati diri - Membina jati diri yang kukuh dengan mengikis perkara negatif Antara manfaat yang diperolehi daripada pembacaan buku ini ialah saya boleh menggunakan secara langsung kaedah NLP yang bersesuaian dengan diri saya sebagai seorang ibu, isteri , anak dan juga sebagai seorang pensyarah. Saya telah mengaplikasikan kaedah NLP ini dalam kelas PdP antaranya penetapan matlamat, garis masa dan pengaturcaraan hidup ZAHARAH BINTI BAHARI Unit Pendidikan Islam
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm INFOGRAFIK BULANAN
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm 30 MEI 2024 WTC, KUALA LUMPUR Perpustakaan Zaaba telah mengadakan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bersama-sama dengan 36 orang peserta terdiri daripada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dan ahli keluarga. Rombongan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ini adalah bertujuan untuk membantu perpustakaan memilih bahan-bahan bacaan dan rujukan bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran. Program lawatan ini adalah salah satu pendekatan untuk memupuk budaya membaca di kalangan warga KMM. Ribuan & jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Pengurusan Tertinggi KMM kerana sama-sama menyokong program pembudayaan ilmu ini. Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan lagi budaya membaca dikalangan warga kampus seterusnya melahirkan generasi yang berilmu. Buat anda diluar sana, follow rapat Perpustakaan Zaaba kerana banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang bakal dilaksanakan kelak. Kita jumpa di program seterusnya! INTISARI PROGRAM ROMBONGAN KE PESTA BUKU ANTARABANGSA PBAKL KE-41
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm Perpustakaan, sebagai gedung pengetahuan dan pusat pembelajaran telah menjadi landasan bagi masyarakat yang terpelajar dan berpendidikan selama berabad-abad. Walau bagaimanapun, dalam era digital yang berkembang pesat seperti sekarang ini, peranan dan imej perpustakaan mengalami transformasi yang signifikan. Di masa hadapan, perpustakaan akan menjadi lebih daripada sekadar tempat penyimpanan buku dan sumber bacaan. Ianya akan menjadi pusat komuniti yang dinamik, tempat berkumpul bagi tujuan kolaborasi, pembelajaran dan mengakses pengetahuan dalam pelbagai bentuk. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang dimiliki oleh perpustakaan masa hadapan: Pusat Teknologi dan Inovasi : Perpustakaan akan menjadi pusat teknologi yang inovatif, memberikan akses kepada perisian dan peranti terkini untuk menyokong pembelajaran digital, pemprograman, dan perkembangan teknologi. Kandungan Digital dan Akses Terbuka : Koleksi perpustakaan sebahagian besarnya tersedia dalam format digital, membolehkan akses yang lebih meluas dan mudah kepada pengguna dari mana-mana sahaja. Model akses terbuka akan diperluas, membolehkan individu mengakses sumber rujukan tanpa sekatan kecuali sekatan internet. Ruangan Kolaboratif : Selain ruang bacaan, perpustakaan masa hadapan akan menawarkan ruang kolaboratif dilengkapi dengan teknologi canggih untuk menyokong perbincangan, projek kolaboratif, dan perbincangan komuniti. Program Pembelajaran dan Latihan : Perpustakaan akan menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan program dan kursus untuk memperluaskan kemahiran dan pengetahuan pengguna dalam pelbagai bidang daripada kemahiran digital hingga kemahiran interpersonal. Kebudayaan dan Seni : Perpustakaan akan menjadi tempat untuk menghargai dan merayakan kebudayaan dan seni dengan menganjurkan pameran seni, pertunjukan budaya dan acara kreatif. Sokongan Kesejahteraan Mental : Mengambil kira kepentingan kesihatan mental, perpustakaan masa hadapan mungkin akan menawarkan perkhidmatan sokongan kesihatan mental seperti bilik meditasi, program kesejahteraan dan akses kepada sumber daya kesihatan mental. INSPIRASI MASA HADAPAN: PERPUSTAKAAN DALAM ERA DIGITAL ARTIKEL PENDEK
www.librarykmm.top librarykmm @librarykmm @librarykmm INSPIRASI MASA HADAPAN: PERPUSTAKAAN DALAM ERA DIGITAL ARTIKEL PENDEK Akses Universal : Perpustakaan masa hadapan akan berkomitmen untuk menyediakan akses yang seragam kepada semua individu termasuk mereka yang mempunyai keperluan khas atau tinggal di kawasan terpencil. Kelestarian Alam Sekitar : Dengan kesedaran yang meningkat tentang kelestarian alam, perpustakaan masa hadapan mungkin akan mengamalkan amalan-amalan mesra alam dalam operasi mereka seperti menggunakan tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan pembuangan sisa. Perpustakaan masa hadapan akan menjadi pusat intelektual dan budaya masyarakat yang menghubungkan individu dengan pengetahuan, teknologi, dan antara satu sama lain. Melalui penyesuaian berterusan terhadap perubahan zaman, perpustakaan akan terus menjadi aset yang tidak ternilai bagi masyarakat moden.