The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DOKUMENTASI HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SK JERAM 2023 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cahayamata54, 2024-02-10 05:18:47

DOKUMENTASI HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SK JERAM 2023 2024

DOKUMENTASI HARI ANUGERAH KOKURIKULUM SK JERAM 2023 2024

DOKUMENTASI HARI APRESIASI KOKURIKULUM SK JERAM 2023/2024 DIRASMIKAN OLEH: PENGERUSI KRT JERAM TARIKH: 31/01/2024 MASA : 10.30 PAGI—12.30 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN SEMENTARA SK JERAM


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. Kertas Kerja 3 2 Laporan Aktiviti 6 4 Laporan Program : Dokumentasi Bergambar 8 5 Lampiran : Jawatankuasa Induk & Jawatankuas pelaksana 22 6 Lampiran : Tentatif Program 24 7 Penutup 26


KERTAS KERJA


1.0 PENGENALAN Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah satu acara yang diadakan bagi memberi penghargaan kepada murid– murid yang aktif dalam bidang kokurikulum. Aktiviti yang bakal dijalankan seperti penyampaian sijil dan anugerah kepada murid– murid. Program ini diharapkan membantu memberi pendedahan kepada murid– murid dalam untuk merancang pembabitan aktiviti kokurikulum murid di peringkat sekolah dan daerah. Program ini juga mendukung ke arah pencapaian kecemerlangan sahsiah. 2.0 OBJEKTIF Objektif Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum adalah bagi menggalakkan pelajar aktif dan berminat dalam aktiviti– aktiviti kokurikulum yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah mahupun pihak tertentu. Antaranya ialah; 2.1 Memupuk semangat bersatu padu bekerja dalam satu Kumpulan sama ada persatuan, kelab atau unit beruniform. 2.2 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan dedikasi serta mampu menjadi pemimpin yang berkaliber. 2.3 Menggalakkan pelajar berusaha dalam aspek kepimpinan serta dapat memupuk sikap disiplin yang tinggi. 2.4 Memberi peluang kepada ibu bapa berbincang dengan pihak sekolah demi kebaikan anak mereka.


3.0 PENGANJUR Unit Kokurikulum SK Jeram 4.0 PELAKSANAAN Tarikh : 31 Januari 2024 Hari : Rabu Masa : 10.30 pagi—12.30 Tengah hari Tempat : Dewan Sementara SK Jeram 5.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid Tahun 3,4,5 & 6 SK Jeram.


LAPORAN PROGRAM: LAPORAN AKTIVITI (BERTULIS)


LAPORAN AKTIVITI PERKARA BUTIRAN Nama Program Hari Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2023/2024 Tarikh Program 31 Januari 2024 Tempat Program Dewan Sementara SK Jeram Penganjur Unit Kokurikulum SK Jeram Kumpulan Sasaran Semua murid Tahun 3,4,5 dan 6 Ringkasan Perjalanan Program Majlis ini dimulakan dengan perarakan masuk tetamu VIP diiringi oleh barisan pentadbir ke dalam dewan. Pengacara majlis mengalu- alukan kehadiran semua tetamu. Kemudian, para hadirin dihidangkan dengan persembahan silat oleh Muhammad Daffa Aniq, murid Tahun 4 Cemerlang dan Ahmad Adam, murid Tahun 6 Cemerlang. Selepas itu, hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan dua buah lagu rasmi iaitu lagu Negaraku dan Negeri Selangor. Selesai nyanyian, bacaan doa disampaikan oleh Ustaz Zafarul Idham bagi memohon keberkatan dan kelancaran majlis. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ikrar dan tayangan montaj. Montaj ini mengandungi semua aktiviti dan program di bawah Unit Kokurikulum yang telah dijalankan sepanjang sesi 2023/2024. Usai tayangan, Guru Besar iaitu Puan Nur Farehan menyampaikan ucapan. Dalam ucapan beliau, beliau menegaskan betapa pentingnya pelibatan murid dalam kegiatan sukan dan aktiviti kokurikulum kerana semua pencapaian mempunyai markah dalam sistem PAJSK. Beliau menjelaskan lagi bahawa markah PAJSK akan memberi kesan kepada markah sekolah. Selepas ucapan Guru Besar, ucapan oleh perasmi pula mengambil tempat. Selesai ucapan perasmi, pihak sekolah berbesar hati menyampaikan cenderahati kepada perasmi. Seterusnya, tibalah agenda yang paling ditunggu- tunggu iaitu penyampaian sijil penghargaan kepada semua murid yang cemerlang dalam kokurikulum disusuli dengan penyampaian Bacaan Nilam Terbanyak sesi 2023/2024. Akhir sekali, majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada peserta Pertandingan Bercerita, Syair dan Sajak yang telah menyertai Karnival MBMMBI Peringkat Daerah Kuala Selangor 2023). Selepas sesi bergambar, majlis bersurai pada pukul 12.30 tengah hari. Kos perbelanjaan RM 614.00 Masalah/ kekangan (jika ada) Tiada Kelebihan/ manfaat program Majlis ini sebagai simbolik tanda menghargai murid- murid yang cemerlang dalam kokurikulum. Majlis ini juga melibatkan kerjasama yang jitu antara para pentadbir, guru, PIBG, KRT, staf sokongan dalam menghargai jasa murid- murid dalam menaikkan nama sekolah agar sebaris dengan sekolah- sekolah lain. Cadangan penambahbaikan Tiada Disediakan oleh : ____________________________ Nama : NOOR’ AIN BINTI MUSA Jawatan : AJK DOKUMENTASI


LAPORAN PROGRAM: DOKUMENTASI BERGAMBAR


MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH


PERSIAPAN PENTAS DAN DEWAN


MAJLIS KHATAM AL QURAN (sebelum Majlis Anugerah Kokurikulum bermula)


PERSEMBAHAN SILAT


BACAAN DOA


TAYANGAN MONTAJ


BACAAN IKRAR


UCAPAN GURU BESAR


AJK HADIAH


PENGACARA MAJLIS & AJK P.A SYSTEM UCAPAN PERASMI


PENYAMPAIAN HADIAH


PENYAMPAIAN HADIAH


PENYAMPAIAN HADIAH


LAMPIRAN: Jawatankuasa induk & Jawatankuasa pelaksana


AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI: Pn. Nur Farehan binti Ahmad Fuad TIMBALAN PENGERUSI: Pn. Azirawani binti Ab. Llah NAIB PENGERUSI 1: En. Hairul Razib bin Nordin NAIB PENGERUSI 2: Pn. Suzana binti Chen SETIAUSAHA: Cik Nur Amalina binti Ahmad BENDAHARI: Pn. Norlida binti Halidi AJK HADIAH 1. Cik Sumarni bt Sudi (K) 2. Pn. Azhani bt Ahyar 3. Cik Nur Amalina bt Ahmad AJK SIJIL ANUGERAH 1. Cik Nur Amalina bt Ahmad (K) 2. Pn. Intan Jamala bt Maarop (Pasukan Badan Beruniform) 3. En. Velmurukan A/L Perumal (Kelab & Persatuan) 4. En. Mohamad Afiq b. M. Sulaiman (Sukan & Permainan) AJK BUKU PROGRAM 1. Pn. Norliza bt Awang AJK SURAT JEMPUTAN 1. Pn. Fairuz bt Mokhtar 2. Pn. Norlida bt Halidi AJK SIARAYA DAN TEKNIKAL 1. En. Wan Mohamad b. Wan Deraman 2. En. Nazarudin b. Hassan AJK JURUACARA 1. En. Mohd Salleh b. Zainal 2. Pn. Siti Aminah bt Azmi AJK BACAAN DOA 1. En. Zafarul Idham b. Shamuli AJK PERSEMBAHAN DIGITAL 1. Pn. Saidatul Akmar bt Shaari 2. Pn. Murnizahayu bt Arifin AJK PERSIAPAN & MENGEMAS TEMPAT 1. En. Ahmad Khumaizi b, Aspani 2. En. Taufik b. Ismail AJK BACKDROP 1. Pn. Zubaidah bt Abu Bakar (K) 2. Pn. Norhazliza bt Mohamed Noh 3. Pn. Nor Juhana bt Ma’ayob 4. Pn. Dzaidatulnur bt Sohandi 5. En. Muhd Asraf b. Abd Halim AJK FOTOGRAFI 1. Pn. Norlela bt Mat Lela AJK KEHADIRAN 1. Cik Amalina bt Ahmad AJK DOKUMENTASI 1. Pn. Noor’ain bt Musa AJK DISIPLIN 1. En. Nor Azmi b. Maskor 2. En. Mohamad Afiq b. M. Sulaiman 3. En. Velmurukan A/L Perumal AJK PROTOKOL 1. Cik Amalina bt Ahmad 2. Pn. Dzaidatulnur bt Sohandi AJK PERSEMBAHAN MURID 1. Pn. Helina bt Azizan 2. Pn. Azizah bt Utoh


LAMPIRAN: Tentatif Program


PENUTUP


Kami merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pentadbir, guru– guru, staf sokongan dan semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Apresiasi Kokurikulum SK Jeram 2023/2024. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan.


Click to View FlipBook Version