The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hainafazrinaa, 2022-03-27 13:03:33

KK PBKK3052 TUGASAN 1

KK PBKK3052 TUGASAN 1

SOALAN TUGASAN

TUGASAN 1: KIT PERSEMBAHAN (15%)

Anda dikehendaki menghasilkan satu Kit Persembahan yang
mengabungjalinkan elemen seni visual, muzik dan pergerakan
untuk digunakan dalam proses bimbingan dan kaunseling.
Tema: Seni belajar yang dinamik dan kompetitif
Soalan Pencetus Idea: Bagaimana elemen seni dalam pendidikan
dapat diterapkan di dalam aktiviti murid sekolah rendah.

ISI KANDUNGAN

01 02 03

PENGENALAN NAMA KIT OBJEKTIF
PERMAINAN

04 05 06

KANDUNGAN PROSES PANDUAN
KIT PENGHASILAN PENGGUNAAN

KIT KIT

1.0) PENGENALAN

1. Seni dalam pendidikan terbahagi kepada tiga iaitu seni visual, muzik dan pergerakan.
2. Menurut Zubair Baharum ( n.d), seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan

hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia.
3. Oleh itu, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni

pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti dan daya imaginasi untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan (Fareez Senpai, n.d.)

a. Visual: Visual adalah satu bentuk dan gambaran muka yang terdapat pada sesuatu objek
yang dapat menarik minat manusia untuk melihatnya. Antara seni visual adalah seperti karya
yang bersifat visual seperti seni, lukisan, fotografi, dan percetakan. Hal ini bermaksud, seni
visual adalah ungkapan artistik yang dihargai dan dinikmati secara meluas melalui rasa
penglihatan iaitu mata kita (Definisi Seni Visual , n.d.).

b. Muzik adalah suatu alunan yang mengandungi bait-bait kata yang menarik, melodi
turun naik tertentu, pitching, nada dan sebagainya. Seni musik adalah salah satu
cabang seni yang menggunakan olah vokal, melodi, harmoni, ritme, dan tempo
sebagai sarana mengekspresikan perasaan atau emosi penciptanya (SENI MUZIK
DALAM ISLAM, 2 Mac 2016).

c. Pergerakan merupakan hasil pergerakan atau rentak daripada sesuatu objek atau
motif. Pergerakan wujud dalam pelbagai bentuk olahan seperti garisan, alunan,
jalinan, rupa, berulang dan sebagainya. Seterusnya, pergerakan menjadikan sesuatu
karya lebih menarik, hidup dan bernyawa (Pendidikan Seni Visual, 8 May 2011).

2.0) NAMA KIT

PAPAN DAM KERJAYA

DAM DADU

CREATIVE BINGO

READ PRACTICE STUDY

15’ of your favorite 20’ of math facts using Some new vocabulary
fiction book flash cards for 15’

WRITE READ PLAY

10’ about your last 20’ of your favorite Do some exercise that
holidays educational book you enjoy for 15’

PRACTICE PLAY READ

Draw a picture of Do some exercise that Read 10 poems from a
something that you read you enjoy for 30’ poetry book

CREATIVE BINGO

WRITE PLAY DRAW

10’ about your last Do some exercise that Draw a picture of
holidays you enjoy for 30’ something that you read

READ WRITE PLAY

20’ of your favorite 20’ about your favorite Do some exercise that
fiction book meal you enjoy for 15’

PRACTICE READ WRITE

Make a simple origami Read 5 poems from a 15’ about your best
animal poetry book friend

4.0) KANDUNGAN KIT

BAHAN ALAT

• 2 keping kad manila •Gunting
• 1 helai kertas warna bagi setiap warna •Gam
•Double sided-tape
berbeza (kuning, oren, merah jambu, •Pembaris
peach, ungu, biru hijau, mauve). •Pemadam
•Pensel
• Gambar-gambar bercetak
• Ular
• Tangga

KANDUNGAN ELEMEN SENI VISUAL, MUZIK DAN PERGERAKAN

i. Visual: Elemen visual yang terdapat dalam kit persembahan ini adalah kad dam kerjaya yang berwarna
warni. Selain itu, terdapat juga nombor-nombor mengikut susunan agar pelajar mudah faham cara
bermain kit tersebut. Impaknya, visual yang menarik sebegini dapat mendorong pelajar untuk lebih
bersemangat dalam belajar. Visual yang menarik sebegini juga mampu menarik minat dan fokus pelajar di
samping pelajar merasakan keriangan sambil belajar.

ii. Muzik: Elemen muzik yang terkandung dalam penggunaan Kit Dam Kerjaya ini adalah beberapa lagu
kanak-kanak yang meriah dan riang akan dipasang oleh guru di sepanjang permainan para pelajar.
Impaknya, murid akan teransang untuk lebih ceria dan bersemangat untuk menimba ilmu dan bermain
bersama rakan sambil mendengar lagu kegemaran mereka.

iii. Pergerakan: Elemen pergerakan yang terkandung dalam kit ini ialah pergerakan dam ke arah nombor-
nombor seterusnya, pergerakan dam menurun melalui ular dan pergerakan menaik menerusi tangga.

5.0) PROSES PENGHASILAN KIT

Mengumpul bahan & alat & Menyediakan dam
menggunting

Membina dadu Menampal

6.0) PANDUAN PENGGUNAAN KIT

1) SEBELUM BERMAIN
•Sebuah kit iaitu Kit Dam Kerjaya akan dibentang oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)
di dalam kelas.
•Murid akan diberi penerangan langkah-langkah permainan terlebih dahulu oleh GBK sebelum
memulakan permainan tersebut.
•Seramai 3 hingga 5 orang murid sahaja dibenarkan bermain di dalam satu permainan.
•Murid-murid dikehendaki untuk memilih dan mengambil dam masing-masing sebelum
memulakan permainan Dam Kerjaya.
•Seterusnya, GBK akan menerangkan objektif atau tujuan permainan agar para murid faham
akan tujuan sebenar mereka bermain.

2) SEMASA BERMAIN
•Lagu kanak-kanak akan dipasang oleh GBK sepanjang murid-murid itu bermain bagi merangsang
semangat dan keceriaan murid.
•Murid baling dadu seterusnya menggerakkan dam masing-masing mengikut nombor balingan dadu.
•Sekiranya dam murid bertapak pada kotak yang mengandungi tangga, murid tersebut dikehendaki
untuk menaiki tangga. Seterusnya, murid dikehendaki untuk melakonkan watak dan menerangkan
pengetahuan mereka berkaitan kerjaya yang terdapat pada kotak atas.
•Murid yang berjaya menaiki tangga dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik akan
dihadiahkan biskut oleh GBK sebagi tanda kejayaan menyelesaikan tugas.
•Namun, sekiranya balingan dadu oleh murid menetapkan dam pelajar pada kotak yang mengandungi
ular, murid dikehendaki untuk turun ke arah kotak bawah menerusi ular tersebut. Seterusnya, murid
juga dikehendaki untuk menjawab soalan yang terdapat pada kotak bawah tersebut.
•Proses ini akan diulang-ulang sehingga wujud seorang pemenang utama.

2) SELEPAS BERMAIN
•GBK akan menjelaskan dan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai kerjaya-kerjaya
yang dilakonkan dan soalan dijawab oleh para murid semasa permainan berlangsung.
•GBK juga akan membuka ruang kepada para murid untuk bertanyakan perkara berkaitan
kerjaya yang terdapat di Malaysia.
•GBK menerangkan perkara-perkara yang patut dilakukan oleh murid sekiranya ingin mencapai
sesuatu kerjaya tatkala dewasa.
•GBK menyarankan sekolah-sekolah berprestasi tinggi kepada pelajar yang ingin menyambung
pelajaran pada peringkat sekolah menengah pada masa akan datang. Selain itu, GBK juga
menyarankan sekolah-sekolah sukan bagi murid-murid yang jaguh dalam bidang sukan.
•Akhir sekali, pemenang yang berjaya melalui segala rintangan dan halangan dalam permainan
Kit Dam Kerjaya akan diberikan hadiah sebagai tanda kejayaan.

KESIMPULAN

"KIT DAM KERJAYA" adalah satu hasil inovasi dan kreativiti saya, Nurul Aqilah binti Mohd
Nasir dalam menyelesaikan tugasan 1 subjek Seni Dalam Pendidikan (PBKK 3052) di bawah

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kepujian Bimbingan Dan Kaunseling di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri. Tujuan inovasi kit ini adalah agar para pelajar
memperoleh pengetahuan dan konsep asas info bidang kerjaya yang terdapat di dunia
secara santai, spontan dan mudah. Selain itu, penyediaan dalam bentuk Kit Dam Kerjaya
sebegini dapat memudahkan kerja GBK untuk membawa ke hulu ke hilir tanpa batasan.
Seterusnya, dari segi penyediaan soalan berkaitan kerjaya, soalan disediakan mengikut aras
soalan daripada mudah kepada susah. Di samping itu, permainan sebegini juga boleh
dilabelkan sebagai aktiviti bimbingan kerjaya kelompok kecil iaitu di dalam kelas. Akhir
sekali, Kit Dam Kerjaya ini boleh dianggap sebagai alat intervensi yang digunakan sebelum

pelajar mengambil ujian psikometrik seperti Ujian Minat Kerjaya.

RUJUKAN

https://pdfcoffee.com/seni-dalam-pendidikan-11-pdf-free.html
Definisi Seni | PDF (scribd.com)
https://ms.facts-news.org/definisi-seni-visual
https://www.facebook.com/senimuzikdalamislam/posts/maksud-seni-muzikseni-musik-adalah-
salah-satu-cabang-seni-yang-menggunakan-olah-/1030082517030981/
http://shunshahrul.blogspot.com/2011/05/irama-dan-pergerakan.html


Click to View FlipBook Version