ISI KANDUNGAN
MUKASURAT 1 KATA ALU-ALUAN PENGARAH KKTM LEDANG
MUKASURAT 2 KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
MUKASURAT 3 CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA E-BULETIN KKTM LEDANG SESI 2021
MUKASURAT 4 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN MAKMAL (DKL)
MUKASURAT 6 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN DIAGNOSTIK (DKD)
MUKASURAT 8 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TERAPEUTIK (DKT)
MUKASURAT 10 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN RADIOLOGI DAN PENGIMEJAN (DKG)
MUKASURAT 12 DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKB)
MUKASURAT 14 BIMET 2021 PERSIAPKAN PELAJAR KE LATIHAN INDUSTRI
MUKASURAT 16 KAYUHAN KASIH #MARA 55 TAHUN
MUKASURAT 19 MARA GOT TALENT
MUKASURAT 21 PROGRAM SLOT BEDAH KITAB BERSAMA USTAZAH MUNIRAH
MUKASURAT 22 PROGRAM JEJAK ASNAF 2021
MUKASURAT 24 TRAINING OF TRAINER (TOT): GE AMX-4 MOBILE X-RAY MACHINE
MUKASURAT 25 FORUM WEBINAR USAHAWAN BERSAMA ALUMNI KKTM LEDANG
KATA ALU-ALUAN PENGARAH KKTM LEDANG
AVICENNA EDISI 1 TAHUN 2021
TUAN HAJI MOHAMAD JOHARI BIN MAN @
OSMAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
kita bersua dalam AVIECENNA: E-Buletin Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Ledang edisi 1 bagi tahun 2021.
Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja memberi impak
kepada sektor ekonomi, malah sektor pengajian tinggi juga turut terkesan. Atas
saranan daripada kerajaan, semua institusi pengajian tinggi perlu melaksanakan
sesi pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian, malah kehadiran wargakerja
ke pejabat adalah dihadkan sehingga keadaan kembali stabil daripada wabak ini.
Namun, disebalik cabaran yang dihadapi, terdapat satu sisi positif yang ternyata
dapat memberi manfaat kepada proses pembelajaran abad ke-21 ini. Marcapada
ini, sektor pengajian tinggi negara digambarkan sedang membuat anjakan
paradigma dalam menghasilkan generasi yang celik teknologi maklumat.
Pandemik bukan sahaja mengajar kita norma baharu dalam pembelajaran malah
menjadikan kita insan yang kuat dan tabah dalam menghadapi kehidupan
mendatang. Norma ini menjadikan insan atau manusia lebih bersifat teliti dalam
meneruskan kehidupan seharian. Pembangunan modal insan yang berinovatif dan
berkemahiran tinggi merupakan faktor kritikal bagi menyokong pertumbuhan
sosial, budaya dan ekonomi sesebuah negara. Sesebuah organisasi yang cemerlang
amat menitik beratkan kepada kualiti modal insannya.
Akhir kata, saya mengharapkan agar semua warga KKTM Ledang serta pelajar – 1
pelajar dapat sama-sama bersatu dalam mendepani arus kehidupan dalam norma
baharu ini dengan baik. Semoga negara kita terus kukuh dan maju di bawah
lindungan Allah S.W.T. jua.
KATA ALU-ALUAN TIMBALAN PENGARAH
KHIDMAT PENGURUSAN DAN
PEMBANGUNAN PELAJAR
AVICENNA EDISI 1 TAHUN 2021
PUAN AZURAWANI BINTI WAN MOHAMED
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan kerjasama gigih Unit E-Buletin KKTM Ledang, maka
Aviecenna Edisi 1/ 2021 berjaya diterbitkan sebagai salah satu platform
perkongsian maklumat tentang aktiviti-aktiviti kolej. Menghadapi perubahan gaya
hidup dalam kemelut pandemik Covid-19 bukanlah sesuatu yang mudah diterima di
mana Prosedur Tetap Operasi (S.O.P) di sepanjang pandemik ini membataskan
aktiviti pelajar dan warga kolej keseluruhan. Namun ini bukanlah satu halangan
dan alasan untuk kita meneruskan perancangan sedia ada melalui strategi dan
persediaan yang rapi mengikut norma baharu.
Pandemik Covid-19 menjadikan pelajar-pelajar semakin intim dengan teknologi tanpa
mengetepikan erti kemanusiaan. Selaras dengan matlamat KKTM Ledang agar semua
warganya mampu mengimbangi antara kecemerlangan bidang akademik dengan bukan
akademik, maka adalah diharapkan dalam melalui norma baharu ini, penglibatan dalam
pelbagai aktiviti pembangunan pelajar perlu dilteruskan walau secara Home Based
Learning. Pelajar perlu didedahkan dengan aspek kepimpinan, pengurusan organisasi,
pembentukan sahsiah diri serta kemahiran berkomunikasi sebagai persediaan
menghadapi dunia pekerjaan dan keperluan industri.
Akhir bicara, saya berharap semua warga KKTM Ledang dapat menjalinkan kerjasama
dalam memupuk budaya kerja yang fleksibel, berfikir di luar kelaziman dan memberi
tumpuan kepada perancangan yang dapat memberi impak yang positif kepada KKTM
Ledang. Sekian, terima kasih.
2
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA E-BULETIN KKTM LEDANG SESI 2021
3
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Makmal (DKL) Staff/Kakitangan Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Makmal (DKL)
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Makmal (DKL) diketuai oleh Ketua Program
Ts. Dr. Norsyarizan bin Shahri. Program ini mempunyai lapan orang pensyarah teknikal dan seorang
juruteknik. Bilangan pelajar semasa adalah seramai 159 orang (Data sehingga Mei 2021). Program ini
telah mendapat akreditasi dari MQA bermula dari 15 Oktober 2012, (MQA/FA2954)
Pengenalan Program
Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan, Makmal (DKL) adalah Program yang mengkhususkan
pengetahuan dan kemahiran pengendalian serta penyelenggaraan peralatan makmal perubatan dalam
menganalisis, memproses dan memeriksa spesimen dari tubuh badan manusia seperti darah, sel kulit, air
liur, air kencing dan sebagainya. Antara kemudahan makmal yang terdapat di KKTM Ledang bagi
Program DKL ini termasuklah Makmal Elektronik, Makmal Sistem Digital, Makmal Projek, Makmal
Pengawal Terbenam, Makmal Komputer, Makmal Saintifik, Makmal Kalibrasi (CALMETRA) dan lain-lain.
Makmal-makmal ini dilengkapi dengan peralatan penyelenggaraan yang sering digunakan oleh juruteknik
di pusat-pusat perubatan dan hospital.
Pelajar bukan sahaja didedahkan secara teori tentang peralatan/mesin bioperubatan makmal malah
kemahiran praktikal amatlah dititik beratkan dalam proses penyelenggaraan mesin-mesin ini berdasarkan
piawaian yang ditetapkan oleh Medical Device Authority (MDA).
4
Makmal Saintifik KKTM Ledang
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Diploma Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Makmal (DKL) Kekuatan Program
Program DKL mempunyai Tenaga Pengajar yang berketerampilan serta berpengalaman
luas dalam industri. Dua orang pensyarahnya memiliki Ijazah Kedoktoran dan lainnya memiliki Ijazah
Sarjana dan Sarjana Muda. Selain itu, dua orang pensyarah DKL adalah Teknologis Profesional
dalam bidang Elektrik dan Elektronik. Hampir semua tenaga pengajar Program DKL memiliki
pengalaman industri samada di dalam bidang elektronik mahupun bidang bioperubatan. Selain
memiliki tenaga pengajar yang terampil, peralatan dan mesin-mesin bioperubatan di KKTM Ledang
di bawah seliaan Program DKL seperti di Makmal Saintifik dan Makmal Kalibrasi adalah setanding
dengan perlatan yang digunakan di industri. Ini menjadikan Program ini mendapat permintaan yang
tinggi dikalangan pelajar lepasan SPM ataupun lepasan Sijil Kemahiran yang ingin melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat diploma. Dari segi struktur pengajian pula, kurikulum Program DKL
digubal dengan penglibatan pihak industri, pensyarah-pensyarah DKL dan institusi pengajian tinggi.
Kurikulum program DKL ini sentiasa ditambahbaik dari masa kesemasa bagi memastikan Program
DKL relevan dan berdaya saing di masa akan datang.
Disamping itu juga, Makmal CALMETRA di bawah seliaan Program DKL merupakan
Industrial Centre of Excellence (ICOE) yang berfungsi sebagai Pusat Penentukuran bagi peralatan
elektronik bioperubatan dan juga timbang dan sukat. KKTM Ledang di bawah Program DKL dalam
usaha untuk mewujudkan kerjasama di antara Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) dan Tekno-Usahawan KKTM Ledang bagi memacu perjalanan ICOE Calmetra ini.
Peralatan-peralatan bioperubatan di bawah seliaan Program DKL boleh dikatakan mencapai tahap
kesetaraan industri yang mana KKTM Ledang adalah merupakan institusi pendidikan TVET yang
terkenal di dalam bidang kejuruteraan bioperubatan.
Bagi menjamin masa depan pelajar, Program DKL giat menjalinkan hubungan baik dengan
pihak industri bagi memastikan pelajar Program ini bukan sahaja Berjaya mendapatkan tempat
latihan industri malah Berjaya mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kemahiran dan kelulusan
mereka. Di antara syarikat/agensi dalam bidang bioperubatan yang terlibat adalah seperti Malaysian
Diagnostics Corporation Sdn Bhd (MDC), Medical Device Authority (MDA), Medental (M) Sdn Bhd,
Next Level Technology Sdn. Bhd. dan lain-lain lagi.
Dari segi peluang kerjaya, lepasan pelajar Program DKL juga berpeluang menjawat jawatan
seperti juruteknik, pembantu jurutera, penyelia dan penolong pegawai teknikal/pemasaran samada
di syarikat swasta ataupun agensi/jabatan kerajaan. Skop kerja kejuruteraan elektronik bioperubatan
yang luas membolehkan graduan ditempatkan di pelbagai lapangan kerjaya seperti melibatkan
perunding teknikal, servis/penyelenggaraan/penentukuran, khidmat pelanggan, pemasaran,
pembuatan, pembekalan alatan, eksekutif teknikal/keselamatan, rekabentuk dan pembangunan
teknikal serta keusahawanan. Lepasan pelajar DKL juga berpeluang untuk menyambung pelajaran
di peringkat Sarjana Muda di dalam dan luar negara setelah menamatkan pengajian di KKTM
Ledang. Antara universiti yang menjadi pilihan pelajar adalah seperti University of Strathclyde
Glasgow, UniKL BMI, UNIMAP, UTEM, UTHM, UMP, UTM, UiTM dan lain-lain lagi.
5
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN DIAGNOSTIK (DKD) PENGENALAN PROGRAM
Elektronik Bioperubatan Diagnostik ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan yang
bertujuan untuk mengenalpasti atau mendiagnosis penyakit di badan manusia. Peralatan
Diagnostik terdiri daripada Blood Pressure Monitor, Pulse Oximeter, Patient Monitor,
Electrocardiogram (ECG), Electroenchepalogram (EEG), Audiometer, Endoscope, Cardiotocogram
(CTG), dan Spirometer.
Spirometry Audiometer Endoscope
Electroencephalograph (EEG) Electrocardiograph (ECG) Electromyograph (EMG)
6
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN DIAGNOSTIK (DKD) KEKUATAN PROGRAM
Program Diagnostik memiliki 2 makmal yang dilengkapi sepenuhnya dengan alatan mencukupi bagi
kapasiti pelajar dalam mengasah kemahiran dan pengetahuan dalam baikpulih alatan diagnostik.
Kepakaran Pensyarah – Tugas hakiki dalam Pembelajaran & Pengajaran, para pensyarah turut
dilantik sebagai panel penasihat projek luar institusi, panel juri projek inovasi dan rujukan pihak luar.
Prospek Kerjaya - Ahli Teknologi Kejuruteraan Bioperubatan/ Eksekutif, Ahli Teknologi Servis
Bioperubatan/ Eksekutif, Jurutera Servis Bioperubatan/ Ahli Teknologi Keselamatan/ Ahli Teknologi
Kalibrasi/ Eksekutif Kekompetenan Tahap 2, Usahawan
Peluang Melanjutkan Pelajaran - Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di
institusi pendidikan awam dan swasta dalam negara serta luar negara. Antara contoh program
pengajian seperti Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kepujian) Elektronik Perubatan, Sarjana
Muda Kejuruteraan Bioperubatan dan lain-lain.
Projek Smart Laboratory Notification System
(SLaNS) di Pertandingan Inovasi MARATEX 2019
berkolaborasi bersama dengan seorang guru dari
MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka.
Panel Juri di Innovation & Technology Competition INOTEK 2018 @ UTEM FKEKK
7
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TERAPEUTIK (DKT) PENGENALAN PROGRAM
Elektronik Bioperubatan Terapeutik ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan
dan kemahiran dalam mengendali, menyelenggara dan membaik pulih alatan, instrumen,
mesin dan peranti yang digunakan dalam bidang perubatan bertujuan untuk mengelakkan dan
merawat penyakit. Peralatan terapeutik terdiri daripada alatan yang ringkas seperti infusion
and syringe pump sehinggalah kepada instrumen berteknologi tinggi seperti haemodialysis,
defibrillator, ventilator, dan anaesthetic machine.
VISI
Untuk menjadi pakar dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan peralatan bioperubatan
untuk rawatan penyakit dan pemulihan.
MISI
Menghasilkan tenaga kerja berkemahiran kompetitif dalam bidang Elektronik
Bioperubatan Terapeutik
8
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TERAPEUTIK (DKT) Kekuatan Program
Peluang kerjaya
Ahli Teknologi Kejuruteraan Bioperubatan/ Eksekutif, Ahli Teknologi Servis Bioperubatan/ Eksekutif,
Jurutera Servis Bioperubatan/ Ahli Teknologi Keselamatan/ Ahli Teknologi Kalibrasi/ Eksekutif
Kekompetenan Tahap 2, Usahawan
Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta
dalam dan luar negara.
DTEC (Dialysis Technical Excellent Center
Menubuhkan Pusat Dialisis di KKTM Ledang sebagai
pusat pembelajaran teknikal, penyelidikan &
pembangunan (R&D) dan keusahawaan kepada pelajar,
pensyarah dan staf. Memberikan latihan dan praktikal
secara terus dan situasi sebenar (Real Practice) kepada
pelajar dan pensyarah dengan kerjasama industri dalam
meningkatkan kemahiran klinikal dan teknikal yang telah
dipelajari dalam silibus pembelajaran. Menggalakkan
penglibatan pelajar sebagai teknopreneur
9
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN RADIOLOGI DAN Pengenalan Program
PENGIMEJAN (DKG) Radiologi dan Pengimejan ialah satu pengkhususan yang melibatkan pengetahuan dan
kemahiran dalam mengendali dan menyelenggara alatan, instrumen, mesin dan perkakasan
yang menggunakan radiasi seperti x-ray, sinar gamma, gelombang bunyi frekuensi tinggi dan
medan magnet untuk radiasi tidak mengion bagi penghasilan imej organ dan bahagian
dalaman lain badan pesakit sebagai fungsi diagnostik. Peralatan Radiologi dan pengimejan
terdiri daripada mesin X-Ray, MRI, CT-Scan, Ultrasound dan LASER.
10
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN RADIOLOGI DAN Edisi 1 2021
PENGIMEJAN (DKG)
E-Buletin KKTM Ledang
11
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TEKNOLOGI ZULKARNAIN B SHAHARUDIN
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKB) Pensyarah / PP
Sarjana Kejuruteraan Elektrikal,
Mektronik & Kawalan Automasi -UTM
Pengajar CCNA 1, 2, 3, & 4, CCNP
Pedagogi Mengajar : MYPPT-VTO
MUHAMMAD AFIRA ELMEE BIN ABDULLAH
Pensyarah / PP
Bachelor of Engineering Electronic (Computer)
Engineering - UNIMAS
Pedagogi Mengajar : MYPPT-VTO
Pengenalan Program
Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) adalah istilah umum yang digunakan untuk mencakupi
semua teknologi komputer, perisian, jaringan, telekomunikasi, Internet, pengaturcaraan dan
sistem maklumat yang berkembang pesat.
Program Kejuruteraan Elektronik Bioperubatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
adalah salah sebuah jabatan akademik induk di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang
Johor. Sehingga kini, Program ICT telah dan terus melahirkan graduan-graduan ICT
terutamanya dalam bidang rangkaian computer (Computer Networking) di industri
bioperubatan “Health Information System”. Program ICT dilengkapi dengan bilik kuliah dan
makmal komputer yang terkini serta pensyarah-pensyarah yang berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi dalam bidang ini yang telah mendapat pengiktirafan daripada pihak
industri.
12
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK BIOPERUBATAN TEKNOLOGI Peluang Kerjaya
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (DKB) Ahli Teknologi Kejuruteraan Bioperubatan/ Eksekutif, Ahli Teknologi Sistem Bioperubatan/ Eksekutif,
Jurutera Servis Bioperubatan/ Ahli Teknologi Keselamatan/ Ahli Teknologi Kalibrasi/ Eksekutif.
Jurutera Sokongan IT, Pembantu Jurutera Rangkaian, Pentadbir Rangkaian, Eksekutif.
Peluang Melanjutkan Pelajaran
Melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di institusi pendidikan awam dan swasta
dalam dan luar negara.
Makmal dan Peralatan
13
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
BiMET 2021 Persiapkan Pelajar Ke Latihan Industri BiMET 2021 Persiapkan Pelajar Ke Latihan
Industri
Oleh : Norarina binti Mat Ladzin
Pada 28 April 2021, seramai 10 orang pelajar semester empat
Program Makmal Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Ledang menyertai
Program Biomedical Equipment Maintenance Training (BiMET 2021) yang
dilaksanakan pada 10 hingga 11 Mac 2021.
Menurut Ketua Program Makmal KKTM Ledang, Ts. Dr. Norsyarizan
bin Shahri, program ini adalah latihan bagi memberi pendedahan kepada
pelajar sebagai persiapan untuk ke latihan industri kelak. Selain itu, ia dapat
memenuhi matlamat utama penubuhan KKTM ledang dalam menyokong
industri bioperubatan di Malaysia dengan melahirkan tenaga mahir dan
kompeten bagi menjalankan pembaikkan dan penyelenggaraan peralatan
bioperubatan.
14
Program ini turut mendapat kerjasama
daripada pensyarah yang berpengalaman dalam
industri bioperubatan iaitu Encik Abdullah Abdul
Rahman dan Encik Abdul Samad Abdul Rahman yang
berkongsi ilmu berkaitan pembaikkan dan
penyelenggaraan peralatan bioperubatan dengan
pengkhususan Diagnostik, Teraputik, Makmal,
Radiologi dan ICT.
Program BiMET 2021 yang dianjurkan oleh
Program Makmal KKTM Ledang berhasrat
menjadikan KKTM Ledang sebagai peneraju bidang
latihan kemahiran bertaraf dunia, khasnya dalam
bidang biomedikal dan elektronik sekaligus
meningkatkan nama MARA di peringkat global.
15
BiMET 2021 PERSIAPKAN PELAJAR KE LATIHAN INDUSTRI
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Kayuhan Kasih #MARA 55 Tahun Kayuhan Kasih #MARA 55 Tahun
Oleh : Muhammad Nurhadi bin Salleh
KKTM Ledang Cycling Team (SAIKEL) & Skuad Prihatin KKTM Ledang
dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan
Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Sagil
Parit 2 Tangkak Johor telah menganjurkan program Kayuhan Kasih #MARA
55 Tahun sempena ulang tahun MARA yang ke-55 tahun. Program ini
dilaksanakan secara berperingkat iaitu terdiri daripada Fasa 1 dan Fasa 2.
Fasa pertama berlangsung
pada 17 Mac 2021, 40 orang peserta
telah terlibat dalam kayuhan ini.
Kayuhan bermula dari KKTM Ledang
ke Pusat Jagaan Warga Tua, Kesang
Tasek dengan jarak kayuhan 30 KM.
Antara aktiviti yang dijalankan
adalah menziarahi warga tua dan
menukar tikar getah di rumah jagaan
warga tua tersebut. Selain itu
penyerahan sumbangan berupa
wang dan barangan turut
diberikan.Program ini telah
dirasmikan oleh Pengarah KKTM
Ledang, Tuan Haji Johari bin Man @
Osman.
16
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Kayuhan Kasih #MARA 55 Tahun Bagi fasa kedua pula berlangsung pada 4 April 2021 yang melibatkan 60
orang peserta terdiri dari staff dan pelajar KKTM Ledang bersama Da’i Azam
Al-Kankari dan telah menyantuni warga Kampung Sagil. Kayuhan sejauh 38
KM bermula dari KKTM Ledang ke Masjid Kampung Sagil. Antara aktiviti yang
dilakukan adalah mendengar Tazkirah Dhuha yang telah disampaikan oleh
Da’i Azam. Selain itu, aktiviti lain yang dilakukan adalah gotong – royong
membersihkan masjid sempena menyambut bulan Ramadhan dan juga
penyerahan wang dan barangan sumbangan YADIM. Pada waktu yang sama
kaunter pengambilan pelajar bagi Insitusi Pengajian MARA (IPMA) turut
dibuka.
17
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Kayuhan Kasih #MARA 55 Tahun Penganjuran program ini
adalah bertujuan menjalankan
aktiviti Corporate Social
Responsibility (CSR) kepada
komuniti dan asnaf sekitar
Parlimen Ledang. Di samping itu
dapat merealisasikan objektif
kerjasama antara kakitangan dan
pelajar Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Ledang bagi mengelolakan
program denggan baik serta
menjalankan aktiviti yang sihat
melalui kaedah sukan berbasikal.
Antara hasil yang diperolehi untuk Program Kayuhan Kasih 2021 adalah
memberi banyak impak dan manfaat kepada warga kerja dan pelajar KKTM
Ledang khususnya dalam pengacaraan dan pengurusan program sukan dan
riadah iaitu program berbasikal. Dalam pada itu, pelajar juga telah berjaya
menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi bagi menghasilkan
penganjuran sukan yeng melibatkan masyarakat awam. Pada masa yang
sama, program kayuhan ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar
berkenaan tanggungjawab komuniti di sekitar kawasan Tangkak yang
memerlukan bantuan dan dapat menerapkan amalan dan nilai-nilai murni
dikalangan pelajar yang merupakan aset penting untuk negara.
18
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
MARA Got Talent MARA Got Talent
Oleh :Abdullah bin Abdul Rahman
Pada tanggal 9 April 2021
bertempat di Taman Rekreasi KKTM
Ledang telah berlangsung 2 acara
pencarian bakat iaitu Raja Joran KKTM
Ledang 2021 dan KKTM Ledang Masak
Apa Hari Ini? dengan meriah. Acara -
acara ini melibatkan pelajar dan staf
KKTM Ledang. Program ini telah
dirasmikan oleh Pengarah KKTM
Ledang, Tuan Hj. Johari bin Man @
Osman. Penganjur bagi program ini
adalah Pengurusan Penjenamaan
KKTM Ledang dengan kerjasama Majlis
Perwakilan Pelajar dan EXCO
keusahawanan KKTM Ledang. Program
ini menawarkan hadiah wang tunai
dengan jumlah keseluruhan RM850.
Program dimulakan bacaan doa dari wakil pelajar, seterusnya ucapan
perasmian program dari Pengarah KKTM Ledang. Usai ucapan perasmian
kedua-dua pertandingan telah dimulakan iaitu pada jam 8.30 pagi.
19
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
MARA Got Talent Bagi acara KKTM Ledang Masak Apa Hari Ini? terdapat 5 kumpulan
telah menyertai acara ini. Setiap kumpulan diberi masa 2 jam untuk
menyiapkan 3 menu yang terdiri dari hidangan utama, pembuka selera dan
minuman yang bertemakan Hari MARA yang ke 55 Tahun. Tepat jam 10.30
pagi semua peserta dikehendaki menghidangkan makanan untuk dinilai oleh
Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan Penolong Pegawai Tadbir Kanan
KKTM Ledang. Juara dalam acara KKTM Ledang Masak Apa Hari Ini? Telah
dimenangi oleh Kumpulan AWAS manakala naib juara dimenangi oleh
kumpulan Happy Three Friends, Buaya Ledang di tempat ke-3, Cooking4U di
tempat ke-4 dan Triple A di tempat ke-5.
Sementara itu, bagi acara Raja Joran KKTM Ledang 2021 setiap peserta
diberi masa selama 2 jam 15 minit. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah
kumulatif berat timbangan ikan yang berjaya ditangkap sepanjang tempoh
yang diberikan. Raja Joran KKTM Ledang 2021 telah disandang oleh
Muhammad Arif Asyraf bin Rosni, manakala naib juara dimenangi oleh Amirul
Hisyam bin Azad, Muhammad Isyraq bin Zamri di tempat ke-3, Naufal bin
Kherul Anwar di tempat ke-4 dan Ts. Kamil bin Pongot di tempat ke-5 20
Program Slot Bedah Kitab Bersama
Ustazah Munirah Oleh :Muhammad Hariz Bin Hamid
Pada 21 Februari 2021, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM
Ledang) telah menganjurkan Slot Bedah Kitab siri Kitab Ihya Ulumuddin
bersama Ustazah Munirah. Slot ini telah dilaksanakan secara langsung
melalui Facebook rasmi KKTM Ledang dengan jumlah penonton seramai
1573 penonton bermula jam 10.00 pagi.
Objektif utama program ini adalah untuk mengenali Kitab Ihya’
Ulumuddin, seterusnya untuk mendidik masyarakat agar hidup dengan
berakhlak mulia serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang
kepetingan berakhlak mulia dalam kehidupan seharian. Disamping itu,
program yang dilaksanakan selama 30 minit ini juga telah menerangkan
serba sedikit tentang salah satu tajuk yang terkandung dalam Kitab Ihya’
Ulumuddin dalam bab akhlak.
PROGRAM SLOT BEDAH KITAB BERSAMA USTAZAH MUNIRAH 21
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Program Jejak Asnaf 2021 Program Jejak Asnaf 2021
Oleh :Muhammad Hariz Bin Hamid
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM Ledang) telah
menganjurkan program Jejak Asnaf KKTM Ledang 2021 pada 17 Februari 2021
bertempat disekitar mukim Serom dan Kundang Ulu. Proram ini telah disertai
oleh 15 orang yang terdiri daripada staf dan pelajar. Objektif utama program ini
adalah untuk menyampaikan bantuan berupa wang ringgit dan bahan-bahan
asas makanan kepada keluarga asnaf yang memerlukan, seterusnya untuk
mendidik masyarakat agar hidup dengan berakhlak mulia dan memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan berakhlak mulia dan saling
membantu dalam kehidupan seharian.
Program Jejak Asnaf
2021 dimulakan dengan
bacaan doa dan lafaz bismillah
pada jam 10.00 pagi di
hadapan pintu pagar KKTM
Ledang oleh Ustaz. Skuad
Jejak Asnaf telah diketuai oleh
Pengarah KKTM Ledang iaitu
Tuan Haji Johari bin Man @
Osman dengan memulakan
perjalanan ke rumah asnaf
bermula di sekitar mukim
Serom. 22
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Program Jejak Asnaf 2021 Sebanyak 6 buah rumah
keluarga asnaf di mukim Serom telah
dilawati dan sumbangan yang
diberikan berupa wang tunai, beras,
tepung dan minyak masak telah di
sampaikan kepada wakil keluarga.
Seterusnya skuad jejak asnaf
meneruskan misi menghantar
bantuan ke mukim Kundang Ulu.
Sebanyak 6 buah rumah keluarga
asnaf juga telah dilawati dan
sumbangan telah diberikan. Keluarga
asnaf sangat terharu dengan lawatan
muhibbah pihak KKTM Ledang dan
sangat bersyukur serta berterima
kasih di atas sumbangan yang telah
diberikan. Program berakhir pada
jam 3.30 petang. Akhir sekali,
semoga dengan program yang
diadakan ini dapat mendidik diri
untuk memberi dan meringankan
beban orang lain serta semoga Allah
memuliakan kita di dunia dan akhirat
dan mendapat keberkatan
Ramadhan.
23
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Training of Trainer (TOT): GE AMX-4 Mobile X-ray Machine Training of Trainer (TOT): GE AMX-4 Mobile X-ray
Machine Oleh : Hazlina binti Kasim
Pada 18 Mac 2021
bertempat di Makmal Radiologi
dan Pengimejan KKTM Ledang
telah berlangsung Training of
Trainer (TOT) bagi peralatan GE
AMX-4 Mobile X-ray Machine.
Antara aktiviti yang
dilakukan adalah memasang
bateri untuk mesin GE AMX-4
Mobile X-ray dan menentukur
semula peralatan tersebut.
Program ini diadakan untuk persediaan menghadapi semester baru kepada
pensyarah- pensyarah Program Radiologi dan Pengimejan. Pensyarah yang
terlibat untuk program ini adalah En Sallehuddin, En Faiz Fahmi, En
Norhadi, En Azmeer dan Pn Amanina.
24
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Forum Webinar Usahawan Bersama Alumni KKTM
Ledang – Bidang TVET Menjana Pendapatan
Oleh : Hazlina Binti Mohd Kasim
Bidang TVET Menjana Pendapatan Pada 8 April 2021, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM Ledang)
dengan Kerjasama Unit Usahawan KKTM Ledang telah menganjurkan Forum
Webinar Usahawan Bersama Alumni KKTM Ledang – Bidang TVET Menjana
Pendapatan. Forum ini telah dilaksanakan secara atas talian selama 2 jam bersama
dua tetamu jemputan iaitu Encik Muzain bin Abdul Wasei Haruka Kimura yang
bekerja sebagai Managing Director di Mysec Biomedical Engineering Sdn Bhd dan
Encik Ariff Hakimi bin Ab Rahman bekerja sebagai Managing Director di Revotech
Medical Sdn Bhd.
Objektif utama program ini adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar
meneroka profile usahawan yang berjaya dalam bidang TVET seterusnya,
memberikan dorongan kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam bidang
Kejuruteraan Biomedikal. Selain daripada itu, dapat menggilap potensi modal
insan dalam bidang keusahawanan dan menggabung jalin semua ejen sosialisasi
keusahawanan bagi melihat impak dalam pembentukan nilai-nilai keusahawanan
pelajar, sekaligus menjadi usahawan yang mampan. Akhir sekali, warga kerja
KKTM Ledang dan pelajar berjaya mendapat input yang memberi inspirasi bagi
menceburi bidang baru dalam perniagaan..
25
Edisi 1 2021 E-Buletin KKTM Ledang
Forum Webinar Usahawan Bersama Alumni KKTM
Ledang –Ekonomi GIG Menajana Pendapatan
Oleh : Hazlina Binti Mohd Kasim
Ekonomi GIG Menajana Pendapatan Pada 8 April 2021, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Ledang (KKTM Ledang)
dengan Kerjasama Unit Usahawan KKTM Ledang telah menganjurkan Forum
Webinar Usahawan Bersama Alumni KKTM Ledang – Ekonomi GIG Menajana
Pendapatan. Forum ini telah dilaksanakan secara atas talian selama 1 jam 30 minit
bersama dua tetamu jemputan iaitu Puan Noor Syahera binti Maliki selaku
Perunding Takaful – PruBSN Takaful dan Puan Nursuhaila binti Omar selaku
Perunding Unit Amanah – Principal Asset Management. Kedua-dua tetamu
jemputan ini juga merupakan bekas pelajar KKTM Ledang pengambilan pertama.
Objektif utama program ini adalah memberikan inspirasi kepada para pelajar
untuk menceburi bidang perniagaan, seterusnya membuka satu dimensi dalam
melihat peluang yang ada sebagai satu lembaran baru, menyediakan peluang
kepada individu dan pelajar KKTM Ledang mendapatkan pemahaman dan
penerangan dengan lebih baik mengenai model GIG, Freelance dan ekonomi
perkongsian. Tambahan itu, model ini menawarkan pelbagai peluang dalam
menjana pendapatan kepada individu melalui platform digital. Akhir sekali, warga
kerja KKTM Ledang dan pelajar berjaya mendapat input yang memberi inspirasi
bagi menceburi bidang baru dalam perniagaan. 26