The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Permainan tradisional congkak ialah salah satu permainan yang perlu diturunkan dari generasi ke generasi supaya permainan tradisional ini tidak pupus dimakan zaman

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Awang25920, 2021-06-12 03:16:10

Permainan tradisional congkak

Permainan tradisional congkak ialah salah satu permainan yang perlu diturunkan dari generasi ke generasi supaya permainan tradisional ini tidak pupus dimakan zaman

PERMAINAN TRADISIONAL:CONGKAK

DISEDIAKAN OLEH : AWANG MOHD HANIF AKMAL BIN AWANG SYARBINI
KELAS : 4FATANAH
TAHUN : 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SETIA

ASAL USUL PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK :

• Permainan congkak merupakan salah satu permainan Melayu yang sudah lama bertapak dalam kalangan
masyarakat Melayu di negara kita.Congkak merupakan sejenis permainan yang berasal daripada negara
Arab.Hal ini demikian kerana satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari gali “National Geography”
yang menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari yang bentuknya seperti papan congkak
bertarikh 5000 hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara Arab.

• Dari negeri Arab,permainan ini tersebar ke Asia Tenggara disebabkan oleh pedagang-pedagang arab yang
berdagang ke negeri Melaka yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal pada zaman Kesultanan
Melaka dulu.

• Nama congkak diberi oleh kerana permainan ini mula dimainkan dengan menggunakan kulit kerang atau
digelar “congkak”.Dari situlah bermulanya nama congkak ini.

ALAT PERMAINAN :

• Dalam permainan congkak,peralatan utama yang diperlukan untuk vermain prmainan ini ialah papan congkak
dan buah congkak.Papan congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu tebal yang mempunyai
antara 80 cm hingga 20 cm lebar.

• Papan ini berbentuk seperti perahu dan bahagian atasnya terdapat dua baris lubang.Setiap baris mempunyai
lima atau tujuh lubang yang mana setiapnya berukuran 6 cm garis pusat.Lubang-lubang ini diknali sebagai
“kampung”.Pada setiap hujung barisan lubang ini terdapat lubang yang lebih besar yang berukuran 14 cm garis
pusat yang dinamakan “rumah”.

• Buah congkak pula terdiri daripada beberapa jenis buah yang sesuai untuk dimainkan.Antara buah yang sering
digunakan ialah kulit kerang,biji saga,biji getah,guli dan ketul-ketul batu kelikir.Buah-buah congkak bersaiz
sederhana supaya mudah memegangnya semasa bermain.Tambahan pula,lubang kampung yang brsaiz kecil
memerlukan buah yang kecil juga untuk memenuhi lubang tersebut.

• Jumlah buah adalah bergantung kepada jumlah lubang kampung.Semakin banyak lubang kampung,semakin
banyak buah yang diperlukan.Namun begitu,buah dalam setiap lubang kampung haruslah dalam jumlah yang
ganjil seperti 7,9,11,13 atau sebagainya

TEMPAT BERMAIN:

• Dimana sahaja mengikut kemahuan pemain
• Contoh Tempat Bermain:

RUJUKAN :

• http://congkakumie.blogspot.com/2009/12/pengenalan-congkak.html
• http://www.jkkn.gov.my/ms/congkak
• https://ms.wikipedia.org/wiki/Congkak

SEKIAN TERIMA KASIH

“It’s time to say goodbye, but I think goodbyes are sad and I’d much rather say hello. Hello to a
new adventure.”

Ernie Harwell


Click to View FlipBook Version