MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK PROJEK : FILM ESTET
LECTURER : PUAN NORAINI BINTI ZAWAWI
SESI 2 21/22
KUMPULAN 3
AHLI KUMPULAN
NAME Reg .No
Muhammad Muaz Hakimie F1089
Wan Muhammad Aslam F1125
Mohammad Haikal F1137
Muhammad Ammar F1040
Muhammad Arif Hakim F1154
ISI KANDUNGAN
-PLOT FILM
-IDEA PERPADUAN
-NILAI MURNI
-SINOPSIS
-WATAK DAN PERWATAKAN
-KESIMPULAN
-PENUTUP
PLOT FILEM : ESTET
Sebuah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan tauladan kepada masyarakat Tamil dan
Melayu di tanah air! Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis digemparkan dengan berita mengenai
perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red Cobra yang telah 20 tahun tidak
dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja estet yang berkenalan sejak lahir. Mereka
berdua sering menjadi harapan pekerja estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang berlaku
pada setiap hari oleh kerani estet iaitu Encik Pooniah.Tidak hairanlah seorang gadis cantik, Geetha
begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan Shashi itu. Setiap penghuni estet ingin
mewakili estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan pemilihan pemain pun diadakan
oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih. Pelbagai kerenah dan lebihan
gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu. Ayah kepada Shashi, Apaa,
rupa-rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi telah berlaku insiden
semasa perlawanan bolasepak estet itu dahulu dimana kaki beliau telah di patah tiga oleh Sofi Jikan
iaitu samseng estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan Pooniah 20
tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin oleh
beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk
memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah.
Jika mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai
tetapi jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Masalah itu membuat
Subramaniam putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu
supaya ayahnya itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa.
Permasalahan itu sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja estet mereka dan
mereka berjanji akan gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan
koncu-koncunya cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang.
IDEA PERPADUAN YANG DI
TUNJUKAN DALAM FILEM INI
1. Pertandingan Bola Sepak
-Mereka berlatih bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan kemenangan
2. Wayang pacak
-Tayangan pacak ini bertujuan untuk menayangkan
filem kepada penduduk estet. Dengan adanya tayangan
pacak ini mereka boleh lagi mengukuhkan perpaduan.
3. Berkunjungan
-Jiran Geetha yang berbangsa cina datang berkujung ke
rumah untuk melihat keadaan bapanya. Kerana
bapanya ingin membunuh diri di sebabkan hutang.
NILAI MURNI
1. BERTOLAK ANSUR
Tiga etnik terbesar ialah Melayu, Cina dan India yang mana mengamalkan
kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing. Setiap kaum
mempunyai keperibadian budaya tersendiri yang dikekalkan. Tiga etnik ini
bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan
demokrasi beraja berperlembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui
Bersama. Dalam masyarakat yang majmuk ini, sikap bertolak ansur sesama
bangsa dan agama yang berlainan amat dititikberatkan supaya pertelingkahan
antara kaum tidak wujud. Dengan ini, rakyat pelbagai kaum boleh bebas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu negara.
2. HORMAT MENGHORMATI
Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat hidup
dalam keadaan aman dan damai. Tidak mustahil jika hilang rasa hormat dalam
diri, masyarakat negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan
dalam masyarakat. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-
menghormati dalam kehidupan seharian kita. Nilai hormat-menghormati ini
perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah
daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan peranan ibu bapa dalam
mencorakkan anak tersebut
3. BEKERJASAMA
Kita mesti mengamalkan nilai bekerjasama untuk memupuk perpaduan
dNalam kalangan rakyat Malaysia. Dalam melaksanakan tugasan-tugasan
seKkolah atau kegiatan masyarakat dengan rakan taulan. Kita mesti
mKNemberikan sokongan yang padu dan sinergi yang berkekalan kepada mereka.
BKak kata pepatah “ hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah”
Sinopsis Filem Estet
Sinopsis Filem Estet Gambar 6 Filem Estet adalah filem yang mengabungkan kisah penuh aksi, lucu dan
tauladan kepada masyarakat Tamil dan Melayu di tanah air! Kisah bermula apabila Estet Cinta Manis
digemparkan dengan berita mengenai perlawanan bolasepak yang akan di adakan bersama Estet Red
Cobra yang telah 20 tahun tidak dipertandingkan. Farid dan Shashi adalah dua orang pekerja Estet yang
berkenalan sejak lahir. Mereka berdua sering menjadi harapan pekerja Estet yang lain untuk
menyelamatkan penindasan yang berlaku pada setiap hari oleh kerani Estet iaitu Encik Pooniah. Tidak
hairanlah seorang gadis cantik, Geetha begitu tertawan dengan heroism dan kebenaran hati Farid dan
Shashi itu. Setiap penghuni Estet ingin mewakili Estet untuk menjuarai pertandingan itu. Sessi latihan dan
pemilihan pemain pun diadakan oleh Subramaniam iaitu bapa Geetha yang dilantik sebagai jurulatih.
Pelbagai kerenah dan lebihan gaya yang terpaksa Subramaniam atasi untuk mendidik anak buahnya itu.
Sinopsis Filem Estet
Ayah kepada Shashi, Apaa, rupa- rupanya dahulu adalah pemain bola negeri yang sangat mahir tetapi
telah berlaku insiden semasa perlawanan bolasepak Estet itu dahulu dimana kaki beliau telah dipatah tiga
oleh Sofi Jikan iaitu samseng Estet sebelah yang sengaja ingin menamatkan karier Apaa atas upahan
Pooniah 20 tahun yang lalu! Hidupnya kini penuh kekecewaan dan perlawanan bola kali ini disambut dingin
oleh beliau. Tujuan diadakan kembali pertandingan bola itu adalah hasil dari cubaan Pooniah untuk
memiliki Geetha sebagai tebusan bagi Subramaniam supaya melangsaikan hutangnya kepada Pooniah. Jika
mereka menang di dalam perlawanan itu segala hutang pokok dan bunga Subramaniam akan langsai tetapi
jika sebaliknya mereka gagal, Geetha akan menjadi milik Pooniah! Masalah itu membuat Subramaniam
putus asa lalu ingin membunuh diri. Beliau sempat diselamatkan oleh Geetha dan merayu supaya ayahnya
itu mencari peluang untuk menyelesaikan masalah itu dengan semangat bukan putus asa. Permasalahan itu
sebaliknya menguatkan lagi semangat setiakawan di antara pekerja Estet mereka dan mereka berjanji akan
gigih berlatih supaya mereka akan memperolehi kemenangan. Sudah tentu Pooniah dan koncu-koncunya
cuba sedaya upaya pula untuk menghalang pasukan Subramaniam dari menang. Akhirnya pasukan Estet
Cinta Manis telah menjuarai perlawanan bolasepak serta menyelamatkan Geetha daripada Ponniah.
WATAK-WATAK PENTING DALAM FILM ESTET
1)
Nama sebenar Geetha ialah Jasmin Michael. Geetha digambarkan sebagai tabah dan ceria dalam filem
Estet. Seorang gadis yang cantik dan menawan hati Farid. Geetha memegang watak sebagai seorang
gadis India yang agak nakal. Geetha juga digambarkan sebagai seorang yang kasih sayang kepada
kedua-dua ibu bapa sehingga dia bersetuju untuk berkahwin dengan Ponniah
2)
Nama sebenar Farid ialah Farid Kamil. Beliau memegang watak utama dalam filem Estet. Farid
merupakan seorang pekerja Estet Cinta Manis. Farid digambarkan sebagai seorang yang suka menolong
orang lain dimana beliau menolong keluarga Geetha untuk melangsaikan hutang dengan menyertai
perlawanan bola sepak. Farid juga tertawan dengan kecantikan Geetha dan lalu jatuh cintanya
3)
Nama sebenar Shasi ialah Shasitharan. Shasi merupakan seorang pekerja Estet Cinta Manis. Shasi juga
berkawan rapat dengan Farid sejak kecil lagi. Shasi digambarkan sebagai seorang suka menolong orang
lain dimana beliau menjadi harapan pekerja Estet yang lain untuk menyelamatkan penindasan yang
berlaku pada setiap hari oleh kerani Estet iaitu Ponniah. Shasai juga digambarkan sebagai seorang yang
menghormati dan berkasih sayang kepada Ibubapa.
KESIMPULAN
Kajian dijalankan dengan menggunakan filem Estet berformat DVD yang dikaji berdasarkan imej, dialog,
lakon layar dan metafora. Setelah melalui proses mentranskripsi data dengan menggunakan kaedah
menonton filem Estet, maka dapat disimpulkan bahawa terdapat budaya India dipaparkan dalam filem
Estet dan juga terdapat pertembungan budaya India dengan budaya Melayu. Dalam filem ini, budaya India
sangat kental dilihat, hampir kebanyakan shot yang ada dalam filem ini. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif dengan menggunakan kaedah menonton filem Estet berformat DVD dan kemudian
mentranskripsikan. Pengkaji membuat tinjauan terlebih dahulu filem tempatan manakah yang terdapat
paparan budaya India. Setelah hampir enam bulan tinjauan dibuat pengkaji mendapati bahawa budaya
India dipaparkan dalam filem Estet. Disebabkan inilah pengkaji membangunkan kajian ini agar dapat
mengetahui paparan budaya India dalam filem Estet
PENUTUP
Menurut YAB Datuk Seri Utama DR. Raiz Yatim (2007) “filem sekarang tidak boleh dijadikan sebagai jambatan
semata-mata untuk membaiki kepincangan masyarakat. Filem mesti ada jalan cerita yang menarik. Pertama,
dalam jalan cerita menarik atau pun dalam temanya diselitkan pengajaran menerusi jalan cerita, bukan
menerusi khutbah yang seharusnya dicontohi. Kebanyakan orang berfikiran, filem dijadikan tempat
bersyarah. Jika ia dilakukan, maka filem tidak laku, justeru mesti membangkitkan beberapa cara penceritaan
yang menarik. Saya sentiasa menegaskan dalam hubungan kaum akan terdapat jalinan konflik, jalinan cerita
yang lebih baik, hubungan orang Melayu masyarakat keturunan Cina atau India, hubungan anak-anak di
universiti, hubungan dalam menjayakan perniagaan pelbagai kaum, banyak konflik boleh wujud”. Filem Estet
merupakan salah satu filem yang telah mengangkat tema perpaduan antara kaum di Malaysia. Filem ini
telah dilakonkan oleh pelakon yang terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina. Filem Estet mengisahkan
tentang kehidupan masyarakat India di Estet dan budaya mereka. Filem ini meraih dua Anugerah dalam
Filem Festival Malaysia tahun 2010. Walaupun filem ini gagal dari segi kutipan, tetapi filem ini menarik
perhatian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum iaitu khususnya Melayu, India dan Cina. Dengan ini,
pihak kerajaan menggalakkan para penerbit atau pengarah Filem memperbanyakkan lagi untuk membuat
filem yang bertemakan perpaduan, warisan budaya Malaysia dan sebagainya.