The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luqmansuhazeli, 2021-09-01 00:56:18

Panduan Umum Karangan Surat kiriman Rasmi - Copy

Contoh karangan

Keywords: Karangan surat rasmi

Panduan Umum Karangan Surat kiriman Rasmi

1- Surat kiriman rasmi lazimnya ditulis dengan tujuan untuk
berhubung secara formal dengan pihak tertentu seperti
jabatan kerajaan, swasta, dan sebagainya bagi memenuhi
kepentingan umum.

2- Gaya bahasa yang digunakan mestilah padat, tepat dan
murid harus menggunakan bahasa baku. Oleh sebab ia
bersifat formal, bahasa yang berbunga-bunga perlu
dielakkan.

3- Ia terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
a) Surat permohonan- ditulis bagi tujuan memohon
sesuatu perkara seperti permohonan
Bantuan/kemudahan, permohonan jawatan, untuk
mengadakan lawatan.

b) Surat jemputan rasmi-ditulis bagi tujuan mengundang
pihak-pihak tertentu menghadiri sesuatu acara.

c) Surat aduan- ditulis untuk mengemukakan bantahan
atau rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak
tertentu.

d)Surat rayuan- bantahan terhadap Tindakan yang
dikenakan ke atas mereka. Ia bertujuan supaya tindakan
yang bakal diambil atas mereka akan dipertimbangkan
semula atau di tarik balik.

4- Surat kiriman rasmi mempunyai pendekatan berbentuk
pujian. Oleh itu, alasan yang dikemukakan perlulah
meyakinkan dan logic. Semua ini mampu mempengaruhi
penerimaan pihak yang ditujukan. Kegagalan berbuat
demikian Mungkin boleh mengakibatkan urusan kita tidak
mendapat pehatian

5-Fakta yang dikemukakan mestilah sahih dan tidak
menragukan penerima surat







Panduan Umum Karangan surat Kiriman

1. Tidak Seperti surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi
bersifat peribadi. Biasanya ia dikirimkan kepada ahli Keluarga,
sahabat handal, saudara mara atau kenalan
2. Ia terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
(a) Surat bertanya khabar atau bercerita tentang sesuatu
perkara
(b) Surat tahniah
(c) Surat takziah
(d) Surat jemputan/undangan
(e) Surat menyatakan penghargaan kerana pertolongan dan
sebagainya

3. Surat jenis ini juga tergolong dalam karangan beformat,
namun ia berbeza dengan surat kiriman rasmi dari segi format,
isi kandungan, tujuan dan penerima nya. Markah akan dipotong
jika murid mengarang surat denagn format yang salah

4. Gaya Bahasa penulisan surat tidak rasmi tidak formal,
mudah, tepat, dan padat. Penggunaan bunga bahasa juga
dibenarkan tetapi tidak merosakkan struktur tatabahasanya.
Penggunaan unsur peribahasa dan kiasan digalakkan


Click to View FlipBook Version